Monday, October 17, 2011

Pesanan Tuan Tanah Kedaung 4

Assalamualaikum wbt...

Mana nak mula ya. Tak pe, mula je kat sini. Tak ada apa pun benornya tapi rasanya macam ada kan. Aduhai. What happen to me?? Aku dah garu kepala la. Baring tak kena, duduk tak kena. Semuanya tak kena. Rasanya aku betul-betul kena cuti dari menulis untuk jangka masa yang agak lama. Belakang aku dah sakit. Jalan pun dah melengkung.

Sehari dua ni, fikiran melayang je merata-rata. BUkan mengelamun menjana idea tapi mengelamun yang tak ada apa-apa. Zero, sifar, nil, kosong!! Apa dah jadi dengan aku ni. Mood macam dah rosak. Aku nak senyum tapi kenapa tak dapat? Padahal aku bukan macam ni orangnya. Aku jenis cool dan steady je.

Nak kata karya tak diterima, rasanya pembaca baca la jugak karya cabuk aku tu. Nak kata busy kat office, busy la sangat. Nak kata bos marah, bos sangatlah baik. Nak kata kawan-kawan tak support semua support baik punya. Tapi, kenapa mood aku tetap tak baik. Ini jarang sangat berlaku sebab aku memang optimis orangnya. Apa kena dengan aku ni? Hari ni, aku dah berjaya siapkan cerpen tajuk Reana Merlis dalam masa beberapa jam sebab cerita tu pendek jelah. Sedang elok. Terus aku up ke blog sebab sorang kawan baik ni nak baca. Dah janji dengan dia cerpen ni. Mesti semua kena siapa S@R@ Sassy Gurlz kan. Aku cukup suka semua karya dia. Suka sangat. Dan satu lagi of course la Kak Syamnuriezmil. Rahsia aku selama ni, aku banyak kutip ilmu daripada penulis hebat dua orang ni. Bila aku nak mula menggarap sebagai POV3, Kak Syam cakap "Mula dengan cerpen." Bila aku kata sukar, Sara cakap, "Akak boleh."

Impian tinggi menggunung tapi aku tak sedar yang tangan aku ni pendek. Tak boleh nak gapai sewenangnya. Ada beberapa cerpen sequel yang aku janjikan pada pembaca setia aku. But, sorry to say, I'v to stop for a while. Aku betul-betul tengah lost. Sesat dalam terang sebab tu aku terkaku. Kalau sesat dalam gelap senang aku pasang lampu.

I am so sorry guys. I love you all. Korang semua dah banyak sokong RM. Meminati karya RM yang tak seberapa ni. Tapi, izinkanlah RM bercuti dulu. Rasa bukan macam diri sendiri lagi dah. What happen to me? Don't ask. Cause I don't have the answer either. ~~~>; end.

6 comments:

  1. sedey...sedey..sedey..
    jgn cuti lama sgt..
    1mgu,2mgu? ckup la.. ramai yg tgu..
    penulis mmg suke cuti.. tp kerja menulis untuk selamanya.. all the best..
    <<anak murid mu..

    ReplyDelete
  2. Bercuti jgn lama2 tau... Sy baru jumpa blog ni... mmg marathon baca cerpen kt blog ni... ada lg yg tk abis baca..huhuhuhu... kena sambung mlm esk.... kalau tk fikir psl kerja, baca smpai abis mlm ni je... teruskan berkarya.. cite kt blog ni mmg best.. semestinya coz happy ending... kalau sad ending, lagi haru nk keje... tension jdnya...

    ReplyDelete
  3. salam dik..membaca luahan hati adik..akak rasa sayu pulak..actually citer citer U yang kat sini..semuanya best..!especially novel U yg bertajuk Terlerai Kasih..mmg sekarang ini pun akak mmg rindu yg amat amat dan teruja nak tahu kesudahan citer ini..sabarnya seorg isteri menangani kerenah suami yg terlalu ego..cemburu yg membabi buta..sehingga sanggup menuduh isteri bukan bukan dan menjatuhkan gantung tidak bertali..kisah yg banyak berlaku kini..kerana tidak cukup pendidikan agama kah..
    Kenapalah mamat poyo tu tak selidik dan bertanya sendiri..actually what happens..
    apa apa pun dik have a good rest..ya..
    Salam
    kak idA

    ReplyDelete
  4. RM,
    sabo bebanyak k..artist mmg cam2 la..kekadang mmg pak mood selalu lari tatau g mana..heheheh...nak panggil balik dia main aci sembunyi..

    take a gud rest k. insyaAllah pak mood tu lari kejap je tu. dia pun g cari idea dulu..

    apa2pun, ur idea mmg mengancam! sy suka baca sume karya2 u...

    take care, muaahhss..

    ReplyDelete
  5. wah,,, siap ade mention name sy tueh...
    terharu smpai rase nak bergolek ni..
    adakalanyerrr,,,
    kita dah puas merangka...
    namun hasilnya tetap tak terjangka...
    hehehe.. betullah tu.. kite ni penulis..
    bkn penulis takdir.... kan3..
    kalu nak berehat n bercuti tu,, biasalah..
    tp kalau nak bersara tu... luar biasa namenyerr... hahaha..
    wish u da best kak...


    SSG>>>>

    ReplyDelete
  6. Kak Rehan,sayu jer baca..nak tanya kenapa,akak dah tulis jangan tanya kenapa..apapun sabar k..insyallah t akak idea ngan abng Mood tu datang la balik.."akak idea" ngan "abng mood"pun mesti rindu akak tu nanti..hee~

    ~salam sayang tuk kak rehan~
    teruskan berkarya k..

    ReplyDelete