Tuesday, March 12, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 6


BAB 6

WAJAH keruh doktor lewat 40-an dan jururawat muda itu aku pandang tak berkelip.  Kabur sebenarnya.  Kabur dengan airmata yang mula bertakung pada tubir mata.  Tapi, tak sempat air jernih itu jatuh ke tengah pipi, aku seka dengan hujung jari.  Rasa tidak kena andai aku menitiskan mata pada saat ini.  Rasa aneh kerana yang diselubung itu bukanlah sesiapa pada aku. 

“Puan… saya…” 
Aku angkat tangan menahan doktor itu dari terus bersuara.  Rasa tak sanggup telingaku menerima kata-katanya yang seterusnya.  Kaki ini menapak dan terus menapak hingga aku benar-benar berdiri di sisi katil Nine, barulah aku berpaling pada doktor tersebut.
“Puan nak ambil keterangan ke?”  soal jururawat yang manis itu pula.
“Pada asalnya,” jawabku ringkas. 
Pandangan kami bertaut.  Aku ketap bibir dan mengangguk payah.  Dia senyum tawa.  Matanya memandang doktor dan kulihat, mata mereka berbicara sesama sendiri, menghantar maksud yang aku sendiri sukar hendak fahami melainkan jasad Nine yang sedang terbujur kaku.
“Masa tak sesuai,” ujar doktor itu padaku. 
“Dan tak akan ada lagi masa yang sesuai,” gumamku sendiri dengan bahu tegap yang jatuh akhirnya.  Lemah segala sendi.  Sakitnya hati.
Bila tubuh hampir jatuh, aku sempat berpaut pada kepala katil.  Mata dipejamkan.  Telefon aku tarik keluar dari seluar.  Hendak menghubungi Tuan Radzi.  Mengatakan kami dah terlambat.  Aku tak mampu selamatnya dia.  Aku tak pernah ada kuasa hendak menentukan apa yang aku mahu.  Tiap kali merancang tetap tewas juga dan tiap kali, aku tetpa memaksa diri ini reda menerima.
Nine bukan sesiapa.  Dia bukan sesiapa.  Aku berbisik pada diri sendiri.  Mata aku buka.  Skrin telefon aku sentuh pantas. 
“Kalau boleh, saya nak dapatkan laporan post-mortem body ni,” pintaku pada doktor itu dan dahinya berkerut.
Post-mortem?” 
Aku mengangguk.  “Saya kena siasat kes ni lebih lanjut dan Encik Dzulkarnain adalah saksi kejadian.  Memandangkan kami tak sempat nak dapatkan keterangan dia, kami harap doktor boleh sediakan  laporan kematiannya.  Saya akan dapatkan surat daripada mahkamah,” jelasku pada dia lagi. 
Wajah masing-masing kejung.  Aku dail nombor Tuan Radzi dan bila talian disambut selang beberapa ketika, aku dengar suara Tuan Radzi tenang.
“Macam mana Nine?” 
Bad news, tuan.” 
Kala hendak mengatakan berita itu, aku kehilangan kata tiba-tiba.  Rasa tidak pandai bertutur malah persis orang bisu juga.  Tanpa suara dan talian masih bersambung serta suara Tuan Radzi bergema memanggil namaku, mataku menjeling pada Nine.  Terketar-ketar tanganku menarik kain  yang menutup wajah tampannya.  Pucat.  Bagai tidak berdarah.
“Naina… awak dengar tak saya tanya ni?”  Suara Tuan Radzi aku biarkan saja. 
Terasa hangat juring mata aku.  Terasa berat kelopak mata.  Serasa bagaikan hanya aku dan mayat Nine saja saat ini  biarpun masih ada dua pasang mata lain yang memandang. 
“Tuan… Encik Nine… dia… dia…”  Aku gagap.  Tak mampu hendak menyatakan hakikat.
Jika Tuan Radzi tahu, tentulah kecewa tapi aku, menghadapi perkata begini biarpun bukan buat pertama kalinya, hati rasa luka.  Jika mencurah laju darah daripada luka di bahu Nine, deras lagi darah yang mengalir dari luka hati aku. 
“Naina… are you okay?  Zunaina!”  Tuan Radzi sedikit menjerkah. 
“Ya… ya, Tuan.  Saya okey.  Encik Dzulkarnain dia… dia…”
“Berapa kali I nak beritahu, panggil je I Nine… kalau boleh buang encik kat depan nama Nine tu.  Lagi merdu bila  you panggil macam tu,” cantas satu suara.
Terkejut bukan kepalang, telefon jatuh ke kaki.  Berkecai sarung dan bateri.  Tanganku menggigil.  Wajah Nine aku pandang.  Wajah yang tadinya pucat dan tak berdarah masih kekal begitu tapi bibir itu sudah tersenyum dalam kepayahan.
“Tadi I marah doktor… I suruh dia keluar sebab I nak tidur.  Tiba-tiba ada pulak suara lain yang menggeletar masuk dalam kepala I… and thank God… it was you,” bisik Nine lagi.
Aku berpaling pada doktor tersebut.  Dia senyum.
“Itulah saya terkejut puan nak post-mortem.  Dia dah lepasi fasa bahaya.  Cuma banyak kehilangan darah masa kejadian.  Tak apa, kami masukkan darah dan dia hanya perlu rehat secukupnya sampai luka dia sembut.  Tak boleh nak lasak-lasak.  Puan boleh ambil keterangan Encik Dzulkarnain tapi jangan terlalu beri tekanan.  Kami keluar dulu…” ucap doktor tersebut membuatkan aku malu sendiri.
Wajah aku kelat.  Tak mampu hendak senyum.  Malu, marah, sedih dan geram bercampur gaul.  Semuanya lumat dalam satu adunan. 
“Err… ter… terima kasih, doktor,” ucap aku gagap.
“Sama-sama and I guess you are the one you save his life.  Who wipes his blood,” tukas doktor itu sebelum dia berlalu.
Aku memandang kemeja pada tubuh.  Biarpun sudah aku basuh, pakaian  lembab itu masih jelas dengan merah darah.  Darah Nine. 
You scare me,” bisikku dalam pada mendamaikan nafas yang tadinya resah.
You scare me, either.  Dengan baju berdarah.  I ingatkan you luka.  Teringat pula tu darah I.  Kenapa tak tukar baju?” 
“Kenapa buat macam orang mati?  Berselimut macam tu?”  balas aku pula tanpa menjawab soalannya.
Nine senyum sinis.  Senyuman sinis seorang lelaki pada perempuan dingin seperti aku. 
“Diorang bising.  Itu ini… itu ini… dan I sangat letih.  I need rest…”
“Kalau macam tu, lain hari I datang ambil keterangan Encik Nine…” Aku mahu berpaling tapi tangan Nine pantas menyambar pergelangan tanganku.
Don’t go.  I won’t let you go.  Doktor dan nurse, orang yang paling annoying pada I sejak dari dulu.  Tapi sebab terpaksa, I dok juga sini.  Ikut hati I nak lari tapi tubuh I sangat letih.  I rasa lemah,” ujar Nine menahan kepergian aku.
Perlahan-lahan, aku lepaskan tangannya dari terus memegang tangan aku.  Punggung aku labuhkan di sisinya.  Dekat dengan Nine.  Memandang dia lama tanpa senyuman di bibir. Hanya wajah tiada riak semata-mata. 
Are you okay?”  soalku tanpa memikirkan apa yang dia katakan sebentar tadi.
Dia senyum.  Mengangguk lagi.
“Sakit?”  Keningku naik.
“Tak sesakit bila I rasa airmata you menitik atas muka I masa you bagi bantuan pernafasan pada I,” jawab Nine. 
Matanya redup dan terus diredupkan, memanah tepat pada mata aku malah sampai ke hati panahan itu.  Biarpun tiada senyuman, tapi kehangatan pandangan Nine jelas tergambar pada hujung matanya.
Wajah aku merona merah.  Mengingatkan perkata itu, itu adalah kali pertama aku sentuh bibir lelaki.  Mungkin waktu itu keadaan tegang tapi bila dia mengungkit begini, rasa gelisah semacam.
Don’t mention it.  Dah tugas I dan I bersyukur Encik Nine okey.  Saya harap perkara ni tak jadi lagi.  Kalau kata saya ada kat dalam pasti…”
“You yang kena Naina dan I tak nak lihat you tercalar biarpun pada hujung kuku,” sampuk Nine menjadikan kerutan pada dahi aku bertambah lagi segaris.
Mata kuyu itu tepat memandang aku.  “You tergesa-gesa datang jumpa I sampai tak sempat tukar baju?  Buat I terkejut bila I buka mata tengok you berdarah.  I ingat you luka and  I feel so bad if you hurt.  You risaukan I sangat ke?”  Nine mula bermain bahasa. 
Aku menggeleng menafikan telahan Nine.  Sejujurnya hati aku menjawab ya tapi akal aku menafikan sekeras-kerasnya. 
“I datang atas arahan.  I ada dengan you atas arahan.  Kalau kata I kat sana dan I yang terkena, I rela terkorban sewaktu menjalankan tugas daripada lihat orang yang patut I jaga terjejas keselamatannya.  You adalah amanah, Encik Nine.   Sementara you ada bawah kawalan I… I harap you dengar kata-kata I lain kali.  Apa-apa jadi, you remain dekat belakang I tapi satu I pelik…” 
Bicaraku berjeda.  Aku keluarkan pen dan kertas.  Wajah Nine kembali aku tatap. 
“…biasanya sniper ni akan menembak tepat pada sasaran.  Penembak tepat hanya punyai satu prinsip… one bullet, one head.  Sangat jarang kalau penempak tepat terlepas sasaran yang membawa maut.  Atau boleh jadi you cuba selamatkan orang?  Tuan Benjaminmungkin?’  duga aku pada Nine.  Memulakan siasatan awal secara spontan.
Dia diam seketika.  Lama-lama dia senyum lagi.  Sesekali dia menyeringai.  Menahan sakit barangkali.
So, sekarang Inspektor Naina nak ambil keterangan dah,  ya?”  tanya dia.  Sinikal.
Aku yang sudah sedia dengan pen dan buku nota kecil mengangguk.  Memang ini tugas aku.  Seperti mana yang diarahkan.  Inilah yang aku akan lakukan.
“Saya menjalankan tugas, Encik Nine.”
Dia senyum.  “You betul, Naina.  Semua sniper pegang rule macam tu.  Sebutir peluru untuk satu kepala tapi I terlepas daripada sasaran…”
Then… ceritakan kejadian tengah hari tadi,” pinta aku sedikit menggesa. 
Ada salah seorang ahli mesyuarat selak langsir.  I tak tahu bila.  Tak sedar sebab terlalu busy dengan presentation.  I rasa tak sedap hati dan bila kaca pecah, I terus tolak Uncle Ben sebab I yakin, peluru tu adalah untuk dia…”
“You jadikan diri you galang ganti?”  potong aku tak sabar hendak mengetahui apakah yang terjadi di dalam bilik tersebut.
Bibir Nine mencebir.  “Yeah… kalau tak I, siapa lagi, kan?  Lagipun, kalau kata tergadai nyawa pun, I masih tak mampu nak balas jasa uncle pada I…”
I’m too curious, kenapa Tuan Benjamin kena serang?  Pernah terjadi ke sebelum ni?”  Pen menari sedikit.  Wajah Nine aku pandang lagi.
Dia diam tidak menjawab.  Memandang aku tak lepas dan cuba bergerak sedikit tapi aku menahan tubuhnya.  Melarang dia bangkit, takut lukanya  kembali terkoyak.
“Tak terkira, Naina.  Sebab tu I sanggup mohon Bukit Aman kawal keselamatan dia dan Naim.  Dia businessman besar dekat Thailand dan you tak pernah tahu macam mana Negara jiran.  Peluru adalah mainan diorang.  Siapa di atas, dialah dijadikan buruan dan pemburu akan memburu bila-bila masa bila disua dengan umpan yang besar.  Uncle Ben dikenali di sana.  Di mana-mana saja ada musuh dia yang bersedia hendak menyerang,” jelas Nine padaku.
“Tapi, pasti bersebab, kan?”  Aku masih punyai rasa ingin tahu yang meluap-luap dalam diri.  Hendak tahu akan perniagaan yang mereka jalankan.
Nine gelak.  “Bisnes keluarga I biasa-biasa saja, Naina.  Kalau you nak tahu lebih dalam, you kena join keluarga I.  Setuju?”  Kening lebat Nine naik tinggi.  Mencabar jawapan daripadaku.
Kali ini, aku pula tersenyum sinis.  “I dah biasa bersendiri, Encik Nine.  Lebih selamat dan tak melukakan hati orang sekeliling andai apa-apa berlaku pada I…”
“Untuk tu you pilih kerja mencabar ni?”  pangkas Nine menyoal.
Aku diam.  Terus mencatit beberapa perkara. 
“I risik tentang you, dengar kata you adalah salah seorang penembak tepat UTK, betul?”  tanya dia lagi.
Aku masih lagi diam.  Pen terus menari.
“I pun sendiri, Naina tapi sejujurnya I tak malu nak mengaku pada you, lepas I tengok you, I ada keinginan  untuk hidup berkeluarga,” tukas Nine lagi.
Kali ini, berjaya menarik perhatian aku agar aku memandangnya. 
“Satu hari nanti, kita juga perlu sendiri bila dikembalikan pada Pencipta, Encik Nine dan soal ini tak ada kaitan dengan kes kita.  Kalau Encik Nine tak keberatan, saya nak bertanya lagi,” selaku dingin.  Langsung tidak aku beri peluang akan apa yang dia cuba sampaikan.
“Encik Nine kat mana masa tembakan tu melalui cermin?”
“I tengah buat presentation...,” jawab dia  yakin.
Aku mengangguk beberapa kali.  Logik jika dia dalam keadaan berdiri dan menolak tubuh Tuan Benjamin.  Menerima peluru di bahu kanannya. 
“Naim?” 
“Sebelah daddy dia.”
“Ada Encik Nine syak sesiapa?” 
Bibir Nine terkatup rapat.  Lama-lama, Nampak bergerak sedikit.  Kering dan pucat.  Nampak dahaga. 
“Kalau you datang sebagai Naina, I suka you datang tapi kalau you datang sebagai Inspektor Naina, you make me feel exhausted.  You may leave… dah sihat nanti I sendiri akan cari you,” bicara Nine  lantas dia rendahkan tubuhnya dengan segala daya dan cuba menutup kembali wajahnya dengan selimut.
Wait…”  Tanganku menahan perbuatan Nine dengan sendirinya.  Bersentuhan dengan kulit Nine bagaikan punyai renjatan  yang hebat. 
“… soalan penting untuk keselamatan you, Encik Nine…”
As Naina, I akan jawab, as Inspektor Naina, tolong datang lain kali sebab I nak rehat,” tukasnya sedikit keras dan dia berpaling ke arah lain.  Persis merajuk.
As your bodyguard…”
Not my bodyguard at all…”
I care about youBodyguard yang betul-betul risau akan keselamatan Encik Nine,” cantas aku.
Nine merengus.  “I have no enemies.  Tapi lepas ni mungkin I ada sebab I mula jatuh suka dengan seseorang.  Kekasih  orang mungkin.  I bakal kena pelangkung dengan kayu golf, boleh jadi,” ucap dia lagi.
Aku ketap gigi.  Berdebar bagai hendak terpenggal salah satu tulang rusuk bila Nine berkata demikian sambil merenung tepat ke mata aku.
“Err… I tak kata Encik Nine… boleh jadi Encik Naim atau juga Tuan Benjamin sendiri?”  tebak aku melarikan topik yang sedang Nine hangatkan di dalam jiwa.
“Musuh Tuan Benjamin adalah musuh I juga.  Tapi kami tak bermusuh dengan orang.  Orang yang bermusuh dengan kami.”
“Tak  kiralah siapa bermusuh dengan siapa.  Apa yang saya nak tahu, ada tak Encik Nine syak sesiapa?”  tegas aku pula.
Dalam kepala aku, aku mahu Nine menyebut nama Neo.  Aku mahu dia gambarkan wajah Neo.  Biarpun jelas di mata aku wajah Neo yang kurang jelas di dalam fail jenayahnya, aku masih mahu Nine menyebut nama itu dan aku akan buru lelaki itu hingga ke helaan nafas yang terakhir. 
Lama Nine diam.  Berfikir tapi akhirnya, jawapan yang keluar adalah sama juga. Membuatkan aku kecewa sedikit.  Hendak memaksa juga tiada guna memandangkan dirinya yang masih tidak berkudrat mana.  Emosi juga boleh jadi terusik.
“Uncle Ben ahli perniagaan terkenal.  Musuh ada di mana-mana tapi di sini…”  Nine angkat tangan dia.  Dilekapkan ke dada.
“… terasa aneh juga,” sambung dia berbisik.
Aku pantas bangkit.  Buku nota aku masukkan ke dalam poket seluar.  Pen aku selit di poket kiri.
I got to go dan Encik Nine juga perlukan rehat.  Apa-apa hal, saya akan datang lagi.  Jangan risau, kami akan jaga kelamatan Encik Nine 24 jam dan Amar sedang escort Tuan Benjamin dan Encik Naim ke airport.  Kalau Encik Nine nak apa-apa, saya boleh dapatkan sebelum saya balik ni,”  ujarku lancar. 
Tak mahu lagi Nine cuba memancing minat dan pandangan aku padanya.  Aku tunduk mengutip telefon yang berkecai.  Memasang kembali dan aku letak di dalam poket sambil menilik pakaian yang kotor. 
“I ada jaket.  You ambil dalam almari tu,” ujar Nine tiba-tiba.
“Tak apa.  Saya dah nak terus balik ke rumah.”  Aku pandang dia dan kugariskan senyuman tipis.  Tawar. 
Alas kat luar pun tak apa, Naina,” bicara Nine dalam kepayahan.
Aku menggeleng pula. Kerusi aku tolak rapat ke katil.  Selimut Nine aku betulkan sedikit menutup dada yang terdedah itu.  Terasa dingin hujung jari Nine.
“Tak apa… I dah biasa kotor macam ni.  Nak perlahankan air-cond?” 
Dia diam tidak memberi reaksi. 
“Erm… kalau macam tu, I balik tu.  Nanti esok saya datang dengan Tuan Radzi dan Amar.” 
Aku mula menapak tapi hanya selangkah, Nine memanggil lagi. 
“Tak apa kalau you dah biasa kotor tapi you boleh ambil jaket I… alas luar dan tutup apa  yang tak sepatutnya I atau lelaki lain nampak,” kata Nine lagi. 
Aku ketap bibir.  Memandang tubuh sendiri bila Nine berkata demikian.  Garisan singlet jelas kelihatan.  Tali halus di atas bahu juga mungkin jelas.  Biarpun punyai alas lain di dalam, tapi pastilah nampak segala lekuk yang ada.  Pada Nine, aku berkalih.
“I pinjam dulu.” 
Segera aku menapak ke arah almari.  Pintu gelungsur itu aku tolak sedikit.  Sehelai jaket hitam tergantung kemas.  Bila aku capai daripada penyangkut baju, menyarungkan ke tubuh, ada bau wangi yang menggoda rasa.  Nine senyum.
“Cantik dengan you tapi agak besar.  Tunggu I dah sihat, kita beli yang sesuai dengan saiz tubuh you.  Nampak smart,”  puji Nine.
Aku mencebirkan bibir.  “Thanks anyway…rehatlah.  I keluar dulu.”
Nine mengangguk.  Mata dipejamkan.  Aku terus menapak menuju ke pintu.  Lega bila dia sudah lepasi zon bahaya tapi aku bimbang jika Neo masih menyerang.  Aku yakin Neo pasti muncul lagi. 
Sekitar bilik aku pandang.  Langsir bertutup.  Langsung tidak nampak suasana di luar.  Saat aku pegang tombol pintu, Nine bersuara lagi.
“Tadi sebelum you cakap nak balik, you kata kalau I nak apa-apa, I boleh minta dan you akan dapatkan, kan?”  soal Nine pada aku.
Aku memandang dia yang masih memejamkan mata. 
“Ya… Encik Nine nak apa-apa ke?” 
Dia tidak menjawab.  Hanya segarit senyuman payah terukir.  Menghantar berbagai makna yang tersirat pada aku.  


~~> bersambung

35 comments:

  1. Sweet talker la nine ni..bikin org cair..he3

    ReplyDelete
  2. Siapa nine sebenarnya. Oh. So sleepy. See all tomorrow dears.

    ReplyDelete
  3. jeng...jeng apakah yg Nine nk tu ^^...... HATI NAINA la... tnya boleh :D
    -Syira Azmi-

    ReplyDelete
  4. Alaaa,banyak betul belitnya nine niy...
    Feel masi suspen kat dia jugak,hehe..

    ReplyDelete
  5. Atau neo adalah naim... Iah betul2 bikin jiwa kacau ni kakRM

    ReplyDelete
  6. Yeah, manisnya mulut si nine ni... Tak payah buh gula... Pandai dia mengayat nak trap naina ni... Tgk mcmana akal dia kelak.. He..he..

    ReplyDelete
  7. kijam... kijam... rehan kijam. adoi, camne ni nine suka bagi org jatuh hati dekat dia lah. hai lah

    ReplyDelete
  8. Best....baru dpt tarik nafas lega RM. Thank you RM.....

    ReplyDelete
  9. sukaaaa...nine dgn naina..padan

    ReplyDelete
  10. entah2 itu Nine adalah Neo...siapa tahukan..

    ReplyDelete
  11. alahaiiii jatuh cinta ngan ninee....hehhee tq rehan the besttt

    ReplyDelete
  12. perghhhh.....baru ler stabil jantung nii...

    ReplyDelete
  13. i nk uuu naina...hehheheee...

    ReplyDelete
  14. Thank RM. Hidupkan kembali watak Nine.

    ReplyDelete
  15. Aduhaiiii...luruh jantung baca NINE pagi niee....

    ReplyDelete
  16. aduhaiii misterinya nine..
    masa aritu kata lebih rela naina yg tembak dia..
    musykil.. apa2 pun cerita ni mmg best..
    aksi kepolisan the best! =)

    ReplyDelete
  17. really in love dgn cite ni...tq RM for this story,...

    ReplyDelete
  18. ada juga terasa aneh itu...

    ReplyDelete
  19. Agak2 pesta buku nanti sempat siap x mini novel ni, RM ?

    ReplyDelete
  20. lega nine masih hidup,risau tau hero macho ni tak ada.asal la nine ni macam nak sorok ajer siapa yg punya angkara ni semua.mesti ada musuh dalam selimut ni.good job RM tak sabar nak baca lg.

    ReplyDelete
  21. idea prubahan yg bagus...rase mcm citer csi je....good job..

    ReplyDelete
  22. nice story rm.. something different from ur usual writing. tp kan.. boleh tak kurangkan grammatical error.. terstop kejap tang tgh syok2 baca.. anyway good job and happy writing and thanks for being creative and imaginative.. -along-

    ReplyDelete
  23. eee RM ni suka tau wat suspen...

    ReplyDelete
  24. aaa... sweet ahhh hero niiii!!!

    ReplyDelete
  25. suka Mr Nine La...
    <3

    boleh x kak RM?

    ReplyDelete
  26. sweet dan misteri...harap2 xada yg terluka...

    ReplyDelete
  27. aduhai leleh leleh dah rasa hati nie...hero kak rehan nie kalau x bikin orang cair memang x sah! :)

    ReplyDelete
  28. Adakah neo=Nine? Hihi

    ReplyDelete
  29. arghhh,, suspen betul.. mati2 sy igt nine dah mati.. and sy harap sambungan dia nnt, nine ckp '' saya nak hati awak,,'' >< * saya mmg kuat berangan..* ! apa2 pon,, mcm biasa.. karya kak rehan tetap best.. x pernah bosan ;D

    -athirah-

    ReplyDelete
  30. Nine ni mcm perisik pulak.. perahsia sangat. entah2 dia ni perisik ke apa ke yg menyamar sb nk th kat mana musuh tuan benjamin sebenrnya.. atau blh jadi nine tu neo.. tp siapa nine sebenarnya hanya kak RM yg blh jawab. kan..kan..hehe

    ReplyDelete