Wednesday, October 11, 2017

Objection 16




SEPERTI yang dijanjikan, dia dan beberapa orang pekerja terjun ke laut pagi ini.  Demi membaik pulih taman batu karang yang rosak.  Dalam hati dia mengucapkan syukur bila malam tadi, hanya berangin.  Walaupun agak kuat, tidaklah dipanggil ribut.  Rasanya, dekat sana juga sama. 
Zafiq naik ke pantai.  Membuka gogal dan duduk di atas pasir.  Membiarkan pekerja yang lain menyambung tugas.  Masih banyak yang perlu di baik pulih.  Seperti kata Rahim, dalam seminggu juga baru siap ni.  Matanya mendongak langit yang begitu terang.  Tiada langsung awan.  Hanya warna biru yang menghiasi.  Dia senyum tawar.  Andai Zariq di sisi, senyuman dia sentiasa manis. 

Sampai hati kau buat abang macam ni, Zariq! 
Itulah persoalan yang sama sejak dulu.  Betapa terlukanya hati kerana adik sendiri.  Dua hari lepas, Nazri pula hampir toreh luka lama yang masih belum pulih.  Malah, masih berdarah. 
Entah apa perempuan tu makan.  Cerita Nazri, dia nak tinggalkan kunci rumah dekat Aira tapi Aira menolak.  Telah dia katakan, Aira adalah jenis manusia yang tak reti nak menghargai.  Susah-payah Nazri ke sana tapi begitu saja dia tolak niat baik Nazri.  Walaupun dia juga tak sudi Aira duduk dalam rumah yang dia sediakan untuk dia dan adik-adiknya. 
Zafiq rebahkan tubuh di atas pasir pantai.  Memandang pada kebiruan langit yang langsung tidak berawan.  Petang ni, ada mesyuarat dengan pelabur dari Malaysia.  Kawan lama yang secara tak sengaja dia jumpa di London dulu sebelum dia bergegas balik setelah dapat berita kepergian orang tuanya.   Kawan yang sangat istimewa. 
Matanya dipejamkan sambil membiarkan sekujur tubuhnya yang dibalut singlet putih dan seluar hitam dibakar matahari.  Mendengar kicau camar, sedikit sebanyak hati dia tenang.  Sekarang, dah jarang dia terjun ke laut.  Andai dulu, Zariq sering mencabar dia berenang hingga ke tengah lautan.  Setiap kali, dia akan sengaja kalah demi senyuman Zariq.  Tapi sekarang… dia berkayuh sendiri.  Sekadar untuk beriadah. 
Mata Zafiq terbuka. 
“Oh…”  Terkejut bila ada wajah muncul di depannya.  Pantas dia bangkit.  You?” 
I buat you terkejut ke?”  Airin senyum tipis. 
“Sikit…”  Zafiq sapu pasir di belakang rambutnya. 
Airin senyum dan labuhkan duduk di sebelah Zafiq tanpa dipelawa.  Memandang jauh pada pekerja Zafiq yang sedang tekun membaiki taman batu karang itu. 
“Dengar kata taman batu karang you rosak?  Teruk?” 
“Teruk juga.  Dalam seminggu dua juga baru dapat buka balik…”
“Oh, maknanya tak sempatlah I nak tengok, ya?”
Too bad, huh?”  jawab Zafiq senada. 
Airin ketawa kecil.  Actually, I tak pandai sangat berenang…” 
Zafiq pandang dia.  Like… seriously?  Habis, dia nampak yang berenang dalam kolam malam tadi, siapa?  Hantu?  Sejak bila resort dia haunted?  Kenapalah semua perempuan ni, suka sangat menipu?  Apa yang dia orang dapat?  Dah salah tak nak mengaku, satu hal.  Cuba cipta kenyataan lain pula, satu hal lagi. 
Yang jenis sebelah dia ni, tahu… buat-buat tak tahu. 
I nak ajar pun, I tak ditauliahkan jadi guru renang…” 
“Tapi, I yakin you ada lesen diving.  Betul tak?” 
“Mana you tahu?”  Kening Zafiq terangkat.  Padahal semua orang boleh agak.  Saja, jadikan topik sembang.  Karang, buat tak tahu buruk pula nama tempat ni kerana dia.  Orang kata, pena wartawan ni lagi berkuasa daripada peluru senjata api.  Tapi, tak pastilah perempuan sebelah dia ni wartawan atau model. 
Sekali lagi Airin ketawa kecil.  “Mana mungkin orang pulau macam you, tak ada lesen diving.  Nak-nak bila you ada semua ni.  Urusan yang selalu kena turun ke laut.” 
“Betullah apa you teka tu.  Tapi, I buat lesen diving untuk kepuasan I.  Setakat nak menyelam tengok tiram, batu karang… pekerja I yang buat.  Lagipun, I bukan asal orang pulau.  Cuma I suka pulau.  Orang dekat sini, lebih jujur…”  Ops… Zafiq hentikan bicara. 
Menoleh pada wanita sebelahnya.  “No offense, okay.  I’m just saying.  I like it here.  It make me calm.  That’s all…”  Risau juga kot perempuan ni nak kata dia kutuk ke apa.  Dia pun asal dari bandar.  Yang begitu sibuk dan pesat.
Cuma setelah umi wasiatkan dia jaga peninggalan ini, dia kembali ke sini.  Hingga sekarang, hatinya tetap pada tempat ini.  Dia akan habiskan hayat dia di sini. 
YeahI faham.  Kalau I pun, suka duduk dekat sini…” 
Zafiq mencebek dalam diam.  Boleh tahan perempuan ni bercakap.  Tapi, malas nak layan.  Kalau perempuan ni datang bertanya itu ini, dia akan jawab yang mana mampu.  Dah sampai masa dia menjauhkan diri.  Setelah sekian lama, tak biasa ada yang begitu ramah dengannya.
“Got to go…”  Zafiq bangkit dan terus berlalu ke laut. 
Airin hanya memandang belakang tubuh lelaki yang sesekali menguak rambut sendiri.  Kali ini juga, lelaki itu tak menoleh walaupun sedikit. 



RAMBUTNYA dah kemas terpacak.  Jambang dan misainya juga sudah ditrim rapi.  Lain benar wajah dia sekarang.  Seperti seseorang yang memang tak akan melakukan apa-apa jenayah sedangkan dia sedang melakukannya sekarang.  Antara jenayah yang berat.  Sudahlah menculik, dia bawa Aira menyeberang secara haram. 
Tapi, seperti dia cakap… dia tak kisah akan semua kesannya bila dia begitu tekad mencari Aira.  Paling menyakitkan, bila dia nampak wajah itu pada satu hari.  Wajah yang sentiasa ceria.  Bagai tiada apa yang terjadi.  Aira masih boleh ketawa.  Sedangkan dia begitu menderita.  Tak terkesan langsungkah pada Aira? 
Dasar hati binatang!  Tiada perasan!
Zafiq melangkah bila pintu lif terbuka.  Daripada jauh dah nampak wartawan.  Dia dekati dan berjabat salam dengan semua.  Lelaki saja.  Tak ada masa nak salam dengan perempuan.  Nak-nak… dia kerling ke kiri.  Airin sedang duduk memandang dia.  Dia hanya balas senyuman itu seadanya sebelum duduk di depan dua orang wartawan dan dua orang jurugambar. 
Tidak dapat tidak, kena buat juga hari ni memandangkan esok mereka nak kena terbang balik.  Ikut hati, dah malas.  Tapi, kesian pula datang jauh-jauh tapi tak dapat hasil. 
“Macam mana dah dekat lima hari dekat sini,  Okey?”  Zafiq menyoal.  Ramah. 
“Oh, okey sangat.  Makanan dia paling win…”  jawab ketua rombongan, Alif.  
“Betul-betul.  View pun tak payah ceritalah.  Memang cantik…” 
Zafiq hanya senyum.  Keindahan pulau-pulau di Selatan Thailand adalah semula jadi.  Milik Pencipta segalanya.  Dia hanya diberi ruang untuk menjaganya. 
“Kalau gitu, I memang lega.  Pada I, tiada apa yang buat I gembira kalau tetamu I puas hati.  So, macam mana?  Photo shoot dah selesai ke?”  Zafiq maniskan muka. 
“Dah…”  Alif kerling Airin yang masih menyepi di situ.  Tak tahulah mana mata Airin pandang. 
“Rin,”  panggil Alif.  Barulah Airin bangkit dan duduk di sebelahnya.  Berdepan dengan Zafiq. 
You tanya model kita…”
I dah agak…”  Senyum sinis Zafiq terjongket. 
“Apa yang you agak?”
You ni model…” 
Airin ketawa kecil.  Cantik sangat ke dia sampaikan Zafiq boleh agak?  Padahal, daripada awal dia tak kata pun dia model. 
“Nanti, boleh bagi I tengok gambar-gambar.  Nak juga lihat keindahan tempat ni melalui lensa kamera profesional…”  Saja, Zafiq berbahasa. 
“Boleh.  Tak jadi hal.  Nanti I e-mel bila dah sampai KL…”  Alif senyum lagi pada Airin. 
“Okey.  Boleh kita mula?”  Zafiq betulkan duduk.  Seperti biasanya juga, dia hanya mengenakan jean lusuh dan kemeja biru laut.  Lengan kemeja disingsing hingga ke atas siku menampakkan urat tangan yang kasar.  Tanda dia memang kuat bekerja. 
“Boleh-boleh.  Sha, boleh start…”  Alif bangkit.  Menarik Airin sama.  Membiarkan pekerjanya menjalankan tugas.
“Kita mula daripada awal, boleh bos?”   Sha pandang Alif.
Zafiq senyum.  “Boleh.  You nak interviu I. I tolong jawab bagi pihak bos you…” 
Sha tersengih sendiri mendengarkan jawapan Zafiq. 
“Okey.  Encik Zafiq boleh bagi tahu nama betul?” 
I hanya selesa bila orang kenal I dengan nama Zafiq aje…”  Dia tiada niat nak bagitahu nama penuh. 
Simple but nice,” puji Sha.  “Macam mana ya, Encik Zafiq boleh mulakan semua ni?  Maksud saya, dalam bisnes pelancongan itu dah biasa.  Tapi, di negara orang?  Dapat miliki aset di negara orang.  Itu yang kami kagum…”
“Jujurnya, saya tak adalah berusaha sangat pada mulanya.  Ada di antaranya adalah peninggalan orang tua saya.  Mungkin dulu tidaklah berkembang macam sekarang ni.  Kesimpulannya, saya memang dapat bantuan daripada orang tua saya.  Ini rahsia yang tak jadi rahsia lagi.”  Zafiq berseloroh. 
Semua yang ada ketawa kecil. 
“Jujurnya, umi saya orang Thailand.  Kahwin dengan ayah saya orang Malaysia.  Saya dah biasa di sini sejak budak-budak lagi.  Cuma, saya tak belajar Bahasa Thailand aje.  Lagipun, saya warganegara Malaysia,”  beritahu Zafiq buat-buat berbisik biarpun satu team dapat dengar.
“Serius?”  Sha terkejut.
Mata Zafiq mengerdip sekali.  Airin simpan senyum. 
“Tapi, saya juga percaya, Encik Zafiq bangunkan semua ni dengan bukan sikit usaha.  Betul tak?”
“Ya.  Betul tu.”  Mata kuyunya mengerdip sekali. 
“Saya sentiasa pegang prinsip… setiap usaha tu tak akan pernah sia-sia.  Cepat atau lambat aje.  Masa yang tepat akan tiba untuk kita nikmati hasil usaha itu.  Kalau dah usaha, masih belum ada hasil, usaha lagi.  Kerana itu, saya korbankan segalanya.  Usia remaja saya, masa, kudrat, impian dan banyak benda lagi.  Nak berjaya, bukan satu perkara yang mudah.  Saya letak keghairahan dalam semua yang saya buat.  Pada saya, impian dan kejayaan adalah dua perkara berbeza.  Impian saya lain, tapi di sini kejayaan saya.  Jadi, saya terima kejayaan dan jadikannya impian yang terlaksana,” tambahnya panjang. 
Alif nampak kagum dengan jawapan Zafiq.  Airin juga sama.  Sejak tadi mendengar penuh minat pada lelaki yang begitu menarik ini. 
“Mesti orang cakap, sebab kita dah ada asas yang kukuh… senanglah cakap.  Macam mana Encik Zafiq nak tepis komen macam tu?” Sha teruskan soalan. 
“Saya dah biasa juga dengar.  Sebab kita dah ada asas.  Saya percaya asas yang dimaksudkan adalah harta keluarga.  Betul, kan?” 
“Ya, Encik Zafiq…”  sahut Sha sopan.
Zafiq hela nafas tenang.  “Kalau asas itu tak dijaga dan tak cuba diperkukuhkan lagi dengan usaha dan kudrat sendiri… lama-lama asas itu juga akan reput,” ujarnya.  
Sha senyum.  Terima jawapan padu Zafiq.  “Dah tentu ada pendorong.  Betul?” 
“Pendorong itu, pernah ada…”  Waktu ini wajah Zafiq masam.  Dia tunduk.  Isyarat yang dia tak akan teruskan dengan soalan itu. 
Err… boleh saya tanya beberapa soalan lagi?”  Sha bersuara bila Alif memberi isyarat untuk lepaskan soalan itu bila riak Zafiq nampak lain. 
“Ya, boleh.  Teruskan…”  Zafiq pintal jari-jemari sendiri.  Cuba bertahan sikit lagi.  Dia dah mula tak betah duduk sebenarnya bila rasa peribadinya mula ditembusi.  
“Dengar kata Encik Zafiq ada sebuah pulau persendirian?  Betul?”
Kali ini, Zafiq ketawa.  Siapa pulalah pecahkan rahsia ni?  Tapi, dia angguk juga.  Selagi bukan soalan peribadi.  Dia lega. 
“Ada tu ada.  Tapi, saya tak bangunkan langsung.  Tak ada apa dekat pulau tu.  Saya singgah sesekali aje bila rasa semak dengan kerja.  Sebab tu, saya tak pernah ajak orang ke situ.  Sebab memang tiada apa.  Melainkan pokok-pokok aje dan sebuah rumah,” jawabnya jujur. 
Waktu ini, kepalanya mula teringatkan Aira.  Haih… apa aku nak buat ni?! 
“Kalau macam tu, lain kali datang bolehlah bawa kami ke situ, Encik Zafiq?”  Airin mencelah.
Wajah Aira pecah daripada minda.  Zafiq pandang Airin dan senyum tipis.  Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.  Pulau terpencil itu adalah tempat untuk dia bersembunyi daripada dunia.  Kenapa dia perlu bawa orang lain ke tempat dia menyorok?  Dah tak jadi tempat menyorok pula. 
So, ada soalan lagi?”  Zafiq usap paha.  Tak dilayan permintaan Airin biarpun berbaur gurauan.  Dah sedia nak bangkit ni.  Dia ada janji dengan kawan dia lagi ni. 
“Oh, soalan last, Encik Zafiq…”  Sha angkat tangan. 
Yes, please…” 
“Encik Zafiq dah ada steady?”
Steady?  Zafiq kerut dahi.  Maksudnya, teman wanita?  Dia senyum. 
You tanya ni mesti sebab umur I dah tiga siri, kan?”
“Tapi, Encik Zafiq muda lagi apa…”  Sha dan yang lain ketawa kecil.  Memang betul.
“Itulah dia.  Umur itu angka aje.  I muda lagi.  Lagipun, I tak pernah fikir lagi nak settle down.  Masih ada urusan yang belum selesai.  Lepas tu, baru I fikir…” 
“Kerja?  Nak kembangkan bisnes, mungkin…”  Terbabas soalan itu daripada mulut Sha.
Zafiq geleng.  “Urusan tentang kebahagiaan…”  Dia terus bangkit.  Berjabat tangan dengan Alif dan krew yang lain. 
“Harap you puas hati dengan layanan pihak kami.  Ada apa tak kena, jangan segan untuk kompelin.  I terima dengan hati terbuka dan akan perbaiki lagi.  Sorry, I tak boleh lama.  Ada nak kena jemput orang sekejap.  Nanti, orang I akan uruskan kenderaan untuk you ke airport esok.”  Dia terus berlalu sambil memandang jam.
Harap sangat flight kawan baik dia tu delay ke apa. 

25 comments:

  1. tq sis rehan, addicted ni.xsabar tunggu next entry

    ReplyDelete
  2. Yuga datang n risau airin stay tak balik msia lagi

    ReplyDelete
  3. Huh! Lega nye ade kesinambungan..saban hari menunggu update dari RM..
    Tq RM! 😘

    ReplyDelete
  4. Mekasih RM utk sambungan kali ni...
    Harap2 cepat la dpt baca next entry😁😁😁

    ReplyDelete
  5. Happy sgt dpt bab baru...thanks rm.x sabar nk tgg yg lain

    ReplyDelete
  6. Siapalah kawan zafiq tu yek... adakah kene mengena ngan aira or airin.. emmm

    ReplyDelete
  7. Yq sis...pengubat rindu...risau plok dgn airin nnti ntah apa plak yg dirncang

    ReplyDelete
  8. Hihihihi..airin slh pilih nk ngorat..xjln wei..hahahaha .tq sis rehan

    ReplyDelete
  9. Yes....Yuga.... Rindu juga kat mamat ni....teruja betul setiap kali baca entry RM. semua perasaan ada....geram...seriau...sedih....gembira...Apapun.. Thanks RM.

    ReplyDelete
  10. Tq Rehan..update lagi n lagi...

    ReplyDelete
  11. Sapa kawan zafiq ya
    Harap2 penyelamat aira

    ReplyDelete
  12. thanks RM..
    Apala yg Aira makan kt pulau tu..

    ReplyDelete
  13. tjumpa blog ni secara tak sengaja...n terus tertarik dgn objection...thanks a lot RM..looking forward for more updates...addicted!��

    ReplyDelete
  14. Rindu ngan Aira...

    ReplyDelete
  15. Apalah aira mkn.. sian dia.. klu flight kwn tu delay, smptla zafiq jenguk aira kejap.. Tqvm RM for the update 🌹🌷

    ReplyDelete
  16. Lagi RM plss 😄 im so in love with your story!! Update plss

    ReplyDelete
  17. Lagi RM plss 😄 im so in love with your story!! Update plss

    ReplyDelete
  18. Dah x faham dah.. lama sgt tggl, n malas pula nk ulang baca..

    ReplyDelete
  19. Salam rehan....cuti x de sambung ke..hihihi

    ReplyDelete
  20. Eeeii xsuka btol ngan Airin.. Gedik... Hurmm sian kt Aira.. Bila la kebenaran nak tersingkap

    ReplyDelete