Monday, October 24, 2011

Assalamualaikum Cinta 2

Sekilas pandang....

SEDAR tak sedar, dah hampir tiga bulan aku kembali dari bumi Mesir selepas menamatkan kursus menghafaz Al-Quran seperti yang telah aku impikan selama ini. Bersyukur juga bila Haq sentiasa sudi menemaniku ke mana saja aku pergi. Seperti mana yang dia pernah janji dengan mama, papa dan Abang Edika.

Aku buka telekung setelah Usai mengaminkan doa sunat Dhuha. Mohon pada Allah agar dipermudahkan rezeki suamiku yang selama ini banyak berkorban untuk aku. Haq masih dalam bilik air. Hendak keluar menghadiri temuduga kejap lagi.

“Lambat lagi ke kamu nak turun ni Edini?”
Aku dah tersentap dah. Lupa yang aku bukan lagi berada di rumah mama dan papa. Suara itu sekarang tak menjerit pada aku macam mana mama pernah jerit dulu. Tapi, lembut tutur katanya itu bagaikan pisau Rambo sebenarnya. Tajam dia lain macam. Tersiat hati.

“Err, baru sudah ni mummy,” jawabku tergagap-gagap. Takut juga melihatkan airmuka mummy mentua aku ni. Garang dia lain macam. Semua benda aku buat tak kena. Asyik-asyik dia nak compare aku dengan menantu dia yang satu lagi tu. isteri abang long Haq yang berpurdah bagai tu.

Dua hari tiba di Malaysia, Haq ajak aku balik tinggal di rumah mummy dia sebelum dia beli rumah sendiri. Katanya segan sebagai lelaki tinggal di rumah keluarga isteri. AKu tak kisah dan keluarga aku lagi la tak kisah lebih-lebih lagi Abang Edika. Kak Aira jelah dok monyok je memanjang. Bosan la tu nanti. Tak ada ahli mesyuarat tangga nak bergosip. Dahlah dia tengah mengandung anak sulung. Sarat dah pulak tu. Sama juga dengan biras aku ni. Tapi dia anak kedua dah.

“Kalau dah siap, cepat turun. Haq tu nak keluar kejap lagi. Pukul berapa kamu nak siapkan sarapan dia?” tanya mummy lagi lantas berlalu.

Jam di dinding baru menunjukkan jam 8.30 pagi. Haq interview jam 10.30 pagi. Malas nak kena marah lagi aku terus campak telekung atas katil dan terus keluar bilik untuk turun ke bawah. Bawah tu mana lagi kalau bukan dapur.

“Biar Edi buat, mummy?” tanya aku lembut bila tubuh gempal itu aku dekati.

“Kamu buat untuk Haq je. Kejap lagi dia nak keluar, kan? Tu pun belum tentu dia nak dapat kerja.”
Huh, cengeng betullah mummy ni. Boleh dia cakap suami aku yang tentu-tentunya anak dia tu macam tu? Macam mendoakan pulak.

“Err, sarapan untuk Kak Mai mummy dah siapkan ke?” tanya aku lagi. Nak tunjuk prihatin la pada ibu mengandung seorang tu.

“Haa, mummy kan dah suruh kamu buat air dekat Haq je. Yang Mai punya kamu tak payah susah-susah. Mummy dah buat. Kalau nak bagi kamu buat pun, belum tentu lagi berkhasiatnya makanan tu untuk Mai dengan cucu mummy tu.” Mummy mencebik ke arahku. Erk, pedih kena smash pagi-pagi ni. Kena sipi-sipi tak apalah. Ni kena tepat ke dahi.

“Err, baiklah mummy,” jawabku penuh tertib.

“Yang Haq ni pun. Dulu main berhenti je sebab nak ikut bini sambung belajar. Sekarang kan dah payah nak dapatkan kerja. Mulalah nak menumpang kat rumah ni. Sampai sekarang menganggur. Yang si bini pulak, entah bila la nak mengandung. Aku ingat setahun kat sana, dah mengandung dah. Entah-entah, mandul tak kamu ni Edini?”

Hah, tu dia mulut mummy Haq ni. Sejak duduk serumah beberapa bulan ni baru aku tahu dia macam ni. Mulut dia memang kalah mama. Mama tu bertih jagung dekat mall. Standard sikit. Mummy ni bertih jagung pasar malam. Letup dia lain macam pulak.

Hati aku ni dah meraung dah kena tuduh mandul. Lepas tu dia cakap pulak kami menumpang. Ini memang aku tak boleh nak terima. Rasa pedih ulu hati aku ini. kalau aku jawab, tu kira kurang ajar tak? Kalau tu kira membela diri aku nak menjawab ni.

“Tak ada rezeki kami lagi, mummy,” sampuk Haq tiba-tiba. Aku pun tak tahu bila dia turun. Sedar-sedar dah terpacak dengan wajah merah padam depan aku dan mummy.

Dia dah mendekat pada aku. Jemari ketar aku ni dia raih siap-siap. Dia genggam kuat-kuat. Memang dia suami yang memahami. Air mataku pun nak menitis dah ni. Tiba-tiba je rasa rindu pada mama, papa, Abang Edika dan Kak Aira. Mereka dulu tu semua suka juga nyakat aku tapi tak pernah pula mengata aku macam ni.

“Yalah tu bukan rezeki kamu. Tengok Kak Mai tu, dah nak masuk dua. Senang-senang kamu kahwin lain jelah, Haq,” tekan mummy kuat dan aku dah macam tercekik buah anggur dah.

~~~> coming soon.. jangan tanya soon tu bile..hahaha..tp mesti akan ada..

19 comments:

  1. aahaaaa...jangan ler lama2 sgt dik non ooiii...tak sanggup akak nak nunggu nih..
    very da hansuang itu mommy mertua punya mulut...

    ReplyDelete
  2. alaaa....npe pendek sgt ni....
    btw best...

    ReplyDelete
  3. cepat la sambung kak rehan... nak ari ni jugak... huhu..

    Haniza

    ReplyDelete
  4. haha.. jht nyer mummy.. mumia kot.. bak sni no.tel mummy 2.. nak kasi sijil propah..rh

    ReplyDelete
  5. perhhh...pedih... tu ja boleh gmbrkan mummy haq...haha kesian edi...

    ReplyDelete
  6. aish... ni betul2 pembunuh hati ni..
    lame2,, sy sedar y ati sy bakal dibunuh oleh
    si penulis ni.. aishhhh..
    akak,,, boleh tak tolong..
    tolonglah jangan rabakkan hati sy ni..
    mahal tau...!!! hehehe..

    SSG=)

    ReplyDelete
  7. RM oo RM...cepat la smbung..xsabar nk tnggu...hehehe

    ReplyDelete
  8. cerpen ni sy ingt nk novel kan.so kalo novel kan cepen ni kira tak ada ar..hehe..bole ke gitu..kalo tak setuju sy buat cepen jelah..tak pyh novel kan..hehe..

    ReplyDelete
  9. ala novel kan 2 laen kli je skunk nie xsbr nk tggu cerpen dy larh RM . hahaha
    cpt larh smbg ...
    hehe

    ReplyDelete
  10. erkss.. iskh2.. mai nak boh cabai skit kat mulut mak dia nii..haisshh

    ReplyDelete
  11. saya setuju kalau RM nak novelkan cerita ini.

    ila danish

    ReplyDelete
  12. sambung jelah kt sini buat cerpen

    ReplyDelete
  13. setuju la kalo akk buat novel.....

    tp kalo akk rase terbeban..buat cerpen pon x pe...janji kami nk tau cerita selanjutnya........

    ReplyDelete
  14. mana sambungan???huhu

    ReplyDelete
  15. saya saja la nak tanya, cerita ni memang tak nak sambung ke? sob sob

    ReplyDelete
  16. dah lama dahhh tunggu..... bila nya nak keluarrrrr

    ReplyDelete