SATU persoalan yang sangat mengganggu tenangnya sekarang adalah tentang kejadian di KLIA. Bukan yang hari ini, tapi yang hari tu. Apakah wajahnya adalah seraut wajah yang tak mudah diingat dan begitu mudah dilupakan? Apakah wajahnya tidak langsung meninggalkan bekas pada ingatan wanita itu?
Haih…
tak sedar, Lukman mengeluh. Menggeleng kecil. Cuba menolak persoalan demi persoalan yang
dikait dalam kepalanya. Tak pernah-pernah
dalam hidupnya dia membiarkan dirinya terlilit dengan persoalan begini. Jika dulu, rasa tak beri manfaat
langsung. Membazir sumber fikiran. Tapi sekarang, tak pula rasa membazir.
Dalam tak sedar dia koyak senyum pula. Sebelah keningnya terjongket. Dia tak sabar nak tengok. Masalah itu akan tewas atau dia yang perlu mengalah.
“Kenapa?”
“Kenapa,
bos?” soalnya kembali bila soalan itu
diaju.
Lukman
mengerling pada Maliki yang ada di sebelah.
Nampak penat. Kali ini, dia tak
dapat nak ikut Maliki kerana urusan dengan wakil Dato’ Talhah ini.
“Sejak
tadi aku tengok kau kejap kerut kening, kejap senyum. Lepas tu, geleng-geleng. Macam ada yang tak kena? Kau ada masalah ke, Luk?” soal Maliki, berterus-terang.
Rasanya,
sejak Alif pergi… Lukman semakin dingin.
Dia hanya boleh lihat Lukman senyum bila bermain dengan anak-anaknya dan
juga anak buah sendiri. Selebih itu, wajahnya
sentiasa serius. Boleh jadi kerana
bekerja dengan dirinya yang keras satu ketika dahulu, Lukman tak ubah seperti
mengikut jejaknya.
“Ada
masalah, kau kena cakap dekat aku, Luk. Apa
aje,” pinta Maliki. Wajahnya jelas
berlumur gundah.
Bukan
sekali dia cakap perkara ini, tapi kerap kali.
Dia sudah tidak mampu kehilangan.
Cukuplah Alif seorang yang pergi dalam keadaan begitu. Demi isterinya. Wanita yang dia cinta hingga akhir usia.
“Aku
harap kau boleh terima dah apa yang dah jadi.
Aku sendiri pun dah terima. Susah
tapi itulah kehidupan.”
Buat
seketika, Lukman koyak senyuman tawar. Dia
tahu apa yang Maliki mahu sampaikan. Dia
sendiri juga dah lama terima kepergian Alif.
Tapi, Maliki dah salah faham. Dia
sendiri juga salah faham pada dirinya sekarang.
“Yang
tu saya sendiri dah lama terima. Bos jangan
risau…” nafi Lukman.
“Mana
aku tak risau kalau kau sekejap kerut kening, sekejap senyum. Aku risau kau gila. Aku tak nak cari lawyer dan PA lain.” Maliki senyum senget.
Lukman
mengerling tajam. Maliki ketawa.
“Aku
gurau aje. Tapi, betullah. Aku rasa kau memang ada masalah. Tak pernah aku tengok kau macam orang sasau
sejak aku kenal kau ni. Apa yang dah
buat kau nampak sasau ni?”
Sekali
lagi, Lukman mengerling pada Maliki sebelum beralih semula ke jalan raya. Perlu ke dia beritahu Maliki? Biasanya dia tak pernah sorok apa-apa
daripada Maliki. Cuma, perkara ini tak
pernah ada dalam hidupnya. Tapi,
memikirkan kisah cinta derita Maliki yang rasanya sehingga kini menjadi cerita rakyat,
mungkin Maliki ada jawapan pada persoalannya.
“Bos
rasa, rupa saya ni mudah dilupakan ke?”
“Jujurnya,
aku tak faham dengan soalan kau ni.” Maliki
kerut dahi.
“Contohlah. Bos terserempak dengan saya. Lepas tu berdiri lama depan saya. Rapat.
Macam peluk saya. Dalam lima
minit macam tu. Beberapa hari lepas tu,
bos jumpa saya lagi sebab urusan lain. Adakah
bos akan ingat saya? Atau bos memang
lupa? Atau akan buat-buat lupa?”
Seperti
yang dia telah, Maliki sendiri termangu dengan soalannya. Lelaki itu tunak memandang ke depan. Tiada tanda untuk membuka mulut.
“Mestilah
aku ingat. Berdepan dalam seminit pun,
boleh ingat. Ini kan… apa kau cakap tadi…” Maliki seperti salah dengar tadi. Itu yang fikirannya tergendala seketika.
“Berpeluk?”
“Eh…
tak adalah. Saya kata macam. Nak beritahu yang kedudukan tu rapat.” Lukman betulkan tanggapan Maliki.
“Itu
lagilah. Memang akan ingatlah. Lagipun, lepas beberapa hari aje jumpa
balik. Bukan beberapa tahun. Yang banyak tahun pun boleh ingat. Ini berapa hari. Tipu sangatlah tak ingat…”
“Kan?” soal Lukman laju.
Anehnya,
kenapa Tiani tak ingat dia langsung? Atau
ada sesuatu yang menyebabkan Tiani begitu mudah lupa akan pertemuan yang dramatik
tu.
“Haa
tengok… kerut kening lagi. Kau memang
ada masalah ini,” komen Maliki.
“Masalah
ni masalah saya carik sendiri, bos,” jawabnya bersahaja.
Mendengarkan
jawapan Lukman, Maliki pandang sisi wajah itu lama. Lukman terus tenang memandu. Tak pernah lagi Lukman cari masalah melainkan
tugasnya menyelesaikan masalah orang. Masalah
dan Lukman adalah seteru. Tak akan
selari. Tak akan bersama. Lukman akan hindari segalanya yang bakal
menjadi masalah.
Dia
juga sama. Hanya satu sebab sahaja yang
menjadikan lelaki seperti mereka sanggup galas masalah itu.
“Kau
jatuh cinta ke, Luk?” soal Maliki, tiada
lapik.
“Saya
syak benda sama jugak,” jawab Lukman dengan wajah tidak beriak.
Maliki
kerut kening seketika. Pengakuan itu
sangat mengejutkan. Tapi, riak wajah Lukman
itu lebih mengejutkan. Jatuh cinta, tapi
macam terjatuh dalam longkang. Well…
rasanya dia kena akui, cinta itu memang ada jatuh bangunnya.
“Bukan
syak. Tapi tidak syak lagi. Kau memang jatuh cinta,” balas Maliki dengan
senyuman lebar.
“Tapi,
kenapa muka ketat sangat?” Biasanya
orang jatuh cinta ni wajah akan berbunga.
Musim sejuk pun akan jadi musim bunga.
“Sebab
saya tak biasa carik masalah…” jawab Lukman,
jujur. Maliki tahu itu.
“Luk…” Maliki angkat tangan. Diletak atas bahu Lukman. Ditepuk perlahan.
“Jatuh
cinta ni… kau tak carik pun, dia akan datang sendiri. Tak kira masa, atau sesiapa aje dan di mana
pun. Kau tak boleh elak. Ini kan fitrah kejadian. Cuma aku nak tahu, kau jatuh cinta pandang
pertama ke?” soalnya lagi dengan
senyuman yang masih bergayut pada bibir.
Lukman
senyum. Mengerling pada majikannya
seketika.
“Kali
kedua pandang pun, masih jatuh cinta…” jawab
Lukman. Tenang dan meyakinkan.
...bersambung
RM : Buat masa ni, saya terpaksa hentikan cerita ni kat sini aje dulu. Bukan sebab tak nak terus update. Tapi, macam saya dah beritahu... cerita ni masih samar-samar. Saya masih tak jumpa hala tuju cerita ni. Biasalah kalau pakai peta dengan kompas aje ni. Lambat sikit perjalanan tu. Sesat sekejap, terpesong simpang, keluar balik. Mencabar tulis cerita yang tak berapa cerap arah tuju ini. Saya janji akan siapkan juga. Lagi satu, saya rasa saya kena berehat sekejap daripada menulis atau memikirkan apa aje plot cerita. Bila fikir balik, sejak 11 tahun lepas, saya tak pernah berhenti. Usah bimbang kerana saya bukan nak bersara, cuma nak rehat. Akhir kata dengan rendah hati, saya mohon maaf dan sampai jumpa lagi.
jangan rehat lama2..kami tunggu luk cari masalah dan selesaikan masalah ni
ReplyDelete😞😞😞
ReplyDeleteNo worries kak rehan! Have a good rest! Come back when you feel like to! When? Its for you to know, and for us find out! Till then, i will read your another books, slowly! Xoxo, NA.
ReplyDeleteIts okay kak rehan. Have a good rest. We'll wait for another goosebump chapters. Love always.
ReplyDeleteYou need the rest kak rehan. Appreciate the update too 😊
ReplyDeleteXpa la, at least akak stop smpi kita tahu lukman dah sedar dia jatuh cinta :)
ReplyDeleteAuch!
ReplyDeleteAlaaaaa....
ReplyDeleteRehat laa asal jangan berhenti menulis 🥰
Yakin sungguh ya Luk..
ReplyDeleteJgn lama menyepi ya..nt rindu 😘
Halah nanti ternanti kalau lama2.. apepun, have a good rest RM.. kembali nnt dengan senyuman manis di muka Lukman nnt ye..
ReplyDeleteselamat berehat kak rehan.. hv a good rest<3
ReplyDeleteits okay kak rehan atleast we know that luk ready falling in love at the first sight
ReplyDelete*already
Deletetertunggu tunggu jugak ni kisah tiani huhu
DeleteTq utk update ni rm. Selamat berehat..jgn lama2 ... Semoga terus dpt berkarya dfn tenang. Tertgu2 lar i kisah luk n tia nie... Reread sumpah, sua, tua , dua.
ReplyDeleterest well my favourite author! <3
ReplyDeleteThank you update Author. Rehat baik baik. Kami akan tunggu.
ReplyDeleteit’s okay rehan👍🏻just take your time but jangan lama ii sangat tau😭🫶🏻gonna miss you..btw please keep going and don’t give up!fighting sis!❤️
ReplyDelete♥️
ReplyDeleteLukman gives off vibes Jack Hawthorne. Saya sangattt sukerr 😭😭🤍
ReplyDeleteRindu kt Tiana dgn Luk 🥺
ReplyDeletemasih menunggu sambungan kak rehan ;)
ReplyDeleteAssalamualaikum kak RM, kalau akak yang sedang baca ini, semoga sihat selalu. Saya tak sabar nk tunggu sambungan kisah Tia dgn Lukman... 😊
ReplyDelete