Wednesday, March 06, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 3


BAB 3

WAJAH Nine tenang.  Setenang air di kali biarpun panas  kian membahang dan peluh mula merenik pada dahi masing-masing.  Ditambah pula dengan kot hitam yang tersarung pada tubuhku, benar-benar membuatkan aku bermandi peluh.  Penghawa dingin di balai ketibaan KLIA juga bagaikan tidak berfungsi dengan baik. 
Aku jeling pada Nine yang nampak segak dan kasual dengan jeans, kemeja dan  juga kot hitam mengalas di luar. 

“Kalau panas, you boleh tunggu kami dalam kereta je, Naina.  I boleh tunggu Naim sorang-sorang,” tegur Nine bagaikan mengerti akan apa yang bermain dalam fikiranku seketika tadi.
“Oh... tak ada apa.  Saya dah biasa.”  Aku senyum  lantas menggeleng. 
Nine juga membalas senyumanku.  Nampak bersahaja tapi ternyata hati aku mula terasa luar biasa. 
Tubuhku tegak berdiri di belakang Nine.  Setia menanti dan mengawal dia.  Tak ubah seperti mengawal kerabat raja dan juga menteri.  Dia memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.  Menyengetkan tubuhnya sedikit dan bergumam sendiri akan lagu yang aku sendiri tak mampu kenalpasti. 
“Biasa Naim tak pernah lambat.  Flight delay ke?  Tak ada pengumuman pun.” 
Nine sedikit merungut dan dia memanjangkan lehernya pada papan besar yang tergantung tinggi.  Mencari masa penerbangan dari Vietnam.
“Kalau encik nak, saya boleh tanyakan kaunter khidmat pelanggan,” ujarku mempelawa diri.
Nine berpaling dan tersenyum.  Dia menggeleng beberapa kali sebelum mendekatiku, menjadikan kami berdiri bersebelahan. 
“Kita tunggu je.  Betul dah waktu penerbangan dia dari sana.  Naim dah lama tak balik Malaysia.  Almost 5 years, perhaps... entah.  Saya pun dah lupa.  Mungkin sesat kat dalam KLIA ni, siapa tahu, kan?”  gurau Nine.
Aku mengira sendiri di dalam hati, jika tidak kembali ke Malaysia, entah berapa buah Negara yang telah dilawati mereka.  Tiba-tiba saja, rasa hendak tahu akan bisnes keluarga mereka  menujah hati. 
Melihatkan kehebatan kereta-kereta mewah yang menjalar, siap dengan pemandu dan pengawal peribadi, aku yakin mereka bukan dari keluarga yang calang-calang hinggakan meminta bantuan Bukit Aman bagi mengawal keselamatan mereka selama mereka berurusan di sini. 
“You ada soalan ke, Naina?”  soal Nine padaku sebelum sempat aku mengajukan soalan. 
Aku telan liur.  Terasa dia mampu membaca fikiran aku saat ini. 
“Er... tak ada apa.  Cumanya, Naim tu adik Encik Nine ke?”  Soalan bertukar tapi biarlah begitu agar kecanggungan pada wajah ini tidaklah begitu ketara. 
“Itu je soalan you?”  asak Nine dan aku hanya tersenyum tipis. 
“Naim tu anak Uncle Ben.  Orang yang you sambut tadi tu.  I anak angkat dia.  So, Naim tu kira macam adik I la.”
Parent?” 
“M.I.A,” jawab Nine tenang sebelum tangannya diangkat ke udara melambai pada seseorang yang aku kira pastilah Naim. 
“Nine!!!”  jerit lelaki itu belumpun sempat melepasi pagar. 
Tubuh mereka bertaut.  “Sihat, Im?”  soal Nine. 
Kala pelukan terlerai, Naim selamba melompat pagar dan memaut bahu Nine sekali lagi. 
“Sihat... sihat.  Dah lama tak balik, rasa semacam je.  Dah banyak berubah.  You too...” 
Nine mencebirkan bibir tapi mata Naik terarah padaku.  Aku membalas renungannya lembut dan menunduk sedikit tanda hormat. 
“Siapa?”  bisik Naim pada Nine.
“Awek.”  Mudah jawapan Nine tapi tidak lama bila dia cepat-cepat ketawa dan menepuk bahu Naim.
Bodyguard aku.  Dari UTK, Bukit Aman.” 
“Siap ada bodyguard?  Bukan ke selama ni kau guard diri sendiri,” sindir Naim pada Nine lalu Nine menumbuk perut adiknya itu. 
Aku ketap bibir menahan senyum.  Rasa terkesima sendiri melihatkan kemesraan mereka adik beradik.  Biarpun hanya sebagai saudara angkat, tapi kemesraan itu tak seperti kemesraan aku dan Suryani, anak mak ngah. 
“Dahlah kau.  Daddy kau dok tunggu.  Jom.  Kejap lagi majlis nak mula,” ajak Nine dan aku hanya  mengikut mereka dari belakang. 
Menggalas bagasi  yang Naim hulurkan padaku tapi tak lama bila Nine kembali dan mengambil beg galas itu daripada tangan aku.
“Berat beg mamat ni.  Biar I angkat...”
“Tapi, Encik Nine... ini kerja saya...”
Jari telunjuk Nine lurus menyentuh bibirnya sendiri.  Dia kedipkan matanya sekali melarang aku berkata-kata. 
“You kerja dengan kerajaan.  I minta  bantuan you bukan untuk angkat barang.  Untuk jaga I.  Barang ni biar I angkat.  Lagipun, perempuan tak elok angkat berat sangat dan ya... I tahu you lasak tapi lasak perempuan dengan lelaki tak sama,” ujar dia lagi dan terus berlari anak menuju ke arah Naim yang sedang menghampiri kereta. 
Bila saja aku bukakan pintu kereta buat Naim, Nine menolak tubuhku sedikit. 
“Biar dia buka sendiri.  Jangan manjakan sangat,” cemik Nine pada Naim.
“Wei... kau cakap dia bodyguard...”
She’s mine, okay.  Not yours,” ujar Nine sedikit kuat menjadikan aku terpinga-pinga sendiri.
“Err... boleh kita gerak sekarang?”  tanyaku serius.
Nine dan Naim sama-sama memandang aku.  Naim senyum.  Nine mendekat lantas tangannya ditadah. 
“Nak apa?”  soalku padanya.
Bibir Nine merekah dengan senyuman yang  lebih lebar.  Dia  mendekatkan bibirnya pada telingaku sedikit.
“You menurut perintah, kan?  I perintahkan you serahkan  hati you dekat I.  Sekarang,” tekan Nine.
Setelah itu dia tegakkan kembali tubuh sasanya dan menjongketkan kening. 
“Boleh?” 
Stop kidding me,” ujarku cukup perlahan.  Cukuplah hanya Nine yang mendengarnya biarpun Naim sedang memerhatikan kami.
Dia gelak besar.  “I nak minta kunci kereta.  Biar I pandu.  You masuk sebelah I.  Dan kau, Im... masuk belakang.” 
Nine berlalu ke pintu pemandu setelah aku serahkan kunci padanya.  Bila aku menghampiri pintu bahagian penumpang, langkahku terhenti bila Nine menyeru namaku lembut.
“Pasal tadi tu, I tak gurau pun, Naina,” ujarnya lantas dia kenyitkan mata dan terus duduk di dalam kereta.
Aku kerutkan kening dan tersengih sinis pada diri sendiri.  Lama.  Hinggalah hon dibunyikan sekali, barulah aku cepat-cepat masuk ke dalam perut  kereta dan Nine menekan pedal minyak.  Kereta berlalu laju, meninggalkan kawasan KLIA yang sentiasa sesak.  Namun, tak tewas dengan kesesakan yang melanda dalam jiwa aku.



KAMI tiba di Sime Darby Convention Centre lebih kurang sejam setengah kemudian.  Itupun setelah Nine memecut keretanya tanpa henti.  Pantas aku melangkah keluar dan membuka pintu kereta buat Naim dan mempersilakannya keluar.  Tubuh Naim berdiri tegak di depan aku.  Membetulkan kotnya dan mengukir senyum lalu pintu kereta dia rapatkan.
What a beautiful face,” puji dia separuh berbisik dan cuba menarik pergelangan tanganku tapi cepat-cepat aku mengelak.
Lelaki hidung belang.  Itulah yang mampu aku gambarkan tentang Naim sejak pertama kali aku bersua dengannya tadi.  Cara dia merenung, melirik, menjeling… membuatkan aku yakin, dia dan Nine adalah amat berbeza.
Im, behave sikit.  She’s a police officer.  Kerja dia jaga kita bukan boleh disentuh sana-sini.  Dah pergi masuk.  Daddy kau dah tunggu.  Aku masuk kejap lagi,” tegur Nine menarik lengan bajuku agar aku menjauh sedikit daripada Naim yang nampak kecewa.
“Kau ni… biasa hak kau, kau bagi je kat aku.  Kali ni…”  Suara Naim terhenti bila Nine mendengus. 
“Dia pegawai polis, Im.  Hormat dia sikit.  Jangan buat kerja dia sukar dan kita lagi sukar,” tekan Nine memberi makna yang aku sendiri langsung tak mengerti.
“Lagipun dia bukan hak aku.  Dahlah… masuk.  Naina temankan.  Aku ikut kejap lagi,” arah Nine bertambah tegas.
Mataku menjeling Nine tanpa mampu berkata sepatah pun.  Kagum dengan caranya menjaga air mukaku biarpun pada permulaannya dia juga amat menjengkelkan. 
Nine menghempaskas pintu kereta kuat.  Wajahnya sedikit tegang.  Aku lihat rahangnya sudah turun naik. 
“You temankan Naim masuk ke bilik conference.  Nanti I ikut belakang,” suruh Nine dan matanya sempat lagi menjeling pada rusuk kiri aku di mana di situ terselit kemas sepucuk pistol jenis HK P9S yang dikeluarkan oleh Heckler & Koch pada tahun 1960. Pistol automatik yang menggunakan kaliber .22.
Take care,” bisik Nine lalu dia menapak semula menuju kea rah joki kereta dan aku terus mengikut jejak langkah Naim menuju ke lobby.
“Baru lagi you jadi polis?”  soal Naim saat kami menanti pintu lif ternganga.
Aku tidak terus menjawab, sebaliknya aku melilau ke kiri dan kanan.  Atas dan bawah.  Rasa tidak sedap hati.  Senjata di rusuk kiri aku pegang sedikit.  Bersedia menghadapi segalanya. 
“Baru habis training.  Tapi, lepas training tu saya dihantar untuk jalani latihan khas,” jawabku setelah rasa gundah itu berlalu pergi seketika.
“Macam mana kenal Nine?”
“Urusan rasmi.”
“Pertama kali daddy dikawal oleh pegawai perempuan…”
“Dan saya juga pertama kali ditugaskan mengawal orang,” cantasku sedikit geram.  Dalam nada suara yang dingin.
Naim ketawa.  “I kagum dengan you.  Berani.  Bagus-bagus,” ujar Naim memuji.
Pujian yang aku rasakan memang tak ikhlas.  Serentak itu pintu lif terbuka dan aku mempersilakan Naim masuk terlebih dahulu.
“You tahu kan I dah lama tak balik Malaysia?”  soal Naim memulakan bicara bila suasana antara kami diam tanpa ada sedikit bunyi pun.
Aku jatuhkan kepala, mengangguk.  “Encik Nine ada bagitahu.”
“Lepas conference ni, boleh temankan I jalan-jalan kat tempat-tempat menarik?” 
Wajahnya aku pandang. “Saya perlu terima arahan daripada Encik Nine terlebih dahulu.”
“Sebab?”
“Arahan dia je saya boleh ikut,” akuiku.
Ya, memang begitu.  Seperti mana arahan pihak atasan untuk aku berurusan dengan Nine, tak mungkin aku langgar arahan tersebut.
“Perlu ke you ikut arahan dia?” 
Sekali lagi, aku jatuhkan kepala. 
“Ini semua untuk keselamatan Encik Naim.  Kami ditugaskan untukl menjaga keselamatan Encik Naim dan rombongan,” jelasku agar Naik mengerti tapi dia rupanya, payah hendak menerima penjelasan.
“Kalau kata Nine arahkan you tidur dengan dia, you sanggup tidurlah?”  sindirnya pedas.
Berdengung telingaku dan saat ini pintu lif terngaga lebar di tingkat tiga.  Aku tahan hati.  Tahan sabar dan bertahan segalanya.  Dalam hati aku mengucap berkali-kali moga muncung pistol tidak aku acu pada kepala Naim.
“Tugas saya menjaga keselamatan semua,” terangku lagi sekali.
Aku melangkah  keluar dan menanti Naim keluar.  Lambat-lambat, dia keluar juga bila lif berbunyi nyaring bila aku menyekatnya berkali-kali. 
Come on… I ajak you temankan I jalan-jalan je…”
“Atas arahan Encik Nine, Encik Naim,” jelasku lagi.
Naim mengeluh.  Merengus kasar.  “Okey, I akan suruh Nine arahkan you temankan I tidur malam ni!”  tekan Naim dengan bahasa yang hampir memecahkan gegendang telingaku.
Aku pandang Naim yang nampak kecil besar kecil besar di mataku.  Sungguh aku kian tercabar.  Andai diikutkan hati…
“Kau cakap apa ni, Im?  Mengarut tak habis-habis.  Sangap sangat?  Aku cari mana-mana perempuan untuk kau nanti.  But not her.  Please, go inside.  Uncle is waiting,” tegur Nine yang entah bila berdiri di depan aku dan Naim.
Fuh… aku hela nafas lega.  Sungguh dia penyelamat di kala aku terhimpit.  Muncul tiba-tiba. 
Dengan wajah yang kecewa, Naim melangkah menuju ke bilik di mana ada Amar yang sedang berdiri tegak di depan pintu bilik tersebut.
Nine memandang aku.  Dia senyum.
“Terima kasih,” ucapku padanya.
“Sama-sama dan saya minta maaf.  Maaf atas sikap Naim.  Dia terlalu bebas bergaul.  Tak kira siapa, janji berkenan dia mata.  Payah…”  keluh Nine bersama tawa kecil.
“Lepas ni, hari-hari awak mungkin sukar sikitlah nak melayan karenah dia…”
“Selagi dia tak melebihi batas,” selaku agar Nine mengerti akan apa yang mahu aku sampaikan. 
“Yeah… kalau dia tak reti jugak, awak tumbuk je dia.  Tapi, kalau saya, sentiasa mengerti.”  Nine kenyit mata. 
Selamba, dia menarik lenganku menapak dengannya.  Bila kami tiba di pintu bilik, dia berpaling padaku semula.
“You guys wait here… Kalau nampak tak kena, panggil saya.  You, Naina… take care.” 
Mata Nine melilau seketika sebelum daun pintu dia tolak dan tubuh sasanya menghilang di balik daun pintu.  Aku dan Amar saling berpandangan.
Meeting diorang dah mula ke?” 
Amar mengangguk.  “Dating you dengan Nine dah mula jugak ke?”  sinis Amar dengan wajah kelat.
Aku kerutkan dahi.  “Dating apa you ni, Amar… nonsence,” bantah aku tenang. 
Amar mengerling.  “I rasa tak sedap hatilah, Naina…”
Mendengarkan kata-kata Amar, aku juga mengiyakan.  Sejak bersama Naim tadi, sungguh hati ini resah. 
“I pun rasa macam tu.” 
Aku merenung tajam setiap ruang yang ada.  Tiba-tiba saja rasa ingin tahu meloncat-loncat di dalam dada.  Apakah pekerjaan mereka?  Perniagaan apakah yang mereka lakukan?

~~> bersambung

28 comments:

  1. Niesya KhairizanMarch 6, 2013 at 1:12 AM

    suspens! :)

    ReplyDelete
  2. a"ah..suspenn gilooo..niii...

    ReplyDelete
  3. Debaran kali ini lain mcm rasanya.. Ala2 miami vice pulak.. Ke ncis los angeles? Cayalah RM... Something different from you...

    ReplyDelete
  4. karya rm ni selalu buat hati berdebar2 n ternanti2...

    ReplyDelete
  5. mcm ada kaitan dgn penjahat yang diorg cari jer tu...neo....mmmmm....suspen jer kak RM ni...

    -hanim-

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pn rasa mcm tu.

      Delete
  6. Ishh..naim ni mgg ar nk kena kick ngan naina..silap2 kena ngan nine skali..yess..nine dh terpikat ngan naina..ohoho amar plak jeles..amar cr org laen la k..

    ReplyDelete
  7. dorg keje ape ae? rahsia bgai...

    kalo keje jahat pon xkan mnx UTK, Bukit Aman

    jaga kot????

    kak RM, sila Jawab..
    ;p

    ReplyDelete
  8. mula2 sya ingat nine tu pn polis juga tp bukan... hmmm nine tu kerja apa lah? amar tue buat muka ketat sbb jeles ka sbb nak jaga keselamatan partner dia?

    ReplyDelete
  9. adakah naina n amir ditugaskan menjaga keselamatan gengstar?.. woww..woww.. menarik!!..

    ReplyDelete
  10. mmg suspen, mana tahua da "Sniper" dlm hall tu, Thumbs Up. MMg best cete RM ,moga cepat dpt next N3.KH

    ReplyDelete
  11. ayooo..pecah peluh baca nih...suspen gilos..chaiyokk RM!!

    ReplyDelete
  12. Terasa macam business dia org ni ada kaitan dengan Neo yang dicari Naina dan Amar...

    ReplyDelete
  13. naim miang bebeno,,,,naseb ad nine,,,,haah ye,,,suspen gak nak tao bisnes dierang ni,,,,,,,

    ReplyDelete
  14. Ntah2.. Naim tu Neo..penjahat yg dicari2. Then Nine rase serba salah coz dah byk thutang budi ngn keluarga angkat dia tu. Betul tak RM.. Hehe... Frm Kak Akma.

    ReplyDelete
  15. bestx3.. sngt suspen nk tau psl rombongan yg dtg n psl Nine...

    ReplyDelete
  16. mcm tgk cite hunted city plk...cayalah
    _aniesue_

    ReplyDelete
  17. waaa...suspens..mcm csi la plak..
    congrat RM..line stori lain dr yg lain..
    gud job..

    ReplyDelete
  18. best RM !!!. something different this time.
    tak sabar utk tahu selanjutnya yang akan terjadi.


    ReplyDelete
  19. Uh, suspen!! Smpi terasa rasa perasaan berdebar dan tak sedap hati tuh!!
    Aah la, makin nak tau apa bisnes diaorg nih.

    ReplyDelete
  20. Makin menarik...lain dr novel RM sblm ni

    ReplyDelete
  21. Nine kena tembak? Kalau hero, kena tembak pun tak mati, so RM jgn la matikan watak Nine ye coz dr firasat kak, Nine adalah Neo yg sanggup buat apa saja, huru hara yg terjadi adalah plan Nine sendiri. Suka jln citer ni, lain dr yg selalu RM buat..mmg best, sila teruskan....

    ReplyDelete
  22. suspen gila... diorg buat bisnes ap??
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  23. SANGAT ANNOYING LA SI NAIM NI...SUSPEN NYE!!!

    ReplyDelete
  24. Naim annoying sungguh

    ReplyDelete