BALDI air dijinjit perlahan. Aira
menapak dengan berhati-hati. Berselipar
basah, dia boleh jatuh tergolek macam hari tu.
Kebun dia kena siram. Cepat sikit
membesar. Nasiblah Nazri tolong sediakan
sedikit baja organik. Sihat sikit
tanaman dia.
Aira menyiram perlahan tanamannya.
Setelah siap, dia duduk mencangkung.
Membelek kot-kot ada ulat
ke. Syukurlah tiada. Bibirnya koyak dengan senyuman. Lebar.
“Kau kena tabah macam aku. Apa pun
jadi, kau kena hidup dengan baik. Aku
perlukan kau,” ujar Aira seperti berbicara dengan manusia.
Tak… tanaman ini juga adalah hidupan.
Kerana itu dia sering berbicara dengan tanamannya. Semua perlu tabah dan kuat. Sama sepertinya sekarang. Sesekali air mata dia menitis, kerana dia
marah. Marah kerana tak tahu apa yang
buatkan Zafiq begitu marah.
Kalau kata Airin lukakan hati Zariq, Zariq pasti dah lama lupakan
Airin. Perkara itu dah bertahun
berlalu. Dah lebih lima tahun. Malah, Zariq tentu ada di Itali. Mengejar cita-cita. Berbahagia.
Entah-entah dah jumpa pengganti di sana.
Bermata biru, berambut kuning.
Tapi, sengaja tak nak Zafiq tahu.
Sengaja seksa dia!
Aira bangkit. Dia berlalu ke
dapur. Pondok ini dah bersih dan
kemas. Memanglah keadaannya daif dan
serba kekurangan. Tapi, cukuplah buat
sementara. Dia di sini bukan
selama-lamanya. Dia nekad akan cari
ikhtiar untuk balik semula ke tempat asalnya.
Bagaimana? Itu biarkan dulu. Dia akan fikirkan kemudian.
Ikan bilis yang Nazri bagi hari tu, ada lagi. Cukuplah dia goreng segenggam. Makan dengan nasi panas. Sedap aje.
Dia pernah rasa berlapar lebih teruk sebelum ini. Apa yang ada ini, dah lebih daripada
cukup. Janji tak lapar.
“Kau senyum kenapa? Dah gila?”
Baru nak dibasuh beras, suara kasar itu mengejutkannya. Aira beristighfar dalam hati. Nasiblah tak tumpah.
“Orang gila tak basuh beras. Dia
makan beras mentah.” Dia malas nak toleh
sebab dah tahu siapa yang datang.
Huh. Zafiq mendengus. Menjawab aje tahu. Aku jahit mulut tu, kau tahulah nasib
kau! Dia pandang beg yang masih ada di
situ. Langsung tak terusik padahal dari
semalam dia letak dekat situ.
“Kenapa kau tak simpan beg tu?”
“Bukan aku punya. Aku tak dididik
untuk ambil atau buka barang orang,”
selar Aira. Dia duduk di atas
bangku. Membasuh beras. Dah lepas tengah hari. Dia masih belum makan lagi.
Berlagak! Itu yang Zafiq rasa saat
ini. Nak aje dia heret Aira dan humban
ke laut. Sakit betul hati dia dengan
setiap jawapan Aira. Padahal dah diseret
ke sini, masih lagi berlagak persis Tuan Puteri di istana sendiri.
“Kalau aku tinggalkan dekat situ, itu maknanya untuk kau. Kalau bukan untuk kau, siapa lagi yang
tinggal dekat sini? Beruk?”
Aira sengih sinis. “Nampak gayanya
kaulah beruk tu. Sebab itu beg kau…”
“Eh, Aira…” Zafiq meluru pada
Aira. Berdiri tepat di belakang gadis
itu yang sudah menoleh padanya. Mulut
tu… dia renung tajam bibir merah Aira.
Hari tu kata nak tukar hati dia dengan hati monyet. Hari ni kata dia beruk pula!
Tapi, kenapa tiba-tiba mati kata pula?!
Haih…
Aira mendongak. Memandang pada Zafiq
yang nampak diam. Tadi, seperti nak
mengamuk. Dah diam pula! Dia pun malas dah nak panjangkan cerita. Perut dah lapar ni.
“Kiranya, aku memang kena ambil juga ke benda tu? Kalau aku tak nak?”
“Pilihan apa yang kau ada?” selar
Zafiq tajam.
Dah agak dah jawapan tu. Saja aje
tanya. “Letak ajelah situ. Nanti aku ambil. Aku lapar.
Kalau kau tak ada apa-apa, eloklah kau pergi dari sini. Jangan sampai aku maki kau …”
Tiba-tiba Zafiq ketawa. Teringat
kata-kata Zariq bila dia tanya, hebat sangatkah seorang Aira di mata adiknya
itu sampaikan tak lekang nama Aira daripada bibir Zariq?
“Dia tak pernah cakap kasar,
bang. Tak pernah cakap kotor. Apa saja, dia tak pernah maki orang. Orang buat dia, dia sabar aje…” Zariq senyum masa
tu.
Tapi hari ini… boleh pakai ke kata-kata Zariq ni?
“Biasa aku percaya kata-kata adik aku tanpa aku syak apa-apa. Tapi, kali ni aku rasa Zariq sengaja tipu
aku. Bila dia cakap kau tak pernah
berkasar, tak pernah cakap bukan-bukan.
Tapi, kau buktikan kau berbeza dengan pujian Zariq. Kau berlakon depan Zariq tapi kau tunjuk diri
kau sebenarnya depan aku. Kau dah biasa
maki orang, sebab tu kau boleh maki aku.
Betul tak?”
“Aku maki orang yang patut kena maki!
Macam kau!” Hish… rasa nak aje ayun periuk ni pada kepala Zafiq. Biar hilang ingatan!
“Kalau gitu, maki ajelah. Aku tak
kisah pun. Aku dah biasa. Lagipun, kau maki orang yang patut kena maki…
iaitu aku…” Ibu jari Zafiq menunjuk pada
dada sendiri.
“Dan kau…” Kemudian, jari
telunjuknya lurus pada Aira. “…orang
yang patut dilayan dengan kejam sebab kau sendiri kejam!”
“Hey, Zafiq…” Aira letak periuk nasi yang baru dia bubuh
air. Melangkah pada Zafiq. “Kau cakaplah aku kejam macam mana
sekalipun, aku tetap tak mengaku. Kau tu
salah orang. Ingat kata-kata aku
ni. Satu hari nanti, jangan kau datang
sujud dekat kaki aku minta maaf. Masa
tu, aku sepak muka kau!” Amaran
dikeluarkan.
Dia akan kotakan masa tu. Hari di
mana Zafiq menyesali tindakan sendiri.
Melihat wajah Aira kali ini, mata Zafiq terkebil-kebil. Dia telan liur. Terasa payau semacam. Apatah lagi wajah Aira begitu dekat dengan dia. Sentiasa menadah wajah di bawah dagunya. Bibir yang kering itu… kepala Zafiq terasa
berat. Perlahan-lahan, mahu jatuh ke
wajah Aira tapi dia kemudiannya tersedar.
Zafiq pejam mata. Mengemam
bibir. Terus dia menjauh.
“Kau pergi bawa beg tu masuk sekarang juga, Aira. Lepas tu, masak. Aku nak makan,” suruhnya tanpa memandang Aira.
Aira yang sedang mencebek. Dia
tahu. Tapi, malas nak layan. Tak menjadi kudis pun kalau Aira buat muka
pada dia. masalahnya, buat muka macam
mana pun Aira tetap cantik! Tak guna
betul!
“Kau tak risau aku letak racun ke?
Aku ada jumpa pokok beracun dekat pulau kau ni. Aku simpan. Nak gunakan pada masa yang
sesuai.” Sengaja Aira ada-adakan cerita.
Zafiq ketap bibir menahan senyum.
Nak menipu salah orang. Ini pulau
dia. Segenap ceruk dan pohon dia kenal.
“Bukan kau kata, racun orang bukan cara kau ke? Kau kata kau nak tikam aku sampai tembus ke
belakang. Tenung mata aku. Cakap kau puas hati.” Serentak itu dia menoleh.
Masa ni Aira sedang pegang sebilah pisau.
Tersenyum tajam. Tapi, kenapa dia
nampak Aira sedikit lain sekarang. Atau
hanya pandangan dia saja sedangkan Aira tak pernah berubah?
“Kau nak cuba sekarang?” Aira cuba
angkat pisau tersebut. Mahu dihunus pada
Zafiq tapi lelaki itu sekadar terus mendabik dada yang sedikit terdedah bila
butang kemeja itu hanya dikancingkan sampai ke tengah dada.
“Silakan, Aira. Be my guest!” Giliran Zafiq
pula menggiat.
“Kau ingat aku ni gila macam kau?!”
Aira menjeling dan terus menjinjit beg itu masuk ke dalam. Dasar lelaki gila!
SUSAH dia nak percaya. Lelaki yang
tuduh dia macam-macam malah sanggup tepis pinggan Nazri sebelum ni, kemain menelan apa yang dia hidang. Sampai tak angkat kepala? Sedap sangat ke? Nak aje dia tanya. Tapi, bengap juga Si Zafiq ni. Tak cakap pula dalam beg tu ada makanan. Kenapalah kau sumbat makanan dengan baju yang
kau baru beli tu? Habis semua
berbau. Dah satu hal aku kena basuh dulu
pakaiannya.
Bau hanyir makanan laut kering, jangan cakaplah. Dia masih berkurung dalam bilik air yang tak
berupa bilik air ni. Malas nak makan
dengan Zafiq. Boleh muntah
dibuatnya. Kalau dengan Nazri, seleralah
juga. Tapi, satu buat dia tertanya. Zafiq marah tak Nazri datang pulau hari
tu?
Argh… lantaklah.
“Kau sakitkan Nazri, aku sakitkan kau dua kali ganda!” Aira tonyoh bajunya sekuat hati. Menzahirkan rasa geram yang sukar nak bendung
dengan sikap Zafiq ni. Tapi, apa kerja
Si Zafiq ni, ya? Kaya sangat.
“Mesti dia tokan dadah? Atau seludup manusia?” Aira berteka-teki sendiri. Mendongak.
Memikir sesuatu yang begitu jauh dengan logik akalnya.
Yalah. Berapa banyak berita dia
dengar tentang kegiatan jenayah yang dilakukan di sempadan negara. Macam-macam benda nak di seludup. Baru-baru ni katanya rakyat Malaysia kena
tangkap sebab cuba bawa masuk air ketum?
Buat malu ajelah!
“Kau tuduh aku, kau ada bukti ke?”
“Huh?” Aira menoleh. Dia buat muka. Terkejut aku.
Bila masa kau datang, syaitan?
Hai… kalaulah dia boleh cakap kuat-kuat, kan seronok.
“Kau maki aku, kan?”
“Tak…” Aira mencebek. “Aku sumpah
kau…” Dia berpaling dan merenung Zafiq
tajam. Biar terbelah dua. Puas hati aku!
“Kau kata aku apa?”
“Tak payah tahu. Yang kau datang
kacau aku ni, kenapa? Habis dah
makan?”
“Habis? Kau ingat kau masak sedap
sangat? Lauk masin, kuah tawar.”
“Yalah tu. Aku tengok kau makan
sampai tak angkat kepala? Itu kau kata
tak sedap?” Dia buat-buat ketawa. Kemudian, kembali membilas kain.
“Kan aku dah pernah cakap. Aku ni
jenis sayang pada rezeki. Dah itu yang
ada, aku makan ajelah. Nak buang sayang. Kau ingat aku ni jenis kau ke? Suka membazir? Membazir makanan, membazir masa, membazir
tenaga, membazir kasih sayang…”
“Okey kejap…” Aira bangkit. “Kau cakap tu, macamlah kau kenal aku? Aku nak membazir makanan? Tuhan… kau memang tangkap salah orang. Lepas tu, membazir masa? Lagilah kau bersalah pada aku sebab kau buat
aku terdampar dekat sini buang masa dengan kau.
Membazir tenaga? Rasanya,
sepanjang aku hidup hinggalah saat ni… depan kau ni, aku langsung tak sempat
nak rehat pun. Lepas tu membazir kasih sayang? Dengan siapa? Aku sentiasa hargai kasih sayang yang aku
dapat sebab aku ni…” Patah bicara Aira
terhenti di situ.
Tak guna dia berkata lanjut. Zafiq
tak akan terima. Dia larikan pandangan. Sebab aku ni anak pungut. Waktu ini matanya terasa basah. Mahukah Zafiq percaya? Dia pandang Zafiq. Mengesat birai mata dan kemudian duduk semula
tanpa mempedulikan Zafiq yang masih tegak berdiri di belakang dia. Kalau kata Zafiq ketuk kepala dia dengan kayu
pun, ikut sukalah. Bukan sekali lelaki
itu pegang tangannya. Tak rasa ke
telapak tangan yang sebegini kasar sejak awal.
Ini tanda dia pun hidup tak senang.
Hanya menumpang.
“Sebab Zariq bukan orang yang
betul-betul kau suka, kan? Kau cuma nak mempermainkan
dia? Sebab kau tak tahu, dia kaya. Sebab tu dia satu-satunya kasih sayang yang
tak pernah kau hargai. Betul tak, Aira?”
Mata Aira terpejam rapat. Dia buang
semua air. Memerah pakaiannya dan
bangkit untuk keluar dari situ. Malas nak
ulang benda sama. Buat kering tekak
aje. Sebaik saja dia melalui tubuh
Zafiq, lelaki itu menahan. Lengannya
digenggam kemas.
“Kenapa kau diam? Tak pula kau
nafi?
“Kalau aku nafi, kau nak terima?”
sindir Aira.
Mulut Zafiq terkunci rapat. Wajahnya
berkerut sana-sini. Lidahnya terasa
perit dengan kata-kata Aira.
“Kalau aku bantah semua pertuduhan kau ke atas aku, kau nak bagi peluang
dekat aku?” tanya Aira lagi.
Tapi, kebisuan Zafiq menjawab segalanya.
Zafiq tak akan pernah sedar melainkan Zariq muncul dan menjadi
saksinya. Masa tu, dia akan gelakkan
Zafiq. Gelak sampai satu dunia dapat
mendengarnya.
Aira rentap tangannya. Berjalan ke
ampaian bila Zafiq mendekati.
“Lepas ni pergi rumah aku. Aku ada
kerja untuk kau…”
“Ya…” sahut Aira ringkas.
“Malam ni pun kau kena masak…”
“Baiklah…” Dia malas nak
melawan. Penat!
“Jangan berlengah. Terus datang!”
“Ya…”
Aik… pelik ni. Begitu
akur. “Kau ni mesti nak tunjuk perasaan
lagi, kan?”
“Ada kepentingan ke untuk aku kalau aku tunjuk perasaan? Kau mana boleh nampak semua tu? Lagipun, dekat sini hanya undang-undang kau
yang berkuasa. Jadinya, saya menurut
perintah, tuan,” ujar Aira sarkastik dan
sementelah pakaian sudah tersidai, dia terus berlalu ke jalan menuju rumah
Zafiq.
Melihat Aira yang mendahuluinya, Zafiq hanya diam. Tubuh Aira nampak sedikit susut
sekarang. Malah, ada bahagian kulitnya
sedang menggelupas. Bibir yang kering
itu, nampak dah berdarah sedikit.
Mungkin kekurangan air.
“Betul ke apa yang aku buat ni, Tuhan?”
Zafiq raup wajah.
Bila la si Zafiq ni nak sedar yg dia dah salah org...😢😢😢
ReplyDeleteHuhuhu....zafiq....betul ke sedar ni...
ReplyDeleteJgn menyesal kemudian hari zafiq..siasat balik...aira dh keras
ReplyDeleteaty tu..tq sis rehan
Ketagih, apa jadi dgn aira����..go aira go
ReplyDeleteSungguh kau akan menyesal zafiq
ReplyDeleteSesal yg tak terampun
agaknya si zafiq ni jenis hati batu.... rasa dia saja yg betul
ReplyDeleteThanks kak rehan.. Rindunye dgn tulisan akak.😍
ReplyDeleteMana zariq?
ReplyDeleteSiannya aira..
ReplyDeletebila zariq nk tonjolkan diri @ pak cik n mak cik tu leh selesaikan bg pihak zariq.. tapi mana zariq, adui zafiq sayang.. jgnlah garang
Kesian aira...bilalah zariq dh sedar
ReplyDeletecepat novelkan la sis
ReplyDeleteSedihnya.....ooooh...Aira...kasihannya dia
ReplyDeleteAishhhh sampai bila nak sedar ni zafiq oi.
ReplyDeleteAishhhh sampai bila nak sedar ni zafiq oi.
ReplyDeleteXblh ke zafiq usaha utk siasat lbh mendalam latar blkg aira tu.. dptkn bukti dr kawan2 lama ms zmn belajar dulu ke..ni aira anak pungut pon Xtau! sian aira, brp lama lg nk tanggung derita ni 😔😓 thx RM for the update 🌹🌷
ReplyDeleteBila la zafiq ni sedar diri...haihh 😓😓kesian sungguh kat aira...asik terseksa..
ReplyDeleteTQ Rehan...w.pun lama menunggu tapi berbaloi...
ReplyDeleteHabiskan kat blog ya sis rehan..selalu sabar menunggu.
ReplyDeleteHanya mampu ckp terima kasih kt kak rehan..
ReplyDeleteApa2 pn jd dlm n3 akn dtg hanya dr dia..sya sabar mnunggu
Sbb Zafiq dh dibutakn mata hatinya dek terlampau sayangkn Zariq rasanya tuh..
ReplyDeleteLamanya la nk boleh tau kebenaran..belit molek..
ReplyDeleteSedihnya nasib Aira...
ReplyDeleteBut, step by step kebenaran mulai terungkap
Thanks Kak rehan dah update cerita ni...
cuba la selidik dulu..kang kalo cinta dah mai..nak pujuk blk susah tau tak...haihh..
ReplyDeleteYa tuhan..ternanti2 jln cerita yg Akan dtg..please kak RM...
ReplyDeleteape yg jd pd zariq sebenarnya?dh mati ke sakit jiwa?
ReplyDeleteSAMPAI BILA ZAFIQ....
ReplyDeleteBila zafiq nak sedar ni
ReplyDelete