Wednesday, May 01, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 25


BAB 25

DARI JAUH aku nampak sebuah kereta mewah terparkir kemas di tengah laman di depan rumah.  Bila aku kecilkan anak mata, tertangkap satu susuk tubuh lelaki yang keluar daripada perut kereta dan itupun setelah pintu kereta dibuka oleh orang lain.
Seorang lelaki segak dengan kot hitam dan cermin mata hitam menapak ke arah rumah.  Tanpa salam, dia disapa oleh suara mak ngah. 

“Cari siapa?  Naina?” 
Aku memasang telinga dan mencerlungkan pandangan.  Suryani ada di sisi mak ngah di anjung.  Lelaki itu pula semakin  mendekati.
“Ya, dia ada?”  tanya suara asing itu.
Tapi, bila aku amati, rasanya tidaklah seasing mana. 
Kaki aku maju ke pintu utama.  Nampak mak ngah sedang memegang penyapu lidi dan Suryani pula setia menemani. 
Pintu aku kuak sedikit bagi menonjolkan diri.  Wajah lelaki itu melangut memandang aku yang ada di depan pintu.  Bibirnya nampak tersenyum tipis.  Senyuman sinis.  Cermin matanya dibuka dan dahi aku berkerut seribu. 
Tak salah aku, dia?  Dan dia buat apa kat sini?  Secara tiba-tiba? 
“You ni…”  Aku cuba meneka tapi masih teragak-agak.
Rasa tak logik.
Macam sasau kepala hendak aku fikirkan kenapa dia ada di depan rumah aku dan itupun di kampung?
“Yeah, you tak salah orang,” jawab dia bersama bibir yang menceber. 
Mak ngah memandang aku.  “Kawan kau ke?” 
Aku menggeleng pada mak ngah.  Bukan kawan.  Bukan juga musuh tapi seseorang yang aku pernah kenal tapi tak mahu aku temui lagi. 
“Dah tu siapa?” 
“Seseorang yang Naina kenal,” jawab aku.
“Kalau macam tu, mak ngah ke dapur dulu.”  Mak ngah terus berlalu ke dapur. 
Hanya Suryani yang aku paksa menemani aku saat ini.  kaki ini melangkah turun dari anjung ke anak tangga pertama. 
“Kenapa you datang dan macam mana boleh sampai ke sini?”  soal aku.
“Nine,” jawab dia sepatah.
“Apa?”  Berkerut dahi aku saat ini.
“Dia bagitahu alamat ni?” 
Lelaki ini mengangguk.  “Tak percaya?”  duga dia.
Aku tidak berkata apa.  Senyuman mati.  Dalam hati berkira-kira sendiri.  Tak mungkin Nine atau kerana dia Nine perlu pergi? 
“You paksa Nine balik?” 
Wajah lelaki ini tersenyum.  “I tak perlu paksa… dia tahu daripada mana dia datang dan kepada itulah dia harus kembali.” 
Terasa hendak aku tembak tepat ke kepala dia bila dia menjawab aku begitu.  Terasa Nine dalam bahaya dengan kata-kata dia. 
“So, apa masalah you sampai cari I ke sini?” 
“I need you,” jawab dia sambil menyeluk poket seluarnya.
“What kind of need?  I off duty.  Why don’t you just call Tuan Radzi, perhaps…,” cadang aku.
Dia gelak kecil.  “I dah biasa dengan you.  Pertama kali I ke sini pun, you jaga I.  now, I ada conference I nak you guard I…” 
Aku pandang Suryani yang sudah memaut lengan aku.  Nampak takut dengan penampilan lelaki di dalam sut hitam  ini. 
“Maaf tapi I tak boleh.  Sia-sia je you datang sejauh ni…,” jawab aku lembut dalam ketegasan.
“You mesti ingat apa yang I pernah katakan dulu, kan?”  soal dia.
Aku diam, membiarkan dia menyambung kata-katanya.
“I akan dapatkan apa dan sesiapa saja I nak.  Termasuk barang dan orang yang Nine sayang,” jawab dia bongkak.
Hati aku menggelegak tiba-tiba.  Lengan Suryani aku tolak sedikit kasar dan kaki aku laju menuju pada dia  yang terlalu kurang ajar saat ini. 
“Naim, sejujurnya I tak pernah tahu apa masalah you dengan Nine.  Mungkin dia tu hanya pekerja pada bapak you tapi you kena ingat, dia pun manusia biasa.  Ada rasa dan perasaan.  Kalau dengan mengugut dia you boleh cari I sampai ke sini dengan harapan I akan ikut telunjuk you…”  Kata-kata aku terhenti.
Aku berdecit lama. 
Menggeleng.
Tersenyum sinis.
“…you dah tersilap orang!”  tekan aku menahan geram. 
Bibir Naim tersungging dengan senyuman tipis pada hujungnya. 
“Interesting, Naina… sangat mengujakan.  You dan Nine sama-sama nak pertahankan diri masing-masing.  You tak nak dia sakit dan you pun sama tapi I ada kuasa.  Nine tu tak ubah macam lembu yang dicucuk hidung.  Dia akan ikut apa saja I cakap dan dia tak boleh nak cederakan I walaupun dengan segaris calar…”
“Habis tu, you expect dia akan serahkan I pada you dengan harapan you bahagia?  macam tu?”  tanya aku mencantas kata-katanya.
Bibir aku mengukir senyuman tipis.  Mata Naim aku tentang. 
“Ini yang buatkan I teruja dengan you, Naina.  I nak sangat tahu di sebalik kekerasan you ni, ada tak kelembutan yang boleh mencairkan hati lelaki seperti I ni…,” gumam dia memjawab bentakan aku.
Suryani di belakang sudah turun merapati aku.  Ditariknya lengan baju, bagai bimbang aku akan jatuhkan penumbuk tepat ke muka Naim. 
“Nine tak akan jumpa you lagi, Naina dan kalau pun dia nak jumpa, you akan tolak dia jauh-jauh.  Kalau you tak percaya, you ingat kata-kata I ni.  Masa tu, kalau you rasa I betul, you datang cari I.  I sentiasa nantikan kehadiran you pada I,” ujar Naim lagi lantas dia selitkan sekeping kad pada poket baju T yang aku pakai. 
Matanya dikenyitkan sekali. 
“Sejauh ini I datang tapi hampa juga tapi I tak akan putus asa.  Call me when you are ready,” suruh dia sebelum dia berpaling dan berlalu ke arah keretanya.
Tak sempat Naim menarik pintu  kereta, aku menahan langkah dia.
“Apa masalah you dengan I, Naim?  Apa yang I buat pada you sampaikan you kacau hidup I macam ni?  Sedangkan I hanya ditugaskan untuk menjaga you sebelum ni dan I dah laksanakan tugas I sebaik mungkin.  Nine yang ditembak, bukan you atau daddy you.  Apa yang buat you jejak I sampai ke sini?”  soal aku bertubi-tubi.
Sudahlah Nine juga pergi meninggalkan aku lemas dalam pelbagai soalan yang melanda.  Tidaklah sedikit malah semakin terbeban kepala aku dengan persoalan apatah lagi bila Naim juga muncul dan itu pun dengan tiba-tiba. 
Ironinya, setelah Nine pergi beberapa saat. 
Tubuh Naim berpusing 180 darjah memandang aku.  Kakinya kembali menapak mendekati aku dan cermin mata hitamnya diturunkan.  Bibirnya nampak sinis dan renungannya kian tajam.
“Sebab you adalah perempuan yang Nine cinta,” jawab dia separuh berbisik.
Aku kerutkan dahi.  Hampir bertemu antara dua kening di tengah-tengahnya.  Naim berpaling dan melangkah pergi.  Menghilang di dalam kereta Lexus hitam mewah itu dan kini, hanya kesan tayar yang tertinggal. 
Juga, kata-kata akhirnya yang membuatkan aku berfikir bukan sekali malah dua kali dan beratus kali.  Mencari arah dari mana kata-kata itu pernah aku dengari. 
Sungguh.
Aku yakin dan amat yakin,
Aku pernah dengar suara itu dalam intonasi yang lain.  Aku pernah dengar ada yang menjawab demikian bila aku menyoal kenapa. 
Aku hampir pasti.
Hampir yakin.
Namun jika ya… mampukah? 



BERKALI-KALI aku cuba menelefon Nine tapi sayang, taliannya tidak bersambung.  Namun aku, tak mungkin berputus asa.  Sekali lagi mencuba, masih kecewa
Sekali lagi, juga kecewa.
 “Dapat?”  soal mak ngah yang juga nampak menggelebah.
Dia nampak gusar setelah aku ceritakan tentang kedatangan Naim yang tidak diundang siang tadi.  Suryani sedari tadi diam tak berkata apa.  Nampak ketakutan dalam riak mata masing-masing.
Aku menggeleng pada mak ngah.  Dia mengeluh kecewa. 
Jika dia kecewa, aku berjuta lagi patah riuk hati ini.  Naim sentiasa wujud antara kami.  Pertama kali dulu, dia pernah bersikap kurang ajar tapi Nine menghalang.  Kali ke dua juga tapi adakah untuk kali ke tiga?  Atau mungkin kali ke empat?  Jika ya, di mana?
 Aku tekan sekali lagi nombornya dengan menyebut nama Allah berkali-kali.  Jika dia untuk aku, dia akan menjawab panggilan yang sengaja diputuskan talian ini. 
Beberapa kali deringan, akhirnya…
Mata mak ngah aku pandang.  “Dapat,” ujar aku tanpa suara. 
Dia usap dadanya.  Lega.  Sudahnya, dia heret Suryani menjauh. 
“Nine, saya… Naina,” tegurku memulakan bicara.
Talian di sebelah sana sepi. 
Biarpun begitu, aku yakin Nine sedang mendengar.
“Saya tahu awak dengar, kan?  Awak kat mana?  Kenapa tinggalkan kami macam tu je?” 
Dia masih lagi diam menerima soalan aku. 
“Kenapa?  Sebab Naim ke?”  tanya aku sambil membawa tubuh sendiri mendekati jendela  yang ternganga lebar membiarkan angin malam masuk.
“Awak kata awak nak lindungi saya tapi kenapa awak lari?  Sebab awak tahu Naim akan datang cari saya di sini?  Rumah mak ngah ni?”  tanya aku tenang.
Aku dengar Nine menelan liurnya kasar.
“Naim datang cari awak kat sana?  Bila?”  Akhirnya, dia bersuara dan aku menghela nafas tenang.
Siang tadi.  Lepas awak pergi.”
Keluhan demi keluhan Nine lepaskan.  “Are you okay?  Awak dan keluarga awak okey ke?”  soal dia kerisauan.
“Kalau saya kata kami tak okey, awak nak berlari ke sini ke?”  soal aku sedikit sinis.
Nine ketawa kecil.  Tawa yang dibuat-buat.
“Saya dah bawa awak ke arah bahaya, Naina.  Awak dan keluarga awak,” ujar Nine lemah.
“Apa maksud awak?”  Dahi sudah berlapis-lapis menerima kerutan dan persoalan.
“Saya tak patut jatuh cinta pada awak.  Saya patut sedar siapa saya.  Saya tak layak untuk mana-mana perempuan lebih-lebih lagi awak.  Sudahlah tak mampu buat awak bahagia, sekarang ni buat awak berada dalam bahaya pulak.  Ampunkan saya, Naina...,” luah Nine beremosi.
“Apa yang awak katakan ni, Nine?”  Aku semakin keliru dengan kata-kata dia.
Lain yang aku rancangkan, lain yang jadi. 
Aku mahu luahkan segalanya tentang Naim.  Menyedari bahayanya Naim pada dia dan aku sendiri, aku mahu dia ada di sisi aku setiap masa biar mudah aku menjaga keselamatan dia  yang begitu mudah digertak oleh Naim.
“Nine, balik sini.  Biar saya jaga keselamatan awak,” cadang aku.
Tapi sayang, cadangan itu diterima oleh tawa yang pelik.
“Saya yang patut jaga awak, Naina… bukan awak jaga saya,” tegas Nine kemudiannya.
“Kalau macam tu, saya perlukan awak kat sini.  Ada masanya saya rasa Naim tu menakutkan.  Dia siapa?  Kenapa saya rasa saya pernah kenal dia dan saya pernah jumpa dia setelah kes dulu tu?  Awak bagi tahu saya siapa dia?”  pintaku tapi sayang, Nine hanya diam. 
“Apa pulak dendam dia dengan awak, Nine sedangkan awak dan dia bersama-sama selama ni?  Tak ubah macam Neo,” sambungku lambat-lambat menyebut nama Neo.
Mengingatkan nama itu, rasa tercarik hati.  Rasa sakit seluruh tubuh dan rasa hangat tepi bibir kesan tamparan dia dulu.  Rasa koyak jiwa bila mengingatkan yang Nine pernah ditembak. 
“Saya akan lindungi awak dari jauh, Naina… hanya dengan cara ni saya mampu lindungi awak.  Maaf, tak patut saya libatkan awak.  Tak patut saya jatuh cinta pada awak,” ulang dia sekali lagi.
“Tak… jangan katakan cinta, tapi saya tak patut jumpa awak dari awal lagi,” ujar dia pasrah.
“Nine…”  Suaraku sudah sebak. 
Kata-kata terputus. 
Terjerut di leher.
“Apa masalah dia, Neo dan kita ni sebenarnya, Nine?” 
Nine diam.  Membiarkan talian berasa kosong begitu buat jangka masa yang lama.  Aku sudah hampir menangis bila rasa tak sedap hati. 
Resah.
“Naina,” panggil Nine lembut. 
“Saya nak minta dari awak satu perkara, boleh?”  soal dia.
Tanpa menanti kata-kata daripada aku, Nine bersuara menyambung.
“Boleh tak awak biarkan je niat awak nak siasat kes kematian arwah ayah dan umi awak tu?  Saya rasa semuanya akan jadi terlalu bahaya untuk awak dan keluarga awak.” 
Menerima permintaan Nine yang aku rasakan tidak masuk akal itu buatkan aku hampir pitam. 
Aku menggeleng perlahan.  “Tak mungkin, Nine.  Saya dah mulakan dan saya akan pastikan semuanya akan berakhir dengan baik.” 
Nine mengeluh tipis. 
“Kalau macam tu, saya akan lindungi awak, Naina,” ujar Nine cukup perlahan menujah gegendang telingaku.

bersambung

RM : Get ready guys... (ready utk apa pon RM tak tahu).. 

5 comments:

  1. aduh..tiap kali baca..jantung mmg rasa nk terkeluar..selalunya sbb melting skrg sbb saspen..

    ReplyDelete
  2. ape plak masalah kali ni...

    ReplyDelete
  3. takutnyerrr...jgn le jadi apa2 kt naina dan nine dan makngah dan suryani..adoyaiii...

    ReplyDelete
  4. knapa nie..... tetiba jdi takot la plak dgn ayt last abg nine nie.... walaweh... dup dap dup dap da nie :(

    ReplyDelete
  5. Mesti neo adalah naim kn.....nk smbg baca lg, suspen sudah

    ReplyDelete