MATANYA
tertangkap Aira yang sedang terlena menyungkur di atas meja di ruang tamu. Penat sangat gamaknya. Dia tadi ke jeti. Rahim datang bawa dokumen yang perlukan
perhatian dia. Juga, sedikit keperluan
lain. Bila dia balik, Aira sedang
terlentok atas meja kopi. Lena. Zafiq duduk di atas sofa. Condong ke depan. Menilik wajah Aira.
Cantik
betul perempuan ni. Comot macam ni pun
cantik. Kemudian, jatuh ke jari-jemari
runcing Aira. Kukunya tak dipotong elok. Gamaknya, Aira gigit kuku ni. Jarinya jangan cakaplah. Kotor!
Kulit Aira juga nampak kian kusam.
Tak seperti hari pertama dia bawa perempuan ni ke sini.
Bibir
Zafiq pecah dengan senyum bila matanya jatuh ke bibir Aira. Muncung!
Dah macam itik aku tengok. Rasa
nak pagut aje. Kemudian, naik ke mata
dengan alis yang begitu lebat dan panjang.
Patutlah kau boleh mabuk dengan Aira ni, Zariq… sampai kau lupa abang
kau ada lagi.
Langsung…
senyum dia mati.
Disandarkan
belakang badan pada kerusi. Menengadah
siling putih. Rumah ini dia bina untuk
tinggal dengan Zariq dan Nazri sebenarnya.
Bila-bila Zariq nak ketenangan mencari ilham, dia nak Zariq balik ke
sini. Tinggal di sini dengan dia. Cukup hanya mereka bertiga.
Dia,
Zariq dan Nazri. Lengkap!
Tapi
sayang, Zariq membelakanginya sedangkan dia telah pertaruhkan segalanya untuk
Zariq. Kain buruk di tangan Aira dia
capai. Kemudian, memandangnya lama. Berkira-kira, mahu dikejut atau tidak. Tapi, rumah yang dah sedia bersih ini lebih
bersih. Udara pun rasa segar.
Dia
bangun. Mengintai ke anjung
belakang. Ada pakaiannya yang
bergantung. Juga beberapa pasang jean. Airnya masih menitis. Larat pula perempuan ni basuh semua jean tu
dengan tangan. Ingatkan nak
memberontak?
Zafiq
kembali ke depan Aira yang masih lena.
Sesekali, kedengaran dengkuran halus.
Kan dah cakap, kau tidur berdengkur.
Kau aje tak nak mengaku. Nak malu
apa berdengkur. Kau tu manusia! Haih…
geram betul bila dia ingat soalan Aira hari tu.
Tak percaya orang cakap dia tu berdengkur. Ingatkan nak risaukan apa. Risau pasal dengkur?
“Aira?” panggil dia perlahan.
“Aira!” Suaranya dikuatkan sedikit.
“Aira!!” Serentak itu, Zafiq campak kain buruk pada
Aira. Terus wanita itu angkat
wajah. Terkebil-kebil memandang dia.
“Ya…” Lambat Aira menyahut. Dia sapu hujung bibirnya bila rasa ada air
liur yang meleleh. Wajah Zafiq nampak
bengis. Dah bila lelaki ni tak pernah
tak bengis?
“Kau
dah siap kemas?”
Aira
hanya angguk. Dia masih sedikit bingung
dan mamai. Rasa mengantuk masih
ada. Letih tak usah katalah. Membasuh pakaian Zafiq, rasa nak patah
pinggang.
“Kau
tidur, kenapa? Ada aku suruh
tidur?”
Hai…
Aira kerut wajah. Tak kan tidur pun dah
nak kena minta izin? Dia buat muka. Tahap manalah kegilaan Zafiq ni?
“Tidur
pun, aku dah kena minta izin dengan kau ke?”
Mata yang lali, terus segar.
Kening
Zafiq terjongket sebelah. Jawapannya,
ya!
“Kalau
gitu, benda lain pun?”
“Haruslah. Kau dalam territory aku. Kau ingat, kan?”
“Ya. Aku tak lupa.
Tapi, aku harap aku tak perlu minta izin kau untuk bernafas ni.” Selamba Aira menyindir.
Zafiq
tak menjawab. Hanya diam memerhatikan
mulut yang makin tajam menyelarnya dengan setiap kata.
“Memandangkan
aku dah siapkan semua kerja dekat sini… boleh aku minta izin sesuatu sekarang
ni?”
Lelaki
itu kekal menyepi.
“Izinkan
aku balik pondok dan izinkan aku untuk tak pandang muka kau!” Aira terus angkat tubuh. Bosan dia pandang wajah Zafiq yang tak pernah
tergaris simpati itu. Dia dah laju
menapak ke pintu besar, bila Zafiq sempat raih lengannya.
Aira
menoleh. “Apa lagi?”
“Kau
minta izin, betul dah. Tapi, ada aku
izinkan? Hah?”
Fuh…
sakitnya hati hanya Tuhan yang tahu.
“Aku dah kemas semua dalam rumah ni.
Setiap incinya. Semua cadar dan
gebar kau, aku dah basuh. Pakaian
kau. Jean kau yang berlonggok tu, aku
basuh. Itu pun pakai tangan. Sebab kau kata jangan bazirkan elektrik
kau. Kau ingat, tubuh aku ni robot? Boleh buat kerja dua puluh empat jam untuk
kau? Tak perlukan rehat?” marah Aira bertalu-talu.
Dia
mahu rentap tangannya seperti biasa tapi cengkaman Zafiq kali ini lebih
kemas. Memang nyata Zafiq tak izinkan
dia pergi.
“Kau
kan dah tidur tadi…”
“Itu
terlelap. Bukan tidur. Aku nak baring. Belakang aku sakit. Kau tengok tangan aku ni…” Aira tunjuk bahagian atas kulit sekitar
kukunya. Dah koyak. Pedih.
Zafiq
buat-buat tak nampak. Dia pandang beg
yang dia ambil daripada Rahim tadi.
Kemudian, menarik Aira ke sofa putih itu dan dipaksa duduk. Dia campak beg kecil tersebut depan
Aira.
“Kau
bawa balik tu!” arah Zafiq tanpa
memandang Aira.
Tak
berkata apa, Aira buka zipnya. Wajah dia
berkerut pada mulanya tapi terlakar senyuman tipis bila melihat isi beg. Dia pandang Zafiq. Bangun.
“Aku
nak balik tempat aku.”
Zafiq
diam. Tak lagi melarang.
Aira
menapak dan belum sampai ke pintu besar, dia toleh pada Zafiq yang memang
sedang merenung dia.
“Terima
kasih!” ucap Aira kasar. Terus hilang di balik pintu.
Pandai
pula kau ucap terima kasih! Tak sedar,
Zafiq senyum.
BAJU
putih milik Zafiq kembali membalut tubuhnya malam ini. Esok dia akan pakai baju bersih yang
lain. Aira menyapu losen ke seluruh
tubuhnya. Lega sangat bila losen berubat
tersebut sepertinya menyerap masuk ke dalam kulit. Kemudian, dia sapu krim Vaseline ke bibir
yang pecah merekah, disapu ke muka dan bahagian lain yang dirasakan
kering.
Lega!
Lelaki
tak betul tu, pandai pula bawa semua ni untuk dia. Sebab itu dia ucapkan terima kasih. Tapi, kalau nak kira banyak yang dah Zafiq
buat untuk dia sejak hari pertama lagi.
Dalam pada mengamuk tak tentu pasal tu, Zafiq pasangkan kelambu. Zafiq sediakan ubat. Zafiq yang sediakan air mineral untuk dia
sebelum lelaki itu hilang lebih seminggu.
Zafiq tinggalkan pakaian baru biarpun hanyir berbau makanan laut
kering. Siang tadi, Zafiq bagi dia beg
berisi losen berubat dan Vaseline ni.
Dia,
hanya ucap terima kasih sekali.
Habis
tu, nak ucap berapa kali? Dengan apa
yang Zafiq buat pada dia, setakat semua ni tak akan dapat bayar segalanya. Aira hempas beg kecil itu di tengah
katil. Rasa marahnya pada Zafiq merajai
hatinya sekarang. Tapi, marah pada
Zafiq, marah lagi pada si adik.
Entah-entah Zariq pun sama bersekongkol dengan abang dia nak dera aku
sebab Airin?
Tak…
hati kecilnya menafikan. Zariq yang dia
kenal tak akan sakiti sesiapa. Lelaki
itu begitu baik dan penyayang.
Dia
dah hampir hilang akal sebenarnya. Bila
teringat macam mana dia cuba hidup dalam keadaan waras bila dibiarkan sendiri
di sini, sukar sangat. Dia bercakap
sendiri. Dia menyanyi sekuat hati. Malah, dia ketawa macam orang gila. Semuanya nak lepaskan apa yang membuku dalam
hati.
Rasanya,
sikit lagi Zafiq mengasaknya, dia betul-betul akan hilang pedoman. Setiap kali tatap wajah Zafiq, perasaan dia
berperang sesama sendiri. Nak melawan,
dia tak berkudrat. Nak memukul Zafiq,
itu satu keganasan. Nanti, apa beza dia
dengan lelaki itu? Nak lari, dia tak
berdaya. Semua yang dia buat, hanya
mampu menyerah. Mulut bising kerana tak
nak dada dia pecah. Tak nak emosi dia
makin cedera parah. Lebih tepat lagi,
tak nak jadi gila!
Aira
bangkit nak mengunci pintu bila nampak daun pintu itu dibuka dari luar. Dia terperanjat. Terkebelakang beberapa tapak dengan wajah
cuak bila Zafiq muncul. Pada waktu sekarang.
“Dah
lewat. Kau buat apa datang sini?” soal Aira sambil mencapai tuala dan menyelimutkan
tubuh sendiri. Baru tadi hati dia
menyumpah Si Zafiq ni. Dah panjang pula
umur kau muncul depan aku tiba-tiba.
“Kau
tahu dah lewat ni, kan?”
“Kenapa
kau selimut gitu gaya? Takut aku
apa-apakan kau? Macamlah aku selera
sangat dengan kau! Tengok kau macam
tengok bangkai aje, tahu tak?!” Zafiq
tayang wajah jijik.
“Habis
tu, kau datang menyerah dan hidu bau bangkai ni, kenapa?” Aira terus menyindir.
Zafiq
mencebek lebar. Niat dia datang tadi,
lain. Dah jadi lain pula. Patut dia buat apa dia nak buat dan terus
pergi. Bergaduh dengan perempuan ni
malam-malam buta rasa tak berbaloi.
Letihlah!
Aira
yang lihat Zafiq diam, mula melepaskan tuala daripada terus menyelimuti
tubuhnya.
Zafiq
kerut kening. “Eh, kau buka tuala kau
tu… dah kenapa?” Dia mula kalut.
“Kenapa? Kau tergoda?
Eh, tak kanlah…” Aira
senyum. Menyatakan yang dia memang tak
percaya. “Kan kau tengok aku macam
tengok bangkai. Jadi, tak apalah. Lagipun, tuala ni lembap. Tak selesa…”
Dalam hati, Aira terus mengutuk Zafiq.
“Eh,
Aira… pakai tuala tu…” Zafiq
mengarah. Keras.
“Kalau
aku tak nak?” Aira dekati Zafiq. Lelaki itu menapak ke belakang. Aira hampiri lagi. Zafiq berundur. Halkumnya bergerak tak henti-henti.
“Aira?” marah dia.
“Kau nak buktikan apa sebenarnya?
Kau nak buktikan aku ni lelaki?
Gitu? Kau boleh buat sama dengan
kau buat dekat adik aku?” Haih… tak guna betul Aira ni. Nak uji pun, tengok oranglah. Aku ni lelaki normal. Sihat pula tu!
“Kau
lelaki atau tak, itu hak kaulah. Yang
pasti, Zariq tu gentleman. Dia tak akan buat macam ni. Kalau dia tahu kau sakitkan aku, mesti dia
marah kau cukup-cukup. Silap-silap, dia
tak mengaku kau abang!”
“Masalahnya,
kau tak akan jumpa Zariq!” Suara Zafiq
mula melengking.
“Kenapa? Kau takut Zariq bagitahu kau hal
sebenarnya? Lepas tu, kau malu sebab
buat jahat dekat aku?”
“Eh,
Aira…” Wajah Aira dipaut. “Sejahat-jahat aku, aku bagi kau tempat
berteduh. Aku bagi kau makan minum. Itu…”
Zafiq tarik wajah Aira. Menunjuk
pada sedozen air mineral yang dia angkat ke sini. Lenguh tangan tak hilang lagi. Tadi, dia hanya nak jenguk Aira. Okey ke tidak lepas seharian dia suruh buat
kerja.
“Aku
beli kau pakaian! Yang kau pakai
sekarang ni… baju aku! Kau nak
bandingkan kejamnya kau dengan kejamnya aku?
Siapa lagi kejam, Aira?”
Betul
ke apa yang Aira dengar ni? Zafiq sedang
ungkit segalanya? Seperti dia minta
semua ni terjadi? Padahal Zafiq yang
salah!
“Okey. Sebab kau dah sediakan semua ni, kau rasa kau
tak kejam… silakan ambil balik, Encik Zafiq.
Aku tak perlukan tu. Kau bawa aku
ke sini pun dah satu penderaan. Kau
suruh aku buat macam-macam. Kau layan
aku lebih teruk daripada binatang. Kau
pergi biarkan aku dekat sini sorang-sorang berhari-hari. Aku kena angkut air dari sungai. Aku minum air tu. Aku masak dengan air tu. Aku tak dapat makan. Aku pakai baju kotor. Baju koyak.
Macam tu, kau masih nak cakap kau tak kejam? Dan baju ni?”
Aira capai pakaian yang tergantung di dinding. Entah apa yang merasuknya, dicarik sekuat
hati. Mana dia dapat tenaga, dia pun tak
tahu.
“Aira…” Mata Zafiq terpaku. Terkejut.
Apa kau nak pakai lepas ni, perempuan?
“Lepas
tu baju T-shirt kau ni…” Aira hampir
koyakkan pakaian di tubuhnya tapi tangan Zafiq menahan.
Matanya
berbicara lantang tapi mulutnya terkatup rapat.
Zafiq hanya gigit bibir dan menggeleng berkali-kali menahan Aira
menelanjangi tubuh sendiri. Dia tak
sanggup!
“Jangan.” Arahan Zafiq kali ini, lebih pada
rayuan.
“Kenapa
jangan? Ini baju kau, kan? Aku nak bagi balik semua yang kau bagi. Aku pun tak naklah kalau aku tak terdesak!” Aira bagai kerasukan. Dia benar-benar hampir hilang akal.
“Kau
yang simpan aku dekat sini. Kalau bukan
sebab benda ni, sebab apa kau datang sini?”
Seperti orang gila, Aira menumbuk dada Zafiq sekuat hati. Berkali-kali.
Menjerit dan terus menjerit.
“Aira! Diam!
Aira!!!” Zafiq menggugah bahu
Aira. Dipeluk erat tubuh halus itu
hingga akhirnya, nafas Aira dirasakan sedikit damai, barulah Zafiq leraikan
pelukan.
Dia
tolak bahu Aira. Merenung mata itu
seketika lantas mencapai tuala tadi dan diselimutkan tubuh Aira yang nampak
menggigil. Menyentuh perempuan yang
bukan untuk dia, malah yang dia benci… itu benar-benar akan melanggar
prinsipnya yang akan buat dia tak hormat diri sendiri untuk
selama-lamanya.
“Aku
harap air bersih tu cukup untuk kau masak dan minum selama aku tak ada. Jangan minum air kotor. Nanti kau sakit. Aku dengan Nazri tak ada,” jawab Zafiq. Dia buka T-shirt miliknya sekali lagi. Dibiarkan saja tubuh sendiri tak
berbaju. Diletak atas katil dan terus
berlalu ke pintu.
Zafiq
rapatkan pintu perlahan tapi belum sempat daun pintu itu terkatup rapat, dia
pandang wajah Aira. Ada air mata yang
sedang mengalir di pipi wanita ini.
Entah kenapa, kali ini titisan itu sepertinya jatuh tepat di tengah
hatinya.
... bersambung..insyaallah secepat mungkin.
By the way, cerita ni bukan berbelit. Walaupun bab 20 (wowww dah banyak bab) tapi, pendek2 aje. Lepas tu, lambat update, jadinya memang akan rasa berbelit aje. Karang kalau straight to the point, tak jadik cerita pulak.. -_- Tambah pulak, cerita kali ni sedikit berbeza dengan watak2 sebelum ni. Sekian...
Betul2 melepaskan perasaan aira.. mana zariq bila zafiq ckp zariq tiada... emmmm
ReplyDeleteLetihnya menjadi aira dan zafiq ni...masing2 dlm dunia masing2...
ReplyDeletealahai...zafiq. penat dh aira tu. nk gila dh. huhuhu
ReplyDeleteKesiannyaaaa
ReplyDeleteKesian Aira, jadi mangsa akibat salah faham. Setia menanti karya Rehan. 😉
ReplyDeleteTiba2 ada air kat mata.. air apa ni .. sob sob
ReplyDeleteOk! Da rase nk nanges jugak bersma dgn aira!
ReplyDeleteCepat lah bgtau zariq kenapa.... 😭😭😭
Tq RM.. 😍 buat da dup dap dup dap.. 😬
Zariq bunuh diri ke karehan
ReplyDeleteZariq pi mana rehan
ReplyDeleteFuh aira dh xthn sgt dh...sian dia..sy sentiasa tgu update dr sis rehan..xkesah lama mana pn...sbb cite sis rehan mmg lain dr karya sblmnya...
ReplyDeleteMmg sentiasa menunggu entry yg seterus
ReplyDeleteDah tahap maksimum kesabaran aira
ReplyDeleteFuhh..kerasukan betul aira..marah tahap tak ingat diri..
ReplyDeleteFuhh..kerasukan dah aira...marah tahap tak ingat diri...suspen sungguh...
ReplyDeletePlease buat novel
ReplyDeleteAdakah Zariq di itali seperti yang Aira duga?
ReplyDeleteSalam kenal kak Rehan😄
Saya Dinda dari Indonesia
Ala.. nape aira Xtanya nape Xkan dpt jumpa zariq? Tiap kali ada clue ttg zariq mesti diorang dua gaduh blk.. 😅 ni bakal novel ke RM? Klu ye mahu 20 bab lg br blh clear salah fhm ni 😅😉 bc citer ni menggamit kisah raqib dera atid dlm #hurt, sama tp Xserupa.. apapun, karya RM mmg terbaik. Vote this story to become a novel jugak please 🤗
ReplyDeletesian sgt kat aira, mmg dh stress melampau2 dh tu smpai Xsedar blh bertindak sebegitu..sebak pulak bc pesanan zafiq..caring pulak! 😝 At least aira aman jap bila zafiq Xde nti ni..😅 thx RM for the update 🌹🌷
Sedih btol..Aira boleh giler gini...thanks RM
ReplyDeleteTerimakasih Kak RM
ReplyDeleteKesabaran Aira dah sampai tahap critical dah dengan Zafiq ni...
Syabas RM. Teruskan berkarya.
ReplyDeleteEm....Zafiq mula tersentuh. Jln yg berliku. Semoga Zafiq dan Aira terus bertabah. Tiada siapa yg salah. Cuma keadaan yg Menjadikan masing2 bersikap begitu untuk melindungi diri, hati dan perasaan.
ReplyDeleteEmm rasanya si zariq dh innalillah kot..klu kt Paris tkkn takleh balik m'sia kn??
ReplyDeleteTak sabar menunggu entry seterusnya...
ReplyDeleteWahhh tak sabar nak tunggu sambungan cerita ni best ssangat ssangat 😍😍😍
ReplyDeleteSiannye aira...bila zariq nak tamatkan cerita ni
ReplyDeletetak sabar tunggu nxt entry.
ReplyDeletenext entry 21...22...23... waiting for....
ReplyDeletebila zafiq nk bgtau citer sebenar kat Aira??kesian Aira duk la mengharapkan si Zariq citer hal diorg kat Zafiq.
ReplyDeleteNAK LAGI..BESTT NI...JGN HABISKAN CEPAT SANGAT
ReplyDelete