KAMI sekali lagi sampai
ke Tiergarten dan keadaan hari ni lain sama sekali dengan hari itu. Semuanya hanya putih dan kelabu. Aku pandang Ayie.
“Sunyi hari ni…”
Ayie sengih. “Biasa ramai jugak orang kat sini. By the way, tempat ni cantik, kan? Biasa Ayie datang tak rasa cantik sangat. Tapi hari ini rasanya bertambah cantik. Musim sejuk kali ni rasa lain macam cantik
Tiergarten ni…” Sengih makin lebar.
Aku angguk dan
tersenyum malu. Tahu sangat apa yang dia nak katakan tu. Sungguh aku tahu dia nak cakap, dengan adanya
aku hidup dan pemandangan di sini bertambah cantik.
“Ayie…” Aku paut lengan Ayie kejap.
Dia tunduk sedikit
memandang aku yang hanya setakat dagu dia.
Kening dia naik bertanya dalam diam.
“Arya tak nak
balik…”
Berkerut dahi
Ayie. “We made our decision. Kenapa tiba-tiba? Sehari dua lagi dah cuti. Arya risaukan Ayie sendiri, ya? Tak percaya?”
Aku angguk. “Arya percayakan Ayie dan ya, Arya risaukan
Ayie. Sangat risau and if you don’t mind
I’m asking, how will you survive without me?”
Aku ulang semula soalan tu pada dia.
Nafasnya ditarik
dalam. Wajah Ayie nampak sikit
merah. Bibir dia nampak sikit
kering. Dia betulkan mafela pada leher
aku dan sarung tangan juga jaket panas ni.
Sesekali dia mengerling pada sekitar taman di mana ada budak-budak yang
sedang seronok bergemulang dalam salji memutih.
“This is the most
beautiful winter I ever had.” Ayie
sengih tawar.
“Me too…”
Dia tarik tangan aku
dan kami terus menyusuri jalan di sekitar depan Tiergarten
Siegessaeule. Patung angle di puncaknya
yang asalnya berwarna kuning juga dah diliputi salji.
“I will survive. Ayie akan teruskan hidup macam biasa tanpa
Arya pun sebab Ayie tahu, Arya ada untuk Ayie.
Ingat tak, kita miliki hati masing-masing jadi untuk apa Arya nak risau
Ayie sendiri kat sini… atau ada apa-apa rasa berat hati nak tinggal?” duga dia.
Aku senyum pada hujung bibir
tanpa memandang Ayie yang jelas sedang menentang wajah aku.
“Of course you. The reason is always you. Will always.
You. The only you. Keduanya, Ieza. Rasanya dia baru nak buka hati. Seems like, Arya dah kena balik.”
“Itu ke yang Arya risau?”
Aku angguk.
“Kalau tentang Ayie, please
don’t, but miss me more more and more.
Tentang Ieza, Khai ada untuk uruskan.
Ayie tengok Arya dah banyak bantu dan nasihat dia. Ingat, Arya…”
Ayie berjeda. Dia hela nafas dalam-dalam. Tak pandang aku langsung masa ni.
“
Allah
tak akan ubah nasib sesuatu kaum tu melainkan kaum tu sendiri berusaha mengubah
nasib diorang. Ieza kena usaha untuk
diri sendiri. You guide her well. Dia kena adapt sendiri.” Dia berpaling lepas titikkan kata.
Barulah kini kami
berpandangan. Kening dia berkerut bagai
menahan sebak yang tak tertahan. Tapi,
bibir dia tetap mengukir senyum biarpun tawar tak ada rasa.
“Oh God… how can you
live without me?” soal dia cuba ketawa.
Melihatkan Ayie ketawa,
aku juga ledakkan tawa yang agak kaku.
“Saja kata Arya,
kan? Padahal Ayie, kan?” Aku ketawa lagi dan disambut juga oleh tawa
Ayie.
“Senang je. Kalau tak tahan rindu, I just fly straight to
you.”
“Ada sayap?” usik aku lagi.
Dia angguk. “Jangan tak tahu. Ayie ni decepticon. Ni tak tunjuk dekat orang tau. Nanti semua nak ambik Ayie buat experiment. Kira Arya jelah tahu Ayie boleh berubah jadi
decepticon nanti. Jadi jet terus terbang
balik jumpa Arya…” Dia gelak.
Hantu transformer. Terpengaruh sungguh.
“Ni pengaruh movie kuat
sangat ni…” Jari telunjuk aku goyang di
depan dia.
Ayie bantai gelak. “Biasalah umur-umur macam Ayie ni, tengok
movie. Salah satu keseronokan
dunia…”
Eh, mengaku pulak
keseronokan dunia? Aku jugaklah tak
pernah jejak panggung wayang pun. Bukan
tak pernah cuba tapi tiap kali penuh dan buat aku bosan hingga satu tahap, aku
sentiasa sabar dan Aryanlah yang akan carikan DVD. Menonton terus dengan ma dan pa.
“Arya tak pernah masuk
panggung wayang.”
Mata Ayie bulat. “Serius?”
“Dua rius…” Jari aku tegak dua batang.
“Kolotnya…” Dia gelak.
“Katalah kolot ke,
zaman batu ke... but realy, I don’t like crowded places. Tempat paling seronok dalam dunia ni adalah
dekat rumah, bersama ma, pa dan Aryan.
Sangat tenang biarpun ada masanya Aryan tu bising je manjang.” Aku senyum.
Rindu, sesungguhnya
rindu.
“Sekarang?” Ayie menduga.
Aku pandang dia yang
menanti penuh sabar setiap patah kata yang bakal aku katakan.
“Sekarang di mana saja
ada Zakhri Adha, itulah tempat paling seronok pada seorang Aryana…”
Mengeluh Ayie
seketika. “You’re going home…”
“Kalau berat hati
kenapa nak izinkan?” Aku malas nak
bertekak lagi tentang ini. Buat rosak
mood rumah tangga yang baru nak bermula.
Semuanya dia yang
uruskan. Aku tak usik langsung. Berat hati nak biarkan Muhara macam tu tapi
lagi berat hati nak biarkan dia sendiri.
Papa pun dah telefon Ayie sendiri minta benarkan aku balik. Nampak sangat Muhara dilanda masalah
besar.
Ayie pun bersetuju tapi
nampak berat hati dia tu. Aku pun tak
nak pergi kalau dia berat hati nak lepaskan.
Tapi, semua persiapan dah dibuat.
Tinggal nak terbang je sehari dua lagi.
“PJJ la kita nanti
eh?” tanya Ayie sengih.
Aku angguk. “Miss me…”
Dia senyum. “Miss me more.”
Aku balas senyuman
dia. Tangan Ayie melepaskan tangan aku
dan dia paut pula bahu aku. Menyelusuri
jalan bersama sementara aku di sini.
HARI INI salji turun lagi
di bumi Berlin tapi aku kini dah sampai ke Munich. Lapangan terbang antarabangsa Munich dan
kejap lagi bakal berlepas balik ke Malaysia.
Khai ada, Ieza juga ada. Tapi,
gadis tu berdiri kemain jauh. Memegang
sebuah buku yang aku yakin, buku itu adalah buku yang aku hadiahkan. Hati aku mengucapkan syukur tak terkata. Moga ada berita baik bila aku kembali
nanti.
“Arya dah ready?” Soalan sama seperti mana hari kami nak
berangkat dulu.
Aku angguk. “Are you gonna be alright here… alone?”
Tak ada jawapan,
sebaliknya Ayie tarik tangan aku dan ditepuknya perlahan. Dia pandang Khai dan Khai pandang aku.
“He’s gonna be okay,
Aryana. Don’t worry and I nak berterima
kasih pada you tentang Ieza.” Dia
pandang ke belakang di mana adik dia duduk.
“Nampak macam dah okey
sikit. Sikit pun jadilah daripada tak
langsung. Thanks to you Aryana… no
wonder Ayie angau dulu sejak dia datang sini.”
Khai ketawa menyudahkan kata.
Aku senyum dan pandang
Ayie. “Kecik-kecik dah pandai jatuh
cinta budak ni, kan?” tanya aku pada
Khai merujuk pada Ayie.
Khai ketawa tak memberi
komen. “I duduk tempat Ieza dulu. Have a safe journey, Arya.”
Khai berlalu bersama
lambaian. Kini, tinggal aku dan Ayie
saja lagi. Di tengah-tengah lapangan
terbang yang paling sibuk. Tak pernah
berhenti urusan dunia hinggalah kiamat kelak.
“Ayie tak tahu nak kata
apa. Macam dah hilang kata-kata,” ujar
dia.
“Jangan cakap kalau
macam tu. Jangan cakap apa-apa. Simpan untuk kita jumpa tak lama lagi
pulak. Masa tu, Arya tak bagi Ayie
tidur. Nak suruh Ayie bercakap je…”
Dia ketawa halus. “Boleh macam tu?”
“Boleh kalau dengan
Arya…”
Ayie mengangguk. Tangan aku semakin kuat dia genggam. Macam tak nak lepaskan aku pergi dengan
begitu mudah.
“Mama ada cerita pada
Ayie tentang impian Aryana... selain menguruskan Muhara.”
Aku pandang Ayie. Tak percaya.
Bila masa dia sempat borak dengan ma tentang impian aku yang aku rasakan
kembali hidup tu. Tapi, dah papa pulak
suruh balik Malaysia.
“Apa ma cakap?”
“To be an author just
like her. Sound great, huh? Bila nak mula?” soal Ayie.
Aku geleng tanda tak
tahu. “Macam ada halangan je nak sampai
pada impian yang satu tu.”
“Tak mula lagi dah tahu
ada halangan? Just like a loser...,” cemik Ayie.
Aku jongketkan bibir
sikit, buat muka pada dia. “Yalah,
daripada dulu. You know, kan? Pa tak akan mudah lepaskan kami adik-beradik. Arya lepas disebabkan Ayie tapi kami tahu pa
buat yang terbaik. Rasanya impian tu dah
dekat, tapi kena balik dan buat impian yang satu tu terbang jauh lagi. Entah bila nak balik dekat dengan Arya,” luah
aku bersama senyuman tipis. Hambar.
Ayie genggam tangan aku
kemas. “Sooner or later, kalau itu yang
telah Allah tetapkan buat Aryana, yeah... you’ll be an author. The famous
one. More than mama
Anahara.” Dia ketawa setelah memberi
kata-kata yang begitu positif.
“Before, boleh nak tanya
satu benda. Apa yang buat Arya nak jadi
penulis macam ma? Ada apa-apa special ke
jadi penulis ni, selain daripada income tapi rasanya income Arya dekat Muhara
dah lebih daripada cukup. Nanti Ayie dah
kerja, income daripada Ayie pun... insya-Allah ada. Lepas tu, glamour.” Ayie kerut kening memikir. “Apa lagi eh?”
“Arya ada solid reason
untuk semua tu. Bukan sebab income atau
glamour. Glamour tu jauh la sekali,
kalau kata income tu bolehlah. Yang pasti
bekerja di rumah, nanti dah ada anak-anak, bolehlah tengok anak depan
mata. Macam mana ma selama ni. Biarpun busy, dok depan lappy je manjang tapi
bila anak-anak panggil, dia tinggal semua tu.
Masak untuk keluarga. Sebab tu keluarga kami tak pernah ada orang
gaji. Mama uruskan sendiri semuanya. Arya nak jadi macam mama. Tunggu pa dan anak-anak balik rumah. Sediakan segala keperluan. Dari kecik sampai besar kami tak pernah rasa
masakan orang lain kecuali air tangan ma sendiri. Itu
prinsip hidup ma yang Arya nak ikut.
Yang baik, yang elok... memang Arya nak ikut,” jelas aku panjang lebar
pada Ayie.
Biar dia faham, bukan
kerana nama baru aku nak menulis. Kalau
dikira pendapatan sampingan tu bolehlah.
Yang selebihnya aku nak tumpu pada keluarga sementelah pulak aku ni
jenis tak suka nak bersosial.
Ayie terangguk-angguk
tanda mengerti. “Got it. Ayie dah faham dan impian Arya mulia tapi
tahu tahu nak jadi penulis lagi tak mudah.
Lagi payah.”
“Maksudnya?”
Ayie senyum. “Maksud dia mudah je. Penulis ni mendidik tau. Dia tak mengajar tapi dia mendidik. Mendidik secara tak langsung dalam setiap
hasil tulisan dia. Kalau fakta, itu
mungkin tak ada masalah tapi kalau selain daripada tu, Arya dikira ada
tanggungjawab besar. Kalau impian tu
tercapai nanti, Arya kena tulis sesuatu yang berilmu, bermanfaat. Yang boleh beri kebahagiaan pada Arya di
akhirat kelak,” pesan Ayie.
Mengerti dengan
kata-kata dia, aku iyakan. Memang macam
tu. Memang itulah niat aku. Cuma mampu dengan tidak je. Sebab tu ruang untuk aku penuhi impian tu
asyik datang dan pergi je.
“Tapi, Arya jadi isteri
Ayie pun dah buktikan Arya memang seorang yang baik.” Dia sengih tiba-tiba.
“And thanks for last
night…”
Ucapan dia buat pipi
aku terasa membahang. Mata dah tak tahu
nak letak kat mana. Mata mula melilau ke
seluruh tempat. Tekak pun dah rasa
perit. Pedih.
Seperti biasa, bila
diusik, pasti Ayie gelak kuat. Dia tekup
mulut dia bila aku mencerlung pandang pada dia.
“Seronok eh kenakan
orang?”
Dia angguk. “Ayie memang sangat suka tengok wajah merah
Arya. Sangat suka. Terlalu suka.
Bila Arya tak tahu nak pandang mana, bila Arya buat muka tenang dalam
kalut, Ayie sangat suka dan…” Tawa Ayie
mati tiba-tiba.
“… gonna miss this
face…” Jari dia sentuh pipi aku
lama.
Senyuman dia mati, tawa
dia hilang. Aku pun sama. Airmata dah rasa sarat bergantungan pada
tubir mata.
“Don’t cry…”
Aku geleng. “Arya tak nangis…” Tak habis ayat, airmata dah jatuh ke
pipi.
“Ini…” Jari telunjuk Ayie tegak di depan mata aku
dengan kesan airmata yang dia sapu.
“Airmata ni menitis
sendiri.”
Bibir Ayie lebar dengan
senyuman dengan jawapan aku tu.
“Sebelum ni pernah
nangis depan sesiapa tak? Especially,
lelaki la. Aryan dengan pa tolak
tepi. Tak masuk korum.”
Hampir bertaut kening
aku dengan pertanyaan Ayie. Ada pulak
tanya soalan macam tu? Ini pertama kali
aku titiskan airmata di depan seorang lelaki.
Depan ma, pa dan Aryan pun tak pernah.
Aku geleng.
“Tak pernah?”
Angguk lagi.
“Tak pernah
nangis?”
Aku tak menjawab. Bukanlah tak pernah menangis tapi untuk sebab
remeh, tak pernah. Aku hidup penuh rasa
syukur dan ada airmata yang nak jatuh pun kala melihat kesukaran ma dan pa,
kesedihan Aryan tapi itupun di atas tikar sejadah atau di bilik sendiri yang
mana aku yakin ada malaikat dan Allah bersama.
“Kalau macam tu, Ayie
tak benarkan Arya nangis depan sesiapa.
Kalau nak nangis pun depan Ayie je…”
Dia senyum sampai sepet mata.
“Kalau menitis
jugak?”
Ayie geleng. Dia dekatkan bibir dia tepat pada kesan
titisan airmata aku. “Okey, Ayie dah
cakap pada airmata Arya ni, jangan menitis sementara Ayie tak ada di
sisi.”
Aku ceberkan
bibir. Ada pulak hal macam tu dia ni. Kami berbalas pandangan seketika. Ibu jari suam Ayie singgah pada pipi aku
lagi. Dia ketap bibir dan wajah dia
berkerut bagai menahan nafas yang
sesak. Aku lihat dada dia berombak.
“Arya akan balik sini
cepat kan kalau semua dah selesai?”
tanya Ayie polos.
Aku angguk. “I will fly straight away to you…”
Dia tunduk menekur
pandangan ke lantai. Lama. Bila dia angkat wajah, mendung tadi dah
hilang. Diganti dengan keceriaan seperti
biasanya.
Waktu ni suara
pengumuman dah berdengung. Ayie pandang
siling sebelum kembali pandang aku.
“Dah sampai masa…” Dia goyang boarding pas dan paspot aku.
Tangan dia menarik
tangan aku agar mengikut dia menuju ke balai perlepasan. Dengan berat hati aku mengikut. Aku kalih belakang, Khai melambai dan Ieza
hanya memandang kosong.
“Arya jaga diri,” pesan
Ayie cuba meleraikan pegangan tangan kami.
Airmata aku masa ni
sangatlah murah. Ni pun dah kembali
menitis sedang elok Ayie lepaskan tangan dia.
Dia paut kepala aku dan mengucup dahi aku lama.
“Don’t cry… it doesn’t
suite you at all…,” usik Ayie bersama gelengan.
“Arya yang tinggalkan
Ayie tau… bukan Ayie tinggal Arya. Ini
dah terbalik. Patutnya Ayie yang nangis, kan?”
Aku angguk mengetap
bibir. Tak kanlah dia nak menangis
pulak, kan? Aku memang tak mampu nak
menahan dah. Rasa sebu je hati aku. Rasa beku air liur yang melalui
kerongkong.
“Dahlah tu… malu dekat
orang,” larang dia dan dia undur setapak.
“Such a mean
words…” Aku buat muka.
Ayie ketawa pada jarak
kami yang sudah bertambah beberapa tapak ke belakang. Dia semakin ke belakang, hanya aku yang tetap
berdiri di pintu masuk ni. Tak nak
masuk-masuk.
“Mana ada… betullah
malu dekat orang. You are a wife after
all, Madam Aryana. Nak menangis macam
zaman anak dara dulu…” Ayie geleng dan berdecit.
“… Madam Aryana dah
jadi isteri, tahu kan? Jaga diri. Assalamulaikum.” Ayie melambai dan dia mengundur dua tapak
lagi.
Mengundur dan terus
mengundur. Hanya aku yang tercegat terpaku. Nak senyum dengan tidak pun aku dah tak
tahu. Airmata dah berhenti mengalir
dengan sendirinya tapi jiwa ni rasa terhimpit sungguh.
Melihatkan lambaian
Ayie yang semakin jauh, aku tak berdaya dah nak angkat tangan. Hingga kelibat dia dah hilang daripada pandang, ditelan lautan
manusia… airmata aku menitis kembali.
Pertama kali. Hati aku terasa sakit tak terkira. Sakitnya sebuah perpisahan biarpun untuk
sementara. Kerana aku adalah manusia
biasa yang lemah, kerana ini aku menitiskan airmata.
Ayie... Arya nak jawab
soalan Ayie ni. Jujur daripada hati
sekarang. Macam mana Arya mampu hidup
tanpa Ayie nanti. Arya mungkin mampu
tapi hati Arya pasti menanggung rasa rindu tak terkata. Jadi, biarlah pada Allah Arya sandarkan rasa
rindu ni. Moga Allah pelihara rindu
kita.
Aku kalih ke
belakang. Menapak lemah. Ayie pun kuat tapi aku menangis tak ingat
dunia. Biarpun tak ada suara tapi
airmata aku menitis tak terseka. Menggigil
tangan aku memegang pasport dan boarding pas.
Sikit lagi aku dah nak melepasi pagar masuk. Tapi, kaki aku terhenti dan tubuh aku
kaku.
Keras.
Ada tangan yang meraih
tubuh aku daripada belakang. Dipeluknya kemas
dan erat. Aku dengar helaan nafas lelah
dia akibat berlari.
“Ayie lari laju-laju
ni,” beritahu dia. Baru aku nak kalih,
Ayie larang.
“Don’t. Jangan kalih.” Nada suara dia bergetar. Pelukan semakin erat. Nafas dia semakin sesak.
“Kita jumpa lagi,
sayang...,” bisik Ayie sebelum dia betul-betul lepaskan aku pergi.
~~> bersambung
RM cakap : Mungkin ini update terakhir (sbb RM nak kena siapkan mss yg telah dijanji sebelum tercapati janji itu) hehh... Arayie terpisah? Ohmaiiii tak mauuuu tp perpisahan yang terpelihara kata orang. hehh... Ada masa nanti kita jumpa lagi eh kat sini. Dekat padang ijau yang nyaman dan menyegarkan ni.
alaaaaaaaa! diorg PJJ la pulak. :'(
ReplyDeletealaaaa janganlah stop dulu kak rehan please please pleaseeeeeeee.. sambung lah bagi habis dulu pleaseeeeee. thanks anyway for sak 32 :)
ReplyDeletexnk..jgn stop kn arayie..please
ReplyDeleteOH NOOOO.......BUT YES!!AKHIRNYA AYIE KENA TINGGAL..YEA YEA YEA...SM LA KT ARYA...KT PUN TGAL SUAMI KT GAK..TP NAIK BAS JER LA...HUHUHU
ReplyDeletesedihnya.............
ReplyDelete..jumpa RM sayang lain kali...
ReplyDeleteTQ RM... sedeynyerrr tetiba nangis depan pc .. pasti akan merindui arayie nanti, apa pun TQ RM
ReplyDeleteAlahaiiiii....sedihnya...sobs..sobs..
ReplyDeletedh ler sedih arayie berpisah...bertambah2 sedih lg bila ckp nie update yg last....jgn ler buat camtu.... bagi abis dulu plzzzzz...
ReplyDeletealaaaa.... takkan nak stop dah . nanti onnnn cepat2 ye..
ReplyDeleteoh..sedihnya..huuhuu..dh la sedih pasal keje, sedih ngan arayie jgk..mmg meleleh dh ni.. moga urusan arya di muhara cpt selesai dan cepat kembali ke pangkuan ayie..
ReplyDeleteTeringat pulak kat liriks lagu ni....."So remember goodbye doesn't mean forever. Let me tell you goodbye doesn't mean we'll never be together again. So if I'm not there, I won't long away. Coz the things u do my goodbye girl will bring me back to you..."
ReplyDeleteRembau most wanted yo'... Hihihi....
sedihnya...kenapa berhenti..nak p mn dah hujan air mata dah nie....tolonglah....tak ada moodlah hari-hari ku nie nanati
ReplyDeleteujan plak petang2 camnih..isk..isk...sob..sob..
ReplyDeletei need more ..plz kak RM.. :(
ReplyDeletenoooo !!please dont stop lah RM .gonna miss SAK after all .dah jadi habit lah bukak blog ni every single day although this is the very first time leave a comment on ur blog but i do follow alll cerpen ,novel .berhabis pun sanggup .when it comes to RM ,jadik teruja .over excited .sangat over .tapii ,im just ur silent reader yg always support u sis ! (:
ReplyDeleteperpisahan terpelihara?sounds interesting
ReplyDeletetakpe sanggup tunggu utk benda best
bak kata orang
save the best for the last :D
Sedihhh... kenapa berhenti.... seakan faham ja hati dan perasaan Ayie dan Arya yang terpaksa berpisahhhh.... tunggu diri Ayie dan Arya bertemu semula ke.... kena ambil masa.... hehehe
ReplyDeletewoooooooo....cry...cry....cry...
ReplyDeleteHuwaaaaa !!! Melting, sedih become one. *sob sob please don't stop kak :'(
ReplyDeleteRRRRRRRMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM jangan berhenti :) sambung bagi habis dulu batu PJJ tau tau tau tau !!!!!
ReplyDeleteAlahai...blk gak arya....
ReplyDeleteRM jgn la stop....
Tlglah rm merayu sgt2 ni jgn stop sak.setiap saat update fb nak tgk en3 terkini.jgn hampakan peminat3mu wahai sis RM.......
ReplyDeleteManuskrip mana plak? Jgn la tinggalkan SAK. Tak sanggup hadapi perpisahan ini... huhuhu...
ReplyDeleteSobssss... Part last tu touching sgt!! harap xde yg kacau Ayie masa Arya xde disisi..
ReplyDeleteSedihnyeeee......
ReplyDeletewahhhhhh.....xnak stop....nak lagi!!!huhu....sedihnya...:(
ReplyDeleteperpisahan sementara.. pasti rindu dgn arayie nnt.. ;)
ReplyDeletethanks..Deabak! Rehan.M
sobs....
ReplyDeleteemm...mesti akan merinduiii arayie... tp takpe..kalau penantian ni blh buat RM siapkan mss yg best..berbaloi2...
ReplyDelete-sj-
huhuhuhu.......pasti akan menrindui ARAYIE....u r the best RM
ReplyDeleteAduhaii...sedihnye Arya dan Ayie trpaksa berpisah.. So touching yg last part Ayie dtg peluk Arya tu... Hope Arayie x trpisah lama2..sian diaorg... Tq RM..TERBAIK !!!
ReplyDeleteSweet sangat perpisahan diorang, huhu, best
ReplyDeleteWow...wow...wow..RM..nk tisuuuu ...sokseksoksek :'( ...arya...ayie..syahdu ni...leh bygkn mcmn situasi diaorg time ni...good luck RM!!!
ReplyDeleteShida Halim