Thursday, October 06, 2011

Pesanan Tuan Tanah Kedaung 3

Assalamulaikum wbt....

Ehem..ehem..boleh tak RM nak meraban sikit? Buat-buat tanya, kan? Padahal dah post pun kat sini. Haish, Cik RM neh memang berangan je. Mula-mula RM nak ucapkan terima kasih kepada sesiapa saja yang sudi dan setia menjenguk blog RM yang tak seberapanya ni walaupun RM tak mampu nak hidang air teh

RM baru terperasan, TERHANGAT tu dah dapat kat MADS (Menyintai Aku Dengan Seadanya) . Kalah dah JBHA. Anyway, RM memang sibuk dengan manuskrip yang tak seberapanya tu. Dengan cerpen untuk penerbit lagi tak terbuat-buat, tak terEdit-edit tapi, insyaALlah RM akan siapkan dan post kan MADS ke Penulisan2u weekend neh.  Cerita MADS ni mungkin kurang sangat sebab ni pertama kali RM buat cerita tak pakai 'AKU'.  RM bercerita sebagai orang ke-3.  Nak jadi penulis versetil la konon padahal asyik buat cerita sedih je manjang.

Pasal cerita sedih ni, kan.  Sebelum orang tanya, lebih baik RM jawab dulu.  RM memang suka buat cerita sedih sebab bagi RM kegembiraan tu biasanya bersifat sementara dan perkara yang sedih ni akan melekat lama dengan kita sebab memang fitrah manusia macam tu.  Suka mengingati perkara yang sedih dan RM rasa itu adalah baik kerana kita akan belajar melalui kesedihan yang pernah dialami tu.  Bila pembaca dok mesej RM cakap sedih, tengok komen yang cakap menangis tersedu-sedu, maki hamun watak antagonis tu, RM suka sebab RM dah berjaya bawa pembaca semua menghayati watak dalam cerita RM.  Adakah orang cakap, RM ni suka mendera watak dan mendera perasaan pembaca.  Ya ke?  Haishh...

Kita beralih pula pada pemilihan nama watak.  Yang ni ada orang suka jugak bila RM selalu ketengahkan nama watak yang biasa-biasa je.  Tapi, setiap nama watak RM tu mestilah simple dan unik.  Kalau pembaca semua perasan, semua nama watak RM pelik-pelik sikit.  Tapi, nama tu semua kepunyaan orang-orang yang RM kenal.  Pinjam la kejap.  Komersialkan.  Bagi RM nama tu tak penting sangat.  Sekadar mudah disebut dan ada maksud yang baik sudah cukup sebab pada RM, yang penting dalam sesebuah cerita ni adalah jalan cerita dan garapan cerita tu sendiri.

Penggunaan bahasa.  Mesti pembaca perasan sebab dalam semua cerita RM tak banyak pun guna BI.  RM tak reti benornya.  Tapi, satu lagi sebab utama, RM setiap ucapan itu kalau kita ucapkan dalam bahada ibunda kita sendiri  lebih sampai ke hati. 

Kaya ke miskin sesuatu watak tu?  RM campurkan semua.  Ada yang kaya, ada yang sederhana sebab dunia ini memang begitu.  Ada yang senang ada yang susah.  RM nak tampilkan kelainan dalam setiap karya RM.  Tak kiralah dari segi kaya miskin ke, watak jahat dan baik ke, tempat ke.  RM nak biar nampak logik.  Biar pembaca rasa ada bersama watak sewaktu membacanya. 

Waktu menulis pulak.  RM tak kira bila waktu RM menulis.  Pukul berapa dan di mana.  Kalau tak ada Encik Laptop pun, RM tulis pakai pen dulu.  Kadang-kadang RM tidur dulu, then bangun balik untuk menulis.  Ni kira penulis kurang menjaga waktu la.  Kadang-kadang tu tak tidur pun tak apa.  Tapi, tanggungjawab lain tu tak terabai.  Okey, RM pun tak tahu dah nak bercerita pasal apa ni.  BUkan selalu meraban.  Kalau nak tahu, tanya jelah.  Cik RM neh sudi menjawabnya.

Akhirnya, buat semua pembaca setia RM.  Terima kasih kerana sudi mengikuti, membaca dan mengomen semua hasil karya RM yang tak sepertinya ini.  Mana yang positif RM buat pembakar semangat dan yang negatif tu akan RM perbaiki dari semasa ke semasa.  Sokongan anda semua sangat RM perlukan.  I starve for you pray.  Because, I have a dream that I named it DESIRE.  Dan, keinginan itu adalah untuk menjadi salah seorang penulis berbakat di Malaysia ni sebaris dengan otai-otai Geng Kaki Tulis yang telah banyak berkongsi ilmu dengan RM selama ni.  Tak lokek malah pemurah lagi nak kongsi  ilmu penulisan.

Salam sayang buat semua pembaca.  Doakan kejayaan RM dalam penulisan ni.  Harap satu hari nanti boleh berada depan pembaca, turunkan signature.  Haishh, harapan tinggi tu.  Aaminn.  Mudah-mudahan ~~>RM

5 comments:

  1. assalammualaikum...takkesahlakkak,janji post tau citer tu kat p2u...hehehe

    ReplyDelete
  2. klu RM ader buku, kita pun signature RM nnt kt novel RM..good luck ya >.<

    ReplyDelete
  3. hee..thanks ek anonymous...aisy..insyaallah nnt ek..

    ReplyDelete
  4. suka buat citer sedih2 ker??? yoyo oooo jer... kui kui kui.. padahal pengalaman hidup banyak sedih dari gumbire... kui kui kui..

    ReplyDelete
  5. haishh..syhhh diam2..jgn pecah rahsia..hehe.advantage la tu..bercerita melalui pengalaman sendiri..real what..hehe..

    ReplyDelete