Friday, December 23, 2011

Kepada-Mu Kekasih

JEMARIKU terketar-ketar tatkala menyeka darah merah yang mengalir daripada kepala si dia dipangkuanku. Sedaya upaya aku goncang tubuh itu agar dia membuka mata bila nafasnya semakin lemah.

“Encik, bangun encik.” Pipinya aku tepuk beberapa kali dengan tangan yang berlumuran darah. Hatiku bertambah kalut apatah lagi bantuan masih belum tiba dan juga tiada sesiapa kala ini. Rasanya sudah hampir 10 minit berlalu aku menghubungi bantuan tapi masih juga belum tiba.

Mataku beralih pula kepada Nissan Latio Sport yang sedang berasap di bawah sebatang pohon. Remuk teruk di bahagian hadapannya. Cermin juga berkecai. Tentulah kerana satu hentakan yang kuat kemudian aku pandang pula wajah yang sedang berada di ribaanku.
Entah mengapa, melihatkan helaan nafas lelaki ini yang semakin lemah, aku menjadi takut. Cuak amat hinggakan air mataku mengalir dengan sendirinya tatkala mata yang sedari tadi tertutup rapat terbuka separuh. Merenung ke dalam anak mataku lama. Bagaikan hendak menyatakan rasa sakit yang tidak tertanggung.

“Sabar sikit, encik. Kejap lagi ambulans tiba,” ucapku padanya. Dia tiada bertindak balas, sekadar melihatku sahaja. Bibirnya bergetar hendak mengucapkan sesuatu tapi tidak pula terluah.

Melihatkan darah yang semakin mengalir, aku terus buka selendangku, lalu aku belit pada kepalanya. Membiarkan rambutku ditutupi oleh anak tudung sahaja. Bagiku ini adalah keadaan darurat. Hampir 5 minit kemudiannya, ambulans tiba. Aku diheret sama masuk ke dalam ambulans untuk menemani lelaki itu.

“Ja... jangan... ting... galkan sa... saya...,” ucapnya sambil meramas jemariku dengan tenaga yang kian pudar hingga akhirnya dia terkulai, tidak sedarkan diri.

Airmataku laju menitis. Takut menghadapi kehilangan di depan mataku sendiri. Bagaikan sedang menghadap kematian orang yang tersayang. Aku benar-benar takut. Segera terbayang di mataku, wajah pucat arwah ibu dan ayah yang telah lama pergi meninggalkanku, juga kerana kemalangan.

“Sabar, puan. InsyaAllah suami puan tak apa-apa,” ucap salah seorang jururawat yang bertugas. Bahuku diusap perlahan.
Mataku bulat. Sesungguhnya, aku tidak mengenali lelaki ini. Aku sekadar membantu kepada yang memerlukan. Namun, hendak ku bantah, terasa berat lidah hendak mengungkap kata. Aneh!!
*****
PIPIKU terasa perit. Pedih dek tamparan wanita anggun ini. Malu bukan kepalang bila jururawat yang sedang mengemas katil lelaki itu sudah memandang tepat ke arahku.

“Ni mesti kau punya pasal. Aku dah tahu dah. Kalau bukan sebab betina macam kau ni, anak aku tak terlantar kat sini,” tempik dia lagi tanpa aku tahu di mana pangkal di mana hujungnya.

“Maaf, puan. Saya cuma membantu,” ujarku membela diri. Tidak sudi juga diperlakukan demikian.

“Bantu apa sampai anak aku terlantar kat katil tu. Dengan kepala berbalut, tulang patah riuk.” Dia terus menjerit tanpa dihiraukan anaknya yang sedang lena di katil.

“Kau ni dah la perempuan kampung bodoh, hodoh pula tu. Aku nak kau bertanggungjawab atas apa yang berlaku ni. Kalau Iman ada apa-apa, aku saman kau.” Kali ini dia sudah berani menunjal dahiku.

“Maaf sekali lagi, puan.” Aku tahan tangannya yang sedang menunjal dahiku.

“Untuk pengetahuan puan, saya tak kenal pun siapa hamba Allah yang terbaring kat katil tu.” AKu tuding jari ke arah katil yang terbaring lelaki yang bernama Iman.

“Dan rupa hodoh saya ni berlumuran darah anak puan yang saya tolong masa kemalangan petang tadi dan ini...” AKu angkat selendangku yang masih lembab dengan darah yang telah ku isikan di dalam plastik dekat di mukanya.

“... selendang saya yang jadi kain balut kepala anak puan tu,” tekanku kuat. Geram difitnah sesuka hati.
Pedih di pipi masih belum hilang rasanya. Andai tidak diingatkan wanita ini lebih tua dariku, mahu saja aku tampar kembali wajahnya. Dia terkedu. Tergagap-gagap hendak berkata-kata.

“And I am not as stupid as you said. Thanks anyway atas cara puan ucapkan terima kasih pada saya dan darah yang dah saya dermakan dalam tubuh anak lelaki puan tu, saya halalkan!” tekanku lagi lalu berlalu keluar dari wad itu.

Setitis air mataku menitis. Rinduku pada arwah ibu dan ayah menggamit lagi. Andai ibu, tak mungkin dia menampar aku begini.
Aku terus melangkah pantas menuju ke pintu keluar. Waktu ini baru aku sedar, aku tidak hanya memegang plastik berisi selendangku itu tapi juga jaket kulit lelaki itu ada di tanganku. Rasa hati mahu saja aku berpatah balik dan melemparkan jaket tersebut ke wajah wanita sombong itu tadi, tapi bila difikirkan kepala yang tidak sempurna bertutup, aku terus tebarkan jaket tersebut di kepalaku. Jaket yang berlumuran darah yang pasti.

Jam dipergelangan tangan aku kerling sekilas. Tepat jam 6.00 petang dan aku baru saja turun daripada teksi lalu aku lajukan langkah masuk ke rumah. Tubuh ini terlalu penat dan pipi ini masih terasa pedih. Aku bawa langkahku ke bilik air. Jaket itu aku campak saja ke dalam besen. Geram, sesungguhnya aku geram. Andai aku mampu menampar kembali wajah itu, baru puas hati ini.

Perlahan-lahan, aku basuh wajahku yang masih melekat kesan darah lelaki tadi. Baju ini sudah berbau hanyir dengan darah. Cepat-cepat aku bersihkan diri agar hilang segala kesan darah. Aku tidak mahu biar secalit darahnya melekat ke tubuhku. Kesan jarum di lengan semakin menjadi lebam. Ya Allah, ikhlaskah aku membiarkan darahku mengalir di dalam tubuh lelaki itu? Aku meraup wajah. Rasanya, sukar aku ikhlaskan diri setelah apa yang terjadi antara aku dan ibunya tadi.
****
AKU jamah dahiku yang terasa sedikit panas. Rasanya, peristiwa itu sudah berlalu hampir dua minggu tapi entah mengapa, kesan lebam di lenganku tidak juga mahu hilang. Tubuh juga rasanya tidak bermaya saja. Baru beberapa fail aku belek, sudahnya terpaksa aku tolak ke tepi bila mata ini berpinau-pinau rasanya.

“Syaukah Wardah!”

Aku lepaskan jari yang sedari tadi memicit kepala bila terdengar namaku diseru dan ternyata teman pejabatku, Syarina Huda sedang menapak ke arahku tenang. Ada beberapa buah fail yang dijinjitnya.

“Banyaknya,” rungutku di luar sedar. Syarina Huda senyum. Dia labuhkan duduk di depanku dan fail itu turut sama diletakkan di atas meja.

“Banyaklah juga. Siapa suruh kau cuti sakit banyak hari? Kan dah banyak kerja menanti,” sela Syarina Huda dengan senyuman. Aku mencebik.

“Dah nak sakit, kenalah cuti sakit. Tak kan nak datang juga.”

“Kau ada ada cerita nak bagitau aku?” tanya Syarina Huda setelah melabuhkan duduk di depanku.

“Tak ada apa yang menarik pun. Cerita aku kena pelempang dengan seorang mak cik ni,” selaku tenang. Syarina Huda tekup mulut.

“Wanita setegas dan segarang kau ni kena pelempang?” tanya dia lagi tidak percaya.

“Menarik cerita kau ni,” sambung dia lagi. Aku bulatkan mata. Dia ni memang sengaja nak memerliku.

“Dah nak kena, aku nak kata apa,” selaku tenang.

Benar begitu, usah dikenang perkara yang sudah. Tapi, pedih di hatiku masih terasa dengan tuduhan wanita separuh umur itu sedangkan niatku hanya mahu membantu insan yang memerlukan biarpun setiap kali, aku bersikap keras dan tegas tapi itu tidak bermakna, langsung sirna rasa belas di dalam diri ini.

“Apa cerita ni, Wadah? Aku rasa ada sesuatu yang menarik ni, sampai kau kena penampar ni,” tebak Syarina Huda. Ada sengihan nipis di hujung bibirnya.

Aku renung wajah itu lama. Mataku terus terbias oleh wajah lelaki itu. Iman! Iman! Seru hati ini tanpa sedar. Wajah berdarah itu jelas lagi di mataku. Suaranya juga masih berdengung di peluput telingaku tapi tidak lama, bila hati ini digigit lagi oleh kepedihan akibat tamparan wanita yang mengakui mamanya itu.

“Tak ada apalah, Sya. Biarlah. Benda dah berlalu. Let it be, okay?” pujuk aku pada Syarina Huda agar dia tidak terus mendesak.

“Nampak macam berkaitan dengan lelaki, kan? Dah terbuka hati nak menerima cinta ke hati kau tu, Wadah?” Soalan temanku itu dan kali ini aku sambut dengan jelingan tajam.

“Kau ni, cinta tak cinta. Pipi aku kena pelempang dekat mak lelaki tu masih rasa lagi tau. Tapi bukan rasa kat pipi, aku rasa kat hati!” tekanku tegas. Menghantar maksud yang aku tidak selesa bila Syarina Huda mengungkit bicara tentang cinta sedangkan aku sendiri tidak pernah merasai kasih sayang sejak ibu dan ayah kembali ke rahmatullah sejak aku kecil lagi. Hati ini, tandus dengan kasih sayang sehingga hari ini.

Syarina Huda ketawa kecil. Tapi tidak lama bila dia memaut lenganku yang jelas menunjukkan kesan lebam itu bila lengan baju kurungku tersingkap.

“Lengan kau ni kenapa? Teruk sangat lebamnya?” tanya dia risau. Aku geleng kepala tanda tidak tahu.

“Habis naik bintik-bintik kat lengan kau ni. Kau kenapa Wadah?” tanya dia lagi. Riaknya jelas menunjukkan yang dia bimbang melihatkan keadaan kulitku.

Aku renung bintik-bintik kecil yang tumbuh memerah di sekitar lenganku. Pelik. Rasanya tadi tak ada ni, bisik hatiku sendiri. Aku renung wajah Syarina Huda di depanku. Wajahku berkerut seribu.

“Semalam tak ada ni, Sya,” ucapku sedikit kalut. Aku terus tarik cermin dari dalam laci dan merenung wajahku. Agak pucat dan mata juga lebam.

“Kau tak sihat lagi ni, Wadah. Aku rasa lebih baik kau pergi klinik. Hospital ke. Aku agak kau ni kena campak ni.”
Aku menggeleng. “Aku dah pernah kena campak dulu,” protesku.

“Campak boleh naik berkali-kali apa.” Kali ini giliran Syarina Huda pula menggeleng.

Aku termenung lagi. Mungkin benar kata Syarina Huda. Sudahlah beberapa hari ini diri ini tiada berkudrat rasanya. Jika sebelum ini, jarang tubuhku dimamah penat sehingga begini tapi hari ni, rasa lain macam pula.

“Pergi jelah klinik, Wadah. Nanti kau biar lama-lama makin melarat pulak,” nasihat dia padaku. Aku diam seketika sebelum menjawab.

“Tapi, kerja ni.” Mata ini aku larikan ke arah fail yang baru saja Syarina Huda letakkan di atas meja. Dia senyum tipis.

“Aku ada,” balas dia tenang. Bahuku ditepuk lembut dan aku terus saja menarik beg tangan dari dalam laci, dan terus berlalu setelah Syarina Huda berjanji hendak memaklumkan kepada bos tentang perkara ini.
*****
WAJAHKU basah dek airmata tatkala menerima khabar yang memungkinkan segalanya itu. Sungguh aku tidak percaya. Belum saja aku menjejakkan kakiku ke lantai hospital, aku telah dikhabarkan akan berita yang telah merenggut kejam segala kebahagiaanku.

Tidak puaskah takdir mempermainkanku? Tidak sudahkah Tuhan mahu merampas segalanya daripada aku? Tidak layakkan aku bahagia di atas muka bumi ini? Benci benarkah dunia ini padaku?

“Saya rasa mesti doktor tersilap. Cuba doktor buat pemeriksaan sekali lagi. Saya yakin doktor tersilap,” tekanku dalam pada mengawal airmata yang semakin galak menitis. Sebaik mungkin aku kawal diri agar tidak teresak-esak.

“Tak, cik,” balas doktor itu di hujung talian.

“Kami yakin dengan keputusan pemeriksaan kami. Darah yang digunakan selepas cik menderma darah kepada Encik Iman Shauqi tercemar dengan HIV, cik. Kami harap, cik dapat ke hospital dengan segera untuk pemeriksaan lanjut.” Tenang saja suara doktor itu di hujung talian.

Tanpa membalas aku langsung mematikan talian dan telefon bimbit itu aku hempas ke dinding.

“Apa lagi yang Kau nak dari aku? Apa lagi? Tak cukup ke Kau ambil orang tua aku? Tak cukup ke sampai Kau duga aku begini??” tempik aku tanpa sedar yang aku menyalahkan takdir.

“Ya Tuhan, kasihanilah aku. Jangan diduga aku begini.” Aku sudah teresak-esak demi perkhabaran itu. Bintik-bintik kecil yang semakin memerah tu aku renung lama dengan pandangan yang kabur.

Apa lagi yang tinggal buat aku nanti? Di manakah lagi harus aku berlari mengejar kebahagiaan yang tidak pernah mahu menjadi milik aku biarpun seketika kerana Tuhan tidak mengizinkan?

Tidak dapat menerima hakikat yang telah pihak hospital nyatakan, aku terus mengatur langkahku, pulang ke rumah. Semangatku langsung tiada bersisa. Kudratku sudahnya tiada berbaki. Jasad ini bernyawa namun sudah tidak punyai jiwa dan hati.
*****
HARI ini, sudah berpuluh panggilan daripada pihak hospital aku biarkan tidak bersambut. Rasanya tiada guna lagi hendak aku ke sana setelah mereka berkali-kali menyatakan yang keputusan itu adalah positif dan tubuh ini sedang dimamah oleh satu virus yang sememangnya tidak punyai penawar sejak sekian lama. Keajaiban juga tidak mungkin!

Puas ku tahan airmata, tapi tembok ini sudah tidak sekukuh mana. Menitis jua air jernih itu akhirnya. Sedang aku meraup wajah, telinga ini menangkap suara yang memberi salam. Semakin ku biarkan, semakin kuat laungan itu.

Aku bangkit dan mengelap wajah. Selendang berwarna putih mutiara itu aku belit ala kadar saja. Membiarkannya tanpa niat untuk aku kemaskan sedikit pun. Bila aku menjengah melalui langsir, seorang lelaki tegak berdiri di depan pagar rumah arwah ibu dan ayahku. Nampak segak dengan pakaian pejabat.

Aku hanya diam memerhati, berkira-kira jika lelaki itu mahu saja berlalu. Tapi sayang, kerana dia masih bersungguh-sungguh memberi salam di bawah terik mentari tengah hari ini.

“Assalamualaikum, Cik Syaukah Wardah,” laung dia entah kali yang ke berapa. Kali ini, aku mula terasa lain bila namaku diseru oleh lelaki itu. Suara itu pernah menyapa telingaku sebelum ini tapi wajah itu langsung tidak mampu aku cam sepenuhnya.

Aku tarik daun pintu perlahan-lahan. “Waalaikummussalam,” jawabku lalu aku melangkah mendekati pagar. Wajah lelaki itu nampak serba salah melihat ke wajahku. Antara senyum dan tidak itu, dia hanya memandang aku dengan renungan yang sukar hendak aku ertikan.

“Cari siapa?” tanyaku cuba berbahasa.

“Saya cari awak, Syaukah Wardah,” jawabnya tenang. Jemari itu pantas menyeka peluh yang merintik di dahinya.

“Kenapa? Kita kenal ke?” Wajahku berkerut seribu.

“Kita berkongsi anugerah yang sama, Syaukah Wardah!” tekannya agak keras. Semakin berkerut dahiku melihat dia yang berada di luar pagar.

“Awak ada apa hal nak cari saya?”

“Sebab awak dah tinggalkan sesuatu yang terlalu berharga yang pernah menjadi milik awak tapi kini mengalir dalam tubuh saya,” jawabnya lagi dan kali ini mataku bulat. Terkejut bukan kepalang bila memahami maksud lelaki ini.

“Iman?” tanyaku dengan nafas yang mula berhembus garang.

“Iman Shauqi?” Aku sekali lagi pohon kepastian dan bila dia mengangguk, hampir saja telapak tanganku melayang ke pipinya andai kami tidak dipisahkan oleh pagar besi ini.

“Kau nak apa datang cari aku?” soalku dengan suara yang keras. Langsung hilang kemesraan pada suaraku. Kelopak mataku terasa berat tiba-tiba.

“Susah payah saya cari awak, Syaukah. Terlalu susah saya nak ucapkan terima kasih pada awak sebab menolong saya sebulan lalu. Tenang saja dia menuturkan ayat begitu tanpa dia tahu hakikat yang sedang aku lalui ini.

“Pertolongan aku pada kau tu telah membawa bala dalam hidup aku, Iman! Bala yang terlalu berat hendak aku tampung dengan kudrat aku ni.” Aku tepuk dada sendiri agak kuat. Menyatakan betapa hebatnya dugaan yang melanda.

“Jangan cakap macam tu, Syaukah. Saya berusaha jejaki awak semata-mata untuk membalas budi,” ujarnya lagi.

Aku geleng kepala. Rasanya, budiku padanya sudah cukup terbalas. Menerima penampar daripada ibunya dulu dan hari ini menanggung azab angkara kecuaian pihak hospital sewaktu membuat pemindahan darah. Budi apa lagi yang dia maksudkan?

“Jangan bercakap soal budi dengan aku Iman. Kau tak akan dapat bayang apa yang sedang aku tanggung sekarang kerana budi tu. Baliklah Iman. Aku tak nak lihat muka kau lagi. Seperti pernah aku cakapkan pada mak kau dulu, aku halalkan darah aku yang mengalir di dalam tubuh kau tu,” balasku tegas lantas aku berlalu ke dalam rumah bersama juraian airmata yang kembali lebat.

Rindu pada arwah ayah dan ibu menggamit lagi. Pedihnya hati, sukar hendak aku gambarkan dengan kata-kata. Aku bawa telapak tanganku mencengkam dada kiri. Sakitnya, peritnya tak mampu aku menahan derita ini.

“Ibu dan ayah, tunggu Wadah. Wadah akan jumpa mak dan ayah tak lama lagi,” gumamku pada diri sendiri.

Sesungguhnya, aku telah menyerahkan segala untung nasibku kepada takdir. Letih hendak melawan kerana takdir tidak pernah berpihak padaku. Memang tidak pernah sekali pun.
*****
WAJAH Syarina Huda aku renung dengan perasaan yang berbaur. Rasa malu, rasa dihargai dan rasa kerdil mengenangkan kuman yang berenang-renang di dalam pembuluh darahku. Jijik benar diri ini. Andai dia mengetahui, masih setiakah sahabat ini bersamaku?’

“Dah banyak hari kau tak datang kerja, Wadah? Bos dah bising ha. Dia cakap kalau kau tak datang lagi sehari dua ni, dia nak suruh kau letak jawatan je sebelum dia pecat kau,” ucap Syarina Huda risau. Tangannya cuba menyapa belakang tanganku namun aku lebih cepat menepis. Tidak mahu dia turut sama dijangkiti.

“Kau tak sihat ke Wadah?” tanya dia. “Pucat je muka kau. Aku tengok tak baik-baik lagi campak kau ni. Dah berapa lama ni? Kau ada pergi klinik tak?” sambungnya bertubi-tubi.

“Aku okey je. Macam ni lah, Sya. Kau bagi surat ni dekat bos. Aku letak jawatan.” Sampul surat berwarna coklat terang itu aku hulurkan kepada Syarina Huda. Dia pelik.

“Eh, kenapa ni? Tiba-tiba nak berhenti kerja? Nanti kau nak survive macam mana?” Dia langsung tidak menyambut sampul surat itu lalu aku letakkan di atas ribanya.

“Jangan risaukan aku.” Aku menggeleng.

“Aku nak ikut teman lelaki aku ke luar negara dan aku nak letak jawatan. Kami akan kahwin kat sana,” bohongku pada dia dengan harapan dia tidak akan datang mencari aku lagi.

Aku mahu menanggung segalanya sendiri. Aku tidak mahu sesiapa pun tahu akan penderitaan aku kala ini. Termasuklah Syarina Huda. Sudah terlalu banyak perkara yang aku kongsikan dengan dia. Bimbang juga andai dia terbeban.

“Eh, sejak bila kau ada teman lelaki, Wadah? Kau tak cakap dekat aku pun walhal selama ni kau tak ada pulak berahsia dengan aku.” Syarina Huda tidak puas hati. Aku jelas melalui nada suaranya yang agak tegang. Mungkin terasa hati bila aku membelakangi dia.

“Tak kan semua benda aku nak cakap dengan kau, Sya!” tekan aku geram.

“Kau tak macam ni sebelum ni, Wadah. Kenapa sejak akhir-akhir ni kau jadi macam ni ha?” tanya dia lagi sambil cuba meraih jemariku di dalam genggamannya namun aku pantas mengelak.

“Jangan sentuh aku, Sya! Aku tak suka!” marahku lagi. Mata Syarina Huda membulat.

“Apa masalah kau ni, Syaukah?” Syarina Huda sudah melenting. Dia bingkas bangun dan mencerlung pandang ke arahku. Aku juga turut sama bangkit dan merenung dia dengan wajah tanpa riak. Langsung sirna kemesraan kami selama ini hanya kerana kesilapan orang lain.

“Aku tak ada masalah. Aku cuma nak ikut teman lelaki aku ke luar Negara dan kami akan kahwin dekat sana. Tak kan itu pun aku nak minta izin kau? Aku ni anak yatim piatu, Sya. Semua keputusan aku dah buat sendiri sejak dari dulu lagi. Tak ada masalah pun kalau aku tak cakap pada kau, kan?” Sengaja aku mengherdik dia agar dia cepat-cepat keluar daripada rumah ini kerana aku sendiri sudah tidak mampu bertahan dari mengalirkan airmata melihatkan tubir mata Syarina Huda digenangi air jernih.

“Aku tak pernah haling, Wadah. Paling tidak kau maklumkanlah aku,” ucapnya lirih.

“Aku cuma nak kenal siapa lelaki tu dan aku akan bahagia juga untuk kau, Wadah,” sambung dia bersama linangan airmata di pipi.

“Kau tak perlu ….”

“Assalamualaikum, Syaukah!” Belum sempat aku habiskan ayatku, kami sama-sama berpaling pada suara yang memberi salam di pintu yang ternganga luas.

Bila wajah itu terbias di mataku, mahu aku aku memaki hamun dia namun rasanya inilah masa yang sesuai untuk biarkan teman baikku ini menjauh dari aku selamanya.

“Waalaikummussalam,” jawabku dalam pada cuba mendamaikan hati yang sebu.

“Iman mengganggu ke?” tanya dia setelah kakinya sudah berpijak di lantai rumahku. Syarina Huda berwajah curiga. Aku hanya tersenyum penuh kepalsuan kepada Iman. Kehadiran dia tepat pada waktunya.

“Tak, Iman tak mengganggu. Masuklah. Mari saya kenalkan dengan kawan baik saya ni.”

Iman menapak ke arahku dengan wajah yang sedikit berkerut namun bibirnya tetap menguntum senyum kepada aku dan Syarina Huda yang sedang menyeka sisa tangis.

“Sya, ini teman lelaki aku dan bakal suami aku. Kami akan kahwin tak lama lagi tapi kami akan kahwin dekat luar Negara sebab Iman dihantar bertugas kat sana,” beritahuku pada Syarina Huda tanpa ada riak bimbang jika Iman menidakkannya.

Aku tahu, Iman sedang merenung sisi wajahku. Senyumnya mati. Airmata Syarina Huda kembali merembes.

“Iman ni lelaki yang kau selamatkan hari tu? Yang kau dermakan darah tu?” tanya dia perlahan.

Aku angguk dengan berat hati. Tertusuk rasanya hati ini bila Syarina Huda mengungkit peristiwa itu. Peristiwa yang telah membawa racun yang membunuh di dalam diriku sekarang. Peristiwa yang membuatkan aku nekad membuang segalanya termasuk dia sebagai teman yang setia. Maafkan aku, Sya! Ucap hatiku pedih.

“Aku cintakan Iman dan dia cintakan aku. Tak ada masalah, kan?” dugaku. Syarina Huda mengangguk. Dia tidak menjawab sebaliknya dia tunduk menggapai sampul surat yang terjatuh dari ribaannya dan tersenyum padaku dengan wajah keruh.

“Tahniah, Wadah dan awak Iman, jagalah Syaukah Wardah baik-baik, ya. Maafkan aku, Wadah,” ucap Sya lantas dia berlalu di remang petang yang sudah menghampiri Maghrib ini.

Berdentum pintu rumah dan pagar besi dihempas olehnya menggambarkan betapa dia kecewa dengan sikapku dan serentak itu, aku terduduk di kaki Iman. Menangis dan terus menangis.

“Maafkan aku, Sya. Aku tak sengaja. Sungguh aku tak mampu, Sya,” tangisku tanpa mempedulikan Iman yang sudah duduk mencangkung di sisiku.

“Kenapa Syaukah cakap macam tu dekat kawan tadi?” tanya dia. Aku pusingkan kepala memandang dia dengan renungan yang terlalu tajam.

“Sebab apa kau tanya. Sebab kau lah, syaitan. Sebab aku pernah tolong kau tapi aku yang menerima bala! Sebab kau! Semuanya sebab kau, syaitan!!!” tempik aku kuat.

Iman nampak terpempan. “Kalau sebab Iman, kenapa Syaukah nak mengaku cintakan Iman dan nak kahwin dengan Iman?”

“Aku tak tahu!!” tengking aku lagi.

“Dan aku juga nak kau keluar daripada rumah aku sekarang jugak! Aku benci tengok muka kau. Aku benci sebab tahu kau wujud atas muka bumi ni. Aku benci!!!” Aku bangkit dan Iman juga turut mengangkat tubuhnya.

Terus saja aku tolak tubuh sasa itu menuju ke pintu namun langsung tidak berganjak. Sebaliknya dia mencengkam kedua belah pergelangan tanganku.

“Mengucap, Syaukah Wardah. Iman datang dengan niat baik. Iman nak ucap terima kasih tapi Iman tak sangka macam ni jadinya,” balas dia.

Aku terus menggeleng. Aku benci. Aku benci dengan dia. Andai aku mampu, mahu saja aku tusukkan sebilah pisau di dadanya biar terus saja dia hilang dari dunia ini.

“Aku tak suka kau dan ucapan terima kasih kau tu, Iman. Sebab kau aku jadi macam ni. Sebab kau. Semuanya sebab kau!” Kali ini aku tampar wajah itu sekali setelah genggamannya di pergelangan tanganku lepas.

Dia nampak gamam tapi cepat-cepat dia ukir senyum kembali. Jemarinya sekali lagi memaut pergelangan tanganku. Kali ini, digenggamnya erat tanpa ada rasa marah akibat menerima penampar sulung aku tadi. Airmata yang mengalir aku biarkan saja terus mengalir.

“Iman tahu keadaan kesihatan, Syaukah sekarang. Sebab tu Iman datang setelah pihak hospital call Iman beritahu tentang keadaan Syaukah. Mungkin Syaukah tak sudi nak terima budi Iman untuk balas budi Syaukah. Tapi, izinkan Iman jaga Syaukah sampai sembuh,” pujuk dia perlahan.

“Baguslah Iman kalau kau dah tahu keadaan aku dan mesti kau tahu kenapa aku layan kawan baik aku sendiri macam tu,” ujarku dalam tangis yang tertahan-tahan. Kali ini, sudah tidak berdaya hendak membentak pegangannya.

“Dan aku juga tahu kau tahu yang aku tak akan sembuh dari jangkit HIV ni, kan?” tanyaku pada dia. Mata kuyu itu aku renung dengan pandangan yang kabur dek airmata.

Iman menggeleng. “Kita usaha. Mungkin doktor silap. Kita ke hospital buat pengesahan. Kalau Syaukah tak nak ke hospital macam mana nak dapat pengesahan ya atau tidak?” tanya dia lembut.

“Tak,” protesku lemah. “Dah berkali-kali pihak hospital nyatakan. Itu semua tak mungkin silap. Darah yang doktor tambah dalam diri aku ni tak mungkin silap. Untuk apa lagi aku ke sana untuk terima kenyataan yang menyakitkan ini berkali-kali?” Marahku mula meninggi. Andai tadi, aku sudah berjaya menampar wajah Iman tapi kali ini, aku mahu pula menorah wajah itu biar tidak berupa manusia.

Semakin aku renggut tanganku dari pegangannya, semakin kejap dia menggenggam. Aku letih. Sudahnya dengan diri ini tidak berkudrat mana hingga akhirnya aku biarkan saja.

“Kita kahwin. Jadi isteri Iman. Bagi Iman jaga Syaukah!” ucap Iman tiba-tiba. Aku melopong. Terkejut dengan pernyataannya.

“Tadi, Syaukah juga cakap cintakan Iman. Nak kahwin dengan Iman. Mungkin hanya lakonan tapi Iman memang jatuh cinta pada Syaukah masa mula-mula Syaukah pangku kepala Iman dulu lagi,” sambung dengan riak yang bersungguh-sungguh.

Aku telan liur. Terkedu dengan permintaannya. Baru saja hendak menjawab, pintu rumahku di tolak dari luar dan ternyata, Imam Mansor dan beberapa orang lelaki dari Masjid taman perumahan aku ini terpacul di depan muka pintu dengan pandangan yang sudah dapat ku ertikan maksudnya.

“Patutlah, kami terima tengok yang kamu tak keluar rumah banyak hari dah, Wadah. Kami ingat kamu sakit. Rupanya ini sakit kamu?” tanya dia sinis. Beberapa orang wanita lain termasuk isteri Iman Mansor sudah mula berbisik sesama sendiri.
Aku pandang wajah lelaki di depanku. Pegangan tangannya terlepas tiba-tiba. Dia telan liur. Halkumnya turun naik. Dada aku pula hampir pecah.

“Tak, Pak Imam. Wadah memang tak sihat. Ini kawan Wadah datang melawat,” beritahuku membela diri. Benar begitu. Iman tetamu tak diundang. Aku mahu mereka percayakanku.

“Kawan apa, remang-remang nak Maghrib ni ada kat rumah kamu dengan berpegangan tangan lagi?” tanya dia dengan suara yang agak meninggi. Terangkat bahuku mendengar soalan itu.

“Tak, Pak Imam…” Aku menggeleng. Airmata sudah kembali galak menitis.

“…Wadah memang tak sihat. Dia datang macam tu je. Wadah pun tak kenal dia.”

“Kalau tak kenal macam mana boleh ada dalam rumah kamu? Memanglah kami ni anak yang tak dididik oleh orang tu. Kurang ajar kamu tu tak terlebih pulak,” sindir yang seorang lagi pula. Aku ketap bibir.

Pedihnya hati hanya Allah yang tahu bila mereka berkata demikian. Selama ini aku pandai menjaga diri. Aku pandai menjaga maruah arwah ibu dan ayah. Mungkin aku hidup sendiri, tapi aku atur kehidupanku dengan baik sehinggalah aku ditemukan dengan Iman.

“Maafkan kami, Pak Imam. Memang salah kami. Kami harap Pak Iman boleh maafkan kami kali ini. Saya dengan Syaukah tak buat apa-apa pun,” tokok Iman membela diri aku dan dirinya.
Imam Mansor menggeleng berkali-kali. “Benda dah berlaku depan mata, mata boleh aku buat tak nampak.” Suaranya tegas.

“Macam nil ah, Wadah. Kamu pun bukan ada sesiapa. Aku memang dah anggap kamu macam anak aku tapi tak sangka kamu sanggup buat perangai macam ni. Senang cerita, kamu nikahilah dia, anak muda!” nasihat Iman Mansor pada Iman.

Hampir saja aku terduduk di lantai tapi Iman lebih pantas menyambut membuatkan aku kini terkulai di dalam pelukan tubuh sasanya. Makin bulat mata Imam Mansor dan makin galak berbisik mereka yang lain.

“Kalau macam tu kata imam, saya setuju nikahi Syaukah Wardah dan saya minta, imam boleh uruskan untuk saya!” tekan Iman dan pelukan dia di bahuku juga semakin kemas.
*****
BUAT kali kedua, pipi ini menjadi sasaran mama kepada Iman yang telah sah bergelar suamiku. Hadiah sempena aku menjejakkan kaki ke rumahnya yang tak mungkin aku lupakan seumur hidup ini. Sudah penat hendak membalas, aku diam saja. Menerima segala yang telah dia hadiahkan buatku.

“Aku tahu kau perangkap Iman. Kau memang sengaja berbudi pada Iman lepas tu kau paksa dia kahwin dengan kau, kan?” tanya wanita ini kasar.

“Kami tertangkap, puan,” ucapku tenang. “Dan itu bukan kehendak saya. Saya tak pernah paksa Iman nikahi saya tapi dia yang nak. Saya juga tak ada pilihan lain,” jawabku perlahan. Dia mencebik.

“Tak ada pilihan lain la sangat? Kalau dah memamg budak tak tahu mana asal usul, macam ni lah jadinya. Anak yatim yang memang tak ada mak bapak hendak mengajar kau jadi lebih baik,” herdiknya padaku.

Aku ketap bibir. Mata ini aku pejam serapatnya. Dua kali telingaku tersapa oleh sinis begitu. Aku mahu membentak, namun dengan kudrat sekarang, aku hanya mampu menelan segala yang dia luahkan padaku.

“Kau tahu tak, Iman tu dah ada tunang? Menangis Myra bila dia dapat tahu Iman kena paksa kahwin dengan kau ni.” Mama Iman sekali lagi menunjal kepalaku dan kali ini tidak seperti di hospital dulu. Aku hanya membiarkan saja. Airmataku menitis lagi. Menjadi selemah-lemah manusia.

“Jangan buat isteri Iman macam ni, mama.” Entah dari mana datangnya, dia terus saja menangkap tangan mamanya dari terus menolak kepalaku. Bahuku ditarik rapat kepadanya.

“Iman cintakan Syaukah Wardah saat pertama kali Iman lihat dia dulu. Dia dah sah jadi isteri Iman dan menantu mama. Restui kami, ma sebab Iman tak mungkin dengan Myra biarpun Syaukah Wardah tak ada dalam hidup Iman,” ucapnya tenang lantas dia angkat bagasi milikku dan menarik aku mendaki anak tangga menuju ke bilik.

“Abang minta maaf sayang bagi pihak mama,” ucapnya setelah daun pintu dirapatkan. Tubuhku dipaut mesra dan aku pantas menolak.

“Jangan peluk aku. Aku kotor. Aku jijik!” larangku keras. Iman tidak mempedulikan laranganku. Sebaliknya dia kembali menarik aku ke dalam pelukannya. Sehebat mana aku meronta, tetap tidak menang dengan kudrat lelaki ini.

“Abang tak pernah jijik dengan sayang. Sayang isteri abang. Abang tak pernah jijik biarpun sayang akuinya berjuta kali sekalipun,” bisik dia dan aku, terus saja menghamburkan tangis di dada sasa itu.
*****
AKU duduk di bangku kecil meja solek, merenung wajah di dalam pantulan cermin. Pucat seperti mayat yang tidak lagi bernyawa. Sejuk bagaikan salju yang memutih. Airmataku bergenang lagi kelopak mata. Hebatnya dugaan-Mu, Ya Tuhan. Namun, mengapakah aku yang Kau duga setelah sekian lama?

Mahu saja aku menyalahkan takdir beratus kali tapi di manakah hak diri ini? Tapi, aku benar-benar tidak dapat menerima kenyataan sehebat ini. Airmataku terus merembes laju. Tidak pernah mahu kering sejak dua minggu yang lalu setelah aku menerima berita ini. Ke pejabat juga, sudah hampir seminggu tidak ku jengah.

Semakin ku renung cermin itu, semakin ku ternampak wajah Iman. Sedaya upaya aku tolak bayangannya, semakin galak wajah itu hadir di depanku.

“Kau memang jahanam Iman. Sebab kau aku jadi macam ni. Kalau bukan aku tak tolong kau, aku tak akan jadi macam ni!!” Aku bertempik sekuat hati. Pecah berderai cermin yang seakan-akan ketawa sinis padaku. Teresak-esak aku terduduk di depan almari solek yang telah pecah berderai cerminnya.

“Sayang!!” Nafas Iman mengah. Dia muncul di muka pintu biliknya ini tiba-tiba.

Sejak Imam Mansor nikahkan kami, Iman nekad hendak membawa aku pulang ke rumah keluarganya. Duduk bersama dengan mertua yang tidak menyukaiku dan suami yang menjadi kebencianku yang utama.

“Kenapa ni?” tanya dia lagi setelah dia hampir padaku. Dia duduk mencangkung dan kaca-kaca kecil itu dia tolak berhati-hati agar menjauh dari kakiku.

“Kenapa ni, sayang?” tanya dia tenang. Suara itu tidak pernah meninggi terhadapku. Aku mahu menyayangi dia seperti mana rasa halus itu pernah hadir waktu pertama kali aku melihat dia dibasahi darah dulu tapi aku tidak mampu melawan kebencian ini.

“Kalau kata luka tadi, macam mana?”

“Oh., kau takutlah kalau aku luka kena kaca ni? Kau nak cakap takut aku jangkitkan semua orang dengan darah aku ni?” tanya aku meninggi.

Iman mengeluh berat. Jemariku dipaut dan aku lebih pantas membentak. Dia tidak putus asa. Sekali lagi diraih dan kali ini aku biarkan saja dia meramas lembut jemariku.

“Abang tak cakap macam tu pun, Syaukah Wardah. Abang takut sayang sakit. Sayang kan kurang sihat. Penat abang paksa sayang ke hospital, tapi sayang tetap tak nak. Abang pun dah tak tahu nak buat apa lagi dah. Sayang suka salah faham pada abang,” ujarnya lembut.

Selama kami menikah seminggu yang lalu, dia tidak pernah berkasar denganku. Sehebat mana mulutku mengeluarkan kata-kata kesat, dia hanya tersenyum dan membalas segalanya dengan lembut dan tenang.

“Memang aku suka salah faham lebih-lebih lagi pada orang macam kau ni. Kau tak akan pernah tahu apa yang telah aku lalui di dalam hidup ni. Pedih tahu tak? Perit sangat hendak aku tanggung!” jerkahku pada dia. Iman senyum lagi.

“Jangan cakap macam tu, sayang. Cuba pujuk hati sayang tu untuk terima takdir hidup sayang. Jodoh sayang dengan abang memang aturan Allah. Mungkin caranya silap tapi hubungan kita ni adalah satu anugerah, sayang.” Semakin lembut suara Iman memujukku. Jemari kasarnya itu singgah lagi di pipiku, mengelus lembut membuatkan aku terbuai seketika.

“Sayang belajar terima takdir yang telah Tuhan aturkan buat kita, ya?” Dia mengedipkan matanya sekali dan aku yang bagaikan baru tersedar dari usapan lembutnya, terus saja menepis kasar tangan itu.

“Kau jangan nak bercakap soal takdir dengan aku, Iman,” ujarku dengan suara yang bergetar hebat dan airmata yang kembali menitis ke pipi.

“Kau tak akan pernah tahu betapa hebat aku dipermainkan takdir. Kau tak tak akan tahu yang takdir telah rampas ayah dan ibu aku waktu aku masih kanak-kanak lagi. Kau tak akan tahu betapa susah aku lalui hidup bersendiri di dalam dunia ni. Kau tak tahu betapa payah aku nak terima kenyataan yang aku ni dijangkiti kuman HIV dan lebih parah lagi aku terpaksa akhiri zaman bujang aku dengan titik hitam. Kau tak pernah rasa itu semua, Iman.”

Iman menggeleng kesal. Dia beristighfar panjang. “Mengucap sikit, Syaukah Wardah!” tegur dia agak keras. Mata itu sedikit membulat.

“Sayang sedar tak sayang sedang menyalahkan takdir. Menolak takdir bermakna menolak percaturan Allah dan itu adalah salah sama sekali. Berdosa besar!” tekan dia lagi.

“Kau memang rasa ini semua salah tapi aku yang menanggung ni terlalu perit, Iman. Aku terpaksa hadapi kau sebagai suami dalam pada aku sakit macam ni. Aku terpaksa hadapi mak kau yang memang benci aku. Kau ingat aku nak hadap semua ni ke, Iman? Kau nak aku hadap semua ni sedangkan aku ni berperang dengan maut?” Aku tolak tubuh itu lalu aku berdiri. Membawa tubuhku yang sudah susut benar ke birai katil.

Tangisanku sudah meninggi. Aku sudah tidak mampu menggalas bebanan ini. Mengapa Kau duga aku seberat ini, Ya Tuhan? Apakah khilafku selama ini sedangkan aku ikhlas membantu Iman Shauqi kala itu. Rintih hatiku pedih. Aku cengkam dadaku sekuat hati. Sakit, terlalu sakit.

“Ya Allah,” keluh Iman lantas dia datang mendekat padaku. Dia labuhkan lutut di depanku lantas jemari ini disapanya sekali lagi.

“Kenapa mesti jadi selemah ni, sayang? Manusia seringkala bertanya, mengapa dugaan sehebat ini? Dan Allah berfirman dalam surah Surah Al-Imran, ayat 139, yang membawa maksud, tidak Dia membebani seseorang hamba itu kecuali sesuai dengan kesanggupannya untuk menggalas beban tersebut dan abang yakin, sayang kuat untuk hadapi semua ni,” tegas Iman padaku. Aku lihat kelopak matanya bergenang. Sedih barangkali dengan sikapku yang menolak aturan hidupku bulat-bulat.

“… dan manusia juga sering bertanya, mengapa aku diuji? Dan Allah menjawab dalam Surah Al-Ankabut, ayat 2, yang membawa maksud, tidak cukup sekadar pengucapan aku telah beriman padahal kita semua masih belum diuji seperti mana Allah menguji kaum-kaum sebelum kita, sayang. Bawa mengucap, Syaukah Wardah. Jangan terlalu diamuk oleh sifat syaitan yang dilaknat,” sambung dia lagi.

Lidahku kelu. Rasanya inilah pertama kali aku tertewas oleh bicara Iman. Termangu juga aku seketika bersama airmata yang semakin lebat titisannya. Kali ini, genggaman tangan Iman, aku balas seeratnya.

“Tapi, macam mana Wadah nak hadapi semua ni? Wadah tak mampu. Wadah tak nak mati dalam keadaan aib begini sebab kesilapan orang lain,” ujarku lirih.

Iman membawa jemari suamnya menyeka airmata di pipiku. Rasanya inilah pertama kali aku dibisik rasa pilu dan rasa hati yang sudah mahu berlembut dengannya dan tanpa aku sedar, terluncur lancar namaku dari celah bibir ini. Aku lihat Iman melebarkan senyumannya.

“Bila manusia bersoal lagi, harus bagaimana aku hadapi semua ini? Allah menjawab, Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu menghadapi dugaan dengan mengerjakan perkara kebaikan dan teguhkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuhmu dan bertaqwalah kepada-Nya agar kamu beroleh kemenangan. InsyaAllah, sayang mampu hadapi dugaan ini. Kan abang ada bersama. Bila sayang jadi macam ni, abang turut rasa bersalah. Sebab abang, sayang tanggung semua ni. Mungkin kesilapan pihak hospital, tapi dah takdir. Sebab tu abang nak bawa sayang ke hospital untuk rawatan lanjut. Jangan terus macam ni dan dera diri sendiri. Dera hati abang. Tolak semua insan yang sayangkan Syaukah,” ucapnya panjang lebar.

Aku tidak menjawab. Mengangguk tidak, menggeleng juga tidak. Hanya sekadar merenung wajah bersih di depanku ini. Wajah lelaki yang telah sah menjadi suamiku seminggu lalu bila Imam Mansor memaksa aku menerima lamaran Iman kerana kami telah ditangkap berduaan.

“Kalau kata Wadah tak dapat bertahan dengan dugaan ni….?” Soalku lagi. Aku takut andai aku tidak mampu dan iman yang terlalu tipis ini cari akhirnya hingga menyebabkan aku melakukan perkara yang di luar dugaan nanti.

“Sayang boleh. Abang ada untuk temankan sayang selamanya. Bila manusia berkata aku tidak dapat bertahan! Allah menjawabnya, dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada putus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir seperti maksud firmannya dalam Surah Yusuf, Ayat 12. Isteri abang kuat. Isteri abang baik hati sebab sudi menolang abang satu waktu dulu dan abang yakin dengan janji Allah pada kita sebagai hamba-Nya seperti dalam Surah Al-Insyirah ayat 6, sesudah kesulitan pasti akan ada kemudahan. Jadi, untuk apa kita mengeluh demi sebuah dugaan yang hanya sebesar zarah sedangkan kita tahu hikmat orang yang bersabar itu terlalu hebat anugerah dari-Nya, sayang,” pujuk dia lagi.

Bibirku bergetar tidak mampu lagi mengungkap kata. Betapa selama ini aku menolak segala yang berlaku sebagai kesilapan takdir. Kesilapan Tuhan sedangkan aku lupa, yang aku ini berpijak di bumi-Nya, berbumbungkan langit Allah yang agung.
Kala ini, hanya airmata yang mampu menggambarkan kekesalanku kerana menyalahkan takdir atas apa yang telah terjadi ke atasku. Tanpa sedar, aku paut tubuh Iman kuat ke dalam pelukanku.

“Wadah salah pada semua orang. Wadah sakitkan hati Syarina Huda. Wadah sakitkan hati awak. Wadah sakitkan hati sendiri. Ampunkan Wadah,” ucapku bersendu dekat di peluput telinga Iman.

Waktu ini, dapat ku rasakan belaian lembut Iman menyapa kepala dan belakangku. Memberi ketenangan setelah sekian lama aku biarkan hati ini dibadai resah angkara dugaan yang mendatang.

“Abang sentiasa maafkan, sayang. Janji dengan abang, kita akan ke hospital untuk terima rawatan. Abang akan lakukan apa saja untuk sayang selagi termampu. Rasanya selautan intan, segunung permata, selembah nilam pun tidak mampu membalas setiap titis darah sayang yang mengalir di dalam tubuh abang ni,” bisiknya lalu dia kucup telingaku lama.

“Abang cintakan, sayang. Cinta, sesungguhnya cinta kerana sayang adalah isteri yang telah Allah anugerahkan buat abang,” gumamnya di telingaku.

Iman menolak tubuhku rebah ke katil. Perlahan-lahan dia hampiri wajahku. Baru saja bibir itu hendak mendarat di bibir milikku, aku menolak dia agak kasar. Wajah itu keruh.

“Jangan,” larangku keras.

“Wadah tak nak awak dijangkiti. Jangan dera Wadah macam ni,” sambungku dengan nafas resah yang tertahan-tahan.

Iman senyum dan menggeleng. “Abang cuma nak hadiahkan kasih sayang abang pada sayang je. Yang lain abang tak takut. Tak risau.”

“Tapi, Wadah risau. Wadah takut. Tolong jangan sentuh Wadah.” Aku terus melarangnya. Perlahan-lahan aku mengesotkan tubuhku sedikit menjauh daripada dia.

“Abang faham sayang risau dan abang tak akan memaksa sayang,” ucapnya lalu dia tersenyum dan berlalu ke bilik air.
****
MATA ini aku buka perlahan-lahan bila mendengarkan ketukan kuat pada pintu. Bila aku bulatkan mata, ternyata Iman sudah tiada di sisiku. Rasanya malam tadi, dia terlena memeluk pinggangku. Jam sudah bergerak ke angka 10. Usai Subuh tadi, aku kembali merebahkan tubuh dan tidak sangka aku boleh terlena hingga terlajak begini.

Tubuh yang lemah ini aku bawa ke pintu dan bila aku kuakkan daun pintu, wajah mama Iman dan seorang wanita yang tidak aku kenali terbias di mataku.

“Ya, puan?” tanyaku lembut. Hingga ke hari ini, aku tidak pernah memanggilnya mama biarpun aku benar-benar berharap begitu. Rindu pada kasih sayang ibu.

“Hoi, kau ingat ni rumah mak bapak kau ke? Suka-suka kau je nak bangkit lewat-lewat. Mentang-mentanglah anak aku tu bagi muka dekat kau, kau jangan ingat kau boleh jadi permaisuri pulak dalam rumah ni,” marah dia tiba-tiba. Terkebil-kebil mataku melihat dua orang wanita di hadapanku ini.

“Inilah perempuan yang perangkap Iman kalau Myra nak tahu,” beritahu mama Iman pada wanita muda ini. Dia melihatku dari atas ke bawah dan sebaliknya.

“Ingatkan cantik sangat. Macam mayat hidup je Myra tengok aunty!” ucap dia sinis.

Aku kelu. Benar aku kini menjadi mayat hidup. Hanya berjasad dan bernyawa namun tidak berjiwa kerana dimamah oleh sakit yang aku tanggung.

“Saya tak perangkap Iman dan kami kahwin kerana jodoh kami,” jawabku selepas berjaya menenangkan hati sendiri. Andai kata mama Iman mengetahui keadaan diriku yang sebenarnya, rasanya dia akan terus menyeret aku ke luar rumah. Aku tahan nafas seketika.
Hampir saja air mata ini menitis. Melihatkan penampilan dan kejelitaan wajah wanita yang pernah menjadi tunangan Iman, aku memang tewas segalanya.

“Maafkan saya, Myra. Iman suami saya dan kalau dia mahu nak pilih Myra, saya relakan,” ucapku lalu aku rapatkan kembali daun pintu.

“Tengok tu. Kau tu memang kurang ajarlah, Syaukah Wardah. Memang tak layak untuk Iman. Aku nak kau minta cerai dari Iman hari ni jugak!” tempik mama Iman dari luar.

Airmataku mengalir laju. Rasanya baru semalam aku rasai hangatkan kasih Iman dan tulusnya penerimaan dia padaku yang serba kekurangan ini namun akhirnya, takdir benar-benar menguji lagi dan sudah pastinya aku tidak boleh menjadi hamba yang tewas. Rebah dikaki duka sedangkan Iman telah berpesan padaku agar terus kuat kerana Allah masih bersamaku.
Tengah hari itu, aku dikejutkan dengan kepulangan Iman. Wajah itu tersenyum mesra.

“Kenapa balik?” tanyaku sewaktu sedang merapikan rambut di depan cermin. Iman tidak menjawab sebaliknya dia hampir padaku dan mengambil sikat lantas dia menyikat rambutku perlahan-lahan.

“Abang dapat call dari pihak hospital. Doktor minta abang bawa sayang untuk pemeriksaan,” jawabnya.
Aku renung mata itu dari pantulan cermin. Dia tidak membalas namun aku tahu dia sedar yang aku sedang memerhatikan dia.

“Kalau tak pergi?” dugaku. Iman menggeleng.

“Tak boleh tak pergi. Demi cinta abang pada sayang, demi kasih Allah pada kita semua, sayang kena ikut abang. Kita buat rawatan hingga ke penghabisan. Abang yakin Allah akan beritakan khabar gembira buat orang-orang yang sabar.”

Dia memang bersikap terbuka dan positif lantas membuatkan aku berasa yakin biarpun kepedihan akibat herdikan mama dan Myra masih jelas berdengung di dalam telingaku. Hendak aku khabarkan pada Iman adalah sesuatu yang tidak mungkin. Mustahil!

“Berita yang akan awak terima satu hari nanti, adalah berita kematian saya dalam keadaan yang mengaibkan, Iman,” ujarku dengan nada suara yang sedih.

Benar begitu. Bila-bila masa aku akan pergi kerana kuman di dalam tubuhku ini, tidak pernah berhenti menghakis dan menjadi parasit di dalam seluruh daging dan urat sarafku. Tubuh ini juga semakin susut. Wajah juga cengkung.

“Kematian itu pasti. Abang juga akan mati satu hari nanti. Mungkin benar, sayang yang akan pergi dulu, tapi abang pun akan menyusul bila tiba waktu dan ketikanya dan andai begitu, abang nak sayang tunggu abang kat sana. Duduk di sisi Allah yang maha agung dan lagi berkuasa menanti abang hadir menemani sayang. Cuma, selagi sayang ada di muka bumi ini, kita ikhtiarkan sesuatu agar wajah ni…” Dia belai wajahku lembut. Dagunya dia sangkut di bahuku.

“… kembali ceria menikmati hidup bersama abang,” bisiknya. Kelopak mataku terasa sarat mendengarkan kata-katanya. Tangan itu aku cium lama.

“Wadah akan ikut awak.” Aku memberikan persetujuan dan Iman menggariskan senyuman lebar buatku.
****
KATA Doktor, keputusan pemeriksaan darahku akan keluar dalam seminggu lagi. Pemeriksaan yang akan memastikan benarkah aku akan membawa kuman HIV ini pergi bersamaku nanti. Kembali kepada pencipta disebabkan ini.
Raut Iman risau. Biarpun selebar mana dia tersenyum, dia tetap nampak gundah. Riak itu tampak gusar.

“Berapa kali lagi kena ambil darah?” tanya dia. Aku jungkit bahu.

“Tunggu hospital telefon kalau perlu ambil darah lagi,” jawabku sambil memandang Iman yang tenang memandu.

“InsyaAllah, kalau kata keputusannya tak memihak pada kita, abang tetap cintakan sayang sampai bila-bila selagi Allah izinkan cinta kita bertaut,” balas Iman sambil menggenggam erat tanganku.

Aku gariskan senyuman terpaksa. Kala hati ini tersapa oleh cinta, aku pula bakal pergi meninggalkan dia satu hari nanti. Hanya cepat dan lambat saja waktu itu tiba tapi segalanya pasti.

“Eh, yang. Macam ada orang ikut kereta kitalah,” beritahu Iman tiba-tiba. Aku terus kalih ke belakang tapi tidak pula aku perasankan apa-apa. Semuanya biasa saja.

“Mana?”

Iman menggeleng. “Tak ada apalah. Perasaan abang je kot,” dalih dia sedangkan aku lihat, terentang kerut di dahinya itu. Dia terus menggapai jemariku dan menggenggamnya erat lebih dari selalu.
Malam itu, kami dikunjungi Myra. Iman masih belum pulang dari masjid bila mama dan Myra menyerang aku sewaktu aku sedang berbaring di dalam bilik.

“Kenapa ni, puan?” tanyaku bila dia mula menggeledah laci meja solek. Tidak cukup dengan itu, dia selongkar pula beg tanganku dan ternyata, dia terjumpa sesuatu yang selama ini aku dan Iman sorokkan kemas daripada pengetahuannya. Aku kecut. Nafasku semput. Bibir Myra herot dengan sinis.

“Kau memang perempuan laknat. Tak sangka kau sanggup biarkan anak tanggung mayat hidup macam kau ni, kan?” tengking dia kuat. Bergema seluruh kamar ini.

“Apa yang saya buat?” tanyaku tergagap-gagap. Buat-buat tidak tahu dengan kertas laporan yang ada di tangannya.

“Dasar perempuan hina. Kau ada HIV tapi tergamak kau paksa Iman kahwin dengan kau, kan?” tengking dia lagi. Kali ini, rambutku sudah menjadi mangsanya. Kepedihan hati lebih hebat andai hendak dibandingkan dengan kepedihan pada kulit kepalaku.

“Tak, saya tak pernah paksa Iman kahwin dengan saya. Jodoh kami adalah aturan Allah.” Aku masih mahu membela diri.

“Tak paksa apa? Myra yakin memang dia paksa Iman, aunty. Sebab tu Iman lari tinggalkan Myra dan kahwin dengan dia,” tokok Myra.

“Dah kau buatkan aku saksikan kecurangan kau depan mata aku sendiri hinggakan aku kemalangan dulu tu, kan Myra?!” Kali ini, berdentum suara Iman. Entah bila dia pulang dari masjid. Tubuh itu kemas dibaluti sepasang baju melayu kuning langsat.
Dia melepaskan jemari mamanya yang masih memegang rambutku lalu dia bawa aku rapat ke dadanya. Bersama dia dan berada di dalam pelukannya membuatkan aku rasa dilindungi oleh kesakitan dunia. Tangisku bagaikan sudah tidak berkesudahan.

“Kenapa mama tak habis-habis nak dera isteri Iman, ma? Tak kasihankah mama pada dia? Dia anak yatim piatu mama. Tak punya sesiapa lagi selain kita,” ucap Iman merayu. Mamanya mendengus.

“Mama benci dia Iman. Dan Iman pun tergamak simpan perempuan yang ada HIV ni dalam rumah kita. Jangan cakap kamu dah sentuh dia Iman. Jangan cakap kamu juga dah kena penyakit jijik ni!” Mama melemparkan kertas laporan kesihatanku itu pada kami.

“Sentuh atau tidak, itu rahsia rumahtangga kami, ma dan Iman nak mama tahu, Syaukah Wardah jadi macam ni sebab dia kekurangan darah selepas dia dermakan darah dia pada Iman masa Iman kemalangan dulu. Dan darah yang hospital masukkan ke dalam tubuh dia tu ada HIV. Bukan salah dia!”

Aku lihat mama diam. Dia berpandangan dengan Myra yang sudah nampak kalut wajahnya.

“Dan kau Myra. Keluarlah dari syurga aku dan isteri aku ni. Aku tak pernah izinkan sesiapa pun jejakkan kaki ke dalam bilik kami. Dah cukup kau curang dengan aku selama ni sampaikan aku hampir hilang pertimbangan dan mengalami kemalangan tu. Dah cukup kau mengintip setiap langkah aku dan Syaukah Wardah selama ni,” sambung Iman tenang.

Aku terkedu. Benar seperti yang Iman rasa selama ini. Memang ada yang mengekori kami dan orang itu adalah Myra. Kali ini pastilah Myra juga yang mengadu tentang aku kepada mama Iman.

“Betul ke Iman cakap tu, Myra? Betul ke Iman cakap Myra curang pada dia?” Mama Iman kini memandang Myra pula. Wajah Myra pucat. Dia menggeleng berkali-kali menidakkan kenyataan. Tanpa berkata apa-apa dia terus berlari keluar. Mama mengeluh berat memandang tajam ke arah aku yang masih di pelukan Iman.

“Biar benar sekalipun, Myra curang dengan Iman, mama tetap tak suka nak bermenantukan perempuan entah dari mana asal usul ni tambah pula dia ada HIV. Mama jijik!” jerit mama kuat lalu dia juga turut sama berlalu.

Iman mengampiri pintu. Daun pintu dirapatkan lalu dia kembali menarik tanganku dan membawa aku duduk di atas katil. Jemari kasar itu tetap setia menyeka linangan airmata di pipiku. Namun, semakin diseka, semakin lebat pula hinggalan bahu aku terhinju-hinju menahan sendu.

“Syhh, sekali lagi abang minta maaf bagi pihak mama abang, sayang. Maafkan dia. Hati dia baik tapi dia perlukan sedikit masa untuk terima pernikahan kita. Sayang maafkan mama, ya?” pinta Iman penuh rendah diri. Aku mengangguk lemah. Apa lagi yang mampu aku lakukan selain memberi dan menerima maaf.

Sisa-sisa hayat yang ada ini, aku sudah tidak mahu mencipta dosa. Aku mahu kembali pada penciptaku dengan keadaan putih tak ternoda. Bagaikan bayi yang baru dilahirkan biarpun aku tahu itu adalah mustahil.

“Kenapa tak cakap dekat abang yang mama dengan Myra pernah serang sayang sebelum ni?” tanya dia tenang.

“Tak ada guna Wadah nak mengadu. Seburuk mana pun, dia tetap mama awak. Mama yang melahirkan awak. Jika benar dia tak sukakan Wadah, awak lepaskanlah Wadah pergi. Sementara awak masih punyai mama, hargailah sebab Wadah tahu, betapa peritnya hidup tanpa kasih sayang seorang ibu,” ucapku separuh berbisik.

Iman ketap bibir seketika. Dia tunduk mengucup jemariku. “Kenapa nak cakap macam ni, sayang? Biar apa pun terjadi, sayang adalah tanggungjawab yang telah Allah amanahkan buat abang dan abang yakin, mata hati mama akan terbuka satu hari nanti. Mungkin perlukan masa. Percayalah sayang, kemenangan akan berpihak pada hamba yang sabar. Allah tak mungkin persiakan kesabaran seseorang hamba itu. Bukankah Allah telah berfirman, dan bawakanlah khabar gembira kepada hamba yang sabar?” Dia angkat wajah dan merenung anak mataku.

Aku angguk perlahan. Sememangnya dia adalah seorang anak dan suami yang baik namun aku juga tidak sudah diserang rasa bersalah kerana tidak mampu menjadi isteri yang sempurna pada dia.
******
BAHUKU terangkat bila mama Iman menegur sewaktu aku berada di dapur hendak mengambil segelas air suam.

“Kau jangan berani nak masuk dapur aku, Syaukah Wardah! Aku takut kau jangkitkan aku dan anak aku. Aku nak kau keluar rumah hari ni jugak sebelum Iman balik dari pejabat,” arah dia sewenangnya. Hampir terlepas gelas di tanganku.

“Tapi, saya isteri Iman, puan. Tempat saya adalah di sisi suami saya,” ucapku pula. Lembut saja sebagai tanda menghormati dia.

“Hei, Syaukah Wardah!” Mama Iman bercekak pinggang.

“Isteri apa? Suami apa? Isteri apa kalau kau tak boleh nak jalankan tanggungjawab kau sebagai isteri kepada suami kau sendiri? Berapa lama kau nak seksa batin Iman sebab tak boleh nak sentuh kau?” tanya dia meninggi. Aku tertunduk merenung marmar putih bila menyedari kebenaran di dalam kata-katanya.

“Aku yakin yang Iman tak pernah usik kau, Syaukah Wardah. Kau fikir sikit, lelaki mana yang dapat bertahan tengok saja wanita yang halal untuk dia tanpa buat apa-apa. Iman tu lelaki, Syaukah. Kau tak kasihan ke dekat dia dengan mengikat dia macam tu. Kalau kata kau sayangkan dia, kau keluarlah dari rumah ni. Jangan seksa batin Iman lagi,” tambahnya panjang lebar.
Aku letakkan gelas di dalam sinki dan kala melalui mama Iman, dia menjauh dariku dengan pandangan yang hina. Aku renung mata dia seketika lalu aku gariskan senyuman seikhlas hatiku. Waktu ini, aku nampak arwah ibu. Tapi sayang kerana dia bukan ibuku. Sukar hendak aku menumpang kasih, payah hendak aku bersandar pada bahu.

“Saya mengerti puan. Iman perlukan semua tu sedangkan saya tak mampu,” ucapku separuh berbisik lalu aku melangkah laju ke bilikku.
****
KAKI ini membawa aku menuju ke rumah Syarina Huda. Tidak mampu pulang ke rumah sendiri. Bimbang menjadi buah mulut jiran-jiran pula sedangkan sebelum ini, aku telah tertangkap bersama Iman hingga membawa ke pernikahan kami. Beg galas yang akan berisi sehelai dua pakaian itu aku peluk erat. Rasa bersalah pula pada Syarina Huda atas kelantangan bicaraku dulu.

Baru saja aku memanjangkan leher mengintai ke dalam rumah Syarina Huda, bahuku ditepuk dari belakang dan bila aku berpaling, ternyata Syarina Huda tersenyum padaku.

“Aku tahu kau akan datang satu hari nanti, Wadah!” ucapnya lembut. Aku paut tubuh itu erat. Menghamburkan tangis semahuku hinggakan Syarina Huda membawa aku masuk ke dalam rumahnya.

“Maafkan aku, Sya. Aku berdosa pada kau,” pintaku bersungguh-sungguh.

“Aku maafkan, cuma aku nak tahu apa yang dah terjadi pada aku. Tu je.”

Mata Syarina Huda aku renung lama sebelum bercerita tentang apa yang telah aku lalui selama ini. Dia melopong hebat, pantas dia menarik aku ke dalam pelukannya.

“Kenapa kau tak nak kongsi dengan aku, Wadah? Aku ni kawan baik kau, kan?” tangis dia. Aku angguk di bahu Syarina Huda.

“Aku takut kau terus cari aku sedangkan aku ni penghidap HIV, Sya. Aku malu. Aku takut.” Aku terus mengongoi di bahunya.

“HIV tak berjangkit melalui kasih sayang, Wadah! Aku sayangkan kau,” balasnya tenang dan aku terus saja mengeratkan pelukan.

“Bila keluar result ujian akhir tu?” tanya dia.

“Minggu depan.”

“Aku temankan,” balas Syarina Huda dan aku mengangguk.

“Sementara ni kau tinggal kat sini dulu. Dah reda nanti, aku tolong carikan Iman Shauqi, ya?” Pertanyaan Syarina Huda membuatkan aku menggeleng pantas.

Aku tidak mahu menyusahkan Iman lagi. Dia sudah terlalu banyak berkorban untuk aku selama ini. Menjaga dan membela nasibku kala aku dipermainkan nasib.

“Tapi, kau cintakan dia, kan?” Kali ini aku mengangguk menjawab soalan itu. Syarina Huda tersenyum.

“Jadi, percayalah kepada takdir Allah,” pujuk dia. Aku mengangguk terpaksa.
*****
PANGGILAN telefon daripada Iman tidak pernah bersambut sejak aku keluar daripada rumahnya tiga hari lalu. Bukan tidak rindu namun aku harus menjauhi dia agar dia tidak menjadi anak derhaka kepada orang tuanya. Dulu, aku pernah menyalahkan takdir tapi hari ini, aku sedar. Segala yang takdir aturkan tidak pernah silap.

Hari ini, debar di hati kian menghentak. Keputusan ujian akhir darahku akan keluar. Panggilan daripada hospital benar-benar membuatkan aku resah. Resah menanti keputusannya sebentar lagi.

Bila namaku dipanggil, aku pantas berdiri dan membawa langkahku ke bilik doktor. Wajah doktor itu manis tersenyum menyambut kehadiranku.

“Duduk, puan,” pelawanya dan aku terus saja duduk. Begitu juga dengan Syarina Huda.

“Tentang keputusan pemeriksaan darah puan tu, kami minta maaf sebab pihak kami telah melakukan kesilapan. Darah yang tercemar itu bukan darah itu sebenarnya. Laporan itu tertukar,” terang doktor itu sambil memegang tanganku.

Airmataku mengalir laju. Terkejut dan bersyukur dengan khabar yang baru aku terima. Syarina Huda juga terus memelukku. Tangis halusnya menyapa telinga ini.

“Habis simptom saya selama ni tu?”

“Maaf sekali lagi, puan. Simptom tu mungkin biasa saja atau puan alahan pada sesuatu dan alhamdulillah, darah puan bersih. Tak ada masalah. Maafkan kami sekali lagi puan,” pinta doktor separuh umur itu. Aku angguk dengan tangisan. Pelukan Syarina Huda aku balas erat.

“Alhamdulillah, Ya Allah. Aku sihat, Sya. Aku sihat!” ucapku teruja.

“Ya, kau sihat. Kau sihat. Inilah yang dinamakan keajaiban, kan? Kuasa Allah tiada siapa yang tahu,” balas Syarina Huda pula.
Saat ini, rinduku pada Iman menggamit rasa. Rasa hendak melaksanakan tugas seorang isteri yang hakiki buatnya. Allah akan turunkan khabar gembira kepada mereka yang sabar. Masih terngianga-ngiang suara Iman di peluput telingaku.

Wadah rindukan abang, bisik hatiku lirih. Aku benar-benar merindui dia kala ini. Dia yang telah banyak berkorban dan dia yang telah banyak menyedarkan aku agar tidak terus menuding jari kepada takdir yang telah Allah aturkan untukku selama ini.

Setelah mengucapkan terima kasih kepada doktor, aku dan Syarina Huda berjalan beriringan hendak pulang ke rumah. Telefon bimbit aku tarik dari beg tangan. Nombor telefon Iman aku tekan pantas dan tanpa ku sedar, aku terlanggar bahu seseorang. Baru hendak menuturkan maaf, aku kelu bila wajah Iman berada tepat di hadapanku.

“Sayang!” Dia tarik aku ke dalam pelukannya.

“Mama abang,” ujar berbisik. Aku pandang Syarina Huda dan dia jungkit bahu. Aku tolak bahu Iman. Segan pula dipeluk sebegini di khalayak ramai biarpun kami adalah suami isteri yang sah.

Baru saja hendak aku khabarkan berita gembira ini pada dia, lidahku terpasung bila mendengar dia menyebut mama dengan sejuta kegelisahan yang membelit diri.

“Kenapa dengan mama, bang?” tanyaku kemudiannya. Aku lihat Iman terkedu mendengarkan aku menyeru dia begitu tapi aku hanya mampu berlagak tenang saja. Sesungguhnya tenang setelah dugaan hebat itu Allah tarik semula dari terbeban di bahuku.

“Mama jatuh. Kehilangan darah yang banyak. Abang risau,” ucapnya lantas aku kalih ke belakang. Melihat ke arah katil pesakit yang sedang ditolak laju. Sayup-sayup aku ternampak sebuah troli di tolak menghilang di sebalik dinding.

“Kenapa boleh jatuh?” tanyaku bimbang. Iman menggeleng tanda tidak tahu lantas aku tarik tangan dia berkejar ke arah mama. Syarina Huda juga melangkah menyaingi kami.

Hampir sejam kami menanti di bilik bedah hingga akhirnya, seorang doktor lelaki keluar daripada dewan bedah. Dia terus mendapatkan Iman yang sedang bersandar di bahuku. Kami sama-sama bingkas bangun.

“Macam mana doktor?” tanya Iman risau.

“Kita masih kekurangan sedikit darah untuk ibu encik. Dalam satu tube saja lagi. Kami tengah tunggu stok dari hospital berdekatan sampai,” jawab doktor itu.

“Darah jenis apa, ya doktor?” Aku mencelah.

“O negatif. Kami memang kekurangan darah tu daripada dulu lagi.”
Jawapan doktor itu membuatkan aku berfikir sendiri. Dulu Iman punyai darah kategori lain. Berbeza dengan mamanya.

“Doktor, darah jenis tu sama dengan darah saya,” beritahuku tenang. Iman kalih padaku. Belum sempat dia bertanya lanjut, aku hulurkan sekeping kertas buatnya.

Dia menyambutnya dah mata itu terus membulat. “Sayang jangan cakap…”

“Wadah baru dapat keputusan tu tadi. Tengah nak telefon abang, tiba-tiba jumpa dalam keadaan macam ni. Mungkin Allah beri kebahagiaan untuk Wadah sebab nak Wadah kongsi dengan abang dan mama. Wadah sudi dermakan darah buat mama,” ujarku memangkas
kata-kata Iman.

Dia langsung memelukku sekali lagi. “Terima kasih, sayang.”

“Terima kasih kembali sebab sudi terima Wadah selama ni,” balasku.
******
AKU berjaya mendermakan darah buat mama mertuaku. Lega bila dia telah lepas daripada bahaya kerana kehilangan banyak darah kesan daripada lukanya yang terhantuk pada bucu tangga kerana kecuaian sendiri.
Syarina Huda merapati aku yang masih terbaring merehatkan diri di atas katil pesakit.

“Alhamdulillah. Semua dah selamat,” ucap dia dan serentak itu, wajah Iman muncul di belakang Syarina Huda.

“Assalamualaikum,” sapanya. Aku dan Syarina Huda menjawab salam hampir serentak dan sekelipan itu, Syarina Huda menjauh daripada kami.

“Soalan pertama abang, ke mana sayang pergi? Abang cari kat rumah sayang tak ada pun.” Dia labuhkan duduk di birai katil. Jemariku terus menjadi mangsa jemari kasarnya.

Aku hadiahkan sekuntum senyum buat dia. “Mama dah sedar?” Aku mengalih tajuk.

“Dah. Baru sedar. Tapi, tu tengah menangis nak jumpa sayang lepas abang ceritakan segalanya. Menyesal tak sudah kata dia,” jawab Iman tenang. Bibir tipis itu mekar dengan senyum.

“Wadah ikhlas pada mama seperti mana Wadah ikhlas pada abang satu waktu dulu,” ucapku pula. Iman terus saja menyapa dahiku dengan bibirnya.

“Ke mana sayang pergi beberapa hari ni tinggalkan abang sedangkan abang dah berjanji tak akan tinggalkan sayang?” Dia mengulangi soalan itu lagi.

“Wadah ke rumah Syarina Huda. Menumpang kat sana sebab tahu abang akan cari Wadah kat situ. Lagipun, Wadah takut kena marah dengan Imam Mansor sebab balik rumah sorang-sorang,” jawabku jujur.

“Takut dengan Imam Mansor tapi tak takut dengan dosa kerana meninggalkan rumah tanpa izin suami?” Sinis saja suara Iman kali ini. Aku kelatkan wajah.

“Wadah tak ada pilihan masa tu bila….”

“Mama halau? Mama cakap abang tak dapat layanan batin dari sayang? Macam tu?” pangkas Iman. Aku diam.

“Sebelum ni abang tak kisah pun untuk sentuh sayang tapi sayang yang larang. Dan sekarang rasanya tak ada apa lagi yang boleh menghalang abang, kan?” tanya dia nakal. Aku tunduk menahan pijar di wajah. Malu pula dengan Iman kali ini.
*****
“MAAFKAN mama, Syaukah Wardah sebab terlalu buruk sangka pada kamu,” ucap mama padaku. Aku raih jemarinya dan aku cium lama.

“Wadah maafkan dan mama juga maafkan Wadah. Benar Wadah anak yatim piatu dan tiada siapa mengajar Wadah. Jadi, hari ni, Wadah mohon mama ajarlah Wadah. Pinjamkanlah Wadah sedikit kasih sayang seorang ibu yang tak pernah Wadah rasai selama ini,” ujarku dalam sebak. Dia mengangguk dan pelukan kami bertautan penuh mesra.

“Sayang dah sedia?” Soalan Iman menghalau jauh suara mama dari gegendang telingaku. Terkejut juga bila dia tiba-tiba memelukku erat dari belakang.

“Sedia untuk?” Sengaja aku mainkan dia.

“Untuk lepaskan lelah abang ni,” gumamnya semakin romantis. Aku bawa tubuhku menghadap dia.

“Wadah sudah lama bersedia untuk abang. Maafkan Wadah sebab ambil masa yang lama untuk ini,” ucapku penuh dengan rasa rendah diri.

Iman mengucup dahiku lama. Bila bibirnya lepas dari dahiku, dia singgah pula di bibirku dan kali ini lebih lama. Kala ini, ku rasakan darahku mengalir menongkah arus.

“Kan abang pernah cakap, yakinlah dengan Allah kerana Dia tahu apa yang terbaik buat kita, sayang,” ucapnya selepas dia melepaskan bibirku.

Aku renung matanya dan mengangguk. “Maafkan Wadah sebab pernah menyalah abang dan takdir atas apa yang terjadi.”

“Allah menduga pada hamba yang Dia sayang. Sebab Dia mahu kita terus ingat pada Dia tak lekang sesaat pun. Kerana itulah kita diciptakan di atas muka bumi ini. Selagi kita bernyawa, jangan putus asa. Mungkin kepedihan datang menjengah terlebih dahulu tanpa kita tahu, kebahagiaan akan menyusul kemudiannya. Kita tak tahu, tapi Allah Maha Mengetahui. Dia ambil ayah dan ibu sayang tapi Dia gantikan pula dengan mama dan abang. Mungkin kasih sayang sedikit berbeza tapi percayalah, kasih sayang abang pada sayang hebat,” ujarnya. Hampir saja airmataku menitis mendengarkan butir bicara Iman.

“Hanya pada Allah Wadah berserah. Sebelum tiba waktunya, Wadah akan lewati hari bersama abang dengan penuh rasa syukur dan redha. Bila tiba saatnya seperti yang telah Allah janjikan, hanya pada Dia Wadah serahkan roh dan jasad ini,” selaku dengan
penuh rasa taubat.

Iman menolak bahuku lembut. Membawa aku rebah di sisinya. Perlahan-lahan jemari kami bertaut.

“Jangan tinggalkan, abang lagi,” ucap Iman dan waktu ini, aku rasakan seperti pertama kali dulu di mana dia merayuku dalam suara yang tersekat-sekat dan kala itu, hati ini sebenarnya sudah menjadi miliknya.

“Kepada-Mu kekasih, berkatilah hubungan kami ini dan lindungilah kami dari syaitan yang terkutuk,” bisik Iman tenang.

Aku pejamkan mata menerima kehadiran dia di dalam hidup dan hatiku dengan selebar-lebar pintu. Sesungguhnya, Allah benar-benar tahu apa yang terbaik buat aku kerana kasih sayang Allah terlalu luas melatari langit, menghampari bumi.

*** TAMAT ****

Allah berfirman, wabasysyirissaabirin ... membawa maksud, dan sampaikanlah berita gembira itu kepada orang-orang yang sabar. Kekuasaan Allah itu tidak terbatas dan tidak terjangkau oleh akal manusia. Kun fayakun, bila Allah berkata Jadi, maka jadilah. ~~~> RM

41 comments:

  1. wahhh..bestnyer..x sbr nk bce full story..

    ReplyDelete
  2. Ala...apesal la RM ni suka buat orang geram tau nak tunggu sambungan dia...

    ReplyDelete
  3. wah!!!! sy suke watak heroin..
    ape plak name dia eh???
    jawab jgn x jawab..
    kite x leh jadi cm lalang tu...
    kte kene jd mcm batang pkok..
    walau angin menderu pun..
    kite ttp x berganjak..
    jgn seekali rebah n mengalah..
    aishh... mcm sy plak penulis cite nieh..
    compem x sbar.. hehe

    SSG=)

    ReplyDelete
  4. Bestlah Kak Rehan! :D Tak sabar nak tunggu yang full! :D

    ReplyDelete
  5. saya suka cerpen ni. tahniah buat saudari Rehan. saya selalu baca cerpen2 saudari dan saya cukup suka dengan jalan cerita yang saudari tulis. Tahniah sekali lagi. sambungan ini, saya dah tak sabar nak baca...

    ReplyDelete
  6. aaaaalallalaalala... x sabar dah nie.. :(

    ReplyDelete
  7. Thanks RM, utk satu lg cerpen yang superb...jgn lupa utk smbgn cerpen2 yg lain yer...saya mmg dah jatuh cinta la gan cerpen n novel RM..huhuhuhu. Teruskan berkarya yer...

    ReplyDelete
  8. Terbaek ! ! !


    [syaza]

    ReplyDelete
  9. hmmmm....hingga tak terkata.....

    ReplyDelete
  10. salam RM...
    huhu...sampai ke aty fika...bestttt sesangat..
    suka ngan watak heroin dye WADAH N IMAN....satu nama yg padan...x tahu nk komen apa da sbb da memang bestt...terharu sedey.. suka.. semua ada...
    syabas sekali lg buat fika terhibur ngan cerpen n enovel RM......terus kan mencipta,menulis,mengarap,memberi pengajaran d setiap citer...terbaeekkk....sayang RM..... :)

    ReplyDelete
  11. arghhh....sentuhan Rm mmg menjadi...

    mama izz

    ReplyDelete
  12. RM..really speechless..semoga ada lelaki sebaik Iman..

    ReplyDelete
  13. Memang best cerita ni...syabas RM!!

    ila danish

    ReplyDelete
  14. mmg best la k rehan!!

    ReplyDelete
  15. RM best cgt2 ...
    m'bri bnyk pengajaran pda diri ....
    xsabar nk bce full story ..

    ReplyDelete
  16. Akhirnya...punya la lama tunggu...
    SUkaaa sgt2, RM! Terima kasih...sebab tulis dgn indah sekali cerita ni...

    Misha

    ReplyDelete
  17. adoyai..best sgt..iman mmg sbar la..ssuai la wadah n iman nie...

    ReplyDelete
  18. alhamduillah kenyang baca....tq RM coz karya yg sentiasa unik....sentiasa terbaik wooook...

    ReplyDelete
  19. pergghhh.... gila dasyat cite nih... haha..
    serius dasyat.. tu je sy boleh ckp..
    susah nk jumpa owg cm iman tuh...
    tp nk jumpa owg cm wardah tu senang..
    kesimpulannya,,,,
    jgn mengeluh dgn ujian ALLAH..
    dia MAHA mengetahui yang tersirat dan tersurat..
    syabas kak An...

    SSG...=)

    ReplyDelete
  20. huh..!! terbaekkk!! sungguh cinta x kenal siapa.. baru atau lama..buruk atau lawa.. haishh..

    ReplyDelete
  21. wah, memang menusuk. hehe.

    Memang tiada apa yang mustahil dengan izinNYA kan? =)

    ReplyDelete
  22. memalukan!!!!! ak mngis d tmpat keja....n kantoi ngn kekawan....hahahaah...terbaekkkkk

    ReplyDelete
  23. best as always!! :D

    ReplyDelete
  24. kak rehan trbaek!!!!!!chyoik2!!!!!

    ReplyDelete
  25. cite ni x full ke??bkn da full ea?

    ReplyDelete
  26. finally wadah bace jugak akhirnye ... c0ngrets rehan ! (: u are the gud n0velist

    ReplyDelete
  27. tatau nak ckp ap.. RM dabes dabom.. huhu... kelapangan pilih tjuk ni tuk bca mmg berbaloi..
    <<nak wadah satu camni boleh? huhu.. xdpt ju pn xpe.. huhu
    teruskan berkarya..

    RH

    ReplyDelete
  28. my favourite so far. menyentuh ke dalam jiwa.
    good job RM. tahniah!

    ReplyDelete
  29. Salam

    Hadoi apsal plak mata ku ni....heh ada air plak......he he malunya ................

    ReplyDelete
  30. Memang boyz2 yg name IMAN ni mmng prihatin kan expecially manja...beruntong aq dpat si dia niyh..pandai jga hati aq.manja.prihatin..lurve u abg.tq mohamad nur iman..

    ReplyDelete
  31. ALLAH3x .. ! xtau nk ckap pa .. bleh ckap ''mmag t'beesstt!!" .. (nangis jgaaakk) .. :D

    ReplyDelete
  32. org yang menderma darah x dpt penyakit but those who received blood,,,yang menerima darah dpt penyakit, penyakit yang blood borne disease can be infected if only if both are injured...my 2 cents..please dont get angry

    ReplyDelete