Tuesday, August 02, 2011

Tuxedo Bertopeng


WAJAHKU menyeringai menahan telinga demi bebelan emak yang bagaikan bertih jagung yang sedang meletup. Sudah 15 tahun, modal itu tak pernah puas terbit dari celah bibir emak.
“Mak tak ajar kamu tengok cerita tu sampai kamu berangan gini gayanya, Annur Ain!” Suara mak sedikit tenggelam dengan bunyi senduk yang berlaga dengan periuk. Aku ketawa sendiri.

“Itulah kamu. Mak cakap sikit kamu ketawa. Apa nak jadi dengan kamu ni Ain? Umur dah 25 tahun. Belajar dah habis. Dah kerja pun. Boleh tak kamu keluar dari dunia angan-angan kamu tu?” tekan emak kali ini lebih kuat. Bunyi senduk juga makin kuat. Melepaskan marah. Itu sudah tentu!

“Mak janganlah marah Ain. Bukan Ain tak cuba nak buang tabiat tu tapi mak pun tahu kan, dah berpuluh tahun Ain hidup dengan semua ni jadi nak kikis tu payahlah mak! Ain tengah mencuba la ni!” rengekku pohon pengertian daripada emak.

“Ya ke kamu cuba nak buang tabiat buruk kamu tu, Ain? Mak rasa bukan cuba buang malah cuba gamkan lagi dalam diri kamu tu!” Suara emak jelas sinis. Aku sekadar tersengih tayang muka tidak bersalah.

“Ain dah cuba buang mak tapi benda tu nak melekat jugak dekat Ain, jadi bukan salah Ain la…,” protesku membela diri.

“Memang bukan salah kamu Ain….” Kata-kata emak terhenti di situ. Gulai lemak nenas kegemaranku itu dia hulur lalu aku sambut dan diletakkan ke meja.

“Mak yang salah sebab biar kamu tengok benda tu dulu! Padahal masa tu niat mak tak nak bagi kamu keluar merayap tak tentu hala tapi sudahnya sampai ke tua kamu terbawa-bawa, wahai Ain anak mak!!” Keluhan emak jelas menunjukkan dia kecewa. Aku tidak jadi ketawa. Rasa bersalah perlahan-lahan menggigit naluriku.

Aku bangkit. Tubuh gempal emak aku dekati. Lantas aku raih tubuh itu daripada belakang. Menyangkut dagu di bahunya seperti selalu.

“Ain minta maaf, mak! Tapi semua ni bukan salah mak! Mak nak yang terbaik buat Ain, kan? Ain janji Ain akan buang tabiat tu!” tekan aku pada mak. Dia kalih sedikit padaku lantas telapak tangannya singgah ke pipi. Mengusap lembut seperti biasa selepas pujukanku menjadi. Bibirnya manis tersenyum.
*****

Selepas pulang daripada pejabat petang itu, aku merebahkan tubuh yang dimamah penat ke sofa. Remote astro ku capai. Aku tekan channel 715. Astro Animax menjadi pilihanku. Tepat jam 5.30 petang setiap hari aku tidak pernah jemu menyajikan mataku dengan rancangan Animax itu. Sailormoon!! Cerita kegemaranku sejak dari kecil.

“Mak ai… kacaknya dikau wahai Tuxedo Bertopengku!” ujarku dengan penuh perasaan. Siap genggam kedua belah tangan lagi! Mujur emak ke rumah Makcik Aishah, jiran sebelah. Kalau tidak mahu menanggung azab kerinduan kepada Mamoru a.k.a Tuxedo Bertopengku itu.

“Memang padanlah kau dengan Osagi tu tapi kalau dengan aku lagi padan! Bila la aku nak jumpa dengan orang macam kau ni, wahai Tuxedo Bertopeng?” Mataku membulat memerhatikan skrin leper LED di depanku. Hatiku berdebar tidak sudah.

Sesungguhnya aku benar-benar jatuh cinta padanya. Tapi, bukan salah emak andai aku terbawa-bawa sampai dewasa. Semuanya kerana hatiku sendiri.

“Kalaulah aku jumpa orang macam kau ni, memang tak cakap banyak dah. Aku terus ajak kau kahwin je. Kau tak nak ajak, biar aku merayu!” ucapku penuh minat.

“Eloklah tu. Janji dengan mak tak nak tengok dah. Bertahan 2 hari je Ain ni, kan?” Erk… suara emak bergema di seluruh rumah teres setingkat peninggalan arwah ayah ini. Bila masa mak balik ni? Kena tahan telinga lagi la ni. Rungut hatiku dengan rasa bersalah.

“Eh, mak! Tak perasan pulak mak balik. Tadi, Ain nampak mak kat rumah Makcik Aishah. Ralit sangat sembang, tu Ain terus masuk!” Seperti biasa, aku sengih tayang muka tak bersalah.

“Mak dengar Ain cakap nak kahwin tadi, kan? Eloklah tu. Mak dah jumpa dah calon yang sesuai. Rupa pun sebijik macam kartun Ain tu. Tinggal nak pakai topeng je!” Emak tidak menghiraukan kata-kataku dan aku terjatuh dari sofa demi ayat yang terkeluar daripada mulut mak. Ya Allah, dugaan apa pula ni?

“Hai, terjatuh Ain? Terkejut dengar kena kahwin ke? Atau terkejut dengar mak dah jumpa Tuxedo Bertopeng Ain tu?” sinis emak selamba. Aku lantas angkat tubuh berlari ke arah emak yang sedang menapak ke dapur.

“Mak bergurau je, kan?” tanyaku gugup. Mak bukan boleh buat main. Katanya mesti dikota.

“Mahu mak nak bergurau dengan kamu?! Mak serius ni, Ain. Mak dah tetapkan tarikh. Sebelum kamu tanya, ni mak nak cakap siapa calonnya. Dengan anak Makcik Aishah tu haa. Anak dia yang kat Jepun tu.” Tekan emak serius. Tangannya diseluk ke dalam poket baju kurung Kedahnya.

“Nah, ni gambar dia kalau kamu nak kenal bakal suami kamu. Sama, kan? Tinggal nak pakai topeng je lagi!” hulur emak lebih sinis. Gambar itu bertukar tangan. Nak tengok tak sanggup. Aku telan liur. Sampai hati mak.

“Tapi, mak! Ribut tak ada, angin tak ada, tiba-tiba nak kahwinkan Ain kenapa? Kenal pun tidak lagi,” bantahku lembut.

“Tak kenal la mak nak bagi kenal ni. Tak kan nak tunggu ribut angin taufan segala dulu baru mak boleh kahwinkan kamu? Itu je satu cara yang boleh buat kamu tinggalkan kartun Jepun tu! Hujung bulan ni Muhamad Aizhu balik. Masa tu kamu nikah dulu. Sebab dia nak balik ke Jepun pulak habiskan pelajaran dia kat sana. Ni bukan permintaan, Ain tapi, arahan mak!” tekan emak lagi lalu berlalu ke bilik air.

Aku tersandar pada kabinet. Bila emak sudah berkata begitu, aku pastinya tidak mahu menjadi anak yang derhaka. Mungkin benar kata emak. Inilah satu-satunya cara agar aku tidak lagi menggilai perkara yang tidak pernah ujud.

Tidak pernah ku sangka, kegilaanku kepada Mamoru atau Tuxedo Bertopeng dalam anime Jepun Sailormoon itu membawa aku kepada satu pernikahan dan itupun terpaksa!

Malam itu aku beranikan diri menilik gambar bakal suamiku. Nama saja sudah pelik, entah bagaimana wajahnya. Muhamad Aizhu! Kata emak persis Tuxedo Bertopeng tapi benarkah? Perlahan-lahan mataku jatuh pada gambar itu dan sungguh aku tergamam!

Hampir saja aku pitam. Aku pegang kepala yang tidak sakit. Darahku sudah naik tiba-tiba. Gambar seorang lelaki yang tinggi kurus, memakai jeans lusuh dan koyak rabak di lutut dan peha, t-shirt warna putih dengan rambut panjang mencecah pangkal leher dan yang menariknya parut yang ku rasa hampir 2 inci di atas kening kirinya. Cukup pakej dengan gigi yang memakai pendakap.

Aduhai, mak ni rabun ke kurang nampak? Tergamaknya nak bagi Ain hidup dengan mamat plywood ni. Karang bukan Ain yang dia dukung tapi Ain yang gendong dia! Jenuh akalku menolak tapi entah mengapa hati ini gedik pula untuk menerima. Akal menginginkan tangis tapi hati lebih hebat memujuk. Adakah manusia memang suka mengikut kata hati? Tidak kerana ini semua demi emak! Hatiku memutuskan begitu.
******

Hujung minggu itu aku terpaksa menemani bosku, Dato’Azhan dan isterinya ke majlis makan malam. Kerja sebagai seorang setiausaha benar-benar memaksa aku berkorban masa. Harus menjadi teman kepada Datin Seri tatkala Si Suami beramah mesra dengan ahli korporat yang lain. Puas ditolak, akhirnya terpaksa bersetuju bila ajakan itu sudah berbentuk arahan.

“Lor, bos tak cakap pun ada Majlis Tari-menari. Masquerade lagi,” selaku separuh berbisik bila punggung sudah mengambil tempat.

“La… Ariana tak cakap ke yang memang ada Masquerade Ball?” soal bosku tenang.

Aku kalih pula pada Datin Seri. Tangannya sedang memegang sebuah topeng berwarna kuning keemasan begitu juga Dato’Azhan.

“Saya dah pesan dekat Ariana tadi. Dia tak cakap pada kamu ke, Ain?” Suara Datin Seri kali ini membawa aku membayangkan wajah Ariana yang sedang ketawa mengekek. Temanku yang seorang itu tak sah kalau tak kenakan aku. Jaga kau Yana!

“Maaflah, Datin! Yana terlupa nak beritahu saya agaknya. But it’s okay, duduk tengok pun dah cukup lagipun I am not good in dance!” ujarku berhelah. Ceh, not good ke? Padahal tak tahu langsung! Hatiku ketawa mengekek.

Lampu malap tiba-tiba. Suara-suara mula berbisik. Lampu sorot mula diarahkan ke pentas. Aku mula teruja. Pertama kali hadir ke Masquerade Ball. Memang aku teruja. Hatiku lantas merindui dia. Ya dia. Bukan Aizhu tapi Mamoruku. Andai tatkala ini dikau hadir, akulah yang paling bahagia. Anganku sendiri.

“Ladies and gentlemen, let’s our masquerade ball begin!” Lantang suara pengacara majlis dari atas pentas. Tepukan gemuruh mula bergema, Bosku dan isterinya sudah mula menapak ke tengah ballroom. Romantik sungguh pasangan veteran ni. Bersosial bersama isteri atau suami sendiri tiada salahnya. Aku menggariskan senyuman bila Datin mengenyitkan matanya buatku.

Rata-rata tetamu sudah mula mengalunkan langkah apabila irama indah bermula. Hanya beberapa orang sahaja yang masih duduk di meja termasuklah aku sekadar duduk menjamu selera dan tanpa ku sedar, seorang jejaka hadir melutut di depanku. Langsung anggur yang berada di mulutku tertelan. Terkebil-kebil aku menahan sesak di dalam dada.

“Shall we dance?” soalnya penuh romantik dengan tangan yang bersarung putih terhulur ke arahku. Mataku buntang. Wajah yang tertutup separuh dengan topeng hitam itu aku pandang tidak berkelip. Tuxedo yang membaluti tubuhnya lengkap dengan bow warna merah hati, rambut hitam berkilat yang disikat rapi ke belakang, hidung mancung yang amat padan dengan seulas bibir kemerahan itu benar-benar memukau mataku. Tuxedo Bertopengku! Mimpi ke realiti ni? Aku mencubit pipi sendiri. Terasa sakitnya dan bibir merah itu mengukir senyum. Barangkali tercuit dengan tindakanku.

“Shall we dance?” ajunya sekali lagi.

“I am not good in dance,” tolakku lembut. Tak mungkin aku mahu di bawa ke tengah dewan tarian oleh seorang lelaki yang tidak ku kenal, malah bukan muhrim bagiku. Aku masih sedar akan kewarasanku sebagai seorang muslimah. Iman yang tipis ini belum ada tanda hendak carik.

“I can lead you!” pujuknya lagi. Aku menggeleng lantas ku sulam sebuah senyuman manis buatnya yang masih melutut. Hanya tangannya sahaja sudah jatuh ke lututnya sendiri.

“No thanks. Tak sopan bila seorang gadis bertudung macam saya menari dengan seorang lelaki. It’s not nice and hope you understand!” ujarku lembut.

“Okay then! Am I not good enough for you?” Aku tahan hati. Tadi okay then, ni soalan lagi. Tidak dapat tidak, aku terus mengukir senyum. Alang-alang dah jumpa Tuxedo Bertopeng ni, aku tidak sanggup melepaskan dia pergi begitu sahaja dan jauh pula untuk aku sanggup menjadi temannya di tengah majlis.

“Encik Tuxedo Bertopeng, I don’t mean that. I think, you are good enough but not for me. I mean not to be your dance partner,” jelasku lebih perlahan. Moga-moga dia mengerti, aku hanya menolaknya untuk teman tarian dan berharap agar dapat terus berhubung selepas ini. Huh, gedik kau Ain! Tahu dekat mak nanti.

Jejaka itu bangkit berdiri tegap di depanku. Tindakan itu menyebabkan aku turut sama angkat tubuh. Ketinggianku yang hanya separas dagunya membuatkan aku sedikit mendongak.

“Baiklah! Bagus cik tolak ajakan saya! Itu menunjukkan cik memang menjaga diri dan adab!”

Aku terima kata-katanya sebagai satu pujian. Tiada langsung kedengaran ejekan atau sebagainya. Yang jelas di telingaku hanya keikhlasan semata-mata. Oh, jatuh cintakah hati ni?

“Tapi, rasanya cik mungkin lebih sesuai untuk jadi pasangan saya dalam bentuk lain kot!” usiknya bersama senyuman menggoda yang tersunggung di bibir.

“Kalau macam tu, saya minta diri dulu. It’s being my pleasure if you want to have this!” Sekuntum ros merah hati sudah bertukar tangan. Aku terpana.

Zapp,.. hatiku terpanah oleh ros merah yang dilemparkan oleh Tuxedo Bertopeng setiap kali menghulurkan bantuan buat Sailormoon biarpun dia sekadar menghulurkan buatku. Itu semua sudah cukup membuatkan hati wanitaku memberontak inginkan dia. Degap hatiku tidak seia lagi dengan akal.
*****

Seminggu selepas majlis yang membawa takdir itu bagai dekat denganku itu, jiwaku makin parah. Jatuh cinta pada entah siapa. Wajahnya juga aku tidak tahu. Sekadar seulas senyuman manis di bibirnya yang masih segar di mataku tidak membawa apa-apa makna. Gambar tunanganku aku pandang penuh sebu. Rasa bersalah pula yang hadir. Pelik!

“Payahlah, Ain macam ni. Dah seminggu kau termenung sana, termenung sini. Takut aku tahu tak! Mak kau telefon aku tadi tanya kau tak apa-apa ke? Dah tu dia pelik kenapa kau dah tak tengok Sailormoon tu!” tegur Ariana seraya melabuhkan duduk di depanku.

“Kan elok aku tak tengok. Kau kan tahu, mak aku tak suka aku terus ngadap benda-benda tu semua! Jadi, tak ada apa yang nak dipelikkan,” jawabku lemah.

“Memanglah bagus kau dah tinggalkan semua tu tapi yang tak bagusnya sikap kau dah berubah langsung. Dingin, tak ceria. Lemau je aku tengok!” cebik Ariana lagi. Aku angkat pandangan, menentang matanya. Suka suki sasuke kau je kutuk aku! Mataku menjeling tajam. Ariana ketawa.

“Ain, dengar sini. Kau dah bertunang walaupun tak ada majlis, dan kau dah nak dinikahkan pun kurang dari 3 minggu dari sekarang. Kau sampai hati ke kalau suami kau tahu yang kau dok gilakan mamat lain yang kau sendiri tak kenal siapa?”

“Bakal suami aku pun aku tak kenal jugak!” selaku membantah. Ariana buntang mata. Dia cubit bahuku lembut.

“Kau ni kan. Setidak-tidaknya, mak kau kenal dia dengan baik walaupun keluarga dia baru pindah situ 3 tahun sudah. Bukan macam kau, sibuk dengan Mamoru a.k.a Tuxedo Bertopeng kau tu sampai jiran sendiri pun tak kenal!” tekan Ariana keras.

“Bukan salah aku. Dia dah 3-4 tahun kat Jepun. Masa keluarga dia pindah tu, dia memang tak ada, kan? Mana aku nak kenal lagipun hati aku ni tak boleh menipu la, Yana. Aku jatuh cinta pandang pertama pada dia,” jawabku jujur. Dengan Ariana senang cerita kerana dialah satu-satunya teman baikku sejak dari zaman kampus lagi.

“Okey, kalau kau cakap jatuh cinta pandang pertama aku boleh terima tapi mak kau boleh terima tak?” Ariana mula menyerangku secara psikologi.

“Kau bandingkan antara hati dan akal waras kau tu. Kau memang tak cinta Aizhu ni…” Gambar di tanganku di capai lantas digawang-gawangkan di depan mataku.

“… tapi dia pilihan mak kau dan pilihan keluarga adalah selalu yang terbaik, lengkap pakej dengan doa dan restu lagi. Yang Si Tuxedo Bertopeng tu entah sesiapa. Entah bila lagi kau nak jumpa dia. Mungkin sehari, mungkin setahun atau mungkin kau dah dapat cucu atau tak jumpa langsung,” sambung Ariana tenang. Aku angkat kening.

Bila difikirkan segala yang diluahkan Ariana benar belaka. Bukankah sebuah pernikahan itu mendambakan restu dan doa orang tua? Cinta boleh dipupuk. Bukankah aku sendiri sudah berjanji untuk melupakan segalanya tentang Tuxedo Bertopeng? Kenapa saat aku ingin melupakan, ada yang datang menyerupainya? Oh, kelirunya hati!

“Dahlah tu, Ain! Toksah nak kerut sana kerut sini. Majlis tak lama dah, kan? Prepare la apa yang patut. I can lend you my hand!” tawar Ariana bersama senyuman manis.

“Aku sendiri tak faham dengan hati aku, Yana! Mulut kata tak nak pada mamat plywood tu tapi akal aku memaksa untuk menerima dia tanpa sebab. Yang Tuxedo Bertopeng tu pulak, hati kata nak tapi akal kata tu tak ke mana. Angan-angan semata-mata,” keluhku.

“Itulah orang cakap, lebih baik ikut akal waras kita. Ikutkan hati mati, ikutkan rasa binasa, Ain. Ikutkan akal waras yang Allah kurniakan ni, InsyaAllah akan bahagia semuanya!” Bahuku ditepuk lembut.

“Baiklah, Cik Pakar Psikologi yang tak bertauliah! I’ll admit your advice without any hesitate,” jawabku lemah.
Lemah! Memang aku lemah dengan perasaan ini. Lemah akibat diburu rasa cinta pada dia yang tak ku ketahui siapa dia dan lemah dihambat rasa bersalah pada bakal suami sendiri kerana hatiku pandai pula menyelinap menyintai orang lain setelah hadirnya dia.

“Baiklah, Yana. Aku nekad untuk lupakan segalanya demi Aizhu. Dialah Tuxedo Bertopeng aku walaupun dia tak pakai topeng atau tuxedo. Kau doakanlah moga hati aku beralih pada dia. Sesungguhnya dia dan hanya dia!” pintaku pada Yana dengan penuh emosi.

Tubir mata terasa suam tiba-tiba. Oh, airmata ni untuk apa? Untuk dia atau untuk Aizhu? Aku tidak tahu. Ariana menggenggam tanganku erat. Bagai memberi semangat untuk aku meneruskan apa yang terniat di hati. Ain akan belajar cintakan awak, Aizhu. Desis hati kecilku.
*****

Malamnya aku didatangi emak tatkala aku sedang meletakkan gambar tunanganku di dalam sebuah bingkai. Langkah pertamaku dalam menyintainya dan melupakan Tuxedo Bertopeng itu.

“Hai, ada perkembangan baru nampak!” usik emak tersenyum simpul seraya duduk di birai katil. Aku angguk beberapa kali.

“Kan Ain dah cakap nak terima dia. Ini langkah pertama untuk Ain letakkan dia dalam hati Ain sebelum diijabkabulkan nanti. Setidak-tidaknya bila dia terima nikahnya nanti, wajah dia dah terpahat pada hati Ain ni,” ucapku tenang. Setenang hati ini kala melihat kebahagian yang jelas terpancar di wajah tua emak.

“ Ain ikhlas terima dia?” tanya emak kali ini agak serius. Aku mengulum senyum.

“Tipu kalau Ain cakap Ain ikhlas mak tapi Ain tengah cuba nak mengikhlaskan hati Ain ni. InsyaAllah sampai waktunya, hati ini akan benar-benar ikhlas!” Aku tahu jawapanku itu mampu membuatkan wajah emak terus bercahaya.

“Tapi, kalau kata Ain jumpa Tuxedo Bertopeng impian Ain tu saat ni apa Ain nak buat?” duga emak lagi. Aku telan liur. Dalam hati menjerit mengatakan yang Ain dah jumpa dia mak! Wajah yang sudah hampir monyok itu aku pujuk pantas. Biar tidak nampak kecanggunganku saat ini. Padahal baru sahaja berjanji dengan emak sesaat tadi. Tak tegar hati ini membuat emak kecewa dan malu dengan telatahku lagi. Pergilah Mamoru, pergilah Tuxedo Bertopengku!

“Biar seribu orang pun datang sebagai Tuxedo Bertopeng Ain tu, Ain akan pastikan yang dalam hati Ain ni hanya ada Aizhu saja nanti. Ini janji Ain pada mak!” Itulah jawapanku, menzahirkan apa yang tidak langsung mahu diterima hati saat ini.

“Mak yakin dengan Ain. Jangan pepandai nak putuskan tunang dengan budak Aiz tu, tau!” Aku ketawa tipis. Sedar kata-kata yang berbentuk amaran emak padaku.

“Jangan risau, mak! Kan mak adalah segala-galanya buat Ain dalam dunia ni! Tak mungkin Ain menolak sesuatu yang telah emak aturkan demi kebahagiaan Ain.” Tubuh emak aku raih erat. Setitis airmataku gugur jua tapi entah untuk siapa.
*****

Punggungku terasa panas. Sedari tadi aku tidak senang duduk. Semua yang ku lakukan bagaikan tidak kena saja. Aku kalih ke kiri. Jambangan ros merah hati itu aku lirik lama. Siapa yang bagi bunga ni? Hanya sekeping kad yang menuntut aku menemuinya tengah hari nanti di Delifrance.

Bila di tanya pada teman-teman pejabat, mereka sekadar menjuihkan bibir dan menjungkitkan bahu. Paling menolong pun, perkataan tidak tahu! Setelah lama berfikir, otakku nakal membayangkan wajah Tuxedo Bertopeng itu. Andai benar dia, memang dunia ini aku yang punya. Anganku mula melambung tapi terus jatuh terhempas tidak lama kemudian bila Ariana menyergahku kuat. Terus hancur bersepai tanpa ada sisa untuk dikutip lagi.

“Kau ni Yana. Mahu mati terkejut aku!” bebelku sambil mengurut dada.

“Eleh, bukan kau yang mati dulu tapi angan-angan kau dah bersepai, kan?” tebaknya selamba. Inilah lebihnya dia, sentiasa dapat diduga apa yang bermain di mindaku. Aku menggariskan senyuman. Dia hampir lantas berdiri di sebelahku. Tangannya menyapa bahuku.

“Dah-dahlah dengan angan tak sudah kau tu, Ain! Kan dah janji dengan diri sendiri, dengan mak kau, dengan aku ni, kau nak lupakan Tuxedo tak wujud kau tu. Ni bunga ni mesti dari Aizhu, kan?” soalnya lagi. Aku menjungkitkan bahu tanda tidak tahu.

“Dia kat Jepun lagi la. Mak aku cakap hujung bulan ni baru balik!”

“Eh, kau jangan cakap Ain. Kot-kot dia tu tak sabar nak tengok bakal sleeping partner dia, terus dia fly balik, tinggal kau je tak tahu!” cebik Ariana.

“Eh, kau pun jangan cakap Yana. Kot ya pun dia dah balik, mesti bonda aku khabarkan berita gumbira ini pada puteri yang seorang ni,” balasku mengusik.

“Okay then! So, nak turun jumpa ke? Tengok-tengok betul Tuxedo Bertopeng tu yang bagi kau bunga ni. Mahu luruh jantung kau kat lantai nanti!”
Pinggang Ariana aku cubit kuat. Dia menjerit lantas terus berlalu keluar. Dia yang dok sibuk-sibuk suruh aku lupakan Tuxedo Bertopeng tu, ni alih-alih dia pulak dok usik hati aku ni!

“Aku uji ketahanan mental fizikal kau jelah!” jeritnya lantas berlalu bersama tawa yang mengekek. Ceh, nak kena ni!
******

Tengah hari itu aku beranikan diri untuk berjumpa dengan pengirim bunga tersebut. Itupun selepas dipujuk Ariana berkali-kali. Aku jenuh menolak. Bukan takut, tapi bimbang andai benar seperti yang ditelah, memang aku yang tanggung sendiri nanti. Namun, rasa ingin tahu itu meluap-luap dalam diri.

“Assalamulaikum!” Aku segera menoleh kepada pemberi salam. Susuk tubuh itu cukup ke kenal. Begitu juga suaranya. Cuma penampilan yang jauh berbeza. Sekadar memakai t-shirt putih lengan panjang, jeans lusuh yang sedikit koyak di lutut dan sebuah topi Nike di kepala yang sedikit menyeget ke kiri, menutup hampir separuh wajahnya. Dia benar-benar berbeza.

“Waalaikummussalam,” jawabku lambat-lambat. Dia senyum. Sah, memang dia. Aku cam senyuman itu. Hatiku terbersit lagi. Tuxedo Bertopeng!

“Nak berdiri atau nak duduk saja!” Demi ucapan itu, aku terus melabuhkan duduk dan dia pun sama. Suasana yang sedikit bingit langsung tidak mematahkan renunganku padanya yang sedang membelek menu di tangan. Entah apa yang merasukku untuk terus duduk bersamanya. Ah, di tempat umum, aku pasti selamat!

“Nak order atau sekadar renung saya, Cik Ain?” Soalannya membawa aku malu sendiri. Sekali pandang tak apa, Ain. Dua kali pandang dah jadi dosa! Pesanku pada diri.

“Macam mana awak boleh tahu tempat kerja saya, Encik Tuxedo Bertopeng?” Jelas dan nyata sahaja nama itu aku ucapkan. Sekali lagi aku gigit bibir.
Matanya merenungku lembut. Ada bunga tawa yang bakal pecah pada hujung bening matanya yang hanya sebelah ku nampak.

“I like when you call me Mr. Tuxedo Bertopeng! It makes me feel wanted by you!” Dia senyum lagi. Aku menahan hati. Tak sudah-sudah aku memahatkan nama Aizhu di hati ini agar tempat itu tidak semudah-mudahnya diambil oleh lelaki di depanku kini.

“So, kenapa nak jumpa saya?” tanyaku mengubah topik.

“Soalan pertama tadi, saya dapat tahu tentang Ain daripada orang masa majlis hari tu dan ambil masa juga untuk siasat pasal Ain. Soalan yang kedua….,” Suaranya terhenti seketika. Menu ditutup dan diletakkan ke meja. Jari jemarinya tersulam sesama sendiri.

“…. I want to tell you the truth! To be honest, I am in love with you. At the first sight!” ujarnya jujur. Fuh, tak ada signal, terus bedal je mamat ni! Aku mengurut dada. Terkejut bukan kepalang.

“I am so sorry if I put you in shock! Tapi, itu hakikat! Rasanya tak salah, kan?” Aku menggeleng.

“Memang tak salah perasaan awak tu. Tapi, yang silapnya awak jatuh cinta pada tunang orang. I am engaged!” jelasku turut jujur lantas bangkit tanpa memesan apa-apa.

Benar aku mahu dia tahu yang aku sudah ditunangkan. Biarpun tanpa kerelaan tapi aku nekad untuk menerima Aizhu dalam hidupku. Bukan dia, bukan Tuxedo Bertopeng. Aku nekad mahu menerima lelaki kurus kering, selekeh dan berparut di muka itu.

Hatiku menjerit. Inilah padahnya akibat rasa ingin tahu itu. Pepatah Inggeris mengatakan, curiosity kills the cat but for me, it’s killing my heart. Oh, Tuhan! Tuxedo Bertopeng hampir padaku, tapi tidak mampu aku gapai tangannya.
*****

Keesokan harinya, saat aku tiba di lobby bangunan pejabatku, mataku terbias dengan wajah separuh tertutup itu. Tidak fahamkah dia akan perkataan tunang yang aku tekankan semalam dan kini masih lagi tegar hadir merosakkan perasaanku.

“Saya tak memaksa, Ain. Sekadar nak awak tahu yang saya sukakan awak! Peribadi awak buat saya jatuh cinta!” Berkali-kali ungkapan cinta itu terungkap dari bibirnya dan bertambah parah pula luka di hatiku.

“Saya dah tahu. Awak dah cakap semalam dan macam mana awak boleh kenal peribadi saya dalam masa sehari?” soalku tenang. Cuba mengawal intonasi agar tidak menarik perhatian umum.

“Tapi, cara awak melarikan diri semalam macam awak tak boleh nak dengar saya cintakan awak?”

“Bukan saya tak boleh nak dengar tapi ada satu perasaan yang menghalang saya dari terus dengar. Rasa bersalah kepada bakal suami saya!” Sengaja aku tekan perkataan suami itu.

“Untuk soalan tadi, kan saya dah cakap, bukan sehari saya siasat pasal Ain, tapi seminggu. It’s more than enough for me to confess!” Bibirku menguntum senyum. Setiap kali pasti menjawab soalanku dengan luhur. Terlalu telus.

“Nama awak pun saya tak tahu, anak siapa? Kerja di mana? Umur berapa? Semua pasal awak saya tak tahu. So, how come you expect me to admit your love?”

“Macam mana saya nak kongsikan semua tu kalau Ain sendiri yang menolak?” Nah, soalan berjawab soalan.

“I have to. Saya tunangan orang. Tak manis untuk saya berdua-duaan lama dengan awak! Nanti apa kata tunang saya nanti,” jawabku membela diri. Serentak itu telefonku menjerit nyaring. Ringtone yang aku setkan untuk mak. Pantas aku mengelongkar handbag.

“Sorry, my mom!” ucapku pada lelaki ini. Telefon aku lekapkan ke telinga. Suara emak jelas di talian.

“Aizhu tu baru sampai KL. Dia nak jumpa kamu jadi mak dah bagi nombor telefon kamu pada dia!”

Jantungku bagai terhenti degupannya bila sebaris ayat itu terluncur tenang di hujung talian. Tanpa sempat aku membalas, talian putus sudah.

“Are you okay, Ain?” Suara itu membawa aku memandangnya. Terlupa seketika yang dia masih setia berdiri di sisiku.

“Emm… tunang saya dah balik dari Jepun hari ni,” jawabku lemah. Detak jantung mula kembali normal. Makin dekat Aizhu dekat padaku, makin tenang gundah di hati. Tapi, untuk apa tenang itu, aku tidak pasti.

“Bila majlisnya?”

“Hujung bulan ni then I fly Jepun ikut dia habiskan study kat sana,” jawabku tanpa selindung. Aku tidak mahu mencambahkan harapan buatnya. Cukuplah aku tertimpa harapan dan impianku sendiri.

“Hujung bulan ni, dua minggu lagi. Emm… saya memang terlambat Ain. Terlalu lambat untuk mengenali apatah lagi untuk memiliki,” ujarnya jelas bernada kecewa. Aku senyum paksa. Dia juga. Aku tahu dia kecewa kerana aku juga merasakannya. Tapi, impian dan kenyataan adalah perkara berbeza Ain. Pantas aku menasihati diri sendiri.

“Well, I think I better make my move now! Best wishes for you, Annur Ain!” ucapnya seraya berlalu dengan segaris senyuman. Tampak manis saja senyum itu biarpun dalam keadaan kecewa.

Hatiku dipagut pilu kala ini. Nafasku berombak menahan perasaan yang menghentak dada. Tanpa ku sedar, kakiku sudah berlari ke arahnya.

“Encik Tuxedo Bertopeng!” jeritku sedikit kuat. Beberapa orang sudah kalih ke arah kami. Aku tidak kisah. Sebelum dia hilang dari pandanganku buat selama, aku mahu dia tahu rasa hati ini. Rasa yang sama dengannya sejak dari majlis tari menari itu lagi.

“Biarpun saya tak tahu nama awak, tak tahu awak anak siapa, kerja dekat mana saya nak awak tahu yang saya juga rasa apa yang awak rasa! Biarpun untuk seketika, terima kasih kerana jadikan Tuxedo Bertopeng saya satu kenyataan!” ucapku mengah. Hilang sudah silu dalam diri hanya kerana mengikut rasa hati.

“I knew it! Jadi, boleh awak habiskan masa dengan saya dalam seminggu ni sebelum awak menjadi milik orang lain?” ajunya gembira. Aku mengangguk. Biarpun dalam hati terus dihambat kegusaran andai tertangkap. Mahu dipasung oleh mak nanti.

Inilah yang dikatakan penangan cinta, sesenang itu menerima kehadiran seorang lelaki andai dialah yang kita dambakan. Maafkan Ain, Aizhu! Seminggu ini saja sebelum Ain jadi hak milik awak kerana dia hanya kawan! Ain akan jaga diri! Maafkan Ain mak! Hatiku berkata sayu.
*****

“Jangan sampai mati dalam impian, Ain!” tekan Ariana padaku selepas aku khabarkan padanya berkenaan dengan Tuxedo Bertopengku itu. Berkali-kali aku tolak untuk mengetahui namanya. Aku tidak mahu nama itu terpahat di hati. Cukuplah dia kekal sebagai Tuxedo Bertopeng padaku kerana persahabatan ini pasti tidak ke mana.

Tengah hari itu, aku menerima panggilan daripada Aizhu. Suaranya sedikit serak. Berbeza dengan suara Tuxedo Bertopeng.

“Tak sihat ke?” tanyaku perlahan.

“Biasalah…” DIa berdeham membetulkan kotak suaranya.

“Perubahan cuaca. Kat sana musim luruh. Sejuk sangat tapi tiba di Malaysia, panas. Kurang antibodi!” sambungnya diselangi tawa halus. Aku mencebik. Dah kau tu kurus keremping, mahu nak ada antibodi.

“Dengar kata letak gambar saya dalam frame, betul ke?” soalnya lagi.

“Ya,” jawabku. Terlintas wajah emak di mindaku. Alahai, bondaku!

“Kenapa?” Suaranya jelas teruja.

“Awak kan bakal suami Ain. Tak ada salah kalau Ain letakkan gambar yang berhak di dalam frame gambar Ain!” Dia ketawa lagi bersama batuk-batuk halus.

“Suka dengar Ain cakap macam tu! Maaflah tak boleh nak jumpa Ain lagi. Nanti dah sihat sikit kita jumpa, ya! Sekali pun jadilah sebelum nikah ni! Nak jugak tengok cara pandangan Ain pada saya! Adakah pandangan cinta, atau pandangan terpaksa!”

Aku telan liur sendiri. Dugaan Aizhu hampir tepat. Tapi, cepat-cepat aku kawal emosi sendiri. Tatkala berada di ambang pernikahan, aku tidak mahu anasir-anasir jahat menghasut fikiran dan hatiku lantas aku kembali ke akal waras.

“Okeylah. Saya letak dulu ya. Nanti kita sembang lagi. I gonna love you with all my heart, Annur Ain!”

Aku terkedu! Sebelum ini nama penuhku itu pernah disebut oleh Tuxedo Bertopeng dan indah saja menerjah telingaku. Tapi, hari ini nama itu ditukas oleh Aizhu pula dan kali rasa indah itu tidak setakat itu, terasa bagaikan diri ini diawangan biarpun suara itu bercampur serak. Terasa ikhlas benar saat dia menyebut dua patah namaku itu.
******

Petang itu seperti biasa, Tuxedo Bertopeng itu setia menungguku di lobby. Jelingan Ariana juga semakin tajam dan aku hanya buat-buat tidak nampak. Wajah itu masih tertutup separuh. Bila dia mahu menunjukkan seluruh wajahnya padaku, aku tetap menolak dengan alasan aku tidak mahu wajah itu melekat di mindaku lantas menjadi parasit yang menghisap ketenangan ini sedikit demi sedikit. Biarlah segala kekal misteri.

“Dah jumpa bakal suami?” tanya Tuxedo Bertopeng tenang. Keningku berkerut.

“Emm… mana awak tahu saya tak pernah jumpa bakal suami saya?” tanyaku pelik.

“Erk…” Dia kelihatan cuak sedikit. Aku curiga.

“Eh, kan awak jugak cakap dia baru balik dari Jepun. Itu yang saya tanya dah jumpa ke belum? Mana saya tahu awak tak pernah jumpa dia!”
Fuh, aku lega. Hampir saja aku menyasarkan kesimpulan sendiri tadi. Hampir saja memfitnah. Dosa besar tu Ain!

Mocha suam itu aku hirup perlahan. Berada di tengah-tengah Starbuck di kelilingi oleh ramai orang membuatkan aku rasa selamat saat bersamanya. Jauh sekali untuk mendatangkan fitnah.

“Ain nekad nak terima lamaran dia?” aju Tuxedo Bertopeng tiba-tiba. Aku cuba mencari mata yang tersorok di sebalik rambut dan topi itu tapi tidak berjaya lantas aku membuang pandang ke tengah jalan raya.

“Bukan nak terima tapi dah terima,” balasku memperbetulkan pernyataannya.

“Ops, sorry! Ain nekad nak akad nikah dengan dia?”

“Kalau saya tak nekad? Atau lebih tepat lagi kalau saya tak nak?” dugaku tenang.

“Saya sanggup terima Ain. Saya sanggup jumpa mak Ain dan minta izin untuk
kahwin dengan Ain. Kalau kena buang keluarga sekalipun saya sanggup,” jawabnya pantas. Aku ketawa kecil sebelum menggeleng.

“Encik Tuxedo Bertopeng, saya menerima sebuah ikatan itu dengan berpaksikan agama Allah, sunnah Rasullah, restu orang tua dalam keluarga kerana saya yakin cinta itu akan datang perlahan-lahan….”

“Biarpun sekarang hati awak jelas menyintai orang lain?” pangkasnya keras. Aku senyum lagi. Tatkala ini, aku perlukan bakat Ariana. Menjawab secara psikologi untuk menang.

“Seperti yang saya cakap, cinta saya pada dia InsyaAllah akan datang perlahan-lahan yang penting ikatan itu direstui keluarga!” tekanku lembut.

“Hakikatnya ya, my feeling are towards you right now but I don’t know for how long. We promised each other to spend our precious time together with no Q about our own feeling. Just be friend because I want to stay loyal to my husband to be!”

“Yes, I admit it but you don’t know him at all?” Keningku bertaut sekali lagi untuk soalan itu.

“Macam mana awak tahu yang saya tak pernah kenal tunang saya?”

“Erk… kan Ain yang cakap tadi!” balasnya gugup. Sekali lagi aku menarik nafas lega. Tak sudah-sudah nak buat fitnah Ain. Entah mengapa, terasa bagaikan Tuxedo ini mengenali siapa Aizhu. Tapi, tak mungkinlah!

“You know what! Beberapa hari lepas dia call saya! Bila dia ucapkan nama penuh saya, I feel something weird deep down inside!” Telapak tanganku singgah ke dada kiri. Benar, hatiku ada debar pada Aizhu sekarang. Terus menghalau debar buat lelaki di depanku ini.

“Weird?” soalnya sepatah. Aku angguk mengiyakan.

“Something like love?” AKu tersentak. Mengangguk tidak, menggeleng tidak. Andai benar rasa pada Aizhu seperti yang ditelah Tuxedo itu, patutkah aku gembira selepas membiarkan Tuxedoku ini kecewa.
Namun benar, semakin dekat Aizhu padaku semakin jauh rasanya hati ini pada Tuxedo Bertopeng. Cintakah ini? Andai cinta, bila hadirnya? Tanpa melihat wajah Aizhu, sekadar berbual di telefon untuk beberapa kali saja, adakah ini yang bisa dikatakan cinta?

“Hari ni hari terakhir kita lepak bersama! And really, I didn’t expect to end like this. Berakhir dengan mengetahui yang cinta awak sebenarnya bukan pada saya, Ain!” ucapnya lirih. Kelopak mataku terasa suam. Empangan air jernih itu sudah mahu tumpah. Aku sedih tapi untuk siapa kesedihan ini?

“I don’t know…,” selaku bersama airmata yang pantas aku seka.

“Don’t cry, Ain! Memang dari awal cinta awak untuk dia walaupun saya sedikit kecewa!”

“Maafkan saya. Saat ini, baru saya sedar. Awak hanya kehendak saya yang tak terbatas tapi Aizhu adalah yang saya mahukan untuk menemani hidup saya! Maafkan saya kerana mengambil masa untuk menyedarinya hingga melukakan hati awak!” ucapku dengan pandangan yang kabur dek airmata.
Pertama kali aku menyebut nama Aizhu di depannya dan dia nampak tenang mendengarnya.

“Saya akui saya kalah Ain tapi cinta tak boleh dipaksa. Seperti yang saya pernah cakap, saya cuma nak awak tahu tentang perasaan saya. Cukuplah sekadar awak tahu agar saya tidak berasa sesal nanti.” Dia menolak gelasnya ke tepi. Lantas mendekatkan sedikit wajahnya padaku.

“Dan saya harap awak sudi maafkan saya Ain. Maafkan saya seikhlasnya hati awak seperti mana awak seikhlasnya menyintai Aizhu awak tu,” pintanya penuh harapan.

“Tapi untuk apa maaf itu sedangkan saya yang patut minta maaf pada awak!” protesku sebak.
Dia menggeleng lantas kembali ke kedudukan asal. “Saya akan perlukan maaf awak satu hari nanti. Janji awak akan maafkan saya bila saya pinta nanti?”
Aku mendengar tanpa perasaan. Pelik dan ajaib dengan permintaannya. Akhirnya aku mengangguk bila ku lihat anak mata yang tersembunyi di sebalik juntaian rambut itu penuh dengan pengharapan.

“So, apa yang buat awak jatuh cinta pada Aizhu tu? Tanpa kenal dia, sekadar dengar suara!” Tuxedo Bertopeng ini pantas mengubah cerita. Aku senyum. Kini yakinlah aku. Yakin dengan segalanya. Mak, Makcik Aishah, Ariana dan awak Aizhu, Ain ada berita baik ni! Bila Allah berkehendakkan sesuatu, pastinya jadi.

“Entah. Saya cuma ada sekeping gambar dia. Tubuh kurus kering, seluar koyak rabak, rambut berserabai, mata layu macam mat pet, gigi pakai pendakap dan yang paling menarik perhatian saya adalah parut di atas kening kiri dia. Pada mulanya rasa parut itu mencacatkan tapi bila direnung berkali-kali, itulah manisnya dia.” Aku ketawa sendiri.

“Awak betul nak terima dia kalau gitu gaya sekali dirinya?” Soalan Tuxedo bagaikan tidak puas hati.

“Saya terima dia kerana Allah, kerana Sunnah Rasullah dan kerana dahagakan restu keluarga kami!”
Tuxedo Bertopeng mengangguk berkali-kali. Nampak jelas fikirannya menerawang ke lain. Mungkin sahaja mengingati akan sebaris ayat tadi yang aku ucapkan padanya tadi.

“Yang penting, cinta ini telah hadir padanya dan Alhamdulillah Allah telah tiupkan rasa cinta itu untuk dia awal-awal lagi! Agar saya tidak terus berbelah bahagi hendak melayani dia nanti!” akuiku lega. Sungguh aku lega. Lega yang amat.

Aku lihat Tuxedo Bertopeng tersenyum bangga. Bangga sesungguhnya bangga atau bangga yang dibuat-buat untuk menutup hati yang kecewa. Aku tidak tahu!

“Masa dia call hari tu, dia demam. Suaranya serak sikit. Bila saya tanya dia kata tak sihat. Katanya perubahan cuaca Jepun dengan Malaysia. Kalaulah dia tahu yang masa tu saya kutuk dia, tak tahulah nak cakap. Tiba-tiba, rasa bersalah pulak kutuk bakal suami sendiri!” Ceritaku tanpa dipinta. Ringan sahaja mulut ini ingin berkongsi kebahagiaan biarpun aku tahu, kenyataan ini telah menoreh hati Tuxedo Bertopeng ini.

“Ain kutuk apa?” Dia mendesak ingin tahu. Eh, eh… macam aku kutuk dia pulak.

“Saya kutuk dia bila dia kata kurang antibodi, saya pun kutuk la, macam mana nak ada antibodi kalau dah kurus kerempeng macam tu!” Aku ketawa nipis. Wajah Tuxedo Bertopeng di depanku kelihatan merah padam. Dia ketap gigi berkali-kali dan serentak itu handbag seorang pelanggan jatuh di kakinya.

Tuxedo Bertopeng itu tunduk seketika mengutipnya dan entah bagaimana, cap yang tersarung di kepalanya tercabut. Rambut yang menutupi separuh wajahnya tersingkap ke tepi. Senyumku mati. Wajah itu aku amati beberapa ketika. Korneaku terkesan akan parut yang sepanjang 2 inci itu di atas kening kirinya dan sungguh. Aku angkat tubuh bersama lutut yang sudah goyah. Dia yang baru tersedar akan topi yang tanggal dan rambut yang terselak itu juga turut bangkit.
Aku kenal wajah itu. Biarpun susuk tubuh sudah berubah sasa dengan rambut tidak lagi mencecah bahu dan tanpa pendakap gigi, aku kenal wajah itu kerana wajah itulah yang aku renung sebelum lenaku.

“It was you,” terketar-ketar aku mengucapkannya.

“It was you. It always you!” tekanku lagi. Sebak hadir lagi. Pilu mula menyapa hati.

“Ain, let me explain, sayang!” Dia cuba membela diri yang terentang menipuku.

“Nope!” AKu angkat tangan. Sebelah lagi memaut meja. Lututku ini sudah goyah benar. Serasa bagaikan mahu tumbang bila-bila masa. Darah panas menyerbu ke wajah. Geramnya aku! Marah ni! Apa semua ni, mak? Hatiku kuat menjerit sendiri.

Serentak itu pandanganku rasa berbalam. Segala-galanya berpusing laju. Tubuhku rasa melayang ke udara.

“Annur Ain….,” jerit satu suara. Ya, suara Aizhu. Suara Aizhu dan sekelipan pandanganku kelam. Aku pengsan. Pengsan dalam erti kata yang sebenarnya.
******

Pujukan emak dan Makcik Aishah aku biarkan sepi. Apatah lagi pujukan Aizhu langsung tidak berbekas di hati. Mujur sahaja cuti perkahwinanku yang mahu ditambah lulus serta merta. Sudah beberapa hari aku dijeruk airmata. Bilik yang sudah dihias indah ini aku pandang sekilas.

“Kamulah pujuk dia, Yana! Makcik tak tahu dah nak cakap apa! Majlis tinggal esok je lagi. Elok-elok makcik cari Tuxedo Bertopeng dia tu, dia tak nak pulak! Haish, itu pun nak merajuk!” Bebel emak saat mampir ke ambang pintu. Aku jelling sekilas. Wajah Ariana tersengih di situ.

“Jauhnya mak aku import pakar psikologi ni datang!” sinisku. Ariana sengih. Aku curiga.

“Entah-entah kau pun sama bersubahat dengan mereka, kan?”
Ariana mengucap panjang. “Gila kau. Aku tak tahu la pasal ni. Bila mak kau cerita pasal kau pengsan sebab Aizhu a.k.a Tuxedo Bertopeng kau tu, barulah aku tahu tau. Jangan memfitnah!” Ariana menidakkannya. Aku angkat kening tanda tidak percaya.

“Ain, dengar sini! Tak ada salahnya dengan perbuatan Aizhu pada kau! Dia berhak menguji bakal isterinya. Kau pun sama, kan. Siap boleh keluar dengan Tuxedo Bertopeng lagi untuk seminggu sebelum jadi isteri Aizhu tu. Dia sekadar ingin mencari kebenaran cinta yang adalah dalam hati kau pada dia. Andai cinta kau bukan milik dia dia ikhlas nak lepaskan kau dari ikatan ni, Ain!”

Penjelasan Ariana aku dengar dengan penuh sebak. Sesungguhnya aku rindu pada Tuxedo Bertopeng malah lagi rindu pada Aizhu selepas beberapa hari aku memandang sepi pujukannya.

“Tapi, aku malu Yana. Malu, rasa bersalah sebab duakan dia!” ucapku bersendu.

“Tak Ain. Aizhu dah ceritakan segalanya pada aku. Dia kata kau tahu apa yang dia tahu. Itu saja pesannya pada kau! Yang selebihnya kau fikirlah sendiri.”

Aku ketap bibir. Fikiranku lantas terimbau pertemuan singkatku dengan Tuxedo Bertopeng itu dari awal. Persahabatan yang singkat yang tidak ternoda langsung sudah cukup membuatkan aku meletakkan rasa bersalah itu jauh dari hati ini.

Patutlah rasa ini rela untuk menerimanya biarpun ada sedikit konflik di dalam hati pada awalnya. Dugaan demi dugaan datang rupanya Allah telah menjodohkan aku dengan Tuxedo Bertopengku tapi yang lebih membahagiakan, aku jatuh cinta pada Aizhu sendiri tanpa topeng dan tuxedo jauh sekali dengan kuntuman ros merah. Sekadar dengan parut di dahi, gigi berpendakap dan tubuh kurus kering dengan menghulurkan hati tulusnya buatku.

“Mak aku pun pandai simpan rahsia,” gumamku tiba-tiba.

“Hai, mengata mak nampak!” sela emak yang entah bila melangkah rapat padaku. Aku tersenyum malu bila wajah Aizhu dan orang tuanya turut ada di ambang pintu. Inilah yang aku dambakan. Restu emak amat bernilai dalam hubungan kami nanti.

“… dan kamu Aiz, pergi keluar. Balik terus. Bilik pengantin ni kamu tak boleh masuk sebelum tiba masanya, nanti basi!” arah emak pada bakal menantunya. Eceh, menantu mak tu siapa lagi kalau bukan suami aku! Hati berbunga penuh satu ladang.

“Entah kamu ni, Aiz. Pergi balik sana. Esok boleh masuk dah bilik ni haa,” tokok Makcik Aishah pula.

Betapa jauh ku angkat impianku hingga ke bumi matahari terbit, menanti, mengharap pada sesuatu yang tak pernah ada tapi akhirnya jodohku hanya sebelah rumah. Tubuh Ariana aku paut setelah semua berlalu keluar.

“Thanks, Yana!” ucapku penuh makna bila mengingatkan nasihatnya padaku dulu.

“Tahniah buat kau Ain sebab dah jumpa Tuxedo Bertopeng dambaan kau tu. Biarpun bukan Mamoru tapi Aizhu tu kita okeylah daripada tak ada langsung!” Ariana mengusik dan aku meledakkan tawa.

“Lend me your hand?” soalku selepas seketika. Ariana angkat kening. Dia mengangguk lantas ketawa kami terburai lagi bila dia menarik jemariku untuk dimerahkan dengan inai.
*****

Sesungguhnya rasa tenang, resah, pilu, gembira, rindu dan cinta yang hadir selama ini adalah kerana adanya dia sentiasa di hatiku. Begitu ikhlas dia menyintaiku hinggakan meminta emak turut sama menjayakan misinya dalam membuang bayangan Tuxedo Bertopeng itu dan menggantikannya dengan bayangannya di dalam hatiku.

“Maafkan abang!” ucapnya usai majlis kesyukuran sempena pernikahan kami petang itu ketika kami sama-sama di kamar untuk mengerjakan fardhu Asar.

“Abang pernah minta dan Ain dah berikan untuk abang saat Ain tahu siapa wajah yang terselindung itu!” ucapku lembut. Jemari kami bertaut. Anak mata bertentangan lama.

“Abang tak sangka Ain nekad tak nak tengok rupa dan tahu nama abang masa tu. Bila difikirkan, pelik juga sampai Ain tak nak tahu tapi abang gembira bila Ain tak nak ingat rupa dan nama abang bila Ain kahwin. Itu dah jadi satu bonus untuk abang! Dan akhirnya abang dapat tangkap cinta Ain untuk Aizhu dan bukannya lelaki penyamar tu, abang lagi gembira tapi sayang tak berjalan seperti yang dirancang. Tak pasal-pasal cap tertanggal!” ujarnya bersama tawa kecil.

“Emm… sebenarnya bila abang balik dan macam mana abang boleh jejak Ain sampai majlis tari menari tu?”

Aizhu membawa aku duduk di birai katil dengan wajah berhadapan. “Soalan pertama tadi tu, abang balik pada hari mak Ain cakap pada Ain yang dia nak Ain kahwin dan soalan kedua pulak, mak kita kan jadi mastermind so senang je abang bagi alasan pada receptionist tu yang abang ni pasangan Ain. Lepas tu, masuk jelah. Bila pertama kali Ain menolak pelawaan abang, abang bertambah yakin yang Ain memang untuk abang! Andai kata Tuxedo Bertopeng pun, itu mesti abang dan ternyata abang, kan?”

Kali ini aku nampak wajah Tuxedo Bertopeng pada rautnya. Cara dia menjawab soalan semuanya sama.

“Tadi, abang kata bukan seperti yang dirancang dan suara serak demam abang tu macam mana pulak?” Seboleh-bolehnya aku mahu dia merungkaikan segalanya.

“Okey, soalan pertama tu…” Aku ketawa memangkas kata-katanya. Setiap kali dia menjawab soalan, tiap kali itulah hatiku tercuit. Wajahnya kerut.

“Okey, sambung,” ucapku menutup mulut.

“Pengakhiran dia bukan macam tu. Ada sesuatu yang abang dah rancang and it will happen soon! Yang keduanya, suara serak tu boleh buat la sayang!” Dia kenyit mata padaku.

“Dan abang makin jatuh cinta bila Ain cakap cinta pada abang kerana Allah, kerana Sunnah Rasullah dan kerana dahagakan restu orang tua kita dan sekarang abang harap tiada lagi Tuxedo Bertopeng yang lain dalam hati Ain. Cukuplah abang, ya sayang!” pintanya bersungguh-sungguh. Aku mengangguk pantas bila hati ini sudah arif benar dengan rasa sendiri.

“Thanks untuk kemaafkan tu biarpun abang tak sempat minta lagi tapi Ain dah bagi!” Aizhu menarik baju melayu putih mutiara itu tanggal dari tubuhnya.

“Abang!!” jeritku tak sengaja.

“Kenapa?” Wajahnya pelik.

“Jangan bukak kat sinilah. Malu sikit!” sambungku teragak-agak lantas berpaling membelakangkannya.

“Annur Ain yang abang sayang….” Tubuhku sudah dipeluk dari belakang. Aku tersentak namun ada bunga bahagia yang sudah berkembangan di dalam diri.

“Hukum mengatakan yang antara suami dan isteri tiada batasan auratnya. Bila lagi Ain nak tengok tubuh plywood abang yang sudah tough ni!” Pelukan dieratkan.

“Lepas tu pandai pulak ngata abang kurus kerempeng, kan? Paling tak tahan parut dekat dahi abang ni nampak manis pulak, ya tak?”
Aku meleraikan sedikit pelukannya lantas membawa seluruh tubuhku menghadap tubuhnya. Benar, dia sudah berubah. Jauh lebih sasa dari gambar itu. Pendakap gigi juga tiada, rambut sudah kemas terpacak. Hanya parut itu akan kekal selamanya.

“Maafkan Ain. Tak sengaja terkutuk abang!” pintaku manja. Lehernya aku rangkul mesra.

“Maaf diterima!” ucapnya lantas bibir itu singgah ke dahiku.

“Lepas ni no more Sailormoon! No more Mamoru or what not tu,” sambungnya berjenaka dan aku tawa lepas.

Tak akan ada lagi, wahai suamiku! Kerana hanya engkaulah Tuxedo Bertopeng di hati ini untuk selamanya. Bisik hatiku penuh rasa syukur.
******

Memandangkan hanya majlis kesyukuran yang diadakan, malam itu Aizhu meminta seluruh keluarga dan teman terdekat menyediakan satu majlis makan malam besar-besar di laman rumah kami sendiri.
Selepas menunaikan fardhu Maghrib, aku tersentak tatkala melihatkan sepasang gaun putih putih mutiara terdampar di atas katil. Kelibat Aizhu juga sudah hilang. Pasti sudah ke bawah. Nota kecil itu aku capai.

-Get ready fast. Abang tunggu di luar.

Aku senyum lantas melipat telekung dan terus bersiap. Selepas mengenakan tudung dan sentuhan terakhir aku melangkah keluar dengan mengangkat sedikit gaun labuh itu agar tidak menghalang langkahku. Agaknya inilah, akhirnya lakonan dia seperti yang dirancang.

Ruang tamu lengang. Tiada lagi meja makan, rak TV, almari hiasan ataupun sofa di tengah-tengahnya. Suasana juga malap. Hanya nyalaan api daripada tempat BBQ di laman rumah. Tatkala aku berada di tengah ruang tamu rumah emak, satu lampu tersorot ke arahku. Aku tahan silau di mata dan saat aku membuka mata, seorang lelaki tegap dan tampan bertuxedo dengan bow merah hati lengkap dengan topeng dan sekuntum bunga ros di mulutnya.

Dia melangkah tenang ke arahku bersama lampu sorot yang setia menurut. Lantas melulut dan menghulurkan ros tersebut. Aku sambutnya dengan jemari yang terketar-ketar.

“I save my dance for you! Shall be my partner?” soalnya. Aku mengangguk lantas huluran tangan bersarung putih itu aku sambut. Aizhu bangkit serentak itu alunan lagu My Baby You nyanyian Marc Anthony bergema di sekitar ruang tamu.

Bersama simbahan lampu sorot, aku cuba mengikut rentak Aizhu. Terlupa yang aku ni…

“Aduh…,” jerit Aizhu kuat. Aku tutup mulut. Lampu kembali terang. Muzik mati. Wajah-wajah di sebalik tabir juga muncul satu persatu dengan wajah ingin tahu.

“Ain not good in dance,” ujarku penuh rasa bersalah kerana membuatkan suasana romantik ini punah sama sekali.

“Ain bukan not good tapi Ain tak tahu langsung, kan?” tanya Aizhu dengan wajah menyeringai menahan kaki yang sakit akibat dipijak oleh kasut tumit tinggiku. Aku sengih tayang wajah tidak bersalah.

Tubuh sasa itu aku dekati lantas tangannya aku raih. “Sorry!”

“Dahlah tu, Aiz. Orang ni lapar semua. Tak ada maknanya nak jayakan rancangan kamu yang dah tak nak berjaya ni!” jerit kakak Aizhu dari luar. Dia garu kepala.

“Rosak rancangan abang tau!” Daguku dicuit manja. Dia lantas memimpin aku ke luar. Menghadap makan malam dengan gaun dan tuxedo segala. Nak kata rimas, sikitla tapi lebih banyak rasa bahagia.

“Ain dah rosakkan satu rancangan abang ni, masuk bilik nanti jangan harap Ain dapat rosakkan rancangan terakhir abang untuk malam ni tau?” ugut Aizhu penuh makna.

Aku yang mengerti hanya sengih dari tadi sedangkan dalam hati hanya Allah
yang tahu namun seperti pernah aku katakan, aku pasti melayannya tanpa berbelah bahagi.

Emak duduk di sisiku bila Aizhu sedang sibuk di grill BBQ. Sesekali matanya melirik ke arahku dan aku membalas senyumannya.

“Kan mak dah kata. Sebijik macam Tuxedo Bertopeng Ain tu, tinggal nak pakai topeng je!” bisik emak dan aku meledakkan tawa bahagia. Tubuh emak aku paut.

“Terima kasih wahai bondaku!” ucapku ke telinganya dan dia mengucup pipiku.

***TAMAT***

15 comments:

  1. emm, skenye..jtuh cnte kt tuxedo bertopeng..

    ReplyDelete
  2. auwwww.
    so sweeet.. haloh halohh..
    nak tuxedo bertopeng jugak !

    ReplyDelete
  3. huiii...menarik...n patut dipanjangkan lagi..hehehe..

    ReplyDelete
  4. heeheheh.. Mamoru ye kak rehan? my feveret.. hek..hek..hek..

    ReplyDelete
  5. auw! so sweet la the tuxedo..haha

    ReplyDelete
  6. terharunye ble bce kisah cinta niw..hahaha

    ReplyDelete
  7. hahahahaa...xley bla cter ni..hahahaha

    ReplyDelete
  8. hehe...sy pn ckp kat mak nk kawen gan plakon korea yg hensem...hmmmmm jwpn nya hrp maaf pmintaan anda xakn dlyn hahahaa...bez jugak klu cite nie realiti...

    ReplyDelete
  9. best la cerita ni.sebab sy pun pernah berangan jd sailormoon dan minat sangat dgn tuxedo bertopeng.huhu. .tp time remaja la.best cerita ni.5* tuk sis rehan.

    ReplyDelete
  10. terlebih tgk sailormoon la si annur ain ni..smpi bf pn nk cr ala2 gitu..hahaha

    ReplyDelete
  11. thanks RM... Cerpen ni btl2 ingatkan knngan masa kecik2 dlu...

    ReplyDelete
  12. So sweet laaa.. cerpen..nie.. :)

    ReplyDelete
  13. best,, memand dulu pon minat giler dgn cerita sailormoon, mamoru chiba hehehe

    ReplyDelete