Sunday, May 12, 2019

SUGAR? Released


Salam alaik. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani, saya persembahkan cerita yang paling manis di PBAKL2019 nanti. Maaf lambat upload sebab beberapa kekangan. Boleh jadi, saya adalah penulis terakhir yang baru start promo karya sendiri.

Kenapa saya cakap paling manis? Dah tajuknya pun #SUGAR?. Mestilah manis. Kikiki. (gelak sopan)
Apapun, maaf berahsia. Saya percaya tentu ramai yang terkejut dan pisat mata berkali-kali masa Karyaseni upload gambar. Bukan apa, sebab tak jelas nama saya, kan? Kecik. Haha.
Sugar? adakah hasil kerja demi menunaikan janji di saat-saat akhir. Saya pernah upload dekat blog lama dulu. Lepas tu, berhenti. Sedikit tentang Sugar?
Adakah cerita ini manis? Hurmm.. seperti biasa, manis-manis buah saja.
Adakah hero dan heroinnya manis? Manis tu adalah sikit. Taip, aura itu satu kemestian. Gitteww.
Akan ada orang ketiga? Hurmm.. usah kata yang ketiga, ada yang keempat. Alang-alang, kan. Bagi meriah sikit.
Cerita ni ada pusing plot macam The Reason?
Tak... cerita ini adalah seperti sebatang jalan yang lurus. Jelas dan nyata. Hanya perlu melangkah selangkah demi selangkah. Akan jumpa pengakhiran yang manis. Belek helaian demi helaian, saya janjikan senyuman manis akan koyak pada bibir kalian.
Apakah yang menarik tentang Sugar?
Menarik itu terserah pada yang membaca. Setiap orang punyai definisi menarik itu berbeza dan saya meraikan setiap perbezaan pendapat. Cerita ini sangat biasa. Klise, dah tentu. Bukan sesuatu yang luar biasa. Dah memang RM, maka RM lah ceritanya.
Tapi, yang indah tentang Sugar? adalah penulisnya. Cia cia cia... Well, air masak RM akan sentiasa hilangkan dahaga pada mereka yang sentiasa mencari kekuatan untuk meneruskan perjalanan di atas laluan yang penuh ujian.
Jadi yang terawal. Jumpa di bilik pameran Karyaseni pada 30 Mac 2019 (Sabtu) jam 2-4 petang. Insyaallah, ada buah tangan semanis Sugar. Gitteww...

*********
SUGAR? Yes... please...
Harga: RM28.00 (SM)/ RM31.00 (SS)


Edian. Dia akur atas segala kehendak orang tuanya walaupun jiwanya terseksa. Dia umpama patung bernyawa, yang punya hati namun tak mampu menyatakan tidak. Dia cuba mencintai Haikal walau dirinya kosong tanpa secalit perasaan.
Hingga Nel muncul. Nel adalah lelaki misteri. Sukarnya untuk dia rungkaikan apa yang ada dalam kepala lelaki itu. Nel yang begitu pandai berhujah. Penuh dengan prinsip hidup sendiri. Kerana itu, Edian mula hargai hati dan perasaan sendiri.
“Apa kata saya ponteng hari ni?” - Nel
“Nanti kena buang kerja…” - Edian
“Kena buang kerja tak apa. Jangan sampai kena buang daripada hati awak…” - Nel
Nel manis. Dia yang telah jadi hempedu dalam hidup Nel. Kembali menjadi milik Haikal, bukanlah sesuatu yang mudah namun dia tetap berusaha.
“Saya tak patut dekati awak. Meninggalkan luka di hati lelaki sebaik awak…” - Edian
“Silap tu, Cik El. Saya yang dekati awak. Gamaknya, kejahatan itu masih ada dalam hati saya sebab tu Tuhan tak benarkan saya miliki gadis sebaik awak.” - Nel
Ya. Itu kenyataan. Pandangan mata kasar hanya nampak yang terzahir. Yang disembunyi, tiada siapa tahu. Nel, punya sejarah tersendiri; yang dia tahu, akan menjadi senjata dan menghunus padanya satu hari nanti.
“Ini kali terakhir awak adalah Cik El pada saya. Antara kita, tak ada lagi Nel dan El. Maafkan saya… bukan niat mahu rosakkan saat-saat akhir…” - Nel
“Sementara saya masih dekat sini, boleh saya minta sesuatu?” - Edian
“Saya risau apa yang awak minta tu, tak dapat saya berikan…” - Nel
“Anggap ajelah saya minta hadiah kahwin daripada lelaki yang satu-satunya berjaya tembus ke dalam hati saya…” - Edian
Permintaan Edian nampak ringan. Menunaikan… Cukup berat. Dia mencintai Edian bukan dengan syarat wanita itu menjadi miliknya. Cukuplah Edian bahagia. Kerana keadaan begitu mendesak dan yakin; ini yang telah takdir aturkan, Nel tekad untuk nikahi Zahlia hanya kerana janji yang Edian akan bahagia dengan Haikal. Mereka akan ke jinjang pelamin pada hari yang sama. Sayang, pengantinnya berbeza.
Bahagia itu ada pada hati yang reda. Tapi, memang sifat manusia. Menasihati itu mudah selama tidak terhantuk dahi sendiri. Bagaimana harus mereka telan kepahitan hari ini, demi manisnya hari esok; Sugar? menjadi jawapannya.

18 comments:

  1. tahniah..ada rupanya buah tangan untuk PBAKL 2019.

    ReplyDelete
  2. Ada kat pbakl jew ke atau masuk pasaran kdai buku jugak?

    ReplyDelete
  3. Dah abis baca Sugar..? Memang manis. aduhaii....

    ReplyDelete
  4. "JUDI POKER | TOGEL ONLINE | TEMBAK IKAN | CASINO | JUDI BOLA | SEMUA LENGKAP HANYA DI : WWW.DEWALOTTO.ME
    DAFTAR DAN BERMAIN BERSAMA 1 ID BISA MAIN SEMUA GAMES YUKK>> di add WA : +855 69312579 "

    ReplyDelete
  5. RM tolonglah tapis sikit komen2 tuuu... by the way nak tanya, sugar ni ada jual kat playstore tak? Please respond.

    ReplyDelete
  6. kelinci99
    Togel Online Terpercaya Dan Games Laiinnya Live Casino.
    HOT PROMO NEW MEMBER FREECHIPS 5ribu !!
    NEXT DEPOSIT 50ribu FREECHIPS 5RB !!
    Ada Bagi2 Freechips Untuk New Member + Bonus Depositnya Loh ,
    Yuk Daftarkan Sekarang Mumpung Ada Freechips Setiap Harinya
    segera daftar dan bermain ya selain Togel ad juga Games Online Betting lain nya ,
    yang bisa di mainkan dgn 1 userid saja .
    yukk daftar di www.kelinci99.casino

    ReplyDelete
  7. Yuk Merapat Best Betting Online Hanya Di AREATOTO
    Dalam 1 Userid Dapat Bermain Semua Permainan
    Yang Ada :
    TARUHAN BOLA - LIVE CASINO - SABUNG AYAM - TOGEL ONLINE ( Tanpa Batas Invest )
    Sekedar Nonton Bola ,
    Jika Tidak Pasang Taruhan , Mana Seru , Pasangkan Taruhan Anda Di areatoto
    Minimal Deposit Rp 20.000 Dan Withdraw Rp.50.000
    Proses Deposit Dan Withdraw ( EXPRES ) Super Cepat
    Anda Akan Di Layani Dengan Customer Service Yang Ramah
    Website Online 24Jam/Setiap Hariny

    ReplyDelete
  8. ketika anda bermain dalam link http://188.114.232.104 andah harus bermain dalam judi online yang bisa menguntungkan anda ketika bermain.

    ReplyDelete
  9. Daftar Situs Judi Online Terbaik Dan Terpercaya warkop66

    ReplyDelete