Friday, November 23, 2018

The REASON - Released! ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  

Maaf, lama tak bersiaran.  Tiba-tiba, keluar buku baru yang segar-bugar dan tidak pernah dikongsi di mana-mana. Facebook Page atau Blog saya.  Alkisahnya, sebab sangkut dengan cerita BuyaSera, saya cuba channel otak saya ke lain.  Dalam meniti writer's block dengan cerita tu, Tuhan ilhamkan dengan cerita lain.  

Dan, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, saya persembahkan The REASON...is YOU.  Kenapa The Reason? Kenapa mawar putih itu berdarah?  Kena baca.  wink2. 











Tajuk: The Reason
Penulis: Rehan.Makhtar
Penerbit: Penulisan2u
ISBN: 978-967-2102-67-0
Muka Surat : 592
Harga: RM25.00 (Semenanjung) // RM28.00 (Sabah & Sarawak)

******
Dia… Adalah wanita yang menyayangi diri sendiri biarpun satu dunia tak mahu menghargai. Namun, saat dia mula mencintai; Ammara robek hati sendiri dengan begitu kejam. Dia tertipu dengan cinta fananya. Air mata jatuh tak terseka tetapi lelaki itu pergi begitu saja tanpa menoleh buat kali kedua. Lelah dia mencari sebab tapi akhirnya, dia pujuk hati untuk terima.
“I tak paksa dan I takkan rosakkan masa depan you. But I need at least an answer. Boleh tak you bagi jawapan?” - Ammara
“No!” - Eqram
Sepatah jawapan Eqram telah membunuh jiwanya. Ammara tunduk menyesali salah sendiri. Kerana itu dia bangkit bila hadir seorang puteri bernama Nur Amaris menemani perjalanan begitu sukar bahana beban kesan dosa silam. Namun, setelah lima tahun... Pintu yang selama ini tertutup… Terkuak. Adakah ini juga sebahagian hukuman untuknya?
“Then, patut ke I remind you balik? Perlu ke I bagi tahu you parut pada tubuh you, yang you sendiri mungkin tak tahu…” - Eqram
“Berapa kali nak cakap, bukan saya. Dan tolong tutup mulut awak tu. Jangan cakap kotor dengan saya, Mohd Eqram!” - Ammara
Lelah dia berlari. Puas dia elak. Tapi, takdir terus menguji.
“Saya memang suka awak sejak pertama kali, Ara. Saya sudi jaga awak dan Amaris.” - Eqwan
“Saya tahu awak baik, Eqwan. Tapi, segalanya tak mudah untuk saya…” - Ammara.
Ammara akhirnya menerima pinangan Eqwan kerana dia yakin, dia juga berhak bahagia. Biarpun Ammara tahu, Eqram tidak mahu dia menjadi isteri kepada abang lelaki itu.
“You said no… To me. I betul-betul perlukan you dulu, Eqram. Setidak-tidaknya, you bagi satu sebab kenapa you buat I macam tu…” - Ammara

“I don’t have even a reason back then. I dah cakap dekat you yang I jahil. I yakin you pun sama dengan I. For me, you dig your own grave by choosing me. But now... I have that reason, Ammara. And the reason... Is you...” - Eqram
Pengakuan Eqram telah menghambat mimpi ngeri yang selama ini menghantui Ammara. Dia akan bahagia bersama Eqwan. Dia yakin. Seperti kata Afina… Bahagia itu akan datang tidak lambat dan tidak cepat, tapi pada masa yang tepat. Kerana dia pernah gagal merancang; kali ini, dia hanya serahkan segalanya pada Tuhan yang menentukan. Apa saja ketetapan, sepenuh hati dia akan terima.
*****
Buku ini terbitan Penulisan2u edisi November 2018.  Dah mula masuk kedai-kedai buku di sekitar Lembah Klang.  Tempat lain, ada yang masih dalam perjalanan.  Pada yang berminat, saya ada buka pre-order seperti poster di bawah : 

(boleh juga rujuk FB page saya atau emel ke emel di atas atau ke rehan.makhtar@yahoo.com)

Atau boleh juga beli terus daripada Penerbitan Karyaseni dengan cara mudah :

PEMBELIAN MELALUI SENANGPAY (ONLINE BANKING)
Sila klik link di bawah mengikut kawasan anda⤵️
.
🐝SEMENANJUNG 
.
🐝SABAH & SARAWAK 

********
Ia masih kisah biasa tentang watak-watak tercela dalam meneruskan hidup dengan cuba menelan segala kesan dosa masa lalu.

Buku ini memberitahu, apapun dosa... keampunan sentiasa ada. Yang menjadi tanya tanya sekuat mana kita berusaha dan mencuba mencari keampunan itu.
Kisah bagaimana pilunya seorang Wan Ammara.
Kisah bagaimana kesalnya hati lelaki Mohd Eqram.
Kisah bagaimana matangnya kasih Mohd Eqwan.
Kisah bagaimana luhurnya seorang bernama Afina.
Kisah ini...
Kisah tentang kekesalan.
Kisah tentang keinsafan.
Kisah tentang satu perjalanan di atas percikan api dosa yang sukar untuk dipadam.
Ammara... terbakar kerana cinta.
Eqram... keliru kerana kedangkalan
Eqwan... ikhlaskan hati demi bahagia.
Afina... berkorban apa saja demi seorang teman.

Ia tak seberapa.
Tapi, masih sesuatu.


Sayang, 
RM

5 comments:

  1. Assalammualaikum wbt RM, dah order ngan KS dan dapat novel hari ni...kalau tahu order ngan RM...
    ~ Kak Aminah AR

    ReplyDelete
  2. Kak RM, macam mana saya nak dptkan buku-buku lama akak?

    ReplyDelete
  3. Rehannnn....Best la The Reason nih. uhuuuuu....

    ReplyDelete
  4. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete
  5. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete