Thursday, January 02, 2014

Cinta Yang Kucari 16

MATA Luth terkebil-kebil sendiri.  Memandang siling putih.  Dia kat mana?  Dia tak tahu.  Terasa berat kelopak mata hendak diangkat tapi mengenangkan diri yang bagai tak berpijak di bumi nyata sekejap tadi, Luth gagahkan diri membuka  mata. 

Kepala masih sakit. 
Sakitnya lagi rindu hingga buat dia pitam.  Tambah pulak rehat tak menentu sehari dua ni.  Dan hampir setiap hari kena hujan.  Cadar putih bersih dirabanya.  Bantal yang lembut diramas.  Pandangannya ditala sekeliling. 
Matanya masih terkebil-kebil.  Semua sebab Payed dan seingat dia, Payed papah dia masuk dalam kereta.  Mata Luth terjegil luas.  Dia raba rambut yang basah.  Tanpa selendang.
Dia rasa badan yang dah bertukar ganti bajunya.  Airmata Luth bergenang.  Dia pandang seluruh bilik.  Terang.  Bajunya melurut ke bahu.  Luth cuba turun daripada katil tapi ada tangan yang menahan.
Where are you going?”  Pinggangnya dililit kemas.  “Hrrmm?” 
Luth pejam mata dan cuba bernafas tenang.  Ini mimpi.  Tak mungkin reality.  Tak mungkin! 
You’re not okay.  Luth pitam tadi.  Baring dulu…”  Sekali lagi ayat itu menyentap tangkai jantung. 
Luth kalih pantas dan matanya hampir terjojol keluar demi terpandangkan susuk tubuh yang terbaring malas.  Nampak keletihan.  Nampak lelah.  Tapi, bibir itu tersenyum puas tanpa memadang dia.
Lie here…”  Ditepuk bantal di sebelah.  “We share everthings now.” 
Luth rasa nak menjerit tapi suara dia tercekik.  Dia cuba turun tapi tangannya digenggam kemas.  Dipeluk erat hinggakan nafas dia tercungap-cungap.  Hingga dia lelah dan hingga airmata dia menitis. 
“Kenapa buat Fiya macam ni?”  soal Luth bersama tangis.  “Fiya tak pernah usik orang.  Fiya cuma terlalu rindukan dia…” 
Tiada lagi kata balasan.  Yang ada hanyalah pelukan yang kian erat.  Erat agar tidak terlepas Luth pergi dalam keadaan emosi  yang sedikit terganggu.  Pelukan yang memberi kedamaian biarpun dia tahu, damai ini bukanlah yang Luth cari. 
“Tidurlah, sayang…” 
Dan bisikan itu, buat Luth terlena kembali di dalam pelukan lelaki yang mula dibenci.  Lelaki yang telah memiliki apa  yang tak sepatutnya.  Lelaki yang bersama Fareed Al-Fattah.  Lelaki yang rasa mahu dicarik wajahnya.  Biar tercela seperti mana tercelanya maruah dia. 
Usapan demi usapan pada rambutnya yang basah dan sesekali, kucupan hangat yang jatuh pada ubun-ubunnya, buat Luth damai.  Saat mata terbuka, mata bertentang lama dan senyuman menghiasi suasana – Luth memaut tubuh itu erat. 
Dia lega! 
Rindunya rasa terbalas.  Bibir tipis Luth menguntum senyum apatah lagi dirasakan ada tangan yang mengelus kesan airmata lalu bibir sejuk itu jatuh tepat ke pipinya. 
“Terima kasih, ma.  Temankan Luth,” balas Luth dalam senyuman sebelum dia kembali terlena.
Rindu dan mimpi ngerinya berlalu pergi. 



TAK BETAH nak duduk dibuatnya.  Setibanya Luth di rumah tadi, Encik Luthfi terkejut bila melihatkan lelaki yang menghantar Luth.  Tak silap dia ini Fareed.  Yang Luth tak suka tu. 
Tapi kenapa?  Sudah.  Dia dah mula rasa pelik. 
Namun, tetap disambut baik melihatkan wajah masing-masing letih dan bila dia jenguk Luth  yang terlena di dalam kereta, mata Encik Luth dan Payed bertentangan lama.  Dia ingat - dia tanya kenapa Luth. 
“Dia nampak tak sihat tadi, uncle.  Saya pelawa dia untuk hantar balik tapi dia menolak pada mulanya.  Lepas tak lama tu, saya nampak dia nak rebah, saya papah dia masuk kereta.  Ini  yang baru sampai.  Kebetulan jalan sesak hari hujan.”  Dan jawapan Payed nampak boleh dipercayai.
Yakin.  Itulah rumusan yang boleh Encik Luthfi buat tentang Payed.  Dah lama tak jumpa budak ni.  Dah dewasa.  Dah nampak lain.  Nampak segak tapi apa yang pernah Luth ceritakan tu, buat hati Encik Luthfi tak berapa nak damai.
“Terima kasihlah, Yed sudi hantar Luth…”  Encik Luthfi membuka pintu sebelah penumpang. 
“Luth…”  Ditepuk pipi Luth perlahan.  “Dah sampai ni.  Bangun.” 
Tapi, Luth tetap tak sedarkan diri.  Bagai dibuai mimpi indah hingga tak sanggup dia nak buka mata biarpun seketika. 
“Dia tak sedar diri lagi ke, uncle?”  Payed bertanya, persis risau. 
Risaulah jugak.  Mahu tak risau.  Ini anak orang.  Dia tak cerita habis lagi macam mana dia boleh buat Luth sampai pitam.  Ini Palee dengan abah tak tahu lagi.  Kalau diorang tahu, sampai pulak dekat telinga mummy.  Nahas dia kena. 
Haru!
Encik Luthfi menggeleng.  “Kenapa dengan Luth ni?  Tak sihat ke?”  Tangan naik menyentuh dahi dan ya, suhu badan Luth panas sikit. 
“Tadi dia pitam?” 
“Hampir,” jawab Payed. 
Encik Luthfi cuba angkat Luth tapi kudrat tuanya dah tak berapa berdaya.  Baru nak dipanggil isteri membantu, Payed melarang.
“Err… kalau uncle tak kisah, saya boleh aje dukung Luth bawak masuk.  Kesian dekat uncle nanti.”  Macho yang pasti.
Tidak dapat tidak, Encik Luthfi jatuhkan kepala.  Lagipun, inilah dia subjek yang dikatakan oleh isterinya.  Dia pun tak rela Luth disentuh tapi dah darurat.  Luth macam tak berdaya langsung.  Mesti ada apa-apa yang jadi ni. 
“Hati-hati,” pesan Encik Luthfi saat Payed hendak membuka kasut dan masuk ke dalam rumah. 
“Iyalah…”  Dengan langkah tenang, Payed atur langkah.  Mengikut saja hala  yang Encik Luthfi tunjukkan.
Diletakkan Luth penuh cermat di tengah katil dan terus saja Payed berlalu.  Tak nampak nakal, jauh sekali jahat seperti yang Luth gambarkan.  Setelah tu, dipelawa minum tak nak.  Kata dah lambat, nanti mummy bising.
“Abang...”
Suara isteri yang baru saja turun daripada bilik Luth mematikan lamunan singkat.  Encik Luthfi memandang Puan Laila.  “Macam mana dia?”  Tak sabar nak tahu keadaan Luth. 
Tadi meracau-racau. 
“Mengigau jugak sikit tu.  Agaknya dia nampak Ila ni orang lain kot.  Lepas Ila peluk dia, belai rambut dia... macam dah okey.  Dia senyum kejap, macam lega sangat.  Peluk Ila, tak berapa lama terlena balik.” 
Ya memang anak dia meracau.  Rindu menggebu.  Tak tertanggung.  Teruk betul tekanan yang Payed berikan tapi nampak baik aje budaknya.  Sebiji nampak macam Bakri muda-muda.  Saling tak tumpah.  Kalau perangai pun ikut Bakri, memang agak ligatlah. 
Puan Laila labuhkan duduk di depan TV.  Encik Luthfi juga.  Rapat dengan isteri.  Nafas lelah dilepaskan.  Masing-masing terkejut dengan keadaan Luth yang demam tiba-tiba.  Rasanya, baru aje demam.  Tekanan sangat!
“Tak apalah kalau dia dah tidur.  Janji anak Bakri tu dah hantar anak kita balik dengan selamat.  Abang ingat nak telefon dialah esok.  Ada hal nak bincang...”
Puan Laila angguk dalam senyuman tipis yang penat.  Ya, dia lelah.  Letih dengan karenah Fina  yang keluar rumah setelah dia terbaring sama dengan Luth, menemani anak itu.  Lelah juga melihat Luth yang meracau menyebut bukan-bukan.  Bagai dalam mimpi telah melalui fasa yang menakutkan. 
Dan, dia tahu niat apa dalam hati suaminya.  Tentang janji hendak menelefon Bakri.  Dia tahu.  Dia pun akan telefon Huda.  Dah sampai masanya. 
“Fina ke mana?”  Soalan Encik Luthfi mematikan rentak lamunan.  Puan Laila pandang suaminya. 
“Keluar tadi.  Biasalah dia tu.  Kalau lebihkan Luth sikit, merajuk tak tentu pasal...” 
Menggeleng ayah di buatnya.  “Dia cakap pergi mana?  Rumah siapa?” 
Puan Laila pula menggeleng.  Tanda tidak tahu.  “Dua tiga hari lagi ada panggil interview tu.  Harapnya, dia tak lupalah.  Kalau tak, Ila pun tak tahu nak kata apa dah, bang...”  Memang, dia kecewa dengan anak yang seorang ni.  Jauh sungguh beza Luth dengan Fina.  Langit bumi. 
“Dia ingatlah tu...”  Encik Luthfi cuba positif.  Buruk pun anak sendiri.  Darah daging sendiri.  “Yang saya dok fikir ni, Luth tu jadi ke nak hidup menyewa sendiri?”  Bila teringat niat Luth, buat dia tak betah duduk. 
“Itulah...”  Puan Laila turut sama termenung.  Memikir.  Jadi ke?  Dia tahu, Luth nak keluar sebab Fina.  Tahu sangat.  Biarpun Luth menafi.  “Kalau kata dia nak keluar, kita bagi dia pindah ke tempat yang terjaminlah, bang...” 
Kiasan.  Encik  Luthfi angguk.  Mengerti.  Tangan isteri dipegang kemas.  “Kita cubalah...”  Senyuman hambar terukir.  Dalam hati resah.  Nampak tak sesuai.  Nampak macam anak dia akan menanggung beban yang berat. 
Mampu ke?  Tapi, andai itu ketentuan...
Dia pejamkan mata seketika.  Rasa rindu bertebaran pada yang masih dan akan ada di dalam hati buat selamanya.  Dan, rindu itu terubat saat menatap bening mata Luth. 




BIARPUN lewat daripada biasa, tapi agak awal dan sedihnya Payed tiba di rumah dengan rambut yang basah.  Baju yang berserabai.  Nampak  letih.  Puan Huda tahu, Palee dan suaminya dah ke luar daerah siang tadi.  Jadi semuanya atas bahu Payed. 
“Yed dah makan?”  Daun pintu dirapatkan dan mata sekadar menghantar Payed yang mencari tempat untuk duduk. 
“Tak lapar, my...”  Memang dia tak lapar. 
“Minum, nak?” 
Payed sekadar geleng.  Dia tak dahaga.  Sebenarnya, dia dahagakan benda lain.  Dia mampu lepaskan dahaga itu tapi rengkungnya bagaikan meneguk air laut setelah temui Luth. 
Sungguh!  Semakin diminum, semakin dia dahaga.  Makin kehausan.  Dan, makin dia kehampaan. 
Kelelahan.
Kekeringan.
Bak kemarau bertahun.
Dia ingat bila tiba di rumah, disambut oleh ayah Luth.  Takut juga mulanya tapi tak apalah.  Bersikap jantan sudah.  Memang dia yang bersungguh nak hantar lagipun, tiket dah ada dalam tangan bila mummy dan abah kenal kedua-dua orang tua Luth. 
Masuk aje ke sebuah bilik, mata Payed meliar.  Kemas.  Putih bersih tapi ada rasa suram dan tak berdaya.  Seperti juga Luth yang nampak lemah terkaku di dalam pelukan dia sekarang.  Dia tahu ini bilik Luth.  Bilik itu terasa seram dan menakutkan.  Dia tak nak duduk dalam bilik serba putih macam tu.  Lagi satu cepat kotor.  Tak ingin dia. 
Dan, tadi dia hampir buat kerja gila.  Sungguh dia hampir jadi setan bertanduk sepuluh bila tiba di lobby Hotel Istana.  Tubuh Luth dipapah dan diletakkan cermat di atas sofa di lobby.  Nampak terlena.  Berat betul tekanan  yang dia bagi pada Luth. 
Betullah orang cakap, nak serang orang tak payah guna kekuatan.  Guna psikologi kesan dia lagi menakutkan.  Gamaknya, itulah kot yang terjadi pada Luth.  Tak payah cabul maruah, cabul minda aje dah boleh buat manusia tewas. 
Welcome to Istana Hotel, sir.   How may I assist you?”  Pertanyaan penyambut tetamu Hotel Istana mengembalikan dia pada peristiwa petang tadi. 
Payed tarik Ray-Ban hitam cerah daripada menyembunyikan mata yang tajam.  Senyum terukir tipis.  Cukuplah tu.  Tarik lebih karang, ada pulak receptionist ni tergolek dekat sini.  Ayat bangga diri! 
I want to check-in.  Room for two.”  Jari kasar Payed tegak dua batang.  “King size bed should be okay...”  Kerana dia tahu tahap mana lasaknya dia sewaktu terlena, kerana itu dia mahu  yang lebar.  Kad kredit dihulurkan. 
Okay.  A moment, sir...”  Tak sampai lima minit, swap-key bertukar tangan.  “Any luggage, sir?” 
Payed geleng.  “Just a girl...”  Dia kenyit mata sebelum berlalu ke tempat Luth yang terlena. 
Dia mencangkung di depan Luth.  Memerhati lama wajah yang jelas pucat.  Perempuan ni lemah semacam aje.  Sakit ke?  Ke sebab baru lepas demam, dia mudah jatuh sakit? 
Kepalanya digeleng berkali-kali.  Jangan lepas ni makin tak bangun sudah.  Tangannya naik menyentuh pipi Luth.  Dibetulkan selendang yang nampak selekeh.  Wajah kecil Luth nampak cantik saat ni.  Tak mampu dia bayangkan Luth tanpa selendang.  Dengan rambut mengurai panjang.  Basah! 
Gosh...I can’t hold my ground anymore!  Bibirnya herot dengan senyuman keji.  “Fiya, bangun...” 
Sekali seru, Luth membuka mata tapi masih nampak lemah.  Mendengarkan nama itu dipanggil, Luth yakin seseorang yang dia rindu ada di depan mata.  Ya, dia nampak seseorang itu.  Dia bangkit dan mendongak sedikit.  Bibir dia bergetar dan dia menarik tubuh Payed, mahu dipeluk tapi Payed menahan. 
Hey, don’t you realize where are we right now...”  Pertanyaan itu kedengaran merdu pada telinga Luth.  Bagai mendodoi.
Luth geleng.  “Fiya tak kisah.  Fiya dah rindu sangat.  Fiya dah tak tahan... Fiya...”  Mendengarkan Fiya membiasakan diri begitu dengan sangat manja, malah cuba memeluk dia – Payed yakin Fiya nampak dia orang lain.
Egonya naik tercacak.  Dia ketap bibir geram.  Swap-key diselit dalam poket seluar.  Tak kisahlah mata memandang.  Kan ada falsafah hidup, jangan ambil tahu hal orang.  Dia menarik tubuh Fiya dan memeluknya erat. 
“Fiya rindu...”  Sekali lagi. 
Kesabaran Payed tercalar.  Malah, dia tak pernah sabar pun.  Melainkan kalau Palee tumbuk dan mummy abah membebel, barulah dia sabar.  Diheret Luth menuju ke lif.  Ditekan punat tingkat tujuh. 
“Fiya rindu...”  Lagi dan lagi. 
Telinga Payed berdengung, rasa nak pecah.  Ditolak Luth rapat ke dinding lif.  Saat mahu membenamkan wajahnya di bawah selendang Luth, wajah Luth terlebih dahulu jatuh tersembam ke lehernya.  Tubuh Luth hampir terlurut jatuh dan akhirnya, Payed tersedar.  Nafas lelah dilepaskan.  Pinggang Luth diraih kemas.  Tiba di tingkat tujuh, pintu lif terbuka namun jarinya, berat menekan punat G semula.  Luth akan benci dia seumur hidup.  Pasti. 
“Payed dengar tak mummy tanya ni?” 
“Hah?”  Wajah terpinga-pinga. 
Mummy ni kacau daun betullah.  Orang dok layan ingatan saat dia hampir menjadi jaws yang ganas.  Membaham mangsa tanpa belas.  Tapi, dia tiba-tiba tersedar saat Luth terkulai lemah bersama helaan nafas tenang lantas dia bertukar jadi dolphin yang comel pulak.  Ergh… kecewa dengan diri sendiri yang bajet suci!
“Mummy tanya apa?”  Soalan malas. 
“Mummy tanya, Yed daripada mana?”  Mata Puan Huda merenung risau.  Macam dapat agak aje Payed daripada mana. 
“Hantar Luthfiya balik rumah...”  Tenang dia menjawab.  Lantas bangkit dan memanjat tangga ke bilik.  Saat melalui beranda, nampak seorang gadis di situ. 
Hatinya terdetik. 

Cantik!

...bersambung (entah bila)

19 comments:

  1. Mmg suspen.... baca berulang kali part Luth meracau kat bilik dia... haha

    ReplyDelete
  2. Oh Mai...Payed ternampak2 fiya...

    ReplyDelete
  3. ...bersambung (entah bila) > ...RELA MENANTI

    ReplyDelete
  4. xtau sambung bile xpe..asal ada...hehehe..semakin teruja nk tau sape yg Luth rindu tu!

    ReplyDelete
  5. Yeay! Good boy payed!

    ReplyDelete
  6. apa nie?? bnyak gila question mark dlm kpala dri haritu lagi... Luth nie dah kawin ke? apakah??? wondering.... kak rehan punya crita suma mmg mcm nie...tu yg x bleh lepas nie..... i love u much much lahhh :D >> ku rela menanti... ecehhh... *cheesy ^_^

    ReplyDelete
  7. Hisyy,, bt suspen laa kak RM niy...
    Sambung cepaaat ,, hehe .. ^^

    ReplyDelete
  8. The one calling Luth .. Fiya was her biological mother..

    ReplyDelete
  9. Kerana naluri semua berantakan. RM.. these puzzles of yours taking me to deep thinking. Mahu dan keperluan itu berbeda!
    Selamat mencoret lagi! Tq!

    ReplyDelete
  10. ...bersambung esok hari kay? hehehe
    thank you RM!

    XoXo FH

    ReplyDelete
  11. kawinkan lah dia org.. xsabo lah.. sapa yg fiya rindu2 nie... suspen je

    ReplyDelete
  12. "entah bila" yg pastinya ttp dinanti..

    ReplyDelete
  13. Allah sayang payed, sbb tu Dia lindung luth dr jd mangsa payed, Allah nk bg payed kesedaran

    ReplyDelete
  14. Arghh..... apakah? Fiya..... Payed...... Seseorang????

    ReplyDelete
  15. ntah2 yg payed nmpk tu fina kot.....~

    ReplyDelete