Wednesday, January 01, 2014

Cinta Yang Kucari 15

PAYAH juga tak ada kenderaan sendiri ni.  Rasanya, kalau tiga atau empat bulan lagi kerja dan dah tetap, dia nak ambil keretalah.  Biarpun ayah dan mama ada tawarkan kereta tapi dia tolak sopan.  Malas nak bercakar dengan Fina. 


Telefon masih melekap ke telinga.  “Ayah boleh tak jemput Luth hari ni?”  soal Luth perlahan dengan rasa bersalah.  Dalam hati tahu ayah kerja luar hari ni.  mana sempat nak redah masuk tengah kota  yang sesak macam sardin dalam tin ni. 
Keluhan Encik Luthfi menyapa telinganya.  “Kalau Luth boleh tunggu, ayah datang kejap lagi.  Ayah ada dekat Nilai ni.” 
Allah… Luth picit kepala.  Berdenyut dah ni.  bahana demam tempoh hari, masih terkesan sampai kini.  Di tambah pulak dengan perangai Payed, darah dia terasa mencanak naik. 
“Atau suruh mama jemput.  Mama keluar dengan Fina tu…” 
“Hah?”  Luth rasa nak tertanggal biji mata.  Mendengarkan nama Fina tu, rasanya sanggup dia pulang jalan kaki. 
“Kalau gitu, tak apalah, yah.  Luth cuba dapatkan teksi.  Hat-hati, yah.  Assalamulaikum…”  Talian mati. 
Luth pandang telefon bimbit.  Lama.  Dah mama dengan Fina pulak.  Ni mesti keluar beli pakaian nak pergi temuduga.  Dia menggeleng beberapa kali.  Tak apalah.  Dah nak buat macam mana.  Kena sabarlah tahan teksi. 
Tangan Luth melambai teksi tapi sayang, ada aje penumpang.  Hari dahlah nak hujan.  Sehari dua ni, langit mendung aje.  Macam tahu perasan dia.  Balik rumah tak tenang, di tempat kerja lagilah haru.  Entah mana dia mahu pergi.  Rasanya, dah sampai masa dia betul-betul tinggal sendiri.  Tak apalah, bertilamkan lantai, berbantalkan lengan.  Janji hati senang. 
Sebuah teksi lalu.  Masih lagi ada penumpang.  Luth ketap bibir.  Nak naik bas, tak ingat bas mana pulak lalu depan taman perumahan dia.  Dan, naik LRT jauh juga nak menapak. 
Baru nak labuhkan duduk setelah RapidKL berlalu daripada mata, hon kereta membingitkan telinga.  Sebuah Evolution biru berhenti tepat di depannya.  Luth cuba mengintai dan serentak itu cermin kereta diturunkan.
“Hari nak hujan ni.  Jom, saya tumpangkan...”  Sengih. 
Luth mengeluh.  Allah.  Dia ni lagi.  Letih dah.  Siang tadi dah satu hal makan dengan dia.  Kena marah siap.  Lepas tu siap nak cuba usik dia lagi.  Esok lusa nak kena tolong dia dalam temuduga pulak.  Luth menggeleng.  Menolak dalam diam. 
Selamba, Payed buka pintu dan turun daripada kereta lalu mendekati Luth.  Ada yang hon dan tak kurang yang menggeleng dengan sikap Payed.  Semedang aje parking kereta tepi jalan yang ada garisan kuning. 
Dia seperti biasa.  Tersengih dan angkat tangan tanpa minta maaf.  Berdiri tegak di depan Luth dengan lengan kemeja yang dah terlipat hingga ke siku.
Kan dah cakap tadi, tunggu saya...”  Diluah rasa tak puas hati.  Bukan lama pun dia berlari capai kunci kereta dan kunci bilik dia.  Sepuluh saat tak sampai tapi Luth dah lesap.  “Kenapa tak tunggu?”
“Saya nak cepat...”
“Sekarang cepat ke?”  Sinis dan penuh perasa pedas. 
Luth kerutkan kening, buat-buat macam Payed tak wujud.  Tak kisahlah cepat atau lambat, janji hati dia senang dan sekarang tak damai mana dah.  Kepala pun kembali berdenyut kesan demam tempoh hari.  Pun sebab mamat ni jugak. 
“Payah teksi masa ni, Luth.  Jom saya hantar,” ajak Payed.  Sekali lagi cuba tuah. 
“Eh, tak apa.”  Senyuman tawar terukir.  Menggeleng beberapa kali seraya bangkit hendak meninggalkan taxi/bus stand.  Tak betahlah dia nak ada di depan Payed.  Bila Payed merenung, rasa bagai dia ditelanjangi. 
“Nak pergi mana?”  Payed menapak selangkah mengikut pergerakan Luth.
“Balik...”
“Jalan kaki?”  soal Payed penuh sinis.
“Kenapa tak?  Kaki saya tak patah lagi...”
“Perlu ke saya patahkan kaki awak untuk buat awak izinkan saya hantar awak balik?  Hrmm?”  Kening lebat terangkat tinggi. 
Luth ketap gigi.  Geram. 
“Perlu ke?”  giat Payed.  Kening lebatnya terjongket tinggi.
Dengan perempuan jiwa dawai berduri macam Luth ni bukan boleh dibuat main.  Tak boleh nak pujuk rayu.  Tak makan pujuk.  Kalau jiwa ais batu senang.  Hangatkan sikit dah mula mencair.  Ini tidak. 
Dawai berduri.  Sekali terpegang, tercucuk – sakit!
“Perlu ke saya hentak kaki awak bagi patah, Luthfiya?”  sergah Payed bila Luth  hanya diam terkebil-kebil.
Wajah Luth pucat.  Dia terasa sedikit takut tapi nak mengalah, bukanlah dia.  Dia tahu orang seperti Payed jenis pantang dicabar.  Tapi, dia tak mencabar sesiapa pun.  Payed yang cabar diri sendiri gamaknya.
“Kalau awak rasa perlu dan kalau awak rasa dah sedia nak masuk jail?  Saya tak kisah...”  Luth senyum tipis. 
Nampak manis pada mata Payed tapi terasa pedih di hati dengan senyuman begitu.  Kalau dengan Palee, kemain senyumnya.
“Dan kalau awak rasa sanggup tengok saya meringkuk dalam penjara, tak ada salahnya...”  Payed melangkah ke arah kereta. 
Beberapa saat, dia kembali mendekati Luth dengan pengunci stereng besi yang digenggam kemas.  Diunjuk pada Luth. 
“Betul ni nak saya patahkan kaki awak?”  Kunci stereng disua ke kaki Luth.
“Betul ni Encik Payed dah sedia nak masuk penjara?”  Mencabar.  Tegas.  Langsung tak gentar. 
Heh... keluhan dilepaskan dalam dada.  Boleh tahan Luth permainkan dia dan dia pun tak gila nak hentak kaki anak dara orang.  Tak pasal masuk penjara.  Dia kalau nak dapatkan perempuan, bukan dengan cara kasar.  Dia akan memujuk dan sampai masa perempuan tu sendiri akan menyerah.  Setelah apa yang terjadi, perempuan itu yang akan kembali mencari.  Dia hanya perlu menanti. 
“Betul ni awak sanggup tengok saya meringkuk dalam penjara?”  soal Payed kembali.
Mata Luth menjeling tajam pada Payed yang nampak sedang tersenyum.  Dia tahu Payed bergurau.  Tapi, dia tak ada masa lah nak bergurau.  Dia letih dah.
“Saya nak balik.  Encik Payed hentak kaki sendiri.  Jangan libatkan saya.  Saya balik dulu.  Assalamualaikum...”  Luth hendak melintas jalan, nak tunggu teksi sebelah sana pulak.  Malas la ada Payed.  Tak jadi kerja.
“Fiya...” Payed menarik hujung selendang Luth.  Buatkan Luth hampir tertonggeng ke belakang. 
“Eh, apa ni?”  Suara Luth hampir meninggi.  Tapi, Payed langsung tak hiraukan riak Luth yang jelas marah. 
“Saya hantar....”  Suara Payed dah separuh merayu.  “Please...” 
“Jangan panggil saya dengan nama tu.”  Keras Luth memberi amaran. 
“Fiya, please...”  Payed tak hiraukan.
“Jangan sebut nama tu!”  Keras dan tegas.
“Marilah.  Saya hantar Fiya...”  Masih berdegil.
“Encik Payed, jangan sebut nama tu!”  Dia dah hampir nak menangis.  Hati dia semakin sarat dengan rindu. 
Tapi Payed... “Fiyaaaa....”  Keluhan dilepaskan dihujung suara yang menyeru nama Luth panjang. 
Bibir diketap kuat.  Luth bertahan moga airmata tak gugur.  Sungguh.  Dia angkat kelopak mata cuba merenung Payed.  Menghantar pandangan penuh kesal kerana Payed sengaja lukakan hatinya biarpun dia melarang tegas. 
“Kenapa?”  Sepatah Luth menyoal. 
Apa salah dia pada Payed.  Dia tak tahu.  Dia Cuma tahu Payed adalah anak kenalan mama dan ayah.  Dia tak tahu lebih.  Dia tahu Palee dan Tuan Bakri baik tapi dia juga tak kata Payed jahat.  Tapi hari ni…
“Apa salah saya pada awak?”  Serentak itu, airmata Luth laju menuruni pipi.  Biarlah Payed tahu.  Biarlah Payed tahu dia dilanggar taufan rindu yang begitu dasyat. 
Kepalanya rasa berputar.  Luth pegang kepala sambil menggeleng bila Payed mahu mencapai tangannya. 
Luth… I’m sorry.  I didn’t mean…”
NopeEncik Payed tak pernah maksudkan.  Tak pernah dan tak akan…”  Luth menyampuk keras. 
Dia mahu berlalu tapi langkah dia kian lemah.  Hujan kian merintik.  Saat dia menitiskan airmata, hujan pasti turun bersama – menemani dia menangis demi rasa rindu ini.  dia.  Kepala rasa berpusing.  Ligat.  Dah hampir nak rebah penangan Payed ni. 
“Luth, saya minta maaf.  Hari dah hujan ni.  Mari, masuk kereta dulu,” ajak Payed dengan rasa bersalah. 
Beberapa pasang mata mula merenung mereka berdua.  Payed bergalak tenang tapi dia tahu, wajah Luth dah merah menahan malu tapi yang lebih buat dia terkesan adalah sisa airmata pada pipi mulus itu. 
Dia ketap bibir.  Nak aje aku hempuk stereng lock ni dekat kepala sendiri.  Bagi biol kejap.  Apalah jahat sangat kau ni, Payed.  Dia dah menggeleng dengan perangai sendiri.  Macam jembalang.  Rasanya, jembalang pun takut dengan dia. 
“Saya nak balik…”
“Ya saya tahu…,” sampuk Payed sambil terus mendekati Luth yang cuba hendak melintas jalan.  “Saya hantarkan.  Marilah…”  Dia dah separuh merayu.  Tak kanlah sampai nak kena sembah dulu, baru Luth nak ikut. 
Dia pun kalau ikut hati, nak aje berlalu tapi sebab dia Luth nampak lemah dan lebih penting lagi, hati lelakinya tercabar.  Dia yakin Luth rindukan seorang lelaki hingga begitu sekali riak wajah Luth.  Dan, rasa ingin tahu rahsia di sebalik nama FIYA itu semakin membuak-buak dalam dada. 
Bibirnya herot ke kiri.  Dia nampak Luth yang hampir rebah dan cepat-cepat dipaut pinggang Luth.  “Are you okay?” 
Niat jahatnya bertukar simpati.  Risau.  Resah.  Wajah Luth dah pucat.  Mata-mata tajam memandang.  Dia gelisah.  Payed ukir sengih biarpun Luth bagai dah kaku. 
Err… don’t bother.  She’s mine…”  Semedang dia aje mengaku Luth hak dia. 
Dan seperti biasalah masyarakat – membiarkan saja keadaan begitu.  Gagah junjung falsafah di mana tak nak campur hal orang. 
Pinggang ramping Luth dipaut kemas.  Luth masih sedar.  Mata Luth terkebil-kecil tapi tak mampu menapak.  Kuat sangat impact mamat yang panggil dia Fiya ni.  Payed buat rumusan sendiri. 
“Saya hantar awak balik…”  Pintu kereta dah dibuka. 
Luth angguk di bawah separa sedar.  Pada wajah itu dia nampak seseorang yang dia rindu.  Seseorang yang dah lama terpisah daripada dia.  Seseorang yang mesra dan manja memanggil dia Fiya. 
Payed masuk ke sebelah pemandu.  Tali pinggang Luth dipasang.  Haruman tubuh gadis itu menduga rasa.  Darah mula mengalir menongkah arus.  Dia pejam mata dan saat kelopak mata terangkat, wajah dia dah terlalu hampir dengan Luth.  Jika dia mahu jamah bibir gadis itu pun, dia mampu.  Luth bagai tak sedarkan diri. 
Kenapa? 
“Luth…”  Payed tampar pipi Luth perlahan. 
Kelopak mata yang menghiasi mata bundar yang basah berair itu terangkat.  Merenung dia yang dekat di depan mata.  Langsung tak mahu membentak.  Pada mata Luth, dia nampak orang lain.  Dia nampak seseorang yang mahu dia peluk.  Dia nampak seseorang yang dia sayang. 
“Fiya ri… rindu…”  akui Luth tersangkut-sangkut. 
Payed telan liur.  Tak boleh jadi ni.  Dia duduk kemas.  Tali pinggan dipasang dan terus ditekan pedal minyak.  Kepala dah lama tumbuh tanduk dan kini bertambah panjang.  Dalam kepala iblis menyucuk.  Matanya melilau melihat ruang jalan yang lengang.  Ditambah hujan, jalan sesak.  Mana ada nak lengang. 
Damn!  Payed hentak stereng.  Tercabar dengan ucapan rindu Luth. 
“Fiya… rin… du…”  Mata Luth terkebil-kebil. 
Hari ni dia dah tak mampu bertahan lagi dengan provokasi Payed.  Tapi, dia bersyukur, kerana Payed dia mampu tatap wajah yang dia rindu.  Semangat dia lemah dalam sekelip mata.  Dia mampu bertahan apa saja tapi tak mampu bertahan demi melihat wajah ini. 
“Fiya rindu…”  Kali ini lancar. 

Payed hampir menekan brek.  Dia pandang Luth sekilas.  Tajam.  Daripada mencari jalan balik ke Damansara, Payed menukar haluan ke Hotel Istana.  

... to be continue

Salam Tahun Baru Masihi.  Allah bless

31 comments:

  1. Rindu her mom panggil die fiya instead of luth?

    ReplyDelete
  2. Kesian an..baru letak entry n layan putus nafas..dah ada fan yg suruh sambung...
    Sabo2 ler...gigih perah otak nak cari idea..

    ReplyDelete
  3. Serius nak tau saper yg Fiya rindu....

    ReplyDelete
  4. bESt.....
    -indaZahar-

    ReplyDelete
  5. Siapakah yang Fiya rindu tu..
    Payed dah tercabar...rehan cepat2 sambung...

    ReplyDelete
  6. Menjadi teka teki di pagi tahun baru..

    ReplyDelete
  7. nk lg rm.mkin best la

    ReplyDelete
  8. fiya rindu kat sape tu kak rehan??nk lg...

    ReplyDelete
  9. Selamat tahun baru rm...
    Siapa yang fiya rindu tu...

    ReplyDelete
  10. Siapa yg dirindu itu?
    ()() ~♡
    ( *.*) ~♡
    ☞☜ I >_<
    ▦▦
    ┛┗
    Miss you

    ReplyDelete
  11. rindu kt nenek dia yg dah meninggal kot..

    ReplyDelete
  12. Rindu thn 2013 yg tlh berlalu dn tk kn kembali lg....

    ReplyDelete
  13. Salam thn baru 2014 RM dn pembaca semua.....

    ReplyDelete
  14. MENUNGGU DAN MENANTI NEXT

    MMG CITER NI BEST, XSABAR PLAK NK TAU PE JD N DIORG

    SELAMAT TAHUN BARU 2014 SEMUA...ALL THE BEST!!!!

    ReplyDelete
  15. siapa yg si luth ni RINDU???arghhh!!do something to make me smile mengherot!!!

    ReplyDelete
  16. fiya rindu sapa nie? ke dia da kawin n laki dia tu sbenarnya payed... tpi payed hilang ingatan.... guna nma lain? huh? hahahah << random thought
    lol..... bnyak question mark dlm kpala...@_@

    ReplyDelete
  17. hari ni marathon baca CBS ni...best giler...

    ReplyDelete
  18. apakah citer masa sila fiya @ luth ni..ya...sape yg dia rindukan? Kenapakah hati payed tidak tenteram bila mendapat tahu gadis pujaan hati..ada kisah silam.. dengan jejaka lain..tapi sape kah jejaka itu..

    ReplyDelete
  19. Akak rasa payed lh yg luth rindu tu. Rm cpt2 smbg ye.

    ReplyDelete
  20. Kerana rindu jiwa runtun semua terpandang-pandang. Natijah rindu mungkin mengundang sesal tak sudah?

    ReplyDelete
  21. Serius best giler ♥♥♥♥
    Fiya rindu....
    Saya pun rindu....
    -Shafy-

    ReplyDelete
  22. Rm sambung ngan novel pleaseeee

    ReplyDelete
  23. nk tahu gak nie.. sape yg fiya tu rindu sgt2....

    ReplyDelete
  24. saja la kan.. ok i get it.. #fiya mayb panggilan arwah abg sulung dia ke... tul x? huhuhu kan? kan?

    ReplyDelete
  25. x sabar menungggu ... best3

    -ika-

    ReplyDelete
  26. kak, sesak nafas!! cepatlah sambung :<

    ReplyDelete