MATA
Luth terkebil-kebil sendiri. Memandang
siling putih. Dia kat mana? Dia tak tahu.
Terasa berat kelopak mata hendak diangkat tapi mengenangkan diri yang
bagai tak berpijak di bumi nyata sekejap tadi, Luth gagahkan diri membuka mata.
Kepala
masih sakit.
Sakitnya
lagi rindu hingga buat dia pitam. Tambah
pulak rehat tak menentu sehari dua ni.
Dan hampir setiap hari kena hujan.
Cadar putih bersih dirabanya.
Bantal yang lembut diramas.
Pandangannya ditala sekeliling.
Matanya
masih terkebil-kebil. Semua sebab Payed
dan seingat dia, Payed papah dia masuk dalam kereta. Mata Luth terjegil luas. Dia raba rambut yang basah. Tanpa selendang.
Dia
rasa badan yang dah bertukar ganti bajunya.
Airmata Luth bergen ang. Dia pandang seluruh bilik. Terang.
Bajunya melurut ke bahu. Luth cuba
turun daripada katil tapi ada tangan yang menahan.
“Where are you going?” Ping gangnya
dililit kemas. “Hrrmm?”
Luth
pejam mata dan cuba
bern afas tenang.
Ini mimpi. Tak mungkin reality.
Tak mungkin!
“You’re not okay. Luth pitam tadi. Baring dulu…”
Sekali lagi ayat itu menyentap tangkai jantung.
Luth
kalih pantas dan matanya hampir terjojol keluar demi terpandangkan susuk tubuh
yang terbaring malas. Nampak
keletihan. Nampak lelah. Tapi, bibir itu tersenyum puas tanpa memadang
dia.
“Lie here…” Ditepuk bantal di sebelah. “We
share everthings now.”
Luth
rasa nak menjerit tapi suara dia tercekik.
Dia cuba
turun tapi tangannya digenggam kemas.
Dipeluk erat hinggakan nafas dia tercungap-cungap. Hingga dia lelah dan hingga airmata dia
menitis.
“Kenapa
buat Fiya macam ni?” soal Luth bersama
tangis. “Fiya tak pernah usik oran g. Fiya cuma terlalu rindukan dia…”
Tiada
lagi kata balasan. Yang ada hanyalah
pelukan yang kian erat. Erat agar tidak
terlepas Luth pergi dalam keadaan emosi
yang sedikit terganggu. Pelukan
yang memberi kedamaian biarpun dia tahu, damai ini bukanlah yang Luth
cari.
“Tidurlah,
sayang…”
Dan
bisikan itu, buat Luth terlena kembali di dalam pelukan lelaki yang mula
dibenci. Lelaki yang telah memiliki
apa yang tak sepatutnya. Lelaki yang bersama Fareed Al-Fattah. Lelaki yang rasa mahu dicarik wajahnya. Biar tercela seperti mana tercelanya maruah
dia.
Dia
lega!
Rindunya
rasa terbalas. Bibir tipis Luth
menguntum senyum apatah lagi dirasakan ada tangan yang mengelus kesan airmata
lalu bibir sejuk itu jatuh tepat ke pipinya.
“Terima
kasih, ma. Temankan Luth,” balas Luth
dalam senyuman sebelum dia kembali terlena.
Rindu
dan mimpi ngerinya berlalu pergi.
TAK
BETAH nak duduk dibuatnya. Setibanya
Luth di rumah tadi, Encik Luthfi terkejut bila melihatkan lelaki yang
menghantar Luth. Tak silap dia ini
Fareed. Yang Luth tak suka tu.
Tapi
kenapa? Sudah. Dia dah mula rasa pelik.
Namun,
tetap disambut baik melihatkan wajah masing-masing letih dan bila dia jenguk
Luth yang terlena di dalam kereta, mata
Encik Luth dan Payed bertentangan lama.
Dia ingat - dia tanya kenapa Luth.
“Dia
nampa k tak
sihat tadi, uncle. Saya pelawa dia untuk
hantar balik tapi dia menolak pada mulanya.
Lepas tak lama tu, saya nampa k
dia nak rebah, saya papah dia masuk kereta.
Ini yang baru sampai. Kebetulan jalan sesak hari hujan.” Dan jawapan Payed nampa k boleh dipercayai.
Yakin. Itulah rumusan yang boleh Encik Luthfi buat
tentang Payed. Dah lama tak jumpa budak
ni. Dah dewasa. Dah nampa k
lain. Nam pa k
segak tapi apa yang pernah Luth ceritakan tu, buat hati Encik Luthfi tak berapa
nak damai.
“Terima
kasihlah, Yed sudi hantar Luth…” Encik
Luthfi membuka pintu sebelah penumpang.
“Luth…” Ditepuk pipi Luth perlahan. “Dah sampai ni. Bangun.”
Tapi,
Luth tetap tak sedarkan diri. Bagai
dibuai mimpi ind ah
hingga tak sanggup dia nak buka mata biarpun seketika.
“Dia
tak sedar diri lagi ke, uncle?” Payed
bertanya, persis risau.
Risaulah
jugak. Mahu tak risau. Ini anak oran g.
Dia tak cerita habis lagi macam mana dia boleh buat Luth sampai
pitam. Ini Pa lee
dengan abah tak tahu lagi. Kalau diorang
tahu, sampai pulak dekat telinga mummy. Nahas
dia kena.
Haru!
Encik
Luthfi menggeleng. “Kenapa dengan Luth
ni? Tak sihat ke?” Tangan naik menyentuh dahi dan ya, suhu badan
Luth panas sikit.
“Tadi
dia pitam?”
“Hampir,”
jawab Payed.
Encik
Luthfi cuba
angkat Luth tapi kudrat tuanya dah tak berapa berdaya. Baru nak dipanggil isteri membantu, Payed
melarang.
“Err…
kalau uncle tak kisah, saya boleh aje dukung Luth bawak masuk. Kesian dekat uncle nanti.” Macho
yang pasti.
Tidak
dapat tidak, Encik Luthfi jatuhkan kepala.
Lagipun, inilah dia subjek yang dikatakan oleh isterinya. Dia pun tak rela Luth disentuh tapi dah
darurat. Luth macam tak berdaya
langsung. Mesti ada apa-apa yang jadi
ni.
“Hati-hati,”
pesan Encik Luthfi saat Payed hendak membuka kasut dan masuk ke dalam rumah.
“Iyalah…” Dengan langkah tenang, Payed atur
langkah. Mengikut saja hala yang Encik Luthfi tunjukkan.
Diletakkan
Luth penuh cermat di tengah katil dan terus saja Payed berlalu. Tak nampak nakal, jauh sekali jahat seperti
yang Luth gambarkan. Setelah tu,
dipelawa minum tak nak. Kata dah lambat,
nanti mummy bising.
“Abang...”
Suara
isteri yang baru saja turun daripada bilik Luth mematikan lamunan singkat. Encik Luthfi memandang Puan Laila. “Macam mana dia?” Tak sabar nak tahu keadaan Luth.
Tadi
meracau-racau.
“Mengigau
jugak sikit tu. Agaknya dia nampak Ila
ni orang lain kot. Lepas Ila peluk dia,
belai rambut dia... macam dah okey. Dia
senyum kejap, macam lega sangat. Peluk
Ila, tak berapa lama terlena balik.”
Ya
memang anak dia meracau. Rindu
menggebu. Tak tertanggung. Teruk betul tekanan yang Payed berikan tapi
nampak baik aje budaknya. Sebiji nampak
macam Bakri muda-muda. Saling tak
tumpah. Kalau perangai pun ikut Bakri,
memang agak ligatlah.
Puan
Laila labuhkan duduk di depan TV. Encik
Luthfi juga. Rapat dengan isteri. Nafas lelah dilepaskan. Masing-masing terkejut dengan keadaan Luth
yang demam tiba-tiba. Rasanya, baru aje
demam. Tekanan sangat!
“Tak
apalah kalau dia dah tidur. Janji anak
Bakri tu dah hantar anak kita balik dengan selamat. Abang ingat nak telefon dialah esok. Ada
hal nak bincang...”
Puan
Laila angguk dalam senyuman tipis yang penat.
Ya, dia lelah. Letih dengan
karenah Fina yang keluar rumah setelah
dia terbaring sama dengan Luth, menemani anak itu. Lelah juga melihat Luth yang meracau menyebut
bukan-bukan. Bagai dalam mimpi telah
melalui fasa yang menakutkan.
Dan,
dia tahu niat apa dalam hati suaminya.
Tentang janji hendak menelefon Bakri.
Dia tahu. Dia pun akan telefon
Huda. Dah sampai masanya.
“Fina
ke mana?” Soalan Encik Luthfi mematikan
rentak lamunan. Puan Laila pandang
suaminya.
“Keluar
tadi. Biasalah dia tu. Kalau lebihkan Luth sikit, merajuk tak tentu
pasal...”
Menggeleng
ayah di buatnya. “Dia cakap pergi
mana? Rumah siapa?”
Puan
Laila pula menggeleng. Tanda tidak
tahu. “Dua tiga hari lagi ada panggil
interview tu. Harapnya, dia tak lupalah. Kalau tak, Ila pun tak tahu nak kata apa dah,
bang...” Memang, dia kecewa dengan anak
yang seorang ni. Jauh sungguh beza Luth
dengan Fina. Langit bumi.
“Dia
ingatlah tu...” Encik Luthfi cuba
positif. Buruk pun anak sendiri. Darah daging sendiri. “Yang saya dok fikir ni, Luth tu jadi ke nak
hidup menyewa sendiri?” Bila teringat
niat Luth, buat dia tak betah duduk.
“Itulah...” Puan Laila turut sama termenung. Memikir.
Jadi ke? Dia tahu, Luth nak
keluar sebab Fina. Tahu sangat. Biarpun Luth menafi. “Kalau kata dia nak keluar, kita bagi dia
pindah ke tempat yang terjaminlah, bang...”
Kiasan. Encik
Luthfi angguk. Mengerti. Tangan isteri dipegang kemas. “Kita cubalah...” Senyuman hambar terukir. Dalam hati resah. Nampak tak sesuai. Nampak macam anak dia akan menanggung beban
yang berat.
Mampu
ke? Tapi, andai itu ketentuan...
Dia
pejamkan mata seketika. Rasa rindu
bertebaran pada yang masih dan akan ada di dalam hati buat selamanya. Dan, rindu itu terubat saat menatap bening
mata Luth.
BIARPUN
lewat daripada biasa, tapi agak awal dan sedihnya Payed tiba di rumah dengan
rambut yang basah. Baju yang berserabai. Nampak
letih. Puan Huda tahu, Palee dan
suaminya dah ke luar daerah siang tadi.
Jadi semuanya atas bahu Payed.
“Yed
dah makan?” Daun pintu dirapatkan dan
mata sekadar menghantar Payed yang mencari tempat untuk duduk.
“Tak
lapar, my...” Memang dia tak lapar.
“Minum,
nak?”
Payed
sekadar geleng. Dia tak dahaga. Sebenarnya, dia dahagakan benda lain. Dia mampu lepaskan dahaga itu tapi
rengkungnya bagaikan meneguk air laut setelah temui Luth.
Sungguh! Semakin diminum, semakin dia dahaga. Makin kehausan. Dan, makin dia kehampaan.
Kelelahan.
Kekeringan.
Bak
kemarau bertahun.
Dia
ingat bila tiba di rumah, disambut oleh ayah Luth. Takut juga mulanya tapi tak apalah. Bersikap jantan sudah. Memang dia yang bersungguh nak hantar lagipun,
tiket dah ada dalam tangan bila mummy dan abah kenal kedua-dua orang tua
Luth.
Masuk
aje ke sebuah bilik, mata Payed meliar.
Kemas. Putih bersih tapi ada rasa
suram dan tak berdaya. Seperti juga Luth
yang nampa k
lemah terkaku di dalam pelukan dia sekarang.
Dia tahu ini bilik Luth. Bilik
itu terasa seram dan menakutkan. Dia tak
nak duduk dalam bilik serba putih macam tu.
Lagi satu cepat kotor. Tak ingin
dia.
Dan,
tadi dia hampir buat kerja gila. Sungguh
dia hampir jadi setan bertanduk
sepuluh bila tiba di lobby Hotel
Istana. Tubuh Luth dipapah dan
diletakkan cermat di atas sofa di lobby. Nampak terlena. Berat betul tekanan yang dia bagi pada Luth.
Betullah
orang cakap, nak serang orang tak payah guna kekuatan. Guna psikologi kesan dia lagi
menakutkan. Gamaknya, itulah kot yang
terjadi pada Luth. Tak payah cabul
maruah, cabul minda aje dah boleh buat manusia tewas.
“Welcome to Istana Hotel, sir. How may
I assist you?” Pertanyaan penyambut
tetamu Hotel Istana mengembalikan dia pada peristiwa petang tadi.
Payed
tarik Ray-Ban hitam cerah daripada
menyembunyikan mata yang tajam. Senyum
terukir tipis. Cukuplah tu. Tarik lebih karang, ada pulak receptionist ni tergolek dekat
sini. Ayat bangga diri!
“I want to check-in. Room for two.” Jari kasar Payed tegak dua batang. “King
size bed should be okay...” Kerana
dia tahu tahap mana lasaknya dia sewaktu terlena, kerana itu dia mahu yang lebar.
Kad kredit dihulurkan.
“Okay.
A moment, sir...” Tak sampai lima minit, swap-key bertukar tangan. “Any
luggage, sir?”
Payed
geleng. “Just a girl...” Dia kenyit
mata sebelum berlalu ke tempat Luth yang terlena.
Dia
mencangkung di depan Luth. Memerhati
lama wajah yang jelas pucat. Perempuan
ni lemah semacam aje. Sakit ke? Ke sebab baru lepas demam, dia mudah jatuh
sakit?
Kepalanya
digeleng berkali-kali. Jangan lepas ni
makin tak bangun sudah. Tangannya naik
menyentuh pipi Luth. Dibetulkan
selendang yang nampak selekeh. Wajah
kecil Luth nampak cantik saat ni. Tak
mampu dia bayangkan Luth tanpa selendang.
Dengan rambut mengurai panjang.
Basah!
Gosh...I can’t hold my ground
anymore! Bibirnya
herot dengan senyuman keji. “Fiya,
bangun...”
Sekali
seru, Luth membuka mata tapi masih nampak lemah. Mendengarkan nama itu dipanggil, Luth yakin
seseorang yang dia rindu ada di depan mata.
Ya, dia nampak seseorang itu. Dia
bangkit dan mendongak sedikit. Bibir dia
bergetar dan dia menarik tubuh Payed, mahu dipeluk tapi Payed menahan.
“Hey, don’t you realize where are we right now...” Pertanyaan itu kedengaran merdu pada telinga
Luth. Bagai mendodoi.
Luth
geleng. “Fiya tak kisah. Fiya dah rindu sangat. Fiya dah tak tahan... Fiya...” Mendengarkan Fiya membiasakan diri begitu
dengan sangat manja, malah cuba
memeluk dia – Payed yakin Fiya nampak dia orang lain.
Egonya
naik tercacak. Dia ketap bibir
geram. Swap-key diselit dalam poket seluar. Tak kisahlah mata memandang. Kan
ada falsafah hidup, jangan ambil tahu hal orang. Dia menarik tubuh Fiya dan memeluknya
erat.
“Fiya
rindu...” Sekali lagi.
Kesabaran
Payed tercalar. Malah, dia tak pernah
sabar pun. Melainkan kalau Palee tumbuk
dan mummy abah membebel, barulah dia sabar.
Diheret Luth menuju ke lif.
Ditekan punat tingkat tujuh.
“Fiya
rindu...” Lagi dan lagi.
Telinga
Payed berdengung, rasa nak pecah.
Ditolak Luth rapat ke dinding lif.
Saat mahu membenamkan wajahnya di bawah selendang Luth, wajah Luth
terlebih dahulu jatuh tersembam ke lehernya.
Tubuh Luth hampir terlurut jatuh dan akhirnya, Payed tersedar. Nafas lelah dilepaskan. Pinggang Luth diraih kemas. Tiba di tingkat tujuh, pintu lif terbuka
namun jarinya, berat menekan punat G semula.
Luth akan benci dia seumur hidup.
Pasti.
“Payed
dengar tak mummy tanya ni?”
“Hah?” Wajah terpinga-pinga.
Mummy
ni kacau daun betullah. Orang dok layan
ingatan saat dia hampir menjadi jaws
yang ganas. Membaham mangsa tanpa
belas. Tapi, dia tiba-tiba tersedar saat
Luth terkulai lemah bersama helaan nafas tenang lantas dia bertukar jadi dolphin yang comel pulak. Ergh… kecewa dengan diri sendiri yang bajet suci!
“Mummy
tanya apa?” Soalan malas.
“Mummy
tanya, Yed daripada mana?” Mata Puan
Huda merenung risau. Macam dapat agak
aje Payed daripada mana.
“Hantar
Luthfiya balik rumah...” Tenang dia
menjawab. Lantas bangkit dan memanjat
tangga ke bilik. Saat melalui beranda,
nampak seorang gadis di situ.
Hatinya
terdetik.
Cantik!
...bersambung (entah bila)
yeay :)
ReplyDeleteMmg suspen.... baca berulang kali part Luth meracau kat bilik dia... haha
ReplyDeleteOh Mai...Payed ternampak2 fiya...
ReplyDelete...bersambung (entah bila) > ...RELA MENANTI
ReplyDeletextau sambung bile xpe..asal ada...hehehe..semakin teruja nk tau sape yg Luth rindu tu!
ReplyDeleteYeay! Good boy payed!
ReplyDeleteapa nie?? bnyak gila question mark dlm kpala dri haritu lagi... Luth nie dah kawin ke? apakah??? wondering.... kak rehan punya crita suma mmg mcm nie...tu yg x bleh lepas nie..... i love u much much lahhh :D >> ku rela menanti... ecehhh... *cheesy ^_^
ReplyDeletesambung lagi kak rehan....
ReplyDeleteHisyy,, bt suspen laa kak RM niy...
ReplyDeleteSambung cepaaat ,, hehe .. ^^
parah doh payed ni
ReplyDeleteok nak tercabut nafas dah
ReplyDeleteThe one calling Luth .. Fiya was her biological mother..
ReplyDeleteKerana naluri semua berantakan. RM.. these puzzles of yours taking me to deep thinking. Mahu dan keperluan itu berbeda!
ReplyDeleteSelamat mencoret lagi! Tq!
...bersambung esok hari kay? hehehe
ReplyDeletethank you RM!
XoXo FH
kawinkan lah dia org.. xsabo lah.. sapa yg fiya rindu2 nie... suspen je
ReplyDelete"entah bila" yg pastinya ttp dinanti..
ReplyDeleteAllah sayang payed, sbb tu Dia lindung luth dr jd mangsa payed, Allah nk bg payed kesedaran
ReplyDeleteArghh..... apakah? Fiya..... Payed...... Seseorang????
ReplyDeletentah2 yg payed nmpk tu fina kot.....~
ReplyDelete