Setelah dua tahun... PBAKL kembali lagi. Saya percaya ramai peminat buku teruja dengan momen ini. Saya juga sama. Saya seorang penulis, tapi saya juga seorang pembaca tegar. Pada yang tertanya, ternanti dan pastilah teruja, saya kini kembali di tempat saya bermula iaitu Karyaseni dan saya kira, kita semua akan reunion di PBAKL2022 lepas dua tahun, kan?
Jika kalian ikuti blog saya sejak sekian lama, kisah tentang Tuah Nur Khalifah dan Nik Khalifh ini saya tulis di blog pada tahun 2013. Kini, bila jadikan buku segalanya sudah tidak serupa. Mestilah tak sama. Dah hampir sedekad. Penceritaannya 100% berbeza. Pastilah akan lebih mengujakan dan seharusnya matang.
Andai sebelum ini, Karyaseni bawakan CHECKMATE yang boleh dikatakan DARK. Kemudian, Blogijau hadir dengan LURUH yang membawa sisi DARKER, disusuli dengan NOKTAH the DARKEST, berganti dengan SUMPAH yang LIGHT.
Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, saya mempersembahkan kisah yang lighter... HATI YANG KAU PINJAMKAN. Ia cukup manis. Percayalah.
***
Kata ma, nama ini adalah satu doa. Kerana itu dia dinamakan Tuah. Semoga dia sentiasa bertuah. Tapi, bolehkah dia katakan dirinya bertuah bila tiba-tiba muncul seseorang yang memerlukan bantuan bagi menentukan urusan hidup dan mati dalam hidupnya? Tapi, melihatkan jasad yang terlantar lemah itu, Tuah tahu… dia perlu lakukan sesuatu.
“Saya tak nak dia bahayakan diri dia untuk lelaki asing macam saya…” – Nik Khalifh
“Kita yakin, bila dia buat keputusan tu… dia dah tak kisah dengan kemungkinan yang akan berlaku.” – Tuah Nur Khalifah
Khalifh telah meminta untuk wanita asing itu ada di sisinya bila dia kembali buka mata. Tapi sayang, wanita itu hilang begitu sahaja. Tanpa sempat dia lihat jelas wajahnya. Tak juga dia tahu namanya. Dia terus mencari. Dua orang yang berbeza. Seorang kawan yang dia cinta. Seorang lagi yang telah memberi separuh hati untuknya.
Bila hati yang satu saling menyeru dan mahu bersatu, mereka akhirnya bertemu. Tuah terus bersembunyi dalam terang. Khalifh pula, pertama kali memandang Tuah, dia telah jatuh cinta berkali-kali pada wanita ini. Namun, dia sepertinya terperangkap di antara cinta dan budi.
Tuah pula hanya menyerah bila Khalifh akhirnya temui apa yang dicari. Dia menerima pinangan Fendy. Berharap Khalifh bahagia dengan sebahagian pemilik hatinya, Rozie.
“Walaupun kita tak akan ada depan awak nanti, kita nak awak tahu… kita sentiasa dekat dengan hati awak.” – Tuah Nur Khalifah
“Sejak pertama kali awak renung saya dan saya balas renungan awak tu… saya tahu, awak akan tinggal dalam hati saya. Selamanya.” – Nik Khalifh
Tuah Nur Khalifah rasakan dia tak temui jalan keluar dalam pagar sesat yang diciptanya sendiri. Nik Khalifh pula tekad untuk memiliki kedua-duanya. Tapi, apakah benar dia telah temui seseorang yang terus mahu bersembunyi?
Edisi : JULAI 2022
Terbitan : Karyaseni
Harga : RM25 (SM) / RM28 (SS)
***
Buku ini rasanya dalam 6 Jun 2022 baru ada di PBAKL. Salah saya sebab saya hantar manuskripnya sangat lambat. Hampir mustahil untuk dibawa ke PBAKL tapi Karyaseni telah lakukan yang terbaik. Saya juga sentiasa berikan yang terbaik. Tak kira buku saya cetak sendiri atau penerbit cetak, ia adalah milik RM dan RM sangat pentingkan kualiti bacaan. (kenyit-kenyit mata)
Sampai jumpa di sana nanti.
11-12 Jun 2022 (Sabtu-Ahad)
Jam 10.00 pagi - 12.00 tengah hari.
***
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete