BAB 2
PENING kepala
Lis dengan gelagat Jed. Macam lipas
kudung. Sesampainya Jed di rumah dia, Jed
mula keresahan. Apa yang tak kena, dia
pun tak tahu tapi macam mencari sesuatu.
Digagau poket jeans, poket
jaket dan juga bawah seat motor.
“Kau kenapa wei?”
Lis langgar bahu Jed sedikit.
“Aku kena
balik!” Wajah Jed dah cuak. Dia pandang Lis yang dah sedia memegang
helmet.
“What?”
Mata Lis bulat. “Kita dah lambat
ni, Jed…” Keluhan kecewa terbit daripada
celah bibir tipis Lis yang berkilat dengan lipstick
merah jambu.
“I have too.
Wallet aku tertinggal dekat rumah.
Dengan lesen segala. Duit tak
ada, tak apa lagi. Lesen dengan IC aku,
itu memang tak boleh…”
Yalah, buatnya
terjumpa dengan polis ke apa, naya aje.
Pihak polis bukan boleh tengok muda-mudi bawa motosikal. Mulalah nak
tahan. Tak ada salah pun dicari
kesalahan itu. Nak-nak ada yang
salah. Tapi, dah itu kerjanya. Nak-nak malam minggu ramai budak-budak muda
buat onar tengah kota .
“Dah pulak? Kalau macam tu, aku pergi dengan teksi
jelah…” Lis hulur semula helmet pada
Jed. Kecewa.
Dia dah berjanji
nak tiba di konsert gig kawan lama
dia awal-awal. Dah lama tak jumpa. Sekali Jed potong jalan pulak. Dahlah payah nak cari masa lapang Jed
ni. Busy
semedang.
“Sorry, Lis.” Jed sengih.
Manis.
“Kau jalan
dulu. Aku follow kemudian…” Jed dah
sarung helmet pada kepala.
Enjin motor Kawasaki
Z250 berwarna hitam dan merah hati yang tak dimatikan tu memudahkan dia
meneruskan perjalanan tanpa menanti Lis bersuara.
JED garu kepala
yang tak gatal. Rasa nak tersiat dah
kulit kepala. Satu bilik dia
sepahkan. Kak Zah yang memandang pun dah
naik pelik. Apalah yang disepahkan tu? Baru aje dikemas tapi bersepai lagi. Menggeleng Kak Zah pandang perlakuan
Jed.
“Jehanna cari
apa?”
Jed tak kalih
seinci pun. Dia tarik laci. Dia selak cadar. Dia angkat bantal. Dia sepahkan segala pakaian kotor yang baru
dikutip oleh Kak Zah. Dia campak semua
pakaian bersih yang baru dilipat oleh Kak Zah di atas katil.
“Wallet Jed hilang la. Kak Zah ada nampak tak?” Mata terus meliar mencari.
Kak Zah, orang
gaji harian keluarga dia. Datang dua
kali seminggu membantu mummy Jed
bersihkan rumah bila mummy sepanjang
hari sibuk di butik. Abah pulak busy dengan kayu golf. Tak pun dengan business partner. Atau juga projek baru dan juga dinner dengan orang kenamaan.
“Masa Kak Zah
kutip baju kotor tu, tak ada pulak ternampak.
Dalam almari pun tak ada. Tak
tahulah kalau Kak Zah lepas pandang,” jawab Kak Zah sambil membantu Jed
mencari.
“Adui… macam
mana ni…” Jed pegang kepala.
Sakit
tiba-tiba. Duit tak kisah. Kad bank pun tak payah mana. Telefon aje bank terus boleh dapat baru. Tapi, kad pengenalan tu yang penting. Tak ada IC semua benda tak menjadi.
“Tercicir
tak?” duga Kak Zah.
Jed pandang Kak
Zah. Kepala dia memikir. Agak-agak kat mana? Bawah seat
motor pun tak ada. Habis tu…
“Dah
ingat?”
“Orange Range !” tempik Jed. Dia ketik jarinya yang runcing.
Aduh. Memang selamatlah kalau tercicir dekat
situ. Dah tu yang jumpa tu tak reti nak pulangkan? Bukan ada nama dan alamat bagai ke ke dalam
tu? Pulangkan wallet tanpa duit pun tak apa.
Janji dokumen penting semua ada.
“Semalam Jed
lepak Orange Range dengan Lis. Mesti jatuh dekat situlah tu…”
Ya, dia baru
ingat. Dia letak aje atas meja lepas
buat bayaran. Lepak makan minum, malang tak berbau datang pulak. Kena sound
berdas-das. Bernanah telinga dia. Sampai hari ni pun bengkak lagi rasanya. Mujur tak pekak.
Boleh jadi masa
dia tarik helmet, wallet tu jatuh ke bawah dan dia pun
menonong berlalu sebab marah. Dan bila
dia ingatkan kembali lelaki itu, membahang kembali dada. Dia masih ingat dengan baik wajah selekeh
tu. Rambut panjang tutup mata. Jeans
lusuh tak ingat. T-shirt pudar kemain. Ada hati nak tegur orang jalan
lurus kalau diri sendiri pun senget.
“Laa… dah tu, cuba Jehanna pergi semula tempat
tu. Kot-kot orang kedai tu tolong
simpankan ke,” suruh Kak Zah.
Jed
menggeleng. Kata hati dia mengatakan,
kirim salam ajelah pada wallet kulit Levi’s edisi terhad tu. Memang selamatlah. Jual wallet
tu saja dah dapat beberapa ratus.
Mujurlah duit ada berapa puluh aje lepas dia beli case gitar baru.
“Biarlah, Kak
Zah… Jed nak tidurlah.” Sedih punya
pasal, niat nak berkonsert gig luntur
begitu saja.
Biarlah Lis seorang
diri. Bukan tak biasa. Hanya dia aje baru pertama kali nak jejakkan
kaki. Kawan lama pulak tu. Lis yang merayu-rayu dan sehabis daya dia
mencari ruang dan waktu untuk ikut serta.
Kalau tidak, haram dia nak pergi.
Bukan tempat dia biarpun perangai dia sendiri mengalahkan jin. Dia dah tak ada mood. Kalau pergi dia
perlukan dokumen tu semua.
“Dah lewat
petang ni, nak tidur,” larang Kak Zah memandang Jed yang dah menekup wajah
dengan bantal.
“Sebelum Kak Zah
balik, kejut Jed,” arah Jed perlahan.
Ingatan dia
kembali pada peristiwa semalam. Buatnya
mamat tu jumpa, tak ke selamat dia.
“Erm… nanti kita
makan sama. Mummy Jehanna balik lewat malam ni.
Dia pesan pagi tadi.”
Jed mencebek
sendiri. Mummy? Boleh ke dipanggil mummy pada Ku Zarina tu bila dah hampir
sebulan dia tak bersua empat mata dengan wanita tu?
Hanya beberapa
malam lepas, dia terserempak dengan mummy
semasa dia masuk rumah pada jam 4.00 pagi. Tapi, itu pun dalam gelap. Dan, mummy
bising amat kata dia buat rumah macam hotel.
Keluar tak ada
berita, balik pun sama. Kalau kat luar,
tak dapat dikesan langsung. Bukan nak
tanya khabar sepatah. Sungguh buat Jed
resah. Masalahnya, pernah ke mummy atau abah bertanya khabar dia
semasa dia di luar?
Tak ada. Tak pernah!
Juring matanya terasa basah.
AIR yang dah
tinggal separuh tu disisip lagi. Rico
pandang Que yang bagaikan menanti seseorang tiba di Orange Range. Malam-malam begini ramai budak-budak motor
lepak. Tak nampak pulak dia ni. Hati berbisik. Mata Que masih liar melilau. Tak datang kot…
“Que, air
kau…” Pekerja Orange
Range datang meletakkan
segelas air pada Que. Que angkat
wajah. Nak tanya ke tidak, nak tanya ke
tidak...
“Eh, kau tahu
budak perempuan Gothic tu tak?” Tanya
akhirnya.
Qimi buat muka
pelik. “Gothic? Siapa?”
Ini pertama kali Que tanya pasal perempuan sejak dia kenal Que datang
melepak dekat sini.
“Ala … yang pakai celak hitam
legam tu. Skinny, apple green Supra,” beritahu Que memberi bayangan pada
Qimi.
“Alaa… yang nak
tikam Que dengan garfu hari tu,” sampuk
Rico pulak sambil tergelak-gelak.
Makin berkerut
wajah Qimi. “Kau nak kena tikam? Biar betul ni, Que…”
Macam tak
percaya aje. Jejaka idaman di Orange Range
nak kena tikam? Dan itu pun oleh seorang
perempuan? Pandangan Qimi penuh
syak. Tak percaya. Perempuan mana yang tak pandang Qalam Azad
dengan dua mata ni?
“Ala … abaikan.” Putus Que.
Dia capai gelas
Nescafe ais tu dan terus di bawa ke bibir.
Straw entah ke mana. Senang, biar dia teguk aje.
Dah beberapa
hari dia datang tapi bayang Dian Jehanna Puteri langsung tak nampak. Lepas 48 jam dan itu pun dia jenuh bertanya
pada ibunya, tak apa ke buka barang orang dengan niat nak tahu pemilik. Risau.
Bila ibu
benarkan, barulah Que buka. Kotlah ada
rahsia besar ke tapi memang rahsia besar.
Sangat besar. Bulat jugalah mata
dia mata melihat pada sekeping gambar dalam wallet
kulit itu.
Siapa sangka, pemilik
nama Jed yang dia dengar daripada mulut kawan gadis tu mempunyai nama sebenar
yang sangat cantik.
Dian Jehanna
Puteri. Hati Que menyeru tanpa
sedar.
Habis tu mana
datang panggilan Jed? Kalau kata panggil
Dian… Jehanna… Puteri ke, kan
manis? Logiklah juga dengan nama dia. Tapi, sesuai ke dengan penampilan dan
perangai dia tu? Que senyum sinis dalam
hati. Tak perasan yang dia sedang
diperhati.
“Kau ni dah
kenapa, Que?” soal Qimi.
“Angau?” tokok Rico.
Que gelak. Dia raup rambut panjangnya ke belakang. Nak kena potong dah ni. Kerja site
dah siap. Beberapa hari lagi kena masuk office
pulak. Rambut dah kena kemas. Kerja sebagai penyelia tapak projek memang
penat. Gaji tak seberapa pun.
Bilalah dia nak
dapat kerja yang sesuai dengan kelulusan yang dia ada? Dia nak juga merasa tapi tak bermakna dia tak
bersyukur dengan apa yang dia ada sekarang.
Lagipun, tak lama lagi kontrak dia akan tamat. Jadi penganggur lagilah nanti. Allah… resahnya hati dia.
“Angau apa pulak? Aku ada perhitungan akhir ni…”
Rico dan Qimi
kerut kening. “Kau jangan cakap nak
tumbuk dia pulak…”
“Laa… kau juga
dengar dia kata kalau dia jumpa aku lagi, ending
dia bukan macam tu. Aku pun ada pride aku juga. My male
ego, she never knows about it,” ujar Que, saja nak kenakan kawan-kawan
depan mata. Nampak nak menyibuk
sangat.
“Aku rasa aku
tahu siapa dia…” Qimi jongket kening.
Que panggung
pandangan. Tepat merenung mata Qimi
dalam samar-samar cahaya. Rico hanya
diam menanti bicara Qimi.
“Dia selalu dengan
kawan perempuan dia yang cantik dan lemah-lembut tu, kan ?
Selalu kelek helmet full face. Tak pun case
gitar?” duga Qimi tepat.
“Jaket kulit
hitam?” Kening Qimi terangkat dua-dua.
“Yeah…
100.” Rico petik jari.
Que senyum
senget. “Kalau kau nampak dia datang,
bagi ni pada dia.” Que hulurkan sekeping
kertas pada Qimi.
Tertera sebaris
nombor di atasnya. Nombor telefon dia. Tanpa nama.
Bila Qimi nak tulis nama, Que melarang.
Tanpa sebab, yang pastinya. Biarlah
nombor telefon itu tanpa namanya.
Walaupun itu nombor dia.
“Kau berdendam
dengan dia ke, Que?” Risau sungguh nada
suara Rico.
Yalah, buatnya
sungguh Que nak balas dendam sebab malu, dia tak boleh biarkan. Tercalar kredebiliti seorang Que ni.
“Mana adalah…
aku ada hal sikit…”
“Apa?” Serentak Qimi dan Rico menyoal.
Kening Que naik
sebelah. “Urusan aku dengan dia, korang
nak masuk campur buat haper? Dok tepi, tengok sudah. Belajar dari yang pakar,” ejek Que. Dia sengih.
“Heh?
Kekdahnya?” sinis Qimi.
“Nak mengayat ke
apa?”
Que diam. Malas nak menjawab. Tengok orang lagi seronok. Macam-macam perangai ada depan mata dia
ni. Ramai perempuan malam minggu
ni. Melepak dengan teman lelaki
masing-masing.
“Tapi, kau mana
pernah ayat awek. Awek ayat kau pun, kau
buat muka sardin ketat dalam tin je,” tokok Qimi.
“Ha’ah...
betullah tu.” Rico pulak menyokong.
“Awek kemain
cantik datang ayat The Tall-Dark-Handsome
Qalam Azad bin Azmi ni pun, kau boleh buat tak tahu aje,” usik Rico lagi.
Hakikat
sebenarnya. Semua orang yang biasa di Orange Range
tahu tu. Que yang sangat dingin dan jual
mahal.
Que buat muka
jijik. Tall? Dark? Handsome? Dia ke?
Kalau dark tu memang pun. Berpanas setiap hari, siapa tak hitam? Tall? Bolehlah dikatakan tinggi edisi jejaka Malaya asli. Handsome? Orang kata cukuplah sedap mata
memandang.
“Fairytale sangat kau ni, Rico. Umur dah dekat jadi bapak budak, hidup dalam
angan aje kau,” sinis Que pada Rico tapi Rico hanya gelak.
Tapi, memang
itulah yang gadis-gadis yang selalu melepak di Orange Range
ni katakan. Hero novel English versi
nyata - Que.
“Lagipun, aku
tak suka perempuan kejar aku. Dan aku
pun tak kejar perempuan. Aku nak tunggu
sampai masa Tuhan tu hantar seorang untuk aku,” sambung Que tenang.
Entah, dia
sendiri tak pernah fikir sejauh tu tentang hubungan dia dengan perempuan. Tak sempat nak fikir. Otak dia dah sarat dengan perkara lain.
“Wah wah... kau ni dah tersuka dia tu ke,
Que?”
“Mimpi kau eh?”
bidas Que geram.
“Pitam ibu kau
nanti, Que…” Qimi gelak.
Que senyum
tipis. Kaki kanan di bawah menindih peha
kiri. Jari jemari menggendang meja besi
warna chrome di depan mata.
“Ibu aku tak
pitam, tapi aku takut dia tu yang pitam lepas jumpa ibu aku,” balas Que. Dia sengih penuh makna. Makna yang dia sendiri pun tak temui lagi.
Mata mengerling
jam Adidas hitam di pergelangan tangan.
Dah lewat. Dah hampiri 12.00 tengah
malam. Nanti ibu kunci pintu, tidur luar
dia malam ni.
“Aku gerak dulu
korang.” Que angkat tubuh.
“Qimi, ingat tu…
bagi aje. Don’t you dare say a word,” pesan Que pada Qimi. Laju aje Qimi angguk. Patuh.
Langkah kaki Que
laju menuju ke motorsikal. Motorsikal
hadiah daripada arwah ayah masa dia dapat masuk universiti dulu. Dah bertahun tapi dijaga rapi. Kenangan terakhir arwah ayah.
Tanggungjawab
dia besar sekarang. Ada lagi seorang adik di sekolah menengah. Nak SPM pulak tu tahun ni. Seorang di universiti dan seorang lagi di
matrikulasi. Semua tu perlukan
belanja. Ibu hanya ambil upah jahit baju
dengan mesin jahit lama tu. Beli yang
baru pun, ibu sayang nak lepaskan yang lama tu.
Apa yang dia nak kata?
Lagipun, ibu
bukan kuat lagi. Nak bersengkang mata,
menyulam, menyembat, memotong dan macam-macam lagilah. Que pun tak tahu urusan jahit baju ni.
Gaji dia pun
dihabiskan pada keluarga. Belanja rumah,
adik-adik, untuk ibu, bayar kereta, yang
selebihnya simpan sikit untuk masa depan.
Sebab tu dia pilih untuk buat kerja part-time
kalau berkesempatan. Lega sikit kalau
ada apa-apa kecemasan, ada belanja lebih.
Enjin motor
dihidupkan. Helmet dipakai kemas. Wallet yang disepaknya beberapa hari
lepas ditarik daripada dalam poket jeans. Sekali lagi dia pandang gambar kad pengenalan
milik Jed. Bibir Que herot dengan
senyuman. Lain sungguh dia dalam ni.
Dian Jehanna
Puteri binti Megat Johari.
Hati Que menyebut
nama tu sekali lagi. Ada alamat rumah tapi Que tak ada niat nak
pergi hantar sampai ke rumah pun. Kalau
kata Qimi tak dapat jejak Jed juga, Que akan pos saja wallet tu pada tuan punya badan.
Lepas tu, tangan
dia menarik sekeping kad berwarna putih tu.
Assistant Project Manager. MJ Bina Sdn. Bhd. Berpendidikan, bekerjaya… tapi kenapa dia
pilih kehidupan macam tu? Dah senang
sangat ke? Ke itu sisi gelap dia? Que geleng kepala. Cepat-cepat dia simpan wallet tersebut dalam poket belakang jeans.
Minyak dipulas. Lipat maut sikit, terus dia menderum laju
mencari arah pulakng. Moga dia tak sesat
di dalam perjalanan yang masih lagi jauh.
rindu....
ReplyDeleteternanti lailatul Qadr jumpa pula jed Que ni...okey juga tapi tetap nak juga
ReplyDeletebaca kisah dia org seterusnya....
Best
ReplyDeleteTetap menanti lai dan qadr
ReplyDeletesaya pun same....
DeleteHehe suka sangat dgn que. Nanti sambung kehidupan mereka after kawin ya rehan.
ReplyDeleteWindu lai n qadr..same cm que n jed..(*-*)
ReplyDeleteBest..rindu jed que..lai qadr..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteNak lailatul qadr please....
ReplyDeletebest....
ReplyDeletebila dah baca bab 2 ni baru teringat tentang jed dan Q...
ReplyDeleterindunya kat dorang berdua ni...
gadis gothic Q panggil Jed....kikikiki
Best rindu qadr but enjoy que.cool bertemu panas tentu menarik kehidupan mereka nanti.meriah gitu marah2 timbul sayang he......
ReplyDeleteBesttttt....lailatulQadr pun besttttt.....:)
ReplyDeleteakak, bahasa akak puitis lah, suka sangat baca...n terselit unsur2 nasihat. i like (y)
ReplyDeleteminat sangatt ngan RM ni. tengah kumpul semua novel dia lama dan baru. dah baca citer jed dan que. tiba2 terfikir kalau dijadikan telemovie saya bayangkan Remy Ishak dan Chritine Suzanne
ReplyDelete