Friday, February 23, 2024

Yang Tertinggal 5 (end)

Hari ini adalah hari terakhir.  Benda seronok dan membahagiakan memang selalunya seketika.  Yang kekal, hanyalah di akhirat sana.  

Perjalanan kami daripada hotel ke airport Srinagar, lancar.  Aku dah beritahu, airport ini adalah airport army dan ceritanya masih tak berubah daripada awal penceritaan.  Kami kena turun ke check-point pertama dalam cuaca sangat sejuk dan hujan.  Masa ini, aku dah tak pakai thermal.  Jadi, gigi aku clicking aje tak henti-henti.  Bagusnya setelah lalui proses scanning bag, aku perasan, zip beg aku dikunci dengan cable-tie tebal.  Security nya aku harus puji.  Tak perlulah aku pad lock lagi sebab aku lupa nak pad lock masa tu.  

Baguslah mereka ini, masa nak check-in, hanya perlu beri passport.  Tak perlu tunjuk muka pun.  Jadi, seorang aje yang pergi dan lain-lain santai menanti.  Penerbangan delay sedikit sebab foggy.  Tak apa, kami boleh menanti.  Dalam ini dah hangat.  Dah selesa.  Cuma itulah.  Lama nya nak lepasi body scanning dan scan hand-carry.  Aku dengan Azmir, sempatlah berbual macam-macam.  

Long story short again, kami terbang ke New Delhi.  Solat di situ dan makan.  Sekali lagi, Farhan ni order makanan banyak betul.  Betul-betul dia pegang prinsip happy tummy happy me gamaknya.  Hahaha.  Dan ya, kami happy sebab kenyang kan.  

Kami dapat berita, penerbangan tertangguh bukan untuk 1-2 jam, sebaliknya 5 jam 30minit.  Sama seperti tempoh penerbangan daripada KLIA ke New Delhi.  Aku syak Batik Air baru terbang daripada Malaysia nak jemput kami. 

Kami diberi kupon.  Aku dan Kak Datin pergilah redeem.  Benda dah ada.  Jadinya, sepanjang trip ini, kami terlebih makan.  Jika aku timbang berat aku naik lagi, aku akan tuding sepuluh jari pada Farhan.  

Lepas redeem dan solat segala, aku hampar sejadah tepi dinding, dan sempatlah aku belayar.  Aku hanya dikejutkan bila kami terpaksa tukar gate untuk masuk dan kapal dah tiba.  

Masuk aje dalam kapal, tak tunggu... sekali lagi aku tebarkan layar dan bersedia untuk pengembaraan baru dalam mimpi.  Aku tak tahu bila cabin-crew datang dan pergi.  Aku terjaga bila aku rasa sangat dahaga.  Makanan dalam kapal langsung tak berusik dan aku pulangkan semula.  Sayang tapi itulah, aku lebih pilih untuk tidur.  

Kelakarnya, masa hari kami di Sonamarg, aku ada bisik-bisik pada Farhan.  Andai akak tak cukup duit rupee ni, awak bayarkan dulu.  Nanti akak bayar awak dalam RM bila sampai Malaysia.  Dan itulah yang buat aku kagum pada mereka.  Macam mana mereka boleh percaya pada customer hingga begitu sekali dan setuju tanpa banyak soal.  Saat ini, 23/2/24 jam 1.55 waktu Malaysia ini, dia masih belum tuntut hutang padanya.  ^_^

Bila aku cakap, aku boleh jadi lari daripada bayar hutang, dia balas balik, 

"Saya tahu nama pena akak."  

Dan, aku tak boleh lari. 

Mesti semua tertanya kenapa aku menulis travelog kali ini.  Tak pernah.  Ini pertama kali.  Seperti aku cakap, aku kagum dengan usaha mereka.  Mereka bermula semasa covid dan segalanya hancur.  Mereka bangkit daripada tiada apa.  Dengan krisis yang pernah berlaku di Kashmir.  Tahap problems solving mereka dan critical thinking, amat aku kagumi.  Kerana mereka masih muda. 

Benarlah seperti kata Khairul Aming, ilmu penting untuk segalanya.  Aku nampak dalam diri empat orang anak muda ini.  Farhan, Azmir, Amira dan Zira.  

Aku sekadar mahu berkongsi pengalaman indah dan kegigihan anak-anak muda Melayu kita.  Aku berjanji untuk tulis perjalanan kami dalam blog yang dah lama aku tinggalkan.  Siapa tahu, ini akan jadi pemangkin untuk aku kembali aktif menjadi blogger?  (Seriously, Rehan?  Di usia sekarang?) :P

Aku tertanya juga, tajuk apa yang perlu aku pilih untuk cerita kali ini.  Sepanjang aku menulis, inilah kali pertama aku tulis sesuatu begini.  Pastilah aku perlukan tajuk yang memberi makna mendalam pada aku sendiri.  

Kenapa tajuknya Yang Tertinggal?  

Kerana, aku telah tinggalkan keindahan yang tak mampu aku bawa pulang.

Dan, aku hanya bawa pulang kenangan yang manis untuk dikenang.  

Perjalanan Yang Tertinggal berakhir di sini.  

Jika sebelum ini, Kahsmir - Syurga Dunia; adalah kata mereka, hari ini aku terpaksa bersetuju juga.  Entah bagaimana indahnya syurga andai bumi ini juga sudah begitu indah.  

Buat Team Amora Escape - Farhan, Azmir, Amira dan Zira, Karehan ucapkan terima kasih untuk kesabaran dan ketenangan kalian menghadapi pelbagai masalah.  Terima kasih untuk perancangan rapi dan sentiasa bersedia dengan escape plan lain jika memerlukan. Terima kasih mencukuplah segalanya.  Menjadi jurukamera di mana sahaja kami mahukan.  Terima kasih untul pakej all-in ini.  

Buat keluarga En.Syamsul dan Cikgu Ekin - Terima kasih juga kerana mengerti dan saling memahami.  Ayong dan Kak B, terima kasih meminati buku-buku Auntie Rehan (tiberhh jadi auntie kat sana).  Hahaha.  Opie yang bijak lagi comel.  

Boleh jadi, ini adalah catatan travelog yang pertama dan terakhir daripada saya.  Hanya untuk berkongsi satu perjalanan yang buat saya sentiasa bisikkan "Apa lagi nikmat-Mu yang mahu aku dustakan, Ya Allah."  

Ini adalah satu perkongsian tulus daripada saya.  



Sampai jumpa lagi, semua.  

-RM-
  

1 comment: