Wednesday, August 30, 2017

Objection 14

MATA Airin luas memerhatikan keindahan laut Phuket.  Cantik sangat sampai susah dia nak gambarkan dengan kata-kata.  Tak puas mata memandang.  Nak-nak bila Alif siap dapatkan dia bilik yang menghadap kolam dan lautan.  Lagilah dia teruja.  Dia labuhkan duduk di atas kerusi di beranda usai membersihkan diri.  Kejap lagi nak turun makan malam.  Dengar kata, masakan di sini kelas pertama.  Malam ni, bolehlah berenang. 
Dia renung kolam daripada tingkat dua bilik penginapannya.  Kolam itu nampak kosong.  Hanya ada seorang saja yang sedang berenang. 
Airin memicing pandangan.  Sebaik saja perenang itu timbul di permukaan, meraup rambut ke belakang, wajahnya jelas di pandangan mata Airin.
Dia tongkat dagu di atas pagar beranda.  Menatap penuh minat bila lelaki itu memanjat tebing kolam.  Mencapai sehelai tuala dan duduk di atas kerusi.  Mengelap rambut yang agak panjang.  Matanya tajam memerhati otot dan lengan kekar lelaki yang hanya berseluar pendek dan berbaju singlet putih.   
Boleh jadi rakyat Thailand tengok pada rupa kacak itu.  Tapi, pelancong Malaysia ramai jugak di resort ni sampaikan dia rasa dia hanya ada di Pulau Perhentian.  Airin bangkit.  Terus mengintai apabila lelaki itu bangkit dan berjalan masuk ke dalam bangunan.
Dia sengih.  Tajam.  Tuala di atas kepala dilonggarkan.  Rambut yang basah, dikirai dengan jari.  Rasa nak kenal lelaki segak itu, mencanak dalam dada.    



MENU MAKAN malam untuk tetamu, dia sendiri yang pilih.  Haruslah yang segar saja.  Dia tak nak jatuhkan reputasi resortnya dan juga nama dia sendiri.  Haih.  Rasa silap pulak setuju dengan temuramah ni.  Dia tak nak pada mulanya, tapi Rahim yang pujuk.  Ini untuk membakar semangat muda.  Memberi inspirasi. 
Inspirasi pada dia dulu hanya Zariq.  Tiada yang lain.  Setelah itu, ianya dapat membantu ramai orang.  Menyediakan peluang pekerjaan dan juga pada alam, dia anggap itu sebagai bonus.  Ramai antara pekerja dia yang datang daripada Malaysia dan juga rakyat tempatan.  Kebanyakannya, yang kurang berpendidikan melainkan di pihak pengurusan dan pemasaran saja.  Janji nak belajar setiap masa.  Ilmu itu tak kira masa dan di mana. 
Tapi sekarang, dia seperti tiada apa.  Jiwa dia kosong.  Zahirnya saja nampak gah.  Hakikatnya, berbeza.  Kekosongan yang semakin hari, semakin kontang tak berisi. 
Berat hati dia nak melangkah untuk makan malam bila Rahim mengetuk pintu biliknya.  Tapi, dia terpaksa juga.  Tak nak timbulkan apa-apa masalah.  Nanti, nama baik mereka juga yang rosak.  Rahim dah atur segalanya dengan elok. 
“Kau dah adjust semua?”  tanya Zafiq sambil melipat lengan kemejanya hingga ke atas siku. 
“Dah, bos.”
“Terima kasih, Im…”
“Apa-apa aje untuk bos…”  Rahim sengih.  Menekan punat lif.  Mahu turun ke bawah daripada tingkat sepuluh di mana hanya bilik Zafiq dan pejabatnya saja ada di sini. 
“Diorang tak pernah kenal aku, kan?”
“Eh, bos ni… bergurau pulak.  Jangan kata orang luar nak kenal, staff sendiri pun ada tak kenal bos lagi.” 
Rahim ketawa kecil.  Ingat lagi macam mana Zafiq datang resort dua bulan lepas.  Siap ada pekerja yang tanya dia menginap di sinikah bila terus saja menuju ke lif dan menekan punat tingkat sepuluh.  Siap dilarang lagi Zafiq naik.  Kata ini kawasan larangan.  Bos saja dapat naik ke sini dan juga pekerja. 
“Kau gelak dekat aku, Im?”  Zafiq buat suara dingin. 
Terus Rahim berdeham panjang.  “Err… taklah, bos.  Tapi, saya rasa eloklah kalau sesekali kita buat perjumpaan dengan semua pekerja.  Makan-makan sikit.  Yang dekat pulau uruskan tiram, memanglah kenal sebab bos selalu ke sana tapi bos jarang dekat sini.  Balik KL lagilah jarang…” 
Oh ya… Rahim tepuk dahi.  Sebut pasal Kuala Lumpur, dia baru teringat sesuatu. 
“Kau kenapa?”  Mata Zafiq menjeling Rahim.  Serentak itu pintu lif terbuka dan dia menapak segak menuju ke dewan makan.
“Bos, mak long call…”
“Bila?”  Langkah Zafiq mati.  Dia toleh pada Rahim.  Kenapalah lambat sangat budak ni nak cakap mak long call.
“Dua hari kot.  Dia kata cuba call bos tapi tak dapat.  Coverage tak okey saya cakap sebab sini asyik ribut aje.  Dia pesan, kalau tak dapat balik jenguk diorang dekat sana, diorang nak datang sini…” 
“Kau ni, Im.”  Fuh… debaran dalam dada Zafiq kembali tenang.  Risau jugak kot-kot ada benda jadi ke.  “Uruskan tiket untuk mak long dengan pak long.”
“Bila, bos?”
“Hujung minggu ni, kalau boleh.  Atau kau tanyalah diorang nak datang bila.”
“Bawa ke resort atau ke pulau?” 
Zafiq renung Rahim.  Dia tahu, Rahim penuh dengan tanda tanya.  Sampai masa, Rahim akan tahu. 
“Jangan ke pulau.  Sini aje.  Nanti aku datang.  Kau pun tak boleh datang pulau buat sementara.  Aku simpan perempuan dekat situ,” beritahu Zafiq jujur.
“Saya dah agak.  Ingat lagi bos pesan barang perempuan daripada saya.  Tapi ini, bos tinggal dia sorang-sorang, tak apa ke, bos?  Katanya ribut lagi malam ni, membawa ke dua tiga hari gamaknya…”  Wajah Rahim risau. 
Dalam risau, dia harap sangat Zafiq tak buat perkara bukan-bukan.  Ini pertama kali Zafiq mengaku simpan perempuan.  Tapi, simpan yang macam mana?  Digunapakai atau dijadikan hiasan?  Boleh jadi, untuk dijadikan punching-bag.  Argh… kalut! 
Mengerti dengan kerisauan Rahim, Zafiq hanya diam sendiri untuk beberapa lama.  Perlu ke dia balik malam ni?  Demi Aira?  Demi perempuan yang dah rosakkan bahagia dia?  Yang dah renggut senyuman dan tawanya dengan begitu kejam?  Demi perempuan yang tak pernah reti berterima kasih?  Yang tak pernah kenal erti kesal atas perbuatan sendiri? 
Padahal, dia gantung kelambu.
Dia belikan ubat.
Dia masak.
Dia sediakan pakaian. 
Malah, dia lindungi Aira malam tu! 
Argh… Zafiq ramas rambut.  Benci dengan diri sendiri.  Dia patut lebih kejam.  Sama seperti Aira yang begitu kejam. 
“Lantak dialah…”  putus Zafiq.  Dia malas nak fikir.
Langkah kaki diatur sedikit pantas tapi langkahnya mati bila bahunya melanggar seseorang.  Hampir saja wanita itu tersungkur jika Zafiq tak sempat sambar lengannya.
Wanita itu menoleh.  Wajahnya berkerut. 
“Jalan pakai hidung ke pakai mata?”  Wanita cantik itu menyoal.  Sinis.  Huh.  Entah faham entah tidak.  Kakinya sedikit sakit.  Mujurlah dia tak tersungkur dengan pakaian sekarang ni.  Dahlah kasut tinggi.  Boleh terseliuh kaki dibuatnya kalau jatuh.
“I’m sorry.  Are you hurt?”  Zafiq menyoal sopan.  Kotlah cedera, dia akan minta Rahim bawak ke hospital.
Wanita itu telek tubuh sendiri seketika dan menggeleng.  Rambut yang jatuh ke pipi, dia selit di belakang telinga.  Dia angkat mata, memandang lelaki yang melanggarnya.  Pada mulanya, rasa nak marah tapi dia cam wajah ini.  Lelaki siang tadi?  Yang berenang sendiri. 
Memang matanya tak pernah silap memandang.  Lelaki tinggi ini memang punyai daya memikat tersendiri biarpun tiada senyuman tersungging pada bibirnya. 
“No.  I’m just fine.  Thank you…”
“Okay then…”  Zafiq sopan meminta diri bila suara wanita itu menahan langkahnya.
“Are you staying here?” 
Zafiq angguk. 
“Well, I got lost…”
“Where are you heading to?” 
“Dining hall…” 
“Dining hall?  Not the café?  Dahi Zafiq sedikit berkerut. 
“Yes…”  Wanita itu angguk lagi.  Dia ada makan makan istimewa malam ni. 
Zafiq pandang Rahim.  “Dia ni daripada kumpulan dari Malaysia tu ke?”  soalnya. 
Rahim angkat bahu.
Wanita itu ketawa kecil dan mendekati Zafiq.  “Malaysian?”
“Haa…”  Zafiq angguk lagi.
“Boleh cakap Bahasa melayu?” 
“Fasih,”   jawabnya sepatah.
“Oh God… Ramai betul orang Malaysia I jumpa dekat sini.  Rasa macam dekat Pulau Perhentian…”
Owner dia pun orang Malaysia, cik…”  Rahim mencelah.
“I noticed that,” jawab wanita itu acuh tak acuh.  Matanya kembali memandang pada Zafiq. 
“Datang bercuti jugak ke?”
“Err… ada kerja sikit.”
“I pun…”
Sudah.  Zafiq lepas nafas yang paling perlahan.  Dia dah lambat ni.  Ada pulak yang ajak dia berkenalan biarpun perempuan ni tak cakap dengan kata-kata.  Perbuatannya itu dah cukup lantang berbicara.
“Oh tadi you carik dining-hall, kan?” 
“Oh ya, betul.  I ada dinner…” 
“I pun nak ke sana.  Jom kita sama-sama…”  pelawa Zafiq. 
“Ya?  Okey.  Boleh panggil I, Rin…”  beritahu perempuan itu.
Zafiq mencebek dalam hati.  Rin ke siapa ke, dalam kepala dia hanya ada satu nama perempuan yang lekat sekarang.  Nama perempuan tak guna tu!
“Zafiq…”  beritahu Zafiq seraya menolak daun pintu bilik khas itu bila semua orang turut berdiri menyambut kehadirannya. 

Dan, syaratnya pada Rahim; tiada hal peribadi yang akan ditanya!  Titik!

64 comments:

  1. Best....❤❤❤❤keep it up....sis terbaik....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Mesti airin yg nk temuramah zafiq..ala..perempuan gedik ni muncul plak....

    ReplyDelete
  4. Ala tak sabar nak tunggu next :(

    ReplyDelete
  5. Hah! Betol lah tu...airin n the geng yg dtg interview zafiq ni...
    Serabut lah pempan ni...

    ReplyDelete
  6. Alaaaa kenapa ada airin di saat aira di hati zafiq... konflik sudah mai ka

    ReplyDelete
  7. Tq Rehan...awal pagi dapat baca....

    ReplyDelete
  8. Zafik tak perasan ke muka si airin tu.. Kan seiras dengan aira... Baru jumpa kan..

    ReplyDelete
  9. Yeayty.. Go zafiq, iknow u budak baik😂😂

    ReplyDelete
  10. Dtg dh airin c menggeletis..grrr...tq sis rehan

    ReplyDelete
  11. Airin gedik tulah yang jahai zafiq oi. jangan tersuka kat dia pulak

    ReplyDelete
  12. apasal la si airin ni muncul.... nak lagi aira dgn zafiq :)

    ReplyDelete
  13. Dh jumpa airin dh..harap2 lps ni zafiq tau sapa aira n airin

    ReplyDelete
  14. Meluat dgan hg airin oii. Meluat. Jgan la zafiq suka dekat airin. Nak moment aira n zafiq lgi. Airin bole p terjun kolam n jgan timbui dah.

    ReplyDelete
  15. Sibuk je pompuan tu.. zafiq pon dia nk try try mengayat! Alaaaa nape Xsebut airin.. thx RM for the update 🌹🌷

    ReplyDelete
  16. Yeah. Best sesangat. I like it.

    ReplyDelete
  17. Zariq x pernah lukis ke gambar airin sblm ni?

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. Please update lagi!!!
    Serius tk sbr menanti :)

    ReplyDelete
  20. I've been waiting for so long. Hahahaha. Satu penyeksaan menanti entry baru. Please update more rm ����

    ReplyDelete
  21. Please update smbungn dia sis... Xsbar nak tau

    ReplyDelete
  22. Please update smbungn dia sis... Xsbar nak tau

    ReplyDelete
  23. Hish....menyampah sungguh ngan si Airin ni....tp Mungkin kehadiran dia tuuu.... Boleh menjelaskan perkara sebenar??? RM jgn dera perasaan ni....nak tahu seterusnya...
    -Azzna -

    ReplyDelete
  24. Hari2 bukak dgn harapan ada sambungan ep15 & seterusnya hehehe...tanpa jemu.. Karya RM tak pernah mengecewakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Smoga segala urusan RM dipermudahkan oleh Allah... Tetap setia & sabar menanti..
      #SFCG

      Delete
    2. Salam maal hijrah RM... Rindu benar rasa nak baca nukilan karya RM..

      Delete
  25. Penantian satu penyeksaan��

    ReplyDelete
  26. Aduhai RM bila nak update nie...hari2 buka tp blm ada pun epi 15...hu...hu...

    ReplyDelete
  27. ble nak update nie...sehari berkali kali check nak tgk ada new entri ke tak...rm please updated....

    ReplyDelete
  28. sedih... sampai la ni x de smbungn

    ReplyDelete
  29. Tak ada lagi sambungan ke ? Sedih

    ReplyDelete
  30. pesalah sebenar dah dpn mata, jgn salahkan aira lg

    ReplyDelete
  31. Lama pulak RM mnyepi..penasaran mnggu N3 bru..sehari 10x bkk blog ni kot ada smbngan..huhuhu

    ReplyDelete
  32. suka sangat dengan mini nove n cerpen akak ni..eh lupa plus novel akak pun(sengih)..kak nak bagi cadangan sikit...ruangan cerpen dah ada..apa kata akak buat ruangan mini novel n novel..bukan niat nak menyusahkn akak..sekadar cdangan..sebab susah sangat nak pergi ke blog sblum ni..nak reread m-novel akak y dulu..btw,objection ni buat org curious lah and best sngat..nak juga baca part zafiq minta maaf kat airin..((mata love-love))(sengih).

    -adik yg comel

    ReplyDelete
  33. Tak ada update baru ke malam ni? Lama dah tggu

    ReplyDelete
  34. bile nk update chap 15? lame tunggu..

    ReplyDelete
  35. lama sungguh RM menyepi

    ReplyDelete
  36. Lama nian RM menyepi....bila nak update.
    Masih ada sambungannya kan RM???

    ReplyDelete
  37. bila nak update ni? tiap2 hari buka blog ni utk tengok update seterusnya

    ReplyDelete
  38. bila nak update ni? tiap2 hari buka blog ni utk tengok update seterusnya

    ReplyDelete
  39. Hope everything ok..
    Senyap nau... 😉

    ReplyDelete
  40. Adoiiiiiiiii...bila nk berakhir cite ni..hari2 ku bkak blog ni tgk xde pn n3 baru..huhuhu...sadisss

    ReplyDelete
  41. lamanya kutunggu...haha

    ReplyDelete
  42. hr2 bukak tp xde entry.... miss aira

    ReplyDelete
  43. sis rm takde sambungan ke? lama dah menunggu ni..rindu nak baca karya sis
    jangan menyepi lama lama nanti rindu nak baca coretan sis

    ReplyDelete
  44. Rindu dengan Aira...
    Kak RM, semoga ada masa untuk update next chapter

    ReplyDelete
  45. Dah dekat sebulan. RM bila nk update? Sob sob. Everyday saya bukak tunggu entry baru.

    ReplyDelete
  46. Moga diberikan kesihatan dan dipermudahkan urusan Rehan, Aamiin. Harap Rehan sihat2 shj sbb dah lama x ada n3 baru.

    ReplyDelete
  47. Rehan semoga sihat dan penuh dengan idea bary, sebab saya rindu n3 baru utk Aira

    ReplyDelete
  48. Dah sebulan ni RM...tak biasanya bt cam ni.harap2 mg RM sehat2 selalu biar boleh berkarya lagi...♥♥♥♥♥

    ReplyDelete
  49. dah sebulan...hari2 dok buka blog kot2 ada n3 baru...setia membuka blog hingga ke hari ini...huhuhu...semoga rehan baik2 saja..dan dipermudahkan urusan berkarya utk kami semua...go rehan go...

    ReplyDelete
  50. RM.........where have u been..it's 1 month already..x nk smbung lg ka..rmai ttunggu2 ni

    ReplyDelete
  51. ...baru baca td dh x sabar nk samb...harab RM sihat2 saje & penuh idea utk trus berkarya..

    ReplyDelete