Thursday, May 30, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 26

BAB 26

INI dikira rumah Ayie.  Jadi, dia tak ada aku tak berani nak ajak tetamu masuk rumah.  Nak-nak ada seorang bukan muhrim, iaitu Khai dan di sebelah dia, ada Ieza yang pasti.
“Ayie tak ada.  Kuliah.  Maaflah tak boleh nak ajak you guys masuk rumah.” Tenang aku bersuara.

“Tak ada hal… tahu Ayie kuliah.  I tak ada kuliah lagi hari ni.  lagipun, busy dengan final projek sendiri.”  Khai menjawab.
Aku senyum dan mengangguk. 
Kami melepak di kawasan depan rumah.  Ada beberapa buah bangku yang memang disediakan sebagai tempat rehat.  Aku menyapu dedaun kering sebelum melabuhkan duduk setentang dengan Khai dan Ieza. 
Wajah mereka aku tatap lama-lama.  Bila mata aku dan Ieza berlaga, aku nampak sebu dalam pandangan dia.  Mata dia sikit bengkak.  Aku tahu dia menangis.  Dah tu, aku nak pujuk macam mana?  Aku memang tak tahu biarpun aku sangat kesian dekat dia. 
Tangan aku masukkan ke dalam poket baju panas.  Selendang yang melambai-lambai ditiup bayu dingin pagi ini aku pegang dengan hujung jari. 
“Kenapa you guys datang rumah kami?  Ada hal penting?”  tanya aku memulakan bicara.
Dah nampak sangat masing-masing kehilangan kata.  Tak hantar signal pulak tu nak datang.  Orang beritahulah Ayie.  Senang sikit.
Khai mengeluh tipis.  Dia mengerling adiknya sebelum memandang aku dengan tubuh yang sedikit membongkok ke depan dan jari-jari yang bersulam. 
“I nak minta tolong you.”  Tenang dan lancar Khai bersuara.
Aku jongket kening.  Bertanya dalam diam.
Dia pandang adik dia lagi.  Kemudian memandang aku dan mengerling Ieza pulak.  Berbicara dengan isyarat mata tentang perempuan yang memakai topi dan sedang tunjuk menguis daun-daun kering di atas permukaan jalan.
“Ieza… are you okay?”  Aku tegur dia sopan.
Tapi, dia langsung tak beri tindakbalas.  Khai angkat tubuh dan menggamit aku agar mengikut langkah dia.  Tak banyak cakap pun, aku terus angkat tubuh dan menjauh sikit daripada Ieza yang masih tunduk menekur ke bumi. 
“Apa tak kena lagi?” 
Khai lepaskan nafas.  “She’s is about to change…”
“To?”  Kening aku berkerut seribu.
“To old her,” jawab Khai.
Aku mengucap panjang.  Sudah aku agak.  Dia memang akan berubah tapi tak sangka secepat ni.  Memang aku tak sangka.
“So, apa pertolongan yang you nak minta daripada kami?” 
Khai menggeleng.  “Not both of you.  Tapi, you je Aryana…”  jawab Khai.
Mata aku mengecil sedikit memandang Khai. 
“Maksud you…”
Khai menyeluk kedua-dua belah tangannya ke dalam poket jeans.  Nafasnya dihela dalam-dalam dan dilepaskan perlahan.  Nampak sangat lelah nak galas beban ni semua. 
“I tak nak dia jumpa Ayie lagi.  I tak salahkan Ayie.  Kalau dia jumpa Ayie dia akan lebih tertekan…”
“Tapi, bila dia jumpa I, dia pun tetap akan ingatkan Ayie… Ayie is my other half.  Dan I ni separuh jiwa Ayie.  Macam mana you boleh cakap dia tak akan ingat Ayie bila nampak I?”  soal aku kurang setuju dengan kata-kata Khai. 
Dia angguk beberapa kali bersama keluhan tipis. 
“I tahu tapi I yakin you pandai nak tune dia semula… pupuk dia, nasihatkan dia supaya jadi perempuan sejati macam you,” tambah Khai.
Aku mengerti sangat tu.  Sangat memahami.  Cumanya macam mana lagi aku nak pujuk kalau akulah salah satu penyebab dia berubah? 
“Your parents?” 
“Dah lama tak ada…”
“So, you berdua je tinggal kat sini?” 
Khai angguk.  “Dengan harta yang our parents tinggalkan.  I masih ada saudara dekat Malaysia tapi tak pernah balik.  So, I tak tahu.” 
Kesian betul diorang ni.  Macam anak terbuang pulak rasanya.  Padanlah kot Khairulidza tu boleh sesuka hati dia nak berubah jadi lelaki.  Memang masing-masing sibuk menguruskan hidup masing-masing.  Aku agak Khai ni sibuk dengan  urusan sendiri dan bila sedar, adik dia dah tersasar jalan. 
“I afraid I can’t help you, Khai…”  Aku melahirkan rasa kurang yakin.
“I nak you cuba, Arya.  Entah kenapa, I rasa I boleh percayakan you.  Ayie dah cuba dan berjaya tapi gagal akhirnya.  I yakin, you akan berjaya, Arya…,” ujar Khai tekad.
Aku menggeleng.  Tak mudah nak didik orang.  Sungguh.  Berapa ramai yang memang sengaja nak sesatkan diri sendiri?  Aku pun tak adalah kuat iman mana.  Hanya sedar diri ini adalah hamba Allah yang dipinjamkan segala-galanya daripada dia.
“I will do anything to make sure, dia tak balik pada keadaan asal tapi…”  Khai menggeleng.
Dia menjeling ke belakang.  Aku pun.
Dan mata aku bulat bila aku lihat Ieza tarik topi dia daripada kepala.  Ohmai… rambut dia.  Rambut dia dah kembali pendek.  Sangat pendek.  Boy cut.  Aku tekup mulut. 
“Rambut dia…”
Khai angguk.  “You akan lebih terkejut kalau I ceritakan apa yang jadi semalam.  I slap her…” 
Wajah aku jelas terkejut.  Ini tak kena.  Marah macam mana pun jangan gunakan kekerasan.  Nak menentang api, kenapa nak simbah minyak tanah?
“Itu salah, Khai…”
“Memang…”  Khai angguk beriak kesal. 
“Memang salah tapi abang mana sanggup tengok adik dia cuba kelar tangan sendiri.  Lepas I tampar dia, tanda protes dia botakkan kepala dia.”
“Astaghfirullah… ampunkan hamba Ya Allah…”  Aku menggeleng kesal.  Siap telapak tangan menekap kedua belah telinga. 
Tanda tak percaya.
Sampai macam tu sekali.  Dia tak tahu ke kelar tangan tu, boleh berdarah.  Boleh mati dan kalau mati macam tu dah dikira bunuh diri.  Bunuh diri Allah tak terima nanti.  Setidak-tidaknya kalau dia pengkid sekarang, pintu taubat Allah masih ternganga lebar. 
“Pengkid dah satu hal… ini nak bunuh diri pulak?”
Khai diam tak menjawab pertanyaan aku.  Masa ni ringan je hati nak izinkan je Ayie tu terima Ieza tapi aku memang tak boleh.  Macam kata mama, tak reda hati menderita.  Jadi, sila jangan cederakan hati sendiri.  Tak ada plaster yang sesuai untuk aku tampal nanti. 
“Dia nampak makin teruk…”  beritahu aku bila lama aku pandang Ieza  yang nampak terangguk-angguk.  Boleh jadi melayan dentuman lagu  yang disumbat ke dalam telinga dia. 
“Yeah… I need help…”
“She’s beautiful…”  Tak pedulikan kata-kata Khai, aku puji Ieza.  Jujur.
Khai senyum.  “My bad.  Tak hiraukan dia.  Tak sedar diri sendiri siapa dan buat dia pilih jalan hidup sendiri... hingga akhirnya…”
“Nope…”  Aku caras kata-kata Khai. 
“Jangan cakap ini akhirnya.  Bumi ni tak terbelah lagi.  Langit tak pecah lagi.  Kalau sampai macam tu sekali dah gayanya, I sudi bantu tapi I kena minta izin dengan Ayie dulu…” 
Khai senyum.  Aku pun.
Bukan apa, serius aku nampak Ieza dah macam orang hilang akal.  Manusia, manusia… ini baru hilang kasih manusia dah macam ni keadaannya.  Kalau hilang terus pandangan kasih sayang Allah, macam mana dia nak hidup dengan udara yang Allah bagi ni?  Tak rasa segan sendiri ke?   Nak abaikan ketentuan Allah, pergi duduk Marikh.  Tak ada udara tapi itu pun masih planet dari kejadian agung Allah swt. 
Aku berpaling dan terus menapak pada Ieza.  Sebelum perkara semakin melarat, aku rasa aku memang perlu bukak firma kaunseling.  Beri ceramah percuma pada orang-orang seperti Ieza.  For free.  Berkhidmat demi Allah dan agama. 
Bila aku betul-betul berdiri di depan dia, Ieza menengadah ke atas, memandang aku tapi tak lama.  Dia kembali menghayunkan kepala dia mengikut rentak muzik.  Ieza yang sekarang dan yang beberapa hari lepas beza macam langit ke tujuh dan juga kerak bumi dah. 
“Ieza… I’m sorry…”  Aku pun tak tahu kenapa aku minta maaf. 
Dia tak layan pun.  Aku duduk mencangkung di depan dia dan mendongak sedikit memandang dia. 
“Boleh kita sembang?”  tanya aku biarpun aku tahu dia tak dengar.  Tapi, aku yakin dia boleh baca gerak bibir aku.
Khai dah berdiri di sisi dia.  Lambat gamaknya si Ieza ni beri tindakbalas, Khai rentap earphone dari telinga Ieza membuatkan adik dia tu merengus kuat.
“Don’t disturb me!” 
Tangan Khai aku nampak dah genggam penumbuk.  Kalau aku tak ada ni, sumpah memang jadi laman gusti campuran ni. 
“Khai, please… kalau you sendiri tak sabar, macam mana dengan dia?”  tegur aku sedikit datar.  Tegang.
Khai meraup wajah dan duduk di bangku sebelah sana.  Sedikit jauh.
“I nak kacau you sekejap, okey?”  Aku sengih pada Ieza.
Dia menceber.  “Whatever…” 
Baru dia nak pasang semula earphone ke telinga, aku tahan.  Aku pegang erat tangan dia membuatkan mata dia membulat memandang aku. 
“Heh, apa kau nak hah?  Aku pun tak tahu kenapa abang aku heret aku ke sini.  Aku dah cukup sabar dan kau suka-suka je nak cabar sabar aku eh?” tempelak dia.
Aku senyum dan bangkit.  Duduk di sebelah dia. 
Sabar itu bukan  untuk dicabar, Ieza… tapi untuk dipertahankan.  Ingat mudah ke nak dapat sabar tu.  Sebab sabar tu sebahagian daripada iman, memang payah nak pertahankan.  So, kena belajarlah…”  jawab aku sedikit sinis.
Ieza ketap bibir.  Dia cuba bangkit tapi aku menahan. 
“I wanna help…”  ujar aku.
Dia senyum sinis.  “Kau dan Ayie dah banyak tolong aku!”  bentak dia.
Giliran aku pula senyum sinis. 
“Allah bantu kita.  Sekarang pun Allah yakinkan hati I untuk bantu  you.  Anggap jelah I kawan you, bukan isteri Ayie,” pinta aku tapi Ieza tetap menggeleng.
“Kau ingat senang?”  marah dia lagi.
Aku ketap bibir seketika.  Kepala otak giat mengarang ayat.  Berdepan dengan spesis macam ni, memang kena kuat fizikal dan mental. 
“Tak mudah.  Tak senang.  Tapi, I nak bantu untuk bagi senang sikit jalan untuk  you.  Okey?”  Aku cuba berkompromi lagi.
Kali ini Ieza terdiam.  Lama.  Sebelum dia kembali bersuara. 
“Kau nak bagi aku senang mudah je… kau bagi Ayie dekat aku.”  Bibirnya herot dengan senyuman sinis.
Aku masih lagi cuba bertenang.  Tak boleh nak melatah.  Bukan apa, risau latah aku ni dengan telapak tangan.  Singgah ke muka dia karang, dah jadi abuse. 
“Ayie bukan barang.” 
Ieza kerutkan kening.  Terpukul dengan kata-kata aku.
“Aku tahu dia bukan barang…”
“Habis tu…”  pangkas aku. 
“Aku sayang dia…”
 “Nope…” Aku geleng.  “You tak layak nak sayang sesiapa sebab you tak pernah sayangkan diri you.”  Aku tarik tangan Ieza.  Tepat memegang pergelangan tangan dia yang berbalut. 
Aku geleng dan mengucap dalam hati. 
“You tak layak nak sayang Ayie atau orang lain bila you tak sayangkan diri you sendiri dan orang lain tak akan mengasihi you sebab you menzalimi diri sendiri.  Ni ha…”  Aku tunjuk balutan di pergelangan tangan dia.
“Rambut tu…”  AKu juih bibir ke kepala dia.
“You ingat cantik ke?  Ayie akan suka?  I paksa pun, I sign surat suruh dia nikah pun, he will refuse.  I sedih tengok you macam ni, Ieza sebab…”  Sebak dada aku masa ni.  sedih sungguh lihat kaum sendiri sebegini gaya kecudang.
“…you such a pretty girl, Ieza.  Sangat cantik,” puji aku.
Ieza nampak diam.  Tapi, sekali bersuara, rasa bingit telingat.  Nak tanggal gegendang telinga aku. 
“Kau jangan nak sibuk hal akulah.  Kalau betul kau sayang sangat dekat Ayie tu, pergi jaga dia.  Jangan kacau hidup aku lagi!”  bentak dia kasar.
Dia cuba berlalu tapi suara aku menahan langkah dia.
“Kami tak kacau hidup you, Ieza.  But, you messed with us.  With our family and clan.” 
Ya, memang dia telah menghuru-harakan segalanya.  Kalau bukan sebab dia aku dan Ayie tak akan ada di sini dan aku tak perlu nak hadapi dia.  Aku sesaat pun tak persoalkan apa yang telah terjadi.  Aku reda.  Syukur bila Allah bagi suami yang baik untuk aku.  Tak kiralah macam mana kejadiannya. 
“You tak tahu macam mana Ayie menahan maruah dia yang telah ma dengan pa dia ragui,” beritahu aku bagi jelas sikit.
Ieza berpaling dan ketap bibir.  Tubir mata dia nampak basah dah.  Perempuan tetap perempuan.  No woman no cry.  Itu hakikat.
“Dan dia nikah dengan kau pun sebab terpaksa, kan?  Nak buktikan yang dia tu lelaki dan bukan gay!”  jerit Ieza kuat.
Fuh… kurus jiwa aku yang besar selama ni.  Buatnya jiran-jiran tengok dan terdengar, sia-sia je hidup rumah tangga aku dan Ayie.  dia bukan tak tahu sini kejiranan budak-budak Malaysia.
“Ya… memang dia perlu buktikan dan dia dah buktikan pun!”  balas aku sedikit kasar. 
Terlepas daripada mulut sebab rasa marah sikit.  Ieza melopong tak terkata.  Khai hanya diam memerhati.  
“Everything is fated, Ieza.  Come back to nature… pada kejadian Allah.  Abang you sedih tengok you macam ni.  You berdua je dalam dunia ni dan kenapa you nak rosakkan  hidup you.  I boleh jadi kakak you as long as you wish so…”
“I will never wish that…”  
“Emm… kalau you tak harapkan, I pun tak nak izinkan isteri I dekat dengan you!” 
Aku terus berpaling lipat maut ke belakang.  Ayie?  entah bila sampai tapi wajah dia merah padam dah.  Beg galas dia betulkan sedikit sebelum tanganya meraih tangan aku.
“Kenapa tak bagi tahu Ayie?”  Mata Ayie memandang aku tanpa perasaan.
Aku telan liur.  Okey aku salah terabaikan dia sebab diorang ni pun terjah je.
“Thought you are on your way,” jawab aku tenang. 
Ayie diam tak membalas.  Dia memandang Khai dan Ieza yang berdiri tegak di depan kami. 
“Khai?”  seru Ayie.
Khai menggeleng dan tunduk.  Nampak macam Ayie faham je bahasa Khai tu.  Aku sendiri pun payah nak tebak. 
“Aryana tak boleh tolong pada orang yang tak sudi menerima pertolongan…”  Sebaris ayat Ayie tuturkan tenang dan dia terus tarik aku untuk naik ke rumah.
Aku kalih dan aku lihat, Khai hampir menampar Ieza sekali lagi.  Aku tarik tangan Ayie nak beritahu tu.
“Let them be.  Kita tak mampu bantu setakat ni.  Abang percayakan Khai…” 
Aku sekali lagi lipat maut pada Ayie.  Bukan sebab Khai atau Ieza lagi dah.  Tapi sebab… sebab… sebab… ya, sebab yang tiba-tiba tu.
“Kenapa pandang?”  tanya Ayie masa dia nak buka pintu rumah.
Aku sengih mengetap bibir.  Wajah Ayie masih tegang. 
“Told ya… don’t but in.”  Keras amaran Ayie.
Aku angguk dalam senyuman.  Pintu ditutup rapat.  Aku masih tegak berdiri dekat dengan daun pintu bila Ayie berlalu ke dapur dan membuka kabinet dan mencapai sebiji cawan.  Air diteguk perlahan dengan mata memandang aku.
“I’m mad on you.  Itu pun boleh senyum lagi?”  Dia menggeleng dan terus menapak hendak ke ruang tamu.
“Marah ke tadi tu?” 
Ayie buat muka.  Mata dah menengadah siling dan mulut terlopong.  Muka perli. 
“Arya dengar sesuatu daripada mulut Ayie tadi,” beritahu aku bila aku sudah labuhkan duduk di atas clippan warna putih tu.
Ayie capai remote.  “Arya nak masak apa hari ni?  Ke nak makan kat luar?” 
Wajah Ayie masa ni dah merah.  Aku tahu dia dah ingat apa yang dia sebutkan tadi.  Secara tiba-tiba tu. 
“Masaklah… tapi tak masak lagi…”
Dia angguk dan memejamkan mata sambil menyandarkan kepala pada belakang kerusi. 
“Itulah… lain kali kalau diorang nak jumpa, pastikan Ayie ada sekali,” pesan Ayie.
Aku kerut kening. 
Aik… Ayie pulak?
“Ayie pulak?”  tanya aku spontan.
Mata Ayie terbuka biarpun tak pandang aku langsung.
“Dah tu, siapa?”  soal dia mendatar.
Aku cemikkan wajah.  Terus aku angkat tubuh dan berlalu ke ruang dapur.  Sebelum aku sampai dapur, sempat aku berpaling dan aku nampak bibir dia koyak lebar dengan senyuman. 
“Sound nice, huh?”  Ayie menjerit tiba-tiba.
“What?” 
Dia pandang aku dan menongkat dagu pada belakang sofa putih itu. 
“Arayie…”
Kening aku berkerut.  Apa kaitan Arayie tu dengan sound nice tu?
“Tak faham…”  Terus aku buka peti ais nak tengok lauk apa  yang tinggal. 
“I will make you understand tonight,” sela Ayie perlahan tapi masih sempat aku tangkap. 

Aku pandang dia tapi dia terus tersenyum memandang siling.  Suka senyum dengan siling.  
“Senyum sorang-sorang makhruh…”  Saja aku perli dia.  Biasa suka sangat perli aku macam tu.
Dan dia, ledakkan tawa.

~~> bersambung 


RM : Told ya... guys.. hehhh >___<

48 comments:

  1. omo..tergeliat perot bace..haih..heehe

    ReplyDelete
  2. mulut derhaka... cemana boleh tersebut Abang nih... hahahaha

    ReplyDelete
  3. adoi..susah betul la nak nasihat kan Ieza ni...tp kesian dia..rupanya mak ngan ayah dia dah tak d..kurang kasih sayang... harap Ieza ni dapat la berubah
    " ABANG " ehemmm...ayie+arya=arayie :)))

    ReplyDelete
  4. layan...tq RM! ;)

    ReplyDelete
  5. baca sambil senyum tersengih...ohmai

    ReplyDelete
  6. nak lagi.....huhuhu...

    ReplyDelete
  7. terbaik la kak Rehan.. thumbs up !!
    saya peminat akak !!!
    nak lagi... weeeeee... :)

    ReplyDelete
  8. Short but still nice :) Thanks..

    ReplyDelete
  9. Owhhh sweet nye Ayie.lnakai budak umoq 22 tahun nih

    ReplyDelete
  10. terbaik...dah berbaik dah...cepat2lah selesaikan masalah khai beradik tu..membebankan otak lah

    ReplyDelete
  11. Ku tgh blur ni... Apasal Ayie bengang dgn Arya pulak? Apasal pulak bahasakan diri dia "ayie" and not "abang"? Did I miss anything?

    ReplyDelete
  12. akhirnya rindu terubat ...:P

    -sj-

    ReplyDelete
  13. Ayie is my other half.dan I ni separuh jiwa ayie
    suke ayat nie....
    -ekin-

    ReplyDelete
  14. best3x..suka.. :)

    ReplyDelete
  15. Ieza ni pn..tp ye la kerana cinta...

    ReplyDelete
  16. akhirnya...RM nak lg ckit sangat

    ReplyDelete
  17. WOWWW...Sekali Abg terus..hehe like2!!!

    ReplyDelete
  18. Nape short sgt Sis RM.miss so much aryaie.

    ReplyDelete
  19. Ayie ni memang nakal tau.... suka buat Arya blur... layan ja lah Arya.... tu gabungan nama Arya + Ayie ... Arayie ... so sweettttt..

    ReplyDelete
  20. bergabunglah mereka malam nanti an..hehe

    ReplyDelete
  21. adudduduhhhh!!asyik2 melted..mne bley thn kak rehan oiii..hehehe..nice one.:)

    ReplyDelete
  22. i think mayb ieza ssuai dgn aryyan kot..nice...hahaha..so, die xkn kacau arayie lg nnt..kikiki

    ReplyDelete
  23. aaaaaaaaaaaa.....demam2 bce arayie ni...berlagak plak ieza ni..patut b'syukur igt rmi ke blh nk bik dgn org y ske hubby kte..hehe. sian ieza tu kurg kasih syg dlm hati memberontak...arayie pliss p'tahankan masjid korg jgn runtuh.

    ReplyDelete
  24. haha..3 4 kali baca part arya lipat maut tgk ayie..apesal la..upernyer ada ABANG..

    ReplyDelete
  25. walaupun rasa pendek je tp cukup la dulu utk ari nih...karang banyak sangat i putus nyawa hehehe

    ReplyDelete
  26. Hehehehe.....nice....sweet....tunggu lg...

    ReplyDelete
  27. akhirnya...trubat rindu kat arayie......bestttttttttt

    ReplyDelete
  28. suke...suke..suke...bila baca entry ni ..akak teringat balik kata-kata saidina Ali diatas.Tahniah! Rehan dah menuju ke arah itu...

    ReplyDelete
  29. saya suka jalan cerita akak.. semua novel akak saya suka. teruskan berkarya tau kak Rehan. saya sentiasa sokong akak.

    ReplyDelete
  30. reaksi sama ngan Arya.
    "Aik, Ayie pulak"..

    >>k<<

    ReplyDelete
  31. Arya pon cube le layan2 panggil abang gak...uh..uh..sounds nice..

    ReplyDelete
  32. rehan u buat kamo daro x suka kpd iez sekarang jatuh kasiham dgn dia..satu yg saya suka yr novel..ianya mengenai penyakit masyarakat skrg..i buka mata yr reader menyedarkan.kami akan sebab sesuatu itu berlaku..syabas..

    ReplyDelete
  33. senyum je bila baca.. huhu..

    ReplyDelete
  34. xtau nk omen pa dh..senyum je

    ReplyDelete
  35. cter ayie dan arya skit sgt.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuju! dh buka page ni byk kl tp update arayie skit..

      Delete