KATA ibu, sedangkan
bumi ini begitu luas. Tak mungkinlah
tiada hak kita dalam rezeki yang telah Allah limpahkan di atas muka bumi. Apa yang perlu dilakukan, hanyalah usaha. Selebihnya tawakal.
Sirat ingat
nasihat itu. Akan kenang sampai
mati. Kerana itu, dia begitu
berusaha. Tak pernah lelah walaupun
sehela nafas. Bersendirian, tiada sebab
untuk dia rasa sunyi. Jauh sekali rasa
malang. Malah, dia bersyukur. Kerana itu, dia tabah berjalan bersama biarpun
segalanya seperti tak kena. Janji, dia
merasa cukup. Itu yang penting. Janji bahagia. Makan nasik dengan garam pun tak apa.
Namun, dalam
tenang itu, hati dia resah juga. Resah memikirkan
masa depan adik tersayang dan kesihatan mak tercinta. Entah sempat atau tidak dia bagi kesenangan
pada kedua-duanya seperti yang telah dia janji dengan arwah ayah. Tidaklah senang-lenang, kaya-raya ; cukuplah mak
merasa apa yang tak pernah mak rasa.
Dia tahu, mak
tak pernah meminta. Malah, hati mak hati
yang reda. Ingat lagi bila ayah
berpenglipurlara tentang kehidupan rumahtangga mereka sebelum dia ada. Berdua, dengan basikal tua. Jika rosak, apa nak risau… kaki ada. Ada masa makan, ada masa tidak. Tapi, mereka masih mampu bersenda-tawa. Itu resepi rahsia ayah.
Jika balik
kerja, tiada sebutir nasik pun terhidang, ayah akan peluk mak. Erat. Bukan
untuk redakan marah sendiri, tapi untuk pujuk sayu hati seorang isteri kerana
tak mampu sediakan apa-apa pada isteri. Dia
juga, nak ada keluarga seperti itu. Tapi,
perjalanan dia… entah bagaimana arah tuju.
Tambah pulak,
bila bunyi batuk mak membelah peluput telinga.
Pedih pendengarannya. Bila ditanya,
mak hanya kata baik-baik saja. Baik apa,
kalau kata ada masa batuk sampai berdarah.
Dia pernah cuci sapu tangan mak. Tapi,
sengaja dia menyepi kerana tak nak mak bertambah resah.
“Kak?”
“Hah?” Dahi Siratul berkerut. Memandang
tepat pada Wan yang ada di depan mata.
“Kenapa, Wan?”
“Tiga kali Wan
panggil kakak. Dah kenapa jauh sangat
mengelamun?”
“Oh, kenapa?”
Wan ketawa. Apalah tak kena dengan kakak ni? Dua tiga hari ini, asyik mengelamun aje. Kata ada perkara nak bincang. Sebab tu dia balik awal sikit hari ini. Kakak ada di ruang tamu. Dia masuk pun, kakak tak perasan? Huh, penting sangat ni apa yang nak
dikata.
“Kakak yang
mintak Wan balik tengah hari ni, kan?”
Safwan labuhkan duduk di depan Sirat.
Wajahnya berkerut sana-sini. Cuba
mentafsir riak wajah kakak tersayang saat ini.
Tak pernah lagi dia tengok wajah kakak renyuk.
Apa tak kena?
“Ada masalah ke?”
“Oh tak adalah…” Sirat berdeham. Dia bangkit dan keluar ke depan. Mujurlah ada rumah yang arwah ayah
tinggal. Segala hutang rumah,
diselesaikan dengan segala insuran ayah.
Wan turut
bangkit. Dahlah baru masuk, kakak keluar
depan pulak.
“Kenapa
sebenarnya, kak?”
“Kakak nak kau
berhenti kerja…”
“Hah? Pulak dah?
Kan elok aje Wan kerja dekat Giant tu.
Dekat dengan rumah. Lepas tu,
bolehlah bantu kakak. Tiba-tiba aje…” Wan tak puas hati. Dia dah mula selesa kerja kat situ biarpun
lelah tak terkata bila banyak stok yang kena angkut.
Ada kala, kudrat
lelakinya tercabar. Tapi, dia sabar.
“Kakak bukan
apa, dik. Sebab kakak tengok kesihatan
mak makin teruklah…” Mata Sirat redup
memandang Wan. Sesekali dia
menoleh. Takut juga mak tiba-tiba
muncul. Tadi, mak kata penat. Nak lena seketika dalam bilik.
“Mak demam balik
ke?”
Sirat angguk. “Boleh Wan berhenti kerja? Kerja dengan kakak aje?”
“Hah? Kerja dengan kakak?” Ini yang buat Wan nak gelak ni. Kakak ni buat kelakar apa pulaklah tengah
hari ini.
“Tak kanlah
kakak nak Wan kerja sekali dengan kakak tolong Kak Siti tu berniaga pulak. Berapa sangatlah dapat…” Wan tahu, kakak hanya dibayar RM10 aje sehari. Tapi, kerja macam orang nak mati. Semua kakak buat.
Jujurnya, dia
rasa kakak dibuli. Tapi, malas nak
sebut. Nanti kakak marah.
“Kakak dah tak
kerja dengan Kak Siti lagi…” Senyuman
Sirat lebar. “Kakak ingat sedang elok
Ramadan nanti, nak berniaga sendiri. Wan
tolong kakak. Setidak-tidaknya, kita ada
masa untuk mak lebih sikit. Paling kurang,
kita berniaga sendiri kalau mula lepas Asar, dalam dua jam aje. Masak-masak dekat rumah. Cuci-cuci pun dekat rumah. Nampak mak.
Kalau kau kerja Giant, shift pulak tu.
Hari minggu pun kerja. Kakak pulak,
pukul 10 malam baru balik rumah. Jujurnya,
kakak penat. Tapi, kakak lagi risaukan
mak…” Panjang Sirat terangkan agar adik
dia mengerti.
Safwan
diam. Memikir. Ada baiknya kakak berhenti dengan Kak Siti
tu. Dia tak pernah suka pun. Ada masa Kak Siti hanya bagi lauk dah nak
basi untuk kakak bawak balik. Tak guna
betul! Idea untuk berniaga itu juga
bernas. Dia tahu, skill memasak kakak
sebenarnya, tak terpanggillah dengan Kak Siti tu. Mak juga pandai. Tapi, masalah… dia!
“Okey. Wan rasa macam ni…” Nasiblah idea muncul tepat pada
waktunya.
“…kakak boleh
berniaga. Wan suka. Tapi, Wan toksahlah sampai berhenti
kerja. Lagipun, kerja ni ada EPF dengan
Socso segala, kak. Rugi la. Gaji pun dah RM1100 bersih. Wan tolong kakak bila masa tak kerja
aje. Nanti pandai-pandailah Wan cakap
dekat supervisor nak mintak off satu jam ke.
Dia pun faham keadaan kita, kak.”
Hurm… cadangan
adik lelakinya ada betul. Sayang nanti
kerja Wan. Mana tahu, Wan tengah simpan
duit untuk sambung belajar. Nak harap
pada dia, masih tak mampu. Lama-lama
Sirat senyum. Angguk. Bahu Wan diusap mesra.
“Tapi, petang ni…
Wan belikan barang dapur sikit dulu. Lepas
tu, kita bincang malam karang, dengan mak sekali…” Sekeping kertas dihulur pada Wan. Senarai barang dapur.
Wan, manalah ada
gaji lagi. Baru tak sampai sebulan
kerja. Syukurlah, dia ada berjimat
dengan pendapatan RM10 sehari itu berkat lauk tak habis yang Kak Siti
sedekahkan.
“Okeylah. Wan gerak dulu…”
“Hati-hati…” Pesanan itu tak pernah lepas daripada
mulut. Sirat lebarkan senyum melambai
pada adik lelakinya.
SIAP mengisar
cili kering, telefon Nokia 1100 miliknya bergetar. Tak sempat dia bagi salam, mata Sirat bulat sebaik suara di hujung talian bersuara. Dia toleh pada mak yang sedikit jauh daripada
dia. Khabar yang baru dia terima mengejutkan. Ujian apakah lagi ni? Tapi, dia
tak akan melatah walau seinci. Dia kena cepat. Tak nak sesuatu berlaku pada
Wan. Kakinya pantas mendekati mak yang sedang ralit mengupas bawang.
“Sirat nak keluar kejap, mak...” Perlahan, dia bersuara. Tenang. Tak nak
kejutkan mak yang memang tak sihat.
Senyum dikoyak bila mak menoleh.
“Eh, nak pergi mana dah dekat Maghrib ni?” Riak mak nampak risau. Tangan
yang bekerja... terhenti.
“Beli barang sikit...”
“Eh... kan dah pesan dekat Wan. Kejap
lagi sampailah tu. Hai... budak ini pun. Mana dia pergi. Beli barang ke...buat
barang...patut dah habis kerja tadi lagi mak rasa.” Mak dah mula bising.
Sirat ketap bibir. “Err... ada yang tertinggal. Telefon dia tak jawab
pulak.”
“Apa yang tertinggal tu...” Mak nampak tak berapa yakin.
“Adalah. Sirat keluar kejap...” Tak menanti mak memberi izin, dia buka
langkah seribu.
Sebuah teksi ditahan setelah dia lelah berlari. Peluh mula membasahi
jasad. Dahinya berkerut. Helaan nafas juga semput. Hingga akhirnya tiba di
balai polis, airmata dia rasa tak bernilai. Laju aje menitis. Sirat beranikan
diri melangkah. Melepasi pagar dan pondok pengawal, hingga akhirnya masuk ke
balai, wajah Wan mendung. Nampak Wan menggigil.
Perlahan, Sirat dekati. Bahu Wan disapa. Terus Wan memeluk pinggangnya.
Airmata mahu menitis lagi. Tapi,
dia tahan. Dia telah merancang. Rupanya, Tuhan sedang atur ketetapan lain
pada dia dan keluarganya.
“Wan tak sengaja, kak.” Mata Wan merah. Ketakutan.
“Ya. Kakak tahu. Wan sabar. Biar kakak usahakan...”
“Kaulah penjaga budak ni, ya?”
Tak sempat Sirat habiskan ayat, suara yang menyapa membawa dia
menoleh. Demi melihat wajah itu, kian
jelas kerutan yang timbul.
“Errr... awak ni...”
“Akulah yang adik tak guna kau ni langgar!” jawab lelaki itu bengis.
Menyirap darah Sirat dibuatnya. Siapa yang lelaki ini berani gelar tak
guna? Adik dia, adalah seorang yang boleh diharap. Yang tak pernah ingkar permintaan dia. Yang taat pada mak.
“Kotya pun adik saya salah, apa hak awak nak panggil dia tak guna?”
bidas Sirat pula. Mata bundarnya memicing, menahan marah.
“Ikut suka akulah nak panggil dia tak guna ke... apa...”
“Eh... Qim... sabar sikit. Kita nak setel cara baik, kan?”
Belum sempat lelaki itu berdentum, suara sahabat menenangkan. Matanya menentang
wajah marah gadis depan mata. Belas menjentik
hati.
Mustaqim hela nafas. Pejam mata seketika. Memujuk hati yang sedang terbakar. Api yang kecil, kini bagai marak bila melihat
mata bulat itu menikam wajahnya. Tajam!
Sakit tahu tak!
“Hah... siapa nama kau? Aku nak buat tuntutan ni?”
“Sirat...”
“Hah?” Mustaqim buat muka. Berselirat pulak otak nak cerna kata-kata
perempuan ni.
“Sirat,” ulang Sirat.
“Siratul…” tambahnya.
Wajah lelaki itu yang tadinya tegang, nampak beransur tenang. Dia toleh
pada teman baiknya di sisi. Tiba-tiba
luka di bawah lutut dan siku terasa pedih.
Matanya memandang pada gadis dengan mata dan remaja lelaki itu silih
berganti.
Dia berhenti tepi jalan nak bercakap telefon dengan Fiqri sekejap. Tak sedar, telefon ke mana, dia
tergolek. Nasib motor tak gerak. Tapi, jatuh kena tempoh, habis badan
calar. Badan calar, tak apalah. Ini, motor kesayangan.
“Kalau nak buat tuntutan, silakan.
Saya akan bayar ganti-rugi. Tapi,
saya nak merayu satu perkara…” Kaki
Sirat mendekati Mustaqim setelah dia leraikan pelukan Wan.
Dahi Mustaqim berkerut. Berundur ke
belakang setapak. Risau pulak dia
buatnya perempuan ni tambah calar luka pada tubuh dia.
“BOleh tak jangan report adik saya?”
pinta Sirat berbisik. Sesekali dia
toleh pada pegawai yang sedang proses laporan.
Dia risau. Wan bukan ada lesen. Nanti, lain hal pulak.
“Kenapa?” Mustaqim tentang mata
merayu Sirat.
“Kita selesai dekat luar. Saya janji,
saya tak lari. Adik saya pun tak
lari. Saya bayar. Saya mintak maaf bagi pihak adik saya sebab
dah langgar awak. Tapi, tolong…” Sekali lagi, Sirat pandang ke kaunter. Senyuman pegawai polis itu, sedikit
menakutkan.
Dia juga tahu, Wan takut.
“Oh, gitu?” Dia report ni sebab
nak bagi ajar. Siapa ajar naik motor
bawak semua barang dengan motor. Lepas tu,
hilang kawalan.
Ini, sah-sah tak ada lesen.
“Ini mesti sebab kes adik kau tak ada lesen, kan? Roadtax pun tak ada. Fuh, memang keringlah kena charge. Motor kena sita. Adik kau ke dalam,” ujar Mustaqim berbisik
dekat di telinga Sirat.
Senyuman kejinya koyak lebar. Bila
dia jarakkan wajah, Sirat sedang pejamkan mata.
Melihat sepertinya ada air yang sedikit tergantung pada alis, entah
daripada mana belas datang menyapa.
“Okeylah. Kalau dah kau janji
macam tu, aku nak tahu berapa kau mampu bayar?
Bila? Sebelum aku tarik balik
report menunggang dengan cuai!” Sengaja
dia jegil mata kuyunya pada Sirat dan remaja lelaki itu.
“Kita bincang dekat luar. Lagipun,
ini dah petang hari…” ajak Sirat
sopan.
Mustaqim pandang Fiqri. Sebelah kening
terjongket. Lama mereka begitu. Bila Fiqri menceber, Mustaqim senyum
senget. Nasiblah aku ni baik, tahu!
“Okeylah. Tunggu dekat luar. Jangan lari pulak! Sampai lubang cacing aku carik kau nanti!”
Hati Sirat yang tadinya reda daripada kemarahan, kembali bernanah. Sedap sungguh mulut lelaki ini
berkata-kata. Langsung tak kisah akan
hati yang mungkin akan terluka.
“Macamlah kau tu boleh masuk lubang cacing,” gumamnya seraya berlalu
pada Wan.
“Hah, kau cakap apa?” soal
Mustaqim tak puas hati. Bagai semilir
aje suara perempuan ni tadi! Sah-sah
kutuk aku!
“Kakak tunggu dekat luar, ya? Wan
jangan risau. Doa banyak-banyak…” pujuk Sirat bersama senyuman paling
manis.
Saat ini, Mustaqim hanya mampu telan liur. Wajah yang tadinya begitu bengis, rupanya
tersembunyi garis senyum yang melenakan.
...bersambung
siratul mustaqim...best!
ReplyDeletebertolak ansur la skit mustaqim .. sian wan dgn sirat
ReplyDeleteWell done rehan. Good reading so far 😍😘
ReplyDeleteyeh,,,,dh keluar dah siratul mustaqim
ReplyDeleteNice rehan...
ReplyDeleteJgn bongkak sgt Mustaqim...
ReplyDeleteMenarik..
ReplyDelete#siratulmustaqim
Menarik 👍👍
ReplyDelete#siratulmustaqim
Aduhai RM.. bijak sungguh buai jiwa pembaca. Baru bahagian 1, tapi rasanya dada saya sarat & sebak semacam... kesian Siratul & Safwan... Mustakim, please be nice to them😍
ReplyDeleteWahhhh..nice
ReplyDelete#siratulmustaqim
ReplyDeleteD bln ramadhan yg mulia ini...nice story author
Wah... Nama dah dekat2 tu.. Siratul mustaqim
ReplyDeleteI like...��
ReplyDeleteCoretan yg belum pernah mengecewakan.
ReplyDeleteSelalu ternanti2 akhirnya dah keluar.. seperti biasa sangat wow! Amazing.
ReplyDeletesiratul mustaqim..gabungan pasangan yg sesuai mcm laila al-Qadr..Qim, sila kesian dgn Sirat..jgnla mintak ganti rugi byk2..tq RM
ReplyDeletenak lagi...
ReplyDeleteYeay, ada ole2 baru ramadhan ni 😊😍 gabungan nama yg mantap 👍 Mudahnya mustaqim melabel yg buruk2😟 thx RM for the new story 💐🌷
ReplyDeleteYeayyy..bestnya..xsabaq bk tggu next chapter 😍😍
ReplyDeleteYeayyy..bestnya..xsabaq bk tggu next chapter 😍😍
ReplyDeleteWahh..siratul mustaqim ya.. best cerita ni
ReplyDeleteWahhh..best ni..siratul mustaqim
ReplyDeleteTerbuai u...
ReplyDelete💜💜💜💜💜
ReplyDeleteThe best everr.. Thanks kak rehan
ReplyDeleteThe best everr.. Thanks kak rehan
ReplyDeleteSyg rehan
ReplyDelete...i like
Ngam plak nm dorg
ReplyDeleteTq 4 new stories...
ReplyDeleteCiter akak sentiasa ada ikhtibar..terus check cara jaga mak rupanya masih ada yg kurang..tq ya
Terus teringat dekat Lailatu & Qadr ;)
ReplyDeleteKalau RM menulis, selalunya nama2 watak hero & hero bila digabungkan akan menjadi satu gandingan nama yg mantap contoh seperti Siratul Mustaqim, Lailatul Qadr.
ReplyDeleteComel la RM. Dah jadi satu signature utk RM
Bila dh hbs baca UKT 20, baru faham kenapa Taqim saja2 cari pasal dgn Siratul😅
ReplyDelete