Bismillah… selepas hampir setahun saya karang, dengan rendah hati saya mempersembahkan #TULUS,. Sebuah kisah kehidupan yang too good to be true tapi percayalah, ia sangat sesuatu.
Ya ya… awak semua tak salah baca. Tajuknya memang ada koma. Jika dulu # sekarang ,
***
Biarlah dikata cinta itu satu kebahagiaan, Ayla hanya percaya cinta hanya membawa derita. Dia tidak perlukan sesiapa dalam hidupnya kerana dia tahu hanya dirinya sahaja yang tahu menjaga hati sendiri.
Kisah yang diyakinkan hanya satu episod itu, rupa-rupanya menjadi siri yang masih panjang.
Pencarian Taqrees berakhir bila Ayla muncul di depan mata. Tapi, wanita itu kini bergelar ibu. Berkali dia menafi, perasaan yang sejak sekian lama ini tak mampu dibohongi biarpun dia tahu, cinta Ayla adalah milik satu-satunya lelaki yang ada dalam hidup wanita itu kini.
Lelah mendakap hati culas Ayla, Taqrees pujuk diri untuk terima segala penafian. Namun, yang culas itu tiba-tiba jinak. Ayla hadir di depannya, menyerah diri. Merayu Taqrees akur untuk satu pernikahan.
Hidup berdua dalam ikatan bersyarat, tidaklah semudah yang disangka tapi Taqrees masih berusaha. Namun, apakan daya… Ayla kini berdiri di tebing yang curam. Memilih Taqrees bermakna melepaskan Amar, anak yang disayang. Dengan hati yang reda, Taqrees melepaskan Ayla pergi bersama Amsyar, ayah kandung Amar. Walaupun, dia juga tahu cinta di hati Ayla ada untuknya.
Sejak sekian lama.
“Kalau awak sedih lagi sebab saya, saya harap awak ingat yang saya pernah beri bahagia pada awak…” – Ayla
"Abang ingatkan abang minum madu. Siapa sangka… abang teguk racun. Manisnya hingga abang tak boleh nak beza langsung…” - Taqrees
Bersama atau sebaliknya, Taqrees dan Ayla berharap mereka akur mendakap takdir dengan erat.
***
Harga : RM32 (SM dan SS)
Muka surat : 620 ms (appx)
Status : Pra-pesanan akan dibuka beberapa hari lagi
Sampai jumpa.
No comments:
Post a Comment