DAH
hampir seminggu. Zafiq benar-benar
kentalkan hatinya. Langsung tak difikirkan
tentang Aira yang boleh jadi dah tinggal tengkorak. Lantaklah dia. Berlagak sangat bila Nazri nak bagi kunci,
kau tak nak. Duduklah kau kat situ!
Tapi,
macam mana kalau dia balik sana nanti jangan kata Aira, tapi tengkoraknya juga
tiada. Kalut! Macam mana kalau Aira tu ditelan ular sawa
masa tidur? Tuhan… dia ramas
rambutnya. Tabiat buruk sejak dulu. Umi selalu larang. Kadang-kadang umi sampai tepuk tangan
dia.
Sesekali,
dia harap sangat Nazri curi-curi ke pulau.
Dia akan buat-buat tak tahu.
Tapi, sejak peristiwa malam tu mana Nazri berani lagi. Biarpun sesekali pandangan Nazri jelas
mengajak dia balik ke sana.
Argh…
hidup mati perempuan tu langsung tak beri kesan pada aku. Kalau hidup susahkan orang, mati lebih
baik!
“Hey, Fiq… kau kerut kening sangat tu,
kenapa?”
“Hey…”
Zafiq senyum tawar. Tak perasan
sejak bila kawan baik dia ni ada dekat sini.
Padahal semalam dah janji nak makan sama-sama.
“Ash
mana?” Langsung tak nampak isteri kawan
baik dia ni.
Dulu,
masa mereka kahwin di London, dia antara salah seorang saksi. Jauh dia terbang demi hadiri hari bahagia
anak seorang jutawan yang berlangsung dalam majlis yang serba-serbi kurang. Cuma, cukup segalanya.
“Dia
kata nak rehat. Biarlah dia. Lagipun, dia tahu aku nak luang masa dengan
kau…”
“Gila!” Zafiq mencebek lebar. “Dengar dekat orang, mahu dia kata aku dengan
kau ada hubungan istimewa…”
“Eh,
istimewa apa? Kau tak rasa gitu
ke?” Kawan baiknya ketawa lepas. Berlalu ke meja di tepi cermin dan duduk di
situ.
Zafiq
mengikut bersama sepinggan makanan.
Entah apalah aku ambil ni.
Huh. Banyak-banyak makanan, ini
yang dia ambil. Buah? Elok juga ni.
Untuk kesihatan.
“Makan
itu aje, Fiq?”
“Cukuplah
ni. Aku tak selera sangat…” Dia pandang ke luar. Hari ini hari minggu. Mungkin esok atau lusa, Mak Long dan Pak Long
sampai. Lupa dah nak tanya Rahim bila
dia beli tiketnya.
Kalau
boleh, dia nak pergi sambut ketibaan orang tua itu sendiri. Barulah Mak Long dengan Pak Long tak
risau.
“Kau
nak share dengan aku?”
“Hah? Apa, Yu?”
Zafiq terpinga-pinga.
Yuga
ketawa. “Kau memang ada benda yang tak
kena ni, Fiq…” Sudu diletak ke
tepi. Yuga pandang tepat ke wajah
Zafiq.
Pernah,
Zafiq kata dia gay sebab renung wajah lelaki itu tak lepas bila berbicara. Tapi, masa tu Zafiq belum tahu sesuatu. Tentang dia yang serba serbi kurang.
“Ada
masalah?” soalnya. Dua hari lepas masa dia datang mesyuarat
dengan Zafiq, Zafiq nampak sedikit lost. Sampaikan abang dia Amri, rasa Zafiq tidaklah
begitu berkaliber seperti yang digembar-gemburkan.
Tak…
Zafiq memang sangat berkaliber. Kalau
bukan kerana masalah besar, tidak jadi macam ni.
“Demi
Tuhan, Fiq… kau ada masalah ni.” Sekali
lagi Yuga tekan ayat yang sama. Dia
condongkan tubuh ke depan. Memandang
Zafiq penuh minat.
“Kau
ada aku, kan? Dulu, aku janji dengan kau…
aku dah kahwin pun, aku akan ada untuk kau.”
Janji? Ya, semua orang berjanji dengan dia. Tapi, semua orang mungkir janji. Cuma, dia yakin… Yuga memang sentiasa ada.
“Aku
okey. Cuma biasalah. Hal-hal kerja. Lagipun, bisnes tempat orang…”
“Eh,
kenapa baru sekarang nak cakap bisnes tempat orang? Aku rasa kau memang suka dekat sini. Setidak-tidaknya kau sediakan apa yang
pelancong Muslim perlukan. Kau tak
abaikan rakyat tempatan, kau juga buka peluang untuk rakyat negara kau. Itu dah cukup bagus…” puji Yuga. Bukan nak kata apa, sebab itu hakikat. Tiada siapa boleh sangkal.
“Kau
rasa aku baik ke buat semua tu?”
“Aku
tak pilih orang jahat jadi kawan aku…”
Kening Yuga terjongket sebelah.
Dia sambung makan.
Zafiq
sekali lagi lempar pandangan ke luar tapi dia pastikan wajahnya masih boleh ditatap
oleh Yuga. Yuga ni istimewa. Sama seperti Nazri. Cuma, Nazri tak boleh bercakap dan boleh
mendengar. Yuga boleh sebaliknya. Hanya berbicara dengan membaca gerak bibir
saja.
Aku
jahat, Yu. Dan, aku dah tak kisah apa
orang fikir bila aku putuskan untuk jadi jahat pada manusia yang jahat pada
aku!
“Macam
mana Empress?” Zafiq tiba-tiba sebut
tentang rangkaian hotel milik keluarga Yuga.
Aik,
tiba-tiba aje tukar tajuk. Yuga kerut
kening. Tapi, dia senyum aje. Tahu sangat kalau Zafiq tukar tajuk ni,
memang tak nak terus berbicara tentang perkara itulah tu. Sah-sah, memang masalah! Nantilah dia korek.
“Damn busy lepas Am buka cawangan
baru. Lepas tu semua nak letak nama anak
aku sebagai pewaris.”
“Serius?” Zafiq ketawa.
Rasanya beberapa tahun sudah, itu juga yang dia dengar masa lepas Yuga
kahwin. Sekarang pun sama.
“Eh,
untung apa, Yu. Kau tak nak ke?”
“Eh,
gila kau tak nak. Tapi, Ash punya marah…
takut aku…” Yuga buat wajah kecut. Tapi tak lama, dia senyum tawar. “Sebab aku tahu bini aku tu sayangkan
hubungan keluarga lebih daripada segala-galanya, Fiq. Dia anak yatim piatu. Abang Ashman dia kerap terbang sekarang. Dia tak nak satu hari nanti anak-anak Amri,
anak-anak Ashman, dia orang mempertikaikan kenapa anak aku dengan Ash ada
semua. Itu tak adil. Ash tak nak, hubungan keluarga kami putus
lagi sebab harta. Kau tahu kan… apa yang
dah jadi. Lagi pula kami sibuk dengan
sekolah khas tu. Manalah sempat nak
uruskan Empress.”
“Ya. Kau untung ada bini macam Ash…” ujar Zafiq.
Isteri Yuga cantik. Lembut. Biarpun hanya sekali dia jumpa sebelum Yuga
dan Ash kahwin di kota London, dia tahu Yuga dah buat keputusan terbaik.
“Kau
masih fikir benda lama ke, Fiq?”
Jari-jemari
Zafiq yang menggendang meja, terhenti.
Dia tunduk seketika. Angguk
beberapa kali.
“Macam
mana aku nak lupa, Yu? Aku hanya ada
dia…”
“Kau
ada ramai orang, Fiq.” Yuga
menyanggah.
“Tapi,
kau pulaukan diri kau sendiri…” Bukan
Yuga tak tahu. Zafiq banyak habiskan
masa di pulau dia sendirian. Yang tiada
apa. Hanya kesepian semata-mata.
“Aku
tak kisah kau duduk pulau kau tu. Kalau
aku diberi pilihan, ketenangan atau kesibukan… aku akan pilih dua-dua tapi di
tempat macam kau. Ada alam yang
mendamaikan. Tapi, bukan dengan syarat
kau pencilkan diri kau sendiri, Fiq.
Yang dah terjadi, bukan bawah kudrat kita.”
“Tapi,
Zariq banyak pilihan lain!” Zafiq
sedikit membentak.
“Fiq,
dah itu pilihan Zariq…”
Zafiq
ketawa. Aira? Pilihan Zariq? Oh tidak… dia memang tak boleh nak terima
langsung. Mata kuyunya memandang wajah
Yuga.
“Kau
tahu betapa bermaknanya Zariq pada aku?”
“Ya,
aku tahu. Aku pun ada abang dan kau
sendiri tahu aku dengan Amri hampir bermusuh.”
Yuga juga hampir mengeluh.
Ingatkan lepas bertahun, Zafiq dah boleh terima. Rupa-rupanya, tidak.
“Kau
ada cari awek Zariq tu?”
Zafiq
diam. Tak memberi reaksi.
“Kalau
kau nak, aku boleh tolong carikan. Lepas
tu, aku nak kau tanya demi kepuasan hati kau.
Apa dah jadi. Itu aje soalan yang
kau boleh tanya. Kau nak?”
Zafiq
geleng perlahan. Perempuan yang Yugasri
maksudkan dah lama dia dapat. Dia juga
dah tanya soalan itu tapi jawapan itu begitu menyakitkan hati.
“Mungkin
bukan salah Aira sepenuhnya. Kau pernah
fikir macam tu?” Yuga beranikan diri
sebut nama itu.
“Masalahnya,
dia cakap dia tak salah langsung!” Zafiq
hampir terjerit. Kalau di depannya bukan kawan baik dia, gamaknya suara dia
boleh menggegarkan bangunan.
Mata
Yuga memanah tajam.
“Jangan
buat apa yang kau sendiri benci, Fiq,” pesan Yuga perlahan. Ini bukan diri Zafiq yang sebenarnya. Zafiq paksa untuk wujudkan satu personaliti
lain dalam dirinya. Dia tahu, Zafiq
sedang buat masalah.
SEMINGGU,
bukan masa yang singkat untuk dia lalui seorang diri di sini. Tiada lagi ketakutan, jauh sekali kerisauan. Dia serahkan segala untung nasib hidupnya
pada Tuhan. Mati, bukan kerja dia. Bukan juga kerja Zafiq. Jika dah tertulis yang di sini tempat dia
mati, maka dia tak boleh lari. Jika
memang takdir, dia akan mati tanpa meninggalkan tanda, itu juga takdir.
Seboleh-bolehnya,
Aira tak akan salahkan sesiapa. Pernah,
dia persoalkan takdir tapi tiada apa yang dia dapat melainkan tangisan yang
berpanjangan. Kekecewaan yang bukan
sikit. Cukuplah sekali. Sejak itu, dia belajar berusaha. Berusaha terima segala apa yang datang. Baik atau buruk. Andai itu ketentuan, macam mana dia elak pun
ia tetap hadir depan mata.
Seperti
sekarang! Zafiq boleh jadi datang
sebagai bala. Boleh jadi juga sebagai
ujian. Entahlah. Walaupun sekarang dia hanya nampak Zafiq itu
tak ubah macam bencana. Hati Aira puas
bila lihat benih timun dan kacang botol dah mula tumbuh. Masih kecil.
Masih tiada apa. Tapi,
cukuplah. Malah, ada juga benih sawi
dalam plastik hitam yang Nazri hantar malam tu.
Manalah
Nazri dapat. Kalau kata Zafiq tahu dan
mengamuk pada Nazri, dia janji dia akan tampar mulut Zafiq kali ni biar terus
bisu. Buat apa nak bercakap kalau setiap
ucapan itu menyakitkan hati! Menuduh
orang macam-macam.
Selesai
menyiram pokok, Aira bawa kaki ke tepi pantai.
Gila. Tak pernah-pernah dia fikir
hidup dia jadi macam drama. Dibawa ke pulau
terpencil. Bersendiri pula. Macam filem seram Isolated Island pula. Dia
ketawa sendiri. Kakinya terus
berjalan. Membiarkan ombak yang jinak
itu menghempas kaki.
Tenang.
Aira
dongak ke langit. Dua hari lepas angin
kuat. Malah hujan juga. Mujurlah tak ribut. Pondok itu masih kuat untuk lindungi
dia. Dia juga tak kisah mana Zafiq
pergi. Tak datang lagi elok. Dia boleh hidup hanya dengan air. Tiada apa nak kisah.
Tapi,
jangan sesekali Zafiq biarkan dia terlepas dari pulau ini. Waktu itu, dia akan balas segala perbuatan
Zafiq padanya. Dalam pada hati cuba
reda, dendam dan amarah tersemat juga.
Aira
kutip cangkerang. Yang putih. Ada juga yang bercorak. Baju yang dia pakai adalah baju yang koyak di
lengan. Bolehlah. Baju ini untuk bekerja. Ada satu baju lagi untuk tidur dan sepasang
lagi untuk dia melawa.
Melawa? Kali ini tawa Aira sedikit kuat. Gila.
Sendiri buat lawak, sendiri ketawa.
Habis tu salah kalau buat lawak?
Kalau tak, dia boleh jadi gila.
Dah sebulan lebih. Mungkin juga
dah hampir dua bulan kot. Entahlah. Tak pernah kira. Janji ada siang dan malam, dia tahu dunia ini
masih belum nak kiamat.
Daripada
jauh, Aira nampak ada sebuah bot sedang menghampiri. Dia tenung lama. Boleh jadi bot penyelamat. Dia nak melambai tapi hati dia meningkah. Dia menggeleng perlahan. Itu bukan bot penyelamat. Kan Zafiq pernah cakap. Tiada siapa pernah lalu pulau ni. Ini milik persendirian.
Harapan
yang baru nak bercambah, Aira racun dengan fikiran sendiri. Buat apa berharap pada yang tiada. Dia yakin, itu Zafiq. Setelah itu, cepat-cepat dia berlari. Cangkerang yang baru dia kutip jatuh
berlonggok di satu tempat. Dia berlari
laju kembali ke pondoknya.
Satu
yang tak putus hatinya doakan, Zafiq tak rosakkan kebun dia. Kalau berani Zafiq rosakkan, dia akan pancung
kepala lelaki tu! Tanpa banyak soal
lagi!
Tq Rehan,,..rindu cerita ni...n ada juga yuga...best..
ReplyDeletetq dik. berdebar-debar nak tggu sambungannya..
ReplyDeleteWahhh makin garang aira..tp dlm hati je tu.. Xtau blh ke buat bila bdepan dgn zafiq yg 10x lbh psiko 😅😂 kantoi dh zafiq dpn yuga! Hope yuga blh nasihat zafiq. Thx RM for the update 🌹🌷
ReplyDeleteYes u go girl...tinjukkan pd zafiq yg ko xlemah aira...tq sis rehan
ReplyDeleteAkhirnya dpt baca lg sambungan..bertabahlah aira
ReplyDeleteHuhu..
ReplyDeleteZafiq perlukan teman barbicara sbnrnya..
Harap yuga dpt bantu..
Dan aira, makin kuat! Yeayyy..
Thanks..
ReplyDeleteKesiannya Aira....senyumlah Aira...ketawalah Aira...agar hati terus gembira...moga Zafiq terus membara...
ReplyDeleteTabah aira..
ReplyDeleteEleh zafiq. lantak2 pulak. padahal risau/rindu kat Aira tuuu..hihi
ReplyDeleteLagiiiii
ReplyDeleteBesttttt
ada yuga lah.... besttt
ReplyDeletehope yu yg datang ngan zafiq tu...
Semoga Aira terus bertabah...
ReplyDelete_ Azzna _
Tak puas
ReplyDeleteYeaaay... Aira dah muncul balikk
ReplyDeleteTq for update, Kak RM
Terima kasih kak rehan ...
ReplyDeleteSaban waktu menunggu..
Hadiah birthday ku hari ni
update lagi kak RM
ReplyDeleteTq kak rehan. Hari2 tunggu next entry.
ReplyDeleteThanks sambung sis RM...love all your writings
ReplyDeleteNext entry please.mood tdk sabar menunggu nih
ReplyDeletesemoga aira terus kuat & tabah..anggapla zafiq sebagai ujian..
ReplyDeleteSalam rehan�� dulu dulu sll rehan update 2 3 bab sekali gus kn... Belanja lh �� ur stories always give me strengths..��
ReplyDeleteSalam rehan😊 dulu dulu sll rehan update 2 3 bab sekali gus kn... Belanja lh 😁 ur stories always give me strengths..😊
ReplyDeleteRindu nk baca kisah aira n zafiq...warghhhh..ada masuk kisah yuga la
ReplyDeleteWahhhhh.. Betul ke Zafiq yg datang..???!
ReplyDeleteRM... x nk belanje ke episd baru sempena cuti ni
ReplyDelete��
ReplyDeleteKu terus menanti, bagai pungguk rindukan bulan...
ReplyDeleteAssalamualaikum rehan....x de sambg.ke..😊 kesian aira lama sorang2 kt pulau tu...😁😁
ReplyDeleteHarap sangat ade sambung dia😣
ReplyDeleteBila nak smbh lagi sis...xsabar nak baca
ReplyDeleteTaknak sambung ka RM��
ReplyDeletewow...menarik jln cerita nie. pls sambung RM
ReplyDeletehuhu..terpaksa beli jugaklah novel ni
ReplyDeleteNext?
ReplyDelete