Saturday, January 18, 2014

Cinta Yang Kucari 18

BAHU Encik Ahmad Fuad ditepuk.  Dia tergelak tapi tawar.  Niat diutarakan.  Andai benar seperti yang telah isterinya beritahu dan jika benar dijamin bahagia buat puteri yang tercinta, Encik Luthfi rela menyerahkannya.  Jika niat Luth berpindah itu masih ada, dia rela tapi biarlah ke teratak dan berbumbungkan kasih sayang dua orang sahabat lama dia dan isteri.

“Luth tu istimewa sangat, Ad.  Aku takut Payed tak boleh terima?” 
“Eh, siapa cakap untuk Payed?”  Encik Ahmad Fuad ketawa galak.  Encik Luthfi bingung. 
Dia salah dengar ke?  Tak silap dia isterinya cakap untuk Payed.  Puan Huda pinangkan untuk Payed.  Entah, dia pun dah lupa.  Kepala yang sudah nampak beruban digaru seketika.
“Bukan untuk Payed ke?” 
“Payed tu ikut perangai aku masa muda, Fi.  Aku kenal sangat.”  Bicaranya mati.  Tak sanggup nak ungkit kisah zaman jahiliah. 
Kifarah yang diterima, dia bahagia dan berubah demi Allah dan kerana cinta pada isteri tersayang tapi kini Payed mengulangi sejarah lalu.  Payed tak sedar sebab sedang gembira tapi satu hari, bayangan dosa itu akan menghimpit tak lepas sesaat pun dan dia tak gila nak biarkan Luth menderita kerana Encik Fuad kenal kedua-dua anaknya. 
“Aku tak kata dia tak boleh berubah tapi aku takut nak sampai masa berubah tu, Luth menderita…”  Tawanya bertukar hambar.  Tak tahulah mana lucunya. 
Birai cawan dibawa ke bibir.  Memerhati air terjun yang cantik pancutan airnya.  Tapi, hati tak tenang.  Dia pun tak tahu kenapa dia boleh buat keputusan macam ni sedangkan isterinya dah terang terentang bagi tahu, untuk Payed. 
“Tapi, daripada aku tengok cara Payed hantar Luth tu…”  Bicara Encik Luthfi mati.  Kepalanya teringat akan sikap ambil berat Payed pada Luth.
Malam tu, nak balik pun tak lepas pandang Luth.  Siap berpesan lagi, jika Luth sedar bagitahu.  Nampak risau benar. 
“Kau tak kenal anak aku sorang tu, Fi.  Dia liar sikit…”  Ya ke sikit?  Rasanya banyak.  “Jadinya, pada aku biarlah wanita baik untuk lelaki baik.  Luth tu baik dan dia layak dapat lelaki baik untuk jaga dia kalau betul kau sudi anak kau jadi menantu aku, Fi,” sambung Encik Ahmad Fuad lemah. 
Tahu dek Huda, mengamuk.  Tak apalah.  Tak kan demi kehendak sendiri, nak sakitkan anak dara orang.  Lagipun, jadi menantu mereka juga.  Cuma berlainan anak.  Tak ada salah.
“Kalau itu kata kau dan Huda tak kisah, aku dengan Laila ikutkan aje.  Bila-bila kau rasa sedia, kau datanglah rumah aku.  Nanti aku bagitahu Luth dulu. Insya-ALLAH, kalau Palee dia akan suka,” ujar Encik Luthfi yakin.
Yakin sepenuhnya.  Biarlah Luth menjadi hak orang.  Luth berhak bahagia dan dia akan sentiasa menyayangi Luth.  Tinggal hendak membentuk Fina ajelah lagi. 
“Okeylah kalau gitu.  Haa… yang Luthfina tu macam mana?”  Encik Fuad tiba-tiba teringatkan Fina.  “Boleh ke jodohkan dengan Payed?”  Soalan ikut suka hati.  Kotlah kata nak dipadankan dua beradik itu, dia sudi aje. 
Lepas tawa Encik Luthfi.  Dia menggeleng.  Menolak dalam diam.  “Kau pun tak kenal anak aku yang seorang ni macam mana, Ad…”
Dahi Encik Ahmad Fuad berkerut.  “Macam Payed ke apa?” 
Encik Luthfi sekadar diam tak menjawab.  Cawan kopi pekat itu diangkat dan didekatkan ke bibir.  Disisip perlahan. 
Kalau sungguh dengan Palee, dia benar-benar syukur.  Andai kata dengan Payed pun, dia tetap akan syukur.  Jika itulah sebaik-baik ketentuan. 



TERKETAR-KETAR tangan Luth membelek fail di tangan biarpun sudah terang lagi bersuluh wajah yang ada di depan mata.  Sejak tadi, dia tertunduk.  Tak berani nak angkat kepala.  Dia yakin, Payed dah tahu semua ni.  Dia tahu Payed dah tahu.  Dan, tak salah Payed juga dalam hal ni. 
Perlahan-lahan Luth angkat kepala.  Wajah calon pembantu peribadi Payed dipandang tenang. 
“Shall we start?” 
Payed di sebelah ukir senyum tipis menjeling saat Luth bertanya begitu setelah beberapa ketika mendiamkan diri.  Namun, pandangannya dicuri oleh gadis cantik di depan mata.  Kira Luth kalah saat ni!  Dia suka orang curi pandang pada gadis di depan mata seperti mata Luth sedang mencuri jeling pada mereka berdua sekarang.  Dia suka! 
Rasanya baru kejap tadi hampir jadi saint tapi sekarang jadi setan balik. 
“Shall we?”  Sekali lagi Luth menyoal bila melihatkan dua orang ini bermain mata. 
Fina memandang Luth.  Dia tak sangka pun akan kerja sama dengan Luth.  Selama ni tak pernah ambil tahu tapi nyata, Luth tak pernah lepas daripada tangan dia.  Bibir merah Fina herot dengan senyuman sedikit keji.  Dia angguk. 
Duduknya tegak.  Kaki sedikit condong ke kiri.  Sopan.  Tertib dan pastinya seksi. 
“Okey, mula-mula beritahu secara general tentang diri, cik?”  Sedaya-upaya, Luth cuba profesional.  Mana boleh terbawa oleh perasaan. 
“Saya Luthfina binti Luthfi.  Dah dua tahun graduate…”
“Kenapa baru sekarang cari kerja?  Atau sebelum ni dah pernah kerja?”  Payed menyampuk.  Laju. 
Mata Fina beralih pada Payed.  “I buat kerja-kerja modelling, part-time.  Saja cari pengalaman lain dulu sebelum betul-betul kerja dalam bidang I,” jawab Fina. 
Luth telan liur.  Langsung tak dikerling Payed di sisi.  Payed terangguk-angguk sambil mengusap bekas janggutnya.  Sesekali diramas rambut belakang yang dah panjang.  Disentuh kolar baju yang dikancing rapi. 
“Okey, Luth.  Carry on,” arah Payed separuh berbisik.
Kepala Luth jatuh.  “Okey, Cik Fina.  Seperti yang awak sedia maklum, tugas sebagai seorang Personal Assistant ni tak tentu masa.  Ada waktu kena ikut waktu kerja bos.  Boleh jadi awak kena stay-back…”
“Saya sanggup,” jawab Fina belum sempat Luth habiskan ayat.  “Out-station pun saya okey.  Saya janji beri komitmen 100 peratus.”
Keluhan tipis keluar daripada celah bibir Luth.  Dia tahu Fina dan Payed sedang bermain mata dan dia tak kisah semua itu jika Fina tiada kaitan dengannya.  Dan, layakkah dia hendak ambil kisah?  Itu persoalannya. 
Dan rasanya, tak payah ditanya pelbagai soalan.  Dia sendiri pun tak reti nak menjadi penemuduga.  Tak pernah.  Bidang terjun aje.  Atas arahan yang pasti. 
“Okey, kalau macam tu boleh Cik Fina tunggu dekat luar kejap?” 
Fina pandang Payed dan bila Payed mengedipkan mata meminta dia mengikut arahan Luth, dia akur.  Langkah diatur kemas menuju ke pintu dan sebaik saja susuk tubuh langsing Fina hilang di balik pintu, Payed dan Luth bertentangan mata. 
Tangan Payed naik pada belakang sofa.  Sebelah lutut juga.  Luth mengesot sedikit.  Nafas diatur tenang. 
“Rasanya tak ada apa lagi yang boleh saya tanya.  Dia boleh buat kerja dan Encik Payed sendiri rasanya boleh tanya apa saja soalan yang Encik Payed rasa releven dengan tugas dia.”  Luth bangkit.  Fail kuning tersebut diletak cermat. 
Dia tunduk melihat pada Payed yang melangut tinggi.  Tak ada tanda hendak bangkit.  Dalam kepala masih terngiang kata-kata Payed sebelum Fina muncul.  Rasanya Payed dah temui air suam untuk redakan dahaga. 
“Saya dah tunaikan janji saya.  Dan saya harap Encik Payed hormat permintaan kecil saya tu lepas ni…”  Sekali lagi senyuman terukir tapi kali  ini hambar dan tawar. 
Bukan kerana Payed tapi kerana Fina.  Tak salah Fina tapi hidup dia yang terasa sedikit bercahaya itu kian suram bila Fina membentengi.  Di rumah dan pejabat, Fina dan Payed - dua-dua orang yang meresahkan jiwa. 
“Saya keluar dulu.  Nanti saya minta Cik Fina masuk jumpa Encik Payed sendiri.”  Luth nak melangkah sebelum suara Payed menghentikan langkahnya. 
“Luth…”  Dia bangkit menyeluk poket seluar.  “I know, she’s your sister…”  Ya, dia baru tahu.  Baru aje tahu bila melihat pada wajah dan teringat akan alasan Anis dulu.  Juga nama.  Luthfina, Luthfiya. 
I know you knew…”  Senyum. 
Payed menggeleng beberapa kali.  Luth nampak dah salah faham.  Dia bukan tahu sebelum ni.  Apa yang pasti, dia nampak hubungan Luth dan Fina tak berapa okey. 
“Saya baru tahu ni,” ujar Payed.  Entah apa maksud tersirat.  Moga Luth tak salah faham?  Moga Luth tak rasa ini semua rancangan dia?  Tak... tak.... dia tak tahu apa-apa sebelum ni.  Kalau tahu pun, mungkin Palee.  Damn!  Palee tak bagitahu pun. 
“Sebenarnya saya baru tahu…”  Ergh… kenapa aku cakap macam ni?  Apa aku harapkan?  Hati Payed mendongkol geram dengan kata-kata sendiri apabila nampak Luth sekadar tenang tak memberi sebarang reaksi. 
“It’s okay.  No heart or hard feeling…”  Apa lagi mampu dia katakan.  Dia bukan pemilik syarikat perunding ni.  Dia hanya kuli.  Sementara rezeki di sini.   
Hope you don’t mind…”
“Sure.  Sure…”  Masih tawar senyumannya. 
Payed mendekati Luth.  “Thank you…”  Direnung penuh minat wajah yang nampak sekecil tapak tangan itu.  Dia maksudkan.  Dia mahu memaknakan ucapan terima kasih atas pertolongan dan pertimbangan Luth. 
“My pleasure…”
“Dan kalau awak jadi air biasa, tak jadi air laut untuk saya boleh?”  Kening Payed naik. 
Biarpun ada yang mengganti, tapi dia tahu tak mudah nak lepaskan bayangan Luth pergi setelah beberapa kali dia ‘bergurau’ dengan Luth.  Bergurau kata Luth.  Bergurau sampai hampir dia heret Luth ke bilik hotel.  Bergurau hingga dia hampir membaham tubuh Luth.  Bergurau hingga dia tak lepas renung Luth dengan penuh rasa gelora.  Dan, biarlah Luth tetap anggap itu gurauan.  Dia tak mahu Luth membenci dia.  Entah kenapa rasa itu timbul dalam diri.  Biarlah tak punyai jawapan kalau menyakitkan kepala. 
“Saya tak faham apa yang Encik Payed cuba cakap ni.  Kalau boleh jangan guna bahasa orang seni, supaya saya mudah faham.” 
Suasana hening lima saat.  Payed raup wajah.  Third eye kiss yang dia berikan pada Luth tergambar.  Dia kena lupakan.  Luth baik untuk dia buat macam-macam.  Biarlah dia belek balik koleksi teman yang dia ada.  Lagi hot daripada Luth sebenarnya.  Apa nak dihairankan.
“Jadi air biasa yang boleh hilangkan dahaga saya,” usul Payed. 
Senyuman sinis tergaris di hujung bibir merah merekah milik Luth.  Matanya merenung tepat pada anak mata hitam Payed seraya menggeleng beberapa kali.  “Kalau dahaga, saya boleh buatkan air tapi saya bukan perempuan penghilang dahaga lelaki seperti Encik Payed.  Saya…”  Telapak tangan Luth naik melekap pada dada sendiri.  “…wanita yang ditakdirkan menjadi penghilang dahaga suami saya…” 
Luth tak naïf.  Dia tak bendul untuk tafsir ayat Payed.  Tak, memang tak.  Saja dia nak Payed comes clean.  Tapi, kata-kata Payed tetap berliku. 
“Yang dalam planner awak tu?  Sampai awak setiap masa cakap rindu?” 
Dengan yakin, Luth angguk.  “Dia yang saya rindu, saya sayang dan saya cinta.  Selamanya…”  Senyuman manis terukir. 
Rasanya semua dah dibetulkan.  Mana kusut sudah dileraikan.  Dia yakin Payed akan menjauhi dia. 
Dan Payed, terpukul keras!  Rahangnya hampir patah.



BARU saja daun pintu dirapatkan, Luth ditegur Fina.  Fina yang cantik dan seksi.  Fina yang sempurna segalanya. 
“Tak sangka kau kerja dekat sini.  Aku pun tak pernah nak tanya mama dengan ayah kau  kerja dekat mana…”
“Aku pun tak pernah rasa nak ambil tahu kat mana kau ada, Fina.  Tak pernah…”  Luth senyum sinis.  Dia dah letih dipermainkan oleh kakak seperti Fina.  Sedarah sedaging, tapi Fina layan dia lebih daripada musuh.
Munculnya Fina di bawah satu bumbung kali ini, membuatkan Luth yakin yang dia perlu berpindah.  Kalau dia mampu, dia mahu pindah kerja juga.
“Aku harap kau kerja dengan baik, Fina.  Dan, mohon jangan ganggu aku sekalipun kau benci aku.  Aku janji tak akan lalu depan kau atau depan bos kau…”  Luth berlalu lemah.  Cuba mencari semangat yang hilang. 
Fina jongket kening.  Rasa syak sesuatu.  Macam ada sesuatu yang dah terjadi antara Luth dan bos barunya.  Dia tak tahu.  Tapi, daripada apa yang Luth katakan, dia dah berjaya dapatkan kerja tu.  Bibir merah Fina tersungging dengan senyuman tipis.  Diketuk pintu bilik Payed beberapa kali sebelum mendengar suara lelaki itu menyuruhkan masuk.
“Oh, baru nak minta Anis panggil.  Come, sit,” pelawa Payed seraya bangkit duduk di meja kerjanya.  Wajah Luth dipandang.  Sekilas, memang iras Luth.  Padanlah Anis pernah tertukar tapi melampau sangat sebab Fina ni tak bertudung.  Memandang dengan kaki ke apa Anis ni.  Rasa marah tiba-tiba bila ingat alasan Anis dan Palee yang sembunyikan hakikat. 
Bibir Payed senyum tipis.  Fina duduk meneliti wajah Payed.  Hati dia rasa berbunga.  Rasa macam impian jadi nyata tapi kenapa mesti ada Luth di sini? 
“I rasa you dah jelas dengan kerja you sebagai PA I.  I harap you boleh ikut masa kerja I dan lagi satu, I tahu Luth adik you.  You okey ke kerja bawah satu bumbung dengan adik-beradik?” 
Soalan itu untuk diri sendiri sebenarnya.  Dia tak berapa nak selesa kerja dengan Palee tapi itulah.  Amanah abah.  Tak sampai hati hendak bantah.  Lagipun, dia baru dapat khabar, kawan-kawan baik dia semua dah touched-down tanah Malaysia.  Ingat nak kerja dengan kawan-kawan.  Buka bisnes sendiri tapi kesian abah dan Palee nanti. 
“Err… dia bahagian lain, kan?” 
Kepala Payed jatuh.  “As you know, she’s an accountant.  She works for my brother - Palee.  And you, work for me.  Payed…”  Sengih Payed kian melebar. 
Dia suka pandang Fina.  Biarpun dia suka renung Luth tapi rasanya Fina lagi luas pandangannya.  Rambut, seluruh wajah, kening yang tipis terandam asli.  Tak macam Luth.  Payah nak nampak.  Fina murah dengan senyuman tapi Luth, lokek sungguh.
Err… what should I call you?”  Fina mencantas pandangan Payed padanya.  Berdebar rasa bila direnung begitu. 
Encik Payed, of course.  Kalau dekat luar, atau tak ada orang… Payed pun dah okey…”  Mata dikenyitkan.  Payed bangkit dan mendekati Fina  yang masih tegak duduk.  Sengaja dia bertenggek di sisi Fina. 
Dekat. 
Gelodak rasa seorang lelaki muncul lagi.  Wajah dan bayangan Luth menjauh pergi.  Setidak-tidaknya yang mengganti juga cantik.  Malah lagi berseri.  Yang pasti sama darah.
“Tempat you nanti, you tanya Anis.  Dia dah siapkan.  Nanti apa-apa hal I akan panggil.  For now, you relaks-relaks dulu.  Kenal-kenal orang.  Staff kita tak ramai mana.  Dalam sepuluh orang aje.  I tak nak bebankan you memandangkan I terus minta you masuk kerja.  You pergi HR uruskan apa yang patut.  Apa-apa hal, I ada dekat bilik ni.  Lunch nanti, kita keluar sama kalau you tak keberatan…”  Panjang Payed bersuara. 
Profesional.  Biarpun ada jelingan gatal, tapi nada suara terjaga.  Macho
“Jelas, kan?”  soal Payed bila Fina tak berganjak. 
Fina bangkit dan mengangguk.  Tubuhnya agak dekat dengan Payed dan dia nampak mata Payed jatuh tepat ke tengah dadanya. 
“I harap you okey kerja dengan adik-beradik you,” pesan Payed lagi bila dia sedar yang Fina tak jawab pun soalan dia tadi. 
Sure, Encik Payed.  I’m fine.”  Sengih Fina melebar dan dia juga yakin, Luth tak kan buat perangai.  “I keluar dulu…”  Langkah diatur kemas.  Sebaik saja Fina merapatkan daun pintu, Payed kembali ke sofa. 
Dihempas tubuh kasar ke atas sofa.  Fikiran dia berkecamuk.  Betul ke dia buat keputusan ni?  Hari tu Luth pun, serta-merta dia suruh masuk kerja.  Fina pun sama tapi dia harap hubungan Luth dan Fina dan seperti hubungan dia dan Palee.  Antara dia dan Palee, Palee lebih mendominasi. 
Matanya dipejam rapat.  Cuba mencari bayangan Fina yang baru ditemui tapi kenapa wajah gadis di beranda yang menerpa.  Payed buka mata.  Mahu ditampar diri sendiri tapi tak jadi bila telefon bimbitnya menjerit. 
“Yed!”
Bingit telinga dengar jeritan tu.  Payed amati suara di hujung talian.  Lama-lama dia senyum. 
Setan kau.  Bila sampai?”  soal Payed.  Salah seorang partner-in-crime dan sekarang masih juga sama. 
“Aku baru sampai dinihari tadi.  Jumpa jom…” 
Payed gelak.  “Boleh-boleh.  Tapi, malam esok.  Hari ni aku busy gila.” 
Beres.  So, we need at least a rose among the torns.  What say you?”  Tawa pemanggil terkekek-kekek.  Masih tak berubah.  Payed menggeleng seketika tapi mengangguk sendiri kemudiannya.
“Aku bawa PA aku kalau dia free…”  Talian mati.  Payed pandang telefon lama.  Perangai lama datang lagi.  

Argh… simpan ajelah stok macam Luth tu.  Dia tak hadap pun.  Segala bayangan diluputkan serta-merta.  

30 comments:

  1. Ookaay...makin interesting! Still thk that Fiya is meant for Payed though. Opposites attract theory..he he..
    Thx for tis n3, RM ;)

    ReplyDelete
  2. Yuppp....pengubat rindu pd payed n fiya....thanx rm....

    ReplyDelete
  3. Sian luth...tpaksa hadap fina kat opis n rumah skali. Dgn payed lg...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Eii bnci c payed ni..gatal miang elok sgt la padankn dgn c gedik seksi fina tu...

    ReplyDelete
  6. walaupun luth & fina kembar seiras (seiras kah?) ... tapi kata hati lain-lain kan? mengaku pulak payed yang palee lebih dominan iyer. BTW Ms. Rehan, cinta yang kucari dah aktif d sambung, but what about Bisakah? rindu nya kat Ziyad & Teratai Nur ... last entry, Ogos 2013, i guess, bila nak sambung nih? rindu serindu rindu nya hehehehe.

    ReplyDelete
  7. cian kat luth. kena hadap dgn fina kat umh n opih. for the sake, sy rasa baik luth pindah. utk elak mslh berlaku.

    ReplyDelete
  8. sis biar payed dengan fina n luth dengan palee tau.. hehe

    ReplyDelete
  9. Menyampah nye ngn payed…oh gosh rase cam nak sepak..cepat la luth ngn palee bia dia jeles..

    ReplyDelete
  10. At last ada jgk en3 br..asyik buka blog RM ni hari2..tq so much RM

    ReplyDelete
  11. Sy dh x sabar sgt2 nk tnggu en3 Luth d pinang Palee...nk tau jeles ke x c Payed tu..RM lmbt lg ke...

    ReplyDelete
  12. Tq RM. Arghhhh rasa macam missing something bila payed tak dengan luth. Apakah itu

    ReplyDelete
  13. i love the flow!!! team palee-fiya...

    ReplyDelete
  14. ceit..rasanya ..Payed tetap payed kan..nafsu buasnya mmg tak dapat dimati kan..apa perasaan dia..bila dia tahu Palee akan disatukan ngan Luth..

    ReplyDelete
  15. satu hri nanti...mesti menyesal ko payed...

    ReplyDelete
  16. Saya lebih suka kalau payed digandingkan ngan luth.. look perfect

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke..ntah ape yg perfect nya...klu dh perangai miang yg mampus tu..

      Delete
  17. entah knp rasa writer jahat....heheheh..x baik tau kak RM dera perasaan sy mcm ni... :(

    ReplyDelete
  18. RM, baru trima TTDA. Tak sempat abis baca lagi. Sibuk dgn tugasan. Thumb up. Sempat baca ending dulu. Hehehe

    ReplyDelete
  19. Kesian Luth..kt rmh dgn fina..office fina lagi..apa yg fina tak puas hati dfn luth..mana luth pya penyelamat ni...

    ReplyDelete
  20. Kesian Luth..kt rmh dgn fina..office fina lagi..apa yg fina tak puas hati dfn luth..mana luth pya penyelamat ni...

    ReplyDelete
  21. semoga Luth lebih tabah.... biarlah papa cakap Luth dgn Palee yg nak bertunang bagi Payed panas sikit.... hehehe...
    kalau Payed berubah dgn bersungguh-sungguh dan dgn hati yang ikhlas tentu Luth boleh terima....

    ReplyDelete
  22. biarlah palee ngan luth..biar padan ngan muka payed..ingatkan semua perempuan ni barang ke...geramnya...

    ReplyDelete
  23. Payed tu x jahat
    Nakal ckit je...
    Btl x Rm....
    He...he....

    ReplyDelete
  24. Kalo orang mcm payed ni berubah
    Msti dia akn jd orang y plg baik nntinya
    Cme cpt @lmbt je dia berubah....
    Btl x rm

    ReplyDelete
  25. Payed ngn fiya....
    Plz......

    ReplyDelete