Tuesday, September 17, 2013

Hati Yang Kau Pinjamkan 7

GILA tak gila, aku bancuh kopi untuk Fendy di depan rumah.  Minum petang.  Biasalah, tukang bancuh kopi macam aku ni, tipulah kalau tak ada coffee maker dekat rumah.  Aku tarik meja kopi dan dua buah bangku plastik ke depan rumah.  Nak ajak masuk memang tidaklah.  Setidak-tidaknya di depan ni, jiran sebelah rumah aku sedang basuh kereta.  Bersiul senang hati sambil tersenyum memandang aku dan Fendy.

Bibir Fendy lebar dengan senyuman saat aku mengukir latte di atas kopinya.  Senyuman meleret yang penuh makna.  Dia angkat kaki kanan menindih peha kirinya.  Jari-jemari kasar Fendy bersulam sesama sendiri. 
“Nah…”  Aku tolak mug tertera tulisan Old Town itu pada dia.  Gelas percuma masa aku beli kopi tu dulu. 
Fendy menyambut dengan senyuman.  “Thanks…”
Aku hanya senyum tawar menyambut ucapakan terima kasih dia.  Melihat Fendy mendekatkan birai mug pada bibirnya, aku ralit memerhati.  Dia pernah cakap pelik, kenapa orang suka kopi.  Dan pelik, kenapa wanita pun jadi pembancuh kopi. 
“Kenapa tiba-tiba rasa nak minum kopi kita bancuh?”  soal aku. 
Fendy tidak menjawab, sebaliknya dia sisip lagi kopi dia yang panas berasap.  Aku pandang tubuh dia, santai dengan jeans lusuh juga baju T berkolar.  Macam bukan nak pergi kerja aje. 
By the way, you tak kerja hari ni eh?” 
Fendy geleng.  “You tak ada.  Refresho rasa tak fresh manalah, Tuah…”  Dia mencebek sedikit. 
Aku pun sama.  Mencebek dalam hati.  “Kan ada seorang lagi barista setakat you nak minum kopi tu…”
“Yeah…”  Fendy kalih.  “But not a killer like yours.” 
KillerHeh… macam-macam dia.  “Haa… better you jangan minum, Encik Fendy.  Terbunuh nanti, naya.”  Aku gelak kecil dan Fendy juga sama.
“I suka kopi yang you bancuh sebab you bancuh dengan senyuman.  Instead of rasa pahit kopi, rasa manis tu tetap ada.  Even without sugar.  You know why…”  Kening Fendy naik, bertanya pada aku.
Aku jeling dia sedikit dan juga angkat kening. 
“…because you put your sweet killer smile in the coffee…”
Yuck…” Aku buat muka geli.
Fendy ledakkan tawa.  Dia punya sebab suka minum kopi yang aku bancuh tu boleh buat aku kena penyakit kulit.  Nak ketawa kuat-kuat perut masih terasa sakit.  Bila aku tekan bahagian perut, mata Fendy tajam  merenung.
“You sakit?”  Mug dia letak di atas meja.
Tell me.  You sakit, kan?  Sebab tu you ke hospital lately.  Cuti sebulan.” 
Tu dia… Fendy punya terjah.  Tapi, aku hanya tenang.  Tak cepat nak melatah.  Aku tahu Fendy tak akan bertindak lebih dengan aku biarpun dengan perempuan lain aku berkali-kali nampak dia pegang tangan perempuan tu.  Siap peluk pinggang ada masanya.  Yang lain itu, hanya dia dan Allah mengetahui. 
“I memang sakit tapi tak teruk.  Cuma perlu rehat.  Lagipun, I temankan ma I sepanjang cuti ni.  Dah lama tak dok sama.  Lepas balik dari Itali, I terus kerja.  Ma mana boleh pindah.  Dia dah selesa mengajar dekat Port Klang,” jelas aku pada dia.
Ya, aku tahu sedikit berselindung.  Erm… padahal banyak kot.  Bukan apa, aku rasa dia tak perlu tahu kot.  Pentingnya dia tahu aku dah sihat dan boleh masuk kerja beberapa  hari lagi.  Kerja bukan berat pun.  Cuma perlu berdiri. 
“You tak nak cerita dekat I you sakit apa?”  soal Fendy lagi.  “You pucat sangat sekarang…” 
Aku senyum tawar.  Tiba-tiba, hati aku terasa sakit.  Rasa sedih dan sepi.  Aku pandang Fendy.  Airnya dah separuh diteguk. 
I’m getting better, Encik Fendy.  Terima kasih sudi datang tanya khabar as a colleague but true, I’m fine.  Positive…”  Aku angkat ibu jari pada Fendy.
Riak dia tetap macam tu.  Tak nak percaya langsung apa aku cakap. 
“Nanti I masuk kerja esok lusa, I put some make-up, tak ada pale dah la.  You ni risau terlebihlah, bos.  Kalau kata orang lain tahu, dia cakap you dekat syok dekat I pulak…”  Saja aku buat lawak kering.
Memang kering sebab keringlah anak tekak aku gelak yang tertahan-tahan tapi Fendy macam gurun sahara aje wajah dia.  Tak ada riak.  Hanya mata hitamnya bergerak-gerak merenung seluruh wajah aku. 
“I dah cakap, I suka you, kan?” 
Aku angguk.  “Kita akan cari separuh lagi hati kita, Encik Fendy…” 
Tenang dan tak aku rancang tapi itulah yang terluncur daripada celah bibir aku.  Aku tak sedar tapi bila Fendy kerut kening, barulah aku sedar ayat apa yang aku cakapkan. 
Then, let me have half of your heart, ermm?”  Wajah Fendy jelas lembut dan matang.  Kejantanan dia terserlah. 
Setelah sekian lama dok main bahasa tubuh aje dia akhirnya  mengaku.  Menipulah kalau aku cakap, aku tak pernah tertarik dengan Fendy.  Bukan apa, dia ni jenis happy go lucky.  Setiap bicara dia boleh buat orang lain gelak dan aku hanya senyum saja. Cumanya, tak pernah terlintas untuk sesuatu perasaan  yang lebih jauh dan mendalam.  Sebagai kawan, ya dia memang menarik.  Sebagai seorang bakal imam, aku tak percaya aku mampu menjadi makmum yang sesuai untuk dia. 
“I hanya ada separuh saja hati I, Encik Fendy. Kalau I bagi you separuh, macam mana I nak hidup?”  Aku sengih bentuk usikan.
Fendy kerut kening.  Aku tahu dia mesti ingat aku bergurau dan menolak dia.  In fact aku memang tolak dia pun sekarang ni.  Secara begitu baik dan berhemah. 
Just wonder… kenapa you tiba-tiba nak separuh hati I?  Sebelum ni, biasa aje kita kerja sama.  Tak ada apa tanda pun…” 
Bibir Fendy terjongket ke kiri.  “I dah tunjuk. You yang pejam mata dan kenapa I tiba-tiba macam ni?  Sebabnya…”  Fendy bangkit.  Dia menggeliat sedikit. 
“…I akan rasa sakit bila orang yang I sayang sakit.  Like mom, dad, sisters… and you.   Itu dah cukup membuktikan I suka you…”
“Suka tak semestinya cinta, kan?” 
Fendy terangguk-angguk beberapa kali.  “Yeah… itu betul.”  Dia senyum nampak tewas.  Tapi, tak. 
Devo ammettere, Ti amo,” sambung Fendy. 
Aku buat muka blur padahal rahang rasanya dah jatuh di atas riba. 
“Jangan cakap you tak faham sedangkan you sangat faham apa yang I cakap, Tuah.”  Senyuman dia terukir lagi dan dia terus berlalu keluar daripada pagar rumah  yang sedari tadi ternganga lebar. 
Jiran aku yang sedang basuh kereta ini hanya pandang terkebil-kebil.  Mesti dia cakap aku putus cinta.  Aku pandang Fendy yang dah masuk ke dalam perut keretanya.  Adeh, apa aku nak jawab ni.  Seketika aku kaku tapi bila dia hilang daripada pandangan, bibir aku bergerak…
Ma non lo faccio. mi dispiace…”



“KHALIFH dah keluar hospital banyak hari.” 
Sebaris ayat Rozie aku dengar dengan tenang.  Masuk telinga kanan tapi tak keluar telinga kiri.  Bibir aku mengoyak senyum.  Maknanya, dia dah sihatlah tu bila dah boleh keluar hospital, kan? 
“Congrate to him…”
“Dia asyik tanya kau aje, Tuah.  Kasihan aku tengok muka ibu dia.  Serba-salah.”
Promise is a promise, right?”  Aku pandang mata Rozie dua saat sebelum kembali memandang skrin TV.
Dok rumah ni memanglah aku bina badan.  Mujurlah makan masih pantang.  Ma tak bagi aku makan bukan-bukan.  Takut luka lambat baik.  Kalau aku main tibai aje, boleh jadi terlantar balik dekat hospital.  Bukan sebab hati tapi sebab obesiti.  Makan, tidur, tengok TV. 
Rozie angguk bersetuju dengan aku.  Dia pun tak boleh buat apa sebab etika hospital memang macam tu. 
“Awak kerja malam lagi ke?” 
Rozie angguk.  Nampak dah kematian idea nak dibawa berborak. 
“Awal bangkit…”
Dia mencebek.  “Letih sangat sampai tak boleh nak lena lama…” 
Pulak?  Aku senyum pada hujung bibir.  “Awak uruskan Khalifh keluar ke apa?”
“Tak…”  Rozie geleng.  “Orang lain.  Aku ada hal urgent semalam.  Dia dah nampak okey.  Kejap aje badan dia naik.  Yalah, dulu tak boleh nak makan langsung.  Sekarang ni, dah makan sikit nampak lainlah.  Kalau kau tengok mesti…”
“Rozie…”  Aku mencantas suara Rozie.  Tak sudah-sudah dia.  Aku tahu apa  yang Rozie cuba nak sampaikan tu. 
“…kan kita dah cakap, kita tak nak jumpa dia lagi.  Kita tak nak dia soal kita macam-macam dan ada niat macam-macam…” 
Ya, niat macam-macam.  Macam macam tu macam mana?  Macam ibu dia pinang aku.  Macam dia nak cari aku.  Macam dia nak aku jaga makan pakai dia.  Mana boleh.  Aku tak sedia lagi.  Lebih menyedihkan, kalau macam dia dia terima aku sebab terhutang budi?  Apa macam?  Macam-macam boleh jadi dekat aku masa tu.  Aku rasa lidah aku pun terbelit dengan quote tongue twister aku ni.  Serius. 
Telinga aku menyapa keluhan tipis Rozie.  Dia bangkit sambil menahan kuap.  Mata dia terkebil-kebil lantas di bawa kakinya melangkah ke bilik.
“Apa pun, kalau kata kau tengok dia mesti kau tak rasa dia Khalifh.  Lagipun, rasanya dia dah tak cam kau.  Dia kata dia kabur sikit dengan raut wajah kau, Tuah…” 
Pintu terkatup rapat.  Sempat Rozie berbicara menyambung ayat dia yang tak habis tadi.  Aku terdiam.  Hati aku rasa sakit lagi. 
Kan dah cakap.  Keputusan aku tepat.  Memang Khalifh akan lupa aku setelah dia sihat.  Sama seperti  yang aku cakap dekat dia.  Betul, kan?  Dia memang lupa siapa Tuah?  Macam mana rupa aku, kan? 
Aku rebahkan tubuh di atas sofa panjang.  Memandang siling putih.  Entah apa aku nak cakap sekarang.  Kenapa hati aku sakit?  Terluka ke mendengarkan Rozie cakap macam tu?  Kalau betul rasa terluka, apa rasa ni? 
Pening.  Sudahnya aku terlena sendiri.  Bila sedar aje dah petang.  Allah.  Tidur tak ingat dunia.  Ingat dunia ni aku yang punya ke.  Aku bangkit perlahan-lahan menuju ke bilik sendiri.  Nak bersihkan badan dan tunaikan solat. 
Kat luar nampak mendung.  Boleh jadi nak hujan.  Rozie rasanya kerja malam lagi ni.  Aku terus masuk ke bilik air.  Setelah lima belas minit berlalu, aku keluar menunaikan solat Zohor.  Tak berapa lama, azan Asar berkumandang. 
Rasanya kejap lagi nak keluarlah pergi lepak Refresho.  Fendy bukannya kerja pun.  Daripada biarkan kawan-kawan risau, baik tunjuk rupa sikit. 
Setelah hampir sejam, aku dah siap.  Aku jenguk ke luar tingkap.  Redup.  Okeylah.  Kejap aje keluar.  Baru nak tutup pintu bilik, Rozie muncul dari dalam bilik dia.
“Eh, nak ke mana?” 
Aku senyum dan merapatkan daun pintu.  “Nak pergi kafe kejap.  Melepak…” 
“Lor, kalau nak melepak, baik pergi tempat lain.”  Rozie buat muka. 
Mesti dia rasa aku ni tak berkembang pesat mana.  Balik-balik kafe tempat aku kerja.
“Kita nak jumpa kawan-kawan.  Diorang semua risau.  Sambil-sambil ambil angin.”  Setelah itu, aku terus keluar rumah.  Enjin kereta dihidupkan dan aku pandu kereta perlahan menuju ke Refresho. 
Jalan lengang.  Tiba aje aku di depan kafe, aku nampak kereta Fendy ada.  Tapi, tak sempat nak patah balik, Rico dah nampak aku.  Nak tak nak kenalah keluar.  Mereka bersorak sama-sama melihat kemunculan aku dan ada beberapa orang pelanggan tetap juga tersenyum manis. 
Aku duduk di ruang terbuka kafe.  Tak nampak Fendy.  Nanti dia cakap aku datang cari dia pulak, parah. 
“Hey, how are you?”  Soalan pertama.
“Dengar you tak sihat.  Sakit apa?”  Soalan kedua.
“Sekarang dah sihat betul ke ni?”  Soalan ketiga. 
Aku senyum dan angguk. 
“Nak jumpa Fendy ke?”  tanya Rico dan kali ini aku menggeleng.  Kami baru aje jumpa pagi tadi.  Malas dah nak jumpa. 
“Dia ada dekat dalam tapi dengan kawan dia.  Tak nak diganggu tapi rasanya kalau kata you datang mesti dia tak kisah kena ganggu,” ujar Rico.
“Eh, tak apa.  Kita datang nak jumpa korang semua aje.  Nak tunjuk kita dah sihat…”  Aku sengih. 
Semua  mengangguk.  Rasanya kosong kafe.  “Dalam kedai kosong.  Pergilah kerja.  Kita duduk-duduk sini aje.”
Mereka masing-masing berlalu.  Hanya ada Rico saja.  “You tak ada, Fendy macam kucing jatuh anak.”
“Really?”  Aku buat muka terkejut padahal dah tahu. 
“Dia cari alamat you daripada HR.  dia ada jumpa you tak?” 
Aku senyum.  Malas nak jawab.  Nanti panjang cerita. 
“Dia dengan kawan dia…”
“Awak dah cakap dekat kita tadi…”
“Ha’ah la…”  Rico tepuk dahi.  Aku tertawa kecil. 
“Haa… itu dia.”  Rico kalih belakang.  “Bos… sini…”  Rico melambai tangan ke belakang dan aku rasa nak luku budak Rico ni bagi terbenam dua meter dalam tanah.
Nak tak nak aku terpaksa kalih.  Dan, mata aku tertancap pada kawan Fendy tu.  Pucat, bibir dia sedikit ungu tapi senyuman dia…

Entah kenapa, hati aku terasa pilu kembali.  

..bersambung

53 comments:

  1. kawan fendy tu,

    khalifh kn?

    ReplyDelete
  2. Getting interesting...mmg style RM kan.

    ReplyDelete
  3. Getting interesting...mmg style RM kan.

    ReplyDelete
  4. akak, agak2lh.......pastinya kawan fendi si KHALIFH yer

    ReplyDelete
  5. mesti kawan dia tu khalif... kan kan kan

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Dapat rasekan kawan fendi tuh khalifh hehehehe

    ReplyDelete
  8. Khalif here he come, OmG..
    kak RM next entry please..:(

    ReplyDelete
  9. Emmm ...tentu khLifkan????...tp khalif x kenal wajah tuah...

    ReplyDelete
  10. Tiba2 meremang jek....cam bc cite hantu le plak...hihihi bestttt

    ReplyDelete
  11. Msti khalif kn? Sbb tu tuah trkjut je

    ReplyDelete
  12. wah susah ni , 2 jejaki berebut 1 wanita, eager nak tahu next n3, syabas RM buat kami ternanti-nanti-KH

    ReplyDelete
  13. kwn fendy tu khalifh ke?....
    ohmaiii...

    ReplyDelete
  14. kawan fendy tu Khalifh ke???....
    atau Khalifh cari pemilik hati yang separuh lagi...
    Tuah yang berTuah tahu ja kemana perginya hati yang separuh lagi.... hehehe

    ReplyDelete
  15. nasib la fendy... tuah x nak kat awak..

    kawan fendy tu sape? khalifh ke?

    ReplyDelete
  16. sblm ni dua saat.. kali ni dua meter... pertembungan satu hati yg terpisah dua.. Eh! dua lagi...

    ReplyDelete
  17. time to learn italliano.

    ReplyDelete
  18. RM memang menarik jln cerita nie.... best

    ReplyDelete
  19. Khalifh la tu. Pucat bibir, x sihat lg

    ReplyDelete
  20. Penulis y brbkt... pnya cra tsndri.. rsa2 klu x tulis nm penulis pn blh knl spe penulisnyr.. rsa dh jatuh cnta dgn rm.. muah.. syg kamu

    ReplyDelete
  21. nyummmmmmm... eh?
    ntah nape rs lazat lak cekelat italiano ni.. ;p
    more n3 lg RM... pelish.. *blinking eyes*

    ReplyDelete
  22. hati tu pandai jer g carik patner dia kan..

    ReplyDelete
  23. RM your are really good in making us wonder and wanting more and more. Congrats

    ReplyDelete
  24. Khalif kan ? Best nye x sabar nk tnggu next en3... Cpt2 ye RM ....

    ReplyDelete
  25. RM ni mmg suke kasi suspend...aduhai...

    ReplyDelete
  26. the other half :-D

    ReplyDelete
  27. RM.... more n3 plzzze! ya pastinya khalif.

    ReplyDelete
  28. Khalifh ke?...please next2....

    ReplyDelete
  29. Kak rehan.bila nak ade n3 baru..tak sabar nak tau ni :)

    ReplyDelete
  30. RM...dkt seminggu saya tunggu!haha...fighting(berusaha)RM!!

    ReplyDelete
  31. RM... where are you! !!! Balik KG ke???... terseksa jiwa akk

    ReplyDelete
  32. ma non lo faccio, mi dispiace
    mksdnya....ialah...
    But I do not do, I am sorry...kan???

    ReplyDelete
  33. RM i x sabar nk bc selanjut nye ok.. adehh

    ReplyDelete
  34. lamernya adik rehan menghilang......
    setiap hari menanti email kot2 ada n3 baru masuk.......

    ReplyDelete
  35. pi'u per favoure...:)

    ReplyDelete
  36. LAMANYA RM BERCUTI! BILA NAK ADA N3 BARU?

    ReplyDelete
  37. Kak rehan...lma lgi ka nk kna tggu...

    ReplyDelete
  38. RM sakit ke...?????

    ReplyDelete
  39. lamenye tunggu...RM..bila lg?...
    (noors)

    ReplyDelete
  40. Where hv u been dear?ape2 yg sdg di buat dmudahkn..miss u!

    ReplyDelete
  41. lmenye nk smbung..tiap2 hari bkk still xde new entry...sedihnye..

    ReplyDelete
  42. Komen je bertambah.. entry still the same. where are u RM...

    ReplyDelete
  43. salam...
    huhu... dah byk kali menjengah skodeng for new entry. tp sedeynye blm ada lg. doa moga RM sihat & ok ye utk terus berkarya.
    doa moga RM sentiasa ok.

    ReplyDelete
  44. Rm,knpa lmbt update new n3,tertngu tngu. Semoga terus kuat untk bkarya.

    ReplyDelete
  45. sambung sambung sambung sambung

    ReplyDelete
  46. Lamanya tunggu RM..

    ReplyDelete
  47. assalamulaikum RM.... nape sunyi sepi hari hari akak jengok blog u.

    ReplyDelete