BAHU
Encik Ahmad Fuad ditepuk. Dia tergelak
tapi tawar. Niat diutarakan. Andai benar seperti yang telah isterinya
beritahu dan jika benar dijamin bahagia buat puteri yang tercinta, Encik Luthfi
rela menyerahkannya. Jika niat Luth
berpindah itu masih ada, dia rela tapi biarlah ke teratak dan berbumbungkan
kasih sayang dua oran g
sahabat lama dia dan isteri.
“Luth
tu istimewa sangat, Ad. Aku takut Payed
tak boleh terima?”
“Eh,
siapa cakap untuk Payed?” Encik Ahmad
Fuad ketawa galak. Encik Luthfi
bingung.
Dia
salah dengar ke? Tak silap dia isterinya
cakap untuk Payed. Puan Huda pinangkan
untuk Payed. Entah, dia pun dah
lupa. Kepala yang sudah nampa k beruban digaru seketika.
“Bukan
untuk Payed ke?”
“Payed
tu ikut perangai aku masa muda, Fi. Aku
kenal sangat.” Bicaranya mati. Tak sanggup nak ungkit kisah zaman
jahiliah.
Kifarah
yang diterima, dia bahagia dan berubah demi Allah dan kerana cinta pada isteri
tersayang tapi kini Payed mengulangi sejarah lalu. Payed tak sedar sebab sedang gembira tapi
satu hari, bayangan dosa itu akan menghimpit tak lepas sesaat pun dan dia tak
gila nak biarkan Luth menderita kerana Encik Fuad kenal kedua-dua anaknya.
“Aku
tak kata dia tak boleh berubah tapi aku takut nak sampai masa berubah tu, Luth
menderita…” Tawanya bertukar
hambar. Tak tahulah mana lucunya.
Birai
cawan dibawa ke bibir. Memerhati air
terjun yang cantik pancutan airnya.
Tapi, hati tak tenang. Dia pun
tak tahu kenapa dia boleh buat keputusan macam ni sedangkan isterinya dah
terang terentang bagi tahu, untuk Payed.
“Tapi,
daripada aku tengok cara Payed hantar Luth tu…”
Bicara Encik Luthfi mati.
Kepalanya teringat akan sikap ambil berat Payed pada Luth.
Malam
tu, nak balik pun tak lepas pandang Luth.
Siap berpesan lagi, jika Luth sedar bagitahu. Nampak risau benar.
“Kau
tak kenal anak aku sorang tu, Fi. Dia
liar sikit…” Ya ke sikit? Rasanya banyak. “Jadinya, pada aku biarlah wanita baik untuk
lelaki baik. Luth tu baik dan dia layak
dapat lelaki baik untuk jaga dia kalau betul kau sudi anak kau jadi menantu
aku, Fi,” sambung Encik Ahmad Fuad lemah.
Tahu
dek Huda, mengamuk. Tak apalah. Tak kan
demi kehendak sendiri, nak sakitkan anak dara oran g. Lagipun, jadi menantu mereka juga. Cuma berlainan anak. Tak ada salah.
“Kalau
itu kata kau dan Huda tak kisah, aku dengan Laila ikutkan aje. Bila-bila kau rasa sedia, kau datanglah rumah
aku. Nan ti
aku bagitahu Luth dulu. Insya-ALLAH, kalau Palee dia akan suka,” ujar Encik
Luthfi yakin.
Yakin
sepenuhnya. Biarlah Luth menjadi hak oran g. Luth berhak bahagia dan dia akan sentiasa
menyayangi Luth. Tinggal hendak
membentuk Fina ajelah lagi.
“Okeylah
kalau gitu. Haa… yang Luthfina tu macam mana?”
Encik Fuad tiba-tiba teringatkan Fina.
“Boleh ke jodohkan dengan Payed?”
Soalan ikut suka hati. Kotlah
kata nak dipadankan dua beradik itu, dia sudi aje.
Lepas
tawa Encik Luthfi. Dia menggeleng. Menolak dalam diam. “Kau pun tak kenal anak aku yang seorang ni
macam mana, Ad…”
Dahi
Encik Ahmad Fuad berkerut. “Macam Pa yed ke apa?”
Encik
Luthfi sekadar diam tak menjawab. Cawan
kopi pekat itu diangkat dan didekatkan ke bibir. Disisip perlahan.
Kalau
sungguh dengan Palee, dia benar-benar syukur.
Andai kata dengan Payed pun, dia tetap akan syukur. Jika itulah sebaik-baik ketentuan.
TERKETAR-KETAR
tangan Luth membelek fail di tangan biarpun sudah terang lagi bersuluh wajah
yang ada di depan mata. Sejak tadi, dia
tertunduk. Tak berani nak angkat
kepala. Dia yakin, Payed dah tahu semua
ni. Dia tahu Payed dah tahu. Dan, tak salah Payed juga dalam hal ni.
Perlahan-lahan
Luth angkat kepala. Wajah calon pembantu
peribadi Payed dipandang tenang.
“Shall we start?”
Payed
di sebelah uk ir
senyum tipis menjeling saat Luth bertanya begitu setelah beberapa ketika
mendiamkan diri. Namun, pandangannya
dicuri oleh gadis cantik di depan mata.
Kira Luth kalah saat ni! Dia suka
oran g curi
pandang pada gadis di depan mata seperti mata Luth sedang mencuri jeling pada
mereka berdua sekarang. Dia suka!
Rasanya
baru kejap tadi hampir jadi saint
tapi sekarang jadi setan balik.
“Shall we?” Sekali lagi Luth menyoal bila melihatkan dua oran g ini bermain
mata.
Fina
memandang Luth. Dia tak sangka pun akan
kerja sama dengan Luth. Selama ni tak
pernah ambil tahu tapi nyata, Luth tak pernah lepas daripada tangan dia. Bibir merah Fina herot dengan senyuman
sedikit keji. Dia angguk.
Duduknya
tegak. Kaki sedikit condong ke
kiri. Sopan. Tertib dan pastinya seksi.
“Okey,
mula-mula beritahu secara general
tentang diri, cik?” Sedaya-upaya, Luth cuba
profesional. Mana boleh terbawa oleh
perasaan.
“Saya
Luthfina binti Luthfi. Dah dua tahun graduate…”
“Kenapa
baru sekarang cari kerja? Atau sebelum
ni dah pernah kerja?” Payed
menyampuk. Laju.
Mata
Fina beralih pada Payed. “I buat
kerja-kerja modelling, part-time. Saja cari pengalaman lain dulu sebelum
betul-betul kerja dalam bidang I,” jawab Fina.
Luth
telan liur. Langsung tak dikerling Payed
di sisi. Payed terangguk-angguk sambil
mengusap bekas janggutnya. Sesekali
diramas rambut belakang yang dah panjang.
Disentuh kolar baju yang dikancing rapi.
“Okey,
Luth. Carry on,” arah Payed separuh berbisik.
Kepala
Luth jatuh. “Okey, Cik Fina. Seperti yang awak sedia maklum, tugas sebagai
seorang Personal Assistant ni tak
tentu masa. Ada waktu kena ikut waktu kerja bos. Boleh jadi awak kena stay-back…”
“Saya
sanggup,” jawab Fina belum sempat Luth habiskan ayat. “Out-station
pun saya okey. Saya janji beri
komitmen 100 peratus.”
Keluhan
tipis keluar daripada celah bibir Luth.
Dia tahu Fina dan Payed sedang bermain mata dan dia tak kisah semua itu
jika Fina tiada kaitan dengannya. Dan,
layakkah dia hendak ambil kisah? Itu
persoalannya.
Dan
rasanya, tak payah ditanya pelbagai soalan.
Dia sendiri pun tak reti nak menjadi penemuduga. Tak pernah.
Bidang terjun aje. Atas arahan
yang pasti.
“Okey,
kalau macam tu boleh Cik Fina tunggu dekat luar kejap?”
Fina
pandang Payed dan bila Payed mengedipkan mata meminta dia mengikut arahan Luth,
dia akur. Langkah diatur kemas menuju ke
pintu dan sebaik saja susuk tubuh langsing Fina hilang di balik pintu, Payed
dan Luth bertentangan mata.
“Rasanya
tak ada apa lagi yang boleh saya tanya.
Dia boleh buat kerja dan Encik Pa yed sendiri rasanya boleh tanya apa saja soalan yang Encik Pa yed
rasa releven dengan tugas dia.” Luth
bangkit. Fail kuning tersebut diletak
cermat.
Dia
tunduk melihat pada Payed yang melangut tinggi.
Tak ada tanda hendak bangkit.
Dalam kepala masih terngiang kata-kata Payed sebelum Fina muncul. Rasanya
Pa yed dah temui air suam untuk
redakan dahaga.
“Saya
dah tunaikan janji saya. Dan saya harap Encik Pa yed
hormat permintaan kecil saya tu lepas ni…”
Sekali lagi senyuman terukir tapi kali
ini hambar dan tawar.
Bukan
kerana Payed tapi kerana Fina. Tak salah
Fina tapi hidup dia yang terasa sedikit bercahaya itu kian suram bila Fina
membentengi. Di rumah dan pejabat, Fina
dan Payed - dua-dua oran g
yang meresahkan jiwa.
“Saya
keluar dulu. Nanti saya minta Cik Fina
masuk jumpa Encik Payed sendiri.” Luth
nak melangkah sebelum suara Payed menghentikan langkahnya.
“Luth…” Dia bangkit menyeluk poket seluar. “I know,
she’s your sister…” Ya, dia baru
tahu. Baru aje tahu bila melihat pada
wajah dan teringat akan alasan Anis dulu.
Juga nama. Luthfina,
Luthfiya.
“I know you knew…” Senyum.
Payed
menggeleng beberapa kali. Luth nampak
dah salah faham. Dia bukan tahu sebelum
ni. Apa yang pasti, dia nampak hubungan
Luth dan Fina tak berapa okey.
“Saya
baru tahu ni,” ujar Payed. Entah apa
maksud tersirat. Moga Luth tak salah
faham? Moga Luth tak rasa ini semua
rancangan dia? Tak... tak.... dia tak
tahu apa-apa sebelum ni. Kalau tahu pun,
mungkin Palee. Damn! Palee tak bagitahu
pun.
“Sebenarnya
saya baru tahu…” Ergh… kenapa aku cakap macam ni?
Apa aku harapkan? Hati Pa yed mendongkol gera m dengan kata-kata sendiri apabila nampa k Luth sekadar tenang tak memberi
sebarang reaksi.
“It’s okay. No heart or hard feeling…” Apa lagi mampu dia katakan. Dia bukan pemilik syarikat peru nding
ni. Dia hanya kuli. Sementara rezeki di sini.
“Hope you don’t mind…”
“Sure. Sure…” Masih tawar senyumannya.
Payed
mendekati Luth. “Thank you…” Direnung penuh
minat wajah yang nampa k
sekecil tapak tangan itu. Dia maksudkan. Dia mahu memaknakan ucapan terima kasih atas
pertolongan dan pertimbangan Luth.
“My pleasure…”
“Dan
kalau awak jadi air biasa, tak jadi air laut untuk saya boleh?” Kening Payed naik.
Biarpun
ada yang mengganti, tapi dia tahu tak mudah nak lepaskan bayangan Luth pergi
setelah beberapa kali dia ‘bergurau’ dengan Luth. Bergurau kata Luth. Bergurau sampai hampir dia heret Luth ke
bilik hotel. Bergurau hingga dia hampir
membaham tubuh Luth. Bergurau hingga dia
tak lepas renung Luth dengan penuh rasa gelora.
Dan, biarlah Luth tetap anggap itu gurauan. Dia tak mahu Luth membenci dia. Entah kenapa rasa itu timbul dalam diri. Biarlah tak punyai jawapan kalau menyakitkan
kepala.
“Saya
tak faham apa yang Encik Payed cuba
cakap ni. Kalau boleh jangan guna bahasa
orang seni, supaya saya mudah faham.”
Suasana
hening lima
saat. Payed raup wajah. Third
eye kiss yang dia berikan pada Luth tergambar. Dia kena lupakan. Luth baik untuk dia buat macam-macam. Biarlah dia belek balik koleksi teman yang dia
ada. Lagi hot daripada Luth sebenarnya.
Apa nak dihairankan.
“Jadi
air biasa yang boleh hilangkan dahaga saya,” usul Payed.
Senyuman
sinis tergaris di hujung bibir merah merekah milik Luth. Matanya merenung tepat pada anak mata hitam
Payed seraya menggeleng beberapa kali. “Kalau
dahaga, saya boleh buatkan air tapi saya bukan perempuan penghilang dahaga
lelaki seperti Encik Payed. Saya…” Telapak tangan Luth naik melekap pada dada
sendiri. “…wanita yang ditakdirkan
menjadi penghilang dahaga suami saya…”
Luth
tak naïf. Dia tak bendul untuk tafsir
ayat Payed. Tak, memang tak. Saja dia nak Payed comes clean. Tapi, kata-kata
Payed tetap berliku.
“Yang
dalam planner awak tu? Sampai awak setiap masa cakap rindu?”
Dengan
yakin, Luth angguk. “Dia yang saya
rindu, saya sayang dan saya cinta.
Selamanya…” Senyuman manis
terukir.
Rasanya
semua dah dibetulkan. Mana kusut sudah
dileraikan. Dia yakin Payed akan
menjauhi dia.
Dan
Payed, terpukul keras! Rahangnya hampir
patah.
BARU
saja daun pintu dirapatkan, Luth ditegur Fina.
Fina yang cantik dan seksi. Fina
yang sempurna segalanya.
“Tak
sangka kau kerja dekat sini. Aku pun tak
pernah nak tanya mama dengan ayah kau
kerja dekat mana…”
“Aku
pun tak pernah rasa nak ambil tahu kat mana kau ada, Fina. Tak pernah…”
Luth senyum sinis. Dia dah letih
dipermainkan oleh kakak seperti Fina. Sedarah
sedaging, tapi Fina layan dia lebih daripada musuh.
Munculnya
Fina di bawah satu bumbung kali ini, membuatkan Luth yakin yang dia perlu
berpindah. Kalau dia mampu, dia mahu
pindah kerja juga.
“Aku
harap kau kerja dengan baik, Fina. Dan,
mohon jangan ganggu aku sekalipun kau benci aku. Aku janji tak akan lalu depan kau atau depan
bos kau…” Luth berlalu lemah. Cuba mencari semangat yang
hilang.
Fina
jongket kening. Rasa syak sesuatu. Macam ada sesuatu yang dah terjadi antara
Luth dan bos barunya. Dia tak tahu. Tapi, daripada apa yang Luth katakan, dia dah
berjaya dapatkan kerja tu. Bibir merah
Fina tersungging dengan senyuman tipis.
Diketuk pintu bilik Payed beberapa kali sebelum menden gar suara lelaki itu menyuruhkan masuk.
“Oh,
baru nak minta Anis panggil. Come, sit,” pelawa Payed seraya bangkit
duduk di meja kerjanya. Wajah Luth
dipandang. Sekilas, memang iras
Luth. Padanlah Anis pernah tertukar tapi
melampau sangat sebab Fina ni tak bertudung.
Memandang dengan kaki ke apa Anis ni.
Rasa marah tiba-tiba bila ingat alasan Anis dan Palee yang sembunyikan
hakikat.
“I rasa
you dah jelas dengan kerja you sebagai PA I.
I harap you boleh ikut masa kerja I dan lagi satu, I tahu Luth adik
you. You okey ke kerja bawah satu
bumbung dengan adik-beradik?”
Soalan
itu untuk diri sendiri sebenarnya. Dia
tak berapa nak selesa kerja dengan Palee tapi itulah. Amanah abah.
Tak sampai hati hendak bantah.
Lagipun, dia baru dapat khabar, kawan-kawan baik dia semua dah touched-down tanah Malaysia . Ingat nak kerja dengan kawan-kawan. Buka bisnes sendiri tapi kesian abah dan
Palee nanti.
“Err…
dia bahagian lain, kan ?”
Dia
suka pandang Fina. Biarpun dia suka
renung Luth tapi rasanya Fina lagi luas pandangannya. Rambut, seluruh wajah, kening yang tipis
terandam asli. Tak macam Luth. Payah nak nampa k.
Fina murah dengan senyuman tapi Luth, lokek sungguh.
“Err… what should I call you?” Fina mencantas pandangan Payed padanya. Berdebar rasa bila direnung begitu.
“Encik Pa yed,
of course. Kalau dekat luar, atau tak ada oran g… Payed pun dah
okey…” Mata dikenyitkan. Payed bangkit dan mendekati Fina yang masih tegak duduk. Sengaja dia bertenggek di sisi Fina.
Dekat.
Gelodak
rasa seorang lelaki muncul lagi. Wajah
dan bayangan Luth menjauh pergi.
Setidak-tidaknya yang mengganti juga cantik. Malah lagi berseri. Yang pasti sama darah.
“Tempat
you nanti, you tanya Anis. Dia dah
siapkan. Nanti apa-apa hal I akan
panggil. For now, you relaks-relaks dulu.
Kenal-kenal oran g. Staff kita tak ramai mana. Dalam sepuluh oran g aje.
I tak nak bebankan you memandangkan I terus minta you masuk kerja. You pergi HR ur uskan apa yang patut. Apa-apa hal, I ada dekat bilik ni. Lunch
nanti, kita keluar sama kalau you tak keberatan…” Panjang
Pa yed bersuara.
Profesional. Biarpun ada jelingan gatal, tapi nada suara
terjaga. Macho.
“Jelas,
kan ?” soal Payed bila Fina tak berganjak.
Fina
bangkit dan mengangguk. Tubuhnya agak
dekat dengan Payed dan dia nampa k
mata Payed jatuh tepat ke tengah dadanya.
“I
harap you okey kerja dengan adik-beradik you,” pesan Payed lagi bila dia sedar
yang Fina tak jawab pun soalan dia tadi.
“Sure, Encik Payed. I’m fine.” Sengih Fina melebar dan dia juga yakin, Luth
tak kan buat
perangai. “I keluar dulu…” Langkah diatur kemas. Sebaik saja Fina merapatkan daun pintu, Payed
kembali ke sofa.
Dihempas
tubuh kasar ke atas sofa. Fikiran dia
berkecamuk. Betul ke dia buat keputusan
ni? Hari tu Luth pun, serta-merta dia
suruh masuk kerja. Fina pun sama tapi
dia harap hubungan Luth dan Fina dan seperti hubungan dia dan Palee. Antara dia dan Palee, Palee lebih mendominasi.
Matanya
dipejam rapat. Cuba mencari bayangan Fina yang
baru ditemui tapi kenapa wajah gadis di beranda yang menerpa. Payed buka mata. Mahu ditampar diri sendiri tapi tak jadi bila
telefon bimbitnya menjerit.
“Yed!”
Bingit
telinga dengar jeritan tu. Payed amati
suara di hujung talian. Lama-lama dia
senyum.
“Setan kau. Bila sampai?”
soal Payed. Salah seorang partner-in-crime dan sekarang masih juga
sama.
“Aku
baru sampai dinihari tadi. Jumpa
jom…”
Payed gela k. “Boleh-boleh.
Tapi, malam esok. Hari ni aku busy gila.”
“Beres.
So, we need at least a rose among the torns. What say you?” Tawa pemanggil terkekek-kekek. Masih tak berubah. Payed menggeleng seketika tapi mengangguk
sendiri kemudiannya.
“Aku
bawa PA aku kalau dia free…” Talian mati.
Payed pandang telefon lama.
Perangai lama datang lagi.
Argh…
simpan ajelah stok macam Luth tu. Dia
tak hadap pun. Segala bayangan
diluputkan serta-merta.
Ookaay...makin interesting! Still thk that Fiya is meant for Payed though. Opposites attract theory..he he..
ReplyDeleteThx for tis n3, RM ;)
Yuppp....pengubat rindu pd payed n fiya....thanx rm....
ReplyDeleteTak hadap konon...we'll see
ReplyDeleteTak hadap konon...we'll see
ReplyDeleteSian luth...tpaksa hadap fina kat opis n rumah skali. Dgn payed lg...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteEii bnci c payed ni..gatal miang elok sgt la padankn dgn c gedik seksi fina tu...
ReplyDeletewalaupun luth & fina kembar seiras (seiras kah?) ... tapi kata hati lain-lain kan? mengaku pulak payed yang palee lebih dominan iyer. BTW Ms. Rehan, cinta yang kucari dah aktif d sambung, but what about Bisakah? rindu nya kat Ziyad & Teratai Nur ... last entry, Ogos 2013, i guess, bila nak sambung nih? rindu serindu rindu nya hehehehe.
ReplyDeletecian kat luth. kena hadap dgn fina kat umh n opih. for the sake, sy rasa baik luth pindah. utk elak mslh berlaku.
ReplyDeletesis biar payed dengan fina n luth dengan palee tau.. hehe
ReplyDeleteMenyampah nye ngn payed…oh gosh rase cam nak sepak..cepat la luth ngn palee bia dia jeles..
ReplyDeleteHaah kan...
DeleteAt last ada jgk en3 br..asyik buka blog RM ni hari2..tq so much RM
ReplyDeleteSy dh x sabar sgt2 nk tnggu en3 Luth d pinang Palee...nk tau jeles ke x c Payed tu..RM lmbt lg ke...
ReplyDeletepayed, jual mahal kau!
ReplyDeleteTq RM. Arghhhh rasa macam missing something bila payed tak dengan luth. Apakah itu
ReplyDeletei love the flow!!! team palee-fiya...
ReplyDeleteceit..rasanya ..Payed tetap payed kan..nafsu buasnya mmg tak dapat dimati kan..apa perasaan dia..bila dia tahu Palee akan disatukan ngan Luth..
ReplyDeletesatu hri nanti...mesti menyesal ko payed...
ReplyDeleteSaya lebih suka kalau payed digandingkan ngan luth.. look perfect
ReplyDeleteYe ke..ntah ape yg perfect nya...klu dh perangai miang yg mampus tu..
Deleteentah knp rasa writer jahat....heheheh..x baik tau kak RM dera perasaan sy mcm ni... :(
ReplyDeleteRM, baru trima TTDA. Tak sempat abis baca lagi. Sibuk dgn tugasan. Thumb up. Sempat baca ending dulu. Hehehe
ReplyDeleteKesian Luth..kt rmh dgn fina..office fina lagi..apa yg fina tak puas hati dfn luth..mana luth pya penyelamat ni...
ReplyDeleteKesian Luth..kt rmh dgn fina..office fina lagi..apa yg fina tak puas hati dfn luth..mana luth pya penyelamat ni...
ReplyDeletesemoga Luth lebih tabah.... biarlah papa cakap Luth dgn Palee yg nak bertunang bagi Payed panas sikit.... hehehe...
ReplyDeletekalau Payed berubah dgn bersungguh-sungguh dan dgn hati yang ikhlas tentu Luth boleh terima....
biarlah palee ngan luth..biar padan ngan muka payed..ingatkan semua perempuan ni barang ke...geramnya...
ReplyDeletePayed tu x jahat
ReplyDeleteNakal ckit je...
Btl x Rm....
He...he....
Kalo orang mcm payed ni berubah
ReplyDeleteMsti dia akn jd orang y plg baik nntinya
Cme cpt @lmbt je dia berubah....
Btl x rm
Payed ngn fiya....
ReplyDeletePlz......