Tuesday, June 04, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 29

BAB 29

“MANALAH ada orang buat kerja dalam cuaca sejuk ni?  Kan elok kita lepak tempat lain, dalam bangunan.” 
Aku pandang sinis pada Ayie.  Yalah, ada ke patut berjanji dengan Khai nak buat kerja di tengah-tengah kesejukan ni.  Masa ni aku nampak Ayie tarik sarung tangan daripada poket jeans dia. 

“La... adalah.  Kitoranglah.”  Dia menjawab tenang. 
Aku ketap bibir bawah.  Menjawab je tahu.  “Memanglah.  Itu pelik namanya.  Ayie jangan nak jadi antara makhluk paling pelik di dunia eh...” 
Mata kami beradu.  Bibir Ayie pecah dengan senyum. 
“Apa yang pelik?  Ayie lelaki normal apa.  Manusia biasa  yang ada rasa, ada perasaan, ada nafsu... tak ada peliklah.  Arya tu haa buat semua benda nampak pelik.  Adalah tu apa yang Khai nak buat tengah-tengah cuaca sejuk ni.  Lagipun, it won’t take long.  Jangan risau.  Nanti kita pergi lepak tempat panas pulak,” jawab dia lembut.
Aku jatuhkan kepala dengan berat hati.  Dalam dada menjawab, yalah-yalah.  Ayie betullah tu.  Kerja Ayie, kan... bukan kerja Arya.  Aku terus tarik beg sandang dari dalam kereta.  Dah sedia dan berlalu.  Sambil kedua-dua belah tangan aku bawa rapat ke mulut.  Sejuk. 
“Muka kerut kenapa?” 
Aku pandang Ayie dan menggeleng.  “Tak ada...”  Menafikan.
AYIE senyum menyenget dan mendekati aku.  Tangan aku diraih dan digenggam seketika sebelum dipakaikannya sepasang sarung tangan kulit pada dua-dua belah tangan aku. 
“Rasanya suhu drop lagi hari ni.  Makin sejuk.  Arya mesti payah nak biasakan diri sekarang.  Pakai ni, belit mafela ni elok-elok sikit, bagi haba.  Kalau rasa tak tahan sejuk sangat nanti, lari laju-laju.” 
Dia bercekak pinggang.  Kening terangkat bila aku tunjukkan tangan aku yang sudah pun dibaluti sarung tangan.  Sungguh.  Rasa hangat sikit. 
“Nak lari pergi mana?”  soal aku pelik.
Yalah, sejuk-sejuk nak lari pergi mana?  Nak beriadah macam tak kena je sekarang.  Kan nak jumpa Khai dengan Ieza.  Ayie tak jawab dulu.  Dia masukkan kunci kereta dalam poket jeans dan membetulkan letak duduk beg galasnya. 
Kaki dia menapak ke depan selangkah dan menggamit aku agar turut sama berjalan. 
“Nak lari pergi mana?”  Aku mengulang soalan yang sama. 
Ayie kalah dan terus senyum senget.  “Ayie ada kat sana... kalau ada apa-apa, ya?”  beritahu dia waktu kami dah masuk ke dalam kawasan Tiergarten.”  Langsung tak menjawab soalan. 
Selangkah demi selangkah, aku akhirnya ternampak kelibat Khai melambai pada kami.  Sedang duduk di depan notebook dan kertas A4 yang berselerakan.  Ayie membalas.  Kaki kami berhenti melangkah.  Kami saling berhadapan dan senyuman masing-masing koyak. 
“Arya pergi depan sikit.  Nanti nampaklah kot Ieza sebab Khai dah ada ni,” suruh Ayie.
Aku angguk mengerti tapi dia tu... kenapa suruh aku lari laju-laju?  Ieza nanti nak apa-apakan aku ke?  Nak lari pergi mana?  Aku mula rasa gerun sikit.  Yalah, orang emosi tak stabil.  Boleh buat apa saja.  Sia-sia je hidup aku nanti. 
“Kenapa muka cuak semacam je neh?”  Berkerut dahi Ayie menyoal.
“Ayie suruh Arya lari laju-laju, mesti Ieza nak apa-apakan Arya eh?”  duga aku.  Bukan buat-buat takut tapi memang takut.  Nak lawan kudrat, aku tak daya sangat sekarang ni. 
Ayie ledakkan tawa.  Dia cubit pipi aku sikit dan  menggeleng kecil. 
“Merepek apa pulak?  Tak adanya Ieza nak apa-apakan Arya.  Pergilah dulu dan you must know this... dia yang nak jumpa Arya.  Maksud Ayie tadi, kalau Arya rasa sejuk sangat tak tahan... lari laju-laju ke dalam pelukan Ayie...”  Dia ketawa lepas dan terus berpaling berlari-lari anak menuju ke tempat Khai menanti. 
Apolahs dia ni.  Macam-macam pesen sungguh. 
Aku pula teruskan perjalanan ke destinasi.  Aku lihat ada beberapa orang sedang duduk di atas bangku dan meja yang disediakan.  Juga sedang membelek helaian kertas dengan notebook di depan mata. 
Gamaknya diorang memang suka cuaca sejuk.  Tunggu turun salji nanti, nak jugak tengok diorang belajar dalam salji.  Aku eratkan pelukan pada tubuh sendiri.  Sarung tangan Ayie ni baru aku perasan... sama dengan... err...
“Lama I tunggu  you.” 
Aku tersentak daripada dok tilik sarung tangan yang memandang kemas tersarung pada tangan aku.  Hitam berkilat.  Aku kalih pada suara yang menegur. 
Ieza!
Tak dapat tidak, senyuman kaku terukir.  Bukan sebab sejuk tap sebab renjatan elektrik.  Biar benar.  Lantas mata aku memandang tangan Ieza.  Sah... memang sah.  Tak payah ada saksi, memang sah. 
Sama!
Dia senyum membalas.  “Lama I tunggu you.”  Ayat itu berulang.
Aku angguk.  “Sorry...” 
Kelu kejap.  Tak tahu nak cakap apa dah masa ni.  Macam-macam andaian dah muncul dalam kepala.  Melihatkan Ieza yang menapak pada aku, memang buat aku menggigil.  Kaki melangkah setapak ke belakang bila dia maju selangkah.
“Jom duduk...”  Ieza mengajak.
Aku mengikut jejak Ieza.  Hari ini kepala dia seperti biasa, ditutup oleh topi Nike berwarna merah dan lambang Nine yang berwarna hitam.  Jaket kulit hitam, jeans biru muda  yang lusuh, kasut dan juga sarung tangan. 
Sama dengan aku punya. 
“Sorry minta you keluar dalam cuaca sejuk ni.”  Dia mula berbicara setelah kami duduk hampir beberapa ketika.
“Tak apa...”  Tenang aku membalas.
“Cantik sarung tangan you...,” puji dia.
Aku kalih pada Ieza.  Mata dia aku pandang dengan senyuman.  Aku angkat tangan dan membuka jari jemari lebar di depan Ieza.
“Ayie punya.  Dia pakaikan tadi.”  Sengih. 
Ieza mengangguk.  “Sama, kan?” Dia tunjuk dia punya. 
Memang sama.  Aku iyakan.  Tak boleh nak nafikan.  Jenama pun sama.  Dari kedai yang sama gamaknya.
“Beli sekali?”  soal aku.
Ieza diam lama dan mengangguk kemudiannya.  “Ayie belikan sebab...”  Dia terhenti di situ. 
Nafasnya dihela dalam.  Sabar aku menanti dia menyambung kata.  Nampak dah makin lembut hari ni.  Nampak dah okey.  Tapi tak tahulah dalam dada dia tu macam mana?  Aku pula, ternyata telahan aku benar.  Nak rasa kecik hati ke tak eh?  Ini sarung tangan Ayie yang sama dengan perempuan di sebelah aku ni dan Ieza pun mengakui, Ayie yang belikan.  Tapi, tak kan isu sarung tangan ni pun aku nak sentap tak kena tempat. 
“Sesuai dengan you.”  Aku sengih plastik.
“You tak jealous?”  soal dia kembali.
Aku pandang ke depan.  “Nak jealous kenapa?  Hal sarung tangan ni nak jealous ke?  Emm... tak mungkin.  Hal sangat kecik ni.  Lagipun, dia belikan you masa kami tak kenal lagi.  Jadi, tak ada istilah dengki.  Lagipun, I pun ada ni, kan?” 
Sekali lagi aku tunjuk tangan aku pada dia.  Ieza guriskan senyuman hambar.  Tipu kalau hati aku tak berdebar.  Mulalah ada perasaan jahat menghasut nak curiga dengan Ayie dan Ieza.  Tapi, tak ada makna untuk aku terus suburkan rasa curiga setelah apa yang Ayie lakukan.  Aku nak percaya dia sepenuhnya. 
“Apa yang menarik pada you sampai Ayie sukakan you?  Pilih you?  Cinta you?”  Soalan Ieza datar. 
Aku jongket bahu.  “I don’t it... either.”  Sengih lagi.
“Apa yang buat you pilih dia?” 
“Jodoh.”  Sepatah aku menjawab.  Yakin.
“Apa yang buat you terima dia?”
“Juga  jodoh.”  Aku menekan sikit. 
Nampak sangat Ieza ni jenis tak percayakan takdir Allah jika semua itu pun dia nak persoalkan. 
Ieza diam. 
Aku ambil kesempatan ni untuk besuara. 
“You percaya urusan Qada dan Qadar?” 
Ieza diam.  Aku pandang dia dengan ekor mata dan aku nampak dia tunduk dan menggeleng. 
Dahi aku berkerut.  Ini geleng tanda tak percaya ke atau tak tahu? 
“Tak percaya atau tak tahu?” 
“I tak tahu...” 
Aku senyum.  “Kalau macam tu, senang.  I boleh bagi tahu you.  Qada dan Qadar ni wajib you percaya.  Ia adalah rukun Iman yang ke-enam.  Kalau tak ada satu ni, pincang iman you.” 
Aku tenang menuturkan kata.  Yalah, dia mesti ada iman biarpun terlalu tipis.  Aku ini pun tak adalah tebal mana.  Entah-entah lebih tipis daripada Ieza.  Tak ada sebab untuk aku hukum dan nilai dia dengan pandangan mata aku yang selalu menipu ni. 
“Qada dan Qadar ni adalah kepercayaan you pada setiap yang terjadi dalam dunia ni, dalam hidup you lebih-lebih lagi adalah kerana kehendak Allah yang Agung.  Semua yang terjadi ini adalah atas izin Allah.  Tak ada  yang lain, Ieza.  You tanya I, kenapa I dengan Ayie... ini semua kehendak Allah.  You tanya apa yang buat Ayie pilih I... I tak tahu tapi Ayie mesti tahu sebab Allah akan titipkan rasa tu dalam hati kami masing-masing.  Ya, mungkin you nak cakap, you tak nampak apa tu hikmah segala kejadian ni, kan?  Tapi you boleh rasa...” 
Ieza sengih sinis.  “Habis tu kalau kata itu semua ketentuan Tuhan, sekarang ni apa yang jadi pada I adalah ketentuan dia jugaklah...”  Dia membentak sikit.
Aku beristighfar dalam hati.  Menggigil seluruh jasad aku waktu ni.  Sebab nak marah.  Apalah dia ni.  Sampai macam tu sekali dia nak pertikaikan.  Tapi, dengan orang macam ni, tak boleh nak gunakan kekerasan.  Islam tak ajar keganasan.  Andai kata nak memukul pun, ada cara dan tempatnya.  Itupun sebelum dicepuk, kena tegur dulu beberapa kali.  Baru boleh ditangankan. 
“Ieza... you salah.  You dah terpesong ni kalau you persoalkan semua tu.”  Senyuman lebar aku guriskan.  Biarpun rasa payau sikit dengan bentakan Ieza tadi.
“Maksud you?”  tanya dia nampak berminat. 
Aku tarik nafas.  Menyedut udara segar petang Teirgarten.  Kaki kanan aku bawa menindih peha kiri dan tangan aku letak di atasnya. 
“Apa yang you persoalkan tu salah sama sekali.  Boleh berdosa besar macam tu.  You percaya Tuhan ada tapi you tak percayakan ketentuan-Nya.  Bila I cakap tentang takdir dan ketentuan, you salahkan takdir sebab jadikan you macam mana you pernah jadi... jadinya, apa guna hati you tu?  Apa guna akal fikiran you yang waras sampaikan you tak boleh nak bezakan yang mana baik dan buruk?  Allah bagi hati dan akal untuk you nilai.  Fikir betul baik buruk sesuatu tindakan tu tapi you tak fikir.  Tak gunakan sebaiknya apa yang Allah pinjamkan.  Yang kurang elok tu adalah daripada manusia itu sendiri.  Bukan ke mencintai kaum sejenis tu memang dilarang oleh semua agama ke?  Dipandang serong oleh masyarakat ke?  Kecuali yang saja butakan mata, tulikan telinga je yang sanggup nak hadap semua ni.  Apatah lagi Islam, Ieza.  You berpakaian menyerupai lelaki pun dah salah, apatah lagi you nak jadi lelaki.  Cuba mengubah kejadian Allah?”  Aku menyoal Ieza yang terdiam.
Sungguh, dia diam seribu bahasa.  Tak berkata sepatah pun. 
“Allah bagi kita hati, akal yang sihat dan waras untuk kita berfikir.  Untuk kita hadiahkan diri kita yang terbaik.  Bukan dekatkan diri kita pada segala keburukan yang ada.  No... I won’t ask you to be a perfect one because nobody is perfect.  Memang azali kejadian.  Allah tak jadikan manusia ni, hamba-hamba DIA ni sempurna sebab Allah nak kita meminta-minta pada tiap-tiap kelemahan yang kita lalui.  You diduga, Ieza dan you kena ingat, dugaan untuk you tewaskan, bukan untuk you ikut dan terus hanyut dalam mencari destinasi terakhir hidup you....” 
Panjang lebar aku bersuara tapi Ieza diam tak berkutik langsung.  Aku tak adalah pandai tapi aku tahu membezakan yang baik dan yang buruk.  Dia kejadian yang sempurna.  Hanya tersalah langkah sedikit dan aku yakin masih mampu selamatkan dia. 
Aku melemparkan pandangan ke arah tengah laman.  Terdapat menara di tengah-tengahnya dan di sekeliling menara punyai beberapa simpang  yang membawa kita ke haluan masing-masing biarpun destinasi dan kawasan adalah sama. 
“Cuba you pandang menara depan kita ni,”  suruh aku.
Aku lihat Ieza mengangkat wajah dia.  Memandang tepat pada menara yang aku maksudkan.  Kemudian dia pandang aku. 
“Just a short tower, Tiergarten Siegessaeule...” 
Aku senyum dan angguk.  Baru aku tahu nama dia.  Tak tahu pulak nama menara tu dipanggil Tiergarten Siegessaeule.
“You nampak sekeliling tower tu ada apa?” 
Ieza melingas ke kiri dan kanan.  “Jalan menuju ke sekitar taman.” 
“Indeed.”
Ieza pandang aku kembali dengan riak wajah tak mengerti. 
“Dalam dunia ni bermacam-macam jalan ada untuk kita menuju ke destinasi yang satu tu.  Boleh jadi jalan you yang sebelah sana...”  Aku luruskan jari telunjuk pada jalan di hujung sebelah kiri.
“...boleh jadi jugak jalan belakang ni...”  Aku angkat pula tangan menunjuk ke belakang. 
“... atau boleh jadi yang lurus di depan ni.  Tapi, you yang memilih jalan tu, Ieza.  Jalan yang tak betul yang you pilih dan buatkan perjalanan you jenuh terduga untuk sampai destinasi.  Setiap kita akan tiba di destinasi yang kita pilih tapi ranjau berduri sepanjang perjalanan itulah yang akan buatkan you kuat dan you matang.  Ranjau dan duri itulah yang dipanggil dugaan tapi sayang bila you kalah di kaki dugaan.  Jangan kata kalah, you siap menyukur, Ieza.  You perlukan tangan untuk tarik you bangkit dan terus berjalan.  Perlahan tak apa, janji you tak berhenti dan nafas you masih berbaki,” sambung aku tenang.
Ieza dah tunduk.  Aku dengar esakan halus dia. 
“I try to grab his hand...” 
HIS? 
Aku tahu dia maksudkan Ayie tapi nak buat macam mana, tangan Ayie untuk aku genggam je. 
“Tak semestinya his tu adalah Ayie, Ieza...  boleh jadi orang lain.  Kalau you sudi... HER pun boleh.”  Aku hulurkan tangan aku pada Ieza. 
Dia pandang lama tapi tak menyambut membuatkan aku tarik tangan aku sendiri dengan rasa kecewa.  Tapi, tak mengalah, aku lilit tangan aku pada bahu Ieza. 
“This is wrong.  Sama sekali salah.” 
“Tapi, I tak mampu...”
“Nope...”  Laju aku geleng. 
“Jangan kata tidak dulu selagi you tak cuba.  Hikmah ada depan hari.  Sekarang pun mungkin ada tapi you je tak perasan... sebab you tak cuba cari.”
Ieza menggeleng laju.  Sama laju dengan airmata dia yang mengalir. 
“I tak nampak!”  Dia sedikit menjerit. 
Kujat jantung aku. 
“Kalau you tak nampak, kita cuba cari sama-sama.  Erm...”  Kepala aku ligat cuba berbicara tentang kebaikan dengan dia.  Biarlah segala keburukan itu berlalu pergi. 
“... abang you care about you now,” beritahu aku untuk kali pertamanya. 
Ieza pandang aku. 
“... you dapat sorang lagi kawan, I?”  Senyum.
Dia masih begitu, memandang aku. 
“... you gonna have a very big family...”  Aku senyum sehabis daya.  Menyatakan maksud yang dia akan ada kami semua menemani perjalanan dia yang dirasakan sepi tu.
Aku tahu dia kesunyian.  Tiada orang tua, ada abang sorang pun busy dengan kerja sendiri.  Bila adik jadi macam ni, barulah nak terkial-kial mengubati.  Tidakkah orang kata, mencegah lebih baik daripada mengubati?  Kalau dah melarat, jumpa ubat yang sesuai dan berkesan, tak apalah.  Ini kalau  ubat semua tak mujarab, macam mana? 
Sebab itulah, aku mahu letak diri aku sebahagian dalam diri dan hidup Khairulidza.  Biar dia tak rasa dia sendiri dalam dunia ni.  Biar satu hari nanti, jika kami tiada di sisi dia, biar dia tahu yang Allah sentiasa ada memerhati, mendengar dan menerima doa. 
“Let say you tak ada sesiapa pun satu hari nanti, Allah ada dengan you.  Dengan kita,” tambah aku meyakinkan dia untuk dia terus kembali ke jalan yang benar. 
“How old are you?”  tanya Ieza tiba-tiba.
“29 years old.  Tua, kan?”  Aku ketawa sendiri. 
Biarpun Ayie cakap umur itu angka dan wajah aku sendiri pun nampak lebih kurang macam umur-umur dia je, aku tetap rasa aku dah tua. 
“And Ayie?” 
Aku kerutkan kening.  Dia bukan tak tahu Ayie tu sebaya dia.  Ni jenis soalan prank ke apa.  Tapi aku, jawab jugaklah.
“22.”
“He is too young.”
“Yeah... sebaya dengan you, kan?” 
Ieza angguk.  “You dengan Ayie pilih jalan mana?” 
Anak mata Ieza aku renung.  “Jalan  yang lurus, jalan yang Allah redai...seperti mana yang tertulis dalam surah Al-Fatihah... Ayat enam dan tujuh yang membawa maksud, tunjukilah kami jalan  yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat...”  Lembut lidah aku berbicara pada Ieza. 
Biarpun dia tak tahu sebelum ni tapi sekarang dia dah tahu.  Setidak-tidaknya.
Perbualan kami tamat di situ dan begitu saja bila ada suara yang menegur.  Aku kalih lama tapi Ieza hanya pusing seketika lalu dia terus berjalan laju meninggalkan kami.  Khai terkial-kial mengikut adik dia, meninggalkan aku dan Ayie sendiri.  Dipisahkan oleh bangku kayu saja. 
Ayie hulurkan tangan.  Lambat-lambat aku menyambut dengan rasa yang berbelah bahagi melihatkan bening mata Ayie yang nampak sikit basah.
“Kenapa?  Gaduh dengan Khai pulak?”  tebak aku. 
Ayie geleng dan mengetap bibir.  “You are a gift.”
Berkerut dahi aku menerima kata-kata Ayie.  Itu pujian tapi kenapa dan untuk apa pujian tu?
“Tetiba je?”  Aku redupkan pandangan, buat-buat curiga.
Ayie ketawa tapi sebelah tangan dia singgah pada birai mata dan mengesatnya perlahan. 
“I won’t ask for more...”  Dia lompat bangku dan duduk di atasnya tapi tangan kami masih bertaut.
“Me too,” balas aku. 
Ayie tarik tangan aku dan terus punggung aku jatuh di sisi dia.  Bahu aku dipeluk erat dan seperti biasa, bila tangan sebelah lagi ditarik Ayie menjadikan aku memeluk tubuh sendiri, Ayie sengih. 
“Ayie ada kat belakang tadi dengan Khai.  Risau Ieza tampar isteri Ayie ni tapi rasanya Ayie risau terlebih.  Arya pandai handle dia.  Kata-kata Arya tu buat jantung Ayie bergendang tak berhenti...” 
Aku kerutkan kening sedikit.  Such a stalker. Intip perbualan aku dan Ieza dan tak ada sebab untuk dia getar hati sebab aku tak cakap ayat-ayat bunga pada dia pun.
“Tak ada kata-kata cinta pada Ayie pun tadi...”  Aku menafikan.
Ayie angguk.  “Sebab Ayie tahu, kecintaan isteri Ayie pada Allah melebihi segalanya,” gumam Ayie dekat dengan telinga aku.
Aku pandang dia dan dia pandang aku.  Ayie sengih.  “You made it...”
Aku menggeleng dan senyum tawar. 
“No... I don’t think so.  Kalau dia dah okey, Arya dah berjaya pujuk dia... dia tak akan lari nampak Ayie...”  Aku pandang ke pintu masuk, dah tak ada kelibat mereka.
“Tak apa, baby... Make it slowly tapi terkesan buat selamanya.” 
Senyum lagi.
Aku jongket kening lagi. 
“What will happen to her?”  Risau hati aku ni. 
“Nothings... seems like she has a good friend beside her...”  Ayie cubit hidung aku sikit.
Aku mencemik.  “Ya ke?” 
“Yalah... tak kan tak ya pulak.”  Ayie ketawa halus.
“Kejayaan tak datang bergolek, kan?” 
Aku angguk dan senyum.  Betullah tu.  Kalau kata aku nekad, kenapa nak harapkan kejayaan sekelip mata.  Aku yakin, Allah ada bersama aku membantu Ieza.  Sampai ke titik akhir di mana dia adalah sepenuhnya Khairulidza. 
“Tapi, bukan ke Ayie pernah jadi kawan baik dia?”  Aku pada mulanya nak sebut pasal sarung tangan ni.  Tapi, jawapan Ayie merungkai segalanya. 
“Tak tahu eh... oh.. mari Ayie cakap.  Hubungan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim tu tak elok.  Arya tahu kan?” 
Ambik kau Aryana.  Sedebik kena tepat ke hidung.  Mujur tak patah hidung.  Cepat-cepat aku raba hidung aku tapi Ayie dah bahankan aku dulu. 
“Itulah... ni mesti Ieza cakap pasal sarung tangan ni, kan?’ 
Aku angguk. 
“Sayang... sarung tangan ni memang kami beli sama-sama.  Ayie bayarkan.  Khai pun ada.  Ada sale masa tu,” jelas Ayie.
Ohmai...
Nak demam boleh tak?  Nak buat-buat pengsan boleh tak dengar dia panggil aku SAYANG.  Boleh  ulang tak?  Tersengih aku pandang Ayie.  Tak boleh nak tahan sengih dah. 
“Seems like Ayie yang lari laju-laju...,” ucap aku pada dia.
Kening Ayie naik sebelah.  Bertanya dalam diam.
“Ni daripada tadi rupanya Ayie datang sini...” 
Ayie ketawa dan geleng.  “Told  ya... Ayie takut Ieza slap Arya ke apa ke?” 
Aku sengih jahat.  “Bukan sebab sejuk?” 
Ayie, terus ketawa. 
“Such a gift...”  Ayie berbisik lembut. 
“Born to be it...”  balas aku sambil tangan menggagau beg sandang.  Ada buku dan lupa nak bagi Ieza.  Hadoi...
“Lupa nak bagi Ieza buku ni...”  Aku keluarkan sebuah buku dan aku letak di atas riba Ayie. 
Tangan kiri Ayie menyentuhnya.  “Bila beli?  Kat mana?” 
“Bawak daripada Malaysialah...” 
Baru aku nak ambik buku tu nak simpan semula, Ayie menahan.  Dia tarik lagi bahu aku rapat pada dia.  Wajah dia dekat di telinga dan...
“I think I’d never say this to you...” 
Aku kalih laju hinggakan hidung kami berlaga.  Mata terkebil-kebil dan mulut masing-masing dah  keluarkan asap kesan daripada suhu. 
“What?  Jangan nak cakap Germany lagi eh.  Letih otak nak cerna,”  ujar aku cuba menarik kepala ke belakang tapi Ayie menahan.  Dia menggeleng.
“Ayie cintakan Arya...” 
Tiba-tiba.
Itu pengakuan tiba-tiba. 
Selama ni dalam bahasa Jerman dia tu pernah dia katakan, tapi kenapa bila dia akui dalam bahasa ibunda kami, aku rasa macam... macam...
Macam-macam ada. 
Hentakkannya berbeza.

Sungguh.

~~> bersambung

RM cakap : Eh... dah Bab 29 eh?  Eh?  Ohmai, taip lelaju.  Lepas ni nak cuti kejap siapkan manuskrip nanti sebelum janji dicapati.  lebih baik Rm tepati.  hehh... Dollah dah berhenti eh guys.. Vaww.. Arayie pun soon kot... Mana2 ada kesilapan atau teguran untuk update kali ini, mohon tegur ya.  Komen, emel atau pm dekat FB (dah lama tak bukak) pun boleh.  

39 comments:

  1. .. saya yang pertama komen ... Tq Rm.. luv u.. arya seorang isteri yang baik, menerima segalanya dengan positif... tak sabar nak tunggu arayie dalam bentuk cetakan.. RM jgn cuti lama2 tau nanti kami sume rinduuu heheh

    ReplyDelete
  2. wwwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....melting...ahahahah..

    ReplyDelete
  3. oh my..ayie buat pengakuan..ekekeke...

    ReplyDelete
  4. RM...tq for such words that soothes, shakes, melt our hearts as readers and percayalah kami akan terus sokong supaya RM dapat hasilkan arayie yang best. Best la kalau ada kawan macam arya yang sabar dan pandai bagi nasihat, yang positif dan memberi aura positif pada orang dikelilingnya.

    ReplyDelete
  5. Rm hbiskan kt blog lu.baru bukukan mcm cbsa.plezz.tak sanggup nak berpisah dgn SAK

    ReplyDelete
  6. Rm hbiskan kt blog lu.baru bukukan mcm cbsa.plezz.tak sanggup nak berpisah dgn SAK

    ReplyDelete
  7. ohmai... lari laju2 jantung akak!

    ReplyDelete
  8. Best romantik dan tiba2 yg selalu tiba2

    ReplyDelete
  9. Dollah dan Senah memang dah habis.... pun best juga...
    Bila cakap dalam bahasa ibunda "Ayie cintakan Arya ....." macam sweettt ja... sebab cepat tangkap...
    bila bahsa lain nak kena fikir dulu ..... hehehe

    ReplyDelete
  10. thanks dik...syabas n lagi and lagi...

    ReplyDelete
  11. wow manyak lomenticlah you ayie

    ReplyDelete
  12. Oohmaiii..ohmaiii Ayieeeeee ... Terharu...

    ReplyDelete
  13. cun-cun lah....mcm nak bercinta di tempat sejuk lah pulak....mesti sentiasa rindu...romantis...bombastis...teruskan bercinta..kami akan sokong...bole completkan cerita nie tak....

    ReplyDelete
  14. im melting. enough said. thanks kak rehan :*

    ReplyDelete
  15. Luv u too RM...heh...mtk2 famili arayie dtg jenguk depa kt german dan dikenalkan plk ngan Ieza so nnti 2 org mama vogue to plk tarbiyah Ieza..emmm..

    ReplyDelete
  16. Nak di cetak ke? Or are you talking about bisakah

    ReplyDelete
  17. Homai.....nick dollah n wan senah pn da stop..... kalu arayie pn x de .. .. world will turn up side down.... RM..... nk penganti leh x... adoiiiiii......

    ReplyDelete
  18. waaa.. melting .. tq kak .. best!
    '

    -athirah-

    ReplyDelete
  19. love arayie. love RM. love SAK.

    ReplyDelete
  20. Rehan..arayie nak stop kat blogkah?

    ReplyDelete
  21. Memang best lah Rehan. Two thumbs up! Tapi saya sentiasa risau & berdebar baca setiap n3 SAK ni. Takut Arya give up nk bg free Ayie kat Ieza. Plizzz....don't!!!!

    ReplyDelete
  22. arayie nk terbit jd novel ke sis?

    ReplyDelete
  23. dollah n senah dah stop...arayiepun dah nak hbs...jd apa akan jd pd diriku ini????...arggghhhh....

    -sj-

    ReplyDelete
  24. Oh Mai, dlm sejuk2 Ayie dah keluar ayat keramat tu.......cair Dan Beku terus dah ni.....

    ReplyDelete
  25. Ya Allah...such a wonderful advice from Arya to be shared.. Love it so much..keep on writing RM.

    ReplyDelete
  26. haissh..ayie ni mmg pandai buat jantung org
    melompat-lompat la.. ;)
    pasal ieza tu..slow2 mesti dia boleh berubah..
    arya dah mencuba..

    deabak! Rehan M.

    ReplyDelete
  27. before this kalau si suami panggil isteri dia baby mesti rasa euwww euwww...tapi bila ayie panggil arya baby dah takde euwww euwww lagi dah...apakah??? hahaha but seriously saya lagi suka ayie panggil arya baby heee....

    ReplyDelete
  28. Allah mengurniakan taufik dan hidayah kepada kita sentiasa, yang mengetuk hati dan jiwa. namun terpulang kepada kita untuk menerimanya atau membiarkannya dibawa angin lalu.

    ReplyDelete
  29. nk tnya cter senah n dollah tu tajuk full apa ye..
    alamak tertinggal keretapi laa????
    huhuhuhu..tulong..tulong..

    ReplyDelete
  30. mudah mudahan ieza berpeluang berubah..i love u too lah..

    ReplyDelete
  31. nk tolong jawab utk anon di atas tu..
    citer nick dollah n wan senah tu tajuk DALAM HATI ADA DIA. penulis http://illashanahila.blogspot.com/

    ReplyDelete
  32. love RM....Luv Arayie & SAK......

    ReplyDelete
  33. Kenapa x leh baca? :'(

    ReplyDelete
  34. Such a nice story from RM, deep mean.

    ReplyDelete