TELINGA
terasa ketat dengan jeritan. Luth angkat
kelopak mata. Lepas Subuh tadi, dia
kembali lelap sebelum bangkit untuk ke tempat kerja. Hari ni hari penting. Dia kena temuduga personal assistant baru
untuk Payed.
Tak
nak buat, dah janji. Badan rasa tak
sihat pun, digagahkan juga. Dia memang
lemah semangat sejak akhir-akhir ini.
sekeping gambar di bawah bantal ditarik.
Ya dia mengaku dia memang kolot simpan gambar bawah bantal. Kerana dia selalu dimomokkan kalau letak gambar
oran g yang dirindu bawah bantal, kita akan mimpi
ind ah dengan
dia. Dan, dia tahu itu sekadar omongan
kosong. Tapi, tabiat – payah nak
ubah. Biarlah. Hati dia tenang begitu.
Kepala
dipicit. Masih sakit. Dia tak ingat apa jadi semalam. Seingat Luth, dia hampir pitam dan Payed
sambar lengannya. Dia masuk dalam kereta
dan sedar-sedar aje, ada mama menemani dia tidur semalam.
Kaki
menjejak lantai. Sejuk. Baru hendak bangkit, sekali lagi suara
jeritan berdentum. Luth pandang ke pintu
yang dah terkuak lebar.
“Eh,
Luth. Kau ni saja susa hkan
mama, kan ? Manja sangat.
Nak pengsan bagai sampai mama kena teman…” Fina menyembur. Berapi-api.
Sakit
hati dia. Semalam mama dengan ayah
kemain tak hirau kalau dia nak keluar.
Sebabnya, nak bagi Luth rehat dengan tenang. Memang tak akan pernah tenang selagi mereka
tinggal sebumbung.
“Kau
ni kenapa, Fina?” Dia malaslah nak
melayan. Jam didinding dah bergerak ke
angka tujuh. Kejap lagi dah nak masuk
kerja. Mata Luth terangkat merenung Fina
sekali lalu. “Daripada kau jerit kat
sini, baik kau pergi bersiap. Kau ada
temuduga, kan ?” Luth mengingatkan.
Dia
tahu, kalau Fina bersiap makan jam.
Fina
pandang jam. Dia mengeruh keras. Sakit hati dia. Berlagak nak mati lepas dapat kerja ni.
“Eh,
kau cakap kau nak pindah rumah?
Bila?” soal Fina.
Luth
sekadar angguk. “So soon…” Bila tu tak pasti
tapi kalau macam inilah halnya, baik secepat mungkin. “Tunggu aku dapat gaji,” putus Luth separuh
yakin. Kalau itulah yang mampu buat mama
dan ayah berasa damai tanpa pertelingkahan antara dia dan kakaknya.
Luth
bangkit dan melangkah lemah. Tuala
ditarik mahu masuk ke bilik air. Tapi,
belum sempat dia masuk lengannya dilelar oleh Fina. Kasar.
“Kau
dah kenapa, Fina?” Kasar. Dia dah letih nak buat baik. Tak larat dah. Dekat pejabat Payed suka tarik tangan. Dekat rumah Fina.
Orang
dalam dunia ni tak reti nak berlembut ke dengan dia. Tak pernah ada melainkan Palee seorang aje
setakat ni tolak mama dan abah. Dan juga
Aunty Huda. Serta Encik Bakri.
“Aku
tak nak kau susa hkan
mama lagi!” tekan Fina seraya melepaskan
cengkaman pada tangan Luth.
Dia
berpaling dan berlalu pergi. Bersama
alunan rambut ikal keperangan yang beralun.
Luth lepas nafas. Dia angguk
sendiri. Akur. Bukan hak dia. Bukan milik dia. Lantas, rindu itu hadir lagi. Bersama sebak.
Mata
menatap cermin. Dibelek wajahnya. Tak sempurna.
Apa nak dikata, itu surat annya
dan dia tak kesal dan tak akan pernah kesal.
Airmata menitis setitis. Rindu
sarat menggebu.
Allah…
telapak tangan meraup wajah.
TANPA
bersarapan, Payed bergegas keluar.
Biarpun Puan Huda menjerit, dia sekadar angkat tangan dan melemparkan
kiss pada mummynya. Nak cepat. Nak tahu Luth datang pejabat ke tidak.
Sampai
di pejabat, Payed bergegas menuju ke bilik Palee. Diketuk beberapa kali. Lakonan.
Mata menjeling bilik kaca yang nyata gela p.
Eh, tak datang pulak ke? Dia
ketuk lagi bilik Palee.
“Encik Pa yed?” Anis menegur lembut. Dah pelik sangat bos ni ketuk bilik tiada
berpenghuni. “Encik
Pa lee tak balik lagi, kan ?”
Payed
berpaling dan menggaru kepala. Mengeluh
dan mengerutkan wajah tanpa terlupa.
“Yalah. I malam tadi tak balik
rumah. Lupa dia out-station dengan abah. Thanks Anis for reminding me.” Payed kenyit mata dan berlalu ke
biliknya.
Bibirnya
muncung bersiul senang. Luth tak mungkir
janji. Tapi, kesian pulak dekat
Luth. Semalam pengsan langsung. Hilang semangat terus. Harapnya hari ni semangat Luth kembali dan
dia akan terus seru semangat gadis itu tanpa henti.
Jarinya
mengetuk permukaan meja. Matanya tajam
menatap daun pintu. Rasa tak sabar. Bukan tak sabar dengan kehadiran calon baru
pembantu peribadinya tapi hendak melihat Luth.
Setelah beberapa kali peristiwa dia hampir menakluki bibir dan jasad
Luth, dia makin tak keruan.
Ditanya
pada hati – cintakah? Hati menafi
keras.
Disoal
pada akal – minda juga menafi.
Tegas.
Jam
berdetik. Kerja dilakukan seperti mana
yang abah arah. Amanah dijaga. Ini lebihnya dia. Tak pernah dia pecah amanah abah walaupun
disiplin hancur lebur. Jika perlu, dia
akan bermalam di pejabat dan saat itu pastilah ditemani gadis-gadis genit yang
terdedah sana - sini.
Buat
cuci mata agar tak mengantuk. Tapi, itu
dulu. Sekarang tak terdedah sudah cukup
untuk buat matanya terbuka lebar.
“Bos,
ini haa… calon PA bos.” Fail diletak di
depan Payed. “Pasal hal lepas tu, bos
marah lagi ke?”
Payed
tak pandang pada Anis langsung. Dia
sekadar merenung fail di depan. Bersedia
hendak melihat calonnya yang pernah ditolak oleh Palee sebab tertukar. Semua angkara minah depan dia ni.
“I
tak marahlah. Tapi, kesian dia. Tak masal kena reject oleh Palee. You pun,
Anis… macam manalah you buat kerja.” Dia
menggeleng kesal. Cuai!
Anis
senyum segan. Lega. “Sorrylah,
bos. Salah saya. Janji lepas ni lebih peka. Lagipun diorang tu…”
“Assalamulaikum…”
Suara
Anis mati. Dia tak jadi nak berkata-kata
bila Luth muncul dan mendekati mereka berdua.
Tersenyum tipis. Nampak lemah.
“Saya
menganggu ke?”
Payed
senyum dan menggeleng. Ditatap sekilas
wajah pucat Luth sebelum kembali tunduk.
Anis juga senyum pada Luth.
“Cik
sampai on-time. Kita nak buat dekat bilik meeting ke atau dekat sini aje
bos?” soal Anis. Dia dah siapkan bilik mesyuarat.
“Sini
ajelah. I malas nak berjalan,” balas
Payed memberi alasan.
Anis
angguk. Sekali lagi senyuman
dilemparkan. “Saya sediakan minuman,”
ujar Anis dan terus berlalu.
“Saya
mengangguk ke?” soal Luth sebaik saja
Anis menghilang.
Payed
geleng sekali lagi. “Sit…”
Arahan.
“Pukul
berapa nak mula?” Punggung bertemu
kerusi.
“10 o’clock.” Suara
Pa yed dingin. Luth kerut kening.
Pelik
ni. Tapi, tak apalah. Dia lebih suka Payed sebegini dingin daripada
panas memanjang.
“Okey…” Luth menjawab ringkas.
Dia
tunduk memandang planner di atas
riba. Dibelek muka surat pertama. Terpampang gambar sama yang ada di bawah
bantal. Perlahan-lahan, diluar sedar –
senyuman terukir.
Tanpa
dia sedari, tingkahnya diperhati oleh mata Payed. Membuatkan jiwa lelaki itu bergelodak kasar. Pasang.
Dia senyum pada apalah tu? Rasa
ingin tahu Payed membuak-buak. Kacak
sangat ke? Hati Pa yed
menggeleng sendiri. Geram dah ni. Nak aje dia minta tengok tapi melampau sangat
pulak.
“Luth!” Kasar.
Fail tak jadi dibelek. Ditolak
depan Luth. “Awak tengok candidate ni.” Payed langsung bangkit dan berlalu ke sofa
putih. Eh, putih? Sama bilik Luth. Hati dia gela k nakal.
Tubuh
dihempas. Penat. Dipejam mata seketika dan bila kelopak mata
terangkat, wajah Luth ada di depan mata.
“Kita
nak temuduga dekat sini aje ke?”
Payed
angguk malas. Mata dilari ke arah
lain. Tak boleh selalu approach. Nanti lari makin jauh. Biarlah dia jadi patung andai rama-rama ini
sudi hinggapi dia, setelah menganggap dia kayu mati.
Okeylah. Apa saja.
Janji dia tunaikan janji. Tangan
Luth ringan hendak membelek fail kuning tersebut tapi niatnya terbantut. Tak jadi kulit fail diangkat.
“Semalam
tu…” Payed tukar haluan renungan. Tepat memandang Luth. “Are
you okay?”
Sekuntum
senyum terukir pada bibir Luth yang sedikit pucat. Tipis tapi cukup membuatkan dada Payed
bergelora. Tapi, wajahnya tenang. Bagai tiada perasaan.
Luth
tahu, ayah yang cakap pada dia. Payed
yang hantar dia dan dia sekali lagi salah menduga tentang Payed. Jika benar Payed bern iat jahat Payed mampu. Sebab dia benar-benar tak sedarkan diri. Tapi ,
Pa yed hantar dia balik dengan
selamat. Tapi, untuk terus percaya pada
lelaki seperti Payed, bukanlah dia.
Jarak yang jauh perlu dikekalkan.
Kerana mereka sangat rapat.
“Terima
kasih hantar saya balik dengan selamat,” ucap Luth tenang.
Payed
telan liur sendiri. Kering terasa
rengkung. Naik juling mata bila Luth
ucap terima kasih. Kalaulah Luth tahu. Dia hampir…
“Err… sama-sama.” Langsung tiada senyuman. “Awak nampa k
tak sihat hari ni?”
“Encik Pa yed pun nampa k tak sihat,” sela
Luth pantas.
Payed
lepaskan tawa kecil dan menggeleng. Rasa
berbunga hati bila Luth cakap macam tu.
Tak tahulah kenapa.
“Semalam
kena hujan ke?”
Apa
yang pasti, dia suka panggil Luth dengan nama Fiya. Kedengaran lembut dan dia suka tatap wajah
keliru Luth saat nama itu bergema.
“Tak
apa. Dan hal semalam tu, saya harap Encik Pa yed
lupakan. Jujurnya…” Rasanya inilah waktu sesuai untuk berbicara
tentang apa yang dirasa. Angin
masing-masing tengah tenang. “Boleh tak
saya nak cakap satu hal sebelum kita mulakan temuduga?”
Kaku
Payed seketika bila Luth berlembut begini.
Kan
senang kalau daripada awal begini, tak sinis.
Ini tidak – tercabar aje dia dibuat Luth.
“Boleh
aje. Saya dengar…” Segaris senyuman terukir. Jari-jemari kasar bersulam sesama
sendiri. Tubuh sedikit membongkok ke
depan. Nampak alis Luth yang lebat tapi
tak lentik. Hidung yang sederhana
mancung. Anak mata hitam yang
besar. Mata putih yang sedikit
kemerahan. Bibir tipis yang sedikit kekeringan.
Dia
ketap bibir. Andai mampu dia
basahkah. Gila. Aku gila!
Payed maki diri sendiri dalam hati.
“Apa awak nak cakap tu?”
“Ehem…”
Luth membetulkan kotak suara.
Inilah masanya. “Saya kerja dekat
sini dah nak masuk sebulan. Ya, saya
tersalah jawatan pada mulanya. Milik
Encik Payed pada asalnya tapi beralih jadi milik Encik Palee seperti mana saya
selayaknya. Cuma, jujur saya mengaku,
saya jadi tak selesa dengan keadaan kita.
Bukan sekali malah berkali-kali.
Saya tahu, Encik Pa yed bergurau…”
Atau
sungguh. Hati Luth menyambung.
“Tapi,
saya nak kita lupakan semuanya. Saya nak
selesa kerja dekat sini. Encik Pa yed
pun mesti rasa perkara sama. Nak-nak lepas
ni, Encik Pa yed
dah ada pembantu jadinya, tak ada sebab lagi Encik Pa yed
cari saya kalau tak betul-betul perlukan pertolongan.” Kata-kata Luth terhenti seketika.
Dia
mencari sinar mata Payed buat seketika.
Marah ke tidak? Dia pun tak dapat
nak duga. Malas nak renung mata anak
lelaki oran g
lama-lama. Buat zina mata aje. Dia pun manusia biasa yang ada rasa. Lebih baik elak kalau tak mampu hadap.
“Demi
Allah, saya datang sini cuma nak cari rezeki.
Nak kerja. Bela diri
sendiri. Satu aje saya mohon, jangan
bina rasa serba-salah antara kita. Encik Pa yed bos dan saya
pekerja tapi saya kerja dengan Encik
Pa lee. Saya tahu, saya menurut perintah tapi tentang
apa yang dah pernah jadi antara kita, harapnya tak berlaku lagi. Saya maafkan Encik Pa yed
dan saya pun minta maaf andai kewujudan saya ni…”
“Macam
air laut,” sambung Payed tenang setelah lama membiarkan Luth berbicara
lebar. “Seperti air laut. Makin saya teguk, makin saya dahaga.”
Luth
terdiam. Bibirnya bergetar dan bibir
Payed tersenyum. Namun, tidaklah nampa k jahat seperti
sebelum ni.
“Makin
saya…”
“May I coming?”
Dan,
Luth kaku.
~~> bersambung
RM says : Bab 1 dah edit sikit. Thanks pd yg perasan ada sikit kesilapan. Tajuk juga bertukar. Sebab? Tajuk yg kedua dah ada e-novel. Tak elok pakai orang punya biarpun tak sengaja. Terima kasih pd yg sudi bagitahu. Tajuk pertama tu takut org tak faham melankolianya sesebuah cerita. So, inilah tajuk. Tak tukar dah. Cinta Yang Kucari dan cinta apakah yang kita cari untuk diri sendiri? Cinta itu fitrah. Cinta itu anugerah. Salam Jumaat barakah. May Allah bless :)
huhuhu...akhirnya..ada jgk entri...sgt teruja nk tahu kisah selanjutnya...thanks RM
ReplyDelete👍👍👍👍
ReplyDeletelagi dan lagi akak...best..
ReplyDeletethanks RM...setiap jam ku jenguk blok ni...akhirnyer...ade jga buah tangan dr cik writer... :)
ReplyDeleteCinta yang hilang... huhu
ReplyDeleteku pun mencari nih.. huhu
XoXo -FH-
Payed pulak tergamam.. Wajah yg hampir sama dgn luth muncul.. Tp ada suatu yg membezakan mereka...
ReplyDeleteCinta Yang ku cari ok juga...
ReplyDeletetapi memang bestttt...
erk!! x kn lpas nie fina nk berebut payed pulak..
ReplyDeleteApa pun tajuk nya...jalan cerita tetap terbaik.....DAEBAK RM....
ReplyDeletethnks RM....making berdebar rasanya.....
ReplyDeleteAt last...ada jgk en3 br stlh bkali2 buka blog ni..best sgt !! Tq so much RM.. eii x suka nnt fina keje skali ngan Luth..
ReplyDeletethanks akak..sama jugak baca novel ni makin haus, macam minum air laut...kekekekeee
ReplyDeletesama la...RM mmg slalu bikin pbaca smkn HAUS!!!!
Deletemesti adiknya yg dtg utk ditemuduga..yg pasti aura kasanova siPayed tu ..bolehkah.. dia menundukkan kakaknya si Fina tu..
ReplyDeleteOhhhh... nak meletup jantung..
ReplyDeleteLuth trkaku..agaknya payed terkedu x tgok wajah yg sama
ReplyDeletePayed dah mula cemburu. Khuatir sangat Luth dimangsakan perasaanya nanti. Lee bila nak balik.
ReplyDeleteFina la tu..
ReplyDeleteLuth kaku..why ??? Dan Payed pn tkaku jgk kot sbb tngok c fina yg agak seksi klu nk d bnding dgn Luth...
ReplyDeletePayed jgn hire Fina.
ReplyDeleteRM....cpt smbung lg plz...plzzzzz...
ReplyDeleteGud one RM...looking fwd to tis..he he he..and more!
ReplyDelete