BAB 29
“MANALAH ada orang buat
kerja dalam cuaca sejuk ni? Kan elok
kita lepak tempat lain, dalam bangunan.”
Aku pandang sinis pada
Ayie. Yalah, ada ke patut berjanji
dengan Khai nak buat kerja di tengah-tengah kesejukan ni. Masa ni aku nampak Ayie tarik sarung tangan
daripada poket jeans dia.
“La... adalah. Kitoranglah.”
Dia menjawab tenang.
Aku ketap bibir
bawah. Menjawab je tahu. “Memanglah.
Itu pelik namanya. Ayie jangan
nak jadi antara makhluk paling pelik di dunia eh...”
Mata kami beradu. Bibir Ayie pecah dengan senyum.
“Apa yang pelik? Ayie lelaki normal apa. Manusia biasa
yang ada rasa, ada perasaan, ada nafsu... tak ada peliklah. Arya tu haa buat semua benda nampak
pelik. Adalah tu apa yang Khai nak buat
tengah-tengah cuaca sejuk ni. Lagipun,
it won’t take long. Jangan risau. Nanti kita pergi lepak tempat panas pulak,”
jawab dia lembut.
Aku jatuhkan kepala
dengan berat hati. Dalam dada menjawab,
yalah-yalah. Ayie betullah tu. Kerja Ayie, kan... bukan kerja Arya. Aku terus tarik beg sandang dari dalam
kereta. Dah sedia dan berlalu. Sambil kedua-dua belah tangan aku bawa rapat
ke mulut. Sejuk.
“Muka kerut
kenapa?”
Aku pandang Ayie dan
menggeleng. “Tak ada...” Menafikan.
AYIE senyum menyenget
dan mendekati aku. Tangan aku diraih dan
digenggam seketika sebelum dipakaikannya sepasang sarung tangan kulit pada
dua-dua belah tangan aku.
“Rasanya suhu drop lagi
hari ni. Makin sejuk. Arya mesti payah nak biasakan diri
sekarang. Pakai ni, belit mafela ni
elok-elok sikit, bagi haba. Kalau rasa
tak tahan sejuk sangat nanti, lari laju-laju.”
Dia bercekak
pinggang. Kening terangkat bila aku
tunjukkan tangan aku yang sudah pun dibaluti sarung tangan. Sungguh.
Rasa hangat sikit.
“Nak lari pergi
mana?” soal aku pelik.
Yalah, sejuk-sejuk nak
lari pergi mana? Nak beriadah macam tak
kena je sekarang. Kan nak jumpa Khai
dengan Ieza. Ayie tak jawab dulu. Dia masukkan kunci kereta dalam poket jeans
dan membetulkan letak duduk beg galasnya.
Kaki dia menapak ke
depan selangkah dan menggamit aku agar turut sama berjalan.
“Nak lari pergi
mana?” Aku mengulang soalan yang
sama.
Ayie kalah dan terus
senyum senget. “Ayie ada kat sana...
kalau ada apa-apa, ya?” beritahu dia
waktu kami dah masuk ke dalam kawasan Tiergarten.” Langsung tak menjawab soalan.
Selangkah demi
selangkah, aku akhirnya ternampak kelibat Khai melambai pada kami. Sedang duduk di depan notebook dan kertas A4
yang berselerakan. Ayie membalas. Kaki kami berhenti melangkah. Kami saling berhadapan dan senyuman
masing-masing koyak.
“Arya pergi depan
sikit. Nanti nampaklah kot Ieza sebab
Khai dah ada ni,” suruh Ayie.
Aku angguk mengerti
tapi dia tu... kenapa suruh aku lari laju-laju?
Ieza nanti nak apa-apakan aku ke?
Nak lari pergi mana? Aku mula
rasa gerun sikit. Yalah, orang emosi tak
stabil. Boleh buat apa saja. Sia-sia je hidup aku nanti.
“Kenapa muka cuak
semacam je neh?” Berkerut dahi Ayie
menyoal.
“Ayie suruh Arya lari
laju-laju, mesti Ieza nak apa-apakan Arya eh?”
duga aku. Bukan buat-buat takut
tapi memang takut. Nak lawan kudrat, aku
tak daya sangat sekarang ni.
Ayie ledakkan
tawa. Dia cubit pipi aku sikit dan menggeleng kecil.
“Merepek apa
pulak? Tak adanya Ieza nak apa-apakan
Arya. Pergilah dulu dan you must know
this... dia yang nak jumpa Arya. Maksud
Ayie tadi, kalau Arya rasa sejuk sangat tak tahan... lari laju-laju ke dalam
pelukan Ayie...” Dia ketawa lepas dan
terus berpaling berlari-lari anak menuju ke tempat Khai menanti.
Apolahs
dia ni. Macam-macam pesen sungguh.
Aku pula teruskan
perjalanan ke destinasi. Aku lihat ada
beberapa orang sedang duduk di atas bangku dan meja yang disediakan. Juga sedang membelek helaian kertas dengan
notebook di depan mata.
Gamaknya diorang memang
suka cuaca sejuk. Tunggu turun salji
nanti, nak jugak tengok diorang belajar dalam salji. Aku eratkan pelukan pada tubuh sendiri. Sarung tangan Ayie ni baru aku perasan...
sama dengan... err...
“Lama I tunggu you.”
Aku tersentak daripada
dok tilik sarung tangan yang memandang kemas tersarung pada tangan aku. Hitam berkilat. Aku kalih pada suara yang menegur.
Ieza!
Tak dapat tidak,
senyuman kaku terukir. Bukan sebab sejuk
tap sebab renjatan elektrik. Biar
benar. Lantas mata aku memandang tangan
Ieza. Sah... memang sah. Tak payah ada saksi, memang sah.
Sama!
Dia senyum
membalas. “Lama I tunggu you.” Ayat itu berulang.
Aku angguk. “Sorry...”
Kelu kejap. Tak tahu nak cakap apa dah masa ni. Macam-macam andaian dah muncul dalam
kepala. Melihatkan Ieza yang menapak
pada aku, memang buat aku menggigil.
Kaki melangkah setapak ke belakang bila dia maju selangkah.
“Jom duduk...” Ieza mengajak.
Aku mengikut jejak
Ieza. Hari ini kepala dia seperti biasa,
ditutup oleh topi Nike berwarna merah dan lambang Nine yang berwarna
hitam. Jaket kulit hitam, jeans biru
muda yang lusuh, kasut dan juga sarung
tangan.
Sama dengan aku
punya.
“Sorry minta you keluar
dalam cuaca sejuk ni.” Dia mula
berbicara setelah kami duduk hampir beberapa ketika.
“Tak apa...” Tenang aku membalas.
“Cantik sarung tangan
you...,” puji dia.
Aku kalih pada
Ieza. Mata dia aku pandang dengan senyuman. Aku angkat tangan dan membuka jari jemari
lebar di depan Ieza.
“Ayie punya. Dia pakaikan tadi.” Sengih.
Ieza mengangguk. “Sama, kan?” Dia tunjuk dia punya.
Memang sama. Aku iyakan.
Tak boleh nak nafikan. Jenama pun
sama. Dari kedai yang sama gamaknya.
“Beli sekali?” soal aku.
Ieza diam lama dan
mengangguk kemudiannya. “Ayie belikan
sebab...” Dia terhenti di situ.
Nafasnya dihela
dalam. Sabar aku menanti dia menyambung
kata. Nampak dah makin lembut hari
ni. Nampak dah okey. Tapi tak tahulah dalam dada dia tu macam
mana? Aku pula, ternyata telahan aku
benar. Nak rasa kecik hati ke tak
eh? Ini sarung tangan Ayie yang sama
dengan perempuan di sebelah aku ni dan Ieza pun mengakui, Ayie yang
belikan. Tapi, tak kan isu sarung tangan
ni pun aku nak sentap tak kena tempat.
“Sesuai dengan
you.” Aku sengih plastik.
“You tak jealous?” soal dia kembali.
Aku pandang ke
depan. “Nak jealous kenapa? Hal sarung tangan ni nak jealous ke? Emm... tak mungkin. Hal sangat kecik ni. Lagipun, dia belikan you masa kami tak kenal
lagi. Jadi, tak ada istilah dengki. Lagipun, I pun ada ni, kan?”
Sekali lagi aku tunjuk
tangan aku pada dia. Ieza guriskan
senyuman hambar. Tipu kalau hati aku tak
berdebar. Mulalah ada perasaan jahat
menghasut nak curiga dengan Ayie dan Ieza.
Tapi, tak ada makna untuk aku terus suburkan rasa curiga setelah apa
yang Ayie lakukan. Aku nak percaya dia
sepenuhnya.
“Apa yang menarik pada
you sampai Ayie sukakan you? Pilih
you? Cinta you?” Soalan Ieza datar.
Aku jongket bahu. “I don’t it... either.” Sengih lagi.
“Apa yang buat you
pilih dia?”
“Jodoh.” Sepatah aku menjawab. Yakin.
“Apa yang buat you
terima dia?”
“Juga jodoh.”
Aku menekan sikit.
Nampak sangat Ieza ni
jenis tak percayakan takdir Allah jika semua itu pun dia nak persoalkan.
Ieza diam.
Aku ambil kesempatan ni
untuk besuara.
“You percaya urusan
Qada dan Qadar?”
Ieza diam. Aku pandang dia dengan ekor mata dan aku
nampak dia tunduk dan menggeleng.
Dahi aku berkerut. Ini geleng tanda tak percaya ke atau tak
tahu?
“Tak percaya atau tak
tahu?”
“I tak tahu...”
Aku senyum. “Kalau macam tu, senang. I boleh bagi tahu you. Qada dan Qadar ni wajib you percaya. Ia adalah rukun Iman yang ke-enam. Kalau tak ada satu ni, pincang iman
you.”
Aku tenang menuturkan
kata. Yalah, dia mesti ada iman biarpun
terlalu tipis. Aku ini pun tak adalah
tebal mana. Entah-entah lebih tipis daripada
Ieza. Tak ada sebab untuk aku hukum dan
nilai dia dengan pandangan mata aku yang selalu menipu ni.
“Qada dan Qadar ni
adalah kepercayaan you pada setiap yang terjadi dalam dunia ni, dalam hidup you
lebih-lebih lagi adalah kerana kehendak Allah yang Agung. Semua yang terjadi ini adalah atas izin
Allah. Tak ada yang lain, Ieza. You tanya I, kenapa I dengan Ayie... ini
semua kehendak Allah. You tanya apa yang
buat Ayie pilih I... I tak tahu tapi Ayie mesti tahu sebab Allah akan titipkan
rasa tu dalam hati kami masing-masing.
Ya, mungkin you nak cakap, you tak nampak apa tu hikmah segala kejadian ni,
kan? Tapi you boleh rasa...”
Ieza sengih sinis. “Habis tu kalau kata itu semua ketentuan
Tuhan, sekarang ni apa yang jadi pada I adalah ketentuan dia jugaklah...” Dia membentak sikit.
Aku beristighfar dalam
hati. Menggigil seluruh jasad aku waktu
ni. Sebab nak marah. Apalah dia ni. Sampai macam tu sekali dia nak
pertikaikan. Tapi, dengan orang macam
ni, tak boleh nak gunakan kekerasan.
Islam tak ajar keganasan. Andai
kata nak memukul pun, ada cara dan tempatnya.
Itupun sebelum dicepuk, kena tegur dulu beberapa kali. Baru boleh ditangankan.
“Ieza... you
salah. You dah terpesong ni kalau you
persoalkan semua tu.” Senyuman lebar aku
guriskan. Biarpun rasa payau sikit
dengan bentakan Ieza tadi.
“Maksud you?” tanya dia nampak berminat.
Aku tarik nafas. Menyedut udara segar petang Teirgarten. Kaki kanan aku bawa menindih peha kiri dan
tangan aku letak di atasnya.
“Apa yang you
persoalkan tu salah sama sekali. Boleh
berdosa besar macam tu. You percaya
Tuhan ada tapi you tak percayakan ketentuan-Nya. Bila I cakap tentang takdir dan ketentuan,
you salahkan takdir sebab jadikan you macam mana you pernah jadi... jadinya,
apa guna hati you tu? Apa guna akal fikiran
you yang waras sampaikan you tak boleh nak bezakan yang mana baik dan buruk? Allah bagi hati dan akal untuk you
nilai. Fikir betul baik buruk sesuatu
tindakan tu tapi you tak fikir. Tak
gunakan sebaiknya apa yang Allah pinjamkan.
Yang kurang elok tu adalah daripada manusia itu sendiri. Bukan ke mencintai kaum sejenis tu memang
dilarang oleh semua agama ke? Dipandang
serong oleh masyarakat ke? Kecuali yang
saja butakan mata, tulikan telinga je yang sanggup nak hadap semua ni. Apatah lagi Islam, Ieza. You berpakaian menyerupai lelaki pun dah
salah, apatah lagi you nak jadi lelaki.
Cuba mengubah kejadian Allah?”
Aku menyoal Ieza yang terdiam.
Sungguh, dia diam
seribu bahasa. Tak berkata sepatah
pun.
“Allah bagi kita hati,
akal yang sihat dan waras untuk kita berfikir.
Untuk kita hadiahkan diri kita yang terbaik. Bukan dekatkan diri kita pada segala
keburukan yang ada. No... I won’t ask
you to be a perfect one because nobody is perfect. Memang azali kejadian. Allah tak jadikan manusia ni, hamba-hamba DIA
ni sempurna sebab Allah nak kita meminta-minta pada tiap-tiap kelemahan yang
kita lalui. You diduga, Ieza dan you
kena ingat, dugaan untuk you tewaskan, bukan untuk you ikut dan terus hanyut
dalam mencari destinasi terakhir hidup you....”
Panjang lebar aku
bersuara tapi Ieza diam tak berkutik langsung.
Aku tak adalah pandai tapi aku tahu membezakan yang baik dan yang
buruk. Dia kejadian yang sempurna. Hanya tersalah langkah sedikit dan aku yakin
masih mampu selamatkan dia.
Aku melemparkan
pandangan ke arah tengah laman. Terdapat
menara di tengah-tengahnya dan di sekeliling menara punyai beberapa
simpang yang membawa kita ke haluan
masing-masing biarpun destinasi dan kawasan adalah sama.
“Cuba you pandang
menara depan kita ni,” suruh aku.
Aku lihat Ieza
mengangkat wajah dia. Memandang tepat
pada menara yang aku maksudkan. Kemudian
dia pandang aku.
“Just a short tower, Tiergarten
Siegessaeule...”
Aku senyum dan
angguk. Baru aku tahu nama dia. Tak tahu pulak nama menara tu dipanggil Tiergarten
Siegessaeule.
“You nampak sekeliling
tower tu ada apa?”
Ieza melingas ke kiri
dan kanan. “Jalan menuju ke sekitar
taman.”
“Indeed.”
Ieza pandang aku
kembali dengan riak wajah tak mengerti.
“Dalam dunia ni
bermacam-macam jalan ada untuk kita menuju ke destinasi yang satu tu. Boleh jadi jalan you yang sebelah sana...” Aku luruskan jari telunjuk pada jalan di
hujung sebelah kiri.
“...boleh jadi jugak
jalan belakang ni...” Aku angkat pula
tangan menunjuk ke belakang.
“... atau boleh jadi
yang lurus di depan ni. Tapi, you yang
memilih jalan tu, Ieza. Jalan yang tak
betul yang you pilih dan buatkan perjalanan you jenuh terduga untuk sampai
destinasi. Setiap kita akan tiba di
destinasi yang kita pilih tapi ranjau berduri sepanjang perjalanan itulah yang
akan buatkan you kuat dan you matang. Ranjau
dan duri itulah yang dipanggil dugaan tapi sayang bila you kalah di kaki
dugaan. Jangan kata kalah, you siap
menyukur, Ieza. You perlukan tangan
untuk tarik you bangkit dan terus berjalan.
Perlahan tak apa, janji you tak berhenti dan nafas you masih berbaki,”
sambung aku tenang.
Ieza dah tunduk. Aku dengar esakan halus dia.
“I try to grab his
hand...”
HIS?
Aku tahu dia maksudkan
Ayie tapi nak buat macam mana, tangan Ayie untuk aku genggam je.
“Tak semestinya his tu
adalah Ayie, Ieza... boleh jadi orang
lain. Kalau you sudi... HER pun
boleh.” Aku hulurkan tangan aku pada
Ieza.
Dia pandang lama tapi
tak menyambut membuatkan aku tarik tangan aku sendiri dengan rasa kecewa. Tapi, tak mengalah, aku lilit tangan aku pada
bahu Ieza.
“This is wrong. Sama sekali salah.”
“Tapi, I tak mampu...”
“Nope...” Laju aku geleng.
“Jangan kata tidak dulu
selagi you tak cuba. Hikmah ada depan
hari. Sekarang pun mungkin ada tapi you
je tak perasan... sebab you tak cuba cari.”
Ieza menggeleng
laju. Sama laju dengan airmata dia yang
mengalir.
“I tak nampak!” Dia sedikit menjerit.
Kujat jantung aku.
“Kalau you tak nampak,
kita cuba cari sama-sama. Erm...” Kepala aku ligat cuba berbicara tentang
kebaikan dengan dia. Biarlah segala
keburukan itu berlalu pergi.
“... abang you care
about you now,” beritahu aku untuk kali pertamanya.
Ieza pandang aku.
“... you dapat sorang
lagi kawan, I?” Senyum.
Dia masih begitu,
memandang aku.
“... you gonna have a
very big family...” Aku senyum sehabis
daya. Menyatakan maksud yang dia akan
ada kami semua menemani perjalanan dia yang dirasakan sepi tu.
Aku tahu dia
kesunyian. Tiada orang tua, ada abang
sorang pun busy dengan kerja sendiri.
Bila adik jadi macam ni, barulah nak terkial-kial mengubati. Tidakkah orang kata, mencegah lebih baik
daripada mengubati? Kalau dah melarat,
jumpa ubat yang sesuai dan berkesan, tak apalah. Ini kalau
ubat semua tak mujarab, macam mana?
Sebab itulah, aku mahu
letak diri aku sebahagian dalam diri dan hidup Khairulidza. Biar dia tak rasa dia sendiri dalam dunia
ni. Biar satu hari nanti, jika kami
tiada di sisi dia, biar dia tahu yang Allah sentiasa ada memerhati, mendengar
dan menerima doa.
“Let say you tak ada
sesiapa pun satu hari nanti, Allah ada dengan you. Dengan kita,” tambah aku meyakinkan dia untuk
dia terus kembali ke jalan yang benar.
“How old are you?” tanya Ieza tiba-tiba.
“29 years old. Tua, kan?”
Aku ketawa sendiri.
Biarpun Ayie cakap umur
itu angka dan wajah aku sendiri pun nampak lebih kurang macam umur-umur dia je,
aku tetap rasa aku dah tua.
“And Ayie?”
Aku kerutkan
kening. Dia bukan tak tahu Ayie tu
sebaya dia. Ni jenis soalan prank ke
apa. Tapi aku, jawab jugaklah.
“22.”
“He is too young.”
“Yeah... sebaya dengan
you, kan?”
Ieza angguk. “You dengan Ayie pilih jalan mana?”
Anak mata Ieza aku
renung. “Jalan yang lurus, jalan yang Allah redai...seperti
mana yang tertulis dalam surah Al-Fatihah... Ayat enam dan tujuh yang membawa
maksud, tunjukilah kami jalan yang
lurus. Jalan orang-orang yang telah
Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan
pula jalan mereka yang sesat...” Lembut
lidah aku berbicara pada Ieza.
Biarpun dia tak tahu sebelum ni tapi sekarang dia dah tahu. Setidak-tidaknya.
Perbualan kami tamat di situ dan begitu saja bila ada suara yang
menegur. Aku kalih lama tapi Ieza hanya
pusing seketika lalu dia terus berjalan laju meninggalkan kami. Khai terkial-kial mengikut adik dia,
meninggalkan aku dan Ayie sendiri.
Dipisahkan oleh bangku kayu saja.
Ayie hulurkan tangan.
Lambat-lambat aku menyambut dengan rasa yang berbelah bahagi melihatkan
bening mata Ayie yang nampak sikit basah.
“Kenapa? Gaduh dengan Khai
pulak?” tebak aku.
Ayie geleng dan mengetap bibir.
“You are a gift.”
Berkerut dahi aku menerima kata-kata Ayie. Itu pujian tapi kenapa dan untuk apa pujian
tu?
“Tetiba je?” Aku redupkan
pandangan, buat-buat curiga.
Ayie ketawa tapi sebelah tangan dia singgah pada birai mata dan
mengesatnya perlahan.
“I won’t ask for more...” Dia
lompat bangku dan duduk di atasnya tapi tangan kami masih bertaut.
“Me too,” balas aku.
Ayie tarik tangan aku dan terus punggung aku jatuh di sisi dia. Bahu aku dipeluk erat dan seperti biasa, bila
tangan sebelah lagi ditarik Ayie menjadikan aku memeluk tubuh sendiri, Ayie
sengih.
“Ayie ada kat belakang tadi dengan Khai.
Risau Ieza tampar isteri Ayie ni tapi rasanya Ayie risau terlebih. Arya pandai handle dia. Kata-kata Arya tu buat jantung Ayie
bergendang tak berhenti...”
Aku kerutkan kening sedikit. Such
a stalker. Intip perbualan aku dan Ieza dan tak ada sebab untuk dia getar hati
sebab aku tak cakap ayat-ayat bunga pada dia pun.
“Tak ada kata-kata cinta pada Ayie pun tadi...” Aku menafikan.
Ayie angguk. “Sebab Ayie tahu,
kecintaan isteri Ayie pada Allah melebihi segalanya,” gumam Ayie dekat dengan
telinga aku.
Aku pandang dia dan dia pandang aku.
Ayie sengih. “You made it...”
Aku menggeleng dan senyum tawar.
“No... I don’t think so. Kalau
dia dah okey, Arya dah berjaya pujuk dia... dia tak akan lari nampak
Ayie...” Aku pandang ke pintu masuk, dah
tak ada kelibat mereka.
“Tak apa, baby... Make it slowly tapi terkesan buat selamanya.”
Senyum lagi.
Aku jongket kening lagi.
“What will happen to her?” Risau
hati aku ni.
“Nothings... seems like she has a good friend beside her...” Ayie cubit hidung aku sikit.
Aku mencemik. “Ya ke?”
“Yalah... tak kan tak ya pulak.”
Ayie ketawa halus.
“Kejayaan tak datang bergolek, kan?”
Aku angguk dan senyum. Betullah
tu. Kalau kata aku nekad, kenapa nak
harapkan kejayaan sekelip mata. Aku
yakin, Allah ada bersama aku membantu Ieza.
Sampai ke titik akhir di mana dia adalah sepenuhnya Khairulidza.
“Tapi, bukan ke Ayie pernah jadi kawan baik dia?” Aku pada mulanya nak sebut pasal sarung tangan
ni. Tapi, jawapan Ayie merungkai
segalanya.
“Tak tahu eh... oh.. mari Ayie cakap.
Hubungan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tu tak elok. Arya tahu kan?”
Ambik kau Aryana. Sedebik kena
tepat ke hidung. Mujur tak patah
hidung. Cepat-cepat aku raba hidung aku
tapi Ayie dah bahankan aku dulu.
“Itulah... ni mesti Ieza cakap pasal sarung tangan ni, kan?’
Aku angguk.
“Sayang... sarung tangan ni memang kami beli sama-sama. Ayie bayarkan. Khai pun ada.
Ada sale masa tu,” jelas Ayie.
Ohmai...
Nak demam boleh tak? Nak
buat-buat pengsan boleh tak dengar dia panggil aku SAYANG. Boleh
ulang tak? Tersengih aku pandang
Ayie. Tak boleh nak tahan sengih
dah.
“Seems like Ayie yang lari laju-laju...,” ucap aku pada dia.
Kening Ayie naik sebelah.
Bertanya dalam diam.
“Ni daripada tadi rupanya Ayie datang sini...”
Ayie ketawa dan geleng.
“Told ya... Ayie takut Ieza slap
Arya ke apa ke?”
Aku sengih jahat. “Bukan sebab
sejuk?”
Ayie, terus ketawa.
“Such a gift...” Ayie berbisik
lembut.
“Born to be it...” balas aku
sambil tangan menggagau beg sandang. Ada
buku dan lupa nak bagi Ieza. Hadoi...
“Lupa nak bagi Ieza buku ni...”
Aku keluarkan sebuah buku dan aku letak di atas riba Ayie.
Tangan kiri Ayie menyentuhnya.
“Bila beli? Kat mana?”
“Bawak daripada Malaysialah...”
Baru aku nak ambik buku tu nak simpan semula, Ayie menahan. Dia tarik lagi bahu aku rapat pada dia. Wajah dia dekat di telinga dan...
“I think I’d never say this to you...”
Aku kalih laju hinggakan hidung kami berlaga. Mata terkebil-kebil dan mulut masing-masing
dah keluarkan asap kesan daripada
suhu.
“What? Jangan nak cakap Germany
lagi eh. Letih otak nak cerna,” ujar aku cuba menarik kepala ke belakang tapi
Ayie menahan. Dia menggeleng.
“Ayie cintakan Arya...”
Tiba-tiba.
Itu pengakuan tiba-tiba.
Selama ni dalam bahasa Jerman dia tu pernah dia katakan, tapi kenapa
bila dia akui dalam bahasa ibunda kami, aku rasa macam... macam...
Macam-macam ada.
Hentakkannya berbeza.
Sungguh.
~~> bersambung
RM cakap : Eh... dah Bab 29 eh? Eh? Ohmai, taip lelaju. Lepas ni nak cuti kejap siapkan manuskrip nanti sebelum janji dicapati. lebih baik Rm tepati. hehh... Dollah dah berhenti eh guys.. Vaww.. Arayie pun soon kot... Mana2 ada kesilapan atau teguran untuk update kali ini, mohon tegur ya. Komen, emel atau pm dekat FB (dah lama tak bukak) pun boleh.
.. saya yang pertama komen ... Tq Rm.. luv u.. arya seorang isteri yang baik, menerima segalanya dengan positif... tak sabar nak tunggu arayie dalam bentuk cetakan.. RM jgn cuti lama2 tau nanti kami sume rinduuu heheh
ReplyDeletewwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....melting...ahahahah..
ReplyDeleteBest......
ReplyDeleteoh my..ayie buat pengakuan..ekekeke...
ReplyDeleteoh mai...
ReplyDeleteRM...tq for such words that soothes, shakes, melt our hearts as readers and percayalah kami akan terus sokong supaya RM dapat hasilkan arayie yang best. Best la kalau ada kawan macam arya yang sabar dan pandai bagi nasihat, yang positif dan memberi aura positif pada orang dikelilingnya.
ReplyDeleteRm hbiskan kt blog lu.baru bukukan mcm cbsa.plezz.tak sanggup nak berpisah dgn SAK
ReplyDeleteRm hbiskan kt blog lu.baru bukukan mcm cbsa.plezz.tak sanggup nak berpisah dgn SAK
ReplyDeleteohmai... lari laju2 jantung akak!
ReplyDeletecinta RM jugak...
ReplyDeleteBest romantik dan tiba2 yg selalu tiba2
ReplyDeleteDollah dan Senah memang dah habis.... pun best juga...
ReplyDeleteBila cakap dalam bahasa ibunda "Ayie cintakan Arya ....." macam sweettt ja... sebab cepat tangkap...
bila bahsa lain nak kena fikir dulu ..... hehehe
thanks dik...syabas n lagi and lagi...
ReplyDeletewow manyak lomenticlah you ayie
ReplyDeleteOohmaiii..ohmaiii Ayieeeeee ... Terharu...
ReplyDeletecun-cun lah....mcm nak bercinta di tempat sejuk lah pulak....mesti sentiasa rindu...romantis...bombastis...teruskan bercinta..kami akan sokong...bole completkan cerita nie tak....
ReplyDeleteim melting. enough said. thanks kak rehan :*
ReplyDeleteLuv u too RM...heh...mtk2 famili arayie dtg jenguk depa kt german dan dikenalkan plk ngan Ieza so nnti 2 org mama vogue to plk tarbiyah Ieza..emmm..
ReplyDeleteNak di cetak ke? Or are you talking about bisakah
ReplyDeleteHomai.....nick dollah n wan senah pn da stop..... kalu arayie pn x de .. .. world will turn up side down.... RM..... nk penganti leh x... adoiiiiii......
ReplyDeletewaaa.. melting .. tq kak .. best!
ReplyDelete'
-athirah-
love arayie. love RM. love SAK.
ReplyDeleteRehan..arayie nak stop kat blogkah?
ReplyDeleteMemang best lah Rehan. Two thumbs up! Tapi saya sentiasa risau & berdebar baca setiap n3 SAK ni. Takut Arya give up nk bg free Ayie kat Ieza. Plizzz....don't!!!!
ReplyDeletearayie nk terbit jd novel ke sis?
ReplyDeletedollah n senah dah stop...arayiepun dah nak hbs...jd apa akan jd pd diriku ini????...arggghhhh....
ReplyDelete-sj-
Oh Mai, dlm sejuk2 Ayie dah keluar ayat keramat tu.......cair Dan Beku terus dah ni.....
ReplyDeleteYa Allah...such a wonderful advice from Arya to be shared.. Love it so much..keep on writing RM.
ReplyDeletehaissh..ayie ni mmg pandai buat jantung org
ReplyDeletemelompat-lompat la.. ;)
pasal ieza tu..slow2 mesti dia boleh berubah..
arya dah mencuba..
deabak! Rehan M.
before this kalau si suami panggil isteri dia baby mesti rasa euwww euwww...tapi bila ayie panggil arya baby dah takde euwww euwww lagi dah...apakah??? hahaha but seriously saya lagi suka ayie panggil arya baby heee....
ReplyDeleteAllah mengurniakan taufik dan hidayah kepada kita sentiasa, yang mengetuk hati dan jiwa. namun terpulang kepada kita untuk menerimanya atau membiarkannya dibawa angin lalu.
ReplyDeletenk tnya cter senah n dollah tu tajuk full apa ye..
ReplyDeletealamak tertinggal keretapi laa????
huhuhuhu..tulong..tulong..
mudah mudahan ieza berpeluang berubah..i love u too lah..
ReplyDeleteaduh..terguna akaun en somi lagik
Deletenk tolong jawab utk anon di atas tu..
ReplyDeleteciter nick dollah n wan senah tu tajuk DALAM HATI ADA DIA. penulis http://illashanahila.blogspot.com/
melting nyeeeeee.....
ReplyDeletelove RM....Luv Arayie & SAK......
ReplyDeleteKenapa x leh baca? :'(
ReplyDeleteSuch a nice story from RM, deep mean.
ReplyDelete