Saturday, October 15, 2011

Jangan Kau Pergi

Sekilas Pandang...

AKU hela nafas lega. Terasa hilang lelah melihatkan dua beradik ini lena. Hilang lelah melihatkan wajah polos Ilyani dan Iszham yang sedang enak dibuai mimpi hinggakan tidak sedar bila tangan sasa itu singgah ke bahuku. Wajah tampan itu aku pandang penuh dengan rasa kasih yang tidak pernah berkurang malah kian bertambah dari sehari ke sehari.

“Abang tengok dua beradik ni dari sehari makin aktif,” ujar Iskandar separuh berbisik.

“Penat tak nak melayan dua beradik ni?” tanya suamiku lagi. AKu menggeleng sambil tersenyum. Mana mungkin penat andai mereka adalah permata hatiku.

“Tak pernah penat, bang. Tapi, sesekali tu rasa nak marah juga bila Ju larang tak nak dengar.” Iskandar senyum.

“Nampaknya, lambat lagi la Yani dengan Zham nak dapat adik,” bisiknya pula. Aku siku perutnya bila dia mula tersengih nakal.

“Tak adalah. Kalau ada rezeki, Ju okey je,” balasku pula. Kali ni giliran Iskandar menggeleng.

“Ju baru lepas kemalangan setahun lepas. Lepas tu busy dekat pejabat. Abang tak nak susahkan Ju buat masa sekarang.” Iskandar lembut menolak kata-kataku.

“Susahkan apa? Anak tu kan rezeki, kalau kata kita ada rezeki nak dapat anak lagi, Ju bersyukur sangat.”

Iskandar tidak menyahut sebaliknya dia menarik tanganku, berlalu keluar daripada bilik anak-anak.

“Duduk sini,” arah Iskandar bila kami sampai di bilik yang telah banyak menyaksikan penderitaanku satu waktu dulu. Dan, bilik ini jugalah yang telah menyaksikan hati yang pernah Iskandar sakiti, telah dia ubati. Aku duduk di birai katil dan Iskandar melutut di depanku. Tangannya dilabuhkan di atas ribaku.

“Kalau Allah izinkan, abang nak anak ramai lagi dengan Ju. Cuma buat masa sekarang, cukuplah dulu Ju, Yani dan Zham dalam hidup abang. Ju adalah isteri yang sangat abang sayang. Tanpa Ju abang tak fikir abang mampu mencari jalan hidup sendiri. Abang nak Ju berehat dulu selepas apa yang pernah terjadi sebelum ni,” ujar suamiku tenang.

Aku angguk saja. Mengerti akan maksud di sebaliknya. Anak mata itu jelas menggambarkan kerisauan tentang apa yang pernah terjadi padaku. Aku dapat rasai keresahannya.

“Jangan risau, bang. Ju dah betul-betul kuat. Tak apa nak dirisaukan….”

“Tapi, abang nak emosi dan perasaan Ju juga kuat,” potong Iskandar pantas. AKu mula pelik. Rasanya selama setahun aku kembali ke sisinya ini, kami masing-masing tidak lokek dalam memberi kasih sayang.

“Kenapa abang cakap macam tu?” tanyaku. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang Iskandar sembunyikan dariku.

“Ju tahu kan, Aina dah terlepas dengan jaminan?”

Aku buntang mata. Rasa terkejut benar dengan kata-kata Iskandar. Setelah penat suamiku naik turun mahkamah, mendakwa Aina kerana menyebabkan kemalanganku dulu, akhirnya dia bebas juga dengan jaminan.

Fikiranku tidak dapat lari dari berfikir yang bukan-bukan. Terasa bagaikan Iskandar bagai mahu mengulangi episod duka yang lalu. Meninggalkanku demi bekas isterinya itu.

“Jadi, abang nak balik semula….” Suaraku mati. Tidak mampu bertanya lanjut. Bimbang aku toreh hatiku sendiri nanti. ~~~> to be continue..harap bersabar..

21 comments:

  1. kalu Iskandar balik pada Aina... i'll kill him for sure... hahaha.. terbaik Han..

    ReplyDelete
  2. ngeng nip..haishh..jahat sangat la penulis nak buat gitu..hehe..

    ReplyDelete
  3. iisshhh....
    suspen tol laa....
    hehehe

    ReplyDelete
  4. Salam dik..akak rasa macam nak jetus jetus aje kepala Iskandar tu..tak serik serik lagi ke? alahai apalah masalah mamat poyo tu..kan..
    Salam
    Kak idA

    ReplyDelete
  5. hehe...sabar kak..kita tunggu full version..sian ke watak sy tu..jgn la buat dia..hehe..

    ReplyDelete
  6. bakhtiar omar nadeemOctober 22, 2011 at 3:41 PM

    saya menunggu ni kak rehan

    ReplyDelete
  7. eh.nadeem..mana jumpa blog k rm neh..hehe..sabar2 nnt siap la ni..hehe

    ReplyDelete
  8. kak Ann...malas betul nak sabar...boleh tak jgn buat sekerat2..penat ar ....org ngah full mood...tbe2 anti climax..cehhhh....mode: angry bird

    ReplyDelete
  9. apa jadi dengan Iskandar??? takkan nak balik kat Aina tu? huwaaaaa.... :'(

    ReplyDelete
  10. klau iskandar blik lg dgn aina mmg iskandar adalah nasi kandar yg sy mkan .,!~!!
    RM cpt larh smbg ,...

    ReplyDelete
  11. salam RM..
    saje tau ny fika da banyak kali baca SEKILAH PANDANG....tp x kuar jgk cite ny....btul kata akhtar mood angrr bird da melanda....nk g serang RM.....cpt la n3 ny da kemaruk nk baca yg terbaru dr RM.... PLEASEEEEEEE......
    kalo is kandar buat hal kang fika sumpah dye jd penaggalan...(haha ada kew lelaki jd penanggalan)ada kot..x serik lg errkk... is siap kalo buat hal lg kt ju....

    ReplyDelete
  12. Ya Tuhan..tolong laa jgn buat balik perangai lama yang dayus tuu...bole sakit jantung sy mcm ni..huhu *pape pun, sy ttp nak baca kisah diorg ni sampai abes*

    ReplyDelete
  13. k.rehan, dh lme tunggu nie.. -.-

    ReplyDelete
  14. bla nk smbg cter ney???????
    xsbr dh ney nk tau ape yg trjadi lps ney.......
    cpta smbg xbr ney........

    ReplyDelete
  15. kak rehan...tolong lah jgn mengacau bilaukan emosi saya..hhuhuhuhu...xsabonk taw nihh....

    ReplyDelete
  16. kak rehan...tolong lah jgn mengacau bilaukan emosi saya..hhuhuhuhu...xsabonk taw nihh....

    ReplyDelete
  17. sambung..............

    ReplyDelete
  18. yep saya pun tgh tggu ni... adoi penat... jgn sakiti ati Ju lg...plz... citer psl aina jerk... sampai aina sakit jiwa/mental... haha...

    ReplyDelete
  19. Awak, bila awak nak sambung awak TT_TT

    ReplyDelete