BAB 3
TANGAN Jed nak
suapkan makanan ke mulut terhenti. Suara
Ku Zarina daripada atas terjerit-jerit mencantas selera. Wajah Kak Zah dikerling. Wajah penuh persoalan.
“Mummy tu
kenapa, Kak Zah?” Bihun goreng diputar
dengan hujung garfu.
Mata dia
memandang ke atas cuba mencari bayangan mummy tapi tak nampak. Hanya suara saja bergema memenuhi banglo
besar ni.
Kak Zah
senyum. Senyuman memujuk sebab nampak
dah Jed nak mengamuk. “Mummy Jehanna tu
banyak kerja. Pekerja dia sorang baru
berhenti. Tempahan tengah banyak. Tak ada orang nak jahitkan tempahan tu,”
jawab Kak Zah.
“Dah tu, nak
terpekik terlolong dalam rumah ni kenapa?
Nak marah siapa?”
Bahu Jed
diusap. Kak Zah tahu Jed nak membentak
lagi tu. Kak Zah bukan tak tahu Jed dah
banyak hari tak bersua dengan wajah Ku Zarina tapi sejak dua tiga hari ni, Jed
memang lekat di rumah sebab wallet
dia hilang. IC baru pun tak pergi buat
lagi. Tak sempat.
“Ala… mummy
tengah cakap dengan orang yang tolong dia carikan pekerja la tu gamaknya. Mummy Jehanna kata dia nak pakai orang
segera. Jehanna bukan tak tahu, mummy
sayang sangat butik dia…”
“Yalah tu… macam
butik mummy tu boleh tolong mummy dalam kubur nanti!” sinis Jed datar.
Dia hendak garfu
dalam pinggan dan terus bangkit. Peristiwa
dia nak tikam tangan lelaki tu dengan garfu terbang dalam kepala
tiba-tiba. Jed geleng kepala. Tak nak ingat. Menyakitkan.
Kak Zah dah
terkedu. Jed tak pernah cakap macam ni
kalau kata marah sangat pun. Ini mesti
kes dah tak tahan sangat. Kasihan dengan
Jed tapi apa yang mampu dia buat. Dia
pun hanya dua tiga kali seminggu aje datang.
Cuma semalam dia tidur di sini bila Jed meminta. Sunyi katanya. Macam duduk dalam gua, bertapa seorang sendiri.
Daun pintu
dihempas. Suara mummy hilang. Jed terbaring lemah. Rasa nak menjerit aje. Kenapalah dia sendiri dalam rumah sebesar
alam ni? Apa fungsi rumah ni pada mummy
dan abah kalau masing-masing tak lekat dalam rumah?
Kalau kata tak
sempat nak duduk berbual ramah? Bertanya
khabar anak yang seorang ni? Dekat
pejabat pun, Jed bukan selalu jumpa dengan abah. Abah banyak meeting sana-sini.
Mujurnya dia dah
lepas umur anak remaja yang jenis suka lari daripada rumah la, buat hal
bukan-bukanlah. Dia dah lama sabar. Daripada zaman sekolah. Hingga dah umur dua puluh lima tahun ni,
mummy dengan abah tetap macam tu malah semakin jauh pulak. Buat dia cipta dunia sendiri. Menapak sendiri. Ditemani sunyi dan sepi. Hidup dalam dunia yang bisu.
Ingatkan hujung
minggu ni nak beraman damai ditemani Kak Zah.
Tapi, hampagas semua. Mummy pagi-pagi dah bikin kecoh. Abah entah mana hilang. Galas kayu golf lagi la tu. Bila dia balik lewat, mummy tahu nak kecoh
satu alam. Bila dia ada di rumah, ada
mummy datang dekat cuba nak sembang?
Huh…
Jed mengeluh berat. Jiwa dia sakit
sungguh. Hati dan dada dia terasa
kosong. Selain kerja dan Lis… hidup dia
hanya ada muzik dan kesunyian.
“Jehanna…”
Jed keraskan
badan bila daun pintu ditolak daripada luar.
Suara mummy memanggil. Dia hanya
keraskan badan memandang siling kapur cantik tu.
“Jehanna,”
panggil Ku Zarina lagi.
Jed ni tak
dengar ke dia panggil atau sekadar buat tak dengar? Saja nak duga sabar dia. Sudahlah ada pekerja berhenti tanpa
notis. Terkial-kial dia nak cari
pengganti.
“Dian Jehanna
Puteri!” Keras sikit suara Ku
Zarina.
Barulah Jed
rendahkan anak mata memandang mummy yang sedang mendekati birai katil. Ada handbag
Coach warna biru gelap tergantung siap di lengan kiri. Tanda mummy dah sedia nak keluar.
“Mummy nak
keluar ni pergi butik ni. Mummy bawa
kereta sendiri. Kalau kata Jehanna nak
guna driver, guna ajelah. Kot nak keluar sebab lesen semua tak buat
lagi, kan?”
Jed buat tidak
tahu. Langsung tak beri reaksi.
“Mummy ada hal urgent.
Urusan pekerja. Malam kita
jumpa. Hanna jangan balik lewat macam
hari tu. Mummy tak suka,” pesan Ku
Zarina lalu dia keluar daripada bilik anak dara yang seorang itu.
Langkah Ku
Zarina terhenti di muka pintu. Dia
teringat sesuatu yang Kak Zah bagi tahu.
Terus dia berpaling semula pada Jehanna.
“Oh... Kak Zah
kata wallet Hanna hilang? Nak pakai duit, ambil kad kredit mummy
ni. Cash
dalam laci meja solek mummy ada dua tiga ratus.
Nak guna, masuk ambillah, ya?”
Kemudian, Ku Zarina terus berlalu lagi.
Tiada
perbualan. Itu lebih berbentuk
arahan. Kalau perbualan itu adalah
dialog daripada dua pihak tapi ini mummy seorang bersuara. Hujung mata Jed terasa basah. Silap dia berlengah nak siapkan IC dan lesen
segala. Sekarang dah tersangkut dalam
rumah ni.
Jed
bangkit. Telefon dicapai. Rasa nak dihubungi Lis tapi perbuatannya
terhenti. Lis mesti nak rehat dengan
keluarga hujung minggu. Lepas tu,
telefon diletak kembali. Tak sampai hati
nak sakitkan hati sendiri bila dengar Lis bergelak ketawa dengan
keluarganya. Dia cemburu. Hati jahat dia cemburu.
“Jehanna…” Suara Kak Zah merodok gegendang telinga.
Jed
berkalih. Senyum tawar dan memandang ke
luar tingkap yang terbuka lebar. Nampak
kolam renang daripada atas tu. Nak
terjun terus daripada tingkap ni pun boleh.
“Abang Zaman dah
ada kat bawah kalau Jehanna nak keluar.”
Jed diam
seketika sebelum menjawab. “Kalau nak
keluar, nanti Jed naik teksi aje, Kak Zah.
Suruh Abang Zaman balik ajelah.
Hari ni hari minggu. Abah tak
guna dia, tak kan Jed nak guna pulak.
Biar dia luang masa dengan keluarga dia.
Kak Zah pun kalau nak balik, baliklah… Jed boleh aje dok sendiri,” ujar
Jed lembut.
Kak Zah senyum
tipis. Kasihan sungguh pada Jehanna. Lepas habis belajar terus dipaksa masuk
kerja. Bijak, cantik, berpendidikan tapi
kenapa sisi gelap Jehanna tu membuatkan dia tak selesa mengetahuinya? Nak dinasihati, risau melebihi had orang gaji
pulak. Sekadar berkias dan dia yakin Jed faham.
“Kalau macam tu,
Jehanna nak tak ikut Kak Zah balik rumah Kak Zah,” ajak Kak Zah. Tak tahulah Jed nak ikut ke tidak. Teratak orang kebanyakan. Manakan sama dengan teratak milik keluarga
daripada keturunan Megat dan Ku.
Jed kalih. Dia pandang Kak Zah seketika dan
menggeleng. Tak pernah dia pergi ke
rumah Kak Zah. Tiap kali pun Abang Zaman
yang jemput dan hantar. Tak pun Kak Zah
datang dan balik sendiri. Dia teringin
nak pergi tapi masa sekarang ni, dia nak bersendiri.
“Tak
apalah. Jed nak keluar kejap lagi. Kak Zah balik la eh.” Jed menolak sopan. “Minta Abang Zaman hantarkan,” ujar Jed
sambil berlalu ke meja solek.
Puntung celak
hitam tebal dicapai. Didekatkan ke wajah
dan dilorek pada kelopak mata. Kak Zah
dah agak, Jed sedang menjadi sisi yang lain.
Bukan Dian Jehanna Puteri tapi Jed.
Tapi dia, berlalu juga meninggalkan Jed sendiri.
Jed pandang
wajah dalam cermin. Hidup dia meriah
dengan aktiviti dan kawan-kawan tapi hakikatnya jiwa dia sunyi. Bicara antara dia dan hati sendiri adalah
bahasa yang bisu. Berbicara tentang
kesunyian.
Rambut atas dia
dah panjang sebenarnya. Kalau dia lepas,
tak nampak dah yang pendek di kiri kanan kepala. Mummy bising tapi bila dia lepaskan rambut
dia bebas, adalah separa bahu dah.
Tertutup potongan askar di sisi kiri kanan kepala. Tak nak abah bising dan pejabat pandang
serong pada dia demi air muka abah.
Rambut diramas
seketika sebelum tangan dia terus menekan celak hitam tu pada sekeliling mata
menjadikan mata bundar dia sedikit tenggelam dan pudar. Sepudar kasih sayang dalam rumah dia
kini.
ORANGE
RANGE. Again.
Jed
mengeluh. Kenapalah dekat sini yang dia
tuju kalau kata bosan berkurung. Dahlah
Lis tak boleh nak temankan sebab mummy dia ajak pergi Pavilion. Dia pulak mana ada kawan lain selain
Lis. Sejak daripada bangku sekolah,
Merlis sajalah. Ada masanya Lis pun tak
faham situasi yang dia hadapi tapi Lis adalah pendengar yang baik biarpun
banyak masanya Lis terkebil-kebil aje bila Jed luahkan rasa. Buatkan dia malas nak bercerita.
Kaki kanan
diangkat. Dibawa menindih peha
kiri. Kedua-dua belah tangan diletak
pada kepala lutut. Jari-jemari bergerak. Jari-jemari runcing yang jelas rosak
hujungnya. Kuku pun teramat pendek. Kelabu asap.
Tak berkilat macam gadis-gadis lain.
Tak berminat nak masuk spa ke, apa ke.
“Air yang awak order, ya?”
Jed berkalih
pandang pada pelayan lelaki. Biasa dekat
Orang Range layan diri tapi kalau pesanan banyak dan pelanggan ramai, pelayan akan
hantar. Tengah hari di sini, tak ramai
tapi pesanan dia tetap dihantar. Jed
buat tak tahu. Cari tempat duduk,
lepaskan lelah, pandang orang lalu lalang, sudah.
“Thanks...” Perlahan Jed ucapkan terima kasih.
Waktu ni, ada cap Nike terletak kemas di atas
kepala. Nak ketuk helmet, datang dengan teksi.
Dia keluar berlenggang kangkung aje hari ni.
“Errr...”
Sekali lagi Jed
angkat wajah. Berkerut sikit kening
memandang pelayan lelaki ni. Nampak muda
lagi. Boleh jadi sebaya dia atau tua
sedikit aje. Pandangan Jed menghantar
pertanyaan. Dah nampak macam nak
menyoal, Jed memang buka laluan.
“Yes…. Anything?” soal Jed
sarkastik.
Lelaki di depan
dia sengih. Poket jeans diseluk. Langsung diletakkan
cebisan kertas tu di atas meja. Tepat depan
Jed. Dia tak berani nak bersuara bila
yang sebelah sana dah beri amaran.
Tambah pulak dengan renungan mata garang Jed yang hitam legam tu, siapa
pun takut nak pandang.
“Apa ni?” Bibir Jed terjuih pada kertas tadi. Sebaris nombor. Nombor telefon yang pasti.
Heh? Nak ngorat aku ke apa?
“Yours?”
tanya Jed lagi.
Qimi
menggeleng. Apalah yang aku nak jawab? Dahlah Que pesan jangan cakap apa-apa. Mungkir janji karang, kena sedas dua dek Que,
pedih juga telinga.
“Yours?”
Naik satu oktaf suara.
Dada dah
berlahar. Orang tanya tak nak
jawab. Ke nak kena simbah dengan air
dulu baru boleh buka mulut? Meletup aje
hati Jed.
“It’s not mine...”
“Then whose?” cantas Jed tak sabar. Letih main cak-cak. Menyampah.
“My friend...”
“So?”
Beku dan kaku Jed menyoal. Tak
berminat.
Hati Qimi dah
mengumpat perempuan krisis identiti di depan dia ni. Apalah taste
Que ni? Ini ke yang dia nak? Macam tak kena dengan Que je. Teruk sangat ni. Ramai perempuan ayu lain cuba dekati tapi
kenapalah perempuan ini juga yang dia nak?
“Dia bagi dekat
you. I sampaikan pesan aje.”
“Dengan
harapan?” selar Jed tak ada
perasaan.
Qimi dekat nak
tertanggal rahang. Apalah jenis soalan
yang dia ni kemukakan? Satu...
satu. Macam budak tadika.
“Dengan
harapan...” Suara Qimi meleret tapi mati
tiba-tiba.
Dia telan
liur. Matanya terhala ke belakang. Nampak wajah yang sedang merah menahan
marah. Mati aku. Daripada pandangan Que tu, dia tahu itu
pandangan amaran sebab dia hampir pecah amanah.
Masak.
“Err...I masuk dulu...” Qimi terus pusing. Pitam.
Tertangkap bodoh aje dengan kawan sendiri.
“Hey, kau tak cakap lagi kenapa ni?” jerit Jed sambil melambaikan kertas kecil tu
pada Qimi yang dah menonong masuk ke dalam kafe. Hai... apalah nasib.
“Aku ada jawapannya.”
Hampir terlompat
Jed masa ni. Silang dia jatuh
semula. Kepala dia menoleh ke kiri. Wajah melangut, anak mata naik, merenung pada
empunya suara.
“Kau!” Suara Jed dah tertahan-tahan oleh nafas yang
berhembus kasar.
“Ya, aku,” akui
Que. “Ada masalah?” tanyanya
datar. Soalan saja cari
nahas.
Jed mengeluh
berat. “Apa kau nak? Nak aku tebuk sungguh tangan kau?”
Selamba, Que
tarik kerusi dan duduk sedikit jauh daripada Jed. Risau dia.
Buatnya Jed ni bertindak macam hari pertama dia jumpa, jenuh tu.
“Itu nombor
aku...” Tanpa silu Que mengaku.
Eleh, kemain pesan dekat Qimi jangan bagi tahu
tapi dia pulak mengaku. Iyalah, dah
jumpa dekat sini. Mengaku ajelah. Tak salah.
Niat dia baik.
“So?”
Macam tadi juga nada Jed tapi terlebih dingin.
“Aku harap kau call aku...”
“Dengan
harapan?”
Que gelak
sinis. Soalan Jed ni tak berubah
langsung. Sama je. Macam dia dah rakam. Sebiji macam dah diprogramkan seperti terminator tu. Cakap apa
yang perlu aje.
“Tak ada harap
apa. Aku cuma harap, aku dapat pulangkan
ni pada kau.” Serentak tu Que letakkan wallet Jed di atas meja.
Jed bulat
mata. Dia pandang Que yang selamba. Mesti mamat ni dah tahu nama penuh dia
semua. Siapa dia, anak siapa, tinggal di
mana dan kerja apa.
“Kau curi, ya?” tuduh Jed menyinga. Tapi, masalahnya Que tetap tenang.
“Owh… itu satu tuduhan tak berasas. Satu fitnah dan fitnah tu dosa. Aku terjumpa… errr the truth is, aku tersepak masa nak balik daripada sini hari
tu and sorry... I’ve to open your wallet.
Sebab nak tengok siapa punya. Aku
tak usik apa-apa pun. Ni aku pulangkan. Nombor ni...”
Que tarik kertas kuning tadi dengan jari telunjuk dan jari tengah. Dikepitnya di antara dua jari tersebut dan
digoyang di depan Jed.
“Forget about it...” Ya, dia pun tak sangka. Datang ni sebab ingat nak tinggalkan aje pada
Qimi minta diberi pada Jed lepas beberapa hari tak ada berita.
Dia takut bila
dia datang, Jed tak ada. Hari ni boleh
ke dia kira langkah kanan? Entah. Tapi, melihatkan air wajah dan renungan membunuh Jed tu, rasanya langkah kiri. Tak pasal-pasal dituduh mencuri.
Apa? Rupa dia ada rupa pencuri ke? Ada nampak tangan panjang sampai ke lutut ke? Memanglah dia usaha keras demi mencari rezeki
tapi mencuri tu tak pernah pulak dia fikir.
Ibu dan arwah ayah tak pernah ajar anak-anak jadi pencuri.
Que
bangkit. Kertas tadi direnyuk dan
diletakkan di dalam poket jeans
lusuh. Hari cuti, seronok bersantai tapi
rasanya nak baliklah. Mood dia ada di rumah aje sejak
akhir-akhir ni.
“You, take care,” pesan Que mengakhiri
kata bila Jed pandang dia macam dia pulak yang salah. Baru nak pasang langkah, Que kalih lagi
sekali. Tapi, separuh. Separuh wajah aje Jed nampak wajah Que.
“Sorry tegur kau macam tu hari tu. Aku tak sengaja tapi aku memang tak boleh
dengar hal berkait dengan orang tua ni...”
Senyuman tipis diukir.
There
you go, Que.
Dah minta maaf, segalanya dah selesai.
Boleh hidup dengan aman lepas ni tanpa ada rasa bersalah atau
terbeban. You, say no more to Dian Jehanna Puteri.
Tapi, tak sempat
Que nak sampai ke motor, Jed menyeru dia.
Biarpun hanya ‘HEY’ tapi Que
tetap pusing kepala.
“Yup?”
Kening Que naik sebelah.
“Err... kau nama siapa?” soal Jed gagap. Orang dah berbudi tak boleh ke dia berbahasa
sikit.
“Kau nak tahu
nama aku ke?” tanya Que tanpa perasaan. Rasa nak pulakng paku buah keras pulak.
Jed angguk dan
Que sengih keji. “Dengan harapan apa?”
Melopong Jed
seketika. Hati yang sejuk membahang
tiba-tiba. Banyak cerita punya
jantan. Aku nak ucap terima kasih aje pun. Mood
baik Jed dah hilang. Kat rumah menggelegak, luar rumah
membahang.
Dia terus
bangkit hendak berlalu daripada Orange Range.
Tapi, suara Que menahan langkah Jed.
“Kau boleh
panggil aku Que.”
Jed kalih. “Itu aje?”
Tak puas hati pulak tahu nama Que aje.
“Cukuplah
tu. Nama aku hak aku. Ikut suka akulah nak bagi tahu nama penuh ke
nama panjang ke. Aku bagi tahu pun, kau
dah cukup bertuah. Okeylah... ciao!”
Que membidas lagi.
Dia angkat
tangan dan berlalu ke arah motorsikalnya.
Bagai ada magnet, Jed mengikut daripada belakang. Rindu motorsikal di rumah tapi lesen tak
ada.
“Weh, thanks...” Jed pandang wallet dia dan Que silih berganti.
Tak ada yang hilang. Semuanya
terletak pada tempat sepatutnya. Main semedang aje tuduh orang.
Que sengih tanpa
berpaling. Tali topi keledar
diketatkan. Kunci motor dah ada pada
leher motor. Bila-bila masa aje enjin
dihidupkan dia akan pergi dan dia tak harap jumpa lagi perempuan macam
Jed.
“Sama-sama.” Ringkas aje Que membalas. “But be
truthful to yourself, Dian Jehanna Puteri,” sambung Que lagi.
Dia rasa Jed
masih tak jauh terpesong ni. Masih boleh
diubati. Tapi, dia bukanlah
ubatnya. Hanya berpesan sesama saudara
Islam.
Mata Jed
bulat. Dah lama tak dengar mana-mana
lelaki panggil dia dengan nama tu. In fact, tak ada sesiapa pun. Mummy, Kak Zah dan abah panggil dia
Jehanna. Orang dekat ofis panggil dia
Cik Jed juga.
Que dah hidupkan
enjin EX5. Nak bergerak dah bila telinga
dia menangkap samar-samar dan cukup perlahannya suara Jed.
“Sorry pasal hari tu.” Jed ketap bibir. Malu juga bila Que tak buat jahat sikit pun
pada dokumen dia.
“Pardon me?” Kerut kening Que. Dia dah dengar tapi nak dengar lagi sekali
bagi jelas. Nak tengok setahap mana ego
Jed.
“Aku minta maaf
pasal hal hari tu...” Menggumam aje Jed
tuturkan kata. Que dah sengih
sinis. Lebar pulak tu.
“Oh, tak ada
hal. Salah aku juga. Apa-apapun, aku harap kau dah tak marah. Tenang hidup aku nak melangkah tanpa musuh. Harap lepas ni, kita tak jumpa dah sebab aku
tahu, kau mesti tak nak jumpa aku lagi.”
Halkumnya bergerak tatkala liur ditelan sedikit kasar.
“Apa-apa pun,
aku rasa kau lebih sesuai jadi Dian Jehanna Puteri daripada Jed. Tak apa nak jadi Jed tapi penampilan as a Dian Jehanna Puteri tu lebih sesuai
untuk kau kot... entah. But again, I don’t know you. So, no hard feeling please. Okey, aku blah
dulu. Sorry once again. Ciao!”
Minyak dipulas. Tak menanti Jed bersuara, Que berlalu. Terkebil-kebil Jed sendiri. Hari tu rasa sakit
hati tapi ini rasa pilu jiwa pulak mendengarkan pesanan Que. Dia genggam kemas wallet di tangan.
Que... Hati Jed berbicara bahasa kesunyian
lagi. Tapi, tak ada siapa mengerti. Nak mengharapkan Que yang baru dia kenali,
apatah lagi. Lelaki itu pastilah lebih
tak memahami. Jauh panggang daripada
api. Pasti!
Mata Que
memandang Jed dari dalam cermin sisi. Kasihan
pulak dia blah macam tu aje tapi apa
lagi urusan yang ada. Semua dah
selesai. Kalau tak, macam mimpi ngeri aje
bila ingat nak kena tikam dengan garfu.
Nak-nak dia hampir setiap kali pun buka wallet Jed. Tak ada kerja
sungguh kau, Que. Sampai ibu dah jeling
lain macam.
Sekarang, dah
sampai pada tuan. Maaf dah diminta dan
diberi. Que dapat rasakan, Jed tu paksa
diri jadi macam tu. Macam nak tunjuk
tanda protes. Tak puas hati?
Tapi umur berapa nak buat perangai macam remaja baru nak up?
Dah dua puluh lima tahun, patutnya dah pandai pilih mana yang benar dan
mana yang salah?
Sekali pandang
pada gambar kad pengenalan, biarpun tak bertudung tapi tak ada celak
hitam. Rambut pun cantik diikat tocang
satu. Gambar zaman remaja. IC tak pernah ditukar gamaknya.
Dan, sekeping
gambar yang dia scan dengan minda dia
tu terlakar kemas dalam kepala. Gambar
Jed dengan gelak tawa dengan seorang perempuan yang dia kenali sebagai Lis hari
tu.
Tapi, untuk apa
dia nak ingat? Bukan adik dia pun. Jed hanya salah seorang penumpang dalam dunia
ni. Macam dia juga. Apa yang pasti, dia lepas beban di bahu tapi
beban di hati, kenapa rasa macam sikit berat sekarang?
Kak rehan.. sangat mendalam perasaan Jed. Jiwa yg tercalar.. tpi apapun tetap best.. x pernah kecewa..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBset sgt2
ReplyDeleteBestttttt.....
ReplyDeletemcm pernah baca je kak..
ReplyDeleteTidak jemu baca walaupun diulang berkali kali tapi tak pernah jemu. RM terbaik.
ReplyDeleteBest. Kesian Jed w/pun hidup kaya raya tp miskin kasih saying....RM u r the best...
ReplyDeleteBest sangatt. Tak sabo rasa nk tunggu buku dia kuaaa :)
ReplyDelete-adawiah
hehehe...
ReplyDeletesuka ayat " dengan harapan"....
best...
Penumpang dalam.hati....
ReplyDeleteawesome !
ReplyDelete