Thursday, June 06, 2013

Tiba-tiba, Dia Ada 32

KAMI sekali lagi sampai ke Tiergarten dan keadaan hari ni lain sama sekali dengan hari itu.  Semuanya hanya putih dan kelabu.  Aku pandang Ayie. 
“Sunyi hari ni…”

Ayie sengih.  “Biasa ramai jugak orang kat sini.  By the way, tempat ni cantik, kan?  Biasa Ayie datang tak rasa cantik sangat.  Tapi hari ini rasanya bertambah cantik.  Musim sejuk kali ni rasa lain macam cantik Tiergarten ni…”  Sengih makin lebar.
Aku angguk dan tersenyum malu.  Tahu sangat apa  yang dia nak katakan tu.  Sungguh aku tahu dia nak cakap, dengan adanya aku hidup dan pemandangan di sini bertambah cantik. 
“Ayie…”  Aku paut lengan Ayie kejap. 
Dia tunduk sedikit memandang aku yang hanya setakat dagu dia.  Kening dia naik bertanya dalam diam.
“Arya tak nak balik…” 
Berkerut dahi Ayie.  “We made our decision.  Kenapa tiba-tiba?  Sehari dua lagi dah cuti.  Arya risaukan Ayie sendiri, ya?  Tak percaya?” 
Aku angguk.  “Arya percayakan Ayie dan ya, Arya risaukan Ayie.  Sangat risau and if you don’t mind I’m asking, how will you survive without me?”  Aku ulang semula soalan tu pada dia. 
Nafasnya ditarik dalam.  Wajah Ayie nampak sikit merah.  Bibir dia nampak sikit kering.  Dia betulkan mafela pada leher aku dan sarung tangan juga jaket panas ni.  Sesekali dia mengerling pada sekitar taman di mana ada budak-budak yang sedang seronok bergemulang dalam salji memutih. 
“This is the most beautiful winter I ever had.”  Ayie sengih tawar.
“Me too…” 
Dia tarik tangan aku dan kami terus menyusuri jalan di sekitar depan Tiergarten Siegessaeule.  Patung angle di puncaknya yang asalnya berwarna kuning juga dah diliputi salji. 
“I will survive.  Ayie akan teruskan hidup macam biasa tanpa Arya pun sebab Ayie tahu, Arya ada untuk Ayie.  Ingat tak, kita miliki hati masing-masing jadi untuk apa Arya nak risau Ayie sendiri kat sini… atau ada apa-apa rasa berat hati nak tinggal?”  duga dia.
Aku senyum pada hujung bibir tanpa memandang Ayie yang jelas sedang menentang wajah aku. 
“Of course you.  The reason is always you.  Will always.  You.  The only you.  Keduanya, Ieza.  Rasanya dia baru nak buka hati.  Seems like, Arya dah kena balik.” 
“Itu ke yang Arya risau?” 
Aku angguk. 
“Kalau tentang Ayie, please don’t, but miss me more more and more.  Tentang Ieza, Khai ada untuk uruskan.  Ayie tengok Arya dah banyak bantu dan nasihat dia.  Ingat, Arya…” 
Ayie berjeda.  Dia hela nafas dalam-dalam.  Tak pandang aku langsung masa ni. 
Allah tak akan ubah nasib sesuatu kaum tu melainkan kaum tu sendiri berusaha mengubah nasib diorang.  Ieza kena usaha untuk diri sendiri.  You guide her well.  Dia kena adapt sendiri.”  Dia berpaling lepas titikkan kata. 
Barulah kini kami berpandangan.  Kening dia berkerut bagai menahan sebak yang tak tertahan.  Tapi, bibir dia tetap mengukir senyum biarpun tawar tak ada rasa. 
“Oh God… how can you live without me?”  soal dia cuba ketawa.
Melihatkan Ayie ketawa, aku juga ledakkan tawa yang agak kaku. 
“Saja kata Arya, kan?  Padahal Ayie, kan?”  Aku ketawa lagi dan disambut juga oleh tawa Ayie.
“Senang je.  Kalau tak tahan rindu, I just fly straight to you.” 
“Ada sayap?”  usik aku lagi.
Dia angguk.  “Jangan tak tahu.  Ayie ni decepticon.  Ni tak tunjuk dekat orang tau.  Nanti semua nak ambik Ayie buat experiment.  Kira Arya jelah tahu Ayie boleh berubah jadi decepticon nanti.  Jadi jet terus terbang balik jumpa Arya…”  Dia gelak.
Hantu transformer.  Terpengaruh sungguh. 
“Ni pengaruh movie kuat sangat ni…”  Jari telunjuk aku goyang di depan dia.
Ayie bantai gelak.  “Biasalah umur-umur macam Ayie ni, tengok movie.  Salah satu keseronokan dunia…” 
Eh, mengaku pulak keseronokan dunia?  Aku jugaklah tak pernah jejak panggung wayang pun.  Bukan tak pernah cuba tapi tiap kali penuh dan buat aku bosan hingga satu tahap, aku sentiasa sabar dan Aryanlah yang akan carikan DVD.  Menonton terus dengan ma dan pa. 
“Arya tak pernah masuk panggung wayang.” 
Mata Ayie bulat.  “Serius?” 
“Dua rius…”  Jari aku tegak dua batang. 
“Kolotnya…”  Dia gelak. 
“Katalah kolot ke, zaman batu ke... but realy, I don’t like crowded places.  Tempat paling seronok dalam dunia ni adalah dekat rumah, bersama ma, pa dan Aryan.  Sangat tenang biarpun ada masanya Aryan tu bising je manjang.”  Aku senyum. 
Rindu, sesungguhnya rindu.
“Sekarang?”  Ayie menduga.
Aku pandang dia yang menanti penuh sabar setiap patah kata yang bakal aku katakan. 
“Sekarang di mana saja ada Zakhri Adha, itulah tempat paling seronok pada seorang Aryana…” 
Mengeluh Ayie seketika.  “You’re going home…”
“Kalau berat hati kenapa nak izinkan?”  Aku malas nak bertekak lagi tentang ini.  Buat rosak mood rumah tangga yang baru nak bermula. 
Semuanya dia yang uruskan.  Aku tak usik langsung.  Berat hati nak biarkan Muhara macam tu tapi lagi berat hati nak biarkan dia sendiri.  Papa pun dah telefon Ayie sendiri minta benarkan aku balik.  Nampak sangat Muhara dilanda masalah besar. 
Ayie pun bersetuju tapi nampak berat hati dia tu.  Aku pun tak nak pergi kalau dia berat hati nak lepaskan.  Tapi, semua persiapan dah dibuat.  Tinggal nak terbang je sehari dua lagi.
“PJJ la kita nanti eh?”  tanya Ayie sengih.
Aku angguk.  “Miss me…” 
Dia senyum.  “Miss me more.” 
Aku balas senyuman dia.  Tangan Ayie melepaskan tangan aku dan dia paut pula bahu aku.  Menyelusuri jalan bersama sementara aku di sini. 



HARI INI salji turun lagi di bumi Berlin tapi aku kini dah sampai ke Munich.  Lapangan terbang antarabangsa Munich dan kejap lagi bakal berlepas balik ke Malaysia.  Khai ada, Ieza juga ada.  Tapi, gadis tu berdiri kemain jauh.  Memegang sebuah buku yang aku yakin, buku itu adalah buku yang aku hadiahkan.  Hati aku mengucapkan syukur tak terkata.  Moga ada berita baik bila aku kembali nanti. 
“Arya dah ready?”  Soalan sama seperti mana hari kami nak berangkat dulu. 
Aku angguk.  “Are you gonna be alright here… alone?” 
Tak ada jawapan, sebaliknya Ayie tarik tangan aku dan ditepuknya perlahan.  Dia pandang Khai dan Khai pandang aku.
“He’s gonna be okay, Aryana.  Don’t worry and I nak berterima kasih pada you tentang Ieza.”  Dia pandang ke belakang di mana adik dia duduk. 
“Nampak macam dah okey sikit.  Sikit pun jadilah daripada tak langsung.  Thanks to you Aryana… no wonder Ayie angau dulu sejak dia datang sini.”  Khai ketawa menyudahkan kata.
Aku senyum dan pandang Ayie.  “Kecik-kecik dah pandai jatuh cinta budak ni, kan?”  tanya aku pada Khai merujuk pada Ayie.
Khai ketawa tak memberi komen.  “I duduk tempat Ieza dulu.  Have a safe journey, Arya.” 
Khai berlalu bersama lambaian.  Kini, tinggal aku dan Ayie saja lagi.  Di tengah-tengah lapangan terbang yang paling sibuk.  Tak pernah berhenti urusan dunia hinggalah kiamat kelak. 
“Ayie tak tahu nak kata apa.  Macam dah hilang kata-kata,” ujar dia.
“Jangan cakap kalau macam tu.  Jangan cakap apa-apa.  Simpan untuk kita jumpa tak lama lagi pulak.  Masa tu, Arya tak bagi Ayie tidur.  Nak suruh Ayie bercakap je…” 
Dia ketawa halus.  “Boleh macam tu?” 
“Boleh kalau dengan Arya…” 
Ayie mengangguk.  Tangan aku semakin kuat dia genggam.  Macam tak nak lepaskan aku pergi dengan begitu mudah. 
“Mama ada cerita pada Ayie tentang impian Aryana... selain menguruskan Muhara.” 
Aku pandang Ayie.  Tak percaya.  Bila masa dia sempat borak dengan ma tentang impian aku yang aku rasakan kembali hidup tu.  Tapi, dah papa pulak suruh balik Malaysia.
“Apa ma cakap?”
“To be an author just like her.  Sound great, huh?  Bila nak mula?”  soal Ayie.
Aku geleng tanda tak tahu.  “Macam ada halangan je nak sampai pada impian yang satu tu.” 
“Tak mula lagi dah tahu ada  halangan?  Just like a loser...,” cemik Ayie. 
Aku jongketkan bibir sikit, buat muka pada dia.  “Yalah, daripada dulu.  You know, kan?  Pa tak akan mudah lepaskan kami adik-beradik.  Arya lepas disebabkan Ayie tapi kami tahu pa buat yang terbaik.  Rasanya impian tu dah dekat, tapi kena balik dan buat impian yang satu tu terbang jauh lagi.  Entah bila nak balik dekat dengan Arya,” luah aku bersama senyuman tipis.  Hambar.
Ayie genggam tangan aku kemas.  “Sooner or later, kalau itu yang telah Allah tetapkan buat Aryana, yeah... you’ll be an author.  The famous  one.  More than mama Anahara.”  Dia ketawa setelah memberi kata-kata yang begitu positif. 
“Before, boleh nak tanya satu benda.  Apa yang buat Arya nak jadi penulis macam ma?  Ada apa-apa special ke jadi penulis ni, selain daripada income tapi rasanya income Arya dekat Muhara dah lebih daripada cukup.  Nanti Ayie dah kerja, income daripada Ayie pun... insya-Allah ada.  Lepas tu, glamour.”  Ayie kerut kening memikir.  “Apa lagi eh?” 
“Arya ada solid reason untuk semua tu.  Bukan sebab income atau glamour.  Glamour tu jauh la sekali, kalau kata income tu bolehlah.  Yang pasti bekerja di rumah, nanti dah ada anak-anak, bolehlah tengok anak depan mata.  Macam mana ma selama ni.  Biarpun busy, dok depan lappy je manjang tapi bila anak-anak panggil, dia tinggal semua tu.  Masak  untuk keluarga.  Sebab tu keluarga kami tak pernah ada orang gaji.  Mama uruskan sendiri semuanya.  Arya nak jadi macam mama.  Tunggu pa dan anak-anak balik rumah.  Sediakan segala keperluan.  Dari kecik sampai besar kami tak pernah rasa masakan orang lain kecuali air tangan ma sendiri.  Itu  prinsip hidup ma yang Arya nak ikut.  Yang baik, yang elok... memang Arya nak ikut,” jelas aku panjang lebar pada Ayie. 
Biar dia faham, bukan kerana nama baru aku nak menulis.  Kalau dikira pendapatan sampingan tu bolehlah.  Yang selebihnya aku nak tumpu pada keluarga sementelah pulak aku ni jenis tak suka nak bersosial. 
Ayie terangguk-angguk tanda mengerti.  “Got it.  Ayie dah faham dan impian Arya mulia tapi tahu tahu nak jadi penulis lagi tak mudah.  Lagi payah.”
“Maksudnya?” 
Ayie senyum.  “Maksud dia mudah je.  Penulis ni mendidik tau.  Dia tak mengajar tapi dia mendidik.  Mendidik secara tak langsung dalam setiap hasil tulisan dia.  Kalau fakta, itu mungkin tak ada masalah tapi kalau selain daripada tu, Arya dikira ada tanggungjawab besar.  Kalau impian tu tercapai nanti, Arya kena tulis sesuatu yang berilmu, bermanfaat.  Yang boleh beri kebahagiaan pada Arya di akhirat kelak,” pesan Ayie.
Mengerti dengan kata-kata dia, aku iyakan.  Memang macam tu.  Memang itulah niat aku.  Cuma mampu dengan tidak je.  Sebab tu ruang untuk aku penuhi impian tu asyik datang dan pergi je.
“Tapi, Arya jadi isteri Ayie pun dah buktikan Arya memang seorang yang baik.”  Dia sengih tiba-tiba.
“And thanks for last night…” 
Ucapan dia buat pipi aku terasa membahang.  Mata dah tak tahu nak letak kat mana.  Mata mula melilau ke seluruh tempat.  Tekak pun dah rasa perit.  Pedih. 
Seperti biasa, bila diusik, pasti Ayie gelak kuat.  Dia tekup mulut dia bila aku mencerlung pandang pada dia.
“Seronok eh kenakan orang?” 
Dia angguk.  “Ayie memang sangat suka tengok wajah merah Arya.  Sangat suka.  Terlalu suka.  Bila Arya tak tahu nak pandang mana, bila Arya buat muka tenang dalam kalut, Ayie sangat suka dan…”  Tawa Ayie mati tiba-tiba.
“… gonna miss this face…”  Jari dia sentuh pipi aku lama. 
Senyuman dia mati, tawa dia hilang.  Aku pun sama.  Airmata dah rasa sarat bergantungan pada tubir mata. 
“Don’t cry…”
Aku geleng.  “Arya tak nangis…”  Tak habis ayat, airmata dah jatuh ke pipi. 
“Ini…”  Jari telunjuk Ayie tegak di depan mata aku dengan kesan airmata yang dia sapu.
“Airmata ni menitis sendiri.” 
Bibir Ayie lebar dengan senyuman dengan jawapan aku tu. 
“Sebelum ni pernah nangis depan sesiapa tak?  Especially, lelaki la.  Aryan dengan pa tolak tepi.  Tak masuk korum.” 
Hampir bertaut kening aku dengan pertanyaan Ayie.  Ada pulak tanya soalan macam tu?  Ini pertama kali aku titiskan airmata di depan seorang lelaki.  Depan ma, pa dan Aryan pun tak pernah.
Aku geleng.
“Tak pernah?” 
Angguk  lagi. 
“Tak pernah nangis?” 
Aku tak menjawab.  Bukanlah tak pernah menangis tapi untuk sebab remeh, tak pernah.  Aku hidup penuh rasa syukur dan ada airmata yang nak jatuh pun kala melihat kesukaran ma dan pa, kesedihan Aryan tapi itupun di atas tikar sejadah atau di bilik sendiri yang mana aku yakin ada malaikat dan Allah bersama. 
“Kalau macam tu, Ayie tak benarkan Arya nangis depan sesiapa.  Kalau nak nangis pun depan Ayie je…”  Dia senyum sampai sepet mata.
“Kalau menitis jugak?” 
Ayie geleng.  Dia dekatkan bibir dia tepat pada kesan titisan airmata aku.  “Okey, Ayie dah cakap pada airmata Arya ni, jangan menitis sementara Ayie tak ada di sisi.” 
Aku ceberkan bibir.  Ada pulak hal macam tu dia ni.  Kami berbalas pandangan seketika.  Ibu jari suam Ayie singgah pada pipi aku lagi.  Dia ketap bibir dan wajah dia berkerut bagai menahan nafas  yang sesak.  Aku lihat dada dia berombak. 
“Arya akan balik sini cepat kan kalau semua dah selesai?”  tanya Ayie polos.
Aku angguk.  “I will fly straight away to you…” 
Dia tunduk menekur pandangan ke lantai.  Lama.  Bila dia angkat wajah, mendung tadi dah hilang.  Diganti dengan keceriaan seperti biasanya. 
Waktu ni suara pengumuman dah berdengung.  Ayie pandang siling sebelum kembali pandang aku.
“Dah sampai masa…”  Dia goyang boarding pas dan paspot aku. 
Tangan dia menarik tangan aku agar mengikut dia menuju ke balai perlepasan.  Dengan berat hati aku mengikut.  Aku kalih belakang, Khai melambai dan Ieza hanya memandang kosong.
“Arya jaga diri,” pesan Ayie cuba meleraikan pegangan tangan kami.
Airmata aku masa ni sangatlah murah.  Ni pun dah kembali menitis sedang elok Ayie lepaskan tangan dia.  Dia paut kepala aku dan mengucup dahi aku lama. 
“Don’t cry… it doesn’t suite you at all…,” usik Ayie bersama gelengan.
“Arya yang tinggalkan Ayie tau… bukan Ayie tinggal Arya.  Ini dah terbalik.  Patutnya Ayie  yang nangis, kan?” 
Aku angguk mengetap bibir.  Tak kanlah dia nak menangis pulak, kan?  Aku memang tak mampu nak menahan dah.  Rasa sebu je hati aku.  Rasa beku air liur yang melalui kerongkong. 
“Dahlah tu… malu dekat orang,” larang dia dan dia undur setapak.
“Such a mean words…”  Aku buat muka.
Ayie ketawa pada jarak kami yang sudah bertambah beberapa tapak ke belakang.  Dia semakin ke belakang, hanya aku yang tetap berdiri di pintu masuk ni.  Tak nak masuk-masuk.
“Mana ada… betullah malu dekat orang.  You are a wife after all, Madam Aryana.  Nak menangis macam zaman anak dara dulu…” Ayie geleng dan berdecit. 
“… Madam Aryana dah jadi isteri, tahu kan?  Jaga diri.  Assalamulaikum.”  Ayie melambai dan dia mengundur dua tapak lagi. 
Mengundur dan terus mengundur.  Hanya aku yang tercegat terpaku.  Nak senyum dengan tidak pun aku dah tak tahu.  Airmata dah berhenti mengalir dengan sendirinya tapi jiwa ni rasa terhimpit sungguh. 
Melihatkan lambaian Ayie yang semakin jauh, aku tak berdaya dah nak angkat tangan.  Hingga kelibat dia dah  hilang daripada pandang, ditelan lautan manusia… airmata aku menitis kembali. 
Pertama kali.  Hati aku terasa sakit tak terkira.  Sakitnya sebuah perpisahan biarpun untuk sementara.  Kerana aku adalah manusia biasa yang lemah, kerana ini aku menitiskan airmata. 
Ayie... Arya nak jawab soalan Ayie ni.  Jujur daripada hati sekarang.  Macam mana Arya mampu hidup tanpa Ayie nanti.  Arya mungkin mampu tapi hati Arya pasti menanggung rasa rindu tak terkata.  Jadi, biarlah pada Allah Arya sandarkan rasa rindu ni.  Moga Allah pelihara rindu kita.  
Aku kalih ke belakang.  Menapak lemah.  Ayie pun kuat tapi aku menangis tak ingat dunia.  Biarpun tak ada suara tapi airmata aku menitis tak terseka.  Menggigil tangan aku memegang pasport dan boarding pas.  Sikit lagi aku dah nak melepasi pagar masuk.  Tapi, kaki aku terhenti dan tubuh aku kaku. 
Keras. 
Ada tangan yang meraih tubuh aku daripada belakang.  Dipeluknya kemas dan erat.  Aku dengar helaan nafas lelah dia akibat berlari. 
“Ayie lari laju-laju ni,” beritahu dia.  Baru aku nak kalih, Ayie larang.
“Don’t.  Jangan kalih.”  Nada suara dia bergetar.  Pelukan semakin erat.  Nafas dia semakin sesak.

“Kita jumpa lagi, sayang...,” bisik Ayie sebelum dia betul-betul lepaskan aku pergi.  

~~> bersambung

RM cakap : Mungkin ini update terakhir (sbb RM nak kena siapkan mss yg telah dijanji sebelum tercapati janji itu) hehh... Arayie terpisah?  Ohmaiiii tak mauuuu tp perpisahan yang terpelihara kata orang.  hehh... Ada masa nanti kita jumpa lagi eh kat sini.  Dekat padang ijau yang nyaman dan menyegarkan ni.  

34 comments:

  1. alaaaaaaaa! diorg PJJ la pulak. :'(

    ReplyDelete
  2. alaaaa janganlah stop dulu kak rehan please please pleaseeeeeeee.. sambung lah bagi habis dulu pleaseeeeee. thanks anyway for sak 32 :)

    ReplyDelete
  3. xnk..jgn stop kn arayie..please

    ReplyDelete
  4. OH NOOOO.......BUT YES!!AKHIRNYA AYIE KENA TINGGAL..YEA YEA YEA...SM LA KT ARYA...KT PUN TGAL SUAMI KT GAK..TP NAIK BAS JER LA...HUHUHU

    ReplyDelete
  5. sedihnya.............

    ReplyDelete
  6. ..jumpa RM sayang lain kali...

    ReplyDelete
  7. TQ RM... sedeynyerrr tetiba nangis depan pc .. pasti akan merindui arayie nanti, apa pun TQ RM

    ReplyDelete
  8. Alahaiiiii....sedihnya...sobs..sobs..

    ReplyDelete
  9. dh ler sedih arayie berpisah...bertambah2 sedih lg bila ckp nie update yg last....jgn ler buat camtu.... bagi abis dulu plzzzzz...

    ReplyDelete
  10. alaaaa.... takkan nak stop dah . nanti onnnn cepat2 ye..

    ReplyDelete
  11. oh..sedihnya..huuhuu..dh la sedih pasal keje, sedih ngan arayie jgk..mmg meleleh dh ni.. moga urusan arya di muhara cpt selesai dan cepat kembali ke pangkuan ayie..

    ReplyDelete
  12. Teringat pulak kat liriks lagu ni....."So remember goodbye doesn't mean forever. Let me tell you goodbye doesn't mean we'll never be together again. So if I'm not there, I won't long away. Coz the things u do my goodbye girl will bring me back to you..."

    Rembau most wanted yo'... Hihihi....

    ReplyDelete
  13. sedihnya...kenapa berhenti..nak p mn dah hujan air mata dah nie....tolonglah....tak ada moodlah hari-hari ku nie nanati

    ReplyDelete
  14. ujan plak petang2 camnih..isk..isk...sob..sob..

    ReplyDelete
  15. i need more ..plz kak RM.. :(

    ReplyDelete
  16. noooo !!please dont stop lah RM .gonna miss SAK after all .dah jadi habit lah bukak blog ni every single day although this is the very first time leave a comment on ur blog but i do follow alll cerpen ,novel .berhabis pun sanggup .when it comes to RM ,jadik teruja .over excited .sangat over .tapii ,im just ur silent reader yg always support u sis ! (:

    ReplyDelete
  17. perpisahan terpelihara?sounds interesting
    takpe sanggup tunggu utk benda best
    bak kata orang
    save the best for the last :D

    ReplyDelete
  18. Sedihhh... kenapa berhenti.... seakan faham ja hati dan perasaan Ayie dan Arya yang terpaksa berpisahhhh.... tunggu diri Ayie dan Arya bertemu semula ke.... kena ambil masa.... hehehe

    ReplyDelete
  19. woooooooo....cry...cry....cry...

    ReplyDelete
  20. Huwaaaaa !!! Melting, sedih become one. *sob sob please don't stop kak :'(

    ReplyDelete
  21. RRRRRRRMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM jangan berhenti :) sambung bagi habis dulu batu PJJ tau tau tau tau !!!!!

    ReplyDelete
  22. Alahai...blk gak arya....

    RM jgn la stop....

    ReplyDelete
  23. Tlglah rm merayu sgt2 ni jgn stop sak.setiap saat update fb nak tgk en3 terkini.jgn hampakan peminat3mu wahai sis RM.......

    ReplyDelete
  24. Manuskrip mana plak? Jgn la tinggalkan SAK. Tak sanggup hadapi perpisahan ini... huhuhu...

    ReplyDelete
  25. Sobssss... Part last tu touching sgt!! harap xde yg kacau Ayie masa Arya xde disisi..

    ReplyDelete
  26. wahhhhhh.....xnak stop....nak lagi!!!huhu....sedihnya...:(

    ReplyDelete
  27. perpisahan sementara.. pasti rindu dgn arayie nnt.. ;)

    thanks..Deabak! Rehan.M

    ReplyDelete
  28. emm...mesti akan merinduiii arayie... tp takpe..kalau penantian ni blh buat RM siapkan mss yg best..berbaloi2...

    -sj-

    ReplyDelete
  29. huhuhuhu.......pasti akan menrindui ARAYIE....u r the best RM

    ReplyDelete
  30. Aduhaii...sedihnye Arya dan Ayie trpaksa berpisah.. So touching yg last part Ayie dtg peluk Arya tu... Hope Arayie x trpisah lama2..sian diaorg... Tq RM..TERBAIK !!!

    ReplyDelete
  31. Sweet sangat perpisahan diorang, huhu, best

    ReplyDelete
  32. Wow...wow...wow..RM..nk tisuuuu ...sokseksoksek :'( ...arya...ayie..syahdu ni...leh bygkn mcmn situasi diaorg time ni...good luck RM!!!

    Shida Halim

    ReplyDelete