ADUH… pening kepala
aku. Rasa macam kena hantuk dengan pasu
DBKL aje. Badan pun rasa sejuk
menggeletar biarpun ada selimut tebal menindih tubuh. Aku cuba buka mata. Allah… mata pun pedih. Jangan cakap aku cucuk mata aku sendiri
dengan garfu macam Kasim Selamat sebab tak percaya dengan apa yang jadi depan
mata, sudah.
Cahaya masuk menerobos
garang. Payahnya nak angkat kelopak
mata. Ala-ala orang buta baru nak
celik. Tangan kanan naik menyentuh
kepala. Masih ada tudung. Dan tudung itu lembab. Naik panaulah nanti aku pakai pakaian lembab
ni. Aku cuba lagi sekali buka mata dan
akhirnya berjaya biarpun terasa berputar alam.
Lampu kalimantan terang
benderang dan ada satu bau yang aku tak suka sejak peristiwa setahun
lepas. Baru yang aku cuba elakkan. Tapi, hari ni… malam ni… terhidu? Gitu?
Dan macam mana aku boleh sampai di sini.
Indonesia
kata rumah sakit. Malaysia panggil hospital.
“Kita dekat spital ke ni?” Aku cuba heret tubuh bersandar pada
kepala katil tapi ditahan orang.
Siapa?
“Jangan… awak lemah
sangat ni.” Suara itu melarang lembut
dan sopan.
Bila aku pisat-pisat
mata sekali lagi, aku nampak seorang lelaki di depan aku. duduk di birai katil entah daripada zaman
bila lagi.
“Sejak bila awak dok
situ?” Aku buat muka ketat. Memanglah dah kepala aku pening. Nak senyum pun tak boleh.
“Errr… kenapa tanya
gitu?”
“Tanya sebab nak tahu…”
Sarkastik punya jawapan. Orang dah
pening ni, dia boleh jawab soalan aku dengan soalan. Tak suka betul. Kalau periksa SPM, failed dia nanti.
Mata dia memandang aku
macam tak puas hati. “Sejak zaman dinosour…” Bibir dia herot dengan senyuman sinis.
Terdiam aku dua
saat. Cantik jawapan dia. Kalau zaman dinosour, aku nak jadi T-Rex, biar dia jadi lain-lain.
“Apa-apa ajelah.” Aku kembali picit kepala. Macam mana aku boleh sampai poliklinik
ni. Pembetulan, bukan hospital tadi tapi
baru sedar ini poliklinik.
“Kenapa? Tak selesa kat mana ni?” Tangan dia naik cuba menyentuh dahi aku.
“Eh, kenapa ni?” Aku tepis tangan dia.
Dia hanya pamerkan
wajah tersenyum. Tenang dan menjatuhkan
kembali tangan ke atas ribaannya sendiri.
Ada
tuala di tangan dia. Agaknya dia nak lap
dahi aku. Tapi, mana boleh. Aku tak izinkan. Aku pandang sekeliling kawasan.
Aiseh…
bau ini… sempit dada mak cik. Baik aku
hidu bau kopi biarpun aku tentu-tentu boleh pitam bau kopi.
“Kenapa kita dekat
sini?”
Dahi dia berkerut
tiba-tiba. Dia amati wajah aku
lama. Sebelum dia menggeleng kecil dan
tersenyum tipis.
“Awak pengsan. Saya bawak awak ke hospital.”
Aku raba lengan
baju.
Masih lembab.
Aku imbau balik
kejadian sebelum ni.
Pitam.
Aku ingat suasana sejuk
itu.
Hujan.
Aku kerah lagi memori
mencari seraut wajah.
Dia.
“Awak yang pinjam
payung kita ke?” Baru perasan sebenarnya. Tadi sibuk dengan kepala pening, mata pedih
tak cam pulak.
Dia senyum dan
angguk. “Saya tak sempat sampai ke
kereta, saya nampak awak keluar dalam hujan.
Agak pelik melainkan awak ada masalah dekat sini…” Dia tekan sisi kepalanya.
Ya, dia nak cakap
melainkan aku gila barulah aku keluar berhujan.
Aku pandang dia dengan wajah mencebek sedikit.
Dia hanya ketawa
lagi. “Tapi, awak tak. Jadinya, saya rasa mungkin awak tak sedar
awak melangkah. Unconcious punya tindakan.
Biasa…” Bibirnya senyum meleret. “By the
way, kenapa awak keluar? Ingatkan
awak nak saya pulangkan payung, itu yang saya patah balik…”
“Dah tu, macam mana
awak boleh tiba-tiba ada dekat kita?”
Cepat aje aku memotong suaranya.
Dalam kepala penuh dengan persoalan.
Dia dah tahu ke siapa
aku?
Dia dah cam ke
aku?
Atau dia belum
kenal?
Boleh jadi dah kenal
tapi buat-buat tak kenal?
“Entahlah… tak tahu nak
cakap apa. Tiba-tiba hati saya rasa
sedih. Rasa macam saya menangis tapi
bila saya raba pipi, mana ada airmata pun…”
Usai berkata macam tu, dia pandang aku lama.
Allah. Dia rasa sama dengan yang aku rasa. Akhirnya… akhirnya…
“Tapi, masa saya sambut
kepala awak tu, bila saya payungkan awak, bila saya pandang lama, saya nampa k awak yang
menangis.” Pandangan mata kami bertemu
sesaat sebelum aku cepat-cepat larikan mata.
Dosa pandang anak
teruna oran g
lama-lama. Allah marah. Tapi, liur yang aku telan mula terasa
berpasir. Rasanya kalau telan pasir pun
lagi sedap ni.
“Mana awak tahu kita
menangis sedangkan masa tu hujan?” Pelik
kalau dia nampa k
airmata aku. Kan masa tu hujan mencurah?
Bibir Khalifh senyum
tipis. Dia menunduk dan menggeleng
seketika sebelum panggung pandangan pada aku semula.
“Saya lap dulu muka
awak dengan sapu tangan saya sebab ingatkan awak lemas air hujan ke apa. Tapi, biarpun dah kering dan tak kena hujan, ada jugak air
mengalir pada hujung juring mata awak tu.
Sebab itulah saya yakin awak memang menangis!”
Amboi, tegas dia
sudahkan ayat dia. Aku cepat-cepat raup
wajah. Terasa menebal kulit muka bagai
mengenakan wedges empat inci. Dia raup muka aku? Dan dia boleh cakap aku lemas air hujan? Hey…
kalau lemas dalam baldi boleh jugak dikira.
“Apapun terima
kasihlah. Rasanya kita dah okey ni. Kita nak jumpa doktor lepas tu nak baliklah…” Aku cuba turunkan kaki tapi sekali lagi
Khalifh menahan.
“Jangan…,” larang
dia. “...biar saya panggil…” Dia bangkit dan terus menghilang di balik
tirai warna jingga cerah ni.
Allah… semput nafas
aku. Sempit dada aku. Rasanya dah jauh aku berlari tapi hari ni
kerana takdir Allah, di dalam curahan hujan dan juga kerana sekaki payung, kami
didekatkan sebegini.
Aku gagau poket
seluar. Handphone? Hilang dah? Tak pun masuk air? Ermm… baru ingat nak telefon ma tak pun Rozie
nak minta jemput aku. Aku tak nak dah
balik dengan Khalifh. Aku tak mampu nak
jumpa dia. Tak tahu kenapa tapi aku tak
nak.
“Cari apa?” Khalifh dah berdiri di depan aku. menyeluk kedua-dua belah tangan dalam poket
seluar. “Cari ni?” Dia goyangkan telefon bimbit aku.
“Eh, itu kita
punya…”
Dia angguk. “Kita tahu.
Ada
dalam poket seluar awak tadi. Doktor
bagi saya pegang. Nah…” Dia hulurkan pada aku tapi baru nak sambut,
doktor sampailah pulak. Dan, mujurlah
perempuan.
“Err… Encik Khalifh,
minta keluar kejap, ya? Saya periksa
cik… errr…” Aku tahu doktor tu tak tahu nama aku dan Khalifh pun haruslah tak
tahu sebab tadi masa aku tiba sini, aku tak sedarkan diri.
Entah apalah dia cakap
pada doktor ni masa minta merawat aku?
“Khalifah…”
Mata Khalifh
bulat. Aku tahu dia memang akan terkejut
tapi kalau aku sebut nama aku Tuah, tak ke buat dia pulak terlantar atas katil
ni sebab serangan jantung. Elok hati dah
baik, jantung pulak buat hal.
“Wahhh… patutlah tadi tergagap nak sebut nama tunang sendiri sebab
nama pun sama…”
Allah… Tunang? Hey,
bila masa. Cincin belah rotan tak ada
dekat cari okey. Khalifh ni pandai aje
reka cerita. Aku pandang dia yang sedang
garu kepala.
“Tadi, kecemasan
doktor…” Tanpa menanti, Khalifh terus
berlalu daripada tirai. Aku pandang doktor
muda tersebut. Agaknya dia kenal Khalifh
kot.
“Err… boleh kita
balik?”
Dia senyum dan
meletakkan stetoskop pada lengan aku sewaktu memeriksa tekanan darah.
“Err kita dah sihat ni,
doktor…” Sekali lagi aku yakinkan dia.
Aku tak nak bermalam dekat hospital ni.
Sungguh.
Akhirnya, pemeriksaan
siap dilakukan. Doktor muda tersebut
senyum dan menggeleng. “Tekanan darah
Cik Khalifah masih rendah. Saya minta cik
rehat dekat sini dulu malam ni untuk pemantauan. Kalau kata saya rujuk ke hospital besar pun,
cik akan admitted jugak. Jadinya, lebih
baik rehat dekat sini. Biasanya,
malam-malam pesakit kurang nak-nak hari hujan….”
Hah? Wajah aku berkerut. Tak naklah.
“Tapi…”
“Jangan risau…” cantas
doktor itu. “Saya ada dan dua oran g pembantu pun
ada. Kalau Encik Khalifh nak tunggu pun
boleh. Tak ada masalah sebab bilik ni
laluan antara bilik saya dengan receptionist…”
“Tak sama, Cik
Khalifah. Rehat di rumah sendiri dan di sini
di bawah pemantauan doktor. Lagipun, cik
dah jadi amanah saya nak-nak bila Encik Khalifh macam oran g hilang nyawa tadi bila dia kendong cik
masuk. Saya faham perasaan tu…” Tangan aku ditepuk perlahan. “Rehatlah…”
Dia terus berlalu. Okey, dah satu hal. Khalifh dukung aku. Eloklah sangat. Lepas tu kena bermalam di klinik dengan
pakaian lembab. Aku tak rasa ada baju
nak boleh ditukar. Demam aku esok.
Baru aje nak rebahkan
badan, aku terdengar suara Khalifh berbual.
Aiseh, dengan siapa pulak tu?
“Insya-ALLAH,
aunty. Saya jaga dia. Aunty jangan risau.” Dia gela k. “Tak aunty.
Kalau oran g
lain di tempat dia pun, saya akan buat benda sama.”
Diam beberapa
ketika.
“Ya, aunty. Kalau ada apa-apa saya bagitahu. Maaf risaukan aunty malam-malam ni tapi
itulah, rasa tak sedap hati pulak kalau aunty tak tahu sebab itu anak aunty, kan ?”
Eh? Dia telefon ma aku pulak ke? Beraninya dia dan siapa beri kuasa dia nak
buat macam tu? Allah… Khalifh. Buat ma syak bukan-bukanlah ni. Aku cuba turun lagi sekali tapi, sekali
lagi disergah.
“Awak tak boleh balik…
ni turun nak pergi mana?”
Bila masa dia habis
cakap dekat telefon pun aku tak pasti.
Terus tak jadi nak turun.
“Nak minta baju. Sejuk…”
Ala san
tapi munasabah sebab aku memang dah kesejukan.
Bibir Khalifh lebar
dengan senyuman. “Khalifah,” panggil dia
lembut. Buatkan aku angkat mata.
“Khalifah?” Kening dia naik.
Aku kerut kening.
“Khalifah?” Sekali lagi.
“Khalifah?” Bibir dia semakin nampa k bunga tawa.
“Khalif…”
“Ya, Encik Khalifh. Panggil sepuluh kali pun nama kita tak jadi
Tijah atau Bedah. Tetap Khalifah!” Aku sindir dia sedas dua.
Tawa halus Khalifh
pecah. “Is this a coincidence?”
Seraya itu dia labuhkan duduk di atas kerusi.
“Yes!” Aku angguk tegas. “But,
when you called my mum, that’s not a coincidence but an accident! A disaster!”
“Pula k?”
Berkerut dahi Khalifh. “I called her because she text you. She’s worried when you didn’t reply her,”
jelas Khalifh.
“Really?” soal aku dengan
suara yang rendah.
Kepala Khalifh
angguk. “Maaf kalau saya buat awak rasa
macam disaster tapi saya dah
terangkan semua pada mama awak. Dia
faham. Dia nak datang, agak jauh
katanya. Dia amanahkan awak pada saya. Malam ni aje… malam ni. Biar saja jaga awak,” pinta Khalifh separuh
merayu.
“But…”
“Please…” sampuk dia buat aku terdiam. “Saya rasa salah. Kalau bukan sebab saya pinjam payung awak,
awak tak akan pengsan luar rumah. I know I’m a stranger but for Allah’s sake…
trust me. I’ll take care of you,”
ulang Khalifh bersungguh-sungguh.
Dia terus bangkit
membiarkan aku sendiri yang terkulat-kulat.
Dia memang dilahirkan menjadi seorang yang ambil berat ke atau pun
terhutang budi sebab payung? Tapi tadi
dia cakap, kalau oran g lain pun dia buat perkara
yang sama, kan ?
Lepas hampir lima minit, dia muncul
semula bersama sehelai baju T putih dihulurkan pada aku. “Saya dah minta dengan doktor tadi, dia cakap
kejap lagi sebab nurse dia ada
hal. Ada pesakit.
Awak pakai ni dulu. Bersih. Baju saya.
Ada
dalam kereta. Tukarlah tu dulu. Nanti demam…”
Dia letak baju T tersebut di hujung katil.
Bila dia berpaling, aku
teragak-agak nak capai. Tapi, Khalifh
sekali lagi kalih pada aku. mengukir
senyuman tipis dan memandang baju T tersebut sebelum merenung mata aku.
“Jangan risau. Demi Allah, saya tak letak ubat guna-guna
dekat baju tu…”
Eleh dia ni. ke situ pulak. “Kita tak kata apa pun…”
“Tak kata tapi nampa k bersyakwangsaka,”
sindirnya. Terus dia menghilang di balik
tirai.
Aku capai baju T milik
Khalifh. Terus aku sarung ke tubuh. Buat sementara nurse tu datang bagi baju dekat aku.
“Allah… besarnya. Boleh masuk dua oran g…”
Aku menggeleng sendiri. Dan, mata
pun rasa berat. Penang an
ubat ni.
Aku betulkan tudung
sedikit dan terus rebahkan badan menghadap siling. Entah apa percaturan Allah di depan hari,
tiada siapa yang tahu. Apa yang pasti,
semalam itu kian hangat dalam hati aku.
Kian subuh dalam memori.
Tak adakah ingatan
Khalifh pada penderma dia setahun lalu?
Akhirnya mata aku terpejam sendiri.
Bila dalam sedar dan tidak, samar-samar aku nampa k bayang hadir dekat dengan aku.
Aku rasa selimut
diangkat melepasi dada. Menutup seluruh
tubuh sampai ke leher. “Baju putih saya
ni buat nampa k
yang tak sepatutnya. Maaf.” Entah betul ke tidak ayat itu aku dengar, tak
tahulah.
Apa yang pasti, aku
rasa hangat. Seluruh tubuh diselimut
penuh. Andai benar Khalifh bersuara,
terima kasih menjaga maruah aku. Nak
diucapkan, aku makin menghampiri dunia lain.
berkali-kali aku cuba
angkat kelopak mata tapi tetap tertutup.
Bongkah batu menindih dada terkakis dengan sendiri.
“Kenapa saya rasa, bila
jumpa awak buat pertama kali, rasa sedih dalam hati saya hilang? Atau saya memang dah lupakan dia?”
Saat suara itu masuk ke
dalam telinga, dunia aku benar-benar gela p. Ubat tadi berkesan sepenuhnya dan suara itu
terus menemani mimpi yang ind ah.
~~bersambung
RM says : Cerita ini dipinang oleh publisher. Alhamdulillah... semua cerita dalam blog ni pun dipinang tp tuan tanah kedaung blog ni tahu tahap mana cerita sendiri. Dah cukup umur atau tidak. Sebab tu ada yg membesar dlm blog ni bersendiri dengan tuan tanah aje dan juga pelawat setia. Dan ini pun biarlah di sini tempat dia. Menemani tuan tanah kedaung ini dlm blog ini. BERITA!!! Tiba-Tiba, Dia Ada coming to you this December 2013 at Pesta BUku 1 Malaysia and I can't be there.
Dan 1 lg... moga sokongan kalian pada TTDA (Ayie & Arya) hebat seperti mana sokongan anda pada penulis2 hebat lain (biarpun sy terlalu biasa). Tp, ini sekadar memberitahu dan tak menaruh harapan jauh sekali memaksa sbb tahu saya tak mcm penulis lain yg terlalu hebat dgn karya mereka yg sulung, kedua dan seterusnya. Beginilah saya, seadanya (ayat mcm sentap, kan? >_<) Sesekali sedih TAPI...berkali-kali saya BAHAGIA. Allah bless.. Aaminn...
You are amazing on your own way just the way you are..dan RM adalah TOP favourite writer buat saya di antara ramai favourite writer yg saya ada..sentuhan karya RM adalah istimewa buat saya
ReplyDeletebetul..sy pon sama (^ - ^)
DeleteYeahhhhh .... you're a gifted writer n be proud alwayzzz... syukur Alhamdulillah.
Deletestuju
Deleteraihana
Deletesaya pun bersetuju. saya sentiasa melawat blog ni & sentiasa menanti entry baru.
Alhamdulillah....karya2 RM w/pn bshj tp ttp ad mesej yg dsmpaiakn...tp yg sedihnye ssah btl nk dpt krya RM dpsran...dh bl SUAMI TAK KUHADAP...skrg tgh cr TERLERAI KASIH&BILA NAK SAKSI...hrp sgt dpt mmilikinye
Deleteyup setuju jgk...
Deletesetuju jugakkk
DeleteAgree. No worries, love just the way you re (yr karya). topic mungkin sama tapi garapan yg akan membezakan setiap karya.
DeleteYanshi
kak rehannn. Alhamdulillah. I'm happy for you too. rezeki akak untuk terus menulis. I'm here and always support you <3
ReplyDeletetahniah RM.. anak2 u yg cantik-molek ni semuanya dah dipinang.. so hari kenduri-kendara tu jgn lupa hebah2kan ya!!!... pasti kami serbu... peninjau setiap hari blog u!!..
ReplyDeletedont worry RM. semoga Allah sentiasa memberkati apa yg kita lakukan. yg penting setiap apa yg kita buat tu ikhlas dari hati...... keep up the good job RM. kita sama2 tunggu TTDA di pasaran n jgn lupa beli novelnye ye kawan2 sekalian.... ;)
ReplyDeleteya ke dipinang publisher?? Seronoknya tak sabar tgu dibukukan..semua buku RM sy beli, sy lebih suka memiliki sambil membaca drpd baca di blog...jgn tlalu merendah diri RM, anda istimewa dgn cara penulisan anda sndiri sy suka karya anda & sentiasa ternanti2 buku baru anda...teruskan berkarya
ReplyDeletebetul tu....sy hrp sgt RM trm semua pinangan tu...nk smpn buat koleksi peribadi...
DeleteYup, sokong. RM, izinkanlah agar karya2 RM turut sama menyentuh hati mereka2 diluar sana sama spt hati kami di blog ini
ReplyDeleteTahan sedih je aku baca kat ofis ni. X puas. Huhu
ReplyDeletebila date pesta buku 1 malaysia tu?
ReplyDeleteSetia disini bersamamu.sentiasa menanti karya RM. Suka sgt2 semua karya RM. Tq RM.
ReplyDeleteU a great kak RM, im always waiting ur new novel.
ReplyDeleteA lot of love from ur sabah fan,
Waiting for the nex entry.
Something specil about ur. Story is. Everytime i read,It make me smile,laugh,cry and sometimes nervous..thats why people like ur most
RM my support for u always
ReplyDeleteRM adalah antara penulis yg hebat bagi saya. Idea RM selalunya mmg lain daripada yg lain. Sy akan sentiasa sokong RM.
ReplyDeleteHappy for you and will be here waiting for your stories,both published and in the blog
ReplyDeleteHappy for you and will be here waiting for your stories,both published and in the blog
ReplyDeleteTahniah untuk penulis sebab anak-anaknya semua dah dipinang orang ... mesti comel dan cute anak-anaknya...
ReplyDeletetapi cerita RM memang besttt
We luv you RM .. thank you for the post and cant wait for more! :)
ReplyDeleteYes...RM you are good in your own way.
ReplyDeleteKak rehan penulis yg hebat bg sya.sya ada suma buku kak..klu kata yg ni pn d pinang,sya nk beli jgk
ReplyDeletehehehe Rehan tetap penulis dihati ku...
ReplyDeleteSuka sume karya RM...
ReplyDeleteJangan terlalu merendah diri dik. Walaupun sendiri tahu tahap diri namun bila ada yg memuji bermakna kelebihan yg ada dlm diri kita itu mula mendapat perhatian org lain. So, jgn meruntuhkan semangat diri sendiri yer. Terus terang, akak dah baca semua novel dik rehan yg ada dlm blog ni dan ada antaranya di ulang banyak kali dan akak juga mempunyai koleksi novel dik rehan yg berada di pasaran. Akak sentiasa menanti setiap n3 baru bagi setiap novel yg dik rehan paparkan dlm blog tu. Hmm....teruskan ngan penuh keyakinan yer dik rehan.
ReplyDeleteFirst blog yg saya follow dan xsabar nk tgu next post.gaya bhasa yg kene dengan jiwa...may ALLAH bless u
ReplyDeletesemua citer dalam blog ni best2.. kalau diterbitkan pun memg xrugi beli.. papepun xsabar nak tnggu ttda n hykp ni..
ReplyDeleteall the best RM...kompang-kompang kan lg bila novel dah kuar tu..bole set reminder nak order nanti...heh..
ReplyDeleteyeah! da boleh jumpa arayie nanti ;)
ReplyDeletekami tetap sokoooooooong RM :)
ReplyDeletebuku TTDA ada x di kedai ke just ada kat pesta buku ja..
RM.. Karya Rehan memang terbaik sebaris dengan Hlovate selalu ckp pd diri x kan ade lelaki sehebat Benz Alif, Jade, Along tp bila baca karya Rehan hebat betul penangan Kuca, Que, Ayie Khalif... Rehan you are the best!! May Allah bless you...
ReplyDeletetahniah RM. happy for you. selalu2 la post entry. thanks
ReplyDeleteKak RM sy minat sgat dgn penulisan akak...
ReplyDeleteInsya Allah sy akan terus jdi ur fan n hopefully Allah bless always with u n family..
Pesta buku tu kat mne??? Mcm mne nk dptkn bku tu kalo xley dtg ke pesta bku tersebut??? Huhuhuhuhu... Nk TTDA.......
ReplyDeletetahniah RM!! n thanks for keeping this story in the blog. next time bila dah balik msia i'll search for TTDA in the bookstore :)
ReplyDeletex sabar nak beli....
ReplyDeleteSalam RM, mmg semua nukilan RM kak sukka, tak kisah la citer tu ending hepi ke idak ke.. RM ada stail sendiri bila menulis & setiap seorang penulis tu mmg ada keistimewaan masing2 kan!!!
ReplyDeleteTerus terang ckp mmg byk kali cerpen2 & citer RM kat dlm ni kak ulang baca. Seronok dgr semuanya dipinang penerbitan, kalau ada rezeki apa salahnya cetak semua kan? Kak sure beli utk koleksi. ..Stkat ni semua citer RM kak ada termasuk yg nukilan dlm 'oh cinta"...sebab tu selalu tanya bila nk cetak cerpen2 yg ada...teruskan usaha!!
Semoga RM diberkatiNYA selalu...
Alhamdullilah bakat yang Allah kurniakan buat RM memberi impak buat org lain.banyak impak dan pengajaran yg diperolehi.teruskan usaha.kami tetap menyokong
ReplyDeleteTahniah!!akak guru matematik yg xpndai jiwang karat....bhs yg RM guna dlm semua tlisan sgt mnarik n buat akak sgt teruja...tahniah lg
ReplyDeleteinsya'ALLAH.... sy doakan moga rezeki RM akan bertambah..
ReplyDeleterindu sgt sgt rindu pada #AraYie tp xsabar nak tunggu n3 #Khalifah lagi...
:-)
Semua cerita sgt best.. Semua koleksi novel rm sy dh bel.. Nurul88
ReplyDeleteRM ... Everyday i duk singgah blog ni nk tahu kesinambungan nye. Td bile on npk je angka 10 tiba ht jd xcited...!! adehh x cukup nk lg RM .. Hahahah tamak haloba plak. But u really great.. I luv all ur storey.. Muahhh
ReplyDeletefor me, u are the best authorest. aryie tu apa tajuk story die? rasa dulu tajuk lain kot. TTDA tu stand for what?
ReplyDeletekena pinang? wah...best2...tahniah
ReplyDeleteSgt suka gaya anda menulis.
ReplyDelete