Friday, January 10, 2014

Cinta Yang Kucari 17

TELINGA terasa ketat dengan jeritan.  Luth angkat kelopak mata.  Lepas Subuh tadi, dia kembali lelap sebelum bangkit untuk ke tempat kerja.  Hari ni hari penting.  Dia kena temuduga personal assistant baru untuk Payed. 

Tak nak buat, dah janji.  Badan rasa tak sihat pun, digagahkan juga.  Dia memang lemah semangat sejak akhir-akhir ini.  sekeping gambar di bawah bantal ditarik.  Ya dia mengaku dia memang kolot simpan gambar bawah bantal.  Kerana dia selalu dimomokkan kalau letak gambar orang yang dirindu bawah bantal, kita akan mimpi indah dengan dia.  Dan, dia tahu itu sekadar omongan kosong.  Tapi, tabiat – payah nak ubah.  Biarlah.  Hati dia tenang begitu. 
Kepala dipicit.  Masih sakit.  Dia tak ingat apa jadi semalam.  Seingat Luth, dia hampir pitam dan Payed sambar lengannya.  Dia masuk dalam kereta dan sedar-sedar aje, ada mama menemani dia tidur semalam. 
Kaki menjejak lantai.  Sejuk.  Baru hendak bangkit, sekali lagi suara jeritan berdentum.  Luth pandang ke pintu yang dah terkuak lebar. 
“Eh, Luth.  Kau ni saja susahkan mama, kan?  Manja sangat.  Nak pengsan bagai sampai mama kena teman…”  Fina menyembur.  Berapi-api. 
Sakit hati dia.  Semalam mama dengan ayah kemain tak hirau kalau dia nak keluar.  Sebabnya, nak bagi Luth rehat dengan tenang.  Memang tak akan pernah tenang selagi mereka tinggal sebumbung. 
“Kau ni kenapa, Fina?”  Dia malaslah nak melayan.  Jam didinding dah bergerak ke angka tujuh.  Kejap lagi dah nak masuk kerja.  Mata Luth terangkat merenung Fina sekali lalu.  “Daripada kau jerit kat sini, baik kau pergi bersiap.  Kau ada temuduga, kan?”  Luth mengingatkan. 
Dia tahu, kalau Fina bersiap makan jam. 
Fina pandang jam.  Dia mengeruh keras.  Sakit hati dia.  Berlagak nak mati lepas dapat kerja ni. 
“Eh, kau cakap kau nak pindah rumah?  Bila?”  soal Fina. 
Luth sekadar angguk.  “So soon…”  Bila tu tak pasti tapi kalau macam inilah halnya, baik secepat mungkin.  “Tunggu aku dapat gaji,” putus Luth separuh yakin.  Kalau itulah yang mampu buat mama dan ayah berasa damai tanpa pertelingkahan antara dia dan kakaknya.
Luth bangkit dan melangkah lemah.  Tuala ditarik mahu masuk ke bilik air.  Tapi, belum sempat dia masuk lengannya dilelar oleh Fina.  Kasar. 
“Kau dah kenapa, Fina?”  Kasar.  Dia dah letih nak buat baik.  Tak larat dah.  Dekat pejabat Payed suka tarik tangan.  Dekat rumah Fina. 
Orang dalam dunia ni tak reti nak berlembut ke dengan dia.  Tak pernah ada melainkan Palee seorang aje setakat ni tolak mama dan abah.  Dan juga Aunty Huda.  Serta Encik Bakri. 
“Aku tak nak kau susahkan mama lagi!”  tekan Fina seraya melepaskan cengkaman pada tangan Luth. 
Dia berpaling dan berlalu pergi.  Bersama alunan rambut ikal keperangan yang beralun.  Luth lepas nafas.  Dia angguk sendiri.  Akur.  Bukan hak dia.  Bukan milik dia.  Lantas, rindu itu hadir lagi.  Bersama sebak. 
Mata menatap cermin.  Dibelek wajahnya.  Tak sempurna.  Apa nak dikata, itu suratannya dan dia tak kesal dan tak akan pernah kesal.  Airmata menitis setitis.  Rindu sarat menggebu. 
Allah… telapak tangan meraup wajah. 




TANPA bersarapan, Payed bergegas keluar.  Biarpun Puan Huda menjerit, dia sekadar angkat tangan dan melemparkan kiss pada mummynya.  Nak cepat.  Nak tahu Luth datang pejabat ke tidak. 
Sampai di pejabat, Payed bergegas menuju ke bilik Palee.  Diketuk beberapa kali.  Lakonan.  Mata menjeling bilik kaca yang nyata gelap.  Eh, tak datang pulak ke?  Dia ketuk lagi bilik Palee. 
Encik Payed?”  Anis menegur lembut.  Dah pelik sangat bos ni ketuk bilik tiada berpenghuni.  “Encik Palee tak balik lagi, kan?” 
Payed berpaling dan menggaru kepala.  Mengeluh dan mengerutkan wajah tanpa terlupa.  “Yalah.  I malam tadi tak balik rumah.  Lupa dia out-station dengan abah.  Thanks Anis for reminding me.”  Payed kenyit mata dan berlalu ke biliknya. 
Bibirnya muncung bersiul senang.  Luth tak mungkir janji.  Tapi, kesian pulak dekat Luth.  Semalam pengsan langsung.  Hilang semangat terus.  Harapnya hari ni semangat Luth kembali dan dia akan terus seru semangat gadis itu tanpa henti. 
Jarinya mengetuk permukaan meja.  Matanya tajam menatap daun pintu.  Rasa tak sabar.  Bukan tak sabar dengan kehadiran calon baru pembantu peribadinya tapi hendak melihat Luth.  Setelah beberapa kali peristiwa dia hampir menakluki bibir dan jasad Luth, dia makin tak keruan. 
Ditanya pada hati – cintakah?  Hati menafi keras. 
Disoal pada akal – minda juga menafi.  Tegas. 
Diutara pada diri – keseronokan yang dicari.  Bibirnya senyum.  Ya, target.  Setidak-tidaknya buat semangat dia nak datang pejabat. 
Jam berdetik.  Kerja dilakukan seperti mana yang abah arah.  Amanah dijaga.  Ini lebihnya dia.  Tak pernah dia pecah amanah abah walaupun disiplin hancur lebur.  Jika perlu, dia akan bermalam di pejabat dan saat itu pastilah ditemani gadis-gadis genit yang terdedah sana-sini. 
Buat cuci mata agar tak mengantuk.  Tapi, itu dulu.  Sekarang tak terdedah sudah cukup untuk buat matanya terbuka lebar.
Mata Payed hampir terkatup.  Mengantuk.  Letih kesan dukung Luth semalam.  Nampak aje kurus tapi berat juga.  Tak ingat Encik Luthfi ada sama masa tu, dia pasti melompat naik atas katil bercadarkan warna putih itu. 
Saat Payed hampir terlena, daun pintu diketuk.  Tubuhnya kembali tegak.  Direnung pintu yang sedang terkuak.  Wajah Anis muncul bersama sebuah fail.  Tersenyum dan mendekati mejanya.
“Bos, ini haa… calon PA bos.”  Fail diletak di depan Payed.  “Pasal hal lepas tu, bos marah lagi ke?” 
Payed tak pandang pada Anis langsung.  Dia sekadar merenung fail di depan.  Bersedia hendak melihat calonnya yang pernah ditolak oleh Palee sebab tertukar.  Semua angkara minah depan dia ni. 
“I tak marahlah.  Tapi, kesian dia.  Tak masal kena reject oleh Palee.  You pun, Anis… macam manalah you buat kerja.”  Dia menggeleng kesal.  Cuai!
Anis senyum segan.  Lega.  “Sorrylah, bos.  Salah saya.  Janji lepas ni lebih peka.  Lagipun diorang tu…”
“Assalamulaikum…” 
Suara Anis mati.  Dia tak jadi nak berkata-kata bila Luth muncul dan mendekati mereka berdua.  Tersenyum tipis.  Nampak lemah. 
“Saya menganggu ke?” 
Payed senyum dan menggeleng.  Ditatap sekilas wajah pucat Luth sebelum kembali tunduk.  Anis juga senyum pada Luth. 
“Cik sampai on-time.  Kita nak buat dekat bilik meeting ke atau dekat sini aje bos?”  soal Anis.  Dia dah siapkan bilik mesyuarat. 
“Sini ajelah.  I malas nak berjalan,” balas Payed memberi alasan. 
Anis angguk.  Sekali lagi senyuman dilemparkan.  “Saya sediakan minuman,” ujar Anis dan terus berlalu. 
“Saya mengangguk ke?”  soal Luth sebaik saja Anis menghilang.
Payed geleng sekali lagi.  “Sit…”  Arahan. 
“Pukul berapa nak mula?”  Punggung bertemu kerusi. 
10 o’clock.”  Suara Payed dingin.  Luth kerut kening.
Pelik ni.  Tapi, tak apalah.  Dia lebih suka Payed sebegini dingin daripada panas memanjang. 
“Okey…”  Luth menjawab ringkas. 
Dia tunduk memandang planner di atas riba.  Dibelek muka surat pertama.  Terpampang gambar sama yang ada di bawah bantal.  Perlahan-lahan, diluar sedar – senyuman terukir. 
Tanpa dia sedari, tingkahnya diperhati oleh mata Payed.  Membuatkan jiwa lelaki itu bergelodak kasar.  Pasang.  Dia senyum pada apalah tu?  Rasa ingin tahu Payed membuak-buak.  Kacak sangat ke?  Hati Payed menggeleng sendiri.  Geram dah ni.  Nak aje dia minta tengok tapi melampau sangat pulak. 
“Luth!”  Kasar.  Fail tak jadi dibelek.  Ditolak depan Luth.  “Awak tengok candidate ni.”  Payed langsung bangkit dan berlalu ke sofa putih.  Eh, putih?  Sama bilik Luth.  Hati dia gelak nakal. 
Tubuh dihempas.  Penat.  Dipejam mata seketika dan bila kelopak mata terangkat, wajah Luth ada di depan mata. 
“Kita nak temuduga dekat sini aje ke?” 
Payed angguk malas.  Mata dilari ke arah lain.  Tak boleh selalu approach.  Nanti lari makin jauh.  Biarlah dia jadi patung andai rama-rama ini sudi hinggapi dia, setelah menganggap dia kayu mati.
Okeylah.  Apa saja.  Janji dia tunaikan janji.  Tangan Luth ringan hendak membelek fail kuning tersebut tapi niatnya terbantut.  Tak jadi kulit fail diangkat. 
“Semalam tu…”  Payed tukar haluan renungan.  Tepat memandang Luth.  “Are you okay?” 
Sekuntum senyum terukir pada bibir Luth yang sedikit pucat.  Tipis tapi cukup membuatkan dada Payed bergelora.  Tapi, wajahnya tenang.  Bagai tiada perasaan. 
Luth tahu, ayah yang cakap pada dia.  Payed yang hantar dia dan dia sekali lagi salah menduga tentang Payed.  Jika benar Payed berniat jahat Payed mampu.  Sebab dia benar-benar tak sedarkan diri.  Tapi, Payed hantar dia balik dengan selamat.  Tapi, untuk terus percaya pada lelaki seperti Payed, bukanlah dia.  Jarak yang jauh perlu dikekalkan.  Kerana mereka sangat rapat. 
“Terima kasih hantar saya balik dengan selamat,” ucap Luth tenang. 
Payed telan liur sendiri.  Kering terasa rengkung.  Naik juling mata bila Luth ucap terima kasih.  Kalaulah Luth tahu.  Dia hampir…
Err… sama-sama.”  Langsung tiada senyuman.  “Awak nampak tak sihat hari ni?” 
Encik Payed pun nampak tak sihat,” sela Luth pantas. 
Payed lepaskan tawa kecil dan menggeleng.  Rasa berbunga hati bila Luth cakap macam tu.  Tak tahulah kenapa. 
“Semalam kena hujan ke?” 
Kepala Payed jatuh mengiyakan soalan Luth.  “Kita sama-sama kena hujan…”  Dia terus tunduk membelek majalah Times.  Buat-buat tak hadap nak tengok muka Luth selalu.  “Dan minta maaf panggil awak dengan nama tu biarpun dah janji tak nak panggil lepas awak sudi tolong saya,” ucap Payed antara ikhlas dan tidak. 
Apa yang pasti, dia suka panggil Luth dengan nama Fiya.  Kedengaran lembut dan dia suka tatap wajah keliru Luth saat nama itu bergema. 
“Tak apa.  Dan hal semalam tu, saya harap Encik Payed lupakan.  Jujurnya…”  Rasanya inilah waktu sesuai untuk berbicara tentang apa yang dirasa.  Angin masing-masing tengah tenang.  “Boleh tak saya nak cakap satu hal sebelum kita mulakan temuduga?” 
Kaku Payed seketika bila Luth berlembut begini.  Kan senang kalau daripada awal begini, tak sinis.  Ini tidak – tercabar aje dia dibuat Luth. 
“Boleh aje.  Saya dengar…”  Segaris senyuman terukir.  Jari-jemari kasar bersulam sesama sendiri.  Tubuh sedikit membongkok ke depan.  Nampak alis Luth yang lebat tapi tak lentik.  Hidung yang sederhana mancung.  Anak mata hitam yang besar.  Mata putih yang sedikit kemerahan.  Bibir tipis  yang sedikit kekeringan. 
Dia ketap bibir.  Andai mampu dia basahkah.  Gila.  Aku gila!  Payed maki diri sendiri dalam hati.  “Apa awak nak cakap tu?” 
Ehem…”  Luth membetulkan kotak suara.  Inilah masanya.  “Saya kerja dekat sini dah nak masuk sebulan.  Ya, saya tersalah jawatan pada mulanya.  Milik Encik Payed pada asalnya tapi beralih jadi milik Encik Palee seperti mana saya selayaknya.  Cuma, jujur saya mengaku, saya jadi tak selesa dengan keadaan kita.  Bukan sekali malah berkali-kali.  Saya tahu, Encik Payed bergurau…” 
Atau sungguh.  Hati Luth menyambung. 
“Tapi, saya nak kita lupakan semuanya.  Saya nak selesa kerja dekat sini.  Encik Payed pun mesti rasa perkara sama.  Nak-nak lepas ni, Encik Payed dah ada pembantu jadinya, tak ada sebab lagi Encik Payed cari saya kalau tak betul-betul perlukan pertolongan.”  Kata-kata Luth terhenti seketika. 
Dia mencari sinar mata Payed buat seketika.  Marah ke tidak?  Dia pun tak dapat nak duga.  Malas nak renung mata anak lelaki orang lama-lama.  Buat zina mata aje.  Dia pun manusia biasa yang ada rasa.  Lebih baik elak kalau tak mampu hadap. 
“Demi Allah, saya datang sini cuma nak cari rezeki.  Nak kerja.  Bela diri sendiri.  Satu aje saya mohon, jangan bina rasa serba-salah antara kita.  Encik Payed bos dan saya pekerja tapi saya kerja dengan Encik Palee.  Saya tahu, saya menurut perintah tapi tentang apa yang dah pernah jadi antara kita, harapnya tak berlaku lagi.  Saya maafkan Encik Payed dan saya pun minta maaf andai kewujudan saya ni…”
“Macam air laut,” sambung Payed tenang setelah lama membiarkan Luth berbicara lebar.  “Seperti air laut.  Makin saya teguk, makin saya dahaga.” 
Luth terdiam.  Bibirnya bergetar dan bibir Payed tersenyum.  Namun, tidaklah nampak jahat seperti sebelum ni. 
“Makin saya…” 
“May I coming?” 
Suara Payed mati.  Tumpuan Luth beralih.  Mereka sama-sama berpaling ke kiri.  Mencari pintu yang sedang terkuak. 

Dan, Luth kaku.

~~> bersambung

RM says :  Bab 1 dah edit sikit.  Thanks pd yg perasan ada sikit kesilapan.  Tajuk juga bertukar.  Sebab?  Tajuk yg kedua dah ada e-novel.  Tak elok pakai orang punya biarpun tak sengaja.  Terima kasih pd yg sudi bagitahu.  Tajuk pertama tu takut org tak faham melankolianya sesebuah cerita.  So, inilah tajuk.  Tak tukar dah.  Cinta Yang Kucari dan cinta apakah yang kita cari untuk diri sendiri?  Cinta itu fitrah.  Cinta itu anugerah.  Salam Jumaat barakah.  May Allah bless :)

22 comments:

  1. huhuhu...akhirnya..ada jgk entri...sgt teruja nk tahu kisah selanjutnya...thanks RM

    ReplyDelete
  2. lagi dan lagi akak...best..

    ReplyDelete
  3. thanks RM...setiap jam ku jenguk blok ni...akhirnyer...ade jga buah tangan dr cik writer... :)

    ReplyDelete
  4. Cinta yang hilang... huhu
    ku pun mencari nih.. huhu

    XoXo -FH-

    ReplyDelete
  5. Payed pulak tergamam.. Wajah yg hampir sama dgn luth muncul.. Tp ada suatu yg membezakan mereka...

    ReplyDelete
  6. Cinta Yang ku cari ok juga...
    tapi memang bestttt...

    ReplyDelete
  7. erk!! x kn lpas nie fina nk berebut payed pulak..

    ReplyDelete
  8. Apa pun tajuk nya...jalan cerita tetap terbaik.....DAEBAK RM....

    ReplyDelete
  9. thnks RM....making berdebar rasanya.....

    ReplyDelete
  10. At last...ada jgk en3 br stlh bkali2 buka blog ni..best sgt !! Tq so much RM.. eii x suka nnt fina keje skali ngan Luth..

    ReplyDelete
  11. thanks akak..sama jugak baca novel ni makin haus, macam minum air laut...kekekekeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la...RM mmg slalu bikin pbaca smkn HAUS!!!!

      Delete
  12. mesti adiknya yg dtg utk ditemuduga..yg pasti aura kasanova siPayed tu ..bolehkah.. dia menundukkan kakaknya si Fina tu..

    ReplyDelete
  13. Ohhhh... nak meletup jantung..

    ReplyDelete
  14. Luth trkaku..agaknya payed terkedu x tgok wajah yg sama

    ReplyDelete
  15. Payed dah mula cemburu. Khuatir sangat Luth dimangsakan perasaanya nanti. Lee bila nak balik.

    ReplyDelete
  16. Luth kaku..why ??? Dan Payed pn tkaku jgk kot sbb tngok c fina yg agak seksi klu nk d bnding dgn Luth...

    ReplyDelete
  17. RM....cpt smbung lg plz...plzzzzz...

    ReplyDelete
  18. Gud one RM...looking fwd to tis..he he he..and more!

    ReplyDelete