Thursday, August 01, 2019

MAGHFIRAH... released!

TAJUK : MAGHFIRAH
PENULIS : RM
TERBITAN : BLOGIJAU
EDISI : OGOS 2019 (TERHAD)
KETEBALAN : 450 MUKA SURAT
HARGA : RM25
-----
HIDUP ini adalah satu perjalanan. Perjalanan yang boleh jadi lancar atau punyai halangan yang dipanggil ujian dan perjalanan hidup Ian berubah arah bila hati itu berlabuh pada pelabuhan yang tidak sepatutnya.
Kerana itu, Ian buang segala yang dia ada demi bermula semula. Dua tahun dia bermusafir menggalas beban dan bila dia singgah di depan seorang Maghfirah, dia tertanya… adakah ini destinasi terakhir? Tapi, kenapa gadis jelita ini memencilkan diri daripada dunia?
“Apa yang awak cari, Maghfirah?” - Ian.
“Saya tak mencari. Saya menanti.” – Maghfirah
Pada Maghfirah, dia sentiasa bersyukur biarpun hidup miskin bersama ayah tersayang. Salahnya berkeras kerana percayakan janji Nazri, biarpun pepatah mengatakan… orang tua makan garam lebih dulu. Natijahnya dia tanggung hingga ke hari ini angkara fitnah.

Aneh. Bila lelaki asing bernama Ian muncul di ambang pintu, yang tertutup itu dirasakan kembali terbuka. Tapi, dia tiada daya untuk sekat langkah Ian. Lelaki itu punyai wanita lain di dalam hati yang menjadi igauan saban malam. Tapi, dia tetap akur dengan aturan takdir dan cuba menjadi kekuatan bagi segala kelemahan Ian kerana dia yakin, Ian sedang menjadi benteng dalam melindungi hati rapuhnya.
“Saya tahu, lelaki macam awak tak perlukan saya untuk bermanja…” - Maghfirah
“Siapa cakap saya tak perlukan awak?” - Ian
Namun, bila wajah yang menjadi igauan Ian muncul membawa rahsia tentang kisah lalu Ian yang telah meragut satu nyawa, Maghfirah tahu… setakat itu saja Ian menjadi benteng untuknya. Biarlah dia pula yang jadi pertahanan demi lelaki yang amat dia cinta.
“Jari saya mesti kasar, kan? Mesti tak sehalus jari dia. Tapi, jari ini yang akan seka airmata awak sampai bila-bila…” - Maghfirah
“Maafkan abang sebab lukakan hati Firah biarpun abang tak sengaja, sayang…” - Ian
Ini kisah tentang satu perjalanan mencari sebuah keampunan demi secebis ketenangan. Maghfirah dan Ian sama-sama dihunus mata pedang. Mereka luka bersama. Dan, mereka saling menjadi penawarnya.
***
Psttt.... baca ini pun dah tahu banyak tak sama, kan? Kan? Lebih menarik, lebih mendebarkan dan seperti biasa... akan puas hati. Insyaallah.

Sedikit tentang Maghfirah.
1. Cerita ini ada dekat blog tapi haruslah tak serupa kerana banyak pertambahan. Daripada 23ribu patah perkataan, menjadi hampir 60ribu. Banyak tu.
2. Cerita ini manis ke? Haruslah manis. Sangat manis. Hey, penulis #Sugar ni taw. (Jeling tajam). Hahaha. Tapi, nak rasa manis tu... kenalah berusaha sikit.
3. Endingnya bertambah? Dah tentulah. Pssttt... mari saya bisik. Ending dia kalah Sugar tawwwww... manissss amat. 
4. Perlu ke dapatkan #Maghfirah? Mesti dapatkan sebab tak nak jadi macam buku terbitan Blogijau sebelum ni. Dah tak ada baru orang tanya. Saya tak akan cetak lagi buku-buku Blogijau sebelum ni melainkan tiba-tiba nak adaptasi. Hahaha.
5. Bila nak bukak order? Sekarang!  Cepat-cepat.  
6. Banyak ke cetak? Setakat mana yang order sajalah. Rumah tak muat nak simpan stok.
7. Berapa lama pre-order nanti? Seperti biasa, Blogijau tak akan buat sampai setahun. Saya anggarkan dalam tiga minggu. Sekarang stage menunggu isbn saja. Semua yang lain dah ready. Alhamdulillah. Dipermudahkan.
8. Andai buku siap awal sebelum tiga minggu, semua order akan terus diproses tanpa bertangguh.
9. Dan akhir sekali, saya dengan rendah hati mempersembahkan... #MAGHFIRAH. DEMI-MU, KUTABAH BERJALAN.

Dan, 


Amik berkat bulan kemerdekaan negara dan Zulhijjah... saya bukak pre-order, ya. Boleh ikut cara-cara seperti dalam gambar. Pre-order batch pertama adalah sehingga 23.08.2019.
Kali ini batch pertama akan dapat tandangan ori. Bukan printed seperti sebelum ni. Tapi, terhad kepada 300buah pertama saja dan ada sikit lagi buah tangan selain poskad. Jadilah antara yang terawal.
Pada yang nak buku-buku terbitan Blogijau yang lain, hanya Beast And The Beauty yang masih berbaki 30buah (RM24). Ini, kalau habis kira habis terus. Sama dengan Maghfirah inilah nanti.
Yang lain memang tak ada. Untuk buku saya dgn Karyaseni, boleh beli direct daripada Karyaseni, ya.
Pada yang nak beli buku sebanyak 2buah dan 1 alamat, hanya tambah RM25(harga buku) sahaja.
Akhir kata, sila emel dan jangan inbox. Nanti tercicir. Jangan juga salah alamat emel. Nanti kami tak proses.
Dan, sekiranya ada pertanyaan, boleh inbox Facebook Page saya atau emel ke rehan.makhtar@yahoo.com. 
Terima kasih. 


Oh, sedikit gambar menarik untuk kalian; Poskad.  



Sekian.





5 comments:

  1. sy dr indo mcam mane nak order?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....sis rehan...novel aku telah mencintaimu dngn ayat-ayat cinta bercerita xde stok dh ye...

    ReplyDelete
  3. Kok belum ada kak post yg baru, rindulah ngan karya kak

    ReplyDelete
  4. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete
  5. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete