Thursday, May 23, 2024

Anak Perempuan Dato' Pengarah - Released

Kata orang, masa akan mengubati segalanya.  Kerana itu, sehingga kini Tiani masih berharap waktu itu tiba. Kejadian itu benar-benar meninggalkan parut kekal pada jiwanya.  Dia terus membalut resah dan gundah dengan senyuman dan tawa kerana tidak mahu mereka yang disayangi turut sama menderita.       

Namun, dia sendiri tak pernah menduga apabila Tuhan menghantar seseorang yang mendengar biarpun dia tidak bersuara.  Yang melihat dengan jelas walau dia terus bersembunyi.  Yang memahami biarpun tak pernah dia luahkan rahsia hati.   


“Eh… kenapa ni, awak?” – Lukman

“Maaf… tapi tolong.  Selamatkan saya…”  - Tiani


Ketenangan Lukman terganggu.  Tak pernah disangka, dalam perjalanan hidup yang mana dia tak pernah kisah tentang cinta, seorang wanita asing tiba-tiba sahaja jatuh ke dalam pelukan.  Dia ingin menolak.  Tapi, merasakan tubuh halus itu menggigil ketakutan dan melihatkan airmata daripada mata redup itu mengalir lesu, Lukman relakan diri.


“Saya patut suruh awak pergi daripada saya sejak awal…” – Tiani

“Mana lagi nak bawa diri kalau awak halau saya pergi sedangkan awak dah ikat mati hati saya?”  - Lukman


Berdepan dengan wanita yang sentiasa ketawa menutup kesedihan, yang sering senyum menafi keresahan; Lukman tahu semuanya tak mudah.  Kerana dia tahu keresahan, kesedihan malah ketakutan itu jelas tergambar di balik pandangan mata redup itu.  

Lukman tahu, masalah telah hadir dalam hidupnya.  Tapi, apa nak dikata, kan?  Ini adalah masalah yang dia mahu hadap buat seumur hidup.  

..........

Naskah ini akan menjadi naskah terakhir bagi siri Untuk Aku. Tak akan ada lagi sebab semua watak dah dipasangkan. ^_^


Harga : RM28 (SM) / RM31 (SS)

Dapatkan secara ekslusif di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 

pada harga RM25.  


Jumpa di sana dan dapatkan koleksi 1 set, 4 poskad istimewa siri Untuk aku semasa sesi tandatangan. 

25 Mei 2024 (Sabtu) Jam 10 pagi - 2.00 petang

2 Jun 2024 (Ahad) Jam 10 pagi - 2.00 petang




1 comment:

  1. Assalamualaikum RM bila nk buat cerpen baru lama dh xlayan cerpen dr RM asyik ulang baca yg lama je hehehe

    ReplyDelete