Saturday, July 30, 2016

Black Swan 6

TIGA pasang mata saling memandang bila melihat Arel yang tersengguk di meja makan.  Mama, papa dan Irah… masing-masing buat muka pelik.  Tak pernah-pernah lagi Arel tersengguk di meja makan ni.  Paling tidak, makan dulu… lepas tu baru sambung rehat. 
“Arel tak tidur langsung ke dekat hospital?” 

“Hah?  Apa, ma?”  Mata dipisat beberapa kali.  Nasik goring kampung kesukaan dia hanya mampu dipandang.  Tiada daya nak ditelan.  Sampai rumah jam lima pagi.  Letak kepala, terus hanyut. 
Kemudian, buka mata jam enam setengah bila bilik diketuk mama.  Dia paksa diri bangkit solat subuh dan seperti baru saja terlelap, mama kejut lagi makan. 
“Arel dah berapa hari tak tidur?”  Dia tahu, Arel memang tak kisah tentang tidur kerana tugasnya memang begitu.  Tapi, sejak nak ambik bidang pakar ni, waktu rehat Arel lagilah tak menentu.
“Tidur aje bila ada masa…”  Dia senyum menjawab soalan mama.  Tak nak mama risau.  Cukuplah mama risaukan Irah seorang. 
Dia terus pandang adiknya.  “Irah cuti semester ni, tak buat apa-apa ke?” 
Irah hanya senyum dan menggeleng. 
“Semalam pergi mana?” 
“Hah, pergi mana apa?” 
Arel sengih sinis.  Saja dia serkap jarang tapi daripada cara Irah jawab, nampak sangat budak ni keluar malam tadi.  Balik entah pukul berapa. 
“Irah keluar sampai tengah malam, jadi apa-apa abang tak akan tolong…”  Arel terus bangun. 
Dia betul-betul perlu lelap seketika sebelum perlu bergegas ke hospital untuk susuli kes malam tadi.  Ikut hati, dia nak tidur dekat hospital… tapi dia tak nak buat orang tak selesa.    
“Abang tak elok doakan Irah macam tu…” 
Teguran Irah buat Arel matikan langkah.  Dia toleh.  Mata Irah nampak sayu. 
“Abang tak doakan Irah tapi abang pesan.  Itu peringatan.  Irah nak simpan atau nak buang, ikut Irahlah.  You’re a big girl, Izrahana.  Boleh fikir mana baik, mana buruk.  Ingat pesan abang…”  Terus dia sambung langkah masuk ke bilik. 
Irah memandang orang tuanya.  Selera makan dia hilang langsung. 
“Abang tu, asyik marah Irah aje…”
“Abang marah ke macam tu?”  soal papanya.
Irah tunduk.  Mama mengusap belakang.  “Betul kata abang tu, Irah.  Tiga empat malam sudah, Irah balik mengadu ada budak lelaki kacau.  Syukurlah ada yang tolong Irah tapi semalam Irah keluar lagi sampai lewat malam.  Mama tak cakap dekat abang sebab tak nak buat dia risau.  Dia dahlah banyak kerja.  Berhari-hari tak tidur.  Semua abang buat tu nak senangkan kita.  Nak senangkan Irah.  Jangan buat abang risau, ya?” 
Irah tak bagi tindakan.  Dia hanya pandang nasik dalam pinggan.  Dia tahu jaga diri.  Semalam ini, elok aje.  Cuma malam tu aje salah perhitungan.  Tapi, dia dah jumpa hero di hatinya. 
“Irah nak masuk bilik dulu…”  Terus dia bangun.
Encik Irman dan Puan Intan saling memandang. 
“Patut saya tampar aje budak Irah n.”  Geleng kepala Encik Irman dibuatnya dengan sikap Irah ni. 
“Dia bukan lagi umur untuk ditampar, bang…”  Betul kata suaminya, tapi umur sekarang adalah umur untuk Irah memberontak, andai ditegur secara kasar. 
“Saya ni, kesian dekat Arel.  Risau memanjang dekat adik dia…”  Nada Puan Intan kedengaran kesal.
“Itulah.  Rasanya, boleh dah suruh Arel tu kahwin.  Mana tahu, bila ada isteri… dia lebih jaga diri sendiri…” 
Ahmad Izrail tu, terlalu menjaga orang lain.  Padahal diri sendiri… dan malam tadi, entah apa yang jadi.  Kemeja Arel penuh darah.  Bila ditanya, Arel seperti tak mampu nak jawab.  Sepertinya tiada langsung tenaga yang berbaki. 



MATANYA terbuka seketika dan terkatup lagi.  Dia ingat lagi macam mana dia cabut IV drip masa ada di bilik air dinihari tadi.  Bergegas menukar pakaian dan terus saja keluar dariapda hospital bagaikan tiada apa yang terjadi.  Tenang…moga langkah dan tingkah tak disyaaki.
Sekarang… matanya melilau. Bilik yang hanya sekangkang kera inilah tempat dia tinggal sejak bertahun yang lalu.  Pernah dia bawa nenek ke sini, tapi serba serbi tak sempurna.  Kerana itu, dia hantar nenek ke rumah harapan.  Di situ, makan pakai nenek terjaga.  Sebulan sekali, akan ada pemeriksaan percuma.  Bersama dia, apa yang ada?  Melainkan derita? 
Tilam bujangnya sudah terlalu nipis.  Selimutnya juga dah begitu lusuh.  Berbekalkan sebiji bantal kekabu dan almari kayu lama… ini dah lebih cukup buat dia sebenarnya. 
Matanya kembali berat.  Gamaknya, kesan ubat semalam tak hilang lagi.  Saat kelopak mata terkatup rapat, wajah cemas Arel muncul.




HANYA dengan berkemeja dan jeans, Arel masuk ke bahagian kecemasan HKL.  Wajah Cik Nija muncul tersenyum.
“Doktor bukan masuk malam ke hari ni?” 
Arel angguk.  “Semalam ada pesakit perempuan.  Macam mana dia?” 
Cik Nija kerut kening memandang pada kawan di sisi.  Tiada pun.  Yang ada masuk pagi ni, budak sekolah jatuh motor.  Itu pun lelaki.  Tapi, tak teruk mana.  Cuma luka tergores pada jalan raya aje.
“Saya masuk pagi ni, tak ada pulak pesakit perempuan, doktor…”
Arel kerut dahi.  Tak ada.  Atau dah masuk ke wad?  Eh…  Cik Amni pun dah balik  lepas bertugas shift malam. 
“Tak apa, Cik Nija.  Saya masuk tengok dalam wad…”  Arel terus menapak.  Tak beri ruang untuk Cik Nija menyoal kerana dia tahu, pandangan Cik Nija adalah pandangan yang penuh dengan persoalan. 
Tapi, sebaik saja masuk ke dalam wad… langsung tiada nama itu dalam rekod daftar.  Jangan-jangan…
“Boleh dia lari.  Tinggal baju hospital dalam bilik air.  Sakit apa budak tu?” 
Arel pasang telinga bila cerita antara dua orang jururawat itu menarik minatnya. 
“Entahlah.  Malam tadi, katanya Doktor Arel yang bawak dia ke sini.  Tapi, pagi ni tak ada dekat wad.  Lepas tu, cleaner cakap jumpa baju pesakit dalam bilik air perempuan…” 
Dahi Arel menyengat tiba-tiba.  Memang sah orang tu Isra.  Adeh… apa kau dah buat ni, perempuan! 
“Dengar kata lagi, perempuan tu makwe dia.  Sebab sebelum ni pun, diorang ada jumpa dekat klinik lepas tu hari tu, Doktor Arel rawat dia secara personal.  Time dia rehat pulak tu.  Lepas habis waktu pesakit luar.  Tak ke rasa perempuan tu memang istimewa?” 
Adeh…makin berdenyut kepala dia dengan gossip yang baru menyapa telinga. 
“Itulah.  Aku dengar jugak.  Gamaknya, Doktor Arel tu bertepuk sebelah tangan tak?  Orang tu tak sudi, dia yang tersua-sua.  Tapi, pelik kalau perempuan tu tak nak.  Kalau aku, Doktor Arel senyum pun rasa melayang, ini kan pulak dapat special treatment lagi…”
“Entah-entah perempuan tu gila tak?”  Kedua jururawat tersebut ketawa kecil.
Arel tersengih sendiri. 
Gila?  Memang perempuan gila!  Sampaikan dia pun dekat nak gila sama. 
Perlahan-lahan, Arel hampir dua orang jururawat tersebut.  Diukir senyuman menyembunyikan rasa sebal dalam hati. 
“Pukul berapa perasan dia tak ada?” 
“Errr…”  Salah seorangnya gugup.  Iyalah, mana tak gugup kalau tertangkap dek doktor bercakap di belakang. 
“Dalam jam lapan pagi tadi, doktor…”
Arel lepaskan nafas.  Dia pandang jam.  Sejam awal.  Dia terus tersenyum biarpun payah bila rasa marah menguasai diri.
“Kalau gitu, tak apalah…”  Langkah lemah diatur keluar hospital.  Menuju ke tempat letak kereta. 
Menyesal betul dia tolong orang macam tu!  Tak kenang budi langsung.  Dia bukan mintak balas pun.  Tapi ya, Isra membalasnya dengan buat nama dia lebih mahsyur lagi.  Dia dah jadi topic utama dalam hospital ni.  Semua orang bercakap tentang dia dan Isra.  Paling menyakitkan, cinta bertepuk sebelah tangan. 
Heh.  Bila masa aku pernah jatuh cinta? 
Si Isra pun… tahu tak, dia ni macam orang mabuk todi tak cukup rehat tapi dia gagahkan diri lepas lelap setengah jam untuk menjenguknya tapi orangnya pula hilang. 
Israfil! 
Aku dapat kau nanti, aku retas balik jahitan kau tu!  Baru kau tahu, aku pun ada sisi jahat jugak!  Hati Arel menyumpah geram.  Dia mahu menjejaki, tapi di mana?  Ke rumah harapan?  Tentu semua orang berasa pelik. 
Lagi parah andai Nenek Kalsom bertanya tentang hubungan dia dan Isra?  Jawapan apa yang mahu diberikan.  Kenal pun tak berapa lama, hati dia sudah pandai risau tentang bduak perempuan jalanan tu? 
Argh… kacau!  Arel hempas pintu kereta sedikit kuat.  Suara Isra sewaktu menahan sakit semalam, bagai kembali berbisik.
“Ada masanya, hidup ni tak ada pilihan…” 
Arel tahu… Isra maksudkan tentang dia.  Serta-merta, marahnya reda. 

Israfil… mana kau!  

12 comments:

  1. apa jadi ngan Isra..

    ReplyDelete
  2. Waaa,ape yg jadi..sapa yg ketuk cermin kete tu..saje kan kak rehan...huhuhu

    ReplyDelete
  3. Rehan nikan....buat hati kita dupdap lak..aiseh....btw..terima kasih utk entry di hari cuti...

    ReplyDelete
  4. nape tu .. ape dh jadi dgn isra ?? makin x sabar nk tau

    ReplyDelete
  5. ������ curious nyaaa . Mesti lambat lagi rm nak updte

    ReplyDelete
  6. Alaaaaaaaa berdebar ni..apa jd sbnrnye.. byknye persoalan yg belum tersingkap 😦😣 hihihi sikit pon arel Xnafi kat nurse yg bergossip tu 😅 thx for the update RM 🌹🌹🌹

    ReplyDelete
  7. kenapa isra tu? kena kejar anjing ker?

    ReplyDelete
  8. Kak.....pls..cpt la publish jd novel...huhu

    ReplyDelete
  9. Kak.....pls..cpt la publish jd novel...huhu

    ReplyDelete
  10. Cpt la kak.. update lg.. xsbr pula sy. Huhu

    ReplyDelete
  11. Tengah2 baca butang new post xde..wei trkedu

    Superb ah cita akk,menunggu next episode

    ReplyDelete