Sunday, October 08, 2017

Objection 15



DADA Zafiq bagai nak pecah bila Rahim datang dan berbisik sesuatu padanya padahal belum pun separuh sesi temu ramah berjalan.  Dalam hati berkira-kira, bagus juga sebab dia betul-betul tak selesa apatah lagi mata perempuan yang dia kenali sebagai Rin itu asyik memandang dia.
Semak! 
I rasa kita kena berhenti takat ni dulu.  I ada hal penting nak kena urus sekarang…”  beritahu Zafiq pada dua orang wartawan, termasuk dua orang cameraman.  Macam nak temu ramah perdana menteri sampai sebegini ramai.  Tapi dia diberitahu, mereka akan buat photo shoot di sekitar pulau. 

“Okey.  Boleh sambung kita nanti?”  soal salah seorangnya.
“Nanti staf I contact you all…”  Zafiq terus bangun.  Berlalu bersama Rahim menuju ke sebuah bilik. 
Bilik ini dulu, sering dihuni oleh Zariq kalau datang ke sini tapi sekarang, tiada siapa boleh menginap melainkan Nazri.  Itu pun, banyak masa Nazri akan merayap tidur dalam bilik dia.  Sunyi katanya ada dalam bilik ni. 
Zafiq masuk ke bilik yang dah sedia terbuka.  Dia pandang Nia.  Bercekak pinggang. 
“Apa yang dah jadi, Nia?”  Kerisauan jelas merajai raut wajahnya.
Err, tak tahu, bos.  Saya datang nak ajak Nazri makan tapi bilik ni tak berkunci.  Lepas tu, kosong…” 
Argh… sudah!  Zafiq tak habis-habis ramas rambutnya.  Memikirkan segala kemungkinan.  Tak pernah lagi Nazri buat perangai macam ni.
“Dah suruh orang cari sekitar?”
Nia angguk. 
Tuhan… dia mendongak ke siling.  Bilik ini langsung tak berusik.  Nampak sangat Nazri tak duduk langsung sekalipun atas sofa.  Nazri memang tak nak duduk bilik ni ke apa?
“Cari Nazri sampai jumpa.  Kalau jadi apa-apa pada Nazri, semua orang kena bertanggungjawab!  Seorang pun tak akan terlepas!  Faham!”  Arahan Zafiq begitu tegas dan keras.  Arahan berbaur ugutan.
Nia mencicit keluar bersama beberapa orang lagi pekerja.  Tak pernah lagi bos marah macam sekarang setelah kes Zariq.  Setakat tak senyum, itu dah biasa.  Tapi bos jarang marah pekerja.  Sekarang pula lain ceritanya. 
“Saya keluar cari dia, bos,” pinta Rahim.
Zafiq angguk.  Bila Rahim pun berlalu, dia duduk di atas sofa dengan pintu bilik yang terbuka lebar.  Matanya terpejam rapat. 
Mana kau pergi ni, Yie.  Jangan buat abang macam ni.  Jangan buat abang macam ni!  Hati Zafiq tak sudah-sudah menjerit.  Sudahlah Zariq begitu, kau pun jangan buat benda sama.
“Are you okay?” 
Suara halus itu memaksa Zafiq mengangkat wajah.  Dia terkejut.  Macam mana perempuan yang baru dia kenal ni, boleh ada dekat sini.  Sendiri pula tu?
“Eh, you buat apa dekat sini?  Tak makan dengan team you?”  Zafiq bingkas bangun.  Bahaya ni, dalam bilik berdua-duaan.  Memanglah orang tak akan cakap apa tapi itu dah melanggar prinsip hidupnya.
Dia tak akan kotori tubuh sendiri biarpun wanita sejelita bidadari datang menghampiri.  Tapi, yang dekat pulau itu tak berupa bidadari pun dia rasa tergugat.  Ergh… sakit hati betul dengan Aira ni! 
Sorry kalau I buat you terkejut.  Tapi, tadi I nampak you risau sangat.  I cakap dekat team I nak ikut you. I dengar macam ada orang hilang?” 
Mata Zafiq mengecil memandang pada Airin. 
Sorry, Fiq.  I tak berniat nak curi dengar.  Cuma, I rasa kesian dekat you…”
Huh… Zafiq kembali labuhkan duduk.  “Adik I. Tak pernah-pernah dia buat perangai macam ni.  Selama ni, mana I ada.. di situlah dia ada.  I suruh dia rehat, tapi staf bagitahu dia hilang…”
“Kecil lagi?” 
“Dah dewasa…”
Airin ketawa halus.  Hey, dia dah dewasa. Dia tahu jaga diri.  Rasanya, you jangan risau sangat…” 
Zafiq pandang ke katil.  Nampak Zariq terbaring di situ setiap pagi bila hari cuti.  Sampaikan dia perlu datang paksa adiknya itu makan.  Tiba-tiba, dia ketawa sendiri dengan kata-kata Airin. 
“Adik I tu dah dewasa tapi tak boleh bercakap,”  beritahunya perlahan,
“Oh GodI’m so sorry, Fiq.  I tak tahu…”  Wajah Airin berubah lagi. 
Zafiq senyum pada Airin.  It’s okay.  Segala benda bermula dengan tak tahu.  Lama-lama akan tahu…”
“Lama-lama?  Meaning?”  Kening tipis Airin terjongket.  Bagai dapat membaca maksud lain di sebalik kata-kata Zafiq.
“Tak ada maksud apa-apa.  Jomlah keluar,”  ajak dia dan bila pintu itu ditutup, Zafiq pandang Airin. 
I ada urusan lain sikit.  Enjoy your night here.  View dekat pantai pun cantik malam-malam macam ni.  I memang nak temankan you tengok kawasan sekitar, tapi apa nak kata.  Tiba-tiba ada urusan pula.  Apa pun jadi, I harap I dapat feedback menarik daripada you and your team.”  Zafiq senyum dan langsung berlalu membiarkan Airin di situ. 
Bibir Airin yang merah itu, koyak dengan senyum.  Tak pernah lagi ada lelaki yang tak menoleh pada dia bila berlalu.  Tapi sekarang, dah ada.  Zafiq orangnya.  Menarik!  Tambah menarik bila dia tahu Zafiq pemilik resort ini. 
Gamaknya, pemburuan dia akan berakhir tak lama lagi.  Mangsanya sedang mendekati perangkap. 



MALAM itu, Aira dikejutkan dengan kemunculan Nazri.  Tersenyum padanya.  Rasa nak gugur jantung.  Ingatkan makhluk apalah tadi tiba-tiba tercegat depan dia dengan sengih yang begitu lebar. 
“Eh, kau bukan ikut bos kau ke, Yie?”
Nazri angguk.  Mengisyaratkan yang dia balik ke sini.  Membawa sesuatu yang Aira minta daripada dia. 
Demi menerima plastik hitam itu, Aira senyum.  Dia akan terus hidup.  “Terima kasih, Yie.  Kau buat kakak rasa kakak ni manusia sejak ada dekat sini.  Kau dah makan?” 
Nazri geleng. 
Aira pandang wajah itu penuh kesian.   “Makan malam sama-sama, nak?”
Laju Nazri angguk.  Kemesraan Aira, dia akui dia selesa dengannya.  Malah, dia perlu akur dan tahu sebabnya kenapa hanya nama Aira yang meniti di bibir Zariq selama ini.  Biarpun dia tak tahu banyak tapi dia tahu Zariq sangat sayangkan Aira.  Sebabnya, boleh nampak.  Boleh rasa.
“Duduk situ…”  Aira ke tempat dapur kayunya.  Menyenduk nasi dan lauk sardin untuk Nazri makan.
“Makanlah…”  Pinggan diletak depan Nazri.  “Kakak dah makan.  Kakak simpan sikit.  Rasa macam ada tetamu nak datang.  Rupanya kau nak datang temankan kakak.”
Nazri ketawa senyum lagi.  Berselera menikmati masakan Aira.  Jika dulu, Zariq juga suka memasak untuk dia biarpun masakan tu tak boleh nak telan.  Rasanya sangat tak sedap.  Zafiq hampir pengsan bila rasa masakan Zariq.  Tapi, dia bahagia kerana dia hanya anak yatim yang dikutip oleh keluarga Zariq dan Zafiq.  Dijaga seperti ahli keluarga sendiri. 
“Kau balik sana lagi lepas ni?” 
Nazri angguk.  Cuba memberitahu Aira yang Zafiq tak tahu dia datang sini.  Dia datang sini kerana nak bagi kunci rumah pada Aira.  Dia takut kalau ribut datang lagi.  Aira tak akan selamat di sini.
“Yie, simpan kunci rumah ni.  Kakak tak nak kau dapat masalah.  Macam mana kalau Zafiq tahu kau belot dia?  Dahlah dia selalu tuduh kakak mempermainkan adik dia.  Macam mana kalau dia tuduh kakak gunakan kau pula?  Kau nak kakak terus kena seksa?”  Aira nak Nazri faham.  Dia bukan tak nak terima kebaikan Nazri tapi entahlah.  Macam mana kalau Nazri disakiti.  Dia tak mampu nak tengok.  Budak ini terlalu luhur. 
“Yie balik cepat, ya?  Jangan risau.  Pergilah seminggu atau sebulan.  Kakak tahu jaga diri.  Kakak tak akan mati dekat pulau ni, Yie.  Kalau nak mati pun, itu kerja Tuhan.  Kau jangan risau.  Lagipun, kau dah repair bumbung tu.  Kakak yakin, kakak akan baik-baik aje.  Tuhan akan jaga kakak…”  Begitu sekali Aira memujuk hati Nazri yang memberat.
Andai Zafiq tahu, tak tahulah apa lagi pertuduhan yang akan dia hadapi.  Tapi, dia hanya mahu senyum saat ini bila melihat Nazri berselera makan.  Itu makanan dia simpan untuk esok.  Sekarang, tiada apa lagi yang tinggal. 
Tapi, apa nak kisah.  Tidakkah tetamu itu datang bawa rezeki dan Nazri benar-benar membawa rezeki untuk dia.  Dalam plastik hitam itu, tersimpan rezeki buatnya.



MANALAH Nazri ni?  Zafiq rasa nak meraung dah ni.  Apa pun tak boleh nak buat bila kerisauannya pada Nazri lebih daripada segala-galanya.  Macam mana kalau ada sesuatu buruk yang terjadi, Nazri tak mampu meminta tolong.
Tuhan… tolonglah!  Sejak akhir-akhirnya, kerap pula dia meminta daripada Pencipta. 
“Bos!”  Dari jauh, dia nampak Rahim berlari menghampirinya. 
“Jumpa, Im?”  soalnya tak sabar. 
“Satu bot tak ada, bos.  Saya baru perasan.  Boleh jadi, Nazri bawa bot balik ke pulau tak?”  Nafas Rahim masih mengah.  Tak sempat dia nak damaikan nafasnya. 
“Serius?”  Susahnya Zafiq nak percaya dengan telahan Rahim. 
“Kau tahu kan, Nazri tak pernah bantah aku.  Tak pernah buat benda tanpa izin aku.  Tak pernah…”
“Ya, saya tahu tu, bos.  Saya cuma agak bila dia orang cakap bot tak ada.  Lagipun, dah malam bos.  Macam mana kalau berlaku apa-apa?”  Padahal, Zafiq memang larang apa saja jenis bot laju beroperasi pada malam hari.  Tambah pula angin makin menderu.
“Sediakan bot, Im.  Aku pergi cari dia…”  Zafiq pantas berlari menuju ke bot dan baru saja dia nak masuk ke dalam bot, bot kecil yang dipandu oleh Nazri mendekati pantai.
Dia lepaskan tali.  Kunci bot diserah pada Rahim.  Zafiq bercekak pinggang dengan api kemarahan yang begitu marak.  Merenung tajam pada Nazri yang sedang takut-takut nak naik pantai setelah mematikan enjin bot.
“Kau pergi mana?”  jerkah Zafiq bersama penampar yang cukup padu hinggap di pipi Nazri hinggakan lelaki muda itu jatuh terduduk.
“Jangan, Im!”  larang Zafiq keras bila Rahim mahu membantu. 
Staf yang lain hanya mampu memandang.  Zafiq tak pernah mengamuk, tapi bila sekali dia marah… semua yang lain pasti akan tunduk tak ubah bagai pesalah. 
“Kau pergi mana?”  Zafiq cekak kolar baju Nazri bila Nazri bangkit.
Mata Nazri berkaca-kaca.  Sakit barangkali.  Tak lama, Zafiq lepaskan cengkaman.  Dia bercekak pinggang memandang Nazri dengan mata kuyunya. 
“Suruh dia orang semua balik buat kerja,” arahnya pada Rahim.  Seketika, hanya tinggal mereka bertiga. 
“Kau pun pergi, Im.  Biar aku uruskan ni…”
“Tapi, bos…”
“Tolong uruskan team Encik Alif tu.  Atur masa lain kalau boleh.  Cakap aku betul-betul minta maaf…”  Malam masih muda tapi dia langsung tak boleh nak layan tetamunya.  Rasa tercalar kredibiliti.  Semua sebab Nazri. 
“Kau pergi mana, Yie?”  Suara Zafiq rendah bila hanya ada dia dan Nazri sekarang. 
Biarpun Nazri tak menjawab jauh sekali nak pandang dia, dia dah dapat agak.  Sesekali, tubuh sendiri rasa bergoyang bila angin semakin garang.  Tanda ribut mahu melanda lagi malam ini.  Taman batu karangnya boleh jadi akan rosak lagi.
“Kau balik ke pulau?” 
Nazri angguk. 
“Kenapa kau pergi tak bagitahu abang?”  Wajah Zafiq waktu ini jelas tergambar kekecewaan dengan sikap Nazri.  Kenapalah semua orang yang dia sayang, nak belot dia demi perempuan tu?
“Kau pun nak jadi macam Zariq ke, Yie?  Kau tak sayang abang langsung ke?  Abang tak penting ke dalam hidup Zariq dengan kau sampai kau dengan Zariq sama-sama belot pada abang?  Dengan perempuan yang sama pula tu?”  Tuhan… nama itu disebut lagi.  Dia rasa nak menangis!   Kecewa sangat!
“Kau tahu tak abang risau dekat kau macam nak mati?!”  Bahu Nazri dicengkam kuat.  Digugah kasar.  “Berapa kali kau nak abang hadap benda sama?  Tak cukup ke Zariq bunuh jiwa abang.  Kau pun sama!”  Mata Zafiq merah menyala.  Dia lepaskan Nazri dan nak berlalu bila Nazri peluk lengannya kuat.
Zafiq tahu, bila Nazri bertindak begitu, itu tandanya Nazri sedang merayu sebuah kemaafan. 
“Pergi balik bilik, Yie.  Makan dulu, lepas tu tidur.  Cuaca tak elok malam ni.  Jangan buat lagi benda macam ni.  Kau tahu, abang tak suka!”  Amaran keras diberi pada Nazri biarpun dia yakin, Nazri mesti dah makan.
Bau sardin masih dapat dia hidu.  Cenduai apa kau bagi pada adik-adik aku, Aira?  Lepas tu, boleh pula makan benda tu saban hari.  Gila!  Nazri pun sama-sama gila dengan Aira.  Eloklah.  Lepas ni, aku sumbat dua ekor ni dalam hospital sakit jiwa. 
Nazri akur.  Melangkah mendahului Zafiq. 
Tapi…
“Yie…” 
Nazri menoleh bila Zafiq menyerunya. 
Zafiq telan liur.  Tak pastilah perlu ke tidak dia tanya.  Ego dia kian tercalar.  Marah dia sedikit terkakis.  “Dia…okey?”  Akhirnya, terluah juga.   
Nazri senyum. 
Dada Zafiq lapang. 

37 comments:

  1. Alaaa kenapa musti airin jumpa zafiq gak... ishhhh teguhkan pendirian fiq agar ttp x suka airin... hihihii

    ReplyDelete
  2. Finally karehan. Tq. I hate u so much airin. Nak lempaq Dalam lombong ja HG tuh. Meluatnyaaaa. Zafiq rindu kt aira ka. Dlam hati bunga².

    ReplyDelete
  3. kasihan Aira... sorang sorang kat Pulau tu... lagi kasihan pada Ayie yg kena marah ngan abg angkatnya....berakhirnya mimpi ngeri Aira...tidak kah ayahnya mahu mengupah org mencari darah dagingnya sendiri... kenapa lah ayahnya tak nampak permainan yg dilakukan oleh bininya dan Airin...

    ReplyDelete
  4. Kak.. Bila nak hbs ni? Bila nak keluar novel? X sabar sgt ni..

    ReplyDelete
  5. Tenkiu rehan lama tunggu....bila nk keluar yg cerita nie.

    ReplyDelete
  6. Setiap hari sya stalk blog akak sbb tunggu cerita ni keluar.hehehehehe fighting akakkkk .

    ReplyDelete
  7. Akhirnya..
    Penantian ku berakhir juga..
    Thanks RM..

    ReplyDelete
  8. akhirnya....terima kasih sis rehan.

    ReplyDelete
  9. Akhirnya...dpt jgk baca sambungan..tp ada mslh lain akan muncul tu

    ReplyDelete
  10. Berangan je la ko airin..tp siap sedia la terima aftermath
    lps zafiq tau sape airin sebenornya..hahahahahahaha..tq sis
    Rehan..miss ur writing...zafiq2 dlm mrh2 amik berat gak ya..kikiki

    ReplyDelete
  11. Risaunya kot2 airin dengar...

    ReplyDelete
  12. Terima kasih kak rehan

    ReplyDelete
  13. Windu nyew dgn kamu cik penulis...
    Terima kasih sgt utk sambungan ni😙😙😙

    ReplyDelete
  14. Allahu.... At last.... 😊 😊 😊. Terubat rindu kat Zafiq...kuang...kuang...kuang....Thanks RM . Moga sentiasa berada dlm peliharaan Allah. Jgn lupa objectionnnnnnn........

    ReplyDelete
  15. Wahhh!!! Rindu nye sgn Objection!! Tq RM..
    Nak lagi boleh? Hihi..

    ReplyDelete
  16. RINDUNYA...LAMANYA...TQ UPDATE...

    ReplyDelete
  17. Akhirnya....ade jg cite ni...Go....go...go RM.

    ReplyDelete
  18. Nak sambungannya lagi....jgn sambung bln depan sudah laaa.....

    ReplyDelete
  19. Thanks kak rehan...lama dah tggu bab ni..

    ReplyDelete
  20. kebenaran akan tersingkap x lama lagi..hehehhe

    ReplyDelete
  21. Wahhh rindunyaaa...geramnya dgn airin tuuuu...satu je yg saya tunggu..penyesalan zafiq bila dia tahu perkara yg sebenar...������

    ReplyDelete
  22. wahhh..akhirnya..terubat gakk rindu..thanks RM

    ReplyDelete
  23. Nazri pun tahu erti timbangrasa....

    ReplyDelete
  24. Finally, lama tunggu, thankyou sis rehan :-)

    ReplyDelete
  25. Tq tq.. ada lg tak mlm ni...hihihi

    ReplyDelete
  26. Huh! menyampah dgn airin yg mata duitan tu!! Dan dan nk perangkap zafiq bila tau he's the owner! Xsabar nk tau apa jd pd zariq.. thx RM for the update 🌹🌷

    ReplyDelete
  27. Akhirnya...penantian satu penyiksaan..anyways thanks RM

    ReplyDelete
  28. Akhirnya!! Terubat rindu.. TQSM RM (^_^)/

    ReplyDelete
  29. Tak suka tapi ambik berat
    Hahaahhaha sweet la

    ReplyDelete