Wednesday, May 29, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 25

BAB 25

AYIE dah pergi kuliah.  Tinggal aku sorang-sorang.  Nak sembang tak ada kawan.  Adalah jiran yang lain tapi tak pulak aku jumpa secara berdepan.  Macam mana rupa pun aku tak tahu tapi kata Ayie kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia

Aku buka laptop Ayie.  Segera aku log in Skype.  Rindu pada mama dan papa serta Aryan tak terkira lagi.  Rasa macam dah berzaman aku bersanggah di Berlin bila pelbagai perkara yang terjadi pada aku dan Ayie dalam masa terdekat ni. 
Mata aku tunak merenung skrin i-Mac milik Ayie.  Tak sabarnya nak tatap wajah-wajah yang aku rindu ni.  Nak-nak lepas apa yang terjadi ni, aku lagilah rindukan ma.  Rasa macam banyak perkara nak diceritakan pada dia.  Dari hari pertama hingga ke saat ini.
Tak mampu menahan diri, aku senyum lebar.  Kata Ayie, makhruh senyum sorang-sorang.  Tapi aku senyum hanya ingatkan dia seorang.  Kenakalan dia dan sikap dia suka kenakan aku tu, memang boleh buat jantung aku terkehel.
Lama aku nanti.  Biasanya mama akan online waktu ni.  Sesambil membetulkan manuskrip yang dihantar pada dia.  Aku yakin mama ada. Cumanya, network agak kurang okey.  Nak tak nak kena sabar. 
Aku tongkat dagu sambil menggendang meja dengan jari-jemari.  Sesekali rambut yang masih lembab yang jatuh di birai wajah, aku selak ke belakang telinga. 
“Aryana?” 
Aku tegakkan badan.  Serta-merta aku sentuh cursor dan memaksimakan gambar mama yang sedang terpampang pada skrin.
“Mama!!!”  Aku dah jerit.  Teruja.
Mama menggeleng bersama senyuman.  “Assalamualaikum…”
Okey, rasa diperli di situ.  Baru beberapa hari tinggalkan Negara sendiri, aku boleh pulak lupa nak bagi salam pada mama.  Aku garu kepala dan tersengih.
Waalaikummusalam, ma… Rindu…”  Cepat-cepat aku ucapkan rindu sebelum mama bagi tazkirah pasal aku lupa nak bagi salam.
Mama menceber.  Dia pun dah tahu taktik aku yang agak kurang teknik tu.  Tapi, dia layankan saja. 
“Busy benar Arya dengan Ayie, kan?  Sampaikan sekali je call ma… ma nak call pun takut you all busy.  Yalah, Ayie nak masuk kuliah, Arya nak sesuaikan diri…”  ujar mama persis menjauh hati.
Aku senyum dan aku dekatkan bibir aku pada skrin.  Mata aku pejam dan aku anggap jelah bibir aku menyentuh pipi mama biarpun sebenarnya melekap pada skrin i-Mac Ayie.
“Maaf…  kami baru dua hari masuk rumah sewa dan macam-macam hal jadi.  Tak sempat nak call.  Ini pun Ayie dah mula kuliah, sempatlah Arya call ma pagi ni…” 
Ma senyum.  “Owh, kat sana pagi, kan?”
Aku angguk.
“Ma lupa.  Kat sini dah nak masuk petang.  Pa dengan Aryan tak balik lagi.  Rambut Aryana basah tu, tak ada hair dryer ke?”  soal mama tenang.
Gulp…
Aku telan liur.  Sebutir-butir rasa macam telan guli pulak bila mama tegur macam tu.  Tak kanlah…
“Mama perasan tang rambut tu?  Tak ada hair-dryer ke?”  Mama ulang soalan dia.  Tapi dalam nada yang masih lembut dan tenang. 
Tak ada rasa sinis atau usikan.
Aku berdeham sikit sebelum menjawab.
“Tak ada… Arya punya kat sana lupa nak bawak…”  Selamba aku jawab. 
Mama ketawa halus.  Dia baiki sedikit web cam dia sebelum bersuara semula. 
“Tak apa… Ayie  yang buat Arya mandi pagi cuci rambut, biar dia keringkan…”
Okey, itu ayat mengusik mama dah.  Serius dia memang tengah usik aku. 
Ohmai…
Aku sedang fikir, mana nak letak wajah aku masa ni.  Rasa nak offline terus buat waktu sekarang.  Nanti dah reda rasa malu baru aku online balik. 
“Eh, mama ni… Arya tak faham pulak mama cakap apa?”  Tu dia, aku corner lipat dekat selekoh paling tajam bila buat-buat tak mengerti dengan usikan mama.
Mama tekup mulut.  Aku tahu sangat.  Mama tu bila dia nak ketawa sangat, dia tekup mulut.  Takut tersembur ketawa besar dia tu. 
“Yalah… yalah… so, how’s life?  Okey?  Nak kami ke sana ke?”  tanya mama mengalih topik.
Fuh…
Aku hela nafas lega.  Jangan mama ungkit lagi hal macam ni.  Aku sendiri pun masih tak percaya yang aku dan Ayie mampu menerima diri masing-masing seadanya lepas apa yang terjadi. 
“Biasa je.  Seronoklah jugak.  Cumanya, nak sesuaikan diri tu macam payah sikit.  Rindu pada keluarga tak payah cakaplah.  Okey jugaklah daripada tak okey langsung, kan?”  jawab aku bersama bibir yang terceber. 
Mama tongkat dagu.  Nampak wajah dia semakin dekat dengan skrin.  Aku pula angkat tangan dan menyentuh skrin itu sekali lagi.  Bibir aku herot dengan senyuman. 
Rasa sentuh pipi mama pulak dan mama juga melakukan perbuatan yang sama. 
“You guys gonna be alright together.  Selagi masing-masing saling percaya, saling menjaga, saling mencinta… insya-Allah… semuanya Allah akan permudahkan,” pesan  mama.
Aku angguk.  Itulah. 
Memang betul kata mama.  Kalau aku ni jenis baran, tak percaya Ayie, tak cinta dia dan tak ada rasa nak jaga dia, memang aku lari laju-laju balik Malaysia lepas apa yang terjadi tapi aku tetap di sini malah telah rela diri diikat dalam dan luar. 
“Pray for us, ma…”  Aku senyum
Mama angguk.  “Always, Aryana… always.” 
“Macam mana dengan Aryan?  Okey ke dia tolong pa?”  Aku lebih risaukan Aryan dariapada papa.  Dia bukan minat sangat dengan bisnes keluarga ni. 
“Erm… macam tu lah.  Macam masa Arya ada.  Cumanya dulu Arya manjakan dia sangat.  Bolehlah dia main-main sikit.  Ini dengan pa, memang tak adalah.  Ada jugaklah ma dengar dia merungut pasal kerja dia.  Dia okey je tapi ma fahamlah sebab bukan minat dia.  Dia minat nak mengembara.  Tapi, ikut kata family.  Lagipun, pa tu dah tak larat tu.  Kalau tak harapkan Aryan, nak harapkan siapa.  Arya kan dah banyak bantu pa,” jelas mama.
Adoi… rasa sebak pulak dengan apa  yang ma ceritakan.  Yalah, mesti Aryan kemain kena marah dengan pa.  Pa tu memang penyayang habis dekat rumah.  Tapi, melibatkan kerja sesiapa pun dia marah.  Melainkan ma je boleh sejukkan dia, yang lain memang haram. 
Apalah Aryan buat dekat syarikat tu, ya?  Kepala aku tak boleh nak lepas berfikir tentang syarikat.  Memang aku pun kurang minat pada Muhara tapi itu amanah pa untuk kami.
“Sekarang Arya dah jadi hak orang.  So, tak bolehlah nak harapkan Arya lagi.  biarlah Aryan tu belajar.  Sampai masa nanti, kalau betul dia tak berminat dengan bisnes keluarga, nak merantau… ma pujuklah pa izinkan Aryan tu pergi,” sambung ma.
Aku angguk dengan bibir yang terceber.  Sedih okey.
“Cakap dekat Aryan, kalau ada apa tak  kena, takut nak tanya pa… suruh dia call Arya.  Rasa tak betah sungguh nak biar dia selesai masalah sorang-sorang,” ujar aku prihatin.
Ma ketawa halus.  “Jangan risaulah… dia lelaki.  Tahu jaga diri dan kerja dia.  Lagipun, ma ada, kan?  Setakat nak ayat Mukhlis tu, tak ada masalah,” sela mama senang hati.
Aku senyum dan angguk.  Tahu sangat memang pa cair dengan ma.  Apa mendrem yang ma pakai pun aku tak tahu tapi pastinya mendrem itu berasaskan kasih sayang yang diredhai Allah.
“Erm… sebut pasal ma, sihat ke dia. sihat?” 
Mama senyum.  “Selagi dia ada mama insya-Allah dia sihat…”  Mama gelak.
Huh, boleh tak nak cakap mama aku perasan sikit masa ni.  Tapi, riak wajah mama tu memang buat aku ketawa juga. 
“Amboi…”  Hanya itu ayat aku membalas dia.
“Apa pulak amboi… macam Arya tak tahu papa tu.  Kalau tak ada mama, macam patah sayap dia haa…”
“Eh, salahlah ma…”  Aku memotong kata-kata mama.
“Macam hilang seluruh jiwa.  Ada jasad bernyawa tapi tak berjiwa.  Bagai hati tanpa perasaan, hidup tanpa tujuan…” 
Aku ketawa setelah menyudahkan ayat tu.  Ayat yang aku pernah jumpa dalam novel mama sebelum ni.  Manalah pa tak cair kalau sampai macam tu sekali ayat mama pada pa. 
Main-mainkan mama eh…,” tegur mama mencemik tapi akhirnya dia ketawa juga.
“Tapi, betullah tu… memang macam tu lah hidup suami isteri.  Saling melengkapi untuk setiap kelebihan dan kekurangan.  So, Arya dengan Ayie macam mana?  Dah mula saling melengkapi ke tak?” 
Aku diam seketika.  Belakang aku bawa bersandar pada belakang kerusi.  Jari kembali mengetuk meja mengeluarkan sedikit bunyi yang agak tersusun.
Ada masalah?”  duga mama cepat.
Aku geleng.  Kemudian mengoyak senyum. 
“Kami dah mula sesuaikan diri…”  Sebaris ayat aku tu aku harap mama faham maksud  yang tersirat yang ada di dalamnya.
“Alhamdulillah… so, masalah yang kata Ayie gay tu, apa macam?” 
Okey, mujur mama sebut pasal hal tu.  Kalau tak aku pun dah lupa.  Ralit sangat sembang hal lain.  Sepatutnya hal itu dulu aku utarakan.  Yalah, orang tua semua pakat-pakat risau dengan Ayie tu. 
“Arya dah jumpa lelaki tu, ma…”  Aku memulakan kata. 
Ma mengangguk beberapa kali tapi tanpa suara.  Memberi ruang dan peluang aku meneruskan kata.
“Memang lelaki yang dalam gambar tu.  Kawan serumah Ayie.  Tapi, diorang tak seperti yang digambarkan.  Tak macam apa yang mama Resa dan papa Zaf bayangkan tentang Ayie.  Gambar tu boleh bagi seribu satu maksud tapi tak adalah tentang hal songsang tu…” 
Kening mama berkerut.  “Habis tu, siapa yang tangkap gambar tu?  Sampai pos ke rumah Ayie dekat sini.  Nak kenakan Ayie ke apa?” 
Aku senyum dan menyentuh skrin laptop lagi sekali.  Kalaulah mama ada.  Kalaulah dia depan mata… kalaulah kalau… huh, kalau guna kalau laut pun boleh kering.  Jadi, mama tetap dalam hati.
“Yang tangkap gambar tu adik pada lelaki dalam gambar tu…”
“Hah?”  Mama terkejut.
Aku nampak mama hampir bangkit dari duduk.  Tapi, dia betulkan semula kedudukan dia dan mendekatkan wajah dia pada skrin.
“Mama tak faham?  Adik pada lelaki tu lelaki jugak ke?  Songsang?” 
Aku geleng dengan telahan mama.
“Perempuan.  Kebetulan dia datang rumah sewa abang dia, which means rumah sewa Ayie jugaklah.  Dia tangkap gambar tu sebab nak fitnah Ayie… konon nak buat Ayie dibuang keluarga la,” jelas aku tenang.
Mama pegang dada.  Dia mengucap panjang dan menggeleng kesal.
“Sampai macam tu sekali?  Apa masalah dia?  Dia suka Ayie ke?  Awek Ayie?”  Serentak empat soalan yang mama ajukan. 
Aku senyum dan terus menggeleng dan mengangguk kemudiannya.  Kalau Ayie tengok ni mesti dia hangen.  Yalah, ya ke tidak?  Angguk pun ya, geleng pun ya?  Mana satu?
“Arya ni mana satu?”  soalan mama dah berentak tak puas hati.
Sabarlah… nak jawablah ni…” Suka-suka aku kenakan mama. 
Mama jegilkan mata tapi dalam senyuman. 
“Dia memang suka Ayie.  Tapi, Ayie tak suka dia.  Dia buat macam tu dengan harapan Ayie lari dari Malaysia dan balik Berlin untuk bersama dia…” 
Itulah mukadimahnya.  Lepas tu aku cerita satu persatu akan apa yang terjadi sejak aku memijak tanah Berlin.  Tentang Khairulizam dan  yang paling penting, Khairulidza, adiknya.  Tentang songsangnya Ieza, tentang pertemuan kami, tangisan dia dan amarah dia.  Tak tertinggal. 
Ya, kalau orang tahu mesti orang kata aku sengaja nak aibkan orang.  Islam melarang.  Allah pesan, andai kita menjaga aib orang, Allah akan menutup aib kita.  Tapi, kes ni lain.  Bukan nak aibkan Ieza dan Khai tapi nak minta buah fikiran daripada mama.  Kotlah dia ada pendapat dan nasihat yang bernas. 
Lagipun, mama tak kenal pun siapa Khairulidza tu.  Bukan nampak rupa pun.  Kira dalam kurungan, bukan nama sebenarlah. 
Lama mama diam.  Kami saling merenung.  Sesekali wajah mama nampak kabur dan pecah tanda network kurang menjadi. 
“Mama ada nasihat yang bagus untuk dia?  Untuk Arya dan Ayie sekali?”  soal aku menutup renungan mama yang tak putus-putus. 
Keluhan tipis keluar daripada pembesar suara i-Mac. 
“Tak ada apa lagi yang mama nak katakan… semua Arya dah beritahu dia, kan?  Jangan bagi Allah murka.  Cakap pada dia, mohon ampun sebab kasih sayang Allah tu sentiasa mendahului kemurkaan-Nya.  Tapi, kalau Arya cakap sebab Ayie tolak dia, dia nak berubah balik… apa yang dia dapat?  She will gain nothing, Arya…”
“Told her, ma… dah bagi tahu…”
“Habis tu?” 
“Entah…”  Aku angkat bahu.  Pasrah atau reda tak tahulah.  Yang pasti bukan menyerahlah. 
“…seems like dia tetap berkeras.  Dia sanggup jadi nombor dua…” 
Mata mama bulat.  “Nombor dua?  Isteri nombor dua?”  tanya mama sedikit terkejut.
Aku angguk. 
Mama menggeleng laju.
“Arya dengan Ayie tak akan kuat nak hadap benda macam ni.  Percayalah.  Mama dah lalu dulu.  Kalau kata sungguh takdir bawa korang bertiga bersama, niat Arya baik nak bantu Khairulidza moga tak kembali sesat, dan Ayie setuju dalam paksa… benda payah nak turn to the right place.  Salah seorang akan terluka, Aryana… kalau hati masing-masing tak reda…”  pesan mama bersungguh-sungguh.
Aku senyum dan mengangguk.  Tahu sangat kenapa mama cakap macam tu.  Papa juga pernah duakan mama tanpa rela.  Itupun sebab mama meminta-minta demi menjaga hubungan pa dengan keluarga sendiri.  Tapi, kata ma… dia menderita.  Hinggalah takdir bawa mereka kembali bersama hingga saat ini dan aku doakan moga untuk selamanya. 
“Mama tak nak Arya lalu apa  yang pernah mama lalu.  Mama kenal anak mama.  Mama tahu Arya keras tapi hati Arya sangat lembut.  Mama tak nak Arya terluka,” pesan mama.
Aku angguk lagi.
Sebenarnya tak ada terniat langsung.  Bila Ieza meminta Ayie daripada aku, aku dah jawab dengan begitu tenang.  Aku dah beritahu sebab-musababnya kenapa dia tak boleh memiliki Ayie. 
Tapi masalahnya, jiwa baik aku ni memang tak boleh tak fikirkan tentang hal Ieza.  Risau benar aku dia berubah semula.  Bukan ke kami ni dikira menjadi punca. 
“Kalau kata boleh korbankan satu jiwa untuk selamatnya tiga jiwa, okey tak?”  duga aku. 
Mama jegilkan mata.  “Stop it, Aryana… mama tak suka.  Jangan fikir bukan-bukan.  Ayie tu sayang Arya.  Jangan buat benda tak patut.  Arya tu buat masa sekarang jangan fikir tentang budak perempuan tu.  Kasik keadaan tenang dulu.  Sekarang ni tegang sangat.  Dah reda nanti, cuba bawak-bawak berkawan.  Nasihat dia secara halus.  Arya tu teman Ayie belajar.  Ni  ha…” 
Mama tarik nafas dan menelan liur. 
“… pa ada tanya ma… Arya dok sana nak goyang kaki saja ke?  Atau nak buat benda lain?” 
Aku garu pipi.  Baru teringat.  Nak tunggu Ayie habis belajar lagi dua tahun, apa aku nak buat?  Nak goyang kaki, tunggu Ayie balik kuliah lepas tu masak, makan, tidur?  Membina badan?  Kot-kot boleh masuk sukan bina badan nanti? 
“Nak ambik kursus bahasalah…” 
Mama kerutkan kening.  “Mandarin dah…”
Germany la, ma… kan Arya dekat tanah Adolf Hitler ni…” 
Mama ketawa halus.  Hilang terus wajah tegang dia tadi.  Aku pun mampu dah hela nafas lega.  Membincangkan perkara serius tu memang buat jantung kami tegang. 
“Bagus tu…”  Mama dah setuju. 
Nanti ma minta pa transfer duit belanja untuk korang eh?” 
Aku menggeleng.  “Duit kami ada lagi, ma… biarlah dulu.  Tak ada nanti baru minta eh…”  Aku sengih manja.
Mama angguk.  “Yalah… malam ni ma nak ajak pa ke rumah keluarga mertua Arya la… nak bagitahu berita baik ni,” ujar mama lagi.
Aku angguk.  “Lebih cepat lebih baik…” 
“Emm… yang Arya tu pergilah lap rambut tu bagi kering.  Jangan tak dan nak kering, kena basah lagi.  Jenuh…” 
Dan mama… terus gelak sebelum talian di matikan dan wajah mama hilang daripada skrin.  Hai… ada ke macam tu?  Bukan ke aku memang selalu basahkan rambut setiap kali mandi ke?  Aku memang tak boleh air tak kena kulit kepala.  Mesti rasa kepala aku merekah. 
Panas.  Tak selesa.  Gatal dan sama maksud dengannya.  Bila wajah mama hilang, aku tahan bibir nak ketawa.  Teringatkan Ayie boleh buat dunia aku tonggang terbalik. 
“Wow… your life gonna be more and more and more exciting, Aryana…”  Aku beritahu diri sendiri.
Kemudian, aku tarik cermin kecil yang memang ada di sisi laci.  Aku tatap pantulan wajah aku.  Nampak cerita biarpun agak pucat.  Tiba-tiba mata tertancap pada satu kesan.  Aku tekap dengan telapak tangan dan menggeleng.  Cepat-cepat cermin aku letak ke bawah. 
Malu.  Apalah…
Baru nak angkat punggung, aku telefon bimbit aku menjerit la pulak.  Aku tolak kerusi dan capai telefon tersebut.  Nama Ayie naik.  Dah nak apa pulak dia?  Tertinggal apa-apa ke? 
“Ayie tertinggal barang ke?”  Aku menyoal tenang biarpun dalam dada ni dilanda puting beliung dah bila dengar suara dia.
Ayie gelak halus.  “Ha’ah.  Tertinggal Aryana.  Kalau boleh nak nak bawak je pergi mana-mana.  Tak boleh lepas, macam mana?”  Dia ketawa lagi. 
Dia ni, memang suka main-mainlah.  Aku kemain serius ni.  Dia tak tahu ke?
“Jangan main-main eh,”  tegurku lembut. 
Tawa Ayie masih tersisa.  “Miss you,” akui dia tiba-tiba.
Tiba-tiba mengaku rindu.  Memang tiba-tiba tanpa ada petanda.
“Kalau rindu baliklah…,” sela aku mudah. 
Ingatkan nak kenakan Ayie tapi silap bila dia bersorak-sarai.
“Kuliah tak habis ni… I’m coming home…”  Aku boleh bayang riak wajah dia sekarang ni.  serius aku boleh cakap dia tengah renyeh tak hengat dunia. 
Aku mencebik.  “Tipikal budak sekolah… suka sangat kalau kelas batal ke, prof sakit ke… haih…” 
“You knew it very well…”  Dia membela diri.
“Tak… Arya tak macam tu dulu.  Tak ada kuliah, Arya menangis…”  Aku smash dia sedas. 
“Tapi, budak sekolah tu ta sesuai untuk Ayie dah sekarang…”  Ayie menyambung dalam tawa comel.
Erk, tawa comel?  Macam mana pun aku tak tahu.  Yang pasti Ayie memang comel.
“You’re a student at all…”
Tapi, Ayie tetap tak kalah dengan kata-kata aku. 
“Yeah… budak sekolah pun boleh.  As long as I’m a MAN…”  Seperti biasa, dia tekan perkataan MAN tu.
Aku ketap bibir.  “Cakap…” 
“Born with it, baby… I was born with it.”  Dia gelak lepas lantas matikan talian begitu saja.
Aku pandang telefon aku lama.  dia telefon kenapa?  Bukan nak tanya aku dah makan ke?  Masak ke?  Sihat ke?  Telefon nak merepek meraban je?  Huh?  Telefon nak nyatakan rindu?  Ohmai, budak ni apa kena?  Tapi, aku memang tak mampu nak sembunyikan senyuman lagi.  Alang-alang Ayie cakap nak balik awal, aku lebih baik sediakan apa yang patut.  Sikit pun jadilah. 
Tak sempat nak melangkah ke dapur, loceng rumah berdengung.  Sekali aku buat tak hirau.  Dua kali aku dah terkam ke pintu. 
Baru dah feeling-feeling cakap dengan mama, ada pulak nak datang.  Siapa, ya?  Aku capai tudung dan aku lilit ala kadar sambil kaki menghala ke pintu. 
Sangka aku Ayie mungkin.  Tapi, dia bawa kunci.  Aku tarik tombol pintu dan terus menjenguk keluar sedikit.  Mata aku terus terbuntang luas. 
“Can we talk?”  tanya dia. 
Aku terkebil-kebil tak menjawab.  Dahlah Ayie tak ada.  Nak ajak sembang sekarang tak sesuailah pulak.  Aku mula rasa tak sedap hati sebab tiba-tiba rasa aku ni berjodoh betul dengan dua orang ni. 
Tiba-tiba rasa semput nafas. 
Tiba-tiba rasa nak jerit suruh Ayie balik sekarang. 

Mereka pun muncul dan itupun secara… tiba-tiba.

~~> bersambung 

RM cakap :  Terima kasih pada semua.  tak dan nak reply komen satu2... serius.  Tapi, tak apa... RM sangat hargai dan baca stiap patah komen2 membina dr anda.  Enjoyss...

36 comments:

  1. khai kuasa 2 ni dtg nk apa..hishhh..x suka lah khai ppuan kacau ayie

    ReplyDelete
  2. Tak leh tido...jenguk2 blog ijo...wah! Ada n3 baru. Thanks RM....Ayie dh tampal cop mohor ya

    ReplyDelete
  3. aduhlaaaaa.... x naklah konflik yg menduga hati n perasaan lg.... ish ish ish....minta2lah mrk dtg utk berdamai...takpun si khai nak minta arya ajarkan si ieza....

    -sj-

    ReplyDelete
  4. Khai berdua ke?

    ReplyDelete
  5. cian arya sorang2 ke ngan khai bdua tu.....cepatlh balik ayie......

    ReplyDelete
  6. sape plak dtg ni...kaco tul..

    ReplyDelete
  7. Hais,cepatlah ayie balek.. sian Kat arya layan tamu tak Di undang tu.. RM nak lagiiiiiiii

    ReplyDelete
  8. Tu mesti khai dgn ieza tu dtg

    ReplyDelete
  9. Haish Khai2 lah tu, nyibuk sungguh

    ReplyDelete
  10. Sibuk ar derang ni...Ayie...cpt balik!!!!

    ReplyDelete
  11. mengangu lagilah khai-khai nie.....jgn nak minta madu lagi sudahlah......nak kena pelengkung jugak nie

    ReplyDelete
  12. alamak dah dtg si khai 2 tu..
    suspens.. huhu =)

    ReplyDelete
  13. alahaiiii...sape plak yg nak menyebok nih...dont open the door or ckp je kt luar or tunggu je si ayie balik..grr..

    ReplyDelete
  14. alamak, jgn la depa p serang Arya pulak..cptla Ayie blik..

    _AY_

    ReplyDelete
  15. Baru nak TERfeeling2 yg Ayie balik dr kuliah... Tengok2 dua beradik tu pulak dah.... Mara bahaya.....

    ReplyDelete
  16. Huhuhu....sape tamu yg xdiundang tu....haih saspen ●︿●

    ReplyDelete
  17. sure malaun dua beradik tu yg datang...
    baru nk feeling2 ayie balik..hehhehe

    ReplyDelete
  18. adeh la semput dgn telatah dak ayie sowang neh...abeh la pasni ayie dah x leyh nak ngayat pakai bhs german sgt dah sbb arya dah amek kelas bhs 2...dia dah leyh phm ape ayie ckp direct dah x yah guna translation mr gugel dah hahahha.....adoyyy ape la yng dak khail 2 owng 2 nak ngan arya lagi ni....masalahhhhh

    ReplyDelete
  19. adoi khai n khai ke yg datang..nak apa lg..haaa..

    ReplyDelete
  20. Hahahaha.... Confirm blushing la tu muka Arya...
    Cye... Arya yang baru up graded jadi lady... Hehehe

    ReplyDelete
  21. TQ RM, Best... tak sabar nak tahu sape yang bertanfang umah Arya, dalam masa yang sama dapat bayangkan muka arya yang ala2 sweet gitu bila ayie telefon hehehehehe...

    ReplyDelete
  22. Rm,tk mau la sejarah lama brulang kmbli,ksian arya.:-(

    ReplyDelete
  23. ayie tengah angau le tu..hehehe
    suka ayie cakap " I'm a MAN "...
    kak RM please jangan de kisah bermadu yer... x suke .. :-(

    ReplyDelete
  24. Up....mmg terbaekkkkkkkkkk....

    ReplyDelete
  25. X habis-habis Khai kuasa2 ni.... Arya call Ayie beritahu dahulu... jangan sampai salah faham.... bunga-bunga cinta baru nak kembang ni....
    Adakah Khai nak minta nasihat buat Adik dia.... semoga pintu hati Leza terbuka kembali ke pangkal jalan....

    ReplyDelete
  26. Ayie yg angau...arghhhh siapa pula yang datang mengganggu tu :(

    ReplyDelete
  27. adusss...bru happy2 bce ayie call arya coz rindu tetibe ade tetamu x diundang.sape ek?jgnla khai 2 org tu yg dtg..mengganggu suasana harmoni jer...
    ~Syahira_Ira~

    ReplyDelete
  28. Hai...x sbr nk tahu kisah seterusnya. Stop study...hihihihhi

    ReplyDelete
  29. amboii..amboi2x..happy sungguh ayie ni yer..
    maklumla dah jadi 'LELAKI' sejati..kihkihkih..

    arya..dgr nasihat ma tu,
    jgn lembut hati sgt dgn khai tu yer..

    tq Rehan.M ;)

    ReplyDelete
  30. saya sanggup tidur pukul 4.30 pg, bangun pukul 7 pg (sbb kelas pukul 8)semata-mata nk baca cerita ni je tau.. best sgt!

    ReplyDelete
  31. cbe arya try buat twist and say, "im sorry,my husband is not around.come and talk when he's around". tuh baru gaya isteri solehah..maka xmuncullah mslh rumah tngga~

    ReplyDelete
  32. Bila nak sambung ni RM... Rindu sudah pada Arayie dah...
    Hehehe

    ReplyDelete
  33. Ayo apalagi la yg 2 beradikk khai ni nk????

    ReplyDelete
  34. pastilah Si Khai bersaudara yg datang :D

    ayie mana ?!? mana Ayie ?!?

    ReplyDelete