Friday, March 03, 2017

Aku Telah Mencintaimu - released! ^_^

Ingat lagi tak cerita ni.  Kisah antara Willa dan Reza.  Pengakhiran yang hurtttt sangat.  Mana tahu, ini penyembuhnya setelah setahun.  Order dibuka sekarang.  Insyaallah akan dapat minggu akhir Mac.  Tiada di kedai buku.  Untuk pembelian, rujuk poster.  


570ms

Sinopsis blurb :

Hanya kerana sedikit rezeki, Willa lagi sekali jejaki tempat itu. Tempat dia mana dia bertemu dengan Reza. Lelaki yang mengajak dia membuat satu urusniaga.

“Harga masa ni terlalu mahal, Reza. Awak tak akan mampu belinya…” - Willa
“Apa saja harga. Aku bayar.” - Reza

Willa mahu serahkan masanya untuk Reza. Percuma. Tapi, dia tak mampu. Akhirnya, dengan berat hati, tawaran Reza diterima. Tapi, Reza berubah tamak. Reza mahukan masa yang selamanya dengan Willa.

“Macam mana kalau aku tak bagi kau pergi nanti?” - Reza
“Sampai masa saya akan pergi sama ada Encik Reza bagi atau pun tidak…” Willa

Willa tak tipu. Dia akan pergi nanti. Kala Reza temui jawapan, ianya sudah terlambat. Tapi, katalah apa saja. Dia mahu jadi suami Willa biarpun sesaat. Namun, Tuhan lebih menyayangi gadis itu. Seperti yang pernah Willa kata, tiada apa di dunia ini bergerak atas telunjuk manusia ; Reza reda.
Kini, hidup dunia Reza adalah demi akhirat. Hati yang tak pernah padam dengan rindu pada Willa bergelora bila wajah mirip Willa muncul. Adakah itu Willa ; cinta hatinya? Tak… Willa dah lama pergi. Gamaknya, itu pelanduk dua serupa.

“Awak ada kembar?” - Reza
“Tak ada…” Alis

Willa dan Alis hanya ada satu persamaan. Wajah yang mirip. Yang lain, semua berbeza. Tapi dia tahu, dia mula jatuh hati pada perempuan ini.

“Saya cintakan awak, Alis.” - Reza
“Cinta saya atau cinta wajah saya?” - Alis

Reza terngadah. Apa yang nak dijawab dengan telahan Alis? Adakah dia jatuh cinta pada orang yang berbeza dengan wajah serupa? Atau jatuh cinta kali kedua pada orang yang sama?

“Namun, andai ini hanya mimpi mengusik kenangan silam, mengapa hangat tanganmu kuterasa?” – Reza

Mencari kepastian itu, seperti mencari permata di dalam timbunan kaca. Sekali lagi, Reza reda.

#AkuTelahMencintaimu

10 comments:

  1. wahh tak sangkanya RM. da released da rupanya. ada sambungan lepas Willa pergi pulak tu. dah la part tu sedih bila Willa dah tak ada

    ReplyDelete
  2. terbaik la RM ni. my favourite novelist selain Hlovate dan Siti Rosmizah . thumbs up

    ReplyDelete
  3. Best, bila dateline utk order ne

    ReplyDelete
  4. Namun, andai ini hanya mimpi mengusik kenangan silam, mengapa hangat tanganmu kuterasa?” – Reza

    Baca sambil menyanyi =)

    -widad amsyar-

    ReplyDelete
  5. Terbaik..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/

    ReplyDelete
  6. TQ dah dapat semalam 28/3 & dah habis baca....
    Reza...Willa...Dr. Alis
    Hari ni pergi kerja mata bengkak adoi...hehehe
    TQVM RM..BEST Thumbs-up

    ReplyDelete
  7. Open lagi x order untuk buku ni..

    ReplyDelete