Monday, March 11, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 5


BAB 5

SIR, please stay calm!”  jerit Amar kuat bila keadaan sedikit hangar. 
Aku berpaling pada dia yang sedang mengawal keadaan.  Kemudian kalih pula pada Naim.  Muncung pistol Amar terarah ke banyak arah.  Bersedia dalam apa saja keadaan dan bila keadaan sedikit reda, dia mengerah beberapa orang yang lain, bangkit... sedikit tunduk dan menapak ke luar mengikut pegawai  yang lain.

Setelah itu, aku kalih semula pada Naim dan Tuan Benjamin yang nampak sugul.  Wajahnya muram dan aku nampak airmata Tuan Benjamin bergenang.  Mata Naim aku pandang lama.
“Dia…”
“Ditembak,” jawab Naim sepatah.  Menyambung kata-kataku.
“Ya Allah…”  Nama Tuhan yang Esa aku sebut sekali.  Lutut aku jatuh. 
“Amar, ambulans… ada yang cedera,”  jerit aku lalu aku menyelit pistol di belakang dan melutut di sisi Nine yang menyeringai menahan sakit. 
“Mana mana boleh jadi?”  soal Naim padaku.
“Saya tak pasti, Encik Naim,” jawabku perlahan sambil cuba membantu Nine yang nampak tercungap-cungap nafasnya.  
“Tak pasti?  Heh... bukan ke you all yang patut jaga keselamatan kami?  You all ditugaskan untuk jaga kami.  Biar tergadai nyawa, kan?  Kenapa you kat luar dan kami kat dalam?  Sudahnya tengok... abang I terlantar!”  marah Naim padaku. 
“Saya minta maaf, Encik Naim... Tuan,” pintaku mengakui silap sendiri yang berpunca dari Nine sendiri.
“Naim, sabar sikit,” sampuk Tuan Benjamin bila airmuka aku sudah berubah.
Aku menggeleng.  “Saya memang nak dok dalam, tapi Nine larang.  Baru nak masuk, kami dah dengar bunyi bising.  Mungkin penempak pakai muncung kalis bunyi,” terangku pada Naim. 
Andai kata aku dipersalahkan saat ini, tak mungkin aku membantah melainkan menerima saja herdikan dan maki hamun Naim dan Tuan Benjamin.
“You memang ikut arahan dia je, kan?”  soal dia membentak tapi pantas ditegah oleh Tuan Benjamin.
Benda dah jadi, Naim.  Nine yang tak bagi dia masuk.  Bukan salah cik ni.” 
Naim diam.  Aku juga.  Wajah Nine aku pandang.  Wajah lemah dan nampak pucat.  Nafas dia  juga semakin tersekat-sekat.
Melihatkan lukanya, aku mampu hela nafas lega biarpun darah merah mengalir membuak-buak.  Bidikan penembak tepat yang jarang-jarang tersasar tapi terlepas sasaran saat melalui tubuh Nine atau boleh jadi dia  menolak yang lain untuk mengorbankan dirinya. 
Tak kupeduli pandangan Naim yang sudah terduduk bila aku tertolak dia secara tidak sedar.  Tangan Nine yang memegang bahu sendiri aku capai.  Mahu melihat lukanya.  Aku telan liur melihat bahu yang terkoyak  itu.  Tembus ke belakang. 
Are you okay, Nine?”  soal aku cuba bertenang tanpa menghiraukan renungan tajam Naim lagi.
Nine sengih dalam kesakitan.  Anggukan menjadi jawapan.  Tubuhnya sedikit terangkat.
You’re bleeding.  Bertahan sikit.  Kami dapatkan bantuan.  Tuan Benjamin, okay?”  Aku beralih pada Tuan Benjamin.  Kemudian pada Naim pula.
Are you okay?” 
Naim mengangguk lemah.  Aku hela nafas lega.  Mujur hanya Nine yang tercedera dan laporan kami juga pasti sukar.  Silap hari bulan dipersoalkan oleh pihak atasan. 
“Naina, I…” Nine cuba bergerak, tapi aku menahan.
“Jangan gerak.  Encik Nine luka teruk.  Tengok pada luka, saya yakin ni kaliber .322 Lapua.  Kalau pendek umur, tepat ke jantung atau dahi, boleh tembus ke belakang.  Luka di depan nampak halus tapi di belakang boleh jadi sebesar limau gedang,” terangku pada Nine biarpun aku tahu dia tidak mengerti. 
Aku mahu dia tahu bahayanya peluru seorang penembak  hendap.  Apatah lagi penembak  hendap upahan.  Yang pakar dan terlatih.  Biar Nine tahu kenapa aku bersungguh hendak berada di sisinya tadi.  Tak mahu perkara sebegini terjadi.
Risaunya hati aku melihatkan wajah itu terkena darah.  Tapi dia, tetap senyum bila aku berkata-kata.
“You okey?”  soal dia dalam kepayahan. 
“Saya okey.  Encik tu…”
Darah semakin membuak.  Naim bangkit, menuntun daddy nya untuk berlalu keluar daripada bilik bila diarahkan oleh pegawai yang ada sementara Amar mendapatkan bantuan.  Bila bahunya aku tolak sedikit, luka pada belakang bahu Nine benar-benar terkoyak lebar. 
Ambulans will be here, in anytime.  Encik Nine, minta bertahan, ya?”  Suara Amar menujah gegendang telinga. 
“Dari mana tembakan ni, Amar?”  tanyaku ingin tahu.
“Mungkin daripada bangunan sebelah.  I dah arahkan orang pergi tengok.  Kalau-kalau jumpa kelongsong peluru kat sana.  Gila.  Berani dia serang siang-siang hari.  Padanlah I rasa tak sedap hati je.  Memang ada serangan.  Bantuan pun lambat sampai.  Huh…” Kata-kata Amar menerpa gegendang telinga.  Dia merungut dalam kecewa.
“I rasa dia dah pergi… apa-apa pun keselamatan yang lain kena utamakan,” pesanku dan Amar mengangguk. 
“You Naina… nak tunggu sini atau you nak I…”
“I nak Naina temankan,” sampuk Nine tiba-tiba.
Kerut pada dahi Amar terentang tapi dia anggukkan saja kehendak Nine.  Amar menepuk bahuku dan berlalu ke luar, mengawal rombongan yang masih berbaki.  Setelah Amar berlalu, aku memandang Nine kembali. 
Dia sengih seketika dengan hujung bibir  yang berdarah.  Matanya terkebil-kebil dan wajahnya sedikit terdongak.  Menyeringai.  Nafas dia tersekat-sekat.  Hingga akhirnya Nine dia semakin tidak keruan dalam menyedut udara, aku yakin lukanya mula memberi kesan pada emosi dan fikizalnya. 
“Nine, you okey tak?”  Aku tepuk sedikit pipi Nine dengan telapak tangan berdarah. 
“Nine, jangan macam ni.  Nine akan selamat,”  bisik Tuan Benjamin pula.
“Jangan risau, tuan.  Dia akan selamat.  Cuma darah mengalir banyak sangat.” 
Sebenarnya, aku sendiri resah.  Desah nafas Nine turun naik.  Mulutnya terbuka dan matanya mula terbelalak.  Anak mata menghilang.  Yang ternampak hanyalah mata putih saja. 
“Dia sesak nafas.  Encik Naim tolong tepi sikit,” arahku seraya menolak bahu Naim. 
Dia mengesot sedikit.  Aku terus mengangkat kepala Nine.  Mendongakkan sedikit agar saluran pernafasan lancar.  Kerongkong terbuka dan terus dapat membawa udara masuk ke dalam paru-paru. 
“Nai... Nai... na... I...”  Sungguh dia mula kehilangan nafas. 
Tubir mata aku terasa basah.  Buat pertama kali setelah bergelar pegawai polis, aku tersentuh.  Hati sakit biarpun bukan aku  yang terluka. 
“Jangan cakap.  Nanti you lagi letih,” pesanku.
Nine menggeleng.  “Nai... Naina.. I...”  Nafas Nine kian kalut.  Beberapa kali disedut udara kasar, dadanya yang berombak kencang mula mengendur. 
Mengerti dengan apa yang sedang terjadi, aku terus tunduk.  Mendekatkan wajahku pada wajahnya dengan telapak tangan kiri berada tepat di bawah tengkuk dia. 
Aku buka mulut sedikit.  Mulut Nine yang sedikit ternganga aku sapa.  Udara aku tiup beberapa kali sebelum aku bangkit semula dan  menekan dada dia. 
“Satu... dua... tiga...”  Dan seterusnya, Nine masih diam.
Aku dekatkan  lagi bibir aku tepat ke mulut Nine yang luka.  Kutiup lagi udara ke dalam paru-parunya.  Moga dia bernafas.  Moga dia menghela udara. 
Beberapa kali begitu, akhirnya Nine terbatuk kecil.  Mata Naim sudah membulat.  Tuan Benjamin menghela nafas lega. Nine buka mata.  Tepat memanah anak mata hitam aku.  Anak mata Nine semakin kuyu merenung wajahku.  Lemah. 
Bibirnya tak lepas dengan senyuman.  Anak matanya dihiasi oleh satu kelopak saja.  Nampak sedikit sepet, kuyu.  Malah, mata kirinya nampak lebih kecil berbanding mata kanan.  Hidungnya mancung terletak dan bibirnya sederhana tipis dengan wajah yang sedikit cengkung.  Menaikkan rahang kiri kanan menampakkan dia persis lelaki sejati.  Maskulin. 
You are staring me, Naina…” 
Tersedar dengan teguran Nine, aku pantas membuka kot hitam.  Membiarkan kemeja putih yang mengikut bentuk tubuh itu saja  yang tinggal.  Alatan pendengaran di telinga aku buka. 
“Darah you mengalir lagi.  Try bernafas dengan tenang dan bertahan.  Sikit lagi.”  Pantas, aku lekapkan kot itu pada luka Nine setelah aku yakin, kain jenis itu tidak akan meresap darah dengan banyak. 
Nanti kotor baju you,” tegur Nine.
“Kotor baju I, I boleh basuh…”
“Luka I, I dah terasa diubati bila you pandang I macam tadi,” cantas Nine membuatkan aku kelu. 
Sendi terasa longgar.  Ada rasa asing yang berbisik.  Aneh.  Pelik.  Pertama kali melihatkan orang terluka, hati aku terluka sama.  Malah rasanya lebih teruk daripada kesan tembakan yang mengoyakkan bahu Nine.
“I… I…”  Aku gagap.  Nine senyum dengan mata yang terpejam.  
“Naina…”  Amar menegur membuatkan aku tersedar bila diri hampir terbawa-bawa dengan sakit kesan luka Nine. 
“Ambulans dah sampai.  Ready,” bisik Amar.
Nine buka mata.  “Sakit, kan… kena tembak?”  Soalan bodoh itu terkeluar dari bibir Nine.
Amar pandang aku dan aku pandang Amar. 
“Memang sakit,” jawab Amar. 
“Encik Nine, simpan tenaga.  Jangan cakap banyak.  Nanti makin berdarah,” pesanku bila dia nampak hendak berkata yang bukan-bukan dalam keadaan begini.
Selang beberapa ketika, pasukan perubatan meletakkan stretcher di sisi Nine.  Diangkat Nine penuh cermat tapi dia, tetap menggenggam tanganku yang menekan lukanya. 
“Satu hari nanti, kalau ada peluru nak masuk tubuh I lagi… I lebih suka kalau peluru yang you lepaskan, Naina,” bisik Nine bila dia meminta aku mendekatkan telingaku pada bibirnya.
Mata Nine kembali terpejam.  Tangannya terkulai ke bawah bila pautan jemari kami terlepas.  Aku pandang jari-jemariku yang merah dengan darah Nine.  Terasa menggigil.  Dia aku pandang hingga hilang dari pandangan mata.
“Forensik datang kejap lagi.  Kita keluar dulu,” ajak Amar mencantas resah. 
Lambat-lambat aku mengangguk.  Bagaimana aku hendak melihat dia terluka sedangkan hati aku yang terasa peritnya?



( Dzulkarnain a.k.a Nine)  Who's he to Naina?


TUAN RADZI mengeluh. 
Kan saya dah cakap, Neo buru Tuan Benjamin dan anak-anak dia.  Perkara macam ni pun kamu berdua tak boleh nak kawal?”  Dia  memuntahkan lahar kemarahan pada aku dan Amar yang tegak berdiri. 
Berdiri dalam pakaian putih yang merah separuhnya.  Kesan darah Nine tadi.  Rambut yang tidak kemas dan wajah juga comot dek terkena darah.
“Maaf, tuan.  Kami dilarang oleh Encik Dzulkarnain untuk masuk ke dalam bilik persidangan,” balas Amar tanpa riak.
“Ya, tuan.  Saya dan Amar dah masuk pada mulanya, tapi Encik Dzulkarnain mengarahkan kami  keluar,” sokong aku pula.
Meja dihentak kuat.  Tapi aku dan Amar tetap tenang biarpun di dalam dada menggelegak. 
“Kalau dia suruh keluar kamu berdua keluarlah?”  tempik Tuan Radzi, semakin nyaring. 
“Kami tak ada pilihan, tuan... kami menurut perintah!”  Aku bertegas pula. 
“Dan bantuan juga lambat tiba, tuan!”  Amar berkata dengan begitu jelas.  Jelas sedikit sinis pada pegawai sendiri.
Aku nampak wajah Tuan Radzi yang terngadah.  Dia melabuhkan duduk dan melepaskan keluhan berat. 
“Perkara dah jadi.  Mujur tak ada yang maut.  Kalau tak lagi teruk saya nak bagitahu pihak atasan.  Kamu berdua, boleh keluar.  Sediakan laporan lengkap untuk kes ni.  Forensik sedang jalankan tugas.  Katanya, kelongsong peluru tak dijumpai.  Boleh  jadi dia kutip dan kaliber tu entah ke mana perginya.  Lapua .322 boleh tembus dinding sejauh 1 kilometer lagi lepas terkena sasaran dan Nine tu sangat bertuah,” jelas Tuan Radzi dan dia memejamkan mata sambil memicit pangkal hidung.
Aku dan Amar sama-sama mengangkat tabik hormat sebelum berundur, mahu keluar tapi nama aku diseru Tuan Radzi.
“Naina, awak balik tukar pakaian,” arah dia.
“Baik, tuan...”
“Lepas tu ke hospital ambil keterangan Nine.”
Aku mengangguk sebelum mata Tuan Radzi terbuka dan dia memandang Amar. 
“Awak Amar... escort Tuan Benjamin dan Naim ke lapangan peribadi mereka di Subang.  Pastikan semuanya selamat.  Saya tak nak perkara ni berlaku lagi.  Memalukan pihak kita dan Negara kita sedangkan Negara kita di aman damai.  Polis semua cekap dan pantas,” arahnya tegas pada Amar.
“Baik, tuan!”  Tidak dapat tidak, Amar mengangguk dan sekali lagi mengangkat tabik hormat.
Aku dan Amar berlalu lemah.  Tertutup saja pintu bilik Tuan Radzi, Amar menarik lenganku. 
“You okey ke?” 
Kepala aku jatuhkan.  Fizikal okey.  Tersangat okey tapi hati gelisah. 
“Kot mana?”  soal Amar sambil merenung tubuhku seketika.
Menyedari persoalan Amar, barulah aku sedar akan pakaian putih yang mula menampakkan alas di dalam kesan basah peluh dan darah.
“Oh... I tekap luka Nine.”  Tangan mula mengawang-ngawang di depan tubuh. 
“I pergi tukar baju dulu.  Jumpa you nanti,” ucapku meminta laluan dan terus berlalu dengan larian anak menuju ke bilik sendiri.
Setibanya di bilik, aku mengeluh bila pencarian tidak berhasil.  Tiada baju  yang aku simpan seperti kebiasaannya sedangkan hati tidak sabar hendak berlalu ke hospital.  Malas hendak memikirkan hal remeh, rambut aku kemaskan sedikit dan wajah aku lap dengan tisu lembab.  Setelah itu, aku terus menyelitkan pistol di kaki kiri dan terus menapak keluar. 
Setibanya aku di hospital Gleneagles di Jalan Ampang, aku terus dibawa menuju ke bilik di mana Nine berada.  Terkuak saja daun pintu, ada seorang jururawat dan juga seorang doctor di tepi katil. 
Aku menapak masuk selangkah.  Dua langkah dan tiga langkah tapi akhirnya langkah aku pegun bila jururawat dan doktor itu memandang ke arah aku dengan wajah yang berkerut.  Bila aku mengintai sedikit, tubuh Nine dilitupi penuh dari kaki ke atas kepala.  Memberi makna yang dia sudah tiada.  Mimpikah ini?  Aku cubit lengan sendiri dan terasa sakit.

~~> bersambung

39 comments:

  1. hmm... rescue Naina tak ikut aturan..hehehe

    ReplyDelete
  2. RM...Nine meninggal ke ????????????Jgn la tengah syok baca ni...

    ReplyDelete
  3. Pls cakap naina salah masuk ward. Kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha'ah jiwa kacau sampai silap masuk ward.... huhu

      Delete
  4. uish...x leh jd nie ...

    ReplyDelete
  5. arghhhh...plzzz....nine jgn tinggalkan 'kami'

    ReplyDelete
  6. salah bilik kot... hehehe

    ReplyDelete
  7. ape ni RM suspen btul n3 kali ni..
    adeyyy jgn la nine yg prgi dulu

    ReplyDelete
  8. naina slh masuk bilik kan sis

    ReplyDelete
  9. he's gone?... out of my life... i was wrong... hahaha.. tetiba je.. RM, moga cepat sembuh..

    ReplyDelete
  10. i agak ni mesti di mati kan utk keselamatan:) hihihihi actually hidup lagi tue

    ReplyDelete
  11. Nine sebenarnye NEO kan RM....

    ReplyDelete
  12. "satu hari nanti kalau ada puluru nak masuk tubuh I lagi.. I lebih suka kalau peluru yang you lepaskan, Naina.." ....hmmm..wonder y Nine said this to Naina....agak2 later2 part nanti Nine "jumpa" Naina lagi ker???? hahaha.... Nine might "die" but i think Neo will be "back"....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun agak nine tu neo dia sengaja buat mcm tu sbb nk ttp jejak

      Delete
  13. Saya pun rasa yg Nine aka Neo...erm..

    ReplyDelete
  14. ohhh my! jgn bagi Nine mati dulu! Panjangkan sikit kisah cinta mereka.

    ReplyDelete
  15. drama ajer kot kata nine mati bg mengaburi mata neo.betul tak cik writer.....katakanlah betul tekaan saya ini.

    ReplyDelete
  16. hero jarang yg mati kan Rehan kan??????

    ReplyDelete
  17. apakah???? hwaaa... nine mati ke??? ke Nine prank Naina jer....
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  18. adakah in ini satu komplot utk membuat musuh nine menganggap dia sudah mati dan adakah dia sendiri yg merecanakan konspirasi ini untuk menutup apa yg telah dia sendiri rancangkan..Dan sebenarnya Nine masih lagi hidup dan bernafas..

    ReplyDelete
  19. Mungkinkah watak Nine dimatikan sementara untuk mengaburi mata NEO ??? RM x sabar cepat2 update ya...best giler entry kali ni.

    ReplyDelete
  20. tak naklah nine mati.....nie mesti salah satu plan utk kaburkan neo.....

    ReplyDelete
  21. KONFLIK konflik

    ReplyDelete
  22. Mati??? Saja2 buat buat mati ke? Banyak muslihat la kesian Niana perasaan dipermainkan

    ReplyDelete
  23. saya rasa nine dan neo tu adalah org yg sama.....

    ReplyDelete
  24. Yeah. I guess you right. Neo n nine is the same person. N mana mungkin nine matu. Dia tukan hero.

    ReplyDelete
  25. ayat Nine sgt menggangu jiwa...dia ke Neo yg sbenanya?

    >>k<<

    ReplyDelete
  26. erk...x kan nine mati...saje trick dia utk Neo anggap Nine dh mati kut

    ReplyDelete
  27. suspens sungguh la cerita kali nie...

    ReplyDelete
  28. dah berjanji nampaknya di situ,,kehkehkeh,, saya polo saya poloooooo

    ReplyDelete
  29. Cakap nine kat naina tu buat i suspen j .. Kot dia tulah neo tapi menyamar j.. Lagi yg last tu.. Tetiba naina dah masuk bilik rawatan nine keadaan yg memelikkan pulak..
    Huhu,RM thanks best cite niy.. Cepat sambong arh.. :)

    ReplyDelete
  30. Meninggal pulak, x mungkinnn......

    ReplyDelete