Wednesday, August 03, 2016

Black Swan 7

LIUR ditelan berkali-kali menahan sakit.  Isra ketuk perlahan cermin kereta Arel tapi lelaki itu masih gamam memandangnya.  Terkejut gamaknya.  Kali ini, tangan kiri yang berwarna merah mula naik menyentuh cermin kereta.  Mata tajam Arel semakin bulat.  Bila lelaki itu tolak pintu kereta, dia jatuh terduduk.  Tak mengaduh tak mengeluh.  Hanya menggigit bibir sendiri menahan sakit. 
“Isra?  Kenapa ni?”  Tiada lagi panggilan Cik.  Rasa tak sesuai nak bercik segala. 
Arel mencangkung.  Tangan kiri Isra dicapai.  Darah tapi luka daripada mana?  Dia belek tubuh gadis itu dan jaketnya koyak.  Dada Arel berdebar demi melihat lapisan baju yang juga koyak sepanjang sejengkal.

“Isra?” 
“Boleh tolong saya?”  pintanya seperti tiada lagi pilihan.
Tak sangka, lelaki yang dia tumbuk malam itu kembali dan dengan kudrat  yang tak seberapa, dia tak berdaya menghanyun penumbuk untuk membentengi diri bila diserang hendap oleh lima orang lelaki. 
Bila tertoreh dengan pisau Rambo itu, dia kumpul kudrat melarikan diri dan bila dia rapati kereta Arel, sekumpulan lelaki itu berlalu dengan riak yang begitu marah.  Hampir beberapa ketika dia memerhati, menimbang untuk mengetuk cermin kereta Arel atau tidak… akhirnya dia ketuk juga. 
“Kenapa Isra?  Pinggang awak ni…”  Arel ketap rahang melihat darah yang masih segar mengalir.  Dibelek tanpa meminta izin seperti selalu. 
Lama dia perhati kawasan yang mengalir darah itu lepas dialih tangan Isra.  Dahinya berkerut lebat.  Dua lapisan kulit telah ditoreh.  Kerana itu darah masih membuak.  Jika lapisan pertama aje, darah tak akan sebanyak ni. 
“Kita pergi hospital…”  Nak masuk klinik pun, kunci ada pada Cik Nija.  Haih.  Kacau betul.  Patut tadi dia terus paksa!  Paksa Isra masuk dalam kereta.  Biar dia hantar walau sejauh mana perjalanannya. 
“Mari, saya dukung…”  Arel mahu letak tangan pada belakang dan bawah lutut Isra tapi gadis itu melarang.
“Saya bangun sendiri…” 
“Saya dukung!”  Arel keras. 
“Saya bangun sendiri!”  Isra lebih tegas.
Apalah semua perempuan yang dia kenal ni keras kepala?  Tak cukup dengan adik sendiri, ini adik orang pulak dah! 
Sudahnya Arel hanya mampu memandang.  Sesekali, tangannya hidup hendak memaut tubuh Isra yang nampak nak tumbang dan bila dia buka pintu kereta sebelah penumpang, Isra sekali lagi mati kutu di situ.
“Kenapa pulak?”  Dia dah tak betah lihat darah yang mengalir daripada celah jari Isra yang menekap luka tersebut.  Diseluk poket, sapu tangan pun tak ada sekarang ni!  Cebisan kain pun tak ada! 
“Nanti kereta doktor kotor…”
“Hah?  Kereta kotor?”  Tak tercapai dek akal dengan kata-kata Isra ni.  Kalau risau kereta dia kotor, kenapa gatal tangan nak ketuk cermin kereta tadi? 
“Awak pilih sekarang.  Nak masuk dan biarkan kereta kotor lepas tu kita boleh cuci atau pun awak nak dok sini, saya tinggal awak sorang biar kering darah awak!  Nak?  Mana satu?!”  sergah Arel bengis.
Dia terus tolak bahu Isra memaksa gadis itu masuk.  Isra mengaduh.  Lantaklah.  Daripada dok buat drama dekat sini.  Darah tu kian mengalir.  Dah nampak depan mata, dia rasa bertanggungjawab.  Pintu kerata ditutup rapat.  Laju Arel melompat atas bonet dan terus masuk ke dalam perut kereta.
“Jangan banyak gerak, Isra.  Duduk statik.  Lagi banyak pergerakan, lagi banyak darah mengalir…”  Sesekali, dia jeling Isra. 
Lampu kecemasan dinyalakan.  Arel menambah kelajuan.  Hingga HKL ada depan mata, dia terus masuk ke bawah bumbung bahagian kecemasan.  Tak apa untuk seketika.  Takpun nanti, dia boleh mintak tolong orang alihkan.  Dia dah biasa macam ni andai ada kes-kes kecemasan. 
“Eh, doktor?”  tegur seorang attendant.
“Tolong alih kereta saya kejap…” 
“Ya, baik…”  Attentant itu gagap tapi hanya menurut bila melihat Arel kemas memaut lengan seorang perempuan.
Hai… sejak dua tiga hari sudah, tak lepas gosip tentang Doktor Izrail dengan seorang perempuan.  Ingatkan gossip murahan.  Rupanya memang gossip berharga.  Tapi, tak kanlah dengan perempuan ni. 
Sebaik saja masuk ke wad kecemasan, seorang jururawat mendekati.  “Urgent ke doktor?” 
“Ya.  Macam luka kena pisau.  Tolong baringkan dia.  Kejap saya datang…”  Dia terus tinggalkan Isra dan menghampiri sinki, mencuci tangan. 
Tak lama, dia kembali duduk di depan Isra dengan alatan yang sudah sedia.  “Dua kali, Isra.  Hutang awak dengan saya bertambah.  Macam mana nak lunas kalau macam ni tiap kalinya?”  tanya Arel perlahan.
Nak marah pun, tak ada guna.  Dia tak sempat nak tanya apa pada Isra.  Orang dah sakit, nak tambahkan sakit hati lagi… dia bukanlah kejam sangat. 
Pinggang Isra langsing.  Langsung tiada lemak lebih.  Atau Isra ni sebenarnya kurus sangat.  Baju aje besar.  Setelah dia pastikan bius terkesan, Arel menusuk kulit Isra.
“Nasib baik tak dalam, Isra.  Sekarang, boleh awak bagitahu saya apa jadi tadi.  Kali ni, saya betul-betul kisah…”  Jahitan siap. 
Tuhan… apalah nak jadi.  Tak sembuh lagi satu luka, tambah lagi luka baru. 
“Orang yang sama malam tu,” ujar Isra pendek dan rasanya Arel mesti tahu mereka itu datang untuk membalas dendam.  Menyerang hendap dia.
Kepala katil Isra diangkat.  Arel lepas nafas.  Mata yang layu jadi segar bugar.  Terkejut punya pasal.  Dia pandang wajah Isra lama.  Nampak Irah di sebaliknya.  Terus dia keluarkan telefon dan bila panggilannya tak bersambut, dia tahu… Irah tiada di rumah. 
“Jangan hidup macam ni, Isra.  Tak elok…”
“Maaf, doktor…” pinta Isra ringkas.
Mata Arel berair tiba-tiba.  Merah menahan tangis.  Saat ini, dia rasa sangat rapat dengan Isra.  Boleh jadi kerana dia dah kenal Nenel Kalsom dan dengar cerita tentang Isra. 
“Tak perlu minta maaf dekat saya.  Dua kali… kali pertama mulut pecah.  Empat jahitan.  Baru tak berapa lama, abdomen awak pulak rabak.  Belas jahitan.  Lepas ni, jangan pulak pisau tu tertusuk terus dekat jantung awak!” 
“Maaf, doktor…”  Maaf itu kerana dia tiada pilihan dan mengetuk cermin kereta Arel. 
Sungguh… andai dia berdaya, kelima-lima lelaki itu pasti teruk dilanyak.  Cuma tadi, dia terlalu letih.  Itu pun sehabis daya melawan.  Hingga tiada pilihan, barulah pisau itu dikeluarkan oleh salah seorang daripada mereka.  Tapi, dia masih sempat elak.  Andai tidak, bukan di sini dia.  Tapi dalam bilik mayat. 
“Awak kena masuk wad.  Paling tidak sehari dua.  Luka kali ni bukan macam luka dekat mulut awak tu lagi dah.  Kali ni lain.  Saya kena report polis.  Ini dah jadi kes jenayah…”  Arel terus bangkit.  Diisyaratkan nurse menutup luka Isra. 
“Doktor, jangan…”  Tapi, kata-kata Isra mati di situ bila tirai itu ditutup. 
Langkah kaki Arel mati.  Dia dail lagi nombor Irah tapi masih tak berjawab.  Mungkin Irah tidur.  Sehabis daya dia nak pujuk hati.  Nak percayakan Irah.  Tapi, tak boleh.  Arel menoleh.  Daripada celah tirai, matanya terpaku seketika.  Entahlah… otaknya melarang perbuatan itu tapi hatinya minta dia terpaku di situ. 
Saat jururawat itu membuka jaket Isra.  Terdedah lengan dengan baju-T lengan pendek itu.  Parut lama bersusun torehannya.  Kemudian, bila baju-T itu disingkat sedikit hingga nampak perut, sebelah kanan juga ada parut lama yang pendek sedikit daripada luka baru ini. 
Mata Arel naik pada wajah Isra.  Dahi itu pun berparut dan tak lama, tepi bibir itu pula.  Ditambah dengan luka yang baru dia jahit… entah berapa puluh parut yang melekat pada tubuh Isra.  Rasa nak aje dia serbu masuk dan rentap pakaian yang membalut tubuh Isra.  Rasa nak kira sendiri parut yang ada. 
Hidup yang bagaimanalah gadis ini lalui? 
Andai teruk sangat, mana mungkin penghuni rumah harapan begitu menyayangi gadis ini?  Atau, Isra ada dua sisi berbeza?  Ralit dia memerhati, hinggakan dia tak sedar, tingkahnya tertangkap oleh mata Isra.
“Saya tukar sendiri,” ujar Isra pada nurse tersebut.  Wajahnya terasa merah.  Cepat-cepat dia turunkan semula baju-Tnya.    
Barulah Arel larikan mata dan terus berganjak daripada situ. 
Tapi, itu malam tadi.  Sekarang, dia dah balik ke bilik sendiri.  Dia larikan diri.  Sebab… dia tak mahu susahkan lelaki itu lagi.  Tak terbayar segala hutangnya biarpun cara Arel menuntut hutang berbeza. 
Entah kenapa, buat pertama kali setelah dia disakiti, airmatanya jatuh kali ni. 
“Jangan hidup macam ni, Isra…”  Kata-kata Arel… tapi yang lebih buat dia rasa terbeban adalah mata merah lelaki itu saat memandang dia malam tadi. 

Dan dia, teresak-esak sendiri.  

...bersambung

18 comments:

  1. Rasanya ni BAB 7 bukan bab 8....
    Coz ada sambungan dr bab 6

    ReplyDelete
  2. sedihnya. apapon best sgt. tq kak rehan

    ReplyDelete
  3. Aduh....mata dah masuk habuk plak...

    ReplyDelete
  4. Tq kak..sabar menanti bab seterusnya

    ReplyDelete
  5. Tq kak..sabar menanti bab seterusnya

    ReplyDelete
  6. hari2 duk masuk blog ni nak tau sambungan nya..
    best sgt...cepat sambung RM....

    ReplyDelete
  7. Cerita RM mmg x pernah x best...tak sabar nk kena tggu next n3...

    ReplyDelete
  8. Tak pernah tak Best. Rase mate pulak nak merah

    ReplyDelete
  9. Sedihnya.. kesian isra, sejak bila la dpt parut byk sgt tu 😧😦😢

    ReplyDelete
  10. Isra..skit bila baca ni,saya suka baca crita akk tntang cinta yg sebenrnya skit..bile sayang kata xboleh than tengok dia skit..pedih ja rasa

    Tq kk. Sy suka Penulisan akk

    ReplyDelete
  11. unik betul cerita kak rehan. lain dari yang lain.seorang doktor dah nak bercinta dgn pesakit

    ReplyDelete
  12. kak rehan.. da siap ke cerita ni. xsabar nk baca . xtahan sabr da ni. :(

    ReplyDelete
  13. suka cite kak rehan.. da siap ke cite ni. xsabar nk baca abes.

    ReplyDelete
  14. cite RM ..mmg buat sy tertunggu2 lagi..lagi dan lagi .. x sabar nk tau kisah sebelum dan selepas..

    ReplyDelete