Friday, May 03, 2013

Hanya Ingin Kau Cinta 29


BAB 29

WAJAH lena Nine aku pandang.  Bibir yang dihiasi darah kering itu menyentuh hati aku yang sedia luka. 
Nine...
Kenapa macam ni sekali hubungan kita?  Jika aku menyoal, adakah jawapan itu untuk aku.  Lama aku tatap dia yang sedang lena di sisi aku.  Rasanya sudah semalaman berlalu.  Nine masih di sini menemani aku yang langsung tak nampak matahari dan bulan. 

Bila aku mengesot sedikit, Nine juga sama.  Dia akhirnya buka mata dan memisat matanya beberapa kali sebelum bangkit dan bersila tepat di depan aku.
“Awak tak tidur  ke?” 
Aku menggeleng.
“Lapar?”  tanya dia lagi.
Aku menggeleng juga.
“Sakit tak?”  Tangan Nine mahu naik menyentuh hujung bibir aku.
Aku mengelak sedikit tanpa memandang dia.
Telinga aku menangkap keluhan tipis Nine.  Kecewa.  Mungkin. 
“Saya tak tahu nak kata apa…”
“Jadi jangan cakap sepatah pun,” tegas aku mencaras kata-katanya.
Nine mengeluh ke sekian kalinya. 
“Saya tak minta semua ni jadi…”
“Saya pun tak minta dipertemukan dengan penjahat macam awak…” 
Tak minta untuk jatuh cinta pada penjenayah seperti awak, Nine.  Hati aku sakit.  Peritnya tak terkata. 
Terngiang-ngiang kata-kata Amar.  Mampukah aku menerima jika kebenaran terbongkar?  Bersediakah aku menghadapi semua ini bila aku benar-benar telah sampai ke penghujung jalan cerita? 
Ternyata… aku tidak bersedia.
Dan kerana itu… aku terluka. 
Luka yang teruk.
Dalam.
Mampukah akan sembuh nanti? 
Nine mengesot pada aku.  Aku juga mengesot ke belakang dengan susah payah kaki tangan teringat kejap.
“Naina… jangan macam ni,” pujuk dia.
“Kalau tak macam ni, kau nak aku macam mana?” 
Di luar sedar, aku bertempik nyaring.  Tak sengaja tapi segalanya di luar kawalan.  Tapi, logiklah jika aku marah.  Patutlah jika aku benci.  Orang gila saja mampu menerima semua ini. 
“Macam mana kau nak aku buat, Nine?  Setelah apa kau lakukan… kau buat aku jatuh suka dekat kau, kau datang dalam keluarga aku, buat diorang terima kau, tapi kau…”  Aku ketap bibir sekuat hati.
Airmata jatuh berjuraian.
Tak mampu aku bertahan lagi.  Bukanlah Naim atau Neo yang menjadi kebencian aku saat ini.  Tidak juga Tuan Benjamin  yang pada asalnya adalah Bohari yang telah berubah segalanya.  Tapi dia…
Dia di depan mata!
“Kenapa kau kejam sangat, Nine?  Apa salah aku pada kau?  Lepas kau bunuh orang tua aku, kau nak bunuh aku pulak?”  soal aku geram.
Nine diam menunduk. 
Menjadi pesalah.
“Saya… tak…”  Dia menggeleng.
“… saya tak bunuh orang, Naina… tak pernah.”
“Heh… jangan tipu aku lagi, Nine.  Aku mungkin lemah tapi cukuplah aku jadi bodoh sebab kau.  Patutnya aku percayakan Amar.  Dia dah lama syak kau tapi aku tetap nak percayakan kau.  Kes tembakan dulu memang kau rancangkan nak kaburi mata kami.  Betul kan?”  jerkah aku. 
Nine mengangguk.  “Tapi, bukan rancangan saya, Naina… itu kehendak Neo…”
“Tapi kau bersubahat…” 
Sungguh aku rasa hendak hancurkan jasad di depan aku kini.  Biar hancur bersama hati aku saat ini.
“Padanlah kau tak bagi aku siasat kes kematian arwah ayah dan umi aku… sebab kau risau aku bunuh Neo dan Bohari, kan?  Semuanya telah dirancangkan!” 
Wajah Nine terangkat.  Dia merenung aku lama.  bibir itu nampak bergetar.  Lama, dia menggigit bibirnya sendiri dan airmata lelaki itu mengalir lesu. 
Lemah. 
Letih.
Pedih. 
“Saya tak pernah rancangkan apa-apa, Naina tapi saya silap…”  Dia mulakan bicara.
“Silapnya saya sebab jatuh cinta pada awak.  Silapnya saya sebab saya tak boleh dan dilarang untuk jatuh cinta pada sesiapa.  Silapnya saya tak sedar siapa saya sebenarnya.  Silapnya saya sebab terlalu nak lindungi awak.  Silapnya saya sebab tinggalkan kumpulan tu sebab awak.  Silapnya saya kembali ke sini dan tinggalkan awak bila Neo mengugut hendak hapuskan seluruh ahli keluarga awak…”  cerita dia tertahan-tahan.
Airmata di pipinya kering.  Dia mendongak semula.
Mata kami bertatapan.  Nine meneruskan bicara.
“Masa Neo mengugut, saya nampak wajah ramah mak ngah… saya terbayang usikan nakal Yani dan saya nampak airmata awak mengalir.  Jika tanpa awak, dah pasti saya hancurkan Neo tapi sebab awak…” 
Nine menggeleng.  Tak mahu menyambung lagi. 
“Silapnya saya sebab bodoh… hanyut dalam renungan awak, Nine…”  sambung aku.
Nine memejamkan matanya rapat-rapat. 
“Saya salah, Naina tapi untuk kali terakhir… izinkan saya bantu awak keluar dari sini.  Dengan apa cara sekalipun…  sebelum diorang bertolak ke Negara lain dan bawa awak sekali.  Masa tu saya pasti tak mampu buat apa-apa,” pinta Nine.
Aku senyum sinis. 
Senyuman pertama kali yang aku hadiahkan pada dia dulu. 
“Saya boleh jaga diri sendiri, Nine.  Kalau awak betul-betul nak bantu saya, buat kali terakhir saya perlukan semua maklumat yang awak ada.  Call Amar.  Biarpun tak nak bagitahu saya kat sini, tapi bagitahu dia tentang segalanya.  Saya dah tak kisah diri saya, Nine… setelah apa yang saya tahu, saya sungguh tak kisahkan diri saya lagi,” ujar aku kembali berlembut.
Mata Nine aku pandang.  Masih basah dan berair. 
“Jika hari tu, ada jugak tujuan untuk saya teruskan menjadi orang biasa tapi setelah semalam, tujuan tu dah tertutup dengan sendirinya.  Saya sebatang kara.  Kematian saya tak memberi kesan pada sesiapa.  Mungkin saya akan dihargai, dapat pingat dan penghargaan tapi itu semua sementara.  Lama-lama, saya akan dilupakan.  Tapi diorang…”  Aku dekatkan wajah pada wajah Nine. 
Berbisik. 
Bimbang didengari.
“… diorang akan terus buat jenayah, Nine.  Kalau awak betul-betul nak tolong saya, bantu Negara.  Perangi jenayah.  Serah diri.  Biarpun saya mungkin tak akan maafkan awak tapi cukuplah undang-undang dan Tuhan memaafkan awak.” 
Seusai berkata demikian, aku dengar Nine bersendu. 
“Saya masih nak hidup dengan awak, Naina…”
“Tapi sayang, awak pilih untuk biarkan saya mati sendiri.  Apa pilihan yang kita ada lagi?”  tanya aku.
Nine tidak menjawab. 
Sebaliknya dia mengapit kedua-dua belah pipi aku dengan telapak tangan suamnya. 
“Saya akan selamatkan awak dan saya akan serah diri dan bantu pihak berkuasa.  Awak yang terutama, Naina… sebab awak saya temui haluan hidup yang saya rasakan semua pintu telah tertutup.  Rupanya, Tuhan hantar awak untuk beritahu saya yang Allah sedang bukakan pintu dan jalan lain untuk saya jadi manusia,” ucap Nine bersendu.
Aku menggeleng. 
Hendak ditepis tangannya yang mengusap pipi, aku tidak mampu.  Hendak mengalihkan renungannya yang menikam tepat ke mata aku, aku juga tidak berdaya.  Terkunci. 
“Alhamdulillah… tapi cukuplah saya jadi penyebabnya Nine… dengan apa yang awak lakukan… biarpun awak tahu siapa yang bunuh orang tua saya, awak tetap…” 
Aku menangis kuat.  Menangis dan terus menangis.
Wajah umi dan ayah terbayang di mata. 
Sungguh aku sangkakan aku akan bahagia seperti umi dan ayah biarpun buat sementara tapi bahagia bukan untuk aku. 
Nyawa sekarang menjadi taruhan.  Sila perkiraan, aku bakal mati begitu saja.  Dan nasib Nine, tidak mampu aku tebak. 
Nine menarik bahu aku rapat ke dadanya.  Sekali lagi tubuh lemah aku dipeluknya erat.  Penuh kasih dan sayang tapi entah kenapa, aku rasakan pelukan itu semakin dingin dan beku. 
“Saya akan selamatkan awak biarpun nyawa saya menjadi taruhan, Naina,” bisik dia.
Serentak itu, pintu ditendang dari luar.
“Well… well… well…”  Naim menepuk tangan dan ketawa sinis.
“Pasangan kekasih sedang memadu asmara.  Sila… sila… aku tak halang sebab tak lama lagi sekor aku hantar ke laut, sekor aku campak ke gunung.  Mampus korang berdua.  Puas hati aku…”  Kakinya maju pada Nine yang masih duduk memeluk aku.
“Dan kau Nine…”  Rambut Nine direntap kasar. 
Tapi Nine, sesaat pun bagai tak ingin melepaskan tubuh aku. 
“Pertama kali aku rasakan aku menang sepenuhnya atas kau lepas daddy aku selama ini percayakan kau lebih dari aku.   Lepas kau jatuh cinta, segalanya hancur dan aku akan hancurkan sampai jadi abu,” bisik Naim mengetap gigi.
Dia beralih pula pada aku.
“And you, Miss Naina…”
“Encik Naim,” seru aku lemah. 
“Or should I call you… NEO?!” 
Naim ketawa kuat.  “Naina… Naina…”  Seraya itu dia bangkit.
Menjauh sedikit dan bercekak pinggang dalam pakaian seolah-olah penjenayah antarabangsa. 
“I memang nama Naim dan Neo adalah nama bila I ubah identiti.  Nama  yang diberi untuk Nine tapi dia tak mampu buat apa-apa.  Jadi nama tu jadi milik I dan you… kalau you tak jadi polis dan tak cuba siasat semula kes kematian orang tua you, I rasa kita berdua mungkin akan ada kesudahan yang baik dan pastinya I akan layan you macam permaisuri.”
“Tak mungkin…”  Aku menggeleng menafikan.
“Tak lama lagi aku akan layan kau macam raja… raja dalam penjara buat seumur hidup Neo!”  gertak aku tapi hanya menerima tawa Neo yang kuat. 
Dia menghampiri aku dan menarik rambut aku kuat. 
“Jangan Neo… jangan kau apa-apakan dia.  Kalau kau nak, kau boleh bunuh aku tapi jangan sentuh dia,” pinta Nine separuh merayu. 
Melarang dan menarik aku berlindung daripada perilaku Neo yang menggila.
Neo ketawa.  “Apa-apa jelah, Nine… kau dah tak ada power.  Budak-budak pun tak nak dengar arahan kau lagi.  Kau dan dia, sendiri.  Bila-bila masa aku boleh  hapuskan kau tapi daddy tak bagi.  Katanya kau perlu tahu lagi satu rahsia besar,” ujar Neo bersama tawa.
Dia melangkah keluar dan menutup kembali pintu dengan kasar.
Aku hela nafas dan mengumpul kudrat untuk bersuara. 
“Nine, call Amar.” 
Nine menggeleng.  “Saya tak ada telefon, Naina…”
Mengeluh aku dibuatnya.  Kecewa.
“Telefon saya, mana?” 
Dia menggeleng lagi sekali.
Hampa.
“Awak keluar… cari jalan call Amar atau Tuan Radzi.  Bagitahu lokasi dan awak lari jauh-jauh dari sini.  Jangan toleh lagi.”
“Saya tak nak tinggal awak…”  bantah dia.
Aku senyum menyenget.  “Awak dah tinggalkan saya, Nine.  Awak dah pun tinggalkan saya.” 
Berubah airmata wajah Nine saat ini. 
“Apa patut saya buat untuk tebus semua silap saya sebab hidup dengan penjenayah yang awak kehendaki?” 
“Tolong kami tangkap diorang,” pinta aku.
Nine pejam mata dan menunduk. 
Dia bangkit dan melangkah lemah menuju ke pintu.  Sebelum ditariknya daun pintu, dia berpaling sekali lagi.
“Biarpun awak benci, saya hanya nak jadi lelaki yang selalu awak cinta, Naina,” ujar Nine tenang dan dia mengesat wajahnya dan terus keluar. 



LAMA aku rasakan tapi entah berapa lama berlalu aku tidak pasti.  Bila aku buka mata dari terlelap, aku dengar suara orang bertekak dan merayu.
“Tuan lepaskan dia dan saya jamin dengan nyawa saya tuan…” 
Suara Nine.
“Sepatutnya aku bunuh saja kau dulu, Nine.  Aku tak bela kau sampai hari ini untuk lihat kau belot pada aku.  Sebab dia, kau sanggup kena pukul teruk tapi tak  melawan.  Lepas tu kau lari, terbang cari dia sampai ke kampung dia.  Aku hantar Neo pujuk pun kau masih tak nak pulang.  Bila aku ugut nak hapuskan seluruh ahli keluarga dia yang berbaki tu baru kau nak tinggalkan dia.  Kau memang tak mengenang budi!” 
Suara Bohari pula.  Aku cam.  Dulu aku kenali dia sebagai Benjamin. 
Bibir aku mengukir senyuman sinis pada diri.  Terjatuh cinta.  Terjerumus.  Berjanji.  Tapi sayang, segalanya silap.  Orangnya silap dan cinta aku juga silap. 
“Tuan dah janji nak lepaskan saya hidup macam manusia lain, tuan.  Saya betul-betul sayangkan dia, tuan… kalau kata tuan nak bunuh saya, bunuhlah.  Daripada dulu, memang saya hanya jasad tanpa nyawa tapi jasad saya ni rasa bernafas semula bila Tuhan temukan saya dan dia secara empat mata.  Dinginnya renungan dia bagai mengerti kesepian saya.  Senyuman dia, lirikan mata dia biarpun kaku… tetap buat hati hati berdegup.  Lepaskan dia dan saya akan jadi gantinya…”  Nine merayu dan terus merayu.
Aku pula, sedaya-upaya sedang mencerna semua kata-katanya.  Aku paksa otak aku menerima kata-katanya, tidak tertinggal barang sepatah pun tapi payah.  Otak aku tetap mengatakan dia penjenayah. 
Usah dikatakan belot pada Negara tapi dia belot pada cinta aku…
… cinta kami.

~~> bersambung

RM : Sikit lagi... sikit lagi... RM pun dah pening haa... 

20 comments:

  1. Jgn sad ending!nak naina dgn nine! Plz kak rm

    ReplyDelete
  2. huwaaa...nk kene standy tuala...(tissue cepat habis!! rugii...) hehehe.. wow it's almost to d finishing line oredy yer?..it's ok to have a heart-wrenching..heart-breaking ending once-in-a-while...just to remind ourselves that life is not a bed-of-roses all d time...it's ok to cry-once-in-while..right?
    -niwati- :)

    ReplyDelete
  3. lagi kak rehan pleaseee....

    ReplyDelete
  4. Sob...sob...sob...nine n naina

    ReplyDelete
  5. sedih nyer bila naina kna hadapi nine dlm situasi mcm ni..

    ReplyDelete
  6. I thought Nine dah dapat keluar and inform Amar and Tuan Radzi.Naina kan suroh dia lari jauh-jauh jangan toleh lagi..hmm...thanks!

    ReplyDelete
  7. Next entry plsss....xblh sabar ni..

    ReplyDelete
  8. tak terduga, tak tahu dalamnya cinta... trademark RM kini....

    ReplyDelete
  9. kesiannya kat nine.........and naina. berdebar ni. x boleh nk agk apa yg jadi. best3 :)

    ReplyDelete
  10. eeemmm....apakah rahsia besar yg perlu Nine tau? adakah ibubapa Nine pun dibunuh oleh Benjamin? arggghhhh.... tensen ! tensen ! tensen !
    -sab-

    ReplyDelete
  11. cepat2 ....nak lagi...hehe

    ReplyDelete
  12. moga nine kembali ke pangkal jalan..jdlah org yg berbakti pada negara nine.

    ReplyDelete
  13. Tragis bto la citer ni.....nxt n3 msti lg sedih

    Yayo

    ReplyDelete
  14. hwaaaaa.......... sedih gila serious.....

    ReplyDelete
  15. Sian nine, sian naina....mcm mane ler endingnya, x sabo sudah

    ReplyDelete