Tuesday, March 15, 2016

Aku Telah Mencintaimu 22 (end)

SENYUMAN Reza manis bak madu.  Dia toleh ke kiri.  Wajah mummy masam tapi dia tahu mummy tak menghalang.  Cuma tak suka.  Biasalah.  Esok-esok dia bagi cucu dekat mummy, sukalah tu. 
Bahu mummy dipeluk erat.  Langsung tak pandang wajah Fandy.  Macam manalah dia nak panggil lelaki semuda itu uncle.  Geli dia. 

“Thanks, mummy tolong pilih dan bayarkan…” 
“Mummy dah janji dengan diri sendiri nak sediakan untuk wanita yang Reza pilih.  Walaupun mummy masih tegas dengan jawapan mummy…”
“Ala, setidaknya mummy tak larang jugak.  Itu dah buat Reza syukur sangat…”  Alhamdulillah, Ya Allah. 
Cincin belah rotan berukir emas putih itu dipandang lama.  Cantik.  Sesuailah ni dengan Willa.  Karakter Willa tu.  Ini cincin tanda aje.  Dia tak ikat Willa lagi bila Willa sendiri bagai kurang bersedia.  Janji Willa tak lari.  Itu dah memadai. 
“Bila Reza nak jumpa dia?”
“Reza busy minggu ni dengan projek lebuhraya tu.  Jadi tak sempat.  Lagipun, Willa tak suka Reza kacau dia bila hari sekolah budak-budak tu.  Mungkin hari minggu kot.  Boleh tak Reza bawa dia ke rumah…”  Sebenarnya dia nak rapatkan Willa dan mummy.
“Mummy takut tak sempat,” sela Engku Marlia antara dengar dan tidak.
“Ala, tak sempat apanya.  Ajak ajelah suami mummy tu tidur rumah.  Bukan rumah orang lain pun kalau mummy takut tak sempat…”  Dikerling Fandy yang diam.
Hai… rasa nak debik tu masih ada. 
“Reza,” seru Engku Marlia. 
“Mummy nak tengok Reza bahagia tapi hati mummy kuat kata yang Willa bukan bahagia Reza…”
Heh… dah kenapa pulak mummy ni. 
“Apa lagi yang mummy tak puas hati dengan dia?  Reza ingat kita dah okey?  Reza suka dia mummy.  Dia aje.  Tak akan ada yang lain…”  Wajah Reza dah berubah.  Dia bawa langkah keluar daripada Habib Jewel.
Malas betullah kalau macam ni. 
“Reza…”  Engku Marlia dah saingi langkah Reza.  Fandy juga.
“mummy tahu kerana dia anak mummy dan mummy sendiri mula sedar diri.  Harta tak bawa ke mana.  Tapi, pada mummy…”
“Your answer is still no.  I need at least a reason,”  pangkas Reza.
Engku Marlia kaku.  Macam mana dia mahu bagitahu ni…


WAJAH Aina pucat.  Saat ambulan itu tiba di depan pintu wad kecemasan, dan sebaik saja pesakit itu keluar daripada perut ambulan, dia longlai.  Andai tak diingatkan tugas dia sebagai seorang doktor, dia pasti akan meraung dekat situ. 
Dan dia kenal wanita yang sedang menemani.  Dia cam.  Tapi, Willa tak sedar diri.  Willa sedang lemah dengan nafas yang begitu perlahan dan denyutan nadi yang tak elok. 
“Umi, kan?” 
“Aina?”  Wajah umi berkerut. 
“Willa kenapa?” 
“Umi tak tahu.  Dia rebah tiba-tiba.  Malam tadi dia demam lagi.  Tapi, dia cakap tak ada apa-apa…”
Airmata Aina hampir menitis.  Rasa nak aje dia tampar Willa.  Dah cakap pergi hospital sebab demam berlarutan.  Tapi, degil.  Ini dah pucat tak berdarah dan jatuh pengsan. 
“Tak apa.  Umi sabar dulu.  Umi tunggu sini…”  Pintu wad kecemasan ditutup rapat. 
Aina jamah dahi Willa.  Tubuhnya membahang namun penuh sejuk sedang merintik.  Kenapa dengan Willa ni.  Kain kurung Willa diselak.  Nampak lebam dan bengkak teruk di bahagian atas lutut.
Jangan-jangan…


ANDAI bukan kerana dia lelaki, dia dah meraung dekat sini tapi kerana dia lelaki yang diciptakan kuat.  Malah Tuhan telah beri segalanya untuk dia.  Tak pernah kurang.  Apalah sangat dengan kekurangan yang dia terima saat ini.  Sepatutnya dia terima hadap dengan rasa syukur.  Tapi dia manusia kufur.  Airmata dia tetap menitis walaupun dalam tangisan sepi.
Wajah pucat lesi itu ditenung.  Pucat sebab demam.  Hidung berdarah sebab panas.  Nak pengsan sebab gastrik.  Pucat sebab gayat.
Kau penipu, Erwilla! 
Nak aje dia jerit tapi Willa sedang tidur dengan lena.  Mesin itu masih ada tanda.  Tanda nadi dan jantung Willa masih berdenyut.  Kata-kata Aina dan pakar tadi, memang buat dia hampir terduduk. 
Patutlah kau jual motorsikal kau.  Patutlah kau sanggup terima apa saja kerja.  Patutlah… entah berapa banyak patut yang perlu dia luah.  Segalanya seperti sudah tak bermakna. 
Andai sekali aje Willa berterus-terang, dia akan gadai segalanya demi gadis ini tapi Willa terlalu pentingkan diri. 
“Ini ke sebab kenapa mummy halang Reza?” 
Engku Marlia angguk.  Menitis juga airmata dia menatap wajah pucat itu yang nampak begitu sukar hendak hela nafas.  Malah, mesin di sekeliling katilnya dan juga wayar yang berselirat itu dah cukup buat hati bertambah perit. 
“Fandy cakap dekat mummy awal-awal lagi.  Dia dah anggap Willa macam adik sendiri.  Dan, bila dia berterus-terang tu, mummy dah tetapkan pendirian mummy.  Apa saja, jawapan mummy tetap bukan dia.”
“Kenapa baru sekarang, mummy?” tanya Reza teresak.  Dia tak tahu kenapa semua orang perlu berahsia dengan dia.  Sudahlah urusan hidup mati. 
“Ini rahsia Willa, Reza.  Bila cakap dekat mummy kau pun dah buat aku rasa bersalah sebab buka rahsia dia.  Tapi, aku betul-betul tak sangka yang korang berdua saling mencintai…” Fandy tunduk dengan rasa bersalah.
Rasa bersalah pada Reza malah pada Willa lebih lagi. 
Reza pejam mata.  Andai dia Reza yang lama, memang dia akan tumbuk Fandy ni cukup-cukup.  Tapi, dia Reza yang baru.  Yang berubah atas nasihat dan kesabaran seorang Erwilla.  Apapun terjadi, dia tak akan kembali pada dirinya yang lama.  Dia akan kecewa dan Willa akan lebih kecewa.
Menerima berita yang Willa adalah bekas pesakit kanser darah yang Aina sendiri tak tahu penyakit Willa.  Kerana sakit itu jugalah Willa berhenti belajar dan kerana mahu bertahan dengan ubat, Willa bekerja bagai tiada siang dan malam.  Sakit itu sembuh namun entah bila virus itu kembali menyerang dan memakan tulang dan sendi Willa. 
Padanlah dia selalu lihat Willa sakit tulang.  Tapi, gadis itu selalu menafi. 
“Willa,” seru Reza lemah. 
“Kau tunggu aku, kan?”  soalnya pada jasad yang terbujur kaku itu. 
Airmatanya jatuh tak terseka.  Lantaklah mummy dan Fandy ada pun.  Dia juga tak kisah dah pada Aina yang baru muncul.  Biarpun dikata keadaan Willa sudah terlalu kritikal, dia tetap percaya pada kuasa Allah. 
Jodoh dan maut, urusan Allah.  Dan, dia masih tak putus asa berusaha. 
“Aku tahu kau tunggu aku… aku dah datang.  Aku nak bawa kau pergi tempat yang tiada orang lain selain kita.  Dan, bakal anak-anak kita.  Bangun Willa.  Bukak mata kau pandang aku walaupun sekali,” pinta Reza merayu. 
Tak ingat dosa, dia dah pegang tangan Willa tapi apakan daya, semuanya membataskan.  Tangisan dan esakan Reza membuatkan Aina turut menitiskan airmata.  Tiada apa yang dapat dia lakukan buat masa ini.  Willa juga menolak untuk terima apa-apa rawatan lagi. 
Reza panggung kepala.  Dibiarkan airmata terus berjejeran.  “Patutlah kau cakap kau cinta aku hingga mati… tapi, aku…”  Kepala digeleng berkali-kali. 
Dia toleh pada Aina.  Menghantar harapan namun bila Aina menggeleng, bahunya mula terhinggut menahan sendu. 
“Reza…” 
Mata Reza bulat.  Cukup perlahan nama dia diseru. 
Willa sedang buka mata.  Sedang tersenyum payah.  Bibir itu nampak pecah dan berdarah.  Kering. 
“Awak nangis?” 
Laju Reza seka airmata.  Perlahan-lahan dia menggeleng. 
“Saya dengar awak kejut saya.  Tapi, mungkin sebab ubat… saya jadi letih sangat.  Rasa nak rehat panjang…”
“Willa, jangan cakap gitu,” larang Reza.  Seperti mengerti akan maksud yang Willa cuba sampaikan. 
“Saya beri awak masa, kan?”
Reza angguk.  Tak mampu lagi menatap Willa.  Tak berdaya juga untuk bersuara.
“Inilah masanya.  Saya dah sedia.  Saya harap awak juga…”
Tak!  Hati Reza meningkah.  Bukan ini cara dia bersedia.  Bukan ini yang dia nak. 
“Saya tahu, awak tak boleh terima.  Tapi ingat, tiada apa didunia ini yang bergerak atas telunjuk kita.  Kembali pada fitrah kejadian Allah.  Awak akan terima…”
Esakan Reza berubah kasar.  Dia angkat wajah.  Matanya merah.  Airmatanya mengalir langsung tak diseka tapi wajah ini terlalu tenang dengan senyuman. 
“Kita kahwin, Willa,” ajak Reza.
Katalah dia gila.  Dia tak kisah.  Biarpun untuk sesaat.  Dia mahu jadikan Willa milik dia.  Dan, dia janji akan cari Willa di syurga. 
Nak tertawa, tapi seluruh tubuh dan organnya tak membenarkan.  Willa ukir senyum.  Dipandang Engku Marlia.  Wanita itu angguk dengan wajah basah.  Aina juga sama. 
"Kenapa saya? Saya tak ada apa. Saya bukan sesiapa... saya..."
Nafas tenang dilepaskan.  Reza senyum paksa mengerling pada gadis manis di depan mata.  Sampai sekarang, Willa masih rendah diri. 
"Katalah apa saja. Tapi, aku telah cintakan kau..."


SEMUANYA tergesa-gesa.  Reza segak berbaju Melayu serba putih dan dia tahu Aina sudah pasti siapkan Willa.  Dikatil hospital, dia tak kisah.  Dia mahukan Willa dan moga Allah izinkan.  Kali ini saja dia meminta.  Dan benar-benar merayu.
Cincin belah rotan itu direnung.  Ini akan jadi kenangan terindah buat dia dan Willa.  Satu persatu kenangan dia dan Willa tergambar.  Bagaimana gadis itu terkesan akan permintaan dia pertama kalinya.
Dia kini tahu… setiap jawapan tipu Willa adalah kebenarannya. 
“Reza dah siap?” 
Reza kalih bila Engku Marlia menegur.  Dia senyum dan angguk.  Mendekati mummy yang sudah siap. 
“Reza akan jadi suami kejap lagi…” 
“Insyaallah.  Terima kasih mummy restui kami…”
“Sama-sama…”  Waktu ini emosi Engku Marlia tergambar jelas.  Airmatanya menitis laju. 
Mereka menapak.  Saat tiba dipertengahan anak tangga, bunyi dentingan menyapa telinga.  Reza memandang Engku Marlia yang kaku.  Dia juga sama.  Cincin itu lepas daripada tangan.  Dan dia, hanya mampu memandang.  Langsung tiada rasa hendak mengejar cincin itu tergolek hingga ke bawah. 
Saat ini, airmatanya kembali jatuh. 
Dia dapat rasa sesuatu. 


“KENAPA kau ikut permintaan aku?”
“Sebab saya nampak titisan airmata awak.  Saya rasa awak kesedihan.  Lebih daripada saya…”
Jawapan Willa terngiang-ngiang.  
Dia bersendiri menyurusi jalan hidup.  Laungan azan di masjid itu kuat menarik dia. 
“Permintaan akhir Willa… dia tak nak you tengok dia pergi.  Tapi, masa tu dia memang bahagia.  Dia tak sabar nak jadi isteri you.  Tapi, kita merancang, Reza.  Willa mesti selalu cakap macam tu pada you, kan… Allah yang merencana dan sebaik-baik rencana itu adalah milik Allah..”  Itulah kata-kata akhir Aina bila dia tak dibenarkan menziarah Willa.
Airmata Reza bertakung.  Dia dongak pada kubah. 
“Allah… sampaikan pada dia, kuteruskan perjuangan ini.  Terima kasih Allah kerana menghantar dia bila aku tenggelam dalam gerhana.  Menarik aku menuju mentari yang terang.  Terima kasih, Ya Allah… dan sampaikan pada dia.  Aku telah mencintainya.  Semalam, hari ini dan selamanya…” 
Reza senyum.
Airmatanya jatuh. 
Willa…aku telah mencintamu. 
Semalam…
Hari ini…
Selamanya…


Epilog

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau kekasihku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau kekasihku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih dipelukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Kupasrah di atas kehendak yang Esa
Ya Allah tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang Dikau janjikan nikmat untuk hamba-Mu
Kekasihku, akan kuteruskan perjuangan ini

Walau kutahu kau tiada di sisi – Engku Reza Mukhriz


TAMAT

Yang hidup pasti mati dan mengingati itu adalah pahala.  Terima kasih.  Maafkan atas kekurangan.  Dan, jangan serik.  Salam sayang

Rehan Makhtar

95 comments:

  1. 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  2. Kenapa sedih niiii......... banjir KKR...

    ReplyDelete
  3. seeedihhhnyaaaa 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  4. ��������������������������������������������������������

    ReplyDelete
  5. sedihnye... yang hidup pasti akan mati..setiap pertemuan ada perpisahan.. perpisahan yang abadi.. tabahlah reza..

    ReplyDelete
  6. sedihhh.tp peringatan utk semua.yg hidup pasti akan mati.

    ReplyDelete
  7. Kak rehan... sedihnye.....
    😢😢😢😢😂😂😂😂😭😭😭😭

    ReplyDelete
  8. pedih...menikam...tq Rehan utk karya yg bagus

    ReplyDelete
  9. Terima Kasih RM atas karya hebat ini.Sedikit sebanyak menjadi pengajaran buat kita yg masih bernafas di bumi Allah swt.

    ReplyDelete
  10. 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  11. Sedihhhhhhhhhhh ... laju air mata mengalir ..

    ReplyDelete
  12. Terima kasih rm...sgt memberi motivasi...terus berkarya

    ReplyDelete
  13. Tenkiuuu so much kak rehan... 1 lg cerita yg x prnah menghampakan.
    From kelate with ♥

    ReplyDelete
  14. banjir banjir....

    ReplyDelete
  15. When you feel you are alone
    Allah always there for you
    -noriatul-

    ReplyDelete
  16. Walaupun kisah ini sedih..tp byk pengajaran yg di selitkan..Terima Kasih Sis Rehan... ♥♥♥

    ReplyDelete
  17. Nòoooooooooooooo..
    RM nòoooooooooooooooooo..

    ReplyDelete
  18. Adduuhhhh...
    Libang libu sudah hati ini

    ReplyDelete
  19. Huhuhu hanya mati yg memisahkan kita

    ReplyDelete
  20. 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  21. 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  22. Mcm ada sambungan je..
    Willa x mati ke..

    ReplyDelete
  23. Mcm ada sambungan je..
    Willa x mati ke..

    ReplyDelete
  24. Bahagianye hanya sementara... Tp cinta tetap kekal abadi... Tahniah RM walaupun ending nya sedih tp tetap you the best...

    ReplyDelete
  25. Bahagianye hanya sementara... Tp cinta tetap kekal abadi... Tahniah RM walaupun ending nya sedih tp tetap you the best...

    ReplyDelete
  26. Terima kasih atas nukilan indah Rehan Makhtar...
    Tertitis air mata dek luahan rasa Reza Mukhriz

    -lynn-

    ReplyDelete
  27. Huhuhuhu,cedeynya...ape2 pn,tq kak RM

    ReplyDelete
  28. ������������ ottoke.. ottoke.. ottoke...

    ReplyDelete
  29. Kak REHAN!!!!! Apa akak dh buat ni...sedihnye :'( :'(

    ReplyDelete
  30. Air mata..air hidung semua meleleh tak terseka
    -miEza-

    ReplyDelete
  31. Ase kjap jer cte willa n reza nie... Xpuass.... Thniah n trma kseh kk rehan krn mencriakn hri2 sy ngn cte2 kk rehan... Xpernh xbest cte kk rehan...
    #kipidap
    #pasniexnakctesedihplease

    ReplyDelete
  32. Willa kembali kpd yg empunya hak-Nya
    Reza berubah krn ingin berubah demi kelangsungan hidup diir

    ReplyDelete
  33. Y kk rehan?? Hurtnye sy...
    Papepon cte ni best n byk pengajaran.. Dlm suka de selit ilmu.. I like.. ;)
    #Erwilla Reane Merlis
    #Engku Reza Mukriz
    #Rehan Makhtar
    #keep it up
    #nextstory

    ReplyDelete
  34. A beautiful touching love story..������

    ReplyDelete
  35. Why this ending like this.����������

    ReplyDelete
  36. Bagaimana dengan aina?
    Sahabat sebaik aina perlu juga dilakarkan jalan ceritanya..
    Jangan marah rehan.. Hehe
    -noriatul-

    ReplyDelete
  37. 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  38. Huhu..sob.sob..

    ReplyDelete
  39. Petang tdi bca dgn keadaan kelam kabut, rsa x fill.. now bca skali lgi. Mgalir air mata ni kak heran.. sgt sdih. Tp dlm hati ni mghrap kan sbalik nya.. tpi xsmua crita end dgn bhgia. Huhuhu mcm mna pun kak. Thanks ye.. lpas ni mst rndu erwilla dan reza.

    ReplyDelete
  40. Sory typo.. kak rehan

    ReplyDelete
  41. xmnyesal baca penulisan awak. lain dri yg lain. unexpected.thumbs up for this mini novel:)

    ReplyDelete
  42. nama watak mcm dalam diriku tiada dia kan2? hehe.. apa2 pon besttt!

    ReplyDelete
  43. tq kak rehan..mmg best..menangis saya baca😭😭😭😭

    ReplyDelete
  44. kak rehannnnn.,thank you soo much.meleleh dah air mata ni,.btol,.kita milik Dia selamaya,.thumbs up :p

    ReplyDelete
  45. Tqvm rehan utk satu lg karya yg Xpernah menghampakan. Hujan mencurah2 ni smpai bengkak mata 😢😢😢 hrp sgt smpt kawen tp itulah.. perancangan manusia Xsemestinya sama dgn perancangan Allah. Tqvm again. Moga terus punya idea yg kreatif dan penuh pengajaran utk karya2 seterusnya 👍👍👍

    ReplyDelete
  46. Novel yg bnyk pengajaran. Sedih sgt2😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  47. Fuh marathon part 1-22.
    Sedih! Tapi terima dengan hati yang terbuka. Setiap yang hidup pasti akan kembali pada pencipta-Nya.
    Terima kasih RM untuk naskah yang indah ini.

    ReplyDelete
  48. Fuh marathon part 1-22.
    Sedih! Tapi terima dengan hati yang terbuka. Setiap yang hidup pasti akan kembali pada pencipta-Nya.
    Terima kasih RM untuk naskah yang indah ini.

    ReplyDelete
  49. Air mata x berhenti mengalir... ini semua kehidupan .... RM tq...

    ReplyDelete
  50. hhuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  51. Tq kak..wlupun ending sedih, tp mmg byk nasihat yg sya dpt

    ReplyDelete
  52. dah agak dah....uwaaaaaaaaa.....sedihnyaaaaaaaa.........

    ReplyDelete
  53. tak ada perkataan lain selain.. best!!!

    ReplyDelete
  54. Terima kasih atas cerita RM dan pengorbanan ini, ERM

    ReplyDelete
  55. ending sedihhhh tapi best

    ReplyDelete
  56. endingnya sedih maaa..huaaaa...

    ReplyDelete
  57. sedihhhh.....good job rehan

    ReplyDelete
  58. Terbaikkk kak!!
    Akak takpernah failed buat saya rasa bangga baca tulisan akak sambil lap hingus pada kolar baju tshirt!

    ReplyDelete
  59. Syabas kak rehan. Akak berjaya membuatkan saya tersenyum sendirian. Walaupun ia hanya sekadar rekaan tapi banyak yang saya dapat ambil pengajaran mengenai hidup ini. kita ini pendosa.Manusia membuat kesilapan itu biasa. Tapi sejauh mana kita berusaha untuk berubah itu penting..Teruskan berjuang kak rehan.

    ReplyDelete
  60. 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  61. 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭

    ReplyDelete
  62. Mengharapkan keajaiban di hujung cerita.. Tapi mana mungkin akan terjadi.... Terima kasih atas cerita yg bermakna ini

    ReplyDelete
  63. 😪😪😪😪😪😭😭😭

    ReplyDelete
  64. A very good story.... Tp mata masuk habuk....huhuhu..
    Moga RM akan terus berkarya lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  65. A very good story.... Tp mata masuk habuk....huhuhu..
    Moga RM akan terus berkarya lagi dan lagi...

    ReplyDelete
  66. Waaaaa.... Sad ending yg bgitu mnyentuh hati... Best cite kak RM... Hbis sktak tisu... Thumbs up kak.. Love ur story
    Rockheart

    ReplyDelete
  67. Betul " menyayat hati, sedih giler weehh

    ReplyDelete
  68. Tahniah dan terima kasih atas garapan cerita yg sungguh menyusuk ke hati..walaupun kesudahannya bkn dgn kegembiraan dan kebahagian..

    ReplyDelete
  69. Tahniah dan terima kasih atas garapan cerita yg sungguh menyusuk ke hati..walaupun kesudahannya bkn dgn kegembiraan dan kebahagian..

    ReplyDelete
  70. Cerita ni sedih tapi best. Saya menanti karya seterusnya dari sis.

    ReplyDelete
  71. Tak aci....hu hu hu...

    ReplyDelete
  72. lain dari yang lain... sangat menyentuh hati... suka sangat2... tp sangat2 sedih... adoi.. menderita perasaan bila cinta tak kesampayan... bak kata org lama.. "cinta x semestinya memiliki.."

    ReplyDelete
  73. kenapa tiada nokta, saya tak faham dan ejaan pun salah

    ReplyDelete
  74. alaaa...sedihnya....nape buat dia mati😢😢😢😢😢😢😢

    ReplyDelete