Ingat lagi tak cerita ni. Kisah antara Willa dan Reza. Pengakhiran yang hurtttt sangat. Mana tahu, ini penyembuhnya setelah setahun. Order dibuka sekarang. Insyaallah akan dapat minggu akhir Mac. Tiada di kedai buku. Untuk pembelian, rujuk poster.
"Semua penulis akan MENINGGAL. Hanya KARYANYA sajalah yang akan ABADI sepanjang masa. Maka TULISLAH sesuatu yang akan MEMBAHAGIAKAN dirimu di AKHIRAT kelak..." .: Saidina Ali bin Abi Talib :.
Showing posts with label ATM. Show all posts
Showing posts with label ATM. Show all posts
Friday, March 03, 2017
Tuesday, March 15, 2016
Aku Telah Mencintaimu 22 (end)
SENYUMAN
Reza manis bak madu. Dia toleh ke
kiri. Wajah mummy masam tapi dia tahu
mummy tak menghalang. Cuma tak suka. Biasalah.
Esok-esok dia bagi cucu dekat mummy, sukalah tu.
Bahu
mummy dipeluk erat. Langsung tak pandang
wajah Fandy. Macam manalah dia nak
panggil lelaki semuda itu uncle. Geli
dia.
Aku Telah Mencintaimu 21
WILLA melemparkan jauh pandangan ke tengah
tasik yang lapang. Tasik buatan atau
tasik semulajadi, dia pun tak tahu. Umi,
pengetua pondok pun tak tahu. Pondok
Raudhah ini terkedalam jauhnya di kawasan Ulu Langat ini. Tapi, Reza langsung tak sesat.
Aku Telah Mencintaimu 20
APA
yang buat mummy begitu keras hati? Dia
sendiri dah buntu. Nak dipujuk, sudah
bergelen airmatanya jatuh di depan mummy.
Hendak berkeras, pesanan Willa masih berdengung tak henti.
Aku Telah Mencintaimu 19
TIADA
siapa yang menyuruh tapi rasanya, dah sampai masa dia pergi. Aina terlalu baik dan dia telah buat airmata
Aina menitis berkali-kali sejak dulu. Pakaian
terakhir disumbat dalam beg galasnya.
Dipejam mata seketika. Wajah
basah Aina muncul lagi. Diganti dengan
wajah mengharap Reza.
Aku Telah Mencintaimu 18
KAIN
KURUNG dibetulkan sebaik saja dia turun daripada motorsikalnya. Sebaik saja dia lepasi pagar, tubuhnya
tiba-tiba dipeluk daripada belakang.
Erat. Hampir dia terjerit andai
tak dengar gelak tawa adik-adik yang sentiasa ceria.
Aku Telah Mencintaimu 17
SISA
airmatanya masih lagi jatuh ke pipi.
Airmata taubat dan penyesalan kerana zalim pada diri. Dipanjatkan soalan pada Tuhan. Apakah yang perlu dia lakukan. Di kiri memerlukan, dia kanan
meresahkan.
Aku Telah Mencintaimu 16
ENGKU
Marlia tersenyum tenang. Panggilan
daripada kawan lamanya, Rozita benar-benar buat dia lega. Segala yang telah dirancang nampaknya sedang
berjalan lancar. Langsir pintu gelansar
itu diselak tapi tangannya ditahan. Dia
rasa pinggangnya dipeluk.
Monday, March 14, 2016
Aku Telah Mencintaimu 15
KETUKAN
kali ketiga pun, Willa buat tak tahu.
Hai… apalah yang sedang kawan baik dia ni fikir. Aina menapak masuk. Mendekati Willa lantas tangannya berlabuh
tepat di atas bahu Willa.
Aku Telah Mencintaimu 14
MALAM
tadi dia demam lagi. Dah berkodi ubat
yang dia telan. Tapi, demamnya hanya
kebah sekejap cuma. Dia tilik wajah di
dalam cermin. Makin pucat. Dia sebenarnya keletihan. Menghitung masa untuk berehat dengan tenang. Tapi, dia masih perlu bekerja keras. Dia tak akan putus asa biarpun cita-citanya
yang satu itu telah lama terkubur. Tak
apa, dia masih ada tulang empat kerat untuk dia bela diri sendiri.
Aku Telah Mencintaimu 13
WILLA
diam disatu sudut. Kaku di situ. Menanti sesi kuliah bermula. Dia benar-benar rasa tak selesa. Dia demam.
Tubuhnya sedikit hangat. Dalam
seminggu, hampir tiga kali dia demam malam.
Sejuk dan menggigil hingga merenik peluh sejuk terbit di seluruh
romanya.
Friday, March 11, 2016
Aku Telah Mencintaimu 12
BIRAI cawan
dibawa rapat ke bibir. Reza ukir senyum
lebar. Haila Willa. Dalam beku pun, pandai mengayat. Dia dekat nak percaya dah kata-kata Willa
siang tadi. Nasiblah akal waras dia
terus memberi alarm.
Aku Telah Mencintaimu 11
HATI Aina
diselubung hampa. Dah dua hari Willa
sihat. Dia pun dah kena kerja
malam. Seperti bertahun dulu, saat
pertama kali dia bertanya… Willa diam dan sekarang juga sama. Hanya airmata yang mengalir. Dia tak tahu apa yang Willa buat sekarang dan
dia juga tak tahu apa yang telah Willa buat dulu.
Aku Telah Mencintaimu 10
GERAMNYA
bukan lagi geram biasa. Tapi dah geram
sangat. Dia dah pesan, berehat. Kan sekarang dah demam lagi. Jangan kata demam biasa, tapi demam
panas. Aina letak kain di atas kepala
Willa. Ajak pergi hospital tak nak.
Thursday, March 10, 2016
Aku Telah Mencintamu 9
DIA
hantar pergi langkah Willa hanya dengan pandangan mata. Bersembunyi di balik tiang melihat langkah
lemah gadis itu. Teringat masa Willa
sakit di rumah dia. Jangan pengsan dekat
tengah laluan pejalan kaki tu sudah. Dia
tak akan angkat. Dia tak akan simpati
lagi. Cukuplah sekali dia menjadi orang
lain. Dia tak didik hatinya begitu
lembik menghadapi perempuan.
Thursday, March 03, 2016
Aku Telah Mencintaimu 8
NAFAS
lega dihela. Nasib baiklah Uncle Ben
faham. Abang Fandy juga mengerti
walaupun mata itu tajam menjeling dia. Iyalah,
masa nak kerja merayu-rayu. Nak berhenti,
semudah itu dia cakap. Siapa tak hantar
pandangan tajam?
Tuesday, March 01, 2016
Aku Telah Mencintaimu 7
CEK
kosong. Jika dia isi angka satu diikuti
dengan enam biji kosong di belakangnya, melampau sangat tu. Willa angkat wajah memandang pada cermin di
depan. Wajah dia pucat dan semakin
pucat. Dia pun, bukan macam perempuan
lain yang suka bersolek. Cek tersebut
dilipat dan diletak dalam laci.
Thursday, February 25, 2016
Aku Telah Mencintaimu 6
TERSENTAK
bila bahunya dicuit. Senyuman Willa
terukir lebar. Terus dia tarik tangan
Aina duduk di sisi. Menghadap tasik Ulu
Yam. Tenang di sini menikmati keindahan
alam.
“Kenapa
datang sini? Sorang-sorang pulak
tu?” Aina sisip air yang baru dia buka.
“Mana
ada sorang…”
Wednesday, February 24, 2016
Aku Telah Mencintaimu 5
SOALAN
Willa dibiarkan begitu saja. Kan dia dah
cakap. Dia tak jawab soalan orang tapi
dia yang mencari jawapan. Malaslah dia. Willa ni pun dah cukup jadi masalah
sekarang. Nak-nak bila dia dengar
ketukan pada pintu bilik. Dah sudah…
Engku datang pulak dah.
Tuesday, February 23, 2016
Aku Telah Mencintaimu 4
KERAS
sungguh perempuan sorang ni! Sampai ke
sudah tak nak naik. Sudahnya, naik teksi
jugak. Meluat sungguh. Dia… memang tak pernah suka dengan perempuan
kasar. Sebab dia membesar dalam keluarga
di mana seorang jelitawannya lembut-lembut belaka.
Subscribe to:
Posts (Atom)