TAKDIR UNTUK AKU (a.k.a Bisakah)
Salam alaik. Satu perkataan aje. Alhamdulillah. Itu yang hati saya bisikkan sebaik saja saya siapkan kisah ini setelah lebih lima tahun. Lima tahun itu bukan masa yang singkat. Bila saya toleh belakang, dah begitu banyak watak-watak yang lahir biarpun Ziyad dan Teratai Nur mendahului.
Pada yang mengikut kisah mini novel Ku Ingin Milikimu, Kerana Sekali cinta, Untuk Dia dan Subhanallah, Aku Mencintainya (yg saya cetak semua dalam Ayat-Ayat Cinta Bercerita), kisah mereka ada sikit dalam Subhanallah Aku Mencintainya. Tapi, jangan risau. Pembacaan kalian tak akan terganggu biarpun tak baca kisah dalam buku itu.
Nama mereka sekali lagi saya hangatkan dua tahun lalu bila Seseorang Untuk Aku terbit. Kini, saya tamatkan kisah mereka. Pada yang pernah baca dan sedang merindui, pada yang setia menanti... ini untuk kalian setelah lebih lima tahun. Pada yang tercari-cari akan watak-watak ini, ini juga untuk kalian.
Penerbit Karyaseni bawakan khas secara ekslusif di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 yang akan berlangsung pada 26 April hingga 7 Mei 2017 di Bilik Johor, Melaka dan Kelantan di PWTC. Jadi yang terawal milikinya. Akan ada di kedai buku seluruh negara dan belian atas talian pada 1 Julai 2017. Jumpa saya di sana pada 7 Mei 2017 (Ahad ) daripada jam 10 pagi. Ianya satu nafas baru yang saya bawakan. Moga ianya membawa kebaikan buat kita semua. Insyaallah.
***
TAKDIR UNTUK AKU
"Kerana yang beriman itu, wajib percaya akan takdir dan ketentuan."
UJIAN itu hadir dalam pelbagai rupa dan pada Ziyad, ianya hadir dalam bentuk manusia.Teratai Nur menggoncang seluruh tenangnya. Sikap buaya darat itu terhenti angkara egoyang terpenjara bila Teratai Nur menolak. Sangkanya, ini pertemuan pertama mereka biarpundia yakin, mereka ada sejarah bersama.
“Sejauh mana kisah kita, Nur? Sampaikan Nur lari daripada saya? Sejauh mana sayapernah heret Nur dulu? Sampai ke bilik ke?” - Ahmad Ziyad
“Tak… kita memang tak ada apa-apa. Saya tak pernah kenal awak dan awak juga sama…”- Teratai Nur
Sepintar mana Teratai Nur menafi, kenyataan tak mudah dibohongi. Dialah orang itu. Yangpernah dimaki oleh lelaki segak berunifom putih dulu.
“Aku benci kau dulu sebab kau sampah masyarakat tapi kenapa hari ini kau muncul jadiorang berbeza sedangkan kau adalah yang serupa?” - Ahmad Ziyad
“Maaf kalau saya betulkan kata-kata awak, Encik Ziyad. Saya ni bekas. Bekas!” - TerataiNur
Teratai Nur terus menafi tapi Ziyad tegas dengan perasaan sendiri. Mereka bersama.Bahagia. Tapi, bukan untuk selamanya bila kesilapan yang pernah Ziyad lakukan, mencelah.Antara permintaan ibu kandung, adik tiri dan suami… Teratai Nur kembali tercampak dilorong yang lebih gelap. Bukan kehendaknya. Tapi, bila kepercayaan seorang lelaki yangpernah berjanji untuk menjaganya sepenuh hati lebur, dia rasa dirinya dikhianati.
“Siapalah yang nak terima orang macam Nur ni dengan ikhlas. Semua orang buatbersebab. Abang terima Nur kenapa pulak?” – Teratai Nur
"Sebab aku sayang kau! Aku cintakan kau!” - Ahmad Ziyad
Kerana perjalanan takdir itu bukan ada di hujung jari manusia, Teratai Nur bangkit walautangan lain yang menariknya untuk kembali berdiri.
“Abang sudi jaga Atai…” - Taufiq
“Saya serahkan hidup saya pada abang…” - Teratai Nur
Dia mahu melangkah ke depan, di mana Taufiq menanti. Namun, bila dia toleh kebelakang… Ziyad sedang menahannya daripada pergi. Akhirnya, Teratai Nur akur… ini adalah takdir untuk dia.
Harga : SM RM26 / SS RM29
lama menunggu kisah atai ni... alhamdulillah, insyaAllah akan dapatkan di pbakl soon.
ReplyDeleteWoaaaaaaaa.....!!!!!!!
ReplyDeletetak sabar nak belek manja buku ni (tepuk tangan lompat tinggi-tinggi)
Tahniah RM utk keluaran yg dah lama kak tunggu...pasti akan jadi koleksi kak mcm biasa...
ReplyDelete~ AAR
TAHNIAH AKAK RM...AKHIRNYE LAME MENUNGGU,TELAH TIBA...AKAN DPTKAN...KIPIDAP SIS CITE YG LBH KEBABOOMMM!!!!!!
ReplyDeletetahniah. buku yang ditunggu kini tiba.
ReplyDeleteTunggu buku sampai je ni... tqvm k. RM...
ReplyDeleteBisakah? Bisakah? Akhirnya RM!! Berpenghujung penantian ini... Takdirnya di saat emosi gundah.. jiwa nanar ia muncul.. tapi... bisakah ianya terkesan di hati setelah 5 tahun meladeni? Duhai hati, seharusnya ini takdir buat sekepingmu..
ReplyDeleteHeee... heee... tahniah! tahniah! RM.. wink wink
~~RL~~
Alhamdulillah...dapat grab last day Pbakl...tak sabar nk selusuri kisah Ziyad dan Teratai Nur...sedap namanya ��
ReplyDelete-Fathi Fathiyah-
sedihnya....call karya seni bulan 7 nanti baru ada penjualan..
ReplyDeletepatut semalam cari di MPH x ada..online karya seni pun tak ada..
sedihnya...
lama nk tunggu..
Kak Rehan...saya nk order novel ni boleh? Ada stok x?
ReplyDeletetahniah sis..lama tggu novel ni...pi cari di kedai buku popular penang & kedah tp masih blm ada lg...if nak order dgn sis,mcm mana ye...nak order sekali dgn mini novel ayat2 cinta bercerita...thanks....keeps writing coz you are the best....
ReplyDeleteKak rehan, saya dah baca. best sangat ni.ada lailatul qadr jugakk. Besttttt
ReplyDeletekak dah ada kat indonesia ke?
ReplyDeletesaya nak sangat baca...
karya akak tu buat saya tertarik untuk menatap setiap patah yang akak tulis
ka sy nak baca sangat, tapi tak dapat..
rasa nak terbang kat malaysia shopping novel akak
e- novel pun kalau ade saya nak baca
taufiq mwnw plkw wwehn
ReplyDeletekelinci99
ReplyDeleteTogel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
yukk daftar di www.kelinci99.casino
saya baru terbaca novel ni dekat watpadd. kat mana saya boleh beli novel ni? penat saya cari :(
ReplyDeleteMcm mne nk order buku ni sobs sobs nk sgt² baca 😍😍
ReplyDeleteKat shopee pun ade wak
Delete