Thursday, March 07, 2013

Sekali Kujanji Padamu 4


BAB 4

PANGGILAN daripada Tuan Radzi aku jawab sopan.  Amar di sebelah hanya memerhati.
“Ya, tuan... kami masih dekat sini.  Diorang masih di dalam.”
“Erm... ada apa-apa yang mencurigakan?”  Soalan Tuan Radzi menambah debar di hati. 
Aku  pandang Amar di sisi.  Wajah dia juga sudah berubah. 

“Setakat ni tak ada, tuan,” jawabku dalam keyakinan yang semakin berkurang.
Nafas  lega Tuan Radzi menyapa telinga.  “Good to hear that tapi unit risikan kita baru beritahu, Neo ada di Malaysia.  Yang lebih mengejutkan saya lagi dia dikatakan menjejaki Tuan Benjamin.” 
Mata ini aku redupkan.  Kerut pada dahi terentang.  Rambut yang mencecah cuping telinga, aku tolak sedikit.  Hati sudah berdegap lain  macam. 
“Apa kena mengena dia dengan Tuan Ben, tuan?”  Aku menyoal Tuan Radzi.   Resah. 
“Tuan Benjamin adalah ahli perniagaan terkenal Malaysia yang bertapak di Thailand dan beberapa buah Negara di Asia.  Daripada apa yang saya dengar, Neo dah lama buru Benjamin.  Setiap kali Benjamin ke Malaysia, dia akan mohon bantuan kita dan saya rasa tak sedap hati pulak.  Awak dengan Amar lebih baik lebih hati-hati, Naina.  Kalau perlu, saya hantar bantuan,” jawab Tuan Radzi. 
“Baiklah, tuan.  Saya faham,” sahutku tegas tanpa sebarang persoalan lagi kerana aku yakin, sekembalinya kami ke ibu pejabat, kami akan diceritakan secara lebih terperinci lagi. 
Talian mati.  Wajah Amar aku pandang.  Gundah. 
“Kenapa, Naina?”  soal Amar juga mula beriak risau.
“Neo mungkin sedang buru Tuan Benjamin, Nine dan Naim,” jawabku.
Mata Amar membulat.  “Kat sini?  Tempat awam ni?” 
Aku tahu Amar tidak percaya tapi rekod jenayah Neo sudah cukup untuk kami simpulkan akan tindakan yang bakal dia lakukan, bila-bila masa dan di mana saja.
“I tak rasa dia akan bertindak kat sini,” ujar Amar menolak prasangka aku.
“Sekarang bukan masa untuk kita rasa, Amar tapi untuk kita berhati-hati.  Kita tak akan pernah tahu tindakan dia.  Penjenayah ni kalau ambil tindakan, dalam pada kita tak duga.  I rasa elok kita masuk dalam.  I jumpa Nine dulu.  Nanti I datang pada you,” ucapku tegas.
Amar mengangguk.  Tanganku menolak daun pintu.  Terkuak saja pintu, Nine terlebih dahulu berkalih dan barulah yang lainnya sebelum mereka kembali menatap skrin lebar di mana tertera gambar-gambar kontena yang entah apa isinya.  Rombongan yang hanya ada sepuluh orang tapi pertemuaan di adakan di tempat sebegini sepi.  Memang mampu mengundang malapetaka. 
Jari-jemariku menggamit Nine  yang masih memandangku.  Dia berbisik seketika pada Benjamin dan terus bangkit menuju ke arahku.  Kotnya dikancing dan rambutnya dikuak ke belakang dengan langkah yang kemas dan teratur.
“Kenapa?”  tanya dia bila dia berdiri tepat di depan aku.
“Kami baru dapat berita buruk,” jawabku bila Nine merendahkan tubuhnya sedikit untuk memudahkan aku berbicara dekat dengan cuping telinga dia agar tidak mengganggu yang lain.
Serta-merta lenganku dipaut dan aku ditarik ke belakang tiang  yang besar.  Menjadikan kami terlindung dari mata sesiapa saja termasuk Amar. 
Telapak tangan Nine mendarat pada tiang, dekat dengan bahuku.  Matanya redup dan kian meredup. 
“Apa masalah?” 
“Err...”  Nafas aku terasa sedikit sesak.  Sesak dan terasa sempit segala ruang bila Nine berdiri begini. 
Jika ternampak dek mata Amar, boleh jadi dari pandangan belakang aku dan Nine sedang bercumbu sedangkan tubuh  kami tetap berjarak.
“... kami baru dapat berita, penjenayah yang kami tengah cari sekarang ada di Malaysia.” 
“Okey?”  Kening Nine naik.  Menyoal. 
“Apa kena mengena dengan kami?”  Dia nampak tidak puas hati.
“Berita yang kami dapat, dia sedang buru Tuan Ben.”
Mata Nine membulat.  Lebih bulat dari Amar tadi.  Tangannya jatuh ke bawah.  Bahuku dicengkam dan tubuhku ditarik rapat padanya. 
Are you kidding me?”  tanya dia. 
Aku jatuhkan kepala mengangguk.  Cuba untuk bertenang menghadapi Nine yang sudah nampak gelabah.  Berkali-kali Nine berkalih pada unclenya dan juga Naim.  Dia mengeluh dan merengus kecil.
“Apa masalah dia dan uncle I?”  Nine menyoal, tapi lebih pada dirinya sendiri.
I just don’t know tapi ada baiknya supaya Encik Nine minta kawalan diperketatkan.  Saya akan tunggu dalam bilik ni...”
No, you can’t!”  Separuh menjerit, Nine membantah.  Nampak pelik sedikit.
“Kenapa?  Ini tanggungjawab saya.  Kita tak tahu salah seorang daripada mereka mungkin orang yang kami buru tu dan nyawa Tuan Ben, Encik Naim dan Encik Nine sendiri dalam bahaya,”  tekanku tak puas hati dengan larangan Nine.
“Tak... tak... you tak boleh ada dalam bilik ni,” larang dia lagi.
I have too, Mr. Nine.”  Aku tetap bertegas.
Padaku, tiada guna jika dia memohon kami mengawal keselamatan ahli perniagaan besar yang berasal dari Negara ini dan berjaya di Negara orang?  Aku tahu, pasti ramai musuh.  Pasti ada yang dengki hingga sanggup membunuh. 
Cengkaman pada bahuku semakin kejap.  Wajahnya direndahkan sedikit hingga hidung kami hampir bertemu. 
“Tempat ni bukan untuk you.  You tunggu kat luar hingga kami selesai.  Carefull.  Urusan dalam ni, I ada.  Jangan risau.  Apa-apa jadi I jerit,” pujuk Nine dan tanganku terangkat menolak tangan Nine yang masih memeluk bahuku.
Dia menarik lenganku dan menguak daun pintu sedikit. 
“Encik Nine, tolonglah faham,” pujuk aku agar dia mengizinkan aku berada di dalam.
Nope, Naina... you jaga kat luar je.  I dengan Naim ada dekat dalam,” bisik dia lagi matanya dikedipkan sekali.
Tak sempat Nine merapatkan daun pintu yang kedap bunyi itu, aku menahan dengan telapak tangan. 
“Nine, please... you need me.  Me and Amar...” Tanpa kusangka, nama itu aku seru tanpa gelaran pada pangkalnya. 
Nine yang mahu berlalu, kalih seketika.  Dia sengih sedikit dan menggeleng pada aku.  Sengih yang lain macam.  Nampak lembut menyapa peluput mata.
Yeah, I need you.... only you not Amar.” Kata-kata Nine kali ini membidik tepat mengenai hati aku.  Terasa lemah bila dia berkata dan memandang aku begitu.
“…but not now.  You stay here.  Apa-apa hal, baru you masuk, ya?” 
Aku kalah memujuk orang yang telah dipertanggungjawabkan untuk aku jaga keselamatannya.
Daun pintu terkatup rapat.  Suara Amar menyapa resah. 
“Kenapa you keluar?” 
“Dia tak bagi I ada kat dalam,” jelasku kesal.
Amar mengeluh.  “Bisnes apa yang rahsia sangat tu?  Kita ni penjaga amanah.  Semua dekat bahu kita.  Tak adanya kita nak jual maklumat company diorang tu,” bebel Amar marah. 
Aku berpaling dan menepuk bahu Amar sekali.  “Sabar.  Tak ada hak kita nak paksa.  Kita hanya menurut arahan.  Cumanya, I risau sebab diorang tak ada senjata.  Apa-apa berlaku, setiap orang kat dalam tu pasti dalam bahaya,” ucapku. 
Kami bersabung pandang.  Amar mengangguk dan bibirnya digigit sedikit. 
“Apa-apa jadi, macam mana kita nak jawab?  Diorang legasi besar daripada Negara jiran.  I tak expect benda macam ni boleh jadi sekarang.”
We better expect the unexpected, Amar.  Benda sedang berlaku,” selaku cuba menenangkan Amar. 
Dia mengangguk, bersetuju.  “Tuan Radzi hantar bantuan?” 
Aku angguk. 
“Tapi, I takut Neo menyerang beberapa waktu je lagi.  You ada jenguk belah-belah sana?”  tanyaku pula. 
Kali ini, giliran Amar mengangguk.  “Tak ada yang mencurigakan.” 
Staff Sime Darby semua, mana?” 
“Dekat bawah.  Ada beberapa orang je.  Nampak macam tak ada function hari ni melainkan bilik ni je.  Kat floor ni I tak nampak orang melainkan kita.” Amar melingas ke kiri dan kanan.  Juga ke atas dan bawah. 
“You kena hati-hati Amar,” pesanku. 
Gugup sebenarnya pertama kali berhadapan dengan perkara ini biarpun latihan  yang aku terima sebelum ini rasanya sudah cukup.  Namun, bila berdepan dengan realiti.  Realiti yang membawa nyawa manusia sebagai pertaruhan, bohong aku katakan aku tak gentar langsung.  Jika nyawa sendiri, mudah aku aturkan.  Ini, dengan nyawa ramai orang lagi… tak mampu aku katakan.
“You tu sepatutnya lebih hati-hati.  I tahu you terima latihan khas, I juga.  I tahu you juga jadi penempak tepat tapi kena hati-hati juga.  Kita sama-sama hati-hati,” ujar Amar sambil tersenyum.
Senyuman yang sedikit melegakan hatiku.  Tapi hati aku, benar-benar bimbang akan keselamatan mereka di dalam.  Keselamatan Tuan Ben, Naim dan yang pastinya keselamatan Nine kerana aku  yakin, dia akan membawa dirinya menjadi galang-ganti. 
Bibirku menyebut nama Tuhan berkali-kali.  Berharap moga tidak muncul dia yang kami cari waktu ini.  Jika benar, biarlah aku dan Amar berhadapan dengannya.  Nine gagah.  Tubuhnya sasa tapi dia orang awam  yang hanya menjalankan perniagaan bersama keluarga dan kaum kerabatnya.  Tapi aku dan Amar, terlatih.  Terpilih masuk ke dalam unit khas. 
“Ya Allah... permudahkanlah,” doaku bergumam. 
Pucuk pistol dirusuk kiri aku pegang.  Amar juga.  Dia tarik HK P9S dari sarung dan diselitkan pada belakang pinggangnya, di bawah kotnya.  Aku mengikut jejak Amar.  Bersedia dengan segala kemungkinan.
Are you okay, Naina?”  Suara Nine bergema di telinga.  Melalui wayar penghubung yang ada di telinga. 
Aku sentuh sedikit telingaku sebelum menjawab.
“Kat luar tak ada apa yang mencurigakan,”  jawabku sambil terus tajam memerhati.
“Kalau macam tu, tak ada apa nak risau.  Kejap lagi kami keluar.  You take care.  You both,” pesan Nine dan suara dia mati. 
Amar mendekat tiba-tiba.  Peluh kecil merenik di dahinya biarpun penghawa dingin semakin menggigit kulit.  Membawa kedinginan pada tubuh dan aku sendiri, peluh dingin terbit sedikit demi sedikit. 
“I rasa elok you masuk, Naina.  Kat luar ni nampak aman tapi I takut ada sniper dari mana-mana bangunan berdekatan.  Macam mana keadaan dalam bilik?” 
“Tadi masa I masuk, semua tingkap dilitupi langsir.  Sepatutnya orang dari luar tak nampak sesiapa di dalam...,” jawabku sambil cuba mengingati bilik yang suram dan malap.
“Kita tak dapat jangka andai kata dia lepaskan tembakan rawak.  Lebih membahayakan,” ujar Amar.
Aku mengangguk.  “Tapi, Nine kata dia akan jaga kat dalam...”
“Harap semuanya tak apa-apa,” putus Amar mematikan perbualan kami dan dia bergerak ke kiri bilik.  Mahu meninjau kawasan sekitar dan aku masih setia berdiri di depan pintu, menanti arahan Nine yang seterusnya.




LIMA minit berselang. Sepi.  Sepuluh minit juga.  Hening.  Hampir setengah jam, suasana terasa lapang dan semakin kaku.  Aku tidak berbicara, Amar juga mendiamkan diri.  Kami banyak memerhati, merasa dan merenung tajam setiap pergerakan.  Hati aku mengatakan, ya.  Aku akan bertemu dengan Neo buat pertama kali di sini.  Aku yakin dengan kata hati. 
Butang kot aku buka, membiarkan rasa sejuk masuk mengelus tubuh melalui ruang antara butang kemeja putih yang aku pakai.  Belakang tengkuk mula basah.  Pistol otomatik di belakang, aku pegang tapi masih tidak dikeluarkan.  Amar juga.  Dia berundur setapak dan baru saja Amar berpaling, jeritan bergema hingga ke luar. 
Tanpa berlengah, Amar menendang pintu berwarna coklat gelap itu dan aku meluru ke dalam.  Saat ini aku lihat, semua tetamu sudah berlindung di bawah meja.  Masing-masing memegang kepala dan kertas di atas meja bertaburan ke lantai. 
Mataku liar mencari susuk tubuh sasa milik Nine.  Naim mungkin atau Tuan Benjamin.  Keadaan malap bilik benar-benar membataskan penglihatan.
“Naina, you ke depan,” arah Amar lantas dia berlari bersama senjata yang sedia di tangan.  Menuju ke arah cermin yang berderai di bahagian kiri bilik. 
Kaki aku menapak laju.  Beberapa kali, cuba menenangkan tetamu dan bila aku tiba di depan bilik, Naim sedang tunduk di atas lantai.  Melutut.  Menekan sesuatu.  Lampu Amar nyalakan. 
Saat itu, pintu ditendang lagi dan beberapa orang pegawai yang lain masuk.  Bantuan yang lambat tiba.  Hanya beza beberapa waktu saja dan bila aku menepuk bahu Naim, dia berpaling.  Wajahnya keruh dan matanya merah. 
“Tuan Benja…”
“Bertahan Nine.  Kami dapatkan bantuan polis,” bisik Naim antara dengar dan tidak. 
Lutut aku longlai mendengarkan nama itu disebut oleh Naim.  Baru aku meneka yang tergolek itu ada Tuan Benjamin tapi bila Tuan Benjamin keluar daripada bawah meja dan mengesot menghampiri tubuh yang terkesan dengan warna merah itu, aku yakin benar nama yang dipanggil oleh Naim.

~~> bersambung

37 comments:

  1. speechless..... mantap de....

    ReplyDelete
  2. tolonglah jangan jadi apa2 kat nine....

    ReplyDelete
  3. adui nine kena tembak,minta nyawa cepat2.ala mn boleh hero kena tembak ni.

    ReplyDelete
  4. wohooooo....semakin mantap...oh my nine...jgn cedera parah

    ReplyDelete
  5. Pas kena admitted nanti, leh la mengada dgn naina soh jaga 24 hours gitu..

    ReplyDelete
  6. fuhyoooo. ..br lah gempak..cite cm nie..wahhh

    ReplyDelete
  7. aduh..dada ni yg terasa sakit..moga nine selamat..

    ReplyDelete
  8. wow.. makin menarik n suspen... dub dap dup dap time bace...

    ReplyDelete
  9. Adoi...saspen nyer . Cam tgh tgk cite hawaii five 0 la plak

    ReplyDelete
  10. kaq RM mnta update entry baru segera. jantung nk gugur ni! huhu

    ReplyDelete
  11. huhuu..nine kene tembak ke....next pls...chaiyok2

    ReplyDelete
  12. i love this story. Plzzz sambung cepat! Rasa dap dup dah ni.

    ReplyDelete
  13. oh my...not my herooo....erk..nine tu hero ke RM..

    ReplyDelete
  14. aduh....saspen..saspen..tu la nine degil sgt...huhu

    ReplyDelete
  15. ha...tgk nine ni..degil, naina dh bgtau td...x nk dgr..

    ReplyDelete
  16. alah...................... rehan, cepat sambung.. tak maulah nine mati.. dup dap dup dap dh ni...

    -ika hatika-

    ReplyDelete
  17. hhah!.. rasa terhenti kejap denyut jantungku.. saspen!..

    ReplyDelete
  18. Kak Rehan , cepat - cepat sambung tau . Taknak Nine mati . Btw cantik gambar IRIS tu . Hihii .

    ReplyDelete
  19. Whoohoooo.....Speechless... my heart beat dup dap dup dap.. macam nk terkeluar..

    ReplyDelete
  20. RM, Nine hero kan? hero tak mati kot kalau kena tembak. Firasat kak mengatakan NIne adalah Neo yg sanggup buat apa saja & huru hara itu strategi dia....apa2 pun...silalah sambung RM, sgt2 ditunggu!!!

    ReplyDelete
  21. OH NOO!!!

    HERO KENE TEMBAK????
    BUT WHY???

    KAK RM........NK LAGI!

    ReplyDelete
  22. X SABAR NAK TAHU CITER SETERUSNYA...

    ReplyDelete
  23. nine 2 neo ka?? saspen betul:)

    ReplyDelete
  24. saspen nyer... nine kena tembak ke?? but who shot him? who is nine actually? was neo actually at the scene? why was naina not allowed to be in the meeting room? what was the meeting actually about? the delegates that attended the meeting - who are they actually? big question mark.. -along-

    ReplyDelete
  25. bc dgn laj selaju degupan janting naina..huu..keep it up!

    ReplyDelete
  26. Niesya KhairizanMarch 8, 2013 at 2:15 PM

    huish! dah macam city hunter dah lebih kurang! nice :)

    ReplyDelete
  27. adakah yg tertembak itu Nine..dan apa yg Neo mahukan dari keluarga ini..

    ReplyDelete
  28. perghh..rs cm real..wk2 bce debar smacam je

    ReplyDelete
  29. Best...saspen tol ler...

    ReplyDelete
  30. apakah???? NINE kene tembak???........ dush *pengsan
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  31. Entah kenapa terasa family nine ni mcm ada something je yg tersembunyi..family diaorg jht erk kak RM?

    ~ ema ~

    ReplyDelete